Tanpa
bertangguh-tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan
Ulu Kinta pada orang-orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai
Polis Tanjung Rambutan.Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya
lebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai
itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.
“Pelik juga
ceritanya, betul ke ni?”
Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.
Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.
“Terpulanglah pada
awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa dan
mengalaminya.”
“Apa yang orang tu
berikan pada awak.”
“Beri apa? Awak gila
ke.” Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.
Seorang anggota polis
menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu bertanyakannya: “Apa halnya
ni.”
“Orang hilang ni dah
jumpa di sini,” seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yang
sudah berusia hampir lima puluh tahun itu.
Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu.
Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu.
Kemudian anggota polis
itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orang
penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu
“Tapi, saya belum
pernah bertemu dengannya,” suara anggota polis itu merendah. Menurutnya, dalam
waktu-waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market Tanjung
Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila
orang yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan
sekelip mata sahaja.
“Bagi saya perkara
ni, sudah jadi perkara biasa,” anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan
datuk. Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.
“Biasa macam mana?’
Datuk mendesak anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai berpatah
balik.
Dia berdiri
betul-betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian
dia senyum sinis.
“Awak orang luar,
mana awak tahu.” Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu.
“Memang, saya bukan
orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu.”datuk merendah
diri.
“Saya orang Tambun,
saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu.”
“Itulah yang mahu
saya dengar.”
“Begini, orang itu
namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepun
di Pekan Tambun.”
“Sebabnya?”
“Dia tak tahan
melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun pada orang kampung.”
“Jepun tak tangkap
dia?” soal datuk lagi.
Anggota polis yang
berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya.
“Jepun cuba
menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan
sembahyang Zohor. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan
diri, sejak itu dia tidak pulang ke rumahnya.”
“Agaknya dia dibunuh
Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada-adakan,” celah
datuk.
“Itulah yang anehnya,
nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa
faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini.”
“Betul juga cakap
awak tu.”
“Tapi awak jumpa dia
bukan?” soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.
“Lupakan saja perkara
itu,” tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk, Orang-orang dari Ulu
Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.
“Sudah, anggaplah ini
pengalaman yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itu
bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakap dengannya,” salah seorang
penduduk Kampung Ulu Kuang membisikan ke telinga datuk.
“Betul cakap awak
tu,” balas datuk.
Datuk dan orang-orang
dari Kampung Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan menaiki bas
menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampung Ulu Kuang. Dua
hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang.
Pengalaman-pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman
yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup.
Sekaligus mengajar
saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan
maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau
oleh akal fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu
pengetahuan.
“Tahukah kau, di
dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin
yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk
manusia,” kata datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan
Menglembu.
“Aku harap,” tambah
datuk lagi, “kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama
selalu sesat.”
“Saya pun berharap
hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah.”
“Bagus tu, kau mesti
patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apa
yang ditetapkan oleh rukun kerana Islam itu tiang agama.”
“Saya faham tok.”
“Jika tidak patuh
pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna.”
“Saya tahu tok,”
tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut
saya denga mesranya.
Sampai saja di
kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk tidak
menceritakan apa yang dialaminya pada nenek.
Sayalah yang jadi
tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat
tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak
tahu apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.
“Saya nak pergi,”
tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan saya terhenti. Saya
lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belangga
hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.
“Ke mana ?” tanya
nenek.
“Ke rumah bini muda,”
balas datuk selamba. Nenek mengizinkan datuk pergi.
Dua hari sesudah
datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi
memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut.
Saya terpilih dan
ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu
sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.
“Aku tahu, kau tak
sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi
petani atau peniaga,” kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.
Sesungguhnya jiwa
saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah-buahan hasil dusun
datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala
ikut datuk menembak rusa atau kijang di mana-mana yang disukainya.
Pagi itu, seperti
biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada
peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk
menemui saya.
“Banyak yang kau
dapat langsat?”
“Kira dua pikul ada
tuk.”
“Tinggalkan pada
nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni.”
“Kenapa ?”
“Aku nak ajak kau ke
kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku.”
“Apa halnya.”
“Usah tanya, ikut
cakap aku.”
Saya terdiam dan
meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke
kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh - Lumut. Masa itu,
lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan
tanah merah.
Sejak adanya lebuh
raya, orang-orang di Cangkat Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang
lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang.
Saya dan datuk ditempatkan di satu bilik khas.
“Apa salahnya Tok
Sidang memanggil saya ?” soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu.
Ketua Kampung mengerutkan keningnya.
“Ada hajat besar.”
“Apa hajatnya?”
“Anak buah saya
berlakikan hantu raya.”
“Ha…,” mulut datuk
ternganga.
Saya mula resah tidak
menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malang
itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh
hantu raya. Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan
mesra dengannya hingga menjelang subuh.
“Siapa nama perempuan
itu?” datuk mula menyoal.
“Timah.”
“Bila suaminya mati?”
“Kira-kira enam bulan
yang lalu.”
“Ada anak?”
“Tak ada, suaminya
mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar.”
“Ini kerjanya sulit
sikit.” Datuk separuh mengeluh.
“Dia mengadu pada
saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang-kadang
mengacau orang kampung,” tambah Ketua Kampung.
Datuk terdiam. Dia
berfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua
Kampung.
“Saya perlu jumpa
dengannya,” itu yang terkeluar dari mulut datuk.
