DATUK
bangun. Duduk mencangkung. Ia memeluk kedua belah lututnya. Datuk melihat
bajunya yang berlubang-lubang. Datuk gelengkan kepala beberapa kali. Ia terus
bangun. Melakukan senaman dalam panas. Bila seluruh tenaganya sudah pulih. Ia
merapati saya.
Datuk
meraba tempat yang kena tendang di tubuh saya. Ia mengurut dan menyentuh tiap
sendi urat. Sekejap sahaja badan saya sudah berpeluh dan bertenaga kembali.
Saya bangun dan boleh bergerak seperti sediakala.Datuk merawat Saadun pula
hingga pulih. Saadun segera mendekati saya. Muka saya direnungnya dengan seribu
tanda anya. Semuanya terjadi bagaikan mimpi dan, tidak diduga sama sekali.
"Ke
mana mereka lari", datuk menujukan pertanyaan pada saya dan Saadun.
Serentak kami gelengkan kepala. Datuk termenung panjang. Ia mencari arah angin
datang. Bila sudah diketahui arah angin datang. Datuk menghalakan telinganya ke
arah itu.
"Mereka
menuju ke sungai," bisik datuk.
"Kita
buru tuk."
"Tak
payah, aku tahu dan yakin mereka tidak meninggalkan tempat ini sebelum matahari
terbenam. Mereka menyorokkan diri," datuk menggeliat. Ia terus memusing
seluruh pondok. Sampai di sudut pondok sebelah kanan, datuk terhenti. Berdiri
di situ membilang jari kaki.
"Selagi
belum berkalih hari, kita tak akan jumpa mereka lepas Asar kalau kita
mencarinya, dengan izin Allah kita berjumpa," beritahu datuk pada saya dan
Saadun.
Datuk
melhat gerakan awan di langit, ia juga melihat dedaun pisang yang melintuk-liuk
diterkam angin. Ia menggeliat lagi. Dua tiga tahun yang lalu bila datuk
berhadapan dengan perkara yang terpaksa mengeluarkan tenaga datuk tidak mudah
letih atau penat tetapi, keadaan itu berbeza sejak akhir-akhir akhir ini.
Mungkin disebabkan usianya sudah bertambah tua atau boleh jadi juga datuk
menghidap penyakit yang memang dirahsiakan dari pengetahuan saya dan
keluarganya yang lain. Walau apapun sejak kematian Haji Salim, datuk lebih
banyak termenung macam memikirkan sesuatu.
Perkara
begini kadang-kadang menimbulkan kebimbangan dalam diri saya. Mahu rasanya saya
bertanya tetapi bimbang takut dimarahinya, perkara itu saya pendamkan walaupun
hati saya parah menahan perasaan. Kalau boleh saya tidak mahu datuk mati cepat,
biarlah ia mati bila saya sudah berusia lebih dari empat puluh tahun. Saya
harus menerima banyak pengalaman darinya untuk jadi bahan renungan atau jadi
bahan cerita pada anak-anak cucu saya atau pada kawan-kawan yang sebaya dengan
saya pada suatu masa kelak. Terlalu banyak yang saya fikirkan tentang diri
datuk.
Datuk
duduk atas tanah dengan kedua belah lututnya ditegakkan. Ia menarik nafas
dengan tenang. Datuk mengambil ranting kayu dan terus menikam-nikam rumput
dengan hujung ranting kayu. Rambut hitamnya yang sudah lebih separuh dikuasai
warna putih bergerak-geräk ditolak angin. Dua tiga kali datuk terbatuk.
"Saadun
mari ke sini."
Saadun
terus menghampirinya. Berdiri di depan datuk sambil melipat baju kemeja lengan
panjang. Usia Saadun sekitar tiga puluh lima tahun. Sudah mendirikan
rumahtangga tapi bercerai setelah mendapat seorang anak lelaki. Anak itu
dipelihara oleh isterinya yang tinggal di Teluk Kepayang dekat Bota. Saya
menganggap Saadun sebagai manusia yang istimewa, sejak saya mengenalinya, ia
tidak pemah memakai kasut. Ia mengunjungi kota-kota besar seperti Kuala Lumpur,
Seremban, Ipoh, Pulau Pinang dengan kaki ayam. Aneh juga melihatnya memakai
kemeja lengan panjang, seluar panjang yang menarik dengan belahan rambut yang
rapi tetapi tidak memakai kasut.
