Lebih kurang pukul dua belas
malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa
yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian
itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya.
Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan
ini dengan rela hati.
"lnilah kuasa Allah, dia
melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita
sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya
di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal”
Apa yang di perkatakan oleh
datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya
Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah
Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya
Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata
itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.
"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.
"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.
Datuk tersenyum sambil melihat
langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.
”Kita ada anak isteri, ada
binatang yang perlu di tengok Tok Kaya”
”Apa yang dirisaukan, ada yang
menjaganya”
"Betul. Tapi isteri kita
pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua
Tok Kaya Sendi Diraja bangun
dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya
menekan jenang tingkap.
"Saya masih mengharap
pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata
Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.
Tok Kaya Sendi Diraja datang
dekat datuk lalu duduk atas kerusi.
"Apa lagi yang mahu saya
tolong?”
”Masalah itu dah selesai,
tetapi ada masalah lain"
"Maksud Tok Kaya?”
"Orang berbadan besar yang
selalu ganggu saya"
Datuk terdiam. Matanya tajam
merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur
yang tidak putus dengan kenderaan.
Ada sesuatu yang datuk fikir.
Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja
itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah
tenang dan aman.
"Baiklah, apa yang Tok
Kaya mahu dari saya?"
"Menghalau penunggu rumah
ini"
"Satu kerja yang sulit.
Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu
turun temurun memang payah”
"Sebabnya?"
"Ini merupakan satu dari
warisan keturunan Tok Kaya"
Jawapan dari datuk itu
mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan
matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang
bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.
Dalam sejarah saya mengikuti
kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta
darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya
dalam hati.
"Kalau Tok Kaya berhajat
juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.
Segaris senyum senang berlari
di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari
tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara
dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi
Diraja mencari kayu keruing melintang urat.
Nasibnya cukup baik, dengan
pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil
baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.
Dia melihat awan putih yang
bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup
bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara:
"Bawa perasap itu ke
tengah ruang”
Saya sambar tempat bara api dan
berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya
berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya
Sendi Diraja.
"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.
"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.
"Di tengah rumah"
Datuk lagakan gigi atas dengan
gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat
dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak
saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka
mata dan memandang tepat ke arah saya.
Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata: "Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"
Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata: "Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"
Muka Tok Kaya Sendi Diraja
kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.
"Datuk nenek Tok Kaya dulu
memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk.
"Saya tak tahu"
"Sekarang Tok Kaya dah
tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang.
Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah merapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.
Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah merapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.
"Duduk”, kata datuk.
Saya pun duduk, begitu juga Tok
Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk
sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan
kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur
sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana
dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada
di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari
tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor
mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis,
kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan
terus berkata:
"Ada tanda kejayaannya”
Tok Kaya Sendi Diraja terus
tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan
menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan
keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang
berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan
menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.
Menjelang waktu Maghrib, tiang
seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut
menyaksikan upacara kecil itu.
"Begitu saja, biar saya
uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan
tenang.
"Maksud awak?"
"Begini. Saya akan
berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai
mana mahu menghalaunya”
"Saya mahu tengok"
"Percayalah pada saya.
Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan
begitulah sebaiknya"
Tok Kaya Sendi Diraja sejutu.
Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin
datuk tidak memiliki hati yang bercabang.
"Kalau dah begitu kata
awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.
Tepat jam dua belas malam,
datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang
berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun
kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana
raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara
keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar
hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di
pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk
duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala
walau apa pun yang berlaku dalam bilik.
Suasana bertambah sepi. Bulu
roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang
melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar
bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup
resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan
daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup
bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu
berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan
sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.
Daun pintu terbuka dengan
sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam
kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas
katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar
bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap
bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan
begitu di panggil cerah-cerah tanah.
Kerana ingin tahu, larangan
datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan
menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan
tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar
matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.
"Apa hajat?",
terdengar suara parau.
"Minta tuan hamba keluar
dari sini”, balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita,
selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita
dengan tuan punya rumah asal"
"Saya minta pada tuan
hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”
”Kau dan aku adalah makhluk
Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"
"Maksud tuan hamba?"
