Dengan
nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam.
Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya
lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut.
"Kau
sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari
tidur.
Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.
Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.
"Masa
isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi
padanya?", datuk mengajukan pertanyaan.
Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.
Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.
”Tak ada
yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap.
Dia
menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung
kata-katanya:
"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat”
"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat”
"Siapa
yang cakap?", tanya datuk.
"Anak-anak
saya"
Datuk
tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin.
Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas. Perkara
pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kaki nya
dan mengurut-urut dengan perlahan-lahan. Usaha datuk tidak mendatangkan
sebarang kesan.
"Ambilkan
aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.
Barang
yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan
diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu
bagaikan kena bahang panas. Dari celah-celah jari datuk keluar asap menipis
naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin
melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang
dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramas-ramasnya
hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi elok dan segar.
"Kau
kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu.
Datuk mengurut-urut
bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk menyuruh Uda
Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.
"Bagaimana
rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin.
"Baru
terasa segar sedikit"
"Kau
baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada
Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih
terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu.
"Ada
berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.
Saya
segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.
"Empat
orang, semuanya lelaki"
"Ada
di mana?", saya gatal mulut bertanya.
"Semua
dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di
Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.
Datuk
segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari
mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus mengeliat.
Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar
dedahan pokok getah yang melahirkan bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata
terasa cukup mengantuk.
"Masih
dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.
Dan saya
secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan
dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan membuang air kecil pada waktu
subuh. Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan
lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan
terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun
melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita
pun saya rendahkan. Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul
tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain
dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.
Cukup
busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya meletakkan
pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk. Tetapi,saya
tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak
di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.
Saya juga
terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba
bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan
saya. Dia memaksa saya tidur.
"Orang
curi ayam tok”
"Bukan"
"Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"
"Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"
“Kau
tidurlah, jangan banyak cakap"
Saya tidak
dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik
dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh. Uda Lodin terus
jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk
pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban ayam kepunyaan
lelaki tuan rumah itu.
Saya
terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya
berjela-jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku. Bila datuk
memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih
yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik membelek-belek
ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk.
"Setiap
kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu, dan datuk
angguk kepala.
Datuk
meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang.
Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan periuk
dan nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang penduduk
setempat datang menemui datuk. Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya
peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka mati akibat
ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.
Manakala
bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena gelidah. Nasi yang tinggal
di periok habis di makan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk yang sudah
disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau
yang cukup busuk. Macam selalu datuk memberikan janji untuk membantu mereka
mengatasi masalah tersebut. Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan
sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi makhluk ganjil.
"Semuanya
terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah
dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk memberitahu mereka.
Ternyata
keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun
pulang. Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin
terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di
dewan orang ramai. Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju
menyerahkan pada datuk untuk mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka
berjanji akan memberi sebarang pertolangan sekiranya datuk memerlukan
pertolongan.
Bila
mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung
sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imamnya. Dari surau kecil, kami pun menuju
ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur
isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu diperiksa. Tidak terdapat
sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung
tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup subur.
Uda Lodin
terus menguis-nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah perkuburan itu
dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa Kemajuan kampung
meminta diri untuk pulang kerana urusan masing-masing. Matahari petang kian
menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya mengajak datuk
pulang datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ. Uda Lodin
terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian jsteri datuk termenung di
pangkal getah.
"Pukul
berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk.
Cepat-cepat
datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin.
"Lebih
kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.
Lelaki
yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju kebahagian batu nisan
dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ.
"Lubang”,
katanya.
Saya
segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki
bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya
ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa
dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak
terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu
dengan daun-daun kayu kering.
"Dah
berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal lelaki
itu.
Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.
Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.
"Hari
ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar
pokok-pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.
Saya
menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap saya tidak nampak
samada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula terdengar bunyi
orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk. Semuanya datang dari arah
hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya
terdengar bunyi suara orang perempuan menangis. Pada mulanya saya mengira
semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin sendiri
memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar,
ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang
tidak boleh dilihat.
"Ada
macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian isteri
menyatakan pada datuk dan saya.
Datuk
diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk.
Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang kami terdengar
bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung kebelakang, tidak
ada apa-apa yang kelihatan.
Kami
berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat
dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan tahu yang langkah kami
diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Datuk menyuruh kami
berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk suruh kami
bersembunyi di balik pokok itu.
"Dah
dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar.
Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk
genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami.
"Kalau
kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu
gigit pangkalnya dan renung ke depan”
Arahan
yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat
amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-loncat. Bahagian
bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas
awang-awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain
putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering dan
selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah
hancur. Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal
kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan.
Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai
atas bahu.
Lembaga
itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam
suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan
suara burung tukang sayup-sayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh
jantan. Suasana terasa amat menyeramkan. Lembaga itu terus meloncat ke depan
tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami.
Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk
melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.
"Itulah
isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman.
Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk pada lelaki
itu.
Saya
menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah
mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu memberikan
sebarang jawapan datuk terus mengajak kami pulang. Datuk mengajak lelaki
bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan kepalanya
terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang
di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.
Atas
permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang Maghrib,
jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang Isyak mereka juga minta
datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan. Selepas menunaikan
sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung. Entah apa yang
mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus
bangun dan bercakap dengan lantang.
"Saya
minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri
bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya
ke arah datuk.
Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera ke luar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau.
Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera ke luar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau.
Angin
malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu
dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.
"Kita
kesana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta orang
yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada sesuatu
yang ganjil jangan tegur atau direnung”
Tiba-tiba
semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan
sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai
tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat. Datuk pun menekup
kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah
tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung
orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi
bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.
Lampu
gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip datang
menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung keli-kelip itu
menerangkan sebahagian dari pada halaman surau. Datuk membuka kain ikat
kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga kumpulan kelip-kelip itu
berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus
menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu
menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang. Datuk tersenyum, dia
tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Tidak sanggup
berhadapan dengan percubaan dari syaitan.
"Kita
bergerak sekarang”, kata datuk.
Kumpulan
yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan
tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih kurang setengah
rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan itu
melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa
berdiri di halaman rumah lelaki itu.
"Begini,
saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup
bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.
Uda Lodin
muncul didepan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup
untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi.
Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal.
Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik
saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah
dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di
muka pintu.
Datuk
terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun
sireh itu di kunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu
ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.
"Kau makan
daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal. Kamal
terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.
"Apa
rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.
"Tak
ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus
ghaib.
Hanya yang
tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan
pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera
melarangnya.
"Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.
"Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.
Saya
terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang
kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk
membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman. Dengan pertolongan sinar gasolin,
saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya. Datuk dan saya
serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam beberapa saat lembaga perempuan
itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman. Lelaki itu
cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia
tidak berdaya. Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.
Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan
Kamal tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain.
Datuk
bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara
satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat-kamit membaca
sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki
datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah
itu dengan tangan.
"Dari
tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.
Tanah yang
dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat
menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan tempatnya segera
digantikan dengan beribu-ribu kelip-kelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat
terang. Kelip-kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera
menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah
perkuburan.
Saya
membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui
siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal.
Lubang yang terpelohong segera datuk timbus. Sebaik saja lubang di timbus,
terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-dahan kering berjatuhan. Batu nisan
di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak-gerak. Bila suara ribut hilang tanah
perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip yang datang beribu-ribu
banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.
"Kita
pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata datuk
dan kami pun terus pulang.
Waktu kami
sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar
atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.
"Kau
ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.
"Saya
bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya”,
terang lelaki itu dengan jujur.
Hari
beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke
perigi lalu memandikannya.
No comments:
Post a Comment