Suasana
bising dan jeritan dari dalam rumah menarik perhatian Tuk Siak. Tanpa membuang
masa Tuk Siak masuk ke ruang rumah. Dia terpegun melihat si baju hitam
menyerang datuk bertalu-talu. Mata liar merenung ke kiri dan ke kanan. Dia
mencari saya yang bersembunyi di balik pintu.
Saya
memberanikan diri lalu keluar dari tempat persembunyian. Bagi menarik perhatian
Tuk Siak, saya ketuk daun pintu dengan buku lima beberapa kali. Usaha saya itu
berhasil. Tuk Siak segera memberikan isyarat dengan mengangkat tangan kanannya
separas hidung, menyuruh saya meyembunyikan diri kembali. Saya patuh dengan
permintaan nya itu.
Dari balik
pintu saya lihat Tuk Siak bergegas meninggalkan ruang rumah. Datuk terus
mempertahankan diri dari menjadi korban lembing. Si baju hitam tidak memberikan
kesempatan untuk datuk berhenti bagi menghilangkan penat. Ternyata si baju
hitam cukup handal. Tumbukan datuk tidak memberikan apa-apa kesan pada dirinya.
Saya tidak tahu bagaimana mahu memberhentikan pertarungan tersebut.
Saya
menarik nafas, bila melihat Tuk Siak muncul kembali di ruang rumah. Kali ini
dia ditemani oleh Haji Bagus.
“Kenapa
jadi begini?” Suara Haji Bagus meninggi tetapi, tidak dipedulikan oleh datuk
dan si baju hitam. Mereka terus berjuang. Melihat keadaan datuk yang kepenatan
itu, Haji Bagus dan Tuk Siak segera mengatur langkah untuk membantu datuk.
Mereka rapat ke arah si baju hitam dan cuba memberkasnya. Sayangnya hasrat
mereka tidak direstui oleh datuk.
“Jangan
Abang Aji, jangan Tuk Siak. Biar saya selesaikan sendiri.”
“Tapi,
budak yang kamu lawan tu, lain macam aje
nampaknya. Perkara macam ni tak boleh main-main. Ini merbahaya, dia macam kena
rasuk hantu,” jawab Haji Bagus yang sudah dua tiga kali cuba merampas lembing
dari tangan si baju hitam.
“ak apa,
biar saya selesaikan,” balas datuk tenang. Tuk Siak hanya mengigit jari. Dia
jadi bingung bila berdepan dengan perkara seperti ini. Mahu ditolong, tak
boleh. Mahu dibiarkan takut ada nyawa melayang.
Si baju hitam
terus menyerang tanpa mengenal rasa penat. Kekuatannya bagaikan tenaga seekor
singa. Setelah puas mengelak dan bertahan, datuk segera menukar taktik. Kali
ini datuk menyerang si baju hitam bertalu-talu. Mereka terus bertarung bagaikan
Hang Tuah dengan Hang Jebat. Si baju hitam cukup tangkas, setelah hampir satu
jam bertarung, datuk mula keletihan. Tetapi, si baju hitam masih bertenaga.
“Andi
Kamarool,” pekik datuk sekuat hati sambil menghentakkan tumit kaki kiri atas
lantai. Si baju itam menoleh ke kanan, pada masa itu datuk datang menerkam dari
arah kiri. Bahu kanan si baju hitam ditumbuk dengan sekuat hati. Lembing di
tangan terlucut dan si baju hitam tersungkur di lantai. Datuk segera menanti
dan bersedia melepaskan buah silat, jika si baqju hitam bangun untuk melakukan
serangan kepadanya.
KILAT
Saya kira
pertarungan berakhir, bila si baju hitam tersungkur, pada kenyataannya tidak
demikian, lembing yang terjatuh atas lantai terus tegak berdiri,
melompat-lompat. Kemudian berpusing-pusing dan terus berada di awang-awangan.
Ulunya
seperti ada tangan ghaib yang memegangnya. Mata lembing terus bergerak mencari
sasaran. Dan kaki Haji Bagus menjadi pilihan. Bagaikan kilat mata lembing itu
menghala ke arah Haji Bagus. Cepat-cepat Haji Bagus merebahkan badannya ke atas
lanai. Mata lembing terpacak di tiang seri dan tercabut dengan sendiri.