Kerana
keistimewaan itulah, di mana Saadun berada, ia tetap jadi perhatian orang
ramai. Saadun tidak ambil peduli, ia seolah-olah mensifatkan orang yang
melihatnya sebagai orang yang tidak tahu menghargai kebebasan orang lain.
"Apa
yang diajar oleh orang itu pada kamu Saadun," soal datuk.
"Ia
beritahu saya, agama Islam yang kita amalkan ni semuanya salah, ia mahu
membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan."
"Laknat
betul orang tu."
"Ayah
Uda jangan kata begitu, katanya, kita semua tidak perlu ke Mekah, tak perlu
puasa dan sembahyang."
"Lagi
apa katanya pada kamu."
"Segala
Mufti, Kadi, Tuk Imam dan Pak Haji serta Pak Lebai yang sembahyang dan taat
dengan perintah Allah tu sebenarnya berpurapura."
"Sudahlah
Saadun, aku kenal siapa dia."
Datuk
segera bangun. Ia renung ke arah barat daya sambil menghela nafas dalam-dalam.
Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk terus melangkah. Saya dan Saadun terus
mengikutinya. Sampai separuh jalan Saadun berpatah balik menuju rumahnya. Datuk
tidak melarang Saadun bertindak demikian.
"Biarkan
dia Tamar" kata datuk. Saya tidak menjawab dan meneruskan pejalanan. Kami
sampai di rumah Mehran. Datuk terus mandi limau di perigi. Bajunya yang
berlubang-lubang itu terus dibakar. Datuk juga mengumpul tujuh jenis bunga,
tujuh jenis daun serta tujuh ruas buluh lemang. Semua bahan-bahan itu datuk
satukan dalam guni. Dijemur dalam sinar matahari yang terik kira-kira satu jam
lebih. Setelah itu bahan-bahan tersebut datuk bakar hingga menjadi abu.
Angin
yang bertiup kencang menerbangkan abu itu ke arah selatan. Datuk memperhatikan
gerakan debu itu pergi hingga hilang dari penglihatannya. Sambil memandang abu
yang digerakkan oleh angin, bibir datuk terus bergerak, macam membaca sesuatu.
Apa yang dibacanya saya sendiripun tidak tahu.
Datuk
mandi lagi. Sudah dua kali datuk mandi. Kali ini ia lebih lama berada di
telaga. Tiap inci kulit tubuhnya disamak dengan lumpur. Bila semuanya sudab
selesai, ia terus masuk ke bilik meneruskan kebiasaannya membaca Quran hingga
sampai waktu Zuhur. Selesai sahaja menunaikan fardhu Zuhur, kami terus duduk di
ruang anjung rumah. Mehran datang menemui kami. Mehran mengeluarkan sesuatu
dari kotak kecil yang dibawanya.
"Bahagian
kamu Mat Diah," Mehran menghulurkan sampul surat tebal yang berisi wang.
Saya agak jumlah wang itu cukup besar, tidak kurang daripada lima ratus
ringgit.
"Apa
dia Mehran."
"Musim
durian dan langsat tahun ni baik, lebih dari lima ribu diperolehi, mengikut
pesan arwah moyang dulu, pendapatan itu harus dibahagikan sama rata dengan anak
cucunya. Inilah bahagian kamu lapan ratus ringgit," tokok Mehran. Datuk
merenung sampul surat itu sebentar. Ia renung muka saya. Berdebar hati saya
menanti perintah darinya untuk mengambil wang tersebut. Perintah yang dinanti
tidak juga keluar dari mulut datuk.
"Aku
datang bukan nak menagih bahagian, aku nak jumpa kaum kerabat, sedekahkan
bahagian aku ni untuk membaiki masjid kampong ni," kata datuk lalu menolak
sampul surat pada Mehran kembali. Saya menarik nafas kecewa yang berpanjangan.
Saya tahu moyang pada datuk dulu meninggalkan harta yang banyak. Semua harta
itu sudahpun dibahagi-bahagikan pada anak-anak, kecuali sekeping tanah yang
seluas tujuh ekar dekat Sungai Sadang.
