Sesudah perempuan
muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yang jatuh ke
atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik.
Kerlingnya cukup tajam. Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk
terus meratah ke paras wanita muda di depannya.
Nenek terus menghidangkan lemang
dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali-kali terdengar juga memecah
kesunyian kampung. Tiba-tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak,
tanpa menjamah barang-barang yang dihidangkan oleh nenek.
Mereka menuju ke muka
pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambil
melambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan
perempuan muda memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar
menerpa ke wajah mereka.
Datuk, tiba-tiba
terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk
sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh
perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke
mana.
“Ke mana mereka pergi
tok?” saya bertanya. Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum lalu
datuk menghadapi hidang yang tersedia.
“Siapa mereka tok?”
Datuk terus
menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata :
“Itulah nenek muda
kau,” suara datuk menendang gegendang telinga saya.
Wajah datuk saya lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.
Wajah datuk saya lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.
DATUK NENEK
“Sudahlah tu, mari
minum,” datuk menarik tangan saya.
Nenek ketawa melihat telatah saya yang
menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makan
ketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat
pusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan
al-Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke rumah
kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi. Menyusurlah saya di bawah
pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras
petang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa
bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi
kain selipang.
“Ke mana kita tok,
saya dan tak tahan ni,” saya mengadu.
“Jalan sikit lagi,
kita pergi ke rumah Ujang Selamat.”
“Jauh lagi ke ?”
“Lepas pokok asam
kumbang sampailah kita.” Suara datuk mula keras. Matanya, tajam memandang muka
saya.
Tempat yang dituju
sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung .
Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang.
Itulah rumah Ujang Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah
yang paling cantik dan besar di dalam kampung tersebut.
Ujang Selamat yang
berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan saya
dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawa
menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu. Kata datuk, Ujang Selamat
berasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya
sesudah tercetus peperangan antara rakyat Patani yang menuntut kemerdekaan dari
kerajaan Siam.
Dalam pertempuran
itu, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamat
melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk
tanam hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian
kahwin dengan orang di situ hingga beranak cucu.
Sedang saya dan datuk
asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang Selamat didatangi tetamu. Lima
orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu
tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama-sama menjamu selera.
Selesai mengisi
perut. Kelima-lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas,
duduk kat bendul.
“Memang hajat tu nak
ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,” kata Ujang Selamat pada
datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.
“Apa halnya?”
“Awak pawang besar
tentu tau atau dapat tanda-tanda,”
“Saya bukannya
pawang, saya cuma berusaha untuk menolong.”
“Begini.” Ujang
Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan
bergerak-gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah.
Datuk termenung
panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga
arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.
“Ada saudara mara
awak yang sakit?” tanya datuk.
“Semalam, ada orang
dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut
buncit.”
“Tidak, dia sakit,”
biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan
ke dinding. Matahari petang kian condong.
“Kaum awak Ujang?”
soal datuk.
“Ada kena mengena
dengan bini saya.”
“Jadi apa ikthiar
kau?”
Minta jasa tok
pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha.”
BERUSAHA
Datuk terdiam, saya
tahu datuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh. Itu
bukanlah cita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia
memang tak menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian. Datuk
termenung panjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi
permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap
terpuji datuk yang suka menolong orang itu.
Di luar, matahari
mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput-rumput padi sudah tidak
berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang
memagari batas sawah.
“Bagaimana?” soal
Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga.
Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.
Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.
“Kena tengok macam
mana jenis penyakitnya.”
“Bila agaknya, kita
boleh pergi.”
“Ujang, usahlah kau
susah, pagi esok kita pergi dengan bas.”
“Baiklah,” suara
Ujang Selamat dibungai kegembiraan.
Malam itu datuk
menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit. Nenek
membantah dengan alasan, sejak akhir-akhir ini, setiap kali datuk pulang dari
mengubati orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput
isteri mudanya. Dan hal begini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai
seorang wanita walau sebaik mana hatinya, rasa cemburu itu tetap wujud dalam
dirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam
hidupnya dua perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.
Pertama memburu
binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang
dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datuk
pergi ke suatu tempat untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat.
Mohon restu dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukan
sembahyang hajat.
Dan pagi esoknya,
saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan
kecil itu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah
kampung. Belanja Kiri namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke
utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti
durian, langsat, manggis dan rambutan. Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji
Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan tujuan dan maksud datuk datang
ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersenyum. Dia
mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. Kami duduk di
bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk
mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah
bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang Asli
ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan.
Dia hanya menyerahkan
pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untuk
mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu.
Dia benar-benar kecewa.
Datuk meminta izin
pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar
membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak
dara Haji Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu.
Anak dara Haji Azhar
gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar merenung ke wajah datuk.
Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan.
Nafasnya kelihatan tersangkut-sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di
bawah kepalanya.
Datuk minta kebenaran
pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka mengizinkan.
Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata :
“Dah berapa lama kena
sakit ni?”
“Dah dekat setahun ,
tapi baru dua bulan ni yang teruknya.”
“Berjalan ke bilik
air pun kena pimpin,” celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.
Saya, datuk dan Haji
Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada . Dada
saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk
selain daripada berubat cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah
sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut.
Setelah diperiksa
didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung. Pihak
rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Dan
mereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu
gagal. Perut anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar
dibawa pulang.
Dua bulan sesudah itu
lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar - Ipoh. Perut
anaknya di X-ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya
tidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu
bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan Haji Azhar supaya berubat
cara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).
Semua yang
diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan
setiap kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah
datuk, seolah-olah dia mengharapkan sangat-sangat datuk dapat menyembuhkan
penyakit dideritai oleh anaknya itu.
“Siapa nama anak tuan
Haji itu?”