Mata
lembing yang berada di awang-awangan itu terus mencari sasaran. Tuk Siak jadi
pilihan. Orang tua itu berjaya mengelak dengan berselindung di belakang daun
pintu. Daunpintu tembus, nasib baik Tuk Siak merendahkan badan, kalau dia
berlindung sambil berdiri sudah pasti tempurung kepalanya ditembusi lembing.
Otaknya akan bersemburan dan melekat pada papan pintu.
Keadaan
benar-benar gawat. Penduduk kampung tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah
pusaka. Haji Bagus terus meniarap, tidak berani bangun. Tuk Siak diam di tempat
persembunyian. Hanay datuk sahaja yang berdiri di tengah ruang rumah lama itu.
Lembing
yang berada di awang-awangan itu terus menggila. Sasarannya kali ini, tidak
lain tidak bukan adalah datuk. Bahagian tubuh datuk yang dipilihnya, ialah
bahagian dada. Setelah dua tiga kali mengelak dari serangan lembing berhantu
itu, datuk mula penat. Say alihat datuk, mula bergerak ke arah ibu tingkap.
Datuk berdiri
di situ dengan mendada, seolah-olah merelakan rongga dadanya dirobek oleh mata
lembing lama. Tetapi, tangankanannya bergerak lembut membuka ikatan kain cindai
hitam yang membelit pingangnya. Mata lembing lama yang berkarat tetap menyala
ke dada datuk, mencari sasaran yang baik di dada. Saya lihat datuk tenang, kain
cindai sudah pun berada di tangannya.
Haji Bagus
dan Tuk Siak resah sekali. Daatuk saya
lihat membaca sesuatu sambl membetulkan kedudukan tubuhnya. Kedudukan sepasang
kakinya juga dibetulkan. Kalau dilihat dengan teliti ternyata datuk tidak
berdiri dengan betul, bahagian tubuh sebelah kanan direndahkan atau disengetkan
ke kiri . Telapak kaki kirinya tidak memijak lantai, kecuali bahagian pangkal
tumit.
“Ahhhhh…,”
terdengar suara parau, entah dari mana dan serentak dengan itu lembing bermata
karat terbang ke arah dada datuk. Dan secepat kilat datuk mengelak, mata
lembing terbenam di pap-an ibu tingkap.
Dengan
tangkas datuk membelitkan kain cindai ke mata lembing yang berkarat. Aneh
sungguh, mata lembing tercabut sendiri lalu jatuh atas lantai. Tanpa membuang
masa datuk membalut dan mengikat mata lembing berkarat dengan kain cindai. Sepanjang
usha membalut itu dengan sedaya upaya saya lihat datk cuba mengelakkan
mana-mana bahagian tubuhnya dari menyentuh atau terkena ulu lembing.
“Kamu tak
apa-apa,” tanya Tuk Siak sebaik saja dia melihat dadtuk bersila di lantai.
“ak
apa-apa,’ jawab datuk tenang sambil menarik dan melepaskan nafas dengan
perlahan-lahan. Baji datuk basah diresapi peluh.
“Kenapa
dibiarkan di sini,” Haji Bagus membongkok di depan lembing karat dan cuba
memegang ulunya. Bagaikan kilat datu menerpa ke arah Haji Bagus dan terus
menolaknya ke belakang. Haji Bagus terlentang.
“Kenapa
kamu tolak aku?”
“Maaafkan
saya Abang Aji, sekejap lagi saya terangkan,” datuk segera mengangkat Haji
Bagus. Tuk Siak tercengang-cengang. Saya kira dia kurang senang dengan sikap
datuk yang agak kasar itu. Tetapi, dia tidak berani bersuara.
Carikan
saya kain buruk Tu Siak,” pinta datuk.
“Oh, tunggu
sekejap aku cari.”
Tuk Siak
segera turun di bahagian dapur. Beberapa minit kemudian Tuk Siak muncul di sisi
datuk dengan segumpal kain buruk di tangan.
“Nah,”
hulurnya kepada datuk.
