Diluar, bayu subuh terus bertiup lembut
menyentuh dedaun di hujung ranting. Geseran antara dedaun melahirkan irama yang
tidak menentu nadanya. Kokok ayam masih bersahut-sahutan. Dingin subuh terasa
menguasai kulit.
Haji Mat
Nor bangun dan terus mengemaskan ikat kainnya. Letak songkok putihnya
dibetulkan begitu juga dengan baju yang dipakai. Dia membuka jendela merenung
ke arah kaki langit.
“Subuh dah
hampir,” katanya sambil merapatkan daun jendela.
“Jadi,
elok kita pergi sekarang?” sahut datuk.
“Iya.”
Haji Mat
Nor pun membuka pintu. Kami segera berangkat ke masjid.
Sampai
saja di kawasan halaman masjid, kelihatan para jemaah duduk di bangku sambil
berborak sesama sendiri. Kalau tidak silap perkiraan saya, jumlah para jemaah
yang ada di situ lebih kurang dua puluh orang. Saya dan datuk pun diperkenalkan
oleh Haji Mat Nor dengan para jemaah yang ada.
“Boleh
saya mulakan azan Pak Imam, waktu dah cukup,” tutur anak muda itu sambil
menatap wajah Haji Mat Nor.
“Nanti
dulu,” tahan Haji Mat Nor.
Saya lihat
wajah anak mudak berkulit sawo matang itu segera berubah. Mungkin dia berasa
malu, bila ditaham melakukan sesuatu di depan saya dan datuk yang dikiranya
tetamu besar.
“bagaimana,
kalau kita, minta orang muda dari tanah seberang melaungkan azan subuh,” suara
Haji Mat Nor meninggi, ekor matanya menjeling ke arah saya. Dan perasaan saya
mula gementar. Kenapa saya? Mengapa tidak anak muda itu. Dalam keresahan yang
tidak menentu itu, saya lihat datuk senyum panjang. Dia pun mendekati saya.
“Mereka
mahu menguji kamu, orang di sini, kalau budak sebaya kamu tidak tahu membaca
Quran, berzanji, tak tahu sembahyang, tak tahu azan, tak boleh jadi imam atau
membaca doa, dikira bukan anak muda yang sempurna, walau pun dia lulus sekolah
tinggi, masih dikira tidak berilmu dan kurang iman,” itu yang datuk bisikkan
kepada saya.
Bisikan
datuk itu membuat saya didatangi semangat baru. Sesungguhnya saya tidak rela di
anggap sebagai anak muda yang kurang iman atau idak cinta pada agama.
“Tentu,
memang saya boleh membuatnya,” terpancut ungkapan itu dari kelopak bibir saya.
Semua yang berada di situ berpandangan sam sendiri.
“Wah, ini
sudah cukup baik,” tutur anak muda yang ditahan oleh Haji Mat Nor daripada
melaungkan azan. Dia mendekati saya, menjabat tangan dan memeluk tubuh saya
dengan erat.
Dengansopan
dia memimpin saya ke dalam masjid dan menunjukkan di tempat mana yang harus
berdiri untuk melaungkan azan. Beberapa detik kemudian suara sata menguasai
ruang angkasa Kuala Tungkal.
Selesai
melakukan solat, lalu dilanjutkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh
haji Mat nor. Perkara yang dibentang oleh Haji Mat Nor ialah berhubung dengan
hal ketakwaan insan kepada Allah. Memang menarik dan mempersonakan cara Haji
Mat Nor menyampaikan kuliahnya.
Semasa
saya mahu keluar dari masjid untuk menuju ke rumah Haji Mat Nor, saya dapati
para jemaah berkumpul di muka pintu. Kerana datuk ada di kanan, Haji Mat Nor di
kiri saya tidak merasa cemas atau bimbang dan terus melangkah ke ambang pintu.
Di luar dugaan, sebaik sampai di muka pintu, para jemaah ada terus menyerbu ke
arah saya, mereka menhulurkan salam persahabatan dan memuji saya.
“Dia sudah
membuktikan kemampuannya,” Haji Mat Nor terus memeluk saya, “ diharap ramai lagi anak-anak muda serumpun
bangsa yang boleh diharap seperti dia ni,” tambah Haji Mat Nor. Kalau tadi saya
dipeluk, kini bahu saya ditepuk.
“Segala-galanya
atas izin Allah,” kata saya.
“Ya atas
kehendak-NYA juga kita berjumpa bangsa serumpun seagama di depan masjid,” balas
datuk lalu di sambut dengan senyum oleh para jemaah yang ada.
Semua
telapak tangan jemaah saya jabat penuh mesra. Ada juga yang sempat bertanya
kepada saya tentang beberpa penduduk kampung saya yang menurut mereka ada
pertaliankeluarga dan mereka juga menyatakan keinginan ke tanah semenanjung.
SEDIA
Sepanjang
jalan pulang dari masjid ke rumah, perbualan datuk dengan Haji Mat Nor cukup
rancak. Topik perbualan mereka berkisar tentang sejarah lampau tentang
kehebatan pahlawan-pahlawan Melayu sama ada di Sumatera, Pulau Jawa, Tanah
Melayu menentang pemerintaan sultan-sultan yang zalim.
Pahlawan-pahlawan
itu sanggup menggadaikan nyawa demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan
untuk rakyat jelata. Dari kisah silam perbualan melarat tentang kebangkitan
orang Melayu di tanah semenanjung menentang Inggeris untuk merebut kemerdekaan
tanah air dan orang-orang Indonesia pula menentang Belanda. Saya tidak campur
dalam perbualan yang rancak itu, saya lebih banyak mendengar saja.
Akhirnya,
kami sampai ke rumah. Sarapan sudah tersedia. Harum bau kopi asli Jambi menusuk
ke lubang hidung saya. Isteri Haji Mat Nor menghidangkan pulut kukus bersama
telur goreng dan ikan gelama masin. Ada dua pilihan sama ada mahu makan pulut
berlaukkan telor goreng atau ikan masin
goreng. Bau dari hidangan yang tersedia membuka selera saya. Selera datuk saya
tidak tau.
“Silakan.”
Haji Mat
Nor meletakkan sepiring pulut di depan saya bersama secawan kopi tanpa susu
yang masih berasap. Pada saat saya mahu menjamah pulut, isteri Haji Mat Nor
meletakkan sepiring pisang nangka goreng.
“Kalau tak
suka pulut, makan saja pisang goreng,” tutur isteri Haji Mat Nor. Saya
tersenyum.
“Banyak
sangat makanan yang disediakan,” kata datuk.
“Manalah
banyaknya, sekadar untuk menjamu orang jauh,” haji Mat Nor bersuara sambil
tersenyum riang. Datuk juga turut senyum megah menerima penghormatan yang
diberikan kepadanya.
Kerana
suda menjadi kebiasaan kepada datuk tidak akan mengisi perut dengan bahan
makanan yang berat-berat. Dia hanya mengunyah sepotong pisang nangka goreng dan
setengah cawan kopi. Haji Mat Nor agak terkejut dengan sikap datuk.
‘Kenapa
cepat berhenti?”
“Cukuplah,
makan pagi sekadar mengalas perut aje”
“Agaknya
makanan tak sedap.”
“Subhanallah,
semua makanan yang ada ini sedap-sedap belaka, sudah menjadi kebiasaan saya
makan sikit,” datuk berharap penjelasan itu akan membunuh segala keraguan yang
mahu berbunga di hati Haji Mat Nor. Ternyata
haji Mat Nor dapat menerima dapat menerima penjelasan itu dengan hati yang
terbuka. Datuk gembira sekali.
Kamimeninggalkan
ruang dapur (ruang makan) menuju ke bahagian anjung dan terus duduk di
situ. Bunyi kicau burung gamat sekali bersam sinar matahari yang memancar
lembut.
“Duduk
sekejap.”
“Awak nak
kemana?”
“Saya…”
Haji Mat Nor tidak meneruskan kata-katanya. Dia seperti menyedari ada kesilapan
yang dilakukan secara tidak sengaja. Dia tidakjadi berdiri dan duduk semula.
Telapak tangan datuk segera dipegangnya erat-erat.
“Maaafkan
saya, sudah menjadi tabiat bila cuaca pagi cerah dan elok, saya terpaksa
membuat gerak silat di halaman rumah, kerana terlalu suka nak bersilat saya
terlupakan awak,” lanjut Haji Mat Nor.