Tanah
itu ditanam dengan pokok durian dari jenis yang baik serta langsat. Tanah itu
diwakafkan pada anak cucunya. Orang yang diamanatkan untuk mengendalikan dan
membahagikan pendapatan dari tanah itu ialah Mehran. Wasiat itu dibuat atas
kertas di depan penghulu, kerana itu anak-anaknya tidak berani menuntut tanah
seluas lima ekar.
"Tujuan
moyang kamu membuat wasiat dulu, bukan apa-apa Mat Diah, dia mahu kalau anak
cucunya ada yang susah bolehlah duduk di situ," kata Mehran lagi.
"Aku
tahu, kebanyakan anak cucunya hidup senang, apalah salahnya kalau kita
bermuafakat segala pendapatan dan tanah tersebut kita sedekahkan pada fakir
miskin, membina surau dan masjid," balas datuk.
"Aku
faham maksud kamu Mat Diah."
"Mulai
hari ni, bahagian saya serahkan pada masjid, dengan izin Allah saya sekarang
pun tak susah, rezeki saya ada."
"Aku
tahu, kau memang tak susah tanah kamu banyak untuk makan pakai kain dengan bini
dan si Tamar ni, sampai seratus tahun lagi boleh cukup."
"Sudahlah
itu, mulai hari ni, bila saya datang jangan fikirkan saya nak menuntut bahagian
saya."
"Kami
tak pernah memikirkan macam tu, mari kita makan."
Kami
terus makan. Saya tahu, setiap kali datuk menginap di rumab Mehran ia selalu
membeli beras, gula, kopi dan ikan bergantung selama mana ia tinggal di rumah
tersebut. Bila Mehran menolak pemberian datuk itu membuat datuk hanya mampu
bertahan sehari dua sahaja di rumab Mehran. Kata datuk datang ke rumah kaum
keluarga sampai berminggu-minggu, tidak baik menyusahkan mereka. Paling lama
tiga hari. Dan kata-kata datuk itu saya jadikan panduan hidup saya untuk masa
akan datang. Lepas sembahyang Asar, datuk mengajak saya ke Sungai Perak. Saya
tahu tujuan datuk itu, ia mahu mengesan tempat persembunyian Daud dan Kamal.
Kami sampai di tepi tebing Sungai Perak. Berteduh di bawah pokok kekabu yang
sedang berbuah.
Datuk
merenung ke pulau kecil di perut Sungai Perak. Pulau itu ditumbuhi dengan
pokok-pokok kecil. Di bahagian hujung pulau itu terdapat pasir yang memutih.
Beberapa ekor burung kedidi berjalan di pinggir pasir sambil mengembangkan
kepak. Saya tidak tertarik dengan pulau kecil itu. Saya lebih senang melihat
bangunan tua di pekan Parit yang tertegun tidak jauh dan tebing Sungai Perak di
seberang. Air Sungai Perak nampak bermanik-manik diserlah oleh sinar matahari.
Dari
bawah tebing kami terdengar suara orang bercakap-cakap. Datuk menggaru kepala
dan menarik tangan saya menuruni tebing yang agak curam. Dua tiga kali saya
terjatuh kerana terlanggar akar yang berselirat, beberapa bahagian tebing yang
berpasir itu berlubanglubang. Datuk beritahu saya lubang itu dibuat oleh
beberapa penduduk tertentu di situ. Mereka mencari pasir yang halus dan bersih.
Pasir itu
digunakan
untuk menggosok gigi, hasilnya gigi mereka kelihatan putih dan bersih.
Cara
itu pernah saya lakukan hasilnya memang baik. Gigi saya putih berkilat dan
tidak pernah diserang sakit gigi. Bila saya kenal dengan ubat gigi moden, cara
itu saya tinggalkan. Saya rasa itu sudah ketinggalan zaman. Jika digunakan
pasti
diketawakan
oleh kawan-kawan. Bila kami sampai di gigi air. Saya lihat Saadun sedang mengalah
sampan. Di depannya ada dua orang lelaki menutup kepalanya.
"Saadun
di mana nak kamu bawa manusia laknat tu," pekik datuk. Saadun tidak
menjawab. Ia makin kuat mengalah sampan membelah arus. Kedua orang yang duduk
di depannya menggunakan tangan untuk mengalah sampan.
"Saadun,
jangan tolong mereka," jerit datuk. Saadun terus galah sampan. Saya lihat
sampan itu terus meluncur dengan lajunya. Datuk merenung ke arah sampan yang
kosong dekatnya. Rantai sampan itu dipasang kunci.
