Di luar hujan turun
mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk ke
dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan
beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan
dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk-liuk mengikut arah tiupan angin.
Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam
muda di sekelilingi badan pelita.
Beberapa bahagian
daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari
pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras
tadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat.
Sekali-sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup-sayup. Bunyi suara burung
tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung
lututnya.
Waktu Bah Lanjut
memperkemaskan silanya, saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersama
tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan
pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang
asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh
pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.
"Saya
menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara Bah Lanjut
penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa
tersebut.
"Lupakan tentang
tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujur datuk sambil melagakan gigi
bawah.
Bah Lanjut
melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding
pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.
"Ilmu kita bukan
untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang," keluh Bah Lanjut.
"Ilmu kita pun begitu
juga," tingkah datuk.
Beberapa ekor nyamuk
hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan kedatangan nyamuk
itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju
ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk-nyamuk
jatuh atas tapak tangannya.
"Pulanglah,jangan
kacau kami," kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju
ke arah tepi dinding dan terus keluar.
Bunyi suara cengkerik
di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya menguap
panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.
"Mahu awak
menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan, mata saya
bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala
lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.
"Caranya?"
soal datuk.
Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.
Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.
Orang menemu duga saya
akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada kelulusan,
fikir saya dalam hati.
Bah Lanjut mengunyah
sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.
"Ilmu tu saya
tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain," ujur datuk secara tidak langsung
membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk
tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam
dada saya.
"Kalau awak tak
mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi sekali,
saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.
"Jodoh pertemuan
dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar," datuk menepis cakap
Bah Lanjut.
"Kita disuruh
berusaha."
"Bukan dengan
cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk dari baiknya, terutama
kalau terlepas ketangan orang muda."
"Tujuannya baik
"
"Memang
tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang
banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."
"Jadi, awak tak
mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu
minyaknya."
"Terima kasih
sajalah tok batin," suara datuk merendah.
Bah Lanjut terdiam.
Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut-sahutan
di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok.
Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua
tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.
Saya juga menerkam ke
muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, terjegat satu
lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup
luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya
amati lembaga itu lama-lama. Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba-tiba,
Bah Lanjut bergolek di atas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam,
lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak
saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga
bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi.
Lembaga itu
menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang
berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan
sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari
kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca. Lembaga itu melompat ke tanah dan
diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan
malam yang pekat itu.
Datuk, saya dan Bah
Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar kain
pelikat datuk dipadamkan.
"Apa bendanya tu
tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung
liar ke kiri dan ke kanan.
"lnilah masalah
yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk
kepala. macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati
saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi.
"Saya harap awak
boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.
Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah.
Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.
"Benda tu, cuma
takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal.
Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah mereka.
Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah mereka.
Api biarkan menyala
hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok.
Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk
dekat bendul sambil menakik-nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk
hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak-geri itu, datuk
dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu diamuk rasa resah yang tidak
menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan
mereka bertembung.
"Yang kita
bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak-anak dara,"
Bah Lanjut mengeluh.
"Sebab?"
"Binatang sial
tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah
mati kerananya."
"Dahsyat
tu."
"Kerana itulah,
kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi dalam
hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat
pada dirinya.
Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.
Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.
"Selimut badan
kau, sejuk ni," ujarnya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terus mendekati
datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh
gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat.
Fikiran saya
berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari-nari dalam
kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa
saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging
peha saya akan dibahamnya?
Semuanya
berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut.
Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi
kiuk-kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut-turut kali, saya terasa
seronok, macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya.
Bah Lanjut
memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam
perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas
lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan
diri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali
lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakan
anjing hutan.
Begini saja, esok
kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satu keputusan yang
muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.
"Sampai ke
mana?" soal Bah Lanjut
Sehingga mana yang
boleh kita cari," batas datuk . Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus
bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan
datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya
lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.
Datuk saya Iihat
masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira dia
sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh,
datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli
cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak banjaran gunung
titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan
ayam hutan bersahut-sahutan.
Lepas mandi air
embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah
meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro-elektrik
dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.
"Apa benda tu
tok?" tanya saya.
"Dia orang tebuk
bukit buat terowong air," begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat
ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.
Selesai makan ubi
bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk
mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.
"Boleh, nanti
saya tukar pakaian," jawab datuk.
Saya dan datuk pun ke
atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek kuning,
berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya
tersandang di belakang.
Saya dan datuk turun
ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa kesan
tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya
segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut.