"Aku dari jin yang percaya
pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini,
sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"
ltulah percakapan datuk dengan
makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan
duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan
sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana
secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah
itu tidak saya tahu.
Setelah menyelesaikan
sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca
beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi
mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga
membacanya.
Tetapi datuk tidak berapa
menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca
kitab-kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih
kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang
bawah.
Apa yang berlaku malam tadi
datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi
Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah
tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu
itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali
kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu
dihanyutkan kelaut.
Datuk juga memberitahu Tok Kaya
Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di
Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di
pelabuhan Bagan Datuk.
Moyang Tok Kaya Sendi Diraja
menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera.
Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat
Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan.
Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh
anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud
sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja
melombong bijih timah.
"Bagaimana kalau bangunan
rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya datuk
pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Sayang, itu rumah
pusaka"
"Kalau begitu biarkan ia
tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan membuat kerja yang tak baik.
Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang berdekatan membaca surah Yassin.
Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"
"Apa boleh buat saya
terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil
tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak
pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.
Ini merupakan satu pengalaman
yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan
rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak
lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia
sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh
ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya
Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang,
Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran
Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan
yang gagaI ke Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu
di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal.
Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh
penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang.
Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang
sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.
Tempat yang paling keras ialah
tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun
memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang
tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak
berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya
dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik
Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan
kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan
pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.
Tetapi nasib Tok Kaya Sendi
Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di
England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex,
kira-kira 60 km dari London.
Perbuatan anaknya itu amat
mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal
dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah
jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah
perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).
Kepulangan datuk ke kampung
kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang
dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa
duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan,
sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya
dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna
sekali.
Tetapi isteri mudanya orang
bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat
dari akar kayu, ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada
datuk. Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta
di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut
doktor yang di temui sakit datuk itu adala sakit biasa yang akan di alami oleh
kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.
"Inilah akibatnya bila
waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”,
keluh datuk pada suatu petang.
"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
Datuk ketawa terkekeh. Secara
terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang
bodoh.
"Mati apa yang ditakutkan,
cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai
seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.
Saya terdiam. Cakapnya itu
memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan
mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya
ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah
dialaminya. Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani
saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan
sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah
dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga
mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping
beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.
"Kau harus mengamalkan
dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah
kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini
masih terpahat dalam hati kecil saya.
Entah apa mimpi datuk, secara
mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke
Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab
kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan
yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.
"Aku nak jumpa kawan dari
Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu
datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.
"Sekarang kita pergi
Tok?"
"Tentulah, pergi bersiap”,
ujarnya.
Saya pun tukar pakaian. Tidak
sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan
datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira
empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang
dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan
lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang.
Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak
datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.
Datuk menolak dengan alasan
kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan
menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan
datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu
setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.
"Kau bina rumah di tempat
lain, habis cerita”, kata datuk.
"Malas nak pindah"
"Kalau begitu, kau pacak
tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.
Kawannya terdiam. Mereka berpandangan
dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu
kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata
kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.
"Aku tahu tujuan kau yang
sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara
datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa
malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Kau berterus terang saja
kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya
anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah
kawan datuk.
"Aku tahu, kalau berterus
terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong
orang bukan?"
"Aku tidak pemah
memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."
"Salah dugaan aku”, keluh
kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.
Kerana mahu bercerita agak
panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung
kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan
jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu
kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala
Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang
malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.
Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.
"Jadi apa yang harus aku
buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun.
Wajah kawannya itu direnungnya
tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.
"Kau aku harapkan menolong
dalam hal ini"
"Susah menyambung kerja
yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan
yang bersimpang siur di dada jalan.
Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.
Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.
"Biar aku fikirkan dulu,
hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk pada kawannya.
Saya lihat kawan datuk itu
tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan.
Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian
aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau
dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan
serta membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum agama.
"Aku bimbang mereka akan
menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi tahu
saya.
Dari apa yang datuk dengar
melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan
itu ketika hidupnya telah melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.
"Orang perempuan atau
lelaki tok?"
"Perempuan. Masa hidupnya
aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”, beritahu
datuk lagi pada saya.
Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.
"Kau ikut aku ke sana"
Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.
"Kau ikut aku ke sana"
Ungkapan dari datuk itu amat
menggembirakan hati saya.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment