Setelah
menunaikan sembahyang asar, saya terus berlegar-legar dalam bilik surau. Datuk
membaca al-Quran, Haji Basilam terus berwirid panjang . Andi Kamarool baring
terlentang di bucu surau, sepasang matanya merenung siling surau . Barangkali
dia sedang pasang angan-angan tentang Mia agaknya.
Agaknya
dia sedang membayangkan dirinya berjalan berdua-duaan dengan Mia di padang
lapang. Mereka berkejar-kejaran, berjatuh-jatuhan di tanah lapang. Saling gelak
ketawa. Biarlah Andi kamarool dengan dunianya, bisik batin saya sambil
mengeliat.
“Hummmmm…….”
Saya
menoleh ke arah Andi Kamarool yang mengeluh. Kedudukannya sudah berubah, kalau
tadi dia menelentang kini dia meniarap pula. Datuk dan Haji Basilam masih seperti
tadi.
Saya
berubah tempat dari penjuru sebelah kanan, bergerak ke penjuru kiri. Dan pada
saat itu sepasang mata saya tertumbuk ke arah beberapa keping sejadah yang
tersangkut ke dinding. Sesungguhnya, saya tidak berminat dengan sejadah yang
dilipat tiga segi serta ditindih dengan anak lesung batu. Terletak betul betul dibawah jendela yang
daunnya tertutup rapat.
Kerna
kedudukan nya terasing dari sejadah-sejadah yang lain dan ditindih dengan anak
lesung batu pula, membuat saya tidak sabar-sabar untuk melihat rupa dan bentuk
sejadah tersebut. Tanpa mahu membuang masa, anak lesung batu saya tolak,
sejadah yang berlipat tiga terus ditarik dan dibentangkan atas lantai.
Bila
sejadah terhampar di depan mata, saya terlihat potret harimau. Badan harimau
berwarna kuning dengan belang-belang hitam berlatar belakangkan pepohon yang
menghijau segar. Saya tatap potret muka harimau untuk beberpa saat dan saya
rasa sepasang telinga dan matanya bergerak. Dan pada saat itu juga, seluruh
urat saraf terasa lemah, darah jadi gemuruh dan perasaan jadi gementar.
Saya
renung ke arah datuk, Haji Basilam dan Andi Kamarool, semuanya tidak merenung
ke arah saya. Cepat-cepat sejadah aneh itu saya lipat tiga kembali, lalu saya
tindih dengan anak lesung batu. Tempat itu segera saya tinggalkan, bergerak
perlahan-lahan ke arah Andi Kamarool.
Buat
beberapa saat, saya terpaksa duduk bersila di hujung kepala Andi Kamarool untuk
menenangkan perasaan dan menghilangkan darah gemuruh yang berlari dalam urat
saraf. Bila perasaan kembali normal, saya segera mendekati Haji Basilam yang
secara kebetulan sudah selesai wirid.
“Kenapa
muka kamu nampak cemas Tamar?”
“Tak
adalah, saya macam biasa.”
“Kalau
begitu, aku yang salah pandang,” kata Haji Basilam sinis.
Debar hati
dikala itu hanya Allah saja yang tahu. Haji Basilam bangkit dari duduknya.
Kerana
merasa tidak selesa, Andi Kamarool terus duduk dan kemudian berdiri. Datuk
menutup Quaran dan meletakkan di atas rak. Haji Basilam melangkah ke tengah
surau dengan diikuti oleh datuk. Mereka berhenti di situ.
“Sekarang
kita pergi ke rumah lain, kita bermlam di situ,” kata Haji Basilam kepada
datuk.
“Ayuh,
kita pergi sekarang,” balas datuk sambil melemparkan pandangan ke arah saya dan
Andi Kamarool.
Kami
(saya, Andi Kamarool dan datuk) dibawa oleh Haji Basilam menuju ke sebuah rumah
yang terletak di sebelah kanan rumah batu besar, araknya, dengan rumah batu
besar, kira-kira sepelaung saja. Dengan tenang, Haji Basilam membuka pintu..
“Naiklah,”
katanya dari ambang pintu.