“Terima
kasih Tuk Siak,” datuk segera mengambil kain tersebut. Dan dengan kain itu
datuk memegang ulu lembing yang dibuat dari teras cengal. Datuk menatang
lembing lama lalu diletakkan ke tempat asalnya. Tuk Siak dan Haji Bagus hanya
memandang saja gelagat datuk itu. Datuk keluar dari bilik menyipan senjaa lama.
“Sekarang
aku faham, kenapa kamu tak bagi aku pegang ulu lembing,” bisik Haji Bagus
sebaik saja datuk berdiri di depannya.
“Senang
hati saya, bila Abang Aji dah tahu perkara ini. Tak perlu saya menerangkannya
lagi,” sahut datuk sambil senyum. Datuk melangkah ke arah si baju hiam yang
tergoleh di alantai. Haji Bagus dan Tuk Siak ikut sama. Kami segera mengelilingi si baju hitam yang
terlentang.
Saya merenung
ke arah cahaya matahari yang sudah menguasai hampir separuh ruang rumah. Angin
yang masuk ikut tingkap si sebelah kanan memberikan sedikit keselesaan.
Ternyata keselesaan itu tidak disenangi oelh datuk. Dia menyuruh saya menaikkan
ibu tingkap dan perintahnya itu segera saya patuhi.
Selesai
menjalankan perintah datuk saya kembali bergabung dengan Haji Bagus, Tuk Siak
dan datuk merenung si baju hitam. Saya lihat kaki dan tangan si baju hitam mula
bergerak, tersentak-sentak macam kaki kucing yang ditikam dengan jarum peniti.
“Sudah
sedar,” kata Tuk Siak.
“Serentak
datuk dan Haji Bagus anggukkan kepala. Perlahan-lahan si baju hitam tersedar
dari tidur. Dia gosok kedua belah kelopak matanya.
Renung
kiri, renung kanan sambil mengedutkan dahinya. Wajah saya ditatapnya agak lama.
Kemudian berubah ke wajah Tuk Siak, datuk dan Haji Bagus. Lebih dari lima kali
dia menatap wajah kami silih berganti, macam ada sesuatu yang tidak kena pada
dirinya.
Si baju
hitam lunjurkan sepasang kaki, dia meraba rambut dan telinganya. Dia menunbuk k
osong ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Tarik nafas sambil mengeliat. Saya
lihat wajahnya agak tenang dan damai.
“Saya ni
di mana ?” Pertanyaan itu di ajukan kepada Haji Bagus.
“ Sekarang
kamu mengucap, kemudian baca Fatihah dan cuba ingat di mana kau berada
sekarang,” datuk yang memberikan jawapan, bukannya Haji Bagus.
“Cuba kau
ingat baik-baik, kau di mana sekarang Andi,” sambung datuk. Buat beberapa
ketika si baju hitam merenung sambil
mengigit bibir bawah. Hujung mata sebelah kanannya saya lihat kian mengecil.
“Saya… di
mana saya berada ? “ si baju hitam menyoal dirinya sendiri.
“Di mana?”
Tingkah Tuk Siak.
“Kita datang nak bersihkan rumah tapi, macam
mana saya boelh terbaring disini.”
“Hum….”
Saya bersuara.
Datuk
segera menepuk belakang si baju hitam lima kali berturut-turut. Si baju hitam
bersin dan batuk.
“Mata
lembing tertinggal tu sudah aku letakkan ke tempat asalnya. Sekarang kamu
ceritakan pada aku apa yang kamu rasakan semasa lembing itu berada di tangan
kau,” desak datuk. Si baju hitam meraba kelopak mata kanannya dua tiga kali.
“Tak
payahlah,” katanya.
“Tak boleh
begitu,” sanggah Haji Bagus.
“Ada
baiknya kamu bercerita barangkali ada faedahnya untk kami di sini,” sahut Tuk
Siak.
“Ceritakanlah
Andi demi kebaikan orang lain,” datuk terus mendesak.
Si baji hitam terus melagakan gigi atas dengan
gigi bawah beberapa kali. Dia tersenyum panjang, macam ada sesuatu mencuit
perasaannya. Sikapnya itu menimbulkan pelbagai tanggapan dalam hati datuk.
“Kamu tak
mahu menceritakannya ?” Datuk tenung sepasang anak mata hitamnya.
“Tidak
tapi…”
Si baju
hitam tidak meneruskan kata-katanya. Datuk segera memegang pergelangan tangan
kanannya.
“Kenapa
Andi,” datuk mendekatkan bibir ke cuping telinga kanannya.
“Seram dan
menakutkan,” kata si baju hitam.
“Tak
mengapa, teruskan. Aku ada dekat kamu,” bisik datuk lagi.
Mendengar
kata-kata datuk itu, si baju hitam segera meletakkan telapak tangan kirinya
atas bahu kanan datuk. Dengan tenang datuk mengosok lengan kanan si baju hitam
dua tiga kali sebelum telapak tanan kiri si baju hitam diletakkan ke atas
lantai.
Eritakan
Andi,” desak datuk dan kali desakan datuk berhasil. Tanpa tangguh-tangguh, si
baju hitam pun memulakan cerita.
Katanya di
saat ulu lembing berada di genggamannya, tiba-tiba saja perasaan jadi marah.
Badan terasa panas. Apa yang dilihat semuanya membosankan dan dia bersedia mahu
memusnahkan apa saja yang berada di depan mata. Dan ruang rumah secara mendadak
menjadi padangan yang cukup luas.
PADANG
Dari
setiap sudut padang bermunculan tentera kulit putih (Belanda) lengkap dengan
peralatan perang. Tentera kulit putih memuntahkan peluru meriam ke arah kawasan
perkampungan. Dan sebahagian daripada mereka meluru ke arahnya sambil
melepaskan tembakan bertalu-talu. Ternyata dia tidak mampan oleh peluru tentera
kulit putih.
Tentera
kulit putih mengubah takti. Mereka mengenakan benet di hujung senapang lalu
menikam tubuhnya. Ternyata kulitnya tidak ditembusi oleh besi. Kalau tadi dia
hanya bertahan saja etapi, ali I ni dia mula bertindak. Dia menyerang, menikam
apa saja. Dalam saat-saat tertentu lembing bagaikan terbang di udara. Dia yang
memegang ulu lembing turut berada di udara. Bergerak ke sana ke sini mencari
sasaran. Akibatnya, beratus-ratus tentera kulit putih bergelimpangan atas
padang.
“Masa saya
asyik membunuh orang kulit putih denganlembing, entah macam mana datang seorang
lelaki Melayu. Saya tak tahu dari mana arah dia datang. Dia datang ke arah saya
sambil membaca ayatulkursi.
Belum
sempat saya bertanya, apa tujuan dia datang ke tempat saya, lelaki tua itu
melepaskan pemnumbuk ke bahu kanan saya. Tangan saya yang memegang lembing
terus menjadi lemah. Saya jatuh tersungkur atas padang,” si baju hitam berhenti
bercakap. Dia menelan air liur. Semua yang berada di sisinya mendengar penuh
khusyuk. Saya jadi seronok mendengar ceritanya dan berharap dia akan terus
bercerita.
“Telinga
saya terus diasak dengan suara orang membaca surah Al-Falaq dan Al-Iklas. Bila
saya buka mata, saya tak lagi berada di padang. Tetap, berada di sini. Inilah
membuat saya jadi bingung,” sambung si baju hitam dengan wajah jujur.
NAFAS
Dia
menarik nafas sambil merenung ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus. Si baju hitam
senyum ke arah saya dan senyumannya itu saya balas.
Bila saya
menoleh ke arah Tuk Siak dan Haji Bagus,
saya lihat mereka kerutkan kening dan serentak mereka merenung ke arah
bilik yang menyimpan senjata lama. Datuk pula terus sandarkan badan ke dinding.
Sepasang kakinya dilunjurkannya. Datuk cuba menenangkan perasaannya dengan
menarik dan melepaskan nafas secara teratur dan perlahan.
Kerana
bosan dengan suasana yang agak beku itu, saya bangun dan meninggalkan datuk dan
kawan-kawannya yang sedang berdepan dengan si baju hitam.
