Datuk rebah ke bumi. Batang
tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau
yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah
kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya
sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang
dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk
halus macam amang bijih yang dibuang.
"Campakkan ke air",
kata Datuk.
Saya mengambil serbuk hitam
itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas.
Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak
berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di
kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi
memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di
situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu
bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.
"Biar saya uruskan datuk
saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan
untuk datuk saya".
"Saya cuba," itu
janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar.
Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada
orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada
sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di
situ.
"Carikan aku daun serunai
laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu
hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah Datuk yang terpaksa
saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan
iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun.
Walaupun begitu, warna biru di
tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di
pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah.
Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada
sebatang pokok dekat situ.
"Badan aku terasa
bisa-bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang
pokok di belakangnya.
"Apa yang mesti saya buat
tok?”
"Tak ada satu pun yang
dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah”
"Tapi kita harus
berikhtiar”
"Aku tahu, tetapi kau
bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini”
"Kalau bukan saya,
siapakah orangnya tok?"
Datuk terdiam. Badannya jatuh
perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki
datuk.
"Dalam dunia ini tidak ada
sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa
dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal
darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan
Allah"
Sesungguh saya tidak tahu,
apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.
Saya perhatikan dalam saat-saat
begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan
perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba.
Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.
Datuk pun diberi rawatan
segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan
ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan
kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya.
Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya
yang boleh.
"Tok, suntikan itu untuk
memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.
"Maksudnya?"
”Bila datuk dicucuk, datuk akan
tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia
mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit,
datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru
rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika
doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan
kerjanya.
"Apa yang mesti saya
buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat
Jali yang duduk di sebelah saya.
"Bagaimana? Boleh kami
masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang berketurunan
Pakistan tersenyum.
"Boleh. Tuan doktor memang
mencari warisnya"
"Sebab?"
"Doktor nak tanya
sikit", beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor
Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.
"Saya orang Melayu, sudah
belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan
saya pada ilmu batin", ujar doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu
memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat,
Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital
Besar Alor Setar, Kedah.
"Saya kurang faham dengan
cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.
"Kalau orang Melayu tidak
percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu
tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa
kita. Kerana itu saya panggil awak”
"Orang tua ini ada memakai
ilmu tahan besi. Suruh dia buka", doktor itu merenung muka saya. Fahamlah
saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk.
Saya membisikan ke telinganya:
"Bukalah datuk, untuk
faedah diri datuk."
"Buka apa?", sergah
datuk pada saya.
"Tahan besi."
”Tahan besi?", ulang
datuk.
"Ya tok."
Datuk terdiam. Dia merenung
muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar matanya terucap
perkataan ini:
perkataan ini:
"Demi kasih sayangku
padamu Tamar, aku lakukan apa saja”
Saya resah. Datuk memejamkan
matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya
memotong kuku di ibu jari sebelah kiri.
Kuku yang sudah di potong itu
mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di
perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila
semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.
"Sudah", pendek saja
dia berkata.
Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk.
Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk.
Dengan pertolongan Allah yang
Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun-tahun itu
di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah
angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang
tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa
jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih
dan sihat.
Semasa tinggal di Batu
Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga
menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu.
Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu
Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta
dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki
sebarang kerosakan di rumahnya.
Salah sebuah rumah batunya
terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar
tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama
isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh
anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di
Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran.
Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua
orang isteri.
Isteri mudanya pula ada
pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd
Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan
itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak
dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia
menolongnya.
"Berapa upahnya? Seratus
atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum
dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat
berubah sedikit.
"Kita bukan hidup dengan
kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk
menolong ke jalan baik tak jadi hal", jawap datuk pada pertanyaan jutawan
itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.
"Maafkan saya, kalau cakap
tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja", nada suara
jutawan itu mula menurun.
"Sedekah saja wang itu ke
rumah anak yatim", tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.
"Bila bapak mahu menolong
Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut pangkal
dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.
"Saya terpaksa pergi ke
sana setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"
"Kalau begitu duduk saja
dirumah saya”
"Begini saja. Minggu depan
saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah Tok Kaya”
"Terpulang ikut mana yang
baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil
tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar
jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar.
Pagi itu datuk memberitahu Mohd
Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di
bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.
"Buat apa ke sana
pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.
"Nak cari buluh
tumpat."
"Buat apa?", sahut
Mohd Zain.
”Untuk menolong Tok Kaya",
jawap datuk.
Itu memuaskan hati Mohd Zain
dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain,
beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ
saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami
kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah,
datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu kaki.
Buluh yang sudah dipotong itu
berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil
yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk
diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.
Selepas sembahyang Isyak Mohd
Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu
pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi
kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak
dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak
masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama
manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.
"Berusaha dan bekerja
keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang
dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya tidak dengar apa yang mereka
perkatakan. Saya terlena.
Saya tahu datuk akan melakukan
sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja
itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di
ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik
khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang
hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya.
"Kau sudah mula mengenali
perangai aku", katanya menyindir ketika saya mengambil air sembahyang
bersamanya.
"Belajar dari pengalaman”,
balas saya.
"Petang esok kita pergi ke
Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.
Saya pun mengangguk tanda
setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan
mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik
di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya
beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke
tubuh.
Mandi embun menyegarkan badan
dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia.
Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut
urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit
jantung atau darah tinggi.
Selepas menunaikan sembahyang
asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan
Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke
selatan. Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi
ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang
bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim.
"Saya balik dulu
pak", Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan
keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk
lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan
menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang
tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim orang
Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah
batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya.
Sudah tujuh keturunan dipusakai
turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan
yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para
pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa
bahagian yang tertentu saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya
melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak.
Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma
sesiapa saja.
Kebanyakan penduduk yang
tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di
situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub
Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya
Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang
tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat,
berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.
Bila saya berdiri di situ saya
terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah-olah berada jauh
dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya
nyatakan. Saya lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak
memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja
tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu
tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan
membaca sesuatu.
"Kita pusing lagi sekali
untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut
perintahnya.
"Berhenti di sini”,
mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan
kayu.
"Kau langkah ke timur,
kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan
macam tadi juga”
Arahan yang datang dari datuk
saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu
menanam buluh tumpat ke dalam tanah.
"Cukuplah tu, agak-agak
satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni
berpagar", datuk bercakap seorang diri.
Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.
Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.
"Macam mana, sudah
selesai?", iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.
"Belum selesai. Lagi tiga
penjuru belum di taruh", balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus
memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar sendiri oleh
tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan
pada orang biasa.
Kerana waktu maghrib sudah
tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air
sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikirnya. Saya keluar dari bilik
mundar-mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang
tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di
kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak sebilah
sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk
bilik.
"Kenapa, macam kena kejar
syaitan."
"Ada puteri raja di sini
tok”
"Kau gila? Lain kali
jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus”, datuk
memberi amaran dengan nada suara yang marah.
Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.
Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.
Seorang lelaki muncul, tinggi
dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di
tengah tanjak, serta pedang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul
beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim
di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut
berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah
semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.
"Usah takut, anak dara itu
memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang”,
katanya dengan berketawa pada Datuk.
"Orang lelaki itu
siapa?", soal saya.
"Dia juga macam anak dara
tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan
mengganggu”, jawabnya.
Ternyata Datuk tidak puas hati
dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan
lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami
sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.
Empat penjuru rumah Tok Kaya
Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah,
rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja,
datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja
mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu
bimbang dan berhadapan dengan perkara-perkara aneh bila dia membuat kira-kira
pemiagaan di bilik khasnya. Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di
rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari
tidurnya, dia telah berada di atas katil disamping isterinya. Pakaiannya
ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.
"Tetapi belum ada keluarga
saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu
bawah.
"Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.
"Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.
"Saya cuma boleh menolong
saya”, kata datuk merendah diri.
Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.
Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.
Tok Kaya Sendi Diraja lalu
menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir
tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya
Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai
rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.
"Itu jeritan Norlin",
kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
Kamipun segera memijak anak
tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja
segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti
dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang
sesak, mukanya pucat benar.
"Ada apa Norlin?",
tanya Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin tidak menjawab. Peluh
halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat
menjerit di dahan pokok kekabu.
"Ada apa nak?", soal
isterinya pula.
Ketika itu Pak Ayub Naim pun
tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak-gerak dengan
hebatnya.
"Ada apa Norlin?
Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
"Kau nampak manusia di
sini", Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada
Norlin yang hanya mengangkat bahu saja.
Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.
Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.
Kira-kira pukul sepuluh malam,
datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya
tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja.
Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar.
Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di
langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung
kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.
Tiba-tiba saya terdengar
sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang.
Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengkok saya tegak
berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya
lihat ada lembaga samar-samar masuk kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin
berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya
berpeluh.
Kepala saya bagaikan di jamah
orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam
hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya
menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas
katil dan membuka pintu.
"Anak saya Norlin”, ujar
Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.
"Kenapa?", soal
datuk.
"Berjalan dan menari
sendirian"
"Allah", keluh datuk.
Kami pun berlari menuju ke
bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang
India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke
atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di
baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.
Hujan kian menjadi-jadi di
luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing
beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat
tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada.
Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil
dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh
Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.
Muka Norlin pucat, keningnya
berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah Norlin
berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas.
Sesekali dia tersenyum.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.
"Siapa dia nak? Cakap
dengan saya", rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan
ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.
No comments:
Post a Comment