Suasana di pekan
kecil Trung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. Lopak-Iopak yang
terdapat berhampiran bangunan-bangunan kedai di situ ditakungi air, akibat
hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di
warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Trung. Di perhentian bas
kira-kira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.
Mereka mahu pergi ke
bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk
belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya
mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja
sebelah.
"Agaknya ada
aral dijalan", keluh datuk.
Saya renung wajahnya
dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba tiba
datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri.
"Alamat kurang
baik”, ujar datuk tenang.
"Maksud nya dia
tak ada?"
"Kalau dia
datang, dia tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat.
Kalau pergi juga susah diri kita”
"Jadi apa yang
patut kita buat tok?"
"Tunggu sampai
Uda Lodin tiba"
Saya kembali membaca
akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksi sapu
Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin minta maaf. Menurutnya, dia singgah di
pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ. Dari Pantai
Remis dia naik teksi sapu dan berhenti di Pekan Pancur membeli buah kelapa dan
nangka sebagai buah tangan pada keluarga rumah yang akan di temuinya.
"Begini saja,
aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau tunggu aku di
situ dan kita pergi bersama”, kata datuk pada Uda Lodin.
"Sebabnya?"
"Kau jangan
tanya, itu hal aku"
"Di mana nak
duduk sementara menanti pukul lima?", tanya Uda Lodin.
Datuk terus membayar
harga minuman. Dia renung muka saya sambil senyum. Kemudian kami bertiga ke
luar dari perut warung menuju ke gigi jalan besar.
"Begini Lodin,
aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti
aku di sini"
"Baiklah"
"Kau sediakan
batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulong serta
tujuh helai daun sirih yang bertemu urat"
"Lagi?"
"Tak ada
apa-apa. Kalau kau tak tunggu aku terus balik."
"Mesti saya
tunggu”, Uda Lodin ketawa kecil.
Datuk dan saya terus
naik bas menuju ke Kampung Air kuning. Rumah yang kami tuju ialah sebuah rumah
yang berbumbung lima yang letaknya tidak jauh daripada rumah Pendekar Meor
Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal. Kata datuk, penghuni
rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa bila mendapati tingkap rumah
itu tertutup rapat. Seorang jiran memberi tahu bahawa tuan rumah dan
keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor, kerana urusan nikah kahwin anaknya.
Datuk membuat
keputusan untuk pergi ke Kampung Lahing di Padang Rengas. Tetapi keputusan itu
segera di tukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat
keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Trung. Sebagai cucu yang amat sayang dan
mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada
diri saya. Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Changkat Jering.
Akhirnya kami naik
teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang di pandu oleh seorang lelaki India.
Tidak sampai setengah jam, kami pun sudah berada di rumah Anjang Shamsuddin,
orang Batu Bara. Dari percakapan dengan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang
kenalan rapat pada ayah Anjang Shamsuddin dengan menyebut Ayah Tandang.
Sebelum saya bertanya
maksud panggilan itu datuk telah menerangkan Ayah Tandang merupakan satu
panggilan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang tua dikalangan
keturunan orang Batu Bara. Lama juga datuk bercakap dengan Anjang Shamsuddin,
termasuk kisah-kisah pengalaman datuk bersama arwah ayah Anjang Shamsuddin belayar
dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke Pangkalan Bharu waktu muda-muda
dulu.
"Walaupun datuk
kau dan datuk saya datang dari berlainan daerah di Sumatera, tetapi mereka
berkawan berdasarkan semangat Bangsa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan
dan suku”, ujar Anjang Shamsuddin sambil mengerling tajam pada saya.
Datuk tersenyum sambil berkata: "Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya"
Datuk tersenyum sambil berkata: "Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya"
"Agaknya memang
begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau”, celah Anjang Shamsuddin
sambil mengatakan keturunan orang Batu Bara tidak terdapat di Malaysia kecuali
di beberapa kampung sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung
Empat Puluh Rantai dan Kampung Bharu, Lumut.