Saya
berdiri di depan tingkap melihat beberapa ekor burung merbah jambul melompat di
dahan jambu air dalam sinaran matahari pagi yang kian meninggi. Sengaja saya
hulurkan muka keluar, agar angin pagi menyentuh kulit muka. Sayup-sayup saya
terdengar kuang melalak di kaki bukit.
“Saya nak
tanya sikit Tuk Siak….,” kerana datuk tidak meneruskan kat-katanya mendorong
saya mengalih pandangan ke arahnya. Kerana memikirkan ada perkara yang menarik
bakal diturutkan oleh datuk, Haji Bagus dan Tuk Siak, memaksa saya bergabung
dengan mereka semula.
“Tanya
apa?” Tuk Siak tatap wajah datuk. Saya perkemaskan sila. Si baju hitam masih
seperti tadi, masih memikir-mikirkan perkara yang sudah dilaluinya.
“Tuk Siak
tahu, siap ayang punya lembing puaka tadi,” susul datuk.
Saya lihat
kelopak mata Haji Bagus dan Tuk Siak pejam celik. Tetapi apa yang jelas di
wajah Tuk Siak terpamer kesungguhannya menyorot masa slam.
“Aku tak
ingat, Kamu bagaimana? Agaknya kamu tentu ingat tuanpunya lembing tu,” Tuk Siak
tatap muka Haji Bagus yang masih berkerut iu.
“Sekarang
pergi ambil lembing itu semula, nama tuannya ada tertulis di situ,” Haji
Bagus pun merenung semula ke arah bilik
yang menyimpan senjata lama.
Mendengar
kata-kata Haji Bagus itu, datuk segera menerpa ke arah bilik tersebut.
Dankeluar dengan lembing puaka di tangan. Haji Bagus dan Tuk Siak nampak cemas
sekali. Dengan hati-hati datuk meletakkanlembing puaka di atas lantai. Si baju
hitam segera menjauhkan diri.
“Tak
merbahaya?” Kata Tuk Siak.
“Dengan
izin Allah, tak bahaya,” balas datuk.
“Namanya
tertulis di situ, nanti aku baca,” Haji Bagus bergerak ke arah lembing puaka
lalu tertinggung di situ. Dia membaca tulisan jawi yang terpahat kepada buluh
kering.
“Tuan
punya lembing tu, namanya Usman Ali Akhbar.”
“Agaknya
pahlawan,”kata datuk.
“Iya,”
angguk Haji Bagus
“Habib sman Ali Akhbar inilah yang memimpin
orang-orang kampung menentang Belanda di Muara Jambi. Dengan lembing inilah dai
membunuh beratus-ratus askar Belanda, dia tak lut peluru,” Tuk Siak mula
meriwayatkan tentang manusia bernama Habib Usmal Ali Akhbar.
“Malangnya,
Habib Usman dikhianati oleh anak Jambi sendiri. Dia ditikam dengan ranting
jambu batu yang ditajamkan bahagian hujungnya. Habibditikam dari belakang
semasa dia menambil wudhuk untuk sembahyang zuhur di tepi sungai,” Tuk Siak
menamatkan cerita dengan wajah y ang sedih. Haji Bagus meraba hujung dagunya
sambil menganggukkan kepala beberpa kali.
Apa yanmg
diungkapkan Tuk Siak terbayang dalam kepala Haji Bagus. Walaupun dia tidak
pernah bertempur melawan Belanda bersama Habib Usman Ali Akhbar tetepi, dia
turut mengusubg jenazah pahlawan itu ke tanah perkuburan.
“Kamu masa
tu dah merantau,” Haji Bagus tepuk bahu datuk.
“Macam
mana dengan nasib pembunuhnya?” Si baju hitam mul;a bersuara.
“Orang
yang membunuhnya sempat melarikan diri dan dia mendapat perlindungan dari
pemerintah Belanda di daerah ini. Si pengkhianat bangsa itu di bawa ke Jakarta
dan dijadikan pengawal rumah Gabenor Belanda
tapi, akhirnya dia mati juga dibunuh Belanda, “ sambung Tuk Siak,
matanya tidak berkedip merenung muka datuk dan saya.
