Datuk
mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut
tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh Datuk itu. Kami meredah
hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah
berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu Datuk tidak dapat tidur
dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan Datuk akan melompat ke halaman dan
berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah Datuk
itu.
Bila Datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk yang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya Datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu Datuk letakkan di hujung bendul pokok.
Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah
Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu Datuk, bahawa sepanjang
malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau
anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada Datuk.
Dia yakin, Datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.
"Itu cara kebetulan saja tok batin,"
kata Datuk.
"Kita tak percaya, awak memang
handal."
"Terpulanglah pada tok batin sendiri,"
jawab Datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.
Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut.
Kemudian Datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.
"Ke mana?" balas saya agak ragu.
Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termangu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyaan.
Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termangu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyaan.
"Biarkan dia, kalau dia nak ikut
siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh Datuk pada Bah Lanjut, malah
ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak
makhluk yang berburu tebal itu.
Sebelum panas terik mencengkam perkampungan
orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil
menghilangkan diri.
Sampai saja di hadapan pintu gua, Datuk dan Bah
Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan.
Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat Datuk sudah pun duduk bersila sambil
membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.
"Kita masuk," kata Datuk sambil
menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.
"Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu
apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga
saya, "Kau jangan banyak kerenah," cukup lembut nada suaranya memukul
gendang telinga saya, tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.
"Sediakan mancis," Datuk memberitahu
Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya.
Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu didinding oleh batu pejal. Di sudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.
Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu didinding oleh batu pejal. Di sudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.
"Kita berada betul-betul di tengah antara
dua gunung," beritahu Datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala.
Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut Datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.
Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut Datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun
merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perlahan-lahan pada
akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak
dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.
"Pedulikan," kata Datuk bila melihat
air muka saya berubah.
Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.
Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.
Makhluk ganjil itu duduk di situ sambil memakan
daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak
bezanya dengan manusia, sama ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu
yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.
Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan.
Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga
makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan
sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.
Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah Datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah Datuk. Cepat-cepat Datuk mengelak.
"lni bukan syaitan atau penunggu hutan,
binatang ini sesat ke sini," kata Datuk pada saya yang secara mendadak
menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.
"Apa yang harus kita buat," datang
pertanyaan dari Bah Lanjut.
"Kita halau saja dari sini," jawab
Datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut.
Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah Datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambil menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itu pun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.
Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah Datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambil menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itu pun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.
"Dia akan meninggalkan tempat ini
terus," Datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain
hitam yang digenggamnya.
"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga
ke sini untuk membalas dendam," sambung Datuk sambil mengajak saya dan Bah
Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.
Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan
orang asli di Kampung Raja, Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk
tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya
untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali Datuk berhadapan
dengan musuh selalu membaca ayat-ayat Al-Quran.
Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh
Datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus
menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya
membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli
di Batu Enam Belas itu, Datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang
mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu
telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala
Teris, dekat Lanchang di Pahang.
Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu,
Datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan,
akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan Datuk terus menyiasat tapak kaki
makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang
bentuknya.
"Binatang ini, kami halau dari Kampung
Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil
itu cukup suka pada anak dara, dia boleh membawa anak dara lari ke hutan,"
begitulah Datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan
tentang makhluk ganjil itu.
Menurut hemat Datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.
Menurut hemat Datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.
Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung
Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di
kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat ke dalam hutan besar di Pahang.
Dari Lanchang Datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan
Datuk menginap di rumah Dukun Nong.
Masa di rumah Dukun Nong, Datuk dijemput oleh
seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar
sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika
berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglo. Datuk mencari saudagar itu
bersama dengan pasukan keselamatan.
Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah
di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, Datuk
membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui
makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.
Di situ Datuk hanya menjumpai beberapa pokok
besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan
saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil
tersebut. Pendapat Datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan Datuk tidak
mahu ikut dalam usaha selanjutnya.
Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan
sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar
sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda
hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.
Sesudah itu, saya dan Datuk lagi sekali pergi ke
rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang
hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat Datuk. Menurut firasat
Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas
dendam terhadap orang yang mengganggu kawasan persembunyiannya.
Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu
Datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat
persinggahan yang paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi
dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan
dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.
Dengan Dukun Nong, Datuk mendalami ilmu-ilmu
kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walau
bagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa
Amerika itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.
Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa
mengikut Datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk
diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar
keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak
mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.
Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh Datuk
adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya
yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.
"Kau jangan ikut macam Datuk kau,"
kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah Datuk yang duduk di sisinya.
Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata Datuk merenung ke arah pintu jalan.
Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata Datuk merenung ke arah pintu jalan.
"Ada motosikal masuk ke mari tu,"
Datuk segera bangun.
Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata,
"Kenapa cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"
Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata,
"Kenapa cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"
"Sudah."
"Sudah bagaimana?" balas Datuk lagi.
"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya
mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh
agama."
"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat
semuanya tu?"
"Saya ingat tak mudah mereka boleh
membuatnya, tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari
dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh
menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka
tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal
tersebut.
Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga.
Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam
menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenai. Mat Pie namanya,
orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan Datuk saya.
Dia adalah anggota pengawal kampung yang di
kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas
H.G. Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang
telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer
dari pekan Beruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan
karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di
Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia,
anak cucunya masih ada lagi di Kampung Beruas.
