Wednesday, September 21, 2011

SIRI 161 BALDI BERDARAH



Suasana yang bungkam itu, membuat otak saya memikirkan perkara yang bukan-bukan. Saya juga membayangkan bagaimana datuk dan kawan-kawannya berusaha dengan susah payah mengesan jejak saya yang hilang. Tergambar, bagaimana cemasnya wajah Andy Kamarool mencerita pengalaman pahitnya melepaskan diri dari sarang manusia yang digelar mahaguru itu.
Saya kira, sambil bercerita Andy menangis dan meratap di depan datuk kerana dia gagal menyelamatkan saya dari perangkap manusia yang berpenghulukan SYAITAN. Saya terus mengelamun dan mengelamun. 
“Huh…”
Saya segera menoleh ke arah suara yang muncul dari sebelah  kiri. Perempuan suruhan sedang membawa baldi hijau dalam keadaan termengah-mengah. Dia melintasi di depan saya dan akhirnya berhenti berdiri di depan mahaguru. Baldi merah masih dibimbitnya.
“Letakkan baldi hijau tu di situ.”
Perempuan suruhan segera akur dengan perintah mahaguru. Tiga manusia yang mahu ditauliahkan masih berdiri kaku. Orang kanan mahaguru, tidak berkata apa-apa, Cuma biji matanya saja bergerak mengikut gerak-geri perempuan suruhan.
Dari gerak matanya terungkap rasa cemburu yang amat sangat terhadap perempuan suruhan. Barangkali hatinya jadi baran kerana mahaguru  terlalu banyak mengeluarkan perintah untuk  perempuan suruhan dan dalam masa yang sama cuba main genyit mata dengan perempuan suruhan yang bentuk tubuhnya lebih menarik dari bentuk tubuh orang kanan mahaguru sendiri.   
“Suruh dia orang minum darah, lumurkan muka dan tangan dengan darah.” Datang lahi arahan dari mahaguru.
“Baik.”
“Letakkan baldi itu dekat dengan aku.”
Perempuan suruhan melakukan apa yang diarahkan oleh mahaguru. Dengan langkah yang teratur, perempuan suruhan mendekati salah seorang lelaki yang bakal ditauliahkan itu.
Dua tiga kali bahu kiri dan kanan lelaki itu ditumbuk dengan sekuat hati. Tubuh lelaki itu tidak berganjak.Tempat sulit lelaki itu ditumbuk, lelaki itu tersenyum tidak merasai kesakitan. Perempuan suruhan itu terus menjerit dan  melompat tinggi, kemudian dengan kaki kiri dia melepaskan tendangan yang amat kencang ke dada lelaki itu.  
Saya terdengar bunyi suara lelaki itu mengerang menahan kesakitan. Tetapi lelaki itu tidak kelihatan membongkok atau rebah ke bumi.   Cuma suara sahaja yang keluar menahan rasa sakit. Sebaliknya perempuan suruhan duduk di bumi meraba-raba buah betis kiri beberapa kali. Mungkin otot-otot dikakinya kejang.
Permpuan suruhan segera bangun, dia melakukan senaman. Barangkali untuk mengendurkan otot-otot yang kejang. Perempuan suruhan menarik nafas dalam-dalam dan terus merapati lelaki yang ditendangnya sebentar tadi.
“Kamu pergi dulu.”
Dengan angkuh perempuan suruhan menjentik daun telinga kiri lelaki  itu dengan jari telunjuknya. Biadap, tidak ada budi bahasa langsung, pa di afikir dia memang handal dan gagah. Hati kecil saya memberi komentar, bila melihat telatahnya yang keterlaluan itu.

“Buat apa yang diingini oleh mahaguru, faham,” lanjut perempuan sambil menjuihkan bibirnya bawahnya.
“Faham,” sahut lelaki itu.
“Lepaas ida kamu pula, mengerti,” perempuan suruhan menujahklan jari telunjuknya ke batang hidung lelaki yang kedua. Darah saya jadi panas. Perempuan itu sudah keterlaluan. Dia menghina kaum sejenis saya. Dia memandang orang lelaki seperti sampah danlayak berada dibawah kakinya. Kamu memeang perempuan jahananam. Batin saya terus bergelora.
