Saturday, September 24, 2011

SIRI 164 DENDAM TOK GURU



 Mungkin kerana mahu memburu masa atau tidak rela ditimpa kecelakaan memaksa orang kanan dan perempuan suruhan mencakar-cakar timbunan tanah di kiri kanan lubang.

Deraman tetap tenang mengkais-kaiskan longgokan tanah di bibir lubang dengan mengunakan cangkul. Maziah tidak ambil peduli apa yang berlaku sekelilingnya. Dia tekun dengan tugasnya membancuh simen.

Haaaa,,,!

Mulut saya terlopong . Dua tiga kali kelopak mata saya pejam-celikan. Bibir di gigit dan nafas dilepaskan perlahan-lahan dan hati kecil bertanya, apakah aku k ini berada di alam nyata atau di alam fantasi?

Akhirnya, saya sedar bahawa saya bukan berkhayal. Ap ayang terjadi di depan mata adalah benar. Memang, jari jemari perempuan suruhan dan orang kaan luar biasa sekali. Ruas jari-jemari mereka panjang dan bentuknya macam ruas ranting buluh kuning, manakala kuku di jari bertukar menjadi seperti buku beruang.

“Sudah cukup tu,”    

Saya lihat mahaguru angkat tangan kanan. Dia sudah dapat merasakan bahawa lubang yang ditimbus sudah sama rata dengan paras bumi dia berdiri. Jari jemari dan  kuku orang kanan serta perempuan suruhan kembali normal. Mereka berdiri sambil mengibas-ngibas telapak tangan ke kiri dan ke kanan membuang tanah yang lekat. Di wajah mereka terpamer kepuasan yang amat sangat lalu mereka berbalas senyum dengan mahaguru.

“Sekarang tugas kamu taruh simen sampai rata. Boleh kamau buat kerja yang senang ni?” Muka Maziah ditenung oleh mahaguru.

“Boleh tok guru.”

“Bagus, bila kerja tu selesai, kita berkumpul di bawah pokok mempelam. Sekarang kami pergi dulu. Kami tunggu kamu di situ. Cepat buat kerja tu masa dah suntuk, awan hitam dah dekat nak sampai ke bulan,” mahaguru dongakkan mukanya ke langit.

Mahaguru segera mengajak orang kanannya, perempuan suruhan dan Deraman ke tempat yang dimaksudkan. Mereka membiarkan Maziah terkial-kial di situ. Aneh sungguh, kenapa saya tidak dipelawa untuk ikut serta? Timbul pertanyaan dalam diri. Dan saya jadi cemas semacam.

Di tengah-tengah kedinginan malam itu, badan Maziah terus dibasahi peluh. Dia bekerja bagaikan orang gila. Dalam waktu yang cukup singkat permukaan tanah(permukaan lubang kubur) selesai diturap dengan simen. Maziah tersenyum puas. Maklumlah dapat menunaikan arahan mahaguru dengan sempurna.

 BEREDAR

Sebelum beredar menuju ke arah kumpulan mahaguru di bawah pokok mempelam, Maziah terlebuh dahulu menyapu peluh di dahi dan muka dengan kain hitam tiga segi yang dikeluarkan dari rusuk sebelah kiri.

Tanpa menoleh ke arah saya dia pun mmulakan langkah menuju arah mahaguru dan kumpulannya. Saya makin resah ditinggalkan sendirian. Termangu macam orang bodoh. Apakah saya harus bertahan di situ. Wajarkah saya buat macam orang bodoh untuk ikut campur dalam kumpulan mahaguru?

Saya dongakkan kepala ke langit, bintang dan bulan masih ada. Gumpalan awan hitam terus bergerak. Bunyi deru angin terus menyumbat gegendang telinga. Badan terasa dingin sekali.

Suasana demikian membuat sya merasa mengantuk dan tersengguk-sengguk. Dari bawah pokok mempelam terdengar mahaguru memmberi arahan kepada Deraman dan Maziah yang diselang seli dengan bacaan mantera yang bunyi hampir menyamai Bahasa Urdhu dan Jawa Kuno bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit.