Salah seorang dari
pada orang Batu Bara itu telah meneroka bandar Lumut serta Teluk Rubiah dan
pernah berperang dengan angkatan Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.
Anjang Shamsuddin
(sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakon
filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa itu bintang filem tersebut belum
lagi menjadi pelakon filem. Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi
ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salah seorang pegawai Rida (sekarang
Mara). Hingga kini saya tidak berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali
melihat lakonannya di dalam filem.
Lebih kurang pukul
tiga petang saya dan datuk meninggalkan rumah Anjang Shamsuddin dan terus naik
bas menuju ke Pekan Trung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di
tempat yang dijanjikan. Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah
seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk sampai ke tempat yang di tuju.
Kami menginap di sebuah rumah berhampiran dengan pengkalan nelayan.
Perkara pertama yang
di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapa
perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan
kerja-kerjanya itu apabila mengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke
Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung.
"Bagaimana?"
tanya Uda Lodin.
"Mana di rumah
yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah
yang tidak jauh letaknya dari pada tempat saya dan datuk menginap. Bentuk rumah
itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah.
Kedudukannya agak terpencil dengan rumah-rumah yang lain di dalam kampung
tersebut.
Saya dan datuk
diperkenal oleh Uda Lodin dengan tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi
luas dan rambutnya keriting. Setelah bercakap beberapa patah perkataan lelaki
itu mempersilakan kami naik ke rumah. Perkara pertama yang diajukan oleh datuk
pada lelaki yang menjangkau usia lima puluhan ialah:
"Seminggu berapa
kali dia datang?"
"Boleh dikatakan
pada setiap malam"
"Apa yang
dibuatannya?"
"Makan sisa
makanan yang lebih di dapur"
"Sejak awal
berikhtiar menghalaunya, apa pula yang awak dapat?"
Lelaki itu terdiam.
Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia tidak senang duduk sambil memicit dagu
tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya.
"Tak ada
mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu”, ujar lelaki itu dengan tenang sambil
memberitahu empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah
lain.
"Awak kenapa tak
pindah?" soal datuk lagi.
"Buat apa
menyusahkan orang”, sahutnya dengan jujur.
"Apa rancangan
awak?”, tanya datuk lagi.
Lelaki itu kerutkan
dahi luasnya hingga bergaris empat.
”Tak ada apa-apa
rancangan. Saya bimbang benda ganjil tu sudah mula mengacau orang lain. Saya
takut rumah saya akan di bakar oleh orang yang tidak boleh dapat mengawal
perasaan"
"Sebab?"
"Mereka yakin,
hantu itu adalah isteri saya"
"Kau percaya
dengan mereka?", tanya datuk lagi.
Lelaki itu nampak
resah dan gelisah. Tanpa di tanya oleh datuk lagi, lelaki itu memberitahu dia
juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya
kerana setiap kali hantu itu datang dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu
serupa dengan suara isterinya. Ada kalanya, semua barang-barang di dapur
seperti bawang dan cabai berubah tempat, satu kegemaran yang dilakukan oleh
isterinya sebelum meninggal dunia.
"Saya mahu
berikhtiar menghalaunya”, nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi
harapan yang besar. Dia nampak resah dan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk
dan Uda Lodin.
"Saya bawakan
orang yang boleh menolong awak”, kata Uda Lodin sambil menepuk bahu datuk di
sebelahnya dua kali.
Datuk tersenyum. Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.
Datuk tersenyum. Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.
"Barang yang aku
minta, sudah kau sediakan?", tanya datuk pada Uda Lodin.
Saya lihat Uda Lodin
anggukkan kepala macam ayam jantan berjumpa ayam betina.
"Aku mahu tidur
di sini dan kau bawakan barang-barang itu ke sini”, beritahu datuk pada Uda
Lodin.
"Rumah yang saya
sediakan tu, tak sesuaikah?"
"Sesuai. Aku
kira di sini lebih baik lagi”, jawab datuk.