“Saya faham,” lelaki yang kedua bersuara.
DEKAT
Perempuan suruhan mendekati orang ketiga iaitu seorang perempuan. Anpa berkata sepatah apa pun, perempuan suruhan melepaskan penumbuk kepada orang ketiga (perempuan) di bahagian perut. Ternyata orang ketiga tidak mengalami apa-apa. Dia tetap macam biasa.
Perempuan suruhan gelengkan kepala beberpa kali.  Dia kagum dengan kehebatan orang ketiga. Pipi orang ketiga segera dicubitnya penuh geram dan ghairah. Idak memadai dengan itu, dia sengaja melagakan hujung hidungnya dengan pipi orang ketiga penuh berahi. Dan perbuatannya itu tidak dilanjutkan bila orang kanan mahaguru berdehem tiga kali berturut-turut.
Perempuan suruhan segera berpaling ke arah orang kanan mahaguru.
“Kamu sudah keterlaluan. Jangan jadi pengikut kaum nabi Lud, faham.”
“Maafkan saya maharani,”
“Ingat jangan biadap sangat didepan aku, teruskan tugas kamu, “ mahaguru pula melahirkan rasa kurang senangnya.
“Maafkan saya mahaguru.”
“Humm.. mahaguru anggukan kepala.
Perempuan suruhan segera mendekati orang ketiga kembali. Buat beberapa saat, perempuan suruhan tidak berkata apa-apa. Dia hanya menark dan melepaskan nafas. Berusaha menenangkan perasaan.
“Kamu juga ikut macam orang pertama dan kedua, pergi berbaris dekat dia orang. Dengar perintah mahaguru,” tutur perempuan suruhan kepada orang ketiga yang berdiri kaku. Orang ketiga anggukkan kepala, tanda faam dan bersedia menurut atau mematuhi apa saja perintah..
Bila yakin apa yang diperintahkan telah dilaksanakan dengan sebaik mengkin, maka perempuan suruhan kembali berdiri di depan mahaguru.
“Boleh  kita mulakan mahaguru?”
“Boleh tapi…..,” mahaguru tidak meneruskan kata-kata. Wajah perempuan suruhan denag serta merta kelihatan cemas. Dia kedutkan dahi.
“Adakah sesuatu yang silap atau salah saya lakukan mahaguru, kalau ada saya minta maaf,” 
“Tidak ada yang salah, semuanya betul. Malam ini aku mahu orang ketiga ditauliahkan dulu, orang lelaki kemudian.”
“Selalunya lelaki dulu, kenapa kali ini orang perempuan pula. Ini sudah bercanggah dengan kebiasaan danperaturan yang kita tetapkan mahaguru,” perempuan suruhan luahkan protes.
“Ini perintah aku, kamu jangan bantah.”
“Baik mahaguru.”
“Mulakan, sebelum tu suruh dia sebut namanya. Nama kampung dan nama emaknya, nama ayah tak mustahak. Kalau ada anak perempuan , sebut namanya. Nama suaminya tak payah,” itu arahan baru dari mahaguru. Setiap patah perkataan terakhir, perempuan suruhan anggukkan kepala, macam burung terkukur jinak yang diagah oleh tuannya. Sungguh lucu sekali..
Perempuan suruhan segera menemui orang letiga.
“Kamu dengar apa yang mahaguru katakan, “ tanya perempuan suruhan. Orang ketiga segera mengangguk.
“Maju dan mulakan sekarang.”
Orang ketiga pun maju ke depan. Berdiri di depan mahaguru seraya menundukkan kepala tanda hormat. Mahaguru angkat tangan melepasi kepala sebagai tanda yang dia merasmikan acara memberi tauliah kepada anak-anak muridnya.
“Sekarang,” jerit perempuan suruhan.
“Nama saya Maziah, asal dari Kampung Simnpang Empat, Mata Air Perlis. Emak saya namanya Jariah. Saya janda, bercerai hidup dengan suami.”
“Bekas suami kamu sudah kahwin,” celah orang kanan secara mengejut.
“Sudah, kawin dengan sepupu saya sendiri,” orang ketiga (Maziah) berhenti bercakap. Dia tunduk merenung bumi. Mungkin dia menahan rasa terharu. Suasana sekiatr terus didakap kesepian.