Datuk
anggukkan kepala. Dia tidak kecil hati atau tersinggung dengan apa yang
dilakukan oleh Haji Mat Nor.
“Silakan,
ilmu yang ada mesti diamalkan, kalau berilmu tidak diamalkan ibarat perahu
tidak berdayung,” tingkah datuk.
“Saya setuju.”
Haji Mat Nor tepuk bahu kanan datuk dengan sopan.
“Awak
mengamalkan ilmu silat bagau putih.”
“Iya, “
angguk Haji Mat Nor.
“Gerak
silat tu lembut, tetapi buah yang dilepaskan cukup padu, pantas dan laju.”
“Betul,
awak tahu tentangnya?”
“Saya Cuma
belajar sekadar nak tahu saja.”
“Tapi
kalau sesak boleh dimanafaatkan,” suara Haji Mat Nor lembut tetapi amat
mengesankan. “biar saya mulakan,” sambungnya.
“Silakan,
“ kata datuk.
Bersama
kicau beburung direranting, seiring dengan pancaran matahari pagi, saya lihat
haji Mat Nor membuka dan mengorak langkah silat. Sungguh tangkas dan gagah
sekali. Dan pengamatan saya ternyata ilmu silat bangau putih yang dimilikinya
amat tinggi sekali.
PELUH
Haji Mat
Nor menghabiskan masa empat puluh lima minit untuk berlatih. Bila seluruh
badannya bermandikan peluh, batulah ia berhenti. Langkahnya bagaikan pendekar
muda dalam usia menuju ke arah saya.
Peluh yang
di tampar sinar matahari nampak seakan-akan bercahaya berkilau di samping
otot-otot yang menonjol di lengan dan bahagian dada dan leher.
“Dia bukan
orang sebarangan, dia pendekar yang berilmu dunia dan akhirat.” Bisik datuk ke
telinga saya, di saat Haji Mat Nor sudah hampir benar ke kaki tangga.
“Apa yang
di bisikkan tu.”
“Memberitahu
cucu, awak bukan sebarangan orang.”
“Jangan
sampai begitu sekali, kita ni manusia ada kelemahan dan kekurangan. Awak tak
mahu bersilat?”
“Biarlah
dulu, nanti sampai tempat yang di tuju baru lah elok berlatih silat.”
“Oh ya…,”
Haji Mat Nor menyapu peluh di dahu dengan belakang tangan,” semuanya sudah saya
aturkan, ‘ tokoknya lagi lalu memijak anak tangga. Kemudian duduk di depan
datuk.
Saya lihat
ada keresahan bermain di wajah datuk. Dua tiga kali dia mengedutkan dahi luasnya
hingga kelihatan berlapis. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawah
berkali-kali. Ternyata Haji Mat Nor bagaikan mengetahui apa yang bergolak dalam
batin datuk.
“Kamu
kurang faham dan merasa pelik dengan apa yang aku cakapkan.” Kata Haji Mat Nor.
Datuk anggukkan kepala.
“Bukankah
kamu berdua nak ke Jambi?” Pertanyaan dari Haji Mat Nor membuat saya tersentak
dari mengelamun panjang.
“Iya, ”
cepat-cepat datuk menjawap.
“Dengan
apa kamu berdua nak pergi ke sana?”
“Tentulah
dengan bot.”
“Sudah ada
botnya?”
“Sekejap
lagi saya nak cari bot sewa yangmahu kesana atau naik bot penambang biasa”
Saya lihat
Haji Mat Nor termenung panjang. Dua tiga kali menggosok pangkal hidungnya.
Sepasang anak matanya merenung jauh ke halaman rumah yang di sinari matahari
pagi. Datuk kelihatan aman dan bersedia mendengar sebarang komen yang bakal
diluahkan oleh Haji Mat Nor.
“Bukan
mudah nak dapatkan bot sewa, kalau tak buat tempahan awal-awal. Bot penambang
juga susah, kalau orang luar, dia orang keberatan nak bawa,” kata-kata Haji Mat
Nor itu membuat datuk tersentak.
“Benarkah
begitu?” Soal datuk
Haji Mat
Nor anggukkan kepala.