Datuk
pijak anak tangga dengan teliti dan akhirnya tubuh datuk hilang ditelanpintu
rumah. Saya dengan Andi kamarool saling berpandangan, siapakah yang harus naik
dulu? Aya atau Andi Kamarool.
Lapang
rasa dada, bila Andi Kamarool mendahului saya memijak anak tangga rumah. Saya
mengekori dari belakang. Kalau ada bencana, pasti Andi Kamarool menerima
risikonya terlebih dahulu dan saya masih ada kesempatan untuk mengelak atau
cabut lari.
Berada
dalam perut rumah tubuh terasa sejuk sekali. Haji Basilam tidak ambil peduli kehadhiran
kami, dia asyik memberi penerangan entang rumah papan kepada datuk. Saya lihat
datuk anggukkan kepala saja.
MEJA
Rumah
papan tiga bilik itu mempunyai ruang tamu yang luas. Tersedia sebuah meja
bundar (bulat) yang diperbuat dari papan jati, di kelilingi empat kerusi rotan.
Di tengah bundar ada patung harimau sedang tidur dibuat dari tembikar.
Tidak jauh
dari meja bundar, tersedia meja empat persegi yang dibuat dari kayu cengal
beralaskan cermin tebal. Di bawah cermin tersedia potret harimau dengansepasang
mata bersinar. Potert harimau itu nampak seperti hidup. Kerana emosi terganggu
menorong saya bertindak, menarik kain tutup meja berwarna kuning di bawah meja
bundar, lalu menutup potret harimau Sumatera itu.
“Eh tamar,
jangan amu kacau meja tu. Itu meja tulis bapa Mia, sebaiknya kamu beredar dari
situ,” teriak Haji Basilam. Gerak-geri saya dapat dikesannya.
“Saya tak
tahu Tuk Aji.”
“Aku lupa
nak cakap tadi, dulu meja kaca tu di tempatkan di rumah batu, kemudian di
pindahkan ke sini.”
“Kenapa
dipindahkan ke rumah kecil Tuk Aji?” Soal Andi Kamarool.
Saya lihat
Haji Basilam mengigit bibir. Ia seperti keberatan mahu menjawap pertanyaan Andi
Kamarool.
“Pelik
juga, dari rumah batu dipindahkan ke rumah papan,” kata saya. Dan kali ini say
alihat Haji Basilam melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Daia
mundar-mandir di depan kami dan akhirnya berhenti di depan saya.
“Sebabnya,”
Haji Basilam tidak meneruskan kata-kata. Dia renung muka datuk buat beberapa
saat. Bila datuk anggukkan kepala, Haji Basilam pun meneruskan percakapan yang
tersangkut, “ sebabnya, Mia selalu terlihat bentuk manusia yang menyerupai
bapanya membaca dan menulis di meja itu waktu tengah malam, terutama pada malam
Jumaat dan Isnin, kadang-kadang dia nampak anak harimau bermain atas meja tu.”
“Haaaa…”
mulut saya terlopong.
Dengan
serta merta bulu roma saya berdiri. Saya segera beredar dari tepi kaca empat
segi.
“Bagus
jangan dekat meja itu,” puji Haji Basilam, dia melihat saya beredar disisi tanpa
memeprdulikan Andi Kamarool yang sedang berbual dengan datuk. Dari bibir
jendela, saya menatap pepohon yang hijau damai di lereng bukit, hati terhibur
melihat awan gemawan berarak lembut bersama kicau burung. Dedaun kelapa
melintuk-lintuk disentuh bayu petang yang bertiup lembut.
Haji
Basilam bergerak menuju ke arah datuk dan Andi Kamarool.
“Memang
saya tak duga, abang Aji nak singgah dan bermalam di sini,” suara datuk
menerkam gegendang telinga saya.
‘Bukan
apa-apa, aku Cuma nak beri pengalaman baru kepada cucu kamu dan kawanya. Aku
tak mahu mereka dengar cerita-cerita yang bukan-bukan , kemudian mereka percaya
dengan cerita itu lalu dihebahkan kepada orang lain, sedangkan mereka sendiri
ak tengok,” terang Haji Basilam.
