Bot yang dinaiki makin rapat ke
tebing, perjalanan nya seolah-olah menyusur bibir tebing. Kalau boleh,
biar bot berjalan tanpa berhenti dimana-mana, saya merasa senang duduk
berdua dan berdekatan dengan Nurul Hayat. Kehadirannya membuat saya lupa
nama-nama gadis yang pernah mengetuk pintu hati kecil saya.
Menurut cerita Nurul Hayat, sebaik saja pemuda nakal yang dipanggil Unang itu mahu pulang kerumah untuk membawa hasil buruannya iaitu seekor kijang dara, dia tidak menemui jalan pulang. Tanda-tanda penunjuk pulang yang dibuat pada pokok semuanya hilang. Apa yang ditemuinya ialah denai yang dilalui oleh anak dara KUBU. Denai itu ditemuinya di mana-mana.
Di hujung denai dia ternampak anak dara KUBU berdiri dengan keadaan yang amat menghairahkan. Bahagian kemaluan ditutup dengan sehelai daun yang lebar, begitu juga dengan bahagian buah dada. Gadis KUBU nampak cukup cantik, tidak selekeh seperti yang dilihat pada sebelah pagi.
Setiap denai yang terbentang di depan mengeluarkan bau yang cukup harum. Gadis KUBU menggamit Unang. Tanpa membuang masa Unang terus memburu si gadis hingga sampai ke kawasan perkampungan orang KUBU. Hasil buruannya terus dibuang.
Menurut cerita Nurul Hayat, sebaik saja pemuda nakal yang dipanggil Unang itu mahu pulang kerumah untuk membawa hasil buruannya iaitu seekor kijang dara, dia tidak menemui jalan pulang. Tanda-tanda penunjuk pulang yang dibuat pada pokok semuanya hilang. Apa yang ditemuinya ialah denai yang dilalui oleh anak dara KUBU. Denai itu ditemuinya di mana-mana.
Di hujung denai dia ternampak anak dara KUBU berdiri dengan keadaan yang amat menghairahkan. Bahagian kemaluan ditutup dengan sehelai daun yang lebar, begitu juga dengan bahagian buah dada. Gadis KUBU nampak cukup cantik, tidak selekeh seperti yang dilihat pada sebelah pagi.
Setiap denai yang terbentang di depan mengeluarkan bau yang cukup harum. Gadis KUBU menggamit Unang. Tanpa membuang masa Unang terus memburu si gadis hingga sampai ke kawasan perkampungan orang KUBU. Hasil buruannya terus dibuang.
Sebaik saja memasuki ke kawasan
perkampungan, Unang mendapati gadis KUBU duduk di atas pelantar kecil yang
dibuat dari buluh kuning. Pelantar itu diletakkan di atas tanah lapang yang
dikelilingi dengan garisan bulat. Garisan bulat itu tidak bersambung, bahagian
garisan yang terputus diletakan ketul batu sungai yang diletakkan bertindih.
Di situ juga dibakar sejenis sabut
yang dihasilkan dari pokok hutan. Sabut yang dibakar mengeluarkan asap nipis.
Terdapat lima garisan yang terputus tetapi garisan yang di depan gadis
saja yang sabutnya dibakar.
Tidak jauh dari garisan bulat, arah
sebelah kanan terdapat seorang tua yang hanya memakai cawat duduk bersila
diatas batu. Tangan kanannya memegang kayu bercabang dua. Rambut putihnya
menutup sebahagian dari bahagian belakangnya. Mulut orang itu berkumat kamit
membaca mantera. Setiap kali mentera selesai dibaca dia terus menghembus kearah
Unang.
Sebaik sahaja Unang melangkah dan
berada dalam garisan, dia terus membuka baju dan seluar dipakai. Unang terpaku
di situ dalam keadaan bogel. Gadis KUBU melompat dari pelantar lalu membalut
tubuh Unang dengan kulit kayu. Unang benar-benar berada dalam dunia orang KUBU.
Dia lupa dengan dunia luar.