Selanjutnya
Tuk Siak menyatakan semua senjata pahlawan yang gugur itu dikumpulkan di tanah
lapang untuk ditanam. Tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan senjata itu
dirampas oleh pemerintah Belanda.
Sebuah
lubang digali sedalam paras dada orang dewasa. Semua senjata itu dihumban ke
dalam lubang. Semasa lubang itu mahu
ditimbus, seorang tua (ayah kepada Tuk Siak) menghalang kerja-kerja itu
diteruskan. Dia mengarahkan supaya senjata dalam lubang dikeluarkan kembali.
Sudah
tentu arahan orang tua itu ditentang.
Pihak yang mahu menanam senjata merasakan kerja mereka itu sia-sia
belaka. Mereka menyalahkan aorang tua itu kerana tidak memberitahu perkara
tersebut lebih awal.
Akhirnya
berlaku pertengkaran hebat. Malah ada yang menuduh orang tua itu tali barut
Belanda. Sebagai orang tua yang sudah masak dengan asam garam kehidupan,
suasana tegang itu dapat dikendurkannya. Senjata yang berada dalam lubang
segera dikeluarkan.
Dengan
nada suara yang lembut orang tua itu memberitahu, jika senjata itu ditanam akan
membawa padah kepada tanaman kampung. Daun-daun pokok berguguran, dahan menjadi
rapuh. Putik buah-buahan gugur. Buah pinang dan k elapa busuk di pokok. Padi di
sawah tidak akan menjadi, tanah tempat senjata ditanam menjdai hitam. Begitulah
bisa dan panasnya senjata pahlawan yang gugur.
BINCANG
Setelah
mengadakan perbincangan, keputusan yang diambil semua senjata pahlawan ang
gugur ditempatkan di sebuah bilik khas dan dikunci. Dua orang dilantik untuk
menerus kerja-kerja tersebut. Danmereka tidak akan memberitahu sesiapapun
tempat mereka menyimpan senjata lama. Perkara itu menjadi rahsia mereka berdua
saja.
“Siapa
orang berdua tu, ?” tanya datuk tanpa sabar, sebaik Tuk Siak menamatkan
ceritanya. Haji bagus dan Tuk Siak segera berpendangan.
“Siapa
orangnya?” Si baju hitam terus berdiri untuk beberapa minit kemudian duduk
kembali sambil menyandarkan badannya ke dinding.
“Orang
berdua itu, aku dan Tuk Siak. Orang di kampung ini sampai sekarang tak tahu
kerja itu kami yang buat. Mereka percaya senjata lama itu bergerak sendiri.
Orang yang menjdai ‘kepala’ dalam hal ini , ayah Tuk Siak sendiri,” Haji Bagus
membuka rahsia.
“Sudahlah
tu kawan, usah panjangkan kisah ayah kita. Dia mati syahid keranan menentang
Belanda,” sambil ketawa Tuk Siak menghalang hasrat Haji Bagus untuk
menceritakan kehebatan dan kebolehan ayahnya kepada datuk.
“Saya
setuju dengan Tuk Siak,” kata datuk.
Dan cerita
tentang ayah Tuk Siak, mati di situ. Tetapi, hati kecil saya tetap berazam.
Bila ada waktu terluang, saya akan memujuk Tuk Siak agar sudah menceritakan
kisah diri ayanya kepada saya.
“Kamu
tahu, susahnya amenjaga senjata lama ni,” keluh Tuk Siak.
“Kenapa?”
Biji mata datuk terbeliak.
“Setaip
malam Selasa, terutama bila ak sampai waktu subuh, senjata lama yang ada dalam
bilik tu berlaga sama sendiri, macam bunyi orang berperang. Kadang-kadang
terdengar orang menjerit, meraung kesakitan,” Tuk Siak batuk kecil. Secara
mendadak saja saya terasa seram. Si baju hitam nampak macam biasa saja, yang
nampak resah sedikit ialah Haji Bagus.
“Sekarang
ni, perkara macam tu ada lagi,’ saya dan datuk tersentak. Diluar dugaan si baju
hitam berani mengemukakan pertanyaan yang sedemikian. Kerana ada yang minat
dengan ceritanya, Tuk Siak memperkemaskan silanya.