“Bila ?”
“Kalau boleh sekarang
juga.
Ketua Kampung, saya
dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah dengan
melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di
sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah-rumah penduduk di situ. Di
kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian
belakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu
terdapat sebatang pokok pulai.
Dari kaki tangga,
Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi. Pintu
rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk
pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan
berkerut.
Sinar matahari petang
beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu-talu, beberapa ekor
burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak itu
agak berbeda dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.
Tiba-tiba Timah
muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan
matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami.
Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah
tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah.
“Minta maaf ya,” kata
datuk sambil memandang ke wajah Timah. “Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi
untuk siapa?”
“Untuk …,” Timah
terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak
mengemukakan pertanyaan lagi.
“Memang rumah ini ada
dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah
suaminya dulu,” kata Ketua Kampung memberi penjelasan.
Datuk angguk kepala.
Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu
melihat kedua-dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua
Kampung dan Timah tidak senang dengan sikap datuk itu.
“Itu bilik saya !
jangan masuk,” jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah.
Datuk angguk kepala sambil meraba-raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik
yang satu lagi. Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah
tangannya memegang perut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara
mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan saya
berpinar.
“Jangan datang,”
pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua
Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.
“Merbahaya, kita
mesti balik sekarang,” kata datuk. Ketua Kampung tergamam, bagitu juga dengan
Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah,
“Bilik siapa itu?”
“Bilik suami saya,”
Jawab Timah
“Dia dah mati. Untuk
apa bilik tu buatnya.”
“Saayyyya…,” suara
Timah terputus.
Datuk tersenyum. Dia
sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumah
Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk
meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada
sesiapa yang memiliki senapang.
“Buat apa?” Ketua
Kampung menyoal penuh ragu,.
“Nak menembak gagak
untuk menolong Timah.”
“Begitu,” suara Ketua
Kampung menurun.
Dia segera mencari
senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapang
di bahu dan menyerahkan pada datuk.
Datuk membidik-bidik
senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengan
tenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludah
tapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan
yang ada air liur itu.
Datuk menghalakan
senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat daun
pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera mengambilnya segera.
Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua
Kampung.
Datuk naik ke rumah.
Waktu hari mula remang-remang senja datuk menuju ke pangkal pokok mempelam. Dia
menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak
tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua
Kampung.
“Suami Si Timah itu
mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya.
Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana-mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.
Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana-mana, berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.
Bila Ketua Kampung
bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat kerja-kerja
itu. Malah menuduh orang-orang kampung mengadakan cerita yang bukan-bukan
kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung
tidak menyoalnya lagi.
Setelah menunaikan
sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Dia
menggandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit
membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk
meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk
menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh.
Dengan pertolongan
cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk.
Serentak saya terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis
dan mengilai. Ada suara gendang dipalu.
“Aku tidak bertujuan
jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia.
Tidak serupa cara hidupnya,” suara datuk meninggi. Lembaga hitam itu bertambah
besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.
Seluruh kawasan itu
saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengar bunyi
burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju
ke lembaga itu. suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan
saya. Datuk segera bangun dan mendapatkan saya.
“Kita ke rumah
Timah,” perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang
mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula.
Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun
yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa.
Datuk mengajak saya
pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak. Sesudah
makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk
menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan
masing-masing. Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga
batang serai, tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku.
Datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat
kepalanya dengan kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula
menitik. Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun
yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi katak
bersahut-sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan bunyi
suara burung hantu dan jampok.
Saya lihat pintu
rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi
sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang-bayang hitam berdiri
di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk
bertalu-talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya duduk di sisinya, tiba datuk
menyepak pangkal peha saya, saya terduduk.
“Jangan dekati aku,”
katanya.
Saya pun segera
menjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemenyan dan membakar sesuatu. Dari
rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar
kicau burung murai ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang
ke tempat saya dan datuk. Perhatian kami
tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki sedang
duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas
kelihatan. Angin malam terus bertiup.
“Kau kenal siapa tu?”
tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam. Dia terus menumpu
perhatian pada rumah Timah.
“Latif, laki Timah,”
katanya pendek.
Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku.
Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku.
“Itu bukan Latif, Itu
hantu raya,” kata datuk.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.
“Hantu tu sedang
berkasih dengan Timah,” datuk memberitahu Ketua Kampung.
Datuk menikam tiang
seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah Timah
bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai.
Timah menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu
lembaga hitam yang besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu.
Datuk menyerbu ke
arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya
turut sama ke situ.
“Berhenti, kau
syaitan.,” jerit datuk.
Lembaga hitam itu
melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.
“Latif…,” pekik Ketua
Kampung.
Lembaga hitam itu
segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa baju
dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.
“Tidak ada jalan
lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita
tidak berjaya membunuhnya selama-lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari
kampung ini,” ujar datuk.
Mendengar cakap
datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitam
sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan
mengeluarkan cahaya.
Datuk mengambil tiga
batang serai sambil mengacu-ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di
lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan
jeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihat
batang serai. Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya.
Lembaga hitam itu berguling-guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan.
“Aku tahu asal usul
mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana
engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau
kembali,” kata datuk. Lembaga itu terus berguling-guling.
“Dia bini aku,”
secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun.
Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk.
Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk.
No comments:
Post a Comment