Dalam beberapa detik orang-orang
KUBU, sama ada lelaki dan perempuan terus mengerumuni Unang. Lelaki tua yang
duduk di atas batu terus bangun dan mengistiharkan Unang dan gadis KUBU menjadi
pasangan suami isteri. Lama kelamaan Unang lupa pada bahasanya sendiri, makan
pakai, bercakap dan patuh dengan pantang danpetua orang KUBU.
TUTUR
Sejak itu Unang tidak pulang-pulang
ke kampungnya. Ada orang yang terserempak dengan Unang tetapi, dia tidak
bertutur dalam bahasa sendiri kecuali dan bahasa KUBU. Biasanya Unang selalu
mengelakkan diri dari bertemu denagan orang kampungnya.
"Itulah kisah Unang yang
menyayat perasaan, kamu harus hati-hati, bila melihat keadaan orang yang aneh
berkeliaran di jalanan, kamu harus mengunci mulut."
Sebaik saja selesai mendengar cerita
dari Nurul Hayat, saya anggukkan kepala dan berazam mahu mematuhi cakapnya.
Saya tak mahu kisah Unang terjadi pada saya.
"Aku ingat pesan kamu," kata saya."
"Bagus, aku tak mau kamu jadi korban kerana kelancangan mulut sendiri."
"Benarkah Hayat?" tanya saya gementar."
"Iya," jawapnya lembut.
"Aku ingat pesan kamu," kata saya."
"Bagus, aku tak mau kamu jadi korban kerana kelancangan mulut sendiri."
"Benarkah Hayat?" tanya saya gementar."
"Iya," jawapnya lembut.
Perasaan saya gementar, ada
sesuatu yang beralun dan berombak dalam hati nurani saya, hati nurani seorang
muda yang sedang memburu sesuatu yang indah dalam alam ini. Kata-kata yang
lahir dari mulut Hayat mengambarkan ada sebuah janji dan harapan yang
ditumpahkan oleh Nurul Hayat kepada saya.
Setidak-tidaknya begitulah tanggapan
saya. Wajah Nurul Hayat saya renung, dia juga merenung wajah saya. Anak mata
kami bertembung, saya lihat Nurul Hayat menarik nafas, saya juga demikian.
Tanpa disedari telapak tangan kami
bercantum. Tergenggam dengan erat. Saya bagaikan lupa suasana sekitar, kulit
telapak tangan Nurul Hayat yang lembut membuat saya terpesona.
Saya tersentak bila Nurul Hayat menarik tangannya. Dia terus tunduk sambil meletakkan mukanya ke kepala lutut. Saya tidak sedar berapa lama saya menggengam tangannya.
Saya tersentak bila Nurul Hayat menarik tangannya. Dia terus tunduk sambil meletakkan mukanya ke kepala lutut. Saya tidak sedar berapa lama saya menggengam tangannya.
Saya tahu Nurul Hayat terasa malu
dan berdosa kerana menyentuh telapak tangan saya yang bukan muhrim. Saya tidak
tahu siapakah di antara kami yang memulakan. bagi menenangkan perasaan saya
cuba menyentuh bahu Nurul Hayat, di saat saya mengangkat tangan terdengar suara
datuk. Niat segera saya batalkan.
Saya terus menoleh ke belakang,
datuk berdiri di tengah bot sambil merenung tajam kearah saya. dari renungan
itu saya dapat buat kesimpulan yang datuk kurang senang dengan perbuatan saya
duduk berdua-dua dengan perempuan.
Saya tahu perbuatan itu memang salah
dan kurang sopan tetapi, apakan daya saya sudah terlanjur. saya cuba tersenyum,
datuk terus jegilkan biji mata dan saya jadi serba salah.
Datuk pernah berkata, bila seorang
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdekatan, syaitan akan berada di
tengah-tengahnya untuk menggoda. Entah mengapa kata-kata itu secara mendadak
terus muncul dalam kepala saya.