“Masa
Belanda mula berambus dari Tanah jambi, bunyi suara orang menjerit dan meraung
menjadi-jadi. Begitulah juga dengan bunyi senjata berlaga. Bagi mengelakkan
perkara perkara yang tak baik terjadi, orang-orang kampung mengadakan pembacaan
surah yasin, setiap malam selama setahun, akhirnya kejadian aneh itu hilang
begitu saja. Cuma hari ini aku melihat kejadian pelik di depan mata aku,
agaknya penunggu senjata lama marak kerana kita kacau dia,” Tuk Siak menamatkan
ceritanya. Semua yang mendengar termangu-mangu.
RENUNG
Berita
yang dipaparkan oleh Tuk Siak itu membuat datuk termenung panjang. Datuk renung
ke kiri dan kanan dan akhirnya menuju ke bilik senjata lama. Bilik yang penuh
misteri itu direnungnya sambiltelapak tangan kanannya memukul jenang pintu
bilik berkali-kali.
Bila datu
menghentakkan kaki kirinya ke lantai, tiga kali berturut-turut, terdengar
sesuatu yang aneh dari dalam bilik. Bila diamati, ternyata bunyi itu adalah
bunyi keris yang dicabut lebih dari lima
puluh bilah.
“Sekarang.”
Datuk
bersuara dalam nada yang agak tingi. Semua biji mata tertumpu ke arahnya. Masing-masing
berdebar menanti, apakah kata-kata selanjut yang bakal datuk katakan.
“Tuk Siak
dan Abang Aji dah denganr bunyi ganjil tu,” sambung datuk. Serentak Tuk Siak
dan Haji Bagus anggukkan kepala. Datuk pun segera merapatkan daun pintu bilik
dan terus di kunci. Dengan tenang datuk meninggalkan bilik rahsia. Dia datang
kepada kami.
Si baju
hitam yang tadi hanya duduk saja, kini sudah bangun. Sudah berani melangkah ke
mana saja ang diingininya di ruang rumah.
Haji Bagus
menuju ke tingkap, berfiri di ditu merenung ke arah bukit. Dia melihat helang
terbang rendah, berlegar-legar di puncak bukit mencari tikus atau katak. Tk
Siak tak berubah dari tempat asal. Sedangkan datuk ke hulu ke hilir didepannya,
gerak geri datuk itu membayangkan dia sedang berusaha menyelesaikan persoalan
yang sedang dihadapinya. Datuk menuju ke tiang seri, berdiri di situ
denganmenyandarkan bahu kanannya kepada
tiang tersebut.
“Memang
dah jadi perangai orang Melayu…” cetus datuk tiba-tiba, tetapi aneh sungguh
perangainya. Dia tidak meneruskan kata-kata sebaliknya menoleh ke kiri dan ke
kanan. Dahinya dikerutkan dan kening kanannya terangkat beberapa k ali.
Dengan
mengejut datuk bergegas ke pintu menhulurkan separuh badannya
Keluar
manakal sepasang matanya merenung ke dada langit. Dia melihat kepulan awan yang
bergerak. Tentu saja perbuatannya itu
menimbulkan seribu tanda-tanya dalam diri Haji bagus dan Tuk Siak.
“Apa yang
kamu cari,” soal Haji Bagus. Datuk menjawap tetapi, melangkah kembali ke tiang
seri dan bersandar seperti tadi. Kali ini kakinya disilangkan. Kaki kiri
menindih kaki kanan.
“Apa yang
membimbangkan kamu,” susul Haji bagus lagi.
“Tak ada
apa apa, sekadar beringat-ingat.”
“adi kamu
bercakap sesuatu, kenapa cakap tu, tak kamu teruskan. Aku nak denganr buah butirnya.”
Tuk Siak pula bersuara. Kali ini datuk tidak boleh berdalih lagi. Dia harus
melenyapkan rasa sangsi di hati Tuk Siak dan Haji Bagus. Seperti biasa datuk
menghadapi situasi dengan tenang dan sabar.
No comments:
Post a Comment