"Itu
sampan laki Hajah Fatimah," kata datuk, Ia turun membongkok lalu memegang
rantai sampan. Rantai sampan itu terputus. Datuk cabut galah sampan.
"Naik"
kata datuk. Saya pun melompat atas perut sampan. Haluan sampah datuk betulkan.
Ia terus galah sampan memburu sampan Saadun yang jaraknya kira-kira 30 kaki.
Bila melihat datuk galah sampan. Saadun melipatkan tenaganya. Sesekali ia
menoleh ke arab datuk dengan rasa cemas yang amat sangat.
"Saadun
jangan tolong orang jahat," suara datuk cukup keras. Saadun tidak merenung
ke arah datuk. Ia menganggap larangan datuk itu tidak memberikan sebarang
kesan.
"Budak
sial tu," rungut datuk, ia terus menikam galah sampai ke air. Kali ini
saya rasa sampan itu meluncur cukup laju.
Dalam
beberapa minit sahaja, sampan kami sudah menghampiri sampan Saadun. Datuk cuba
memintas, usaha datuk itu tidak berjaya. Kali ini datuk cuba menghimpit sampan
Saadun supaya menuju ke pulau. Usaha datuk kali ini berjaya. Saadun tidak ada
cara lain untuk mengelak, sampannya melanggar tebing pulau. Salah seorang lelaki
yang duduk di depan Saadun terus berdiri. Saadun undurkan sampannya, kali ini
menuju ke arah pasir yang timbul di hujung pulau.
"Jangan
Daud, jangan," Kamal menjerit. Jeritan itu tidak dihiraukan oleb Daud. Ia
terus melompat atas pasir. Satu jeritan yang amat kuat menguasai perut sungai.
Saya lihat Daud terkapai-kapai, separuh dan badannya sudah pun ditelan oleh
pasir hujung pulau.
"Tolong
aku mahaguru tolong," rayu Daud tangannya terkapai-kapai, pasir sudah pun
menguasai kedua belah bahunya. Kamal tidak melakukan sesuatu untuk
menyelamatkan Daud. Pasir sudah sampai ke paras hidung Daud.
"Aku
tak boleh menolong kamu,kamu melanggar sumpah," suara Kamal cukup keras.
Ia membuka tudung kepalanya. Daud terus ghaib ditelan pasir. Di tempat Daud
tenggelam itu, saya lihat pasir membuak-buak bersama kepulan asap yang tebal.
Saya lihat datuk terdiam. Masa tu juga Saadun berjaya mengalihkan haluan
perahunya. Berjaya meninggalkan pulau kecil, datuk mengalihkan sampannya ke
tempat Daud tenggelam. Pasir putih terus bertukar jadi hitam macam arang.
"Mana
dia Saadun."
"Itu."
"Tak
apa kita buru dia,"
"Tapi,
dia dah jauh tuk."
"Tak
apa," datuk menjawab pendek. Ia terus menepuk air sungai. Sampannya
bergerak sendiri terus melintasi pulau kecil, memburu sampan Saadun. Tiba-tiba
saya lihat Kamal menarik sesuatu dari pinggangnya.
Datuk
terjun ke dalam sungai. Hilang tidak dapat diduga ke mana datuk pergi. Saya
terkejut, bila melihat datuk berdiri di tebing menanti kedatangan Saadun dan
Kamal. Saya terpaksa mengalah sampan sendiri. Kamal jadi tak tentu arah, bila
melihat datuk menantikan kedatangannya di tebing. Ia menahan Saadun dari
mengalah sampan. Muka Saadun direnungnya.
"Kerana
kamu ada hubungan keluarga dengan seteru aku, kamu tak boleh diharap,"
seru Kamal jelas dapat didengar. Ia meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri
Saadun. Saadun melolong minta tolong. Saadun rebah atas sampan. Darah
membuak-buak keluar mulutnya. Kamal menendang Saadun ke dalam sungai. Saadun
terus tenggelam. Kamal membuka bajunya dan terus melompat dari atas sampan. Ia
bagaikan terbang menuju ke tebing sungai. Kamal memang bijak dan sudah
merancangkan dengan teliti apa yang mahu dilakukan.