“Latifah.”
“Dulu pernah dipinang
orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?”
“Menaruh hati tu,
saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada.”
“Jadi bertunang.”
“Tidak, saya tolak.”
“Sebab.”
“Belum masanya.”
DENDAM
Datuk anggukkan
kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang
terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar
mengubati anaknya, dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang
merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang
Selamat semua benda-benda tiu dapat diadakan.
Lebih kurang pukul
sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya dengan penuh teliti. Sedang
datuk membaca mentera, tiba-tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah.
Jatuh di hujung kepala anak dara Haji Azhar. Dengan sekelip mata saja batu
kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul-kepul penuh satu ruang rumah. Semua
orang dalam rumah itu habis terbatuk.
Datuk bangun, lalu
membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit
kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib. Tempat
batu itu jatuh nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti dari meneruskan
kerjanya.
“Nampaknya sakit anak
tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga tuan
haji. Ini semua kerja syaitan,” rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.
“Orang yang membalas
dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya,” sambung
datuk.
Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh. Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji Azhar.
Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh. Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji Azhar.
“Tangguh dulu, kita
ikhtiar cara lain malam, esok,” kata datuk.
“Saya mengikut saja,
asalkan sakit anak saya baik.”
“Saya tahu, sakit
anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan.”
“Habis apa yang mesti
saya buat?”
“Bersabar dan
berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada
penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah.”
Mendengar cakap datuk
itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang Selamat
juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu,
saya dan datuk tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam-macam bunyi
yang kami dengar di luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji
Azhar pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitu
memang selalu didengarnya.
Datuk membuat
keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam - Ipoh. Menurut datuk
kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh
anak Haji Azhar itu. Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke
Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan
Kampung Belanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak itu, kira-kira pukul lapan
setengah pagi. Dan pukul lima petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang
berbadan kurus.
“Ini kawan saya, namanya
Wansi, dah dua kali ke Mekah,” datuk memperkenalkan kawannya pada Haji Azhar
dan orang-orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terus
bercerita tentang kawannya itu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu
bekerja dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan
kaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumah
membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan meninggalkan
kerja-kerja yang ditegah oleh Allah.
Sebelum mengubati
anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja yang
boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu
dipenuhi. Dia juga meminta pada Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangan
diberitahu pada orang ramai.
Satu syarat yang agak
ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah pondok
kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang boleh
mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipilih
oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari.
Sebelum itu, kami
tidak dibenarkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak
tanah, tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang cukup siksa saya rasakan,
kerana datuk mahu saya mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atas
dunia ini, saya terpaksa mematuhinya.
Tengahari Rabu,
matahari sudah agak tergelincir dari ubun-ubun kepala. Saya dan datuk serta
Wansi mengadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di
pondok itu ditutup, badan terasa panas.
“Sedia,” kata Wansi
yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa Bawean,
terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk
kepala. Datuk juga angguk kepala. Datuk menghampirinya.
“Ada apa Wansi?”
tanya datuk.
“Kita baca ayat Quran
dulu,” jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti dibaca.
Sedang mereka asyik membaca ayat-ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar
orang, serentak dengan itu api menyala dengan tiba-tiba di tengah pondok. Bila
api itu dipadamkan, menyala pula di bahagian lain. Saya jadi kelam-kabut di
buatnya.
Dengan tenang Wansi
mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba-tiba api itu
padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok.
Saya diberitahu oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di
depan dupa.
Muka Wansi kelihatan
berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh di situ.
Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari
kain hitam. Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar
pondok, ikut tingkap. Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami
bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi kami, dari mana
datangnya saya pun tidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus masuk ke
dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.
Saya terkejut, bila
Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak dara
itu kelihatan berkilat dengan urat-urat yang timbul sekali imbas macam buah
tembikai. Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya.
Jeritan anak dara itu menguasai seluruh Kampung Belanja Kiri. Saya dengan datuk
hanya melihat saja. Jeritan anak dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur
kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah.
Wansi terus menekan
perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam
perut anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan
darah. Tiba-tiba Wansi berpaling pada datuk dan berkata:
“Sudah dapat.”
“Apa dia?”
Wansi tidak menjawab
pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara. Saya
lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan
segera perut anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata. Wansi melihat
lilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca susuatu, kemudian perut anak
dara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut-turut. Dalam
sekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak terdapat sebarang kesan
luka atau darah di situ
Anak dara Haji Azhar
sedar dari pengsan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk. Anak dara
Haji Azhar bangun dan terus duduk.
“Kenal, kain siapa
ni?” tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.
“Saya punya, tapi
sudah lama hilang dalam simpanan saya.”
“Di mana hilangnya?”
Wansi pula menyoal.”
“Kain batik tu, saya
jemur di ampai, tiba-tiba hilang, itu saja yang saya ingat,” terang anak dara
Haji Azhar dengan jujur.
Datuk pun memanggil
Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli oleh
Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung-Indonesia, bila
pulang ke rumah kain itu dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hari
Latifah mendapati kain batik itu hilang di ampaian sesudah dibasuh.
TOLAK
Pada petang Rabu itu
juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di tepi
tebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu Maghrib Latifah di letakkan di
atas pelantar yang dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang.
Semua kerja dilakukan oleh Wansi.
Pada sebelah
malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang
lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila
tulang lengan itu dijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang.
“Sekarang, kita mesti
menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara Haji
Azhar,” ujar datuk pada Wansi.
“Ya, tapi aku tak
mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat,” sebaik saja Wansi
habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan
malam itu, bila datuk mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang
orang asli yang terkenal dari batu enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland,
Pahang.
Wajah lelaki yang
bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah
datuk dan Wansi.
No comments:
Post a Comment