"Apa hajatnya'?" tanya Datuk pada Mat
Pie.
Mat Pie memperkenalkan kawannya pada Datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahaan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.
Mat Pie memperkenalkan kawannya pada Datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahaan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.
Datuk pun mempersilakan, kedua orang kawannya
itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap,
nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.
Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka,
saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan Datuk untuk mencegah
kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan
pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu
Gajah.
"Perkara yang benar-benar saya kesalkan
kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah", Din
Kerani memberitahu Datuk.
Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah
di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya
dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.
"Habis apa yang patut saya buat'?"
soal Datuk.
"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu
yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di
tempat kami sudah cukup."
"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai
sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada di rumah."
"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba,"
sanggah Mat Pie.
Saya lihat ,muka Datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.
Saya lihat ,muka Datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.
"Begini saja, awak balik dulu esok atau
lusa saya akan datang," cukup cepat Datuk membuat keputusan. Din Kerani
tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek
rebus.
"Tinggalkan alamat rumah awak pada
saya," Datuk bersuara pada Din Kerani.
Mat Pie segera mengeluarkan pensel dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya."
Mat Pie segera mengeluarkan pensel dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya."
"Betul juga," Din Kerani ambil kertas
dan pensel dari Mat Pie.
Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya. Bila selesai kertas itu diserahkan pada Datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah Datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.
Dia melukiskan rajah masuk ke rumahnya. Bila selesai kertas itu diserahkan pada Datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah Datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.
"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah
awak?", soal Datuk.
"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah
kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan
tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.
Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya
sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan
raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap
dengan Datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiri pun tidak tahu.
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak,
Datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas
sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat
dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan
permintaannya.
"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu,
tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan
bahaya, kita akan kerugian," Datuk memberitahu saya, sambil memberi petua
bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan.
Lepas itu, Datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ke tepi. Dia sandarkan badan ke dinding.
Lepas itu, Datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ke tepi. Dia sandarkan badan ke dinding.
"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang
berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut Datuk.
Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh Datuk
itu.
"Kenapa pula?"
"Saya sudah malas dengan kerja ini."
"Orang minta tolong, mestilah
ditolong."
"Saya faham, tapi ... ," Datuk tidak
meneruskan kata-kata itu.
Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan Datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa Datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.
Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan Datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa Datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.
Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya,
pertanyaan itu tidak saya kemukakan pada diri Datuk. Saya takut menerima akibat
darinya. Tanpa saya sedari, Datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia
terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di
situ.
"Kenapa tok?" tanya saya. Datuk renung
muka saya.
"Perkara ini berat," jawabnya.
"Sebab?"
"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang
orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara
Datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.
"Walau bagaimanapun kita mesti menolong
orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan
penumbuk. Saya tersenyum dan Datuk terus masuk ke bilik tidur.
Sebelum memulakan tugasnya, Datuk lebih suka
meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah
menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din
Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.
Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang
harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari
penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau.
Menurut Datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai,
tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga
bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.
Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang.
Dan esoknya Datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun
dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk
ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.
Alasan Datuk memerlukan pondok itu ialah untuk
memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membanteras kejadian pukau.
Permintaan Datuk ditunaikan.
Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok
didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.
"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang
yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata Datuk pada Din Kerani pada
suatu senja.
Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, Datuk sudah bersedia.
Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, Datuk sudah bersedia.
Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan
bertanjak hitam dengan kain selimpang berwarna merah terpampang di dada. Datuk
duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk
menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya
menaruh kemenyan dalam tempat bara yang terletak di hadapannya. Dalam masa
tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan,
macam bau bangkai.
"Orang ini menggunakan tengkorak manusia
yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi
sebesar putik kelapa," Datuk memberi tahu saya.
Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.
Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.
Saya perhatikan kain putih itu penuh minat.
Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata
yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang
berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang
lima kaki.
"Sudah jangan lihat," jerit Datuk
sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya.
Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka Datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.
Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka Datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.
"Orang ini dari sebuah kampung dekat
Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar
Datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di
lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.
"Minggu depan dia akan datang ke sini,
kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah
Datuk.
Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibu
jarinya. Walaupun begini, Datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan
dengan ketua kumpulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah Datuk
akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, Datuk terpaksa
menghubungi isterinya orang bunian dengan perantaraan kuasa ghaib. Datuk
memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di
tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.
"Kita akan menolong orang di sini,"
kata Datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan
dalam ruang pondok.
"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di
Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil
barang-barang yang di rumah," tambah Datuk lagi.
"Kenapa jadi begitu tok?"
"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu
yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap
ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu
sampai ke telinganya dan dia menguji."
"Siapa yang handal dalam hal ni tok?"
"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan
dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan Datuk itu memberikan satu
kepuasan pada diri saya.
Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta
jenis Moris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari
perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju ke rumah ketua kampung.
Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya
dengan Datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat.
Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua
kampung sebanyak tujuh kali.
Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna kehitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.
Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan
berbuih-buih dan bergerak-gerak. Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau
busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.
"Pukaunya sudah menjadi," bisik Datuk
pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan
rasa mengantuk terus hilang.
No comments:
Post a Comment