Sepasang
kakinya mencecah tebing sungai di belakang bangunan enjin pembekal air
(bangunan itu kini sudah tidak digunakan lagi). Datuk tidak dapat berbuat
apa-apa. Dalam jangkaan datuk ia pasti mendapat mendarat di tempat yang
ditunggu oleh datuk. Datuk berlari ke arah bangunan tersebut, mencari Kamal.
Usaha datuk itu sia-sia belaka. Ia cuma bertemu dengan seekor kucing hitam.
Bila
datuk mahu menangkapnya, kucing hitam terus mencakar tangan datuk dan terus
lari tidak dapat dikesan. Datuk menanggung kecewa yang amat sangat. Setelab
badan berpeluh dan urat-urat di pinggang bagaikan terasa mahu putus mengalah
sampan, saya berjaya juga sampai ke tebing. Saya lihat sampan milik Saadun
terus dihanyutkan oleh arus ke hilir. Saya terasa hiba dan hampir mahu
menitiskan air mata. Saya kehilangan seorang keluarga yang sukar dicari ganti.
Saya tambatkan perahu ke akar pokok sena. Datuk terus mengajak saya ke Balai
Polis Parit membuat aduan apa yang terjadi pada sarjan polis berbangsa Pakistan
yang memakai nombor 1000.
"Mayat
cucu saudara awak mesti dicari," kata Sarjan 1000 pada datuk. Saya garu
telinga, bukan senang mencari mayat dalam sungai.
Mesti
mencari penyelam yang cukup handal. "Kita terpaksa cari pawang
selam," sambung Sarjan 1000.
"Saya
tahu."
"Awak
boleh buat kerja tu"
"Saya
cuba kalau diizinkan Allah saya berjaya," suara datuk lemah. Sarjan 1000
memanggil dua anggota polis itu pada datuk. Anggota polis yang berkulit cerah
namanya Mohd Hatta orang Kelantan, yang berkulit agak gelap bernama Tajuddin
orang Rembau, Negeri Sembilan.
"Ikut
saya ada kes bunuh," kata Sarjan 1000 pada kedua anggota polis itu. Kami
pun meninggalkan Balai Polis Parit menuju ke tebing tempat saya mengikat sampan
tadi. Sebelum tadi ke situ datuk minta jasa baik Sarjan 1000 memberitahu
perkara itu pada saudara maranya di Belanja Kiri. Seorang anggota polis telah
diarahkan ke kampung tersebut.
Tidak
sampai dua jam berita itu tersebar dengan cepat ke Daerah Parit. Tebing sungai
mula dikerumuni orang. Hal itu menyusahkan hati datuk.
"Saya
tidak boleh buat kerja sekarang bisik datuk pada Sarjan 1000. Dua orang anggota
polis yang ada di situ terkejut dengan kata-kata datuk itu.
"Apa
fasal"
"Saya
tak mahu orang tahu apa yang ada pada saya, bila orang tidak ada, baru saya
boleh buat kerja itu."
"Itu
senang, kita larang dan adakan sekatan supaya orang jangan datang ke
sini."
"Begini
saja sarjan, sejam lagi saya buat, sebelum itu kita suruh orang yang ada di
sini balik, kecuali saudara mara saya."
"Ya,
saya ikut cakap awak."
"Terima
kasih."
Kawasan
tebing itu terus dikawal oleh anggota polis. Tidak ada seorang pun yang
dibenarkan datang. Datuk merasa tenang. Sajan 1000 banyak bertolak ansur dan
mahu menerima pendapat dan pandangannya. Datuk menghampiri Sarjan 1000. Mereka berbisik sesuatu.
"Ikut
aku, Tamar," kata datuk pada saya. Kami bertiga (saya, datuk dan Sarjan
1000) meninggalkan tempat tersebut menuju ke Balai Polis. Saya merasa tidak
begitu selesa duduk di Balai Polis. Saya minta izin dan datuk untuk pergi ke
padang sekolah Cina yang terletak di sebelah Balai Polis. Permintaan saya itu
diizinkan oleh datuk. Saya terus pergi ke tempat tersebut. Dari situ saya
merayap lain mendaki sebuah bukit kecil yang letaknya tidak jauh dari sekolah
Cina.
Di
puncak bukit kecil itu terdapat sebuah rumah yang agak besar bercat putih. Saya
tidak tahu rumah itu kepunyaan siapa. Setelah puas menikmati pandangan dari
puncak bukit, saya segera kembali ke Balai Polis, Datuk terus merungut kerana
saya terlalu lama merayap di luar. Saya diam membatu hingga rungutnya berakhir.