“Maksud
abang aji?” Tanya datuk.
“Mereka
berdua pernah bagitau aku yang mereka pernah dengar cerita-cerita pelik dan
aneh di Kerinci ni, jadi aku mahu mereka tengok sendiri apakah cerita yang
mereka dengar itu benar atau sekadar cerita saja.”
“Saya
faham sekarang, tapi….”
“Tapi
apa?” Haji Basilam tentang biji mata datuk.
“Soalnya,
beranikah budak bersua tu menghadapinya?”
“Kita
tengok dulu, kalau dia orang boleh, kita biarkan. Kalau dia orang tak boleh
kita suruh dia orang undur.”
“Saya
setuju,” suara datuk riang benar. Ada senyum berlari di kelopak matanya.
BULAT
Bila
dialog antara Haji Baslam dengan datuk dak dapat ditangkap oleh gegendang
telinga, saya segera menoleh ke arah mereka. Ingin mengetahui kenapa mereka
diam. Dan pada saat itu saya dapati Andi Kamarool sudah berubah tempat. Dia
membelek-belek kitablama di bawah meja bulat. Andi Kamarool mencangkung di
situ, macam anjing merenung tulang.
“Berapa
lama agaknya kita di sini abang Aji?”
“Ikut
keadaan,” sahut Haji Basilam sambil menyuruh datuk masuk ke bilik tengah untuk berehat.
“Abang Aji
bilik mana?”
“Aku di
bilik dekat pintu masuk.”
“kalau
begitu, buda-budak berdua di bilik sebelah kiri,” datk menoleh ke arah saya dan
Andi Kamarool, sebelum dia merenung ke arah bilik yang terbuka sebelah.
Di sebelah
kanan pintu (lebih tetapnya dinding sebelah luar) tersangkur sebilah sundang.
Di hujung sundang tergantung pedang lama tanpa sarung. Mata pedang nampak
berkarat. Melihat pintu bilik yang terbuka separuh, sundang dan pedang tanpa
sarung membuat hati saya berat sekali untuk menginap dibilik tersebut.
“Saya
dengan Andi tidur dibilik itu, Tuk Aji,” saya meluruskan jari telunjuk ke arah
pintu bilik yang terbuka separuh. Pertanyaan saya tidak dijawap oleh Haji
Basilam. Dia hanya tersenyum.
“Belum
tentu kamu berdua boleh tidur di situ,” jawapan dari haji Basilam membuat
jantung saya berdebar. Seribu persoalan menari-nari dalam kotak minda saya.
“Habis
kami tidur di mana?” Andi Kamarool minta kepastian.
“Aku mahu
kamu berdua tidur di anjung rumah batu.”
“Anjung
rumah batu mana Tuk Aji,” potong saya.
“Di anjung
rumah batu Mia.”
“Minta
maaf,” celah Andi Kamarool.
Haji
Basilam ketawa, datuk mengelengkan kepala mendengar ungkapan yang diluahkan
oleh Andi Kamarool.
“Jangan
mudah mengalah sebelum mencuba, kamu berdua boleh tahu siapa Mia yang sebenar.”
Saya dan
Andi Kamarool kerutkan kening dan serentak kami merenung muka Haji Basilam
dengan seribu persoalan. Ternyata reaksi kami tidak mengejutkan Haji Basilam,
malah dia mempamirkan senyum sinis. Tanpa mahu mengikuti perkembangan
selanjutnya, datuk terus melangkah ke dalam kamar yang dikahskan untuknya. Haji
Basilam mengikuti datuk sehingga di ambang pintu bilik.
“Aku nak
bawa budak-budak ni keluar.”
“Silakan
abang Aji,” sahut datuk dari dalam kamar.
Kerana
sudah tahu matlamatnya, saya dan Andi Kamarool keberatan memenuhi ahakan Haji
Basilam itu. Walaupun dia sudah berada di muka pintu.
“Mari,
kenapa diam di situ,” suara Haji Basilam lembut. Dan kami tidak berupaya
membantah. Akur dengan kemahuannya.