“Teruskan cakap kamu Mziah,” perintah perempuan suruhan.
“Maafkan, saya. Saya ada seorang anak perempuan, duduk sama neneknya di Kuala Perlis.”
“Kalau aku suruh kamu minum darah anak kamu, apa kamu sanggup?”
Orang ketiga terus diam. Lidahnya bagaikan kelu untuk memberikan jawapan atas pertanyaan mahaguru.
“Jawap pertanyaan aku, sanggup atau tidak?”
“Saya sanggup mahaguru.”
“Bagus, bunuh bekas suami, kamu sanggup?”
“Sanggup mahaguru.”
“Bagi mengekalkan kecantikan diri kamu, sanggupkah kamu bunuh orang lelaki, ambil jantung, hati dan khempedunya untuk dijadikan serbuk yang kemudiannya kau jadikan perencah makanan untuk diri kau sendiri.”
“Saya sanggup mahaguru.”
“Ambil kulit dan urat dalam kemaluan untuk dijadikan campuran macam bedak yang kemudiannya kamu sapu ke muka supaya kamu nampak muda,” dengan mengejut orang kanan mahaguru bertanya.
Perempuan yang mahu ditauliahkan itu (orang ketiga) nampak gugup dan tergamam. Dia tidak menduga orang kanan mahaguru mahu mengajukan pertanyaan seperti itu. Buat beberapa saat, orang ketiga tetap resah gelisah.
“Jawap pertanyaannya, sanggup atau tidak?” Jerkah mahaguru.
“Saya sanggup.”
“Bagus.”
Mahaguru terus bangun dan orang kanannya puntepuk tangan tanda kegirangan yang amat sangat. Perempuan  suruhan tetap tenang dan bersahaja. Tetapi, sepasang anak matanya tetap mengikuti gerak-geri perempuan yang bakal ditauliahkan.
“Mulakan sekarang,” kata mahaguru dan terus duduk. Perempuan yang mahu ditauliahkan segera rapat ke baldi hijau. Dia ambil cawan, lalu mencedok darah dalam baldi hijau diteguk macam air sejuk. Lengan dan muka turut dilumur dengan darah. Bau darah yang hanyir menusuk lubang hidung saya.
Bagi membuktikan yang dia sudah melaksanakan perintah mengikut syarat-syarat yang ditentukan perempuan tersebut (Maziah) segera mendekati perempuan suruhan sambil menunjukkan kesan darah di bibir dan gigi serta mempamerkan kesan darah di muka dan lengan.
Perempuan suruhan memanglah seorang pekerja yang amanah dan bertanggong jawab. Tanpa membuang masa, dia terus membelek-belek gigi, kulit muka dan lengan perempuan tersebut dengan teliti.
“Bagaimana? Kamu puas hati yang dia sudah  buat apa angkita suruh?” Orang kanan mahaguru bertanya kepada perempuan suruhan.
“Saya puas hati. Dia sudah mnyempurnakan segala syarat yang ditetapkan dengan baik,” jawap perempuan suruhan sambil meyuruh perempuan yang baru selesai menjalani proses tauliah peringkat pertama, mendekati mahaguru.
“Kemari kamu,” mahaguru terus bangun dengan sebilah lembing di tangan . Perempuan yang menjalani tauliah peringkat pertama segera memusingkan tubuhnya untuk menghalakan wajahnya ke arah mahaguru.  Tanpa membuang masa walau sesaat pun, mahaguru terus merejam lembing ke bahagian dada Maziah tersebut.
Mata lembing yang terbenam di pangkal buah dada kiri tembuas kebelakang. Wajah perempuan (Maziah) itu tetap tenang dan bersahaja, bagaikan tiada sesuatu terjadi pada dirinya. Walaupun bajunya basah kuyup dengan darah, dia masih berdiri tegak di situ.
Orang kanan mahaguru anggukkan kepala beberap akali. Tanda puas hati. Sepasang mata perempuan suruhan tidak berkedip melihat darah membasahi baju perempuan yang sedang menjalani ujian.