TUGAS
Di
bawah sinar matahari petang yang kian condong. Datuk terus bertinggung di tepi
merenung gelombang kecil di permukaan sungai. Saya masih berdiri tidak jauh
dari datuk. Dua orang anggota polis yang bertugas di situ menasihatkan orang
ramai, jangan menghampiri kawasan tebing. Kali ini, Sarjan 1000 tidak datang
kerana ada urusan di balai. Walaupun sinar matahari tidak terik tetapi, dahi
dan badan saya tetap berpeluh.
"Tamar,
ke mari."
Saya
segera berlari menghampiri datuk. Perlahan-lahan datuk bangun lalu memegang
bahu kiri saya. Renungannya begitu tajam menyorot wajah saya.
"Aku
nak mulakan sekarang, kau tunggu aku di sini. Mesti bertinggung macam aku dan
apa yang kamu nampak di air jangan ditegur," datuk mengeluarkan arahan.
Tentu sahaja arahan itu saya patuhi. Datuk terus menuruni tebing sungai yang
agak curam itu. Dengan tenang datuk meredah air sungai. Semua gerak-geri datuk
saya
perhatikan
dengan teliti. Air sungai terus menelan tubuh datuk separuh dada.
Tiba-tiba
datuk terus menyelam, ketika itu juga orang ramai tidak lagi mahu mematuhi
arahan dari dua orang anggota polis tersebut. Dalam beberapa saat saja tebing
sungai dipenuhi dengan orang ramai. Masing-masing tumpukan perhatian pada air
Sungai Perak yang mengalir lembut.
"Dah
dekat 45 minit menyelam belum juga timbul-timbul hebat betul orang tua
itu," seorang anak muda yang berdiri dekat saya bersuara. Saya terus
membatu sambil berdoa supaya Allah menyelamatkan datuk dari sebarang bencana.
Hati saya mendadak jadi marah dan mengutuki orang ramai yang berdiri di tebing sungai.
Mulut mereka terlalu celupar, bercakap ikut sedap mulut. Dua orang anggota
polis terus mengawasi gerak-geri orang ramai supaya jangan ada di antara mereka
turun ke gigi air.
Orang
ramai bersorak sambil bertepuk tangan bila mereka lihat datuk timbul di permukaan
sungai. Datuk terus rapat ke gigi air dan memanjat tebing. Datuk berdiri dekat
saya dan orang ramai terus mengerumuninya. Beberapa orang dari mereka cuba
memeluk datuk dengan tujuan supaya air yang lekat di tubuh datuk meresap ke
pakaian mereka.
Perbuatan
itu segera ditegah oleb kedua orang anggota polis. Larangan itu tidak
diperendahkan. Mereka terus berusaha untuk memeluk tubuh datuk. Saya lihat
datuk cuba mengelak sambil meminta orang-orang yang cuba mahu memeluknya supaya
jangan mendekatinya.
"Kenapa
saya dibuat macam ini?" Tanya datuk sambil merenung muka orang yang
terlibat. Aneh, datuk tidak memperlihatkan kemarahannya, tetap ramah dan
tenang. Senyum terus bermain di bibirnya.
"Kami
mahu mendapat rahmat dari awak," jawab seorang.
"Rahmat?
Rahmat apa?" Datuk terkejut.
"Kata
orang, kalau kita memeluk tubuh orang yang menyelam lama hingga air di tubuhnya
meresap ke kulit tubuh, kita tidak akan mati lemas dan ditangkap buaya."
"Kamu
tahu? Ajal dan rezeki manusia ditentukan Allah," suara datuk meninggi.
Orang yang ditanya terdiam dan anggukkan kepala.
"Kalau
kamu sudah tahu, kenapa kamu nak buat kerja mengarut ni, pergi balik,"
ujar datuk.
"Tapi."
"Tapi
apa? Apa kamu mahu?"
"Awak
bomoh besar dan pawang besar,"
"Saya
bukan pawang, saya bukan bomoh. Eh, kenapa singkat benar kamu berfikir? Apa
kamu fikir pawang dan bomoh tu ada kuasa, boleh menentukan hidup seseorang,
sedangkan dirinya pun dijadikan oleh Allah."