Bagi mententeramkan perasaan serba
salah yang berkecamuk dalam hati, saya segera bangun. beredar dari sisi Nurul
Hayat. Sudah tentu tindakan saya itu meniimbulkan rasa terkejut dalam diri
Nurul Hayat.
"Kenapa Tamar?"
Tanyanya.
"Renung kebelakang, kata saya
tanpa menoleh ke arahnya. Dia segera menoleh ke arah yang saya katakan. Nurul
Hayat segera faham, cepat-cepat dia bangun lalu beredar ke sebelah kiri bot dan
saya beredar ke sebelah kanan.
TURUN
Bila melihat kami sudah berjauhan,
datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus turun ke bahagian enjin bot
menemui ayah Nurul Hayat. Hati saya terasa damai, bagaimana perasaan Nurul
Hayat?. Sukar untuk saya ramalkan.
Walau apa pun, sudah sepuluh minit
masa berlalu, saya dan Nurul Hayat terus membisu. Masing masing buat hal
sendiri, merenung air yang mengalir, renung dedaun dan pepokok yang tumbuh di
bibir tebing.
Bila saya benar-benar yakin datuk
tidak akan muncul lagi, perlahan-lahan saya melangkah ke arah Nurul Hayat yang
berdiri membelakangi saya. Dia begitu asyik merenung rimbunan pepokok di
tebing.
"Hai! Apa yang kau fikirkan,
Nurul?"
Nurul Hayat segera menoleh ke arah
saya. Dia senyum, tetapi sepasang matanya terus menyorot setiap liku bot. Macam
ada sesuatu yang dicarinya. saya tahu, dia mencari datuk kalau-kalau
masih berada di bahagian atas bot.
"Cakap Nurul, apa yang kau
fikirkan?" Ulang saya lagi.
"Aku merasa terhibur, kerana
bot kita sudah memasuki kawasan perkampungan," tuturnya dan saya anggukkan
kepala. Bot terus bergerak dalam jarak yang agak dekat dengan tebing.
"Jauhkah lagi
Nurul?"
"Kadang-kadang aku rasa pelik
dengan kamu Tamar, sekejap kamu panggil aku Hayat, sekejap kamu panggil Nurul.
kamu panggil ikut sedap mulut saja," Nurul melahirkan rasa kurang
senang.
"Panggil apapun, orangnya tetap
sama, sekarang aku nak tahu jauh ke lagi?"
Nurul Hayat gelengkan kepala sambil tersenyum panjang. Agaknya terasa lucu dengan perangai saya. Ikut suka kamulah, apa yang mahu kamu fikirkan tentang diri ini, fikir saya dalam hati kecil.
Bila melihat saya tidak memberi sebarang reaksi samada positif atau negatif. Nurul Hayat bersikap macam biasa kembali, seolah-olah tidak ambil kisah tentang apa yang mahu saya sebut mengenai dirinya. Itulah yang menyenangkan hati saya.
"Tak jauh lagi," jawap Nurul Hayat lembut.
Nurul Hayat gelengkan kepala sambil tersenyum panjang. Agaknya terasa lucu dengan perangai saya. Ikut suka kamulah, apa yang mahu kamu fikirkan tentang diri ini, fikir saya dalam hati kecil.
Bila melihat saya tidak memberi sebarang reaksi samada positif atau negatif. Nurul Hayat bersikap macam biasa kembali, seolah-olah tidak ambil kisah tentang apa yang mahu saya sebut mengenai dirinya. Itulah yang menyenangkan hati saya.
"Tak jauh lagi," jawap Nurul Hayat lembut.
Dan tanpa diminta dia terus menyebut
nama Kampung Olak Kemang, Ulu Gedung, Tengaj, Jelmu,Mudung Laut, Tahtul Yaman
dan Tanjung Laut. Nurul Hayat juga menekankan bahawa kampung-kampung yang
terletak di daerah Pelayangan dan Danau Teluk itu memang menyimpan suasana
kehidupan yang amat bersahaja. Sejak dulu hinga kini para penduduk kampung
tersebut masih mempertahankan cara hidup dan tradisi lama.