“Saya
orang sini, saya bukan orang luar, saya orang Jambi.”
“Tapi awak
sudah lama merantau,” Haji Mat Nor renung muka datuk, perlahan-lahan datuk
anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Haji Mat Nor.
Datuk
benar-benar dalam keresahan yang memanjang. Tetapi, terus berfikir untuk
menguasai masalah agar perjalanan yang diatur tidak menemui kegagalan.
“Bagaimana
cara yang mudah untuk kesana? Maksud daya mudah mendapatkan bot sewa atu mudah
naik bot penumpang, itulah cara datuk meminta bantuan atau pertolongan dari
Haji Mat Nor. Tidak dinyatakan secara terang-terangan, tetapi maksudnya cukup
jelas sekali.
“Perkara
ini lah yang nak aku bincangkan dengan kamu, sayangnya kamu tak dapat menangkap
maksud aku tu.,” Haji Mat Nor mengakhiri ungkapan dengan senyum.
Di luar
sinar matahari terus marak, nyanyian beburung mula berkurangan. Beberapa orang
penduduk kampung lalu di halaman rumah Haji Mat Nor. Saya diberitahu, mereka
mengunakan halaman ruma tersebut sebagai jalan pintas menuju ke ladang untuk
bercucuk tanam.
“Macam
mana? Kamu setuju dengan apa yang aku atur?”
“Maksudnya?”
“Aku sidah
berjanji dengan Fuad Hassan nak menyewanya botnya untuk membawa kamu ke Muara
Jambi, duit cengkeramnya sudah pun aku berikan. Kalau setuju marikita pergi ke
rumahnya, kita selesaikan pembayaran sewanya.”
“Macam
mana boleh jadi begini,” kata datuk penuh dengan wajah yang terkejut. Haji Mat
Nor terus meraba-raba hujung dagunya, Senyum terus bermain di kelopak bibir.
“Nakhoda
Amirul yang menyuruh menyediakan semuanya itu, duit sewa pun disediakan
bukanduit aku. Aku Cuma menjalankan amanahnya saja,” lanjut Haji Mat Nor lagi.
Lagi
sekali saya lihat datuk temenung panjang. Dia mengelengkan kepalanya dengan
lemah lalu merenung wajah Haji Mat Nor dengan tepat.
“Tak saya
duga sampai sejauh itu persiapan yang disediakan oleh Nakhoda Amirul, “ keluh
datuk.
“Katanya,
sebagai penghargaan kerana awak banyak membantu perjuangan rakyat Acheh menentang
Belanda.”
“Ah, apa
yang saya buat sekadar kewajipan, menolong bangsa serumpun dan seagama. Saya
tidak mengharapkan balasan.”
“Sudahlah
tu, tunggu di sini. Biar saya bersiap dulu, kemudian kita sama-sama jumpa Fuad
Hassan,” haji Mat Nor terus bangun menuju ke ruang dalam.
BERSIAP
Sementara
menanti Haji Mat Nor selesai bersiap, datuk mengambil kesempatan meluruskan
sepasang kakinya. Saya pula tumpukan perhatian ke arah beburung yang
rancak melompat di reranting pokok.
Sayup-sayup
terdengar suara merbuk, amat nyaring dan memikat. Saya juga terdenganr burung
terkukur yangbergok tiga dan hati saya terpikat. Tanpa disedari saya bergerak
perlahan-lahan ke arah tangga.
“Hai,
nantilah dulu Tamar, kita pergi bersama-sama.”
Segera
saya menoleh ke arah Haji mat Nor yang berdiri dekat datuk. Dia memakai seluar
putih, baju kuning lengan panjang. Kopiah putih masih terlekap di kepala.
“Dia bukan
nak kesana tu, dia terpikat dengan suara burung terkukur dan merbuk,” kata
datuk lalu disambut dengan ketawa oleh Haji Mat Nor. Saya tersipu-sipu malu.
“Di rumah
Fuad Hassan banyak burung merbuk dan terkukur, dia suka membela burung,”
tingkah Haji Mat Nor. Saya mampu terasenyum.
Dibawah
rimbunan dedaun dari pohon besar, sinar matahari masih mampu menjilat permukaan
bumi yang kami lalui. Langkah kami cukup rancak sekali. Setelah melalui kawasan
berpokok, kami lintasi kawasan tanah lapang yang boleh dianggap sebagai padang
kecil.