Uda Lodin pun terdiam. Uda Lodin meninggalkan kami di situ dan pergi mengambil barang-barang yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu. Bila barang-barang itu diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu sembahyang Isyak. Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.
Uda Lodin pun terdiam. Uda Lodin meninggalkan kami di situ dan pergi mengambil barang-barang yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu. Bila barang-barang itu diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu sembahyang Isyak. Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.
"Saya selalu ke
laut, banyak hal yang berhubung dengan dirinya saya tak tahu”,kata
lelaki itu dengan jujur.
Datuk terdiam dan
mati akal kerana setiap kali perkara yang berhubungan dengan isteri lelaki itu
disoal, itulah jawapan yang diberikan kepada datuk. Akhirnya datuk membuat
kesimpulan bahawa hubungan antara lelaki itu dengan isterinya agak renggang dan
penuh rahsia. Ada rahsia-rahsia rumah tangga yang dilindungi oleh si isteri
dari pengetahuan suaminya.
”Tak apalah, awak tak
tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi hal ini”, datuk memberikan janji itu pada
lelaki tersebut.
"Memang itulah
yang saya harapkan"
"Awak pernah
berkelahi dengannya?", tanya datuk lagi.
"Dulu saya ni
memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati itu adalah isteri
saya yang kelima", kata lelaki itu membuka rahsia.
Datuk menggigit
bibir. Secara tidak langsung dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang
nampak cemas itu.
"Isteri yang
lain tu kemana perginya?"
"Semua saya
ceraikan, tetapi dengan isteri yang mati saya tidak sanggup berbuat
begitu"
"Kenapa?"
"Saya tak tahu.
Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya, ada kalanya saya jadi begitu bodoh
bila berhadapan dengannya"
"Begitu”, suara
datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap diri
lelaki itu.
Kerana waktu Maghrib
sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi. Saya lantas
memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya.
"Kenapa?",
tanya datuk.
"Periginya jauh
tuk, saya rasa seram"
"Pergi. Tidak
ada benda yang mesti kau takutkan”, nada suara datuk yang keras itu sungguh
menghampakan.
Saya tidak ada
pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di
tengah cahaya yang samar-samar itu. Lebih menggerunkan sepanjang jalan menuju
jalan ke perigi terdapat beberapa pohon jejawi yang besar dan akar
berjuntaian. Angin ketika itu tidak bertiup.
Beberapa ekor burung
gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu,
saya amat-amati seperti bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya
berpatah balik tentu datuk naik darah. Saya terus melangkah.
Langkah saya mati
bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya. Sebelum kucing itu melompat
ke dalam semak, matanya merenung muka saya sambil membuka mulutnya dengan lebar
bersama suara yang nyaring dan kuat. Hari bertambah gelap.
Pondok perigi nampak
berbalam-balam di hadapan. Saya berlari terus masuk ke dalam pondok perigi yang
berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri dekat pondok perigi
kelihatan kaku dan menakutkan. Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan
tiba-tiba saya berhidu bau busuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya
terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar. Saya resah tidak menentu.
Kemudian saya terasa
ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling. Kerana keadaan bertambah
kabur, saya tidak dapat mempastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di
belakang saya. Perasaan saya cukup cemas.
“Orang baru mahu
ambil air sembahyang”, lubang telinga diasak dengan suara orang perempuan.
Saya terus menoleh ke
belakang. Tidak ada apa yang saya lihat, kecuali bau busuk yang cukup hebat.
Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya terus berlari dengan sekuat
hati menuju ke rumah.
"Kenapa?",
tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.
"Ada suara orang
perempuan dan bau busuk"
"Tak apa. Itu
perkara biasa”, balas datuk sambil melihat ke wajah tuan rumah yang berdirinya
di sebelahnya.
Tuan rumah saya lihat
resah tidak menentu.
"Itulah dia”,
tiba-tiba keluar dari mulut tuan rumah.