"Kenapa ada Tanjung Johor di
Jambi, sepatutnya nama ini ada di Semenanjung," potong saya yang sudah
bosan mendengar tutur kata Nurul Hayat yang seolah mempamerkan rasa megah dan
bangga dengan tempat sendiri.
"Orang dari Johor yang
membukanya sebab itulah dipanggil Tanjung Johor."
"Aku faham sekarang tapi,
adakah lagi keturunan orang yang membuka kampung itu Nurul? "
"Itu aku tak tahu, kalau kamu
nak buat penyiasatan aku boleh tolong."
"Kamu memperolok-olokkan aku
Nurul."
Kata-kata yang saya ucapkan
membuatkan Nurul Hayat terpampam. Di tengah-tengah rasa terkejut itu, dia
menarik nafas dalam-dalam untuk mencari ketenangan. Dan saya terus menatap air
sungai yang mengalir jernih.
"Kamu selalu memikirkan hal-hal
yang buruk tentang aku , Tamar. Aku tak ada niat mahu mempermainkan kamu, aku
bercakap benar."
"Aku ni kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan, maafkan aku. Kalau kamu sedia menolong, beri masa pada aku untuk membuat persiapan dan perancangan yang teliti, Nurul. "
"Aku ni kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan, maafkan aku. Kalau kamu sedia menolong, beri masa pada aku untuk membuat persiapan dan perancangan yang teliti, Nurul. "
"Bila agaknya Tamar."'
"Mungkin minggu depan, kalau
datuk aku izinkan."
"Kamu tak takut berjumpa dengan
orang KUBU," kata Nurul Hayat, kemudian dia ketawa. Saya mengalami
kejutan. Supaya tidak ketara saya terus tersenyum.
Hati kecil saya segera membuat
kesimpulan bahawa Nurul Hayat tidak serius dalam hal ini. Dia sekadar mahu
menguji kesungguhan hati saya. Tak mengapa, kalau tadi dia tersinggung dengan
tindakan saya, sekarang giliran saya pula menerimanya, saya mendamaikan hati
yang mula baran.
Nurul Hayat membetulkan tudungnya
yang terlipas atas bahu kiri akibat di tiup angin.
"Kau duduklah, aku ada
hal," kata Nurul Hayat sambil memulakan langkah menuju ke bahagian tengah
bot.
"Kamu mahu ke mana Nurul
?"
"Ke bawah, nak jumpa
ayah."
"Buat apa jumpa ayah, ada
masalah ?"
"Nak bantu dia, nak tengok
macam mana dia rapatkan bot ke tebing," sahut Nurul Hayat tanpa mahu
memandang wajah saya. Dia terus turun ke bahagian bawah bot.
Saya terus duduk berdiri lutut.
Tidak tahu apa yang harus saya lakukan, apa yang pasti saya sungguh kecewa
dengan sikap Nurul Hayat yang meninggalkan saya sendiri. Saya terus memeluk
lutut sambil merenung ke depan, sayup-sayup ternampak jembatan Aur Duri. Bot
besar dan kecil di samping sampan bergerak bebas di bawahnya. Tanpa disedari
bot yang saya tumpangi sudah berada di kawasan sungai kota Jambi.
PELABUHAN
Dari tengah sungai Batanghari saya
merenung kota Jambi yang nampak tenang di bawah sinar matahari petang. bangunan
lama dan baru berdiri seiring, saya tidak mengagak berapa luas dan besar kota
tersebut, saya kira besarnya mungkin sebesar bandar Melaka.
Manusia dan kenderaan bergerak dengan aman. manakal di pelabuhannya berlabuh bot-bot besar dan tongkang. Bot-bot penumpang datang silih berganti. Semua yang saya lihat membuat saya terlupa tentang Nurul Hayat. Apa yang ada di hati saya ialah rasa terharu yang amat sangat. Impian saya hampir menjadi kenyataan.
