Dan Wansi segera
bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari
penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan
Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam
bilik Latifah. Latifah berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannya
memegang batang leher. Matanya kelihatan merah.
Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Datuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.
Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Datuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.
Datuk duduk di hujung
kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan
belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.
“Apa yang kau nampak
nak?” tanya Wansi.
“Orang hitam mengajak
saya keluar,” sura Latifah merendah.
“Lagi apa yang
dibuatnya pada kau,” sanggah datuk.
“Dia lari dengan
tiba-tiba,” jawab Latifah tenang.
Wansi terdiam
seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di
tangannya. Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulisnya itu
diserahkan pada Haji Azhar.
“Bacalah ayat ini, ke
telinga Latifah bila dia agak resah. Dan kau harus mengamalkannya,” ujar Wansi.
“Caranya?” tanya Haji
Azhar.
“Baca seratus kali
selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak
faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan.” Cukup lebut nada suara Wansi.
Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.
Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.
“Besi ni saya
tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik,” tambah
Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.
“Untuk apa?”
“Untuk mengubat
penyakit anak kau,” sahut datuk.
“Kalau dalam tempoh
tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?”
“Dengan pertolongan
Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan
beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya,” Wansi memberikan sebuah
keyakinan dan harapan pada Haji Azhar.
Haji Azhar tersenyum.
Sebelum meninggalkan bilik Latifah, Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya
mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di
luar. Haji Azhar angguk kepala.
Rumah Haji Azhar
cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung
rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua
bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur
di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-kerja untuk
mengubati Latifah.
Saya resah tidak
menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu
gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja
dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan
Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya
kerana itulah saya tidak dapat tidur.
Saya merenung ke arah
datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu.
Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua
malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam
loceng Haji Azhar berbunyi dua kali berturut-turut.
Angin malam yang
bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan,
seperti angka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara
anjing menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.
Tiba-tiba, datuk dan
Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah
kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung
rumah. Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikan
mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi
menyepak tangan datuk.
“Jangan dipegang,”
kata Wansi.
Saya mengeletar
sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri
hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar
samar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut
tersenyum.
“Kau pergi ke sana,”
katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak
bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya
lihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar
hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan
kencing, airnya merah macam darah.
Di luar anjung,
kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih
memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk
ke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengan batang pisang.
Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan
anjing dan suara jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian
anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu
nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.
Saya jadi tidak tentu
arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan meragut
nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu,
saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran yang saya kira dapat
menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang
batang pisang yang berasap itu.
Wansi berdiri lalu
mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu
dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan
atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya
dibengkokkan sedikit.
Wansi menjerit sekuat
hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean,
selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam
anjung rumah. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak
di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya
berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu
ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.
Kali ini datuk mara
ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa
kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluk
tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di
tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu
dan hilang dalam gelap.
Tempat batang pisang
itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka
saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula
runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola
pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnya keluar menuju
ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar.
“Orang ni benar-benar
mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,” kata Wansi
sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan.
Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.
Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.
Bara api sebesar bola
pingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya
lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi
membalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu
dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam
hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengan
kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.
Datuk tersandar di
dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah
yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang
sudah menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk.
Dua kali dia menumbuk belakang datuk.
Datuk terbatuk,dari
mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu
itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk
segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih
berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ,
Berlilit dengan kain. Matanya terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan
minta pertolongan.
“Saya kenal dia Wansi,”
kata datuk.
“Siapa manusia ni?”
“Bomoh orang asli,
dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali,” terang datuk
dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang
seoah-olah melekap pada papan lantai itu.
“Kenapa kau buat
jahat dengan orang?” tanya Wansi.
“Saya dapat upah
encik,” jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya
terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan
mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan
kenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.
“Siapa yang mengupah
kau?” datuk menyoal.
“Orang kampung ini
juga.”
“Siapa namanya.”
“Tak boleh cakap
encik, itu sumpah saya,”
“Awak tahu, kerja
awak ni menyusahkan saya dan orang lain,” kian keras nada suara Wansi. Datuk
mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di
lantai.
“Tak tahu encik, dia
datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-usik
untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak
baik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia.” Bagaikan mahu berbuih
mulut orang itu bercakap, cukup siksa.
Datuk dan Wansi
berbisik. Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanya
berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasana malam yang tadi agak
gawat sekarang sudah cukup tenang.
“Awak mesti bercakap
betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini,” Wansi mula
mengugut. Datuk mengigit bibir.
“Jangan buat jahat
dengan orang encik.”
“Saya tak buat jahat,
awak yang mulakan dulu.”
“Saya mengaku, saya
dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?”
“Jangan kacau orang
di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?”
“Baiklah encik, kalau
saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam.”
“Kami tak mahu balas
dendam, kami cuma mahu tahu saja.”
“Orang itu akan
datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,”
“Bila?” potong datuk
dengan cepat.
“Dua hari lagi.”
Selesai saja orang
itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari
kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat
kali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam
kedinginan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak
mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan
merbah sudahpun berhenti berkicau.
Datuk dan Wansi duduk
bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arah
pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa
pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri
pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan
takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil
saya.
“Kenapa pondok ini tidak
hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar,” itulah pertanyaan pertama pagi
itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.
“Memang terbakar,
tetapi dibakar oleh syaitan,” balas datuk.
Saya terdiam.
Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun
tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat
kejadian-kejadian itu sendiri.
Bila datuk melihat saya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya
lihat itu, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan
Allah yang maha besar.
“Allah itu maha
pemurah dan penyayang.”
“Jadi,” tingkah saya.
“Dia akan
memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik.”
“Kalau minta jahat
bagaimana?”
“Dipenuhinya dan
tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran
untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat.”
Saya pun angguk
kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk
dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.
“Minta maaf, saya
banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan
datang ke sini?” Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.
“Siapa?” soal Haji
Azhar.
“Nantilah saya
beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi
membuat persiapan untuk…’” suara Wansi terhenti.
Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.
Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.
“Nak ke mana selepas
mengubat anak saya ni?”
“Saya nak berangkat
ke Tanah Suci,” jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum
ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum
dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam
tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah
mereka sepakat merahsiakan perkara itu.
Bagi menanti hari
Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan Cangkat
Melintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-pucuk hutan. Akar-akar kayu yang
dipilih itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayu
dijadikan air pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh.
Menurut Wansi
akar-akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi.
Pucuk-pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan
wajah supaya kelihatan muda dan merah.
Memang sudah menjadi
amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan membaca
Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin.
Kelam-kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagaimana tidak menggelabah bila
datuk menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin. Bila melihat saya
dalam keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.
“Kau mesti ikut macam
datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku,” ujar Wansi.
“Dah diajar, tapi
cucu saya ni keras kepala sikit,” tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang
memanjang dari Wansi.
Ketika matahari mula
bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemuda
berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki
tangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.
“Jangan mengapakan
saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam terbakar hangat sampai
ke pagi,” terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut
ikal itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.
Badan saya masih
terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar
dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasana di Kampung Belanja
kiri pagi itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke
dahan.
“Apa sebabnya awak
datang ke sini?” datuk bersuara parau.
“Sayalah yang
mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji
Azhar,” sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan
silanya.
“Kau harus tahu
membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat
mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya,”
terang Wansi.
“Saya tahu, saya
bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu.” Sebaik saja pemuda
itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera
datang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.
“Inilah orang yang
saya tunggu,” kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia
kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot
penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak,
Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya.
Orangnya pendiam dan bersopan-santun.
“Apa, dia keluarga
awak?” Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.
“Tidak tuan Haji,”
pendek jawab Wansi.
“Habis kenapa dia
jumpa awak.”
“Usah tanya tentang
hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan
dipukul atau membalas dendam.”
“Saya tak faham.”
“Saya boleh beri awak
faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh agama
kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya
dan pemuda ini akan tenteram jiwanya.”
“Saya berjanji,” satu
keputusan tegas dari Haji Azhar.
Datuk serta Wansi
berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salam
keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar
tidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar
itu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu
terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.
Bila semua urusan
selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokan
harinya kami bertiga pun berangkat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua
bulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali,
untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji
Azhar.
Dengan pemuda pilihan
bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap di
Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah
sudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di
Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersama
Latifah.
Pemuda yang mengupah
bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah meminta ampun dan
maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup meriah
tetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada
keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.
Dua hari selepas
menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi ke
Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam
tidur di rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah.
Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira-kira
suku batu dari Pekan Tapah.
Pada keesokan harinya
saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran Highlands. Sampai
di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi
jalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok-pokok hutan.
Di hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli.
Tidak jauh dari
kampung orang asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan
pekerja-pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik.
Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu terutama di
bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan batu. Pergerakkan
pekerja-pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli
yang terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu sudah siap.
Kedatangan saya
disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu.
Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya.
Apa yang mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya
berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar
suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika
itu.
Kerana mahu
menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan
rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup
bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut,
pondok itu memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta
ubat darinya. Dalam pertemuan itu Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf
atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang
ada pada dirinya untuk datuk.
Hasratnya itu tidak
ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidak
bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa
tinggal di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya
bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu
ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakan
oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.
No comments:
Post a Comment