Saya dan Andi
Kamarool mengekori Haji Basilam menuju
ke rumah batu besar. Lagi sekali kami terdampar di ruang tamu rumah batu.
Bila
berdepan dengan Mia, keresahan di hati pun berakhir. Jauh di sudut hati, saya
amat mengkagumi kecantikannya. Dia kelihatan lemah-lembut dan bersopan santun.
Saya kira Andi Kamarool juga sependapat dengan saya.
“Si Andi
dan Tamar nak melawat kawasan rumah kamu, Ma”
“Boleh
ayah bawalah,”
“Begini
Mia, kamu sendiri yang bawa mereka.”
“Ayah nak
ke mana ?”
“Aku nak
berehat, lagipun mereka nak tidur di anjung rumah kamu,” kata Haji Basilam
sambil bangun. Tanpa mahu merenung ke arah saya dan Andi Kamarool, Haji Basilam
melangkah keluar dari ruang tamu.
Saya dan
Andi Kamarool termangu kerana tidak menduga Haji Basilam membuat keputusan
begitu drastik sekali. Sepasang biji mata Mia silih berganti menatap kami. Dia
bagaikan tahu apa yang bergolak dalam lubuk hati saya dan Andi Kamarool.
“Cakap
dengan jujur, kamu erdua pernah mendengar cerita yang pelik-pelik tentang aku,”
soal Mia.
Serentak
kami gelengkan kepala.
“Ayah tak
cerita apa-apa,”
“Tak ada,
“ jawap kami serentak.
GARU
Buat
beberapa detik Mia mengaru-garu pangkal dagunya denganjari kelingking. Kemudian
dia menarik nafas kelegaan. Mia puas hati dengan penjelasan yang kami luahkan.
“Mari,”
Mia renung muka kami sekali lagi. Ia terus bangun dari kerusi dan melangkah ke
pintu. Kami terus mengekorinya, sebaik sampai di halaman, Mia tidak meneruskan
langkah, Dia terus duduk dibangku panjang.
“Kenap
Mia? Kamu sangsi dengan kami,” tanya saya.
“Tidak,”
dia terus bangun, “ tapai aku…”
“Tapi apa
Mia?” potong Andi Kamarool.
Mia senyum
dengan sepasang mata yang cantik, bercahaya menampar wajah Andi Kamarool. Hati
saya terus berdebar. Mia terlalu banyak berteka teki dalam hal ini, fikir saya
dalam hati. Rasa meluat dan benci kepadanya mula bermain dalam diri.
“Terus
terang saja dengan kami Mia,” saya merayu.
“Kalau
jumpa benda-benda ganjil janagna terkejut. Aku tahu ada pelbagai cerita entang
rumah ni, kerana kamu datang bersama ayah, aku yakin kamu ikhlas, aku harap
kamu berdua dapat mencari perkara yang ganjil tu,” tambah Mia.
“Kami
faham Mia, cerita di luar kadang-kadang lebih hebat dari cerita sebenar. Memang
adat manusia suka menambah cerita,” Andi Kamarool memberikan pendapat.
“barangkali
cakap Andi betul,’ balas Mia bersama senyuman dan jelingan anja ke arah Andi
Kamarool yang wajahnya mirip pelakun Mustapha kamal semasa muda dulu). Jelingan
dan senyuman segera dibalas oleh Andi Kamarool dan Mia nampak tergamam sedikit.
Saya kira, antara mereka ada getaran rasa yang terpancar dari senyuman dan
kerlingan.
“Mari kita
mulakan,”
“Ayuh,”
jawap saya dan Andi Kamarool serentak.
Untuk
melawat seluruh kawasan rumah batu lama itu, perjalanan di mulakan dari sebelah
kiri halaman menujuke kanan. Berjalan-jalan di kawasan rumah yang luas, di
bawah sinar matahari petang yang memancar lembut memang menyeronokkan. Tetapi
sebagai manusia saya tetap berhati-hati.
“Mia dudk
seorang di sini?” saya bertanya dlam usaha mengatasi rasa jemu berjalan.
“Iya saya
tingal seorang. Kenapa Tamar tanya perkara macam tu?”
“Sengaja
tanya, saya kira Mia seorang perempuan yang berani.”
Mia
terdiam, langkah yang rancak diperlahankannya. Kicau burung terus mengasak
lubang telinga kami. Di udara kelihatan helang liar terbang rendah.
“Keluarga
saya oercaya, saya dikawal oleh nenek sendiri. Dalam bahasa di sini sebut
Opung,” penjelasan yang diungkapkan oleh Mia itu membuat kami bingung. Haji
Basilam tidak pernah menyebut tentang nenek Mia. Saya renung ke kiri dan ke
kanan danke arah rumah batu, mudah-mudahan biji mata saya dapat mengesan rupa
paras nenek Mia. Harapan saya tidak menjadi kenyataan.
“Tapi,
sejak tadi kami tak nampak nenek Mia?” Andi Kamarool pula bertanya dalam nada
suara yang membayangkan rasa cemas.
“Dia
datang bila dipanggil.”
“Kami
ingin bertemu dengannya Mia,” saya hulurkan permintaan.
“Datuk
nenek tidak datang secara fizik.”
“Kenapa
begitu Mia?” Saya mula cemas.
“Datuk dan
nenek saya sudah mati.”
“Huhhhhh….,”
keluh saya, seluruh sendi kaki terasa lemah. Bagaikan tidak berdaya mahu
melangkah. Mahu saya nyatakan pada Mia supaya membatalkan saja melawat kawasan
rumahnya.
“Mia kita
berhenti di sini.”
Permintaan
saya tidak dihampakan. Mia bersedia berhenti di bawah pokok besar dandudk atas
batang kayu tumbang yang terdapat di situ.
“Mia, kamu
harus berterus terang dengan kami.
Cerita kamu menimbulkan macam-macam sangkaan buruk di hati,” begitu
spontan Andi Kamarool menyuarakan suara hatinya.Tanpa segan-segan dia terus
duduk.
“Pada kamu
berterus terang tetapi, kami tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata
kamu,Mia.”
“Jadi,
kamu mahu akau bercerita cara terang-terangan Andi?”
“Iya,
sudah mestinya begitu.”
Semua
keluarga percaya, datuk nenek kami keturunan manusia harimau. Bapak saya, emak
saya, adik beradik dan saya memang manusia keturunan harimau. Apa kamu berdua
sudah puas dengan penjelasan ini, mari
aku tunjukkan buktinya.”
Sebelum
menyahut pelawannya itu, saya dan Andi Kamarool didakap keresahan. Saya
melangkah ke kiri dan ke kanan di hujung batang kayu. Andi Kamarool, sekejap duduk, sekejap bangun. Mia tetap
tenang.
“Macam
mana! Setuju ikut aku?”
Mia minta
kepastian. Kami masih belum dapat memberikan jawapan pasti.
“Sekarang
macam mana, kamu berdua setuju atau tidak ?” Ulang Mia.
“Setuju,”
sahut saya.
Andi
Kamarool terkejut dengan tindakan saya itu.
“Kalau dah
setuju mari ikut saya.”
“Ke mana
Mia?” Andi Kamarool mula ragu-ragu.
“Berpatah
balik ke rumah batu.”
“Jum…….”
Saya memberi keputusan muktamad.
Kami terus
mengikuti Mia. Anehnya, dia membawa ke bahagian belakang rumah dan kami di
suruh masuk ikut pintu dapur , bukannya ikut pintu hadapan.
Ini
membuat perasaanb saya semakin cemas. Ruang dapur yang luas, bersih dan teratur
saya renung setiap sudut. Pinggan mangkuk, cawan dan piring dari luar negeri
tersusun rapi dalam rak. Saya dan Andi Kamarool mengambil sikap membisu.
SUDUT
Mia
membawa kami ke sebuah bilik di sudut ruang dapur. Denganperlahan-lahan dia
menolak daun pintu. Memang, Mia tidak berusaha
untuk msuk ke kamar tersebut. Malah dia mengingatkan saya dan Andi
Kamarool supaya jangan menyentuh apan atau pintu kamar.
