Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi berturut-turut. Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.
"Tangguhkan
lah dulu”, kata Omari pada jandanya.
"Kenapa?"
"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.
"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.
Janda
Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia
memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak
Ilahi.
"Hari
ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu”,
jawab janda Omari.
Datuk
merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.
"Bila
suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.
Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.
Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.
"Tengahari
ini”, jawabnya pendek.
"Hari
ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”, celah
datuk.
Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.
Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.
"Saya
boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri
membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang
tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar perempuan itu
dengan tenang.
Datuk
tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan
dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang
kuat iman dan mengikut perintah Allah.
"Itulah
yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan
nafsu”, suara datuk lemah.
Kemudian
datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk dimuka pintu
menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang
dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan itu. Bercakap sesuatu
dengannya.
"Tak
jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu.
Dengan
tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang
menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya. Malam itu, kenduri
kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan Omari
sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu
sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang
kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau. Lelaki itu saya lihat tidak
banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk
tunduk membilang tasbih.
Atas
permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai
menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang
tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang
berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani
bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai
bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama
suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau.
"Bertaqwalah
kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan dan
petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu.
Kemudian
dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya sudah
selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak
pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.
"Saya
tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata. Bersyukurlah pada
Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk.
"Tapi
ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang
berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"
"Saya
bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"
"Maafkan
saya”, ujar Omari.
Dalam
perjalanan pulang itu, datuk tiba-tiba teringatkan anak saudaranya itu.
Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak
saudaranya mengajar datuk menolak.
"Jangan
kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.
"Habis
bagaimana kita mahu mencarinya tok?"
“Ikhtiar
dengan bertanya pada orang"
Tidak
kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya
datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya dan
datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya satu
pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah rumah yang
berhampiran dengan tanah kubur. Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil
Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan
di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu
bertingkat- tingkat tingginya. Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih
kurang pukul dua belas malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang
bertalu-talu. Bila dia mahu membukanya Yusuf menahan.
"Kenapa?",
tanya saya.
"Syaitan”,
jawab Yusuf.
Mendengar
cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf
kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.
"Syaitan
macam mana?" datuk minta kepastian.
"Saya
belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan
berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.
Sebaik
saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf
memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan
wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya
itu bukan hantu.
"Apa
hal?" tanya datuk.
"Saya
lapar"
"Masuk”,
perempuan itu pun masuk.
Perbuatan
datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan. Bagi
menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk
mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada
tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan temubual dengan
perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata perempuan
itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya.
Terpaksa
tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang-orang yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu
perempuan berambut panjang. Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera
pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf.
Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan
hantu berambut panjang.
"Aku
terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan
Yusuf.
Dan Yusuf
tidak dapat berkata apa-apa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus patuh
dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang Maha
Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan seluruh tubuhnya
dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi. Pada sebelah petangnya,
selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke dalam di tanah di
bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa.
Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga
menggigil kesejukan. Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiran-jiran Yusuf
berkumpul di halaman rumah kira-kira pukul empat petang. Datuk menyuruh
perempuan itu duduk di atas bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan
sabut kepala.
Supaya
perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada bangku.
Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat
dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar
sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Perempuan
yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati. Tiba-tiba datuk menepukkan
kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti oleh asap tebal.
Perempuan
itu terbatuk-batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat
tulang-tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk
menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang berambut
panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca dan tulang
lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu
tersedar, wajahnya berseri-seri. Boleh bercakap dengan baik dan teratur.
"Dia
sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum
keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas
ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu
sihir padanya”, kata datuk.
Bila datuk
mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah, seorang lelaki
segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara
pada perempuan itu. Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada
perempuan yang malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak
saudaranya dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal
atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya
sendiri.
"Awak
salah”, kata datuk.
"Apa
salah saya?"
"Sebagai
seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak
saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak
terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya
pulang.
Pagi
esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara dengan
sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang. Kami
bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya
beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri
menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf
yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui jodoh dengan
seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.
Pemuda itu
ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu
berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C.
(Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas kahwin dia
membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya.
(Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah
meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan.
Cukup
gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya
jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke
anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik.
Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga menjelang waktu
subuh.