Tanpa
berlengah-Iengah lagi datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang
di perigi. Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi menghilangkan rasa
takut, saya duduk di anak tangga bongsu sambil menyanyikan lagu 'Tudung
Periok'. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut itu lintang pukang. Nada
atau iramanya tetap sumbang. Untuk menghiburkan hati yang takut saya menyanyi
terus.
Saya terdengar ayam
di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan tuan
rumah lari tidak menentu macam di kejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan
kemudian hilang. Saya mula terhidu bau busuk. Macam ada kelibat manusia lalu di
hadapan saya. Dan saya lihat lampu minyak tanah terpasang dengan sendirinya di
ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya.
"Awak siapa? Ada
hajat? Rasa aku adik beradik aku dan suami aku tak ada mempunyai saudara-mara
macam muka kamu"
Saya terdengar suara
orang perempuan dalam rumah. Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi
pinggan mangkuk dan periuk berlaga sama sendiri di bahagian dapur macam orang
mencari sesuatu. Saya juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau
busuk bertambah hebat. Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila masa tuan
rumah dan datuk berada di hadapan saya.
"Nak, mari kita
sembahyang”, kata datuk.
Saya memberitahu
datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Tuan
rumah dan saya terus sembahyang Maghrib dengan berimamkan datuk. Aneh, sesudah
memberi salam terakhir, bau busuk sudah tidak ada lagi. Datuk menyuruh tuan
rumah turun ke dapur melihat periuk dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh
dengan perintah datuk.
"Baki nasi saya
habis dimakannya. Dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor”, dengan wajah yang
tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barang-barang di
dapurnya.
"Kalau begitu
kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini”, ujar datuk
sambil memberi batang tepus yang sudah di potong sedikit.
Tuan rumah terus
memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya dan
tuan rumah makan. Atas permintaan datuk nasi di bahagian atas ditinggalkan
didalam periuk.
Lebih kurang pukul
dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api pada
sebatang liIin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga
dibangunkan oleh datuk dari tidurnya. Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri
tidak di kejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah cukup keras.
Datuk terus
bertafakur setelah mengenakan baju hitam dan seluar hitam ke badan serta melilitkan
kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari. Kemudian dia suruh saya mengatur
tujuh helai daun sirih dimuka pintu. Dia juga menyuruh Uda Lodin meletakkan
batang tepus dalam keadaan selang-seli pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan
rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehemya.
"Apa yang awak
buat padanya?", soal Uda Lodin pada datuk.
"Saya pukau dia
supaya tidur terus”, jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya.
Datuk pun menyuruh
kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk berisi nasi lalu
diletakkan dekat tiang seri. Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa
menyentuh kulit muka dan badan. Sesekali angin bertiup dengan kuatnya di luar
menggugurkan dahan-dahan pokok yang mati. Suara jampuk tidak kedengaran, suara
burung hantu juga begitu. Kecuali suara itik dan ayam di reban macam melihat
sesuatu. Bau busuk mula masuk ke lubang hidung. Datuk terus membuka pintu dan
datuk membentangkan kain hitam yang berbucu tiga. Datuk duduk bersila di situ.
Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk
letakkan betul-betul di tengah pintu. Datuk terus bertafakur. Dia membaca
sesuatu. Cara mendadak api lilin di tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang
melangkah jelas terdengar. Datuk bangun sambil memeluk tubuh.
"Siapa?",
terdengar suara perempuan.
"Tetamu suami
kamu”, jawab datuk.
"Apa
halnya?"
"Saja
datang"
"Aku nak masuk
ke rumah, lalu kau dari situ?"
"Masuklah ini
rumah kamu. Tapi nyalakan api liIin yang padam"
Selasai sahaja datuk
bercakap, api liIin yang padam terus menyala. Bau busuk bertambah kuat. Muka
saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya dilekati
lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang melangkah kian
kuat. Dengan pertolongan cahaya lilin saya dapat melihat satu lembaga memakai
kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur.
"Kain kapan”,
kata hati saya.
Lembaga itu bagaikan
tahu apa yang bergolak dalam dada saya, lalu secebis kain kapan yang busuk di
campakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas.
"Aku lapar”,
saya terdengar lagi suara perempuan.
"Makanlah”,
sahut datuk.
Saya lihat periuk
nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya mengigit
bibir. Uda Lodin menutup lubang hidungnya dengan tangan. Dalam cahaya
samar-samar itu juga saya lihat lembaga yang berkain kapan kotor menghampiri
suaminya. Ia mencangkung di situ sambil meraba-raba pipi dan rambut suaminya.
Perempuan itu menangis tersedu-sedu.
Darah saya tersirap
kerana jari-jari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang jari
dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari-Iari atas pipi dan tengkuk
suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput jatuh ke atas
lantai. Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang
tepus sebanyak tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada
pelita minyak tanah.
Bila pelita sudah di
pasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang, daging
pipinya jatuh satu-satu kelantai macam habuk kayu yang baru di ketam. Giginya
masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang
amat menakutkan itu.
"Apa yang kau
lakukan pada suamimu?”, tanya datuk.
Perempuan itu tidak
menjawap. Dia berjalan kearah periuk nasi. Kedua belah kakinya di kangkangnya,
dengan periuk nasi itu betul-betul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul
daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut. Setelah
beberapa saat periuk itu di berikan pada suaminya. Macam ada sesuatu kuasa yang
luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian
suaminya tidur kembali.
"Kau berikan
suamimu nasi tanggas?", tanya datuk.
"Ya. Saya
sayangkan dia. Saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina
lain"
"Perbuatan ini
dikutuk Tuhan dan berdosa besar"
Perempuan itu tidak
menjawap. Dia terus duduk merenung wajah suaminya dan memukul-mukul dadanya.
"Dari siapa kau
dapat ilmu ini?", soal datuk.
Perempuan itu tetap
membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntut
ilmu dari seorang yang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki.
Menurutnya, perempuan itu memang seorang yang baik. Tetapi lakinya yang kuat
berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main. Kemudian dia dimadukan oleh
lakinya dengan seorang perempuan.
Mula dari hari itulah
dia mencari ilmu nasi tanggas dan di kenakan pada suaminya, hingga suaminya
jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga kesepuluh kecuali di tunjuk atau
diajar olehnya sendiri. Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sama
sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka
bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik.
"Kau tahu,
perbuatan kamu salah dengan ajaran agama. Dan kau tidak di terima oleh bumi.
Roh kau ditolak ke dunia merayau-rayau selama empat puluh hari sebelum
dihumbankan ke neraka"
"Saya tidak
tahu"
"Suami kau
seorang lelaki yang baik, kenapa kau buat perkara ini?", soal datuk lagi.
Perempuan itu diam.
Dia cuba bangun dan dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat-cepat datuk memukul
badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan.
Dia membuka kain kapannya lalu melemparkan pada datuk. Datuk menahannya dengan
kedua belah tangannya hingga kian kapan itu berbalik kepadanya. Datuk lalu
membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal rangka
itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut dan
cemas sekali.
"Roh engkau
tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf pada suamimu”,
pekik datuk.
"Engkau siapa
yang menyuruh aku berbuat begitu”, balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalu
mengambil sebatang tepus lagi dan menekan ke dada perempuan itu.
"Engkau syaitan.
Engkau syaitan”, ujar datuk kemudian membaca beberapa ayat suci lagi.
Ternyata hantu
perempuan itu tidak mahu mengaku kalah. Barangkali, rasa sabar datuk sudah
hilang, datuk terus menepuk kedua belah tangannya.
Perempuan itu
menjerit macam kena sesuatu yang panas dan terus bersuara minta ampun pada
suaminya. Bila suara jeritan perempuan itu hilang, semua pelita dalam rumah
padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk tepuk dahi
suami tiga kali sambil mengurut lehernya. Suami hantu perempuan itu tersedar
dari tidur.
No comments:
Post a Comment