LEHER
Mahaguru pun segera menrpa ke arah perempuan tersebut lalu mencabut lembing yang terbenam di dada.  Sebaik saja mata lembing dicabut darah yang membuak keluar terus berhenti.  Lembing dipacakkan ke dada bumi.  Mahaguru terus menepuk bahu kanan perempuan dua kali berturut-turut dan sekaligus dengan rasa geram dan ghairah , buah dada perempuan terus dipicitnya. Ternyata perbuatan mahaguru yang keterlaluan itu idak dapat dikesan oleh orang kanannya.
Hasil dari tepukan mahaguru di bahu kanan, kessan luka akibat tikaman lembing terus sembuh. Tidak meninggalkan sebarang tanda, baju pun tidak koyak dan darah terus kering dan hilang.
“Kamu lulus,” kata mahaguru sambil merenung ke arah perempuan suruhan, “bagi aku parang panjang,” sambung mahaguru dan perempuan suruhan segera menghilangkan diri. Dia menuju ke belakang dinding buluh. Muncul semula dengan parang di tangan.
Perempuan suruhan serahkan sebilah parang panjang ke tangan mahaguru. Dengan mata parang yang  tajam berkilat itu, mahaguru menetak batang leher Maziah di depannya. Saya segera pejamkan mata, rasanya memang ssay atidak sanggup melihat kepala bercerai dengan tubuh. Aneh sungguh manusia ini, mempertarungkannyawa untuk menuntut ilmu. Apakah menuntut ilmu dengan caraq aini digalakkan oleh agama Islam?. Dala keadaan mata yang pejam itu timbul pertanyaan dalam hati kecil saya.
“Sudah,” saya terdenganr suara mahaguru.
Saya kira kepala perempuan itu sudah pun terdampar dibumi, sementara tubuhnya pula bergelimpangan di tanah dengan sepasang kaki dan tangan mengelitik.
Begitulah dalam seribu kecemasan danpersoalan, saya buka kelopak mata perlahan-lahan. Lagi sekali saya merasa pelik dan takjub, batang leher Maziah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tetap seperti keadaan asal. Sebaliknya parang panjang yang bengkok.
Orang kanan mahaguru segera bangun. Tanpa tangguh-tangguh dia terus tepuk tangan. Perempuan suruhan menarik nafas dalam-dalam dan saya merasa pelik kenapa dia tidak turut sama bertepuk. Barangkali dia adaq tugas lain yang harus diselesaikan.? Andaian saya tidak meleset. Perempuan suruhan bergerak ke bahagian sudut kanan dan hilang dalam cahaya pelita yang samar-samar.
Beberapa saat kemudian, perempuan suruhan muncul kembali membimbiyt baldi yang berisikan air panas. Berhenti di depan mahaguru tanpa meletakkan baldi di tanah.  Saya lihat mahaguru angkat tangan kiri melepasi kepalanya. Sebaik saja mahaguru menjatuhkan tangannya, perempuan suruhan pun segera angkat baldi dan terus mencurahkan air panas yang masih berasap ke tubuh Maziah yang sedang menjalani ujian.
Saya kira, Maziah itu akan menjerit kepanasan dan kulitnya pasti terbakar. Apa yang saya harapkan tidak pula terjadi. Perempuan itu tidak menjerit, tidak mengeluh. Dia tetap macam biasa, masih boleh mengukir senyum untuk saya dan orang-orang yang berada di sekitarnya.
MAHAGURU
Akibat kena air panasitu, tubuhnya seperti mengeluarkan asap dan ini menambahkan kehebatan pada dirinya. Orang kanan mahaguru segera menerpa ke arah perempuan itu. Dia meletakkan lima jari-jemarinya ke dahi perempuan itu/ Dengan serta merta perempuan itu merendah kan dirinya dengan membengkokkan sepasang kakinya. Sepasang kepala lututnya bertemu dengan bumi. Lebih tepat disebut duduk melutut.
Telapak tangan orang kanan mahaguru berubah tempat. Dari dahi terus ke ubun-ubun perempuan tersebut. Dua tiga kali kulit kepala bahagian ubun-ubun digosoknya. Bibir orang kanan mahaguru bergerak-gerak. Agaknya dia membaca jampi serapah. Rambut di bahagian ubun-ubun Maziah itu dipegang dan dipintal lalu didandan.