"Memang inilah
tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak
kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.
"Inilah
bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.
Saya dan datuk pun
rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut
ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena
sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah
Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang
sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju
ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah
kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu.
Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan
oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.
Matahari sudah berada
betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat
di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok.
Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi
keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk
sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembaga hitam itu.
Sebaik saja kami
sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan
belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama
sendiri.
"Apa halnya
ni," tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung
tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan
tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.
"Awak orang asli
atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum.
Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan
orang asli.
"Saya orang
Melayu," jawab saya.
"Itu datuk
saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.
Dia hulurkan tangan,
bersalam dengan saya dan datuk .
"Saya
Zamri," katanya pada datuk .
"Awak orang
mana?"
"Saya orang
Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini." Mendengar cakap
pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka
duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan
kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang
berkulit hitam, berhidung mancung.
Tanpa diminta anak
muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau
Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.
"Apa
halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba batang
hidungnya.
"Kawan kami kena
patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.
Bah Lanjut renung
muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memang selalu menemuinya
jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.
"Kenapa tak bawa
jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut
menggosok-gosok ulu parang kontotnya.
"Salah seorang
kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi
kami terpaksa tunggu kereta.
"Di mana kawan
awak tu?" saya pula bertanya.
"Ada dekat
setor, menanti kereta."
Bah Lanjut
membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima-lima
pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah
meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan
Bah Lanjut sampai ke belakang setor. Di situ, saya lihat seorang pemuda
terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di sisinya.
Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu
diikat dengan kain kuat-kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di
bahagian bawah peha yang sudah diikat itu.
Pemuda yang malang
itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat.
Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam
bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga
bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri datuk.
"Migiteis,"
ujur lelaki itu. Datuk angguk kepala. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk.
Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang
diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu
terlalu asing buatnya.
"Ini ketua kami,
dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut
cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit
Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.
Orang Jerman yang
berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu
meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel
membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan-kawannya mencari
batang tepus dan pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan
secepat mungkin.
Tidak sampai dua
puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi,
pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan
pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang-barang yang di
kehendaki di sekeliling pangkin.
"Pukul
berapa?" tanya saya pada Zamri.
"Dekat pukul dua
petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam.
Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan,
dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak-koyak, separuh
dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.
Pucuk langkap yang
sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk
serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan
pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan
di tegur. Kami beredar. Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak
bimbang kalau-kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang
ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan
memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah
Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.
Dia bercakap dalam
bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil
sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun
itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya
tanpa berhenti-henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba saya
melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya
meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik
kedalam hutan.
Bah Lanjut terus
meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu,
sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar
dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum
pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya
kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.
Dada saya berdebar,
tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam
hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar-benar jadi tunggul buruk. Saya
jeling kemuka datuk. Saya lihat wajahnya tetap tenang. Ular berkeliaran di kaki
pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang
beransur kurang.
Kawan Zamri yang
malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam
beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut
duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam,
sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu
bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di depan Bah
Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.
Kepala Bah Lanjut dan
kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu boleh mematuk leher atau kepala
Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan
badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu
dilakukannya sebanyak tiga kali berturut. Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur
perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu
sedikit.
Ular hitam di
hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di
atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul-betul di
bahagian dada kawan Zamri yang malang.
Ular panggung kepala
Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam
rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.
Saya Iihat ular itu
membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri ,lama juga ular itu
mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah
mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.
Ular hitam berpusing
atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali.
Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah
tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin,
daun hutan yang di buat serunai dilekapkan di bahagian betis kawan Zamri yang di
patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas
pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke
arahnya.
"Dia dah sedar
dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya," kata Bah
Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak
dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang
mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri
dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain
tanpa memberitahunya.
Orang Jerman itu
terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri
serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk
datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana
berjaya menyelamatkan pekerjanya.
"Beri dia
berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada Zamri.
Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.
"Buat apa?"
tanya duduk penuh ragu.
"Mesti
ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.
"Ilmu inilah
yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.
"Boleh, tapi
awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."
"Saya cuba tok
batin."
Kami pun meninggalkan
kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang asli. Sebaik
sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan
pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.
Saya terus masuk ke
dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya
terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut.
Saya segera mendapatkan mereka.
"Malam ini, kita
tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung
Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut
renung muka saya.
"Di kampung
orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam." Bah Lanjut
menerangkan kepada saya.
"Walaupun
begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang,"
terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.
No comments:
Post a Comment