Begitulah antara tidur dan terjaga, saya terlihat simen diataas kubur Osman Garing merekah. Kelihatan semut-semut berwarna putih sebesar jari kelingking bermunculan dari rekahan simen itu. Di bahagian kepala dan kaki (kubur) keluar kabus nipis. Serentak dengan itu terdengar suar cengkerik cukup kuat. Boleh memekakkan telinga. Saya ketakutan.

“Allah hu Akabar…,” saya menjerit sekuat hati.

Danpada saat itu juga bahu kiri sya dipaut dari belakang dengan kasar sekali. Saya jatuh terlentang, bila cuba bangun kepala terasa pening dan saya rebah kembali. Denganmata yang terbuka saya menatap bulan, bintang dan awan gemawan ang bergerak lemah di dada langit. Dada rasa seperti dihempap benda berat yang menyekat gerak tubuh saya.

“Bakal anak murid tu mesti duji,” terdenganr bisikan suara dari sebelah telinga kiri. Tidak diketahui dengan pasti pakah suara bisikan itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Tidak mungkin untuk saya.

“Tarik,” terdengar pekikan yang kuat.
Belumpun sempat diapastikan dari arah mana suara itu datang , sepasang kaki saya dipegang oleh sepasang tangan berbulu. Bentuk dan rupa makhluk tangan berbulu tidak dapat dilihat. Buunyi tarikan dan hembusan nafas jelas kedengaran dan bau nya hancing sekali.

“Cepat tarik.”

Suara perintah kian lantang. Sukar dikesan dari arah mana suara itu muncu. Dan saya pun ditarik macam menarik bangkai anjing yang mati dilanggar lori balak.

Kerana diheret dengan kasar daging punggung dan paha terasa seperti mahu bercerai dengan anggota tubuh. Setiap sendi bagaikanmahu tercabut. Setiap kali saya mengerang kesakitan saya diejek dengan ketawa. Suara ketawa bergerak mengikut arah angin.

Bila saya merayu agar ditarik dengan cermat muka saya di embah dengan air yang bercampur selut (tanah liat hitam) akibatnya mata saya terasa pedih. Mungkin kerana terlalu banyak bercakap, mulut saya disumbat dengan seketul batu sebesar penumbuk orang dewasa.

Saya sudah tidak berdaya. Saya pasrahpada Allah. Dalam keadaan sakit yang tidak tertahan-tahan itu saya terus menyebut nama Allah berulang kali. Akhirnya bahagian pangkal kemaluan saa dipijak-pijak. Sakitnya, Allah saja yang mengetahui.

“Sudahlah tu…”

Sepasang tangan berbulu amelepaskan sepasang kaki saya yang diseret. Hati terasa lega tetapi, rasa pedih yang perit di bahagian belakang, punggung dan paha tetap terasa. Bila saya mengerang kesakitan tangan berbulu segera mengosok bahagian yang sakit hingga rasa sakit hilang. Tetapi, saya tetap gagal untuk melihat wajah tanagan yang berbulu itu.

“Tinggalkan calun baru itu di situ.”

Terdengar suara ghaib sekali lau. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi telapak kaki orang berjalandi sebelah kanan. Bunyi yang kuat itu beransur perlahan dan akhirnya terus hilang. Suasana terasa sepi sekali.

Kerana rasa sakit sudah hilang, say apun terus duduk dan pada saat itu juga saya teringatkan mahaguru dan kumpulannya. Usha saya tidak sia-sia, mahaguru dan puaknya tersengih merenung ke arah saya. Rupanya makhluk angan berbulu mengheret saya ke arah kawasan pokok mempelam. Kerana perempuan suruhan pernah bercakap ddan melayani saya. Tentu tidak salah kalau saya mendekatinya.

Saya yakin dia telah melihat apa yang saya alami. Fikir saya sendirian. Saya pun cuba menginsut kearahnya.

“janganbergerak, duduk bersila di situ” pekik orang kanan mahaguru sekuat hati. Perempuan suruhan ketawa terkikih tetapi mahaguru dan Maziah diam terpaku kecuali biji mata saja yang bergerak merenung pergerakankan saya.