“Potong.”
Orang kanan mahaguru menoleh ke arah perempuan suruhan.
“Potong apa?” tanya perempuan suruhan ragu-ragu.
“Bodoh, potong rambutnya.”
“Dengan apa?”
“Dengan apa saja,” suara orang kanan mahaguru kian meninggi. Say alihat perempuan suruhan renung kiri, renung kanan, Kedutkan dahi. Dia seperti berada dalam keadaan serba salah.
Di tengah-tengah keadaan ang serba tidak kena itu, saya lihat perempuan suruhan mengeluarkan sebilah lawi ayam dari rusuk kirinya. Sarungnya dicampakkan ke kanan dan mata lawi ayam itu ditayangkan di depan mata orang kanan mahaguru.
“Dengan ini, boleh atau tidak?”
“Boleh” pendek saja jawapan dari orang kanan mahaguru.
Tanpa mahu membuang masa, perempuan suruhan itu melompat dan menerpa ke arah Maziah yang sedang menjalani ujian. Dengan sekelip mata saja rambut yang didandan terpisah dari kulit epala kerana di potong terlalu rapat menyebabkan kulity kepala bahagian ubun-ubun kelihatan putih macam akesan orang yang baru lepas menjalani bekam.
Rambut sejemput dalam telapak tangan perempuan suruhan diserahkan kepada orang kanan mahaguru. Rambut itu dibelek-belek dan dibungkus dalam kain kuning lalu diperasap dengan kemenyan sebelum ditaruh kedalam sebuah gelas yang berisikan air limau. Tugas itu dilakukan oleh perempuan suruhan denag cermat sekali. Orang kanan hanya melihat saja.
“Lagi apa yang measti saya buat?” Tanya perempuan suruhan.
“Lukakan kulit kepalanya, dibahagian yang kau potong tadi. Biarkan darahnya menitik ke dalam gelas.
“Baik, saya mulakan sekarang.”
“Silakan, jangan tersilap, kalau silap buruk padahnya,” orang kanan mengingatkan perempuan suruhan. Dengan hujung lawi ayam perempuan suruhan melukakan kulit kepala Maziah. Darah memancut keluar dan terus masuk ke gelas yang ditadah. Air limau yang  bercampur darah melahirkan warnah merahkehitam-hitam yang pekat.
“Pulihkan dan berhentikan darahnya dari keluar.” Pekik mahaguru bila melihat gelas yang ditadah hampir penuh dengan darah. Oraang kanannya segera meletakkan I bu jari ke bahagian kuli kepala yang dituris dengan lawi ayam. Bila ibu jari diangkat, darahpun berhenti mengalir. Kulit kepala yang terkoyak kembali bercantum seperti asal.
“Sekarang kamu bangun, berdiri tegak.”
Emikian mahaguru mengeluarkan perintah kepada Maziah ang duduk melutut. Merelakan dirinya diperlakukan apa saja. Maziah bangun dan berdiri tegak.
Mahaguru menghampirinya dari arah kiri. Orang kanannya segera undur dan kembali ketempat asalnya. Perempuan suruhan segera menyerahkan gelas yang berisi rambut, air limau dan darah kepada mahaguru. Saya lihat mahaguru menyambutnya dengan kain k uning. Dengan kain kuning itu juga gelas dibalut.
“Korek lubang di tempat kepala lutut kanannya menyentuh bumi. Korek kira-kira dua kaki dalam,” mahaguru keluarkan arahan kepada perempuan suruhan.
“Dengan pencebak.?”
“Tak payah, dengan tangan kamu sendiri.”
Saya mengigit bibir, mustahil boleh mengorek tanah sedalam dua kaki lebih dengan tangan. Orang yang mengeluarkanperintah itu, orang gila. Semua tak amsuk akal. Fikir saya.
Alam saat fikiran berputar antara logik dengan tidak perintah mahaguru itu secara mengejut perempuan suruhan menjerit sambil menjulang kedua belah tangannya ke  langit. Rambutnya mengurai menutup wajah. Dia memukul badan dan menggaru mukanya hingga berdarah. Dia seperti kerasukan, menghempas diri ke bumi, berguling danmenjulur macam biawak.