Manusia dan kenderaan bergerak dengan aman. manakal di pelabuhannya berlabuh bot-bot besar dan tongkang. Bot-bot penumpang datang silih berganti. Semua yang saya lihat membuat saya terlupa tentang Nurul Hayat. Apa yang ada di hati saya ialah rasa terharu yang amat sangat. Impian saya hampir menjadi kenyataan.
"Itulah pekan Jambi, kita nak
mendarat di situ. Kita mendarat di seberang pekan Jambi. Bila kita dah mendarat
, aku kenalkan kamu dengan sanak saudara sebelah aku, bila ada masa kita pergi
ke bandar Palembang dan beberapa tempat lagi," saya menoleh ke arah suara
tersebut. Apa yang saya lihat ialah wajah datuk yang mempamerkan senyum. Saya
tidak sedar, bila dia berdiri disisi saya. Mungkin kerana terlalu gembira
menyebabkan datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemesraan.
"Tamar, aku tinggalkan tanah Jambi ni dulu , masa aku muda belia, masa aku bujang. Sekarang aku pulang dengan membawa seorang cucu," kata datuk dalam nada suara yang terharu. Matanya terus merenung ke arah permukaan air sungai Batanghari yang mengalir lembut. Datuk alihkan renungan ke bangunan di kota Jambi yang berdiri kaku. Saya kira batin datuk menemui kepuasan yang tiada taranya.
"Tamar, aku tinggalkan tanah Jambi ni dulu , masa aku muda belia, masa aku bujang. Sekarang aku pulang dengan membawa seorang cucu," kata datuk dalam nada suara yang terharu. Matanya terus merenung ke arah permukaan air sungai Batanghari yang mengalir lembut. Datuk alihkan renungan ke bangunan di kota Jambi yang berdiri kaku. Saya kira batin datuk menemui kepuasan yang tiada taranya.
"Tamar !"
"Iya tuk."
"Kamu suka dengan apa yang kamu tengok ni?"
"Suka tuk."
"Kalau diizinkan Allah, selepas bertemu saudara mara datuk di sini, kita pergi ke tanah Kerinci,"
"Iya tuk," saya segera anggukkan kepala dan tidak kuasa mahu mengajukan sebarang pertanyaan lagi. Bosan, terlalu banyak rancangan yang tidak disusun muncul dalam kepala datuk. Bot terus bergerak.
"Kenapa tak turun di sini tuk?" Tanya saya setelah menyedari bot yang dinaiki mengubah haluan. Tidak menuju ke pelabuhan kota Jambi seperti apa yang saya harapkan, "barangkali ayah Nurul Hayat tak tahu yang kita nak turun di sini, tuk, "sambung saya dengan tenang. Datuk tersenyum lalu menepuk bahu kanan saya berkali-kali.
"Kita tak turun di pekan Jambi, Tamar. Kita mendarat di seberang pekan Jambi,"ujar datuk lembut. Senyum kepuasan terus berlari di kelopak bibirnya. Benarlah, apa yang datuk katakan. Kerana itu bot ubah haluan ke arah tebing yang bertentangan dengan pekan Jambi. Makin lama bot makin dekat dengan daratan dan akhirnya rapat di tebing sungai.
"Ini Kampung Mudung Laut namanya Tamar," datuk memberikan penerangan, "orang-orang di Jambi menyebut kampung-kampung yang terdapat di tebing sebelah sini, sebagai Kampung Seberang," lanjut datuk lagi. Saya tetap macam tadi terus anggukkan kepala. Pertanyaan akan diajukan kepada datuk bila difikirkan perlu.
Enjin bot dimatikan tetapi bot masih bergerak menuju ke pelantar. Bahagian tepi bot sebelah kanan bergesel dengan bahagian tepi pelantar.
Badan bot bergegar. Nurul Hayat dan ayahnya segera keluar dari bahagian enjin bot. Dengan tangkas sekali Nurul Hayat melompat ke atas pelantar. Si ayah segera melemparkan tali bot ke arah Nurul Hayat. Dengan cekap sekali Nurul Hayat membelitkan tali bot ke batang kayu yang memang disediakan di situ.