Dalam
kamar yang agak luas itu tersedia sebuah katil besi, tilam yang ditutup dengan
kain cadar berwarna putih. Ada percikan darah yang sudah kering pada cadar
tersebut.
“Nampaknya,
bilik ini tidak digunakan.”
“Memang
betul cakap kamu Tamar,” Mia renung biji mata saya.
“Dulu,
siapa yang tinggal di sini Mia?” Andi Kamarool pula bertanya.
“Ini bilik
nenek. Sejak dia mati, bilik ini terus
kosong, tak ada siapa yang mahu dudk di situ, orang tua saya dan abang sendiri
tak suka melihatnya, kecuali saya sekali-sekala datang menjenguk dari luar.
Saya tak berani masuk.”
Penjelasan
dari Mia membuat sya dan Andi Kamarool undur dua tiga tapak ke belakang. Tidak
mahu mendekati dinding atau pintu bilik.
“Kesan
darah di cadar tu, darah siap Mia?”
Akibat
oertanyaan yang saya ajukan, Mia menarik nafas dalam-dalam. Ada keresahan dalam
hati terpamir di wajahnya. Dia seperti kurang senang dengantindak tanduk saya
yangbanyak bertanya.
Buat
beberapa ketika, Mia menundukkan kepalanya merenung lantai simen dapur. Dia
seperti bertafakur seolah-olah mengasingkan dirinya dengankami dan duia luar.
Saya dan Andi Kamarool segera mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang bakal terjadi. Manalah tahu, dengan tiba-tiba Mia menjelma
menjadi harimau betina lalu membaam kami.
Sudah lima
minit masa berlalu, keadaan Mia teta[ seperti tadi. Situasi begini membuat
degup jantung saya dan Andi Kamarool bertambah hebat. Keadaan ruang bertambah
suram kerana matahari sudah pun jatuh di kaki langit. Bebunga senja mula
menguasai kawasan sekitar rumah.
“Mia,
kalau semuanya ini menyusahkan kamu, aku minta maaf,” sebaik saya
menamatkankata-kata itu, Mia segera menegakkan kepalanya. Dia mereningsaya dan
Andi Kamarool dengan renungn yang tajam tetepi, tidak membayangkan rasa dendam.
“Saya faham
Tamar, tak ada apa yang saya mahu rahsiakan dari kamu berdua,” tiba-tiba Mia
bersuara membunuh keraguan hati kami.
“Cadar
putih atas katil tu, cadar kepunyaan nenek di saat-saat kematiannya, kedudukan
cadar itu tidak diusik. Sebelum mati, nenek mengalami luka-luka di tubuh. Darah
yang keluar tidak berhenti-henti, sebahagian dari darah tu terkena kain cadar,”
sambung Mia.
“Kasihan
dia,” keluh Andi Kamarool.
Mia
tersenyum dan menerangkan, semasa peristiwa itu berlaku di depan matanya.
Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun. Nenek juga memberitahu keluarga, agar
mayatnya tidak dikebumikan di tanah perkuburan umum.
“saya
masih ingat kata nenek kepada orang tua lelaki saya, begini katanya. Tanam saja
mayat aku di kawasan rumah kita,” lanjut Mia dengan wajah yang serius.
Saya
segera terfikir, aneh juga dalam duniayang serba maju ini, masih ada orang yang
mahu mayatnya dikebumikan di kawasan perumahan. Tetapi menurut Mia, tak seorang
pun antara keturunan manusia harimau itu yang berani membantah hasrat neneknya
itu.
“Antara
nenek dan datuk , siapa dulu yang meninggal duni Mia,” tanya Andi Kamarool.
“Menurut
cerita orang tua saya, ayahnya mati jatuh ke dalam gaung di sebuah gunung.
Mayatnya terus hilang, tidak dapat dikesan. Sejak kematian nenek, kami
sekeluarga sering terdengar suara orang bercakap dalam bilik ni. Semua keturunan
kami membuat kesimpulan, suara itu adalah suara nenek dan suaminya,’ begitulah
Mia mengesahkan tentang sejarah kamar yang terdapat di sudut ruang dapur.
Sekali pandang keadaan kamar itu amat menyeramkan.
No comments:
Post a Comment