Jari jemarinya mencakar-cakar bumi macam ayam menjcari makan. Mahaguru dan orang kanannya membiarkan sahaj perempuan suruhan berkeadaan seperti orang h ilang akal. Suara jeritanperempuan beransur perlahan dan akhirnya berhenti.
Perampuan suruhan itu terus duduk bertinggung merenung tanah di mana terdapat kesan kepala lutut kanan. Mata saya tidak berkedip metenung  ke arah perempuan suruhan. Saya mahu mengikuti dengan terperinci apa yang  bakal; dilakukannya. Pada hemat saya, dunia mahaguru dan orang-orangnya sungguh ganjil. Penuh misteri.
Dua tiga kali saya gosok kelopak mata. Sungguh tidak masuk akal, wajah perempuan suruhan bertukar menjdai hitam dan hodoh sekali. Kuku di jari jemarinya menjadi panjang dengan serta merta. Saya kira,  panjangnya lebih dari enam inci.   
Kuku yang keras itu berwarna kuning emas tetapi warna kulit lengannya pual amerah menyala macam warna biji saga. Kiri kanan pipinya terjulur siung macam siung harimau dan kalau wajahnya diamat-amati memang ada mirip harimau kumbang.
Dengan kuku yang panjang dia terus megorek lubang. Sesekali dia menderam macam harimau sambil mempamerkan taring yang tumbuh di kiri kanan mulutnya. Matanya, nampak merah bersinar garang merenung tajam kepada saya. Dalam beberapa saat saja dia sudah pun berjaya menggali lubang tersebut  seperti apa yang diinginkan oleh mahaguru.
“Sudah.”
Serentak dengan perintah itu, mahaguru terus menedang bahagian punggung perempuan suruhan. Danperempuan suruhan berguling-guling di bumi menahan kesakitan. Tidak memadai denganitu, mahaguru memukul pula badanperempuan suruhan denga buluh pagar sekuat hati. Perempuan suruhan mengeletek macam ikankeli kena katuk. Saya terdengar suara perempuan suruhan merintih dan menagis untuk beberapa saat.
Biala suara rintihan dan tangisan senyap, saya terdengar suara ketawa gembira dari perempuan suruhan. Wajahnya kembali dalam keadaan asal. Dia berdiri tegak dengan sepasang matanya merenung muka mahaguru.
“Kamu sudahmenjalankan tugas dengan baik,” kata mahaguru kepadanya sambil mengosok badan gelas dengan kain kuning. Perempuan meneriam pujian itu dengan senyum lebar. Rasa bangga dan megah terpamer diwajahnya.
“Kita dah sampai kepada upacar penamat. Aku minta kau bacakan smpah di depan Maziah,” mahaguru meluruskan telunjuk ke wajah Maziah yang berada disisinya.
“Saya bersedia,” perempuan suruhan bersuara.
“Begini, masa gelas ini berada di dalam permukaan lubang kau bacakan sumpah itu dengan lantang,” sambung mahaguru.
“Baik,” lantang sekali suara perempuan suruhan  yang bersedia melakukan apa saja.
 Orang kanan mahaguru segera memerintahkan perempuan yang mahu ditauliahkan itu berubah tempat. Berdiri di depan lubang. Perempuan suruhan disuruh berdiri di sisi Maziah. Mahaguru terus mengambil tempatnya berhadapan dengan perempuan yang mahu ditauliahkan. Setelah mengatur dan mengarah mengikut apa yang dikehendaki oleh mahaguru, orang kanan kembali duduk di tempat asalnya.
“Sebenarnya, orang lain tidak seteruk kamu menjalani upacara tauliah atau tamat belajar,” cukup lembut nada mahaguru. Senyum terus terukir di kelopak bibir, “kerana kamu pada hemat kami ada kebolehan tersendiri, aku terpaksa menambahkan beberapa ujian lagi. Hanya orang-orang pilihan saja yang mendapat ujian macam ni, kau yakin kamu akan menjadi anak murid aku yang berjaya. Boleh mengembangkan ilmu yang kamu tuntut,” sambung mahaguru.

No comments:

Post a Comment