"Saya..."
"Sudah,"
pekik datuk. Orang itu terus meninggalkan datuk. Dan orang ramai berbisik sama
sendiri. Ada di antara mereka yang menjuihkan bibir, Mereka mengejek diri
datuk. Orang ramai mula beransur-ansur meninggalkan kawasan tebing sungai.
Datuk terus mendekati kedua orang anggota polis.
"Saya
nak cari lepas waktu Isyak," beritahu datuk pada anggota polis. Mereka
berpandangan sama sendiri. Saya terus meraba-raba pangkal dagu. Datuk sudah pun
menukarkan pakaiannya yang basah dengan pakaian yang kering.
"Tak
apalah, kalau itu yang awak mahu tapi, kami terpaksa melaporkan pada sarjan
dengan apa yang awak buat tadi. Kami agak, sarjan 1000 sudah menghubungi ketua
polis di Ipoh, minta bantuan dari penyelam Tentera Laut," kata Mohd Hatta
(anggota polis) pada datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala.
Tanpa
membuang masa kami pun meninggalkan kawasan tebing sungai menuju ke Balai
Polis. Sarjan 1000 menyambut datuk dengan wajah yang tenang. Datuk terus
menceritakan pada sarjan tentang rancangan yang telah diatur, Sarjan 1000
anggukkan kepala. Datuk diajak oleh Tajuddin (anggota polis) ke rumahnya.
Ajakan itu datuk penuhi. Saya dan datuk dijamu dengan goreng pisang dan kopi
panas. Banyak juga perkara dan petua yang ditanyakan oleh Tajuddin pada datuk.
Saya lihat datuk tidak keberatan memberitahu pada Tajuddin. Saya kira Tajuddin
merupakan keluarga yang bahagia. Isterinya peramah dan terlalu hormat pada
tetamu. Mereka mempunyai tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki.
Kedua-dua orang anak perempuannya tinggal bersama ibunya di Rembau. Cuma anak
lelakinya sahaja yang duduk dengan mereka. Anak lelakinya itu belajar di darjah
enam Sekolah Melayu Parit(sekarang disebut Sekolah Kebangsaan).
Malam
itu, setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid. Saya dan datuk
kembali ke rumah Tajuddin. Sampai sahaja di rumahnya hidangan makan malam sudah
tersedia. Tajuddin dan isterinya merasa terkilan kerana datuk makan terlalu
sedikit tetapi, mereka memuji diri saya kerana makan penuh nafsu. Malu juga
rasanya, bila nama saya disebut-sebut sebagai orang yang suka makan banyak.
Walauapa pun rasa malu itu segera hilang bila saya memikirkan makan banyak
dapat memberi kegembiraan pada tuan rumah yang secara tidak langsung memberikan
penghormatan kepada mereka.
"Budak
ni, semuanya dia telan kecuali batu dan kayu," kata datuk berjenaka dan
disambut dengan ketawa oleh Tajuddin dan isterinya. Saya terus tersengih
tetapi, hati tetap marah dengan datuk.
"Bukan
tak sudi, memang jadi kebiasaan pada saya, bila ada kerja, lebih-lebih lagi
kerja menyelam mencari mayat saya makan tak banyak," datuk menerangkan
pada Tajuddin dan isterinya. Penjelasan itu dapat diterima oleh pasangan suami
isteri tersebut.
"Malam
ni tidur di sini," pelawa isteri Tajuddin.
"Minta
maaf, selesai saja kerja saya terpaksa balik ke rumah saudara saya," jawab
datuk lembut.
"Kalau
begitu, biar saja cucunya tidur di sini," tingkah Tajuddin.
"Minta
maaf, saya kena ikut datuk saya," cepat-cepat saya menjawab.
"Biarlah
kami pergi dulu," datuk segera bangun dan meangkah ke muka pintu. Saya
segera menuruti datuk dengan perasaan sedikit gementar. Saya berdoa supaya
tugas yang akan dilakukan oleh datuk dapat berjalan dengan lancar.
"Saya
nak ikut sama," kata Tajuddin sebaik sahaja kami sampai di kaki tangga.
Tajuddin meluru ke bawah. Kalau tadi Tajuddin memakai pakaian seragam sekarang,
pakaian itu tidak digunakan, kerana ia sudah selesai bertugas.
No comments:
Post a Comment