Fuad Hassan segera melangkah ke atas pelantar. Datuk juga melangkah ke pelantar. Saya masih belum bertindak, masih tercegat di tengah perut bot. Nurul Hayat memandang ke arah saya dengan senyum.
"Hai, kenapa tercegat di situ macam patung, kemarilah," kata datuk. Saya segera melangkah danberdiri di bibir bot. Dengan penuh keyakinan saya pun melompat kerana tidak dapat mengimbangi badan dengan baik, saya terdorong ke depan dan terbabas ke tepi pelantar. Nasib baik saya dapat memeluk tiang tempat pengikat tali bot. Kalau tidak tentu saya jatuh kedalam sungai. Nurul Hayat tidak dapat menahan rasa lucu, bila melihat saya memeluk tiang. Dia ketawa.
"Kenapa ketawakan orang yang susah," Fuad Hassan menegur kelakuan Nurul Hayat. Ketawa Nurul Hayat tersentap. Dia tersipu-sipu malu tetapi masih sempat memberikan kerlingan tajam kepada saya.
"Sampai di sini saja tugas saya," Fuad Hassan merenung wajah datuk sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Telapak tangan datuk dan Fuad Hassan bercantum erat.
"Terima kasih, budi kamu susah saya nak balas," sahut datuk. Telapak tangan mereka masih berpadu erat.
"Tak payah nak balas-balas."
"Apa kamu nak balik ke Kuala Tungkal? Hari dah petang benar, kalau tengok pada condongnya matahari dah pukul lima lebih." datuk dongakkan wajahnya ke arah matahari. Telapak tangannya dan telapak tangan Fuad Hassan tidak lagi bercantum.
"Tidak, kalau saya balik ertinya saya menempah bahaya," Fuad Hassan menarik nafas dalam-dalam, "boleh jadi saya berada di sini dalam sehari dua. Boleh jadi seminggu dua. Saya menanti dan berharap ada orang yang nak menyewa bot saya ke Kuala Tungkal, tidaklah saya balik kosong saja," lanjut Fuad Hassan.
"Maksudnya menyewa untuk bawa barang."
"Iya," angguk Fuad Hassan.
"Apa barangnya, Fuad."
"Macam-macam, kadang-kadang getah, hasil tanaman kampung dan apa saja," jelas Fuad Hassan penuh yakin. datu anggukkan kepala.
DIALOG
Dalam masa datuk berdialog dengan Fuad Hassan, saya mengambil kesempatan menjeling dan genyit mata ke arah Nurul Hayat. Dia tersenyum sambil mengetap gigi.
"Jadi malam ni kau bermalam di mana Fuad?"
"Bermalam dirumah adik ipar saya, " ungkap Fuad Hassan. Dia terus mencuit bahu Nurul Hayat memberi isyarat supaya bergerak. Saya jadi tak tentu arah. Tidak dapat memberikan lambaian tangan kerana mata datuk dan Fuad Hassan tertumpu ke arah saya.
Fuad Hassan dan Nurul Hayat melangkah ke arah sebuah kedai runcit. Saya gembira kerana datuk juga menuju ke arah kedai tersebut. Saya masih mempunyai peluang untuk berkata sesuatu dengan Nurul Hayat. Sekurang-kurangnya menjeling atau melemparkan senyum ke arahnya.
Sebaik saja sampai di depan kedai runcit, lagi sekali datuk dan Fuad Hassan bertentang wajah. Saya bergerak ke sana, bergerak ke sini di belakang datuk. Cari peluang untuk bercakap dengan Nurul Hayat. Saya tahu dia juga resah gelisah macam saya. Malangnya kesempatan yang dicari tidak muncul. Hampa dan kecewa menguasai diri.
"Terima kasih atas bantuan awak," untuk sekian kalinya datuk berkata demikian. Amat keterlaluan menghargai jasa orang, cara begini tidak sesuai dengan saya.
"Pertolongan saya terlalu kecil," balas Fuad Hassan. Datuk senyum.
No comments:
Post a Comment