“Kamu tidak boleh melepasi garisan putih,” sambung orang kanan. Saya tidak dapat buat apa-apa, terpaksa patuh pada arahan yang dikeluarkan. Jarak saya dengan kumpulan mahaguru (di bawah pokok mempelam) kira-kira sepuluh kaki. Dipisahkan oleh garisan putih (garisan itu dibuat dari kapur) yang membentuk sebuah bulatan.

Mahaguru dan puaknya berada dalam bulatan. Mereka duduk atas peti (kotak) susu mengelilingi mahaguru sedangkan mahaguru yang berada ditengah-tengah duduk atas bangku kecil yang diperbuat daripada buluh kuning.

Ntara mereka dan saya terdapat perbezaan yang cukup ketara. Saya berada diluar garisan. Mereka duduk atas peti susu dan bangku sedangkan saya disuruh duduk mencangkung dengan sepasang tanan memeluk betis, tidak ubah macam orang tawanan perang.

Saya hany amampu menelan air liur, setiap kali mereka meneguk kopi panas. Tidak dapat dipastikan siapakah yang meyediakan air kopi panas untuk mereka.

Barangkali air kopi memang sudah ada di dalamsebuah peti susu yang tidak diduduki oleh sesiapa. Keadaan peti itu juga agak ganjil, dicat dengan warna hitam dan ditutup dengan kain kuning. Walau pap pun aroma (bau) kopi membuat saya pejam celik dan kepingin untuk menikmatinya.

Dalam keadaan perasaan yang serba tertekan itu, sayup-sayup gegendang telinga menagkap suara kokok ayam. Nyanyian burung hantu yang menyeramkanmasih bergema datang dari arah puncak bukit yang tertegunkaku. Rasa dingin tetus mengigit setiap kulit tubuh, saya mengigil tetapi, mahaguru  bersama puaknya menghangatkan tubuh dengan minum air kopi panas.

Dalam usaha menghalau kedinginan saya mengigit bibir. Ternyata usaha itu tidak memberi kesan, saya terus mengigil dan gigi  pun berlaga sama sendiri. Angin terus merempuh dedaun hutan hingga bergesel sesama sendiri dan bulu roma terus berdiri.

Betapa tidak?  Hasil sentuhan itu melahirkan bermacam-macam bunyi aneh. Ada suara orang menangis, ketawa dan menjerit. Begitulah silih berganti.



LEMAH

Angin yang mulanya bertiup lemah, tiba-tiba bertukar menjadi keras. Langit yang cerah mula dilitupi awan-awan hitam tebal. Saya kira tudak lama lagi bumipasti disirami hujan.

“Kamu harus ingat.  Apa yang kamu tengok tadi, tetap menjadi rahsia diri kamu seumur hidup. Biar rahsia itu pecah di perut, jangan pecah dimulut,”

Memang tidak salah lagi. Itu adalah suara mahaguru dalam nada yang cukup serius. Saya pun angkat kepala danmerenung ke arahnya. Mahaguru melepaskan enungan tajam ke wajah Maziah dan Deraman penuh makna dan rasia tersendiri.

“Kamu berdua mesti merahsiakan tempat kamu menuntut ilmu ini, jangan beritahu sesiapa tentang diri aku, tenang orang kanan dan perempuan suruhan. Kalau ada orang bertanya bentuk tubuh dan muka kami, jangan beritahu. Faham?” Sambung mahaguru.

“Faham,” sahut Maziah dan Deraman serentak.

“Kalau ada orang yang bertanya, kemana h ilangnya Osman Garing? Apa kamu nak jawap?” orang kanan kemukakan pertanyaan.

“Mati dalam laut, kena ribut,” jawap Deraman.

“Kamu, apa jawapan kamu,  Maziah.”

“Saya beritahu orang yang bertanya, saya tidak begitu rapat dengannya. Saya tak tahu langsung tentang hal dirinya.”

“Kedua-dua jawapan boleh dipakai. Tetapi, sebaiknya jawapan mesti sam, jangan bertelagah antara satu dengan lain,” orang kanan memberi pandangan.