Bila saya
menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan
pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri. Kadang-kadang saya
terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh menolong
orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalam-dalamnya, memang
saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.
Datuk
cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri saya. Datuk
bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalah-gunakan. Dia hanya
menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang
tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak
boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.
Dari sinilah
mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas.
Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya. Datuk
tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang
tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan
boleh menolong orang.
"Datuk
kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya
terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak
sabar-sabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya
nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang. Tanpa diduga
perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami.
Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
"Aku
boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak
dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak
bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar”, kata
datuk dari kepala tangga.
Nenek
merenung muka saya.
"Memang
begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri
sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi. Tuhan telah
memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang
aku terima”, sambung datuk lagi.
Matanya
merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum
pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana
pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap bertolak
ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing-masing membuat rumahtangga
datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati. Meskipun
rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru kahwin,
mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata kebahagiannya
lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi pertingkahan,
fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.
"Nenekmu
seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.
Datuk
terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan
kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya
berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan-kawan yang sebaya bermain gasing.
Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil. Cita-cita saya
mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan-kawan hingga terbelah. Secara
mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di pangkal pokok
mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.
"Nak
ke mana dah petang begini”, tanya nenek
"Nak
memancing ikan di sawah"
"Usahlah,
dah petang”, tahan nenek.
"Kejap
aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju kesawah yang
terbentang luas.
Matahari
sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima
lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya terus meniti atas
batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah sebatang
pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok-pokok
buluh. Akar-akar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah
bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada.
Sebelum
saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang
menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di
tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya
selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkati-kati ikan
keli, haruan dan puyu. Ikan-ikan itu saya letakkan dalam raga. Azam saya mahu
menangkap separuh dari ikan-ikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya
berdebar dengan tiba-tiba. Daun telinga kanan saya bergerak-gerak dan terasa
angin lembut menyentuhnya.
Saya mula
rasa ragu-ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya
segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan-ikan hasil dari pancing
saya. Saya dapati ikan-ikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan
kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam raga. Saya renung ke langit,
matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak
secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus
memancing, ikan-ikan saya lihat bagaikan melompat-Iompat dipermukaan kolam.
Saya
membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing
ikan di kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala
sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggil-manggil nama saya.
Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal pokok tualang untuk mengambil
raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di
situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam raga.
Saya menarik nafas panjang.
Saya jadi
bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan
pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu
mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang saya menjamah
bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari surah al-Falak
iaitu Qul
a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya bagaikan
mendapat sesuatu kekuatan ghaib.
Saya jadi
berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke
bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat
saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itek yang
cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala.
Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari
pokok tualang.
Hari sudah
beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan
ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar pokok tualang
digoncang bertalu-talu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun tualang jatuh ke
bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang. Suasana terasa
terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam.
Saya
bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu
lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi
dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari
bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu. Kedua belah tangannya
berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa dengan bentuk
tubuh manusia biasa. Dalam saat-saat cemas begitu, saya terdengar nama saya
dipanggil sayup-sayup dari arah kampung.
Saya kenal
benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi
tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan
pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya
sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk
burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata manusia.
Sinar
matanya tajam tidak berkelip-kelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin
lama makin dekat kedengaran. Dalam saat-saat begitu saya tidak dapat berbuat
apa-apa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba membaca
beberapa potong ayat al-Quran, tapi banyak yang silap dan lintang-pukang.
Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi
tidak tentu arah.
Suara
datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat
datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba melambaikan tangan
ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-olah tidak dapat dilihat oleh datuk
dalam suasana yang agak samar-samar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat
gerak-geri saya.
Dalam
warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan
datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk tidak
dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak
dapat menjawab suaranya itu.
"Tak
mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk.
Saya lihat
dia berdiri betul-betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan
kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil
membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan tualang. Secara mendadak
saja saya boleh bersuara dengan selantang-lantangnya. Datuk terkejut bila dia
mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap datuk terus
menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.
"Kau
masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.
Sampai
dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir-hampir saja dia mahu menampar muka
saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu. Apa
yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan
pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap
suka mengada-adakan cerita yang tidak munasabah.
Tetapi,
lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang
terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk
Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
No comments:
Post a Comment