Di hujung
kawasan tanah lapang itulah terletaknya rumah Fuad Hassan. Halamannya cukup
bersih dengan rumput yang menhijau, (baru
lepas di sabit). Di bahagian halaman sebelah kanan terdapat pepokok
buah-buahn seperti delima, mangga, rambutan, manggis dan bermacam-macam lagi.
Kawasan
tanahnya cukup luas, pada hemat saya lebih dari dua ekar. Berdasarkan pada pepohon buah-buahan yang
saya lihat ternyata Fuad Hassan orang yang rajin bercucuk tanam.
Semasa
kami sampai, Fuad Hassan sedang mengumpulkan dedaun tua yang gugur di sudut
halaman. Melihat kedatangan kami, dia terus berhenti dari mengutip dedaun
tersebut. Dia segera mendekati Haji Mat Nor.
“Jadi sewa
bot saya?”
Itu
pertanyaan pertama yang dituturkan oleh Fuad Hassan tanpa memberi peluang kepada
haji Mat Nor untuk memperkenalkan diri datuk dan saya kepadanya.
“Kita
perlu berunding lagi Fuad.”
“Berunding
?” Fuad Hassan jegilkan biji mata.
“Iya,”
angguk Haji Mat Nor. Saya dan datuk hanya memerhatikan saja gelagat mereka.
Haji Mat Nor dan Fuad hassan bertepuk bahu antara satu sama lain dengan penuh
mesra.
“Kalau
begitu kita ke sana, duduk di pelantar bawah poko kelapa gading, kita minum
kopi dulu, baru seronok berunding.”
“Baik juga
tu, jom kita ke sana,” sahut Haji Mat Nor.
Kami pun
segera melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Dalam perjalanan ke tempat
tersebut barulah Haji Mat Nor memperkenalkan diri saya dan datuk kepada Fuad
Hassan (tadi sekadar bersalaman dan
bertukas senyum. Sekali-kali datuk turut campur dalam perbualan ang difikirkan
perlu dan wajar.)
Kami terus
duduk bersila atas pelantar yang dibuat dari papan. Tingginya dar permukaan
tanah lebih kurang dua kaki dan mempunyai empat tiang dari kayu teras.
Dari
pelantar Fuad Hassan yang berusia lebih kurang enam puluhan mengangkat tangan ke arah dapurnya. Hati saya
berdebar, saya ternampak kelibat gadis di jendela dapur untuk beberapa detik.
Bagi menghilangkan debaran di dada saya pun menelan air liur dan menggigit
bibir hingga terasa sakit. Saya terus merenung
ke arah kawasan di luar halaman rumah yang dipenuhi dengan rimbunan
pepokok kecil.
“Ada apa
ayah?”
Saya
menoleh ke kanan. Lagi sekali dada saya berdebar, rasanya kelopak mata bagaikan
tidak berkedip melihat sesusuk tubuh gadis terpacak kaku di depan mata. Aduh!
Dia tersenyum dan terpamerlah lesung pipit di pipi. Sungguh mempersonakan dengan
sepasang anak mata yang lembut menawan.
“Buat kopi
untuk kawan-kawan ayah. Suruh emak kamu buat sikit jemput-jemput.”
“Kalau
begitu kamu buat sendiri.”
“Baiklah
ayah.”
Supaya
tidak ketara yang saya terpegun denagn gadis berkulit hitam manis itu, segera
saya alihkan wajah ke arah lain tetapi ekor mata masih menjeling ke arah gadis
tersebut.
“Dah besar
anak kamu, kalau tak silap ini anak bongsu kamu. Namanya Nurul Hayat,” kat Haji
Mat Nor.
“Kuat juga
ingatan kamu, dah tiga bulan dia balik dari Padang Panjang.”
“Tak
belajar sekolah agama lagi?”
“Dah
tamat.”
“Rasa aku
dia anak perempuan kamu yang lulus ujian sial Cakar Kera dengan Pendekar Seman.
Dia belajar silat dengan aku cuma peringkat menengah saja.
“Iya,”
angguk Fuad Hassan.
No comments:
Post a Comment