“Kami ikut nasihat oorang kanan,” kata Deraman.

Senyum megah terukir di kelopak bibir orang kanan.

Seterusnya mahaguru mengingatkan Deraman (Wan) dan Maziah jangan sekali-kali melakukan pemujaan danpembunuhan dengan sewenang-wenangnya. Ada syarat tertentu yang membolehkan pemujaan danpembunuhan dilakukan.

Pertama, orangitu mempunyai ilmu dinia yang berlawanan dengan apa yang mereka (Maziah dan Deraman) tuntut. Biladicabar harus bertindak. Musnahkan mereka. Kedua, orang yang menolak atau enggan menunaikan permintaan mereka, walaupun sudah dipujuk dan sudah banayak tolak ansur.
Ketiga orang yang sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Contohnya mereka dapat memukau orang ternama dan kaya hingga orang terbabit mengikut telunjuk mereka. Tetapi, disaat akhir rahsia penipuan dapat dikesan oleh orang yang bakal menjadi mangsa mereka.  Pada saat itu, mangsa harus diculik dan dihukum di etmpat pemujaan. Keempat orang yang gila menuntut ilmu bathin untuk jadi kebal, menuntut ilmu penggerun atau mahu mencari kekayaan dengan mudah dan taksub dengan dukun atau bomoh.

“Kamu berdua juga harus ingat, orang yang mahu dikorbankan untuk pemujaan, jangan terus dibunuh. Mesti dipukau terlebih dahulu, jangan dibunuh di kawasan lapang atau ditempat terbuka seperti apa yang kamu tengok tadi. Itu Cuma contoh saja untuk kamu”

“Habis kemana k ami nak buat kerja tu?” tanya Maziah dengan sepasang mata   yang bercahaya di bawah sinar pelita minyak tanah.

“Buat dalam rumah atau pondok. Sebaiknya rumah atau pondok tujangan ada tiang. Kalau ada tiang buat bilik dibawah rumah dan koreklubang. Pokoknya mayat mesti ditanam dalam kawasan rumah, darahmesti menitik atas bumi. Ditanam dan permuakaan mesti disimen, kalau ak ada simen, longgokkan kayu dan bakar atas kubur hingga tak ada orang menyangka dibawah unggun api ada mayat manusia. Cara memotongnya sudah aku tunjukkan tadi.

“Iya, kami dah faham.”

“Bagus,” jkata mahaguru dengan senyum yang memanjang.

Kehadiran saya diluar garisan, seolah-olah tidak wujud sama sekali. Saya dibuat endah tak endah saja. Rasa dingin mula berkurangan dan saya boleh mengerakkan jari-jemari dan tidak perlu memeluk kedua belah lutut

Saya terus bangun dan melakukan senaman untuk memanskan darah. Saya melompat dan membuka bunga silat untuk memanskan dan menegangkan urat di setipa sendi .

“Duduk,” jerit perempuan suruhan.

Belum sempat saya menajwap, seketul tanah h itam sebesar buah ciku (sawo)  dilontar tepat ke bahu kanan. Serta merta sendi lutut saya jadi lemah dan tidak mampu berdiri. Saya terus jatuh terduduk disitu.

“Duduk diam-diam disitu,” sambung perempuan suruhan.

“Pulihkan sendinya,” orang kanan keluarkan perintah danperempuan suruhan segera melompat melepasi garis putih menuju ke arah saya. Hidung saya diduitnya dengan ibu jari kaki kirinya. Kedua belah sendi lutut kembali berfungsi dengan baik. Kerana sudah dilarang jangan bergerak kemana-mana, saya terus diam di situ.

 Mahaguru memetik ibu jari kiri ke arah orang kanannya. Saya lihat orang kanan angguk kepala. Dari gerak-geri tersebut, saya mula faham, tugas selanjutnya di serahkan kepada orang kanan.

 “Darah pertama  biarkan menitik atas bumi, darah selebihnya kamu ambil dansapukan kemuka, teruama bagi orang perempuan, dengan itu kulit mukalambat kecut, sentiasa nampak wet muda. Tadi sudah aku terangkan,” orang kanan memulakan kuliahnya.

“Iya . saya ingat,” sahut Maziah

“Kamu kesal Osman garing jadi korban pemujaan?”

Maziah tidak menjawap.

“Bagaimana dengan kamu Deraman?”

Saya lihat Deraman resah semacam. Mahaguru mengigit bibir, di wajah terbayang keraguan. Dia merasa sangsi terhadap dua orang anak muridnya yang sudah ditauliahkan itu. Dia segera memberi isyarat kepada orang kanan supaya menyerahkan tugas itu kepadanya kembali.  Orang kanan anggukkan kepala.


PUCAT

Mahaguru genggam penumbuk, sementara tangan kirinya menarik lawi ayam angterselit dipinggang sebelah kanan. Dua tiga kali dia menumuk angin, sebelum lawai ayam yang berulukan gading gajah bertukar tempat. Daritelapak tangan kiri melompat ke talapak tangan kanan. Lawi ayan dikeluarkan dari sarungnya . Dua tiga kali lawi ayam diacukan ke batang leher Maziah dan Deraman.

“Jangan khianat aku.”

Saya lihat muka Maziah dan Deraman pucat lesi.

“Saya cakap kamusuak atau tidak Osman Garind dibunuh.”

“Suka tok guru.”

“Hum… kamu berdua suka aku bertindak kasar dan biadab.”

“Maafkan kami tok guru”
“Hummmm..”

Malam kian tua, awan hitam masih bergerak lemah di dada langit, Suara burung hantu jarang kedengaran. Angin bagaikan penat mahu menyentuh dedaun di hujung reranting. Ayam bagaikan sudah bosan mahu berkokok. Tetapi, cahaya dari pelita minyak tanah tetap setia menerangi tempat mahaguru dan pengikutnya berkumpul.

Begitulah, ditengah-tengah kelesuan malam yang kian tua, kemarahan yang pada  mulanya membara dalam dada mahaguru terus padam. Dengan secara sepontan mahaguru membuka rahsia.

“Kamu berdua tak tahu,  atau sengaja pura-pura tidak tahu yang si Osman Garing  tu ada ilmu. Hari pertama aku tengok ekor matanya, aku dah tahu. Dia buka datang dengan dada kosong.”

“Dia beritahu saya., dia tak ada apa-apa. Dadanya kosong, dia datang ke sini semata-mata nak tuntut ilmu. Nak belas dendam dengan orang yang buat jahat padanya,” kata Deraman.

“Memang begitulah cara dia menipu kamu. Itu cara dia minta simpati dnegan kamu, Eh..!  Kamu tak sedar dia ada hati dengan Maziah. Malah nak jadikan Maziah bininya, dia nak tengok siapa andal berkayuh sampan atas katil,” tutur mahaguru bersama senyum sinis.

Biji mata Deraman terbeliak. Dia tidak menduga sampai sejauh itu Osman Garing mahu bermain serong dengannya.

“Tapi, dia nampak cukp baik tok guru,” Maziah pula bersuara.        

Mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Maziah itu, mahaguru ketawa terbahak-bahak. Dua tiga kali dia gelengkan kepala.

“Orang nak pekenakan kamu, kamu kata baik Maziah. Kamu tak tahu dia datang ke sini nak menguji aku dan aku pula berazam nak menjadikan dirinya mangsa pemujaan . kerana dia rela jadi anak murid aku, senaglah aku menguasainya. Kalau dia datang nak berlawan dengan aku, sulit juga aku dibuatnya,” mahaguru menarik nafas panjang.

“Maziah dan Deraman berpandangan sesama sendiri. Orang kanan dan perempuan suruhan mengikuti cerita dari mahaguru penuh minat.

“Tak mengapa semuanya sudah selesai,” cetus mahaguru lagi dengan perasaan yang cukup lega sekali.

Buat beberapa minit mereka tidak berkata-kata. Masing-masing termenung panjang. Barangkali mereka sedang membuat rumusan tersendiri tentang cerita yang dituturkan oleh mahaguru itu.

“Tak lama lagi ada orang muda yang nak aku jaikan korban pemujaan. Itupun kalau orang muda itu berhasrat nak mencabar aku,” suara mahaguru memcahkan suasana bungkam yang menguasai kawasan bawah pokok mempelam.

“Siapa orangnya tok guru,” dengan antang Maziah bertanya.

KORBAN

Ternyata cara yang dilakukan oleh Maziah itu dianggap keterlaluan oleh orang kanan dan perempuan suruhan.  Kerana mahaguru tidak memperlihatkan sebarang riaksi mereka tida dapat berbuat apa-apa.

“Sabar dulu anak murid ku yang setia. Terpaksa ambil masa, tak boleh terburu-buru,” denagn nada suara yang lembut mahaguru bersuara. Matanya tertumpu ke sumbu pelita minyak tanah yang terbakar, “ aku rasa kamu berdua tak sempat nak tengok upacara pemujaan itu,” tambah mahaguru.

“Kenapa pula,?” Desak Deraman.

“Sebabnya esok atau lusa kamu berdua nak tinggalkan tempat ini. Kau orang dah tamat buat apa duduk sini.  Orang yang mahu dikorbankan itu bergantung kepada keadaan. Bila ada murid yang sudah tamat menuntut dan mahu diberi auliah, barulah korban danpemujaan dibuat. Sekarang kau dah faham kenapa aku tak beritau nama orang dan masanya,”

“Kami faham mahaguru, “ sahut Maziah dan Deraman serentak.

Sebaik sahaja mahaguru selesai bercakap, darah saya tersirap kerana pada hemat saya orang yang dimaklum oleh mahaguru laknat itu adalah batang tubuh saya.

“Maziah,” teriak orang kanan, “ kalau kamu mahu kulit anunya dan ahtinya untuk dibuat bedak atau amu awet muda, bolehlah aku simpan. ”

“Boleh juga tolong simpankan.”

Selesai saja Maziah menjawap pertanyaan dari orang kanan mahaguru, terdengar bunyi petir yang amat kuat bersama sinaran cahaya kilat. Gerakan jantung bagaikan terhenti dan saya terlihat pohon enau (kabung) yang berada tidak jauh dari kawasan saya dan anak buah mahaguru duduk terbakar.

Api terus menjilat bahagiian atas pokok kabung. Kawasan sekitar terang benderang. Dahan mempelam sebelah kiri terus sekah. Mahaguru dan pengikutnya bernasib baik kerana dahan mempelam tidak menghempap kepala mereka.

Mungkn kerana terkejut membuat mereka melompat dan berada diluar garisan bulat. Bahang panas mula tersebar. Kulit muka terasa seperti dibakar. Dan serentak dengan itu hujan turun mencurah curah. Keadaan menjadi kelam-kabut.


“Berteduh dalam rumah, Cepat masuk.”

Dalam hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup, mahaguru mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Arahan itu segera dipatuhi.

Dalam usaha mencari tempat selamat, saya segea berpatah balik ke arah ‘batang mayat’ tempat tubuh Osman Garing dikerat. Darah yang bercamur dengan air hujan meleleh di batang mayat sebelum menitik ke atas permukaan bumi.

Dalam cahaya kilat yang mucncul sekali sekala saya sempat melihat simen  di permukaan (tempat Osman Garing ditanam) tanah dibawa oelh air hujan sedikit demi sedikit  ke kawasan rendah.

Suasana sekitar gelap-gelita (semua jamung dan pelita minyak tanah padam akibat ditimpa hujan). Sebaik saja saya berlindung di bucu ‘batang mayat’ terdengar bunyipetir yang membuat telinga terasa pekak dan bumi terasa macam bergegar.

“La haula walla…”

Itu yang terpancut dari kelopak bibir saya, bila melihat pokok mempelam (tempat mahaguru dan orangnya berkumpul) dipanah petir. Batangnya terkopak dua. Daun dan ranting hangus dimakan api.  Pangkal dan akar pokok tercabut dari bumi dan pokok terus tumbang kaku.










     



No comments:

Post a Comment