SETELAH berjaya menawan anak
muda dalam jumlah yang ditetapkan. Dia (wanita yang mahu mengekalkan
kecantikan) akan mandi air halia pada waktu tengah malam, selama tiga bulan
disamping makan jenis-jenis pucuk tertentu. Selama tiga bulan juga tidak boleh
menjamah nasi kecuali buah-buahan terutama pisang, betik, mentimun bendang.
Pokoknya, jangan makan buah-buahan yang terlalu masam atau terlalu manis.
Apakah simati mengamalkan semuanya ini?
Sebelum Sham, entah berapa ramai anak muda belia menjadi suaminya. Ke mana dia
membawa sejumlah wang yang begitu banyak.
Barangkali wang tersebut digunakan dengan
sewenang-wenangnya untuk mempengaruhi anak-anak muda supaya tertarik padanya
yang sekaligus menjadi suaminya. Kenapa wajahnya begitu menakutkan setelah
nyawanya bercerai dengan badan. Semua persoalan yang berlegar- legar dalam
kepala Datuk, tidak menemui jawapan yang khusus.
"Kita buat di sini saja. Itulah
permintaan suaminya."
"Ahh " sahut Datuk.
Dan semua yang bermain dalam tempurung
kepalanya lenyap. Pak Imam segera mengatur persiapan, menentukan di mana
jenazah harus diletakkan, di mana pula para jemaah harus berdiri. Apa yang
direncana dan disusun oleh Pak Imam tidak mendapat bantahan daripada Datuk.
"Kalau sudah setuju, biarsaya jenguk ke
dalam, apakah jenazah sudah dimandikan dan dikafankan."
"Jangan begitu kawan," kata Pak
Imam sambil merenung biji mata Datuk. Mereka segera berbalas senyum. Tanpa
membuang masa, Pak Imam segera menghilangkan diri di balik kain tabir yang
memisahkan ruang tengah dan ruang dapur. Di situlah jenazah dimandikan.
"Kenapa Imam?"
Suara Datuk cemas melihat kemunculan Pak Imam
dari balik tabir dengan wajah yang pucat.
"Tak ada apa-apa."
"Mustahil tak ada apa-apa. muka kamu
pucat. Gerak geri kamu lain macam saja nampaknya."
"Begini," Pak Imam tepuk bahu
Datuk.
Kemudian, mereka bergerak ke tepi jalan
jendela. Sama-sama merenung ke luar, melihat cuaca petang yang kian redup.
Orang-orang kampung duduk berselerakkan di halaman, bersedia memberi bantuan
bila diperlukan.
"Apa yang mahu kamu cakapkan
imam.?" Tanya datuk.
"Begini, Hajah Safiah beritahu, semasa
jenazah dimandikan, dari lubang hidungnya keluar semacam nanah. Dari lubang
pusatnya pula keluar dari sejenis benda halus sebesar benang, berwarna hitam
bila jatuh atas batang pisang terus bergerak-gerak macam cacing tanah masuk ke
batang pisang dan keluar semula lalu menggigit kulit mayat dalam jumlah yang
banyak.
Bila kena air, benda aneh itu hancur menjadi
air yang berwarna hitam, macam air limbah dan baunya sungguh busuk. Dari
mulutnya keluar buih ombak laut. Mujurlah, semuanya berjaya di atasi oleh Hajah
Safiah dan kawan-kawannya," jelas Pak Imam sambil menelan air liur.
Wajahnya nampak gusar sekali.
"Sudah dikafankan?" Tanya datuk.
"Sudah."
"Syukurlah, diharapkan selepas ini,
tidak ada kejadian yang ganjil terjadi," Datuk melahirkan harapan.
Saya harap pun begitu juga."
Sekarang ni, bolehlah Pak Imam buat
pengumuman menjemput sesiapa yang sudi ikut sembahyang jenazah."
Terima kasih kerana mengingatkan saya."
balas Pak Imam.
PELAWA
DARI muka jcndcla Pak Imam buat pengumuman,
mempelawa sesiapa yang sudah mengambil wudk untuk bersama-sama menyembahyangkan
jenazah. Pelawaan ilu mendapal sambutan yang amal menggalakkan. Dan sembahyang
jenazah pun bermula.
Suami simati menangis, dia tidak menyangka
orang-orang kampung masih mahu menolongnya. Selama ini, dia beranggapan orang-orang
kampung memandang serong padanya dan dia datang ke masjid kerana mahu mencari
dukun atau pawang bagi mengubati sakit isterinya.
"Kenapa menangis, relakan isteri kamu
pergi. Dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali," Kata ketua kampung
pada suami simati yang menangis tersedu," iringkan pemergiannya dengan
doa," sambung ketua kampung. Suami si mati segera memeluk tubuh ketua
kampung.
"Saya menjauhkan diri dari orang-orang
kampung kerana menurut kata isteri saya," suami simati mengadu pada ketua
kampung.
"Apa katanya?" desak ketua kampung.
"Katanya, orang kampung memulaukan
dirinya dan saya."
"Sekarang kamu lihat sendiri, siapa yang
betul. Sudahlah, mari kita tunggu jenazah turun," pujuk ketua kampung.
Suami simati pun akur dengan nasihat ketua
kampung.
Jenazah pun diturunkan dari rumah dan terus
diletakkan dalam pengusung. Penutup pengusung yang dibalut dengan kain bertulis
dengan ayat-ayat suci.
Ketua kampung memilih dua belas orang pemuda
yang berbadan tegap dan sasa. Mereka akan mengusung jenazah secara
bergilir-gilir hingga sampai ke liang kubur. Suami simati tidak membantah
dengan kumpulan pemuda yang dipilih oleh ketua kampung.
"Cuma ada satu permintaan saya tuk
ketua," Sham mula bersuara di bawah sinar matahari yang kian mengecil. Di
kaki langit kelihatan tompok-tompok awan yang menandakan, dalam tempoh waktu
kira-kira dua jam lagi, matahari akan jatuh di kaki langit dan senja pun akan
berlenggang turun.
"Apa dia permintaan kamu, cakap
cepat."
"Dalam jarak lebih kurang dua rantai
mahu sampai ke lubang kubur, saya mahu memikul pengusung jenazah sebelah
kanan."
"Kenapa dah dekat baru nak usung jenazah
tidak dari mula-mula lagi."
"Itu amanat isteri saya tuk ketua. Kalau
saya tak tunaikan. buruk padahnya nanti."
"Kalau itu amanat arwah isteri kamu.
kami tak menghalangnya." kata ketua kampung.
Sham tersenyum panjang, kepuasan tergambar
diwajahnya.
Dialog antara Sham dengan ketua kampung diikuti
oleh Datuk dan Haji Basilam dengan teliti. Bagi Datuk, semacam ada sesuatu yang
ganjil di atas permintaan suami simati. Mungkin ada muslihat yang tersembunyi.
Datuk membuat kesimpulan tersendiri.
Pak Imam segera mendekati ketua kampung.
mereka berbincang tentang sesuatu. Beberapa minit kemudian, ketua kampung
mengarahkan empat pemuda gagah berdiri di empat penjuru pengusung.
Pak Imam segera mengambil tempat di kepala
tangga, kedua-dua belah kelopak bibirnya bergerak. Barangkali dia membaca
al-Fatihah. Sebaik saja kelopak bibir Pak Imam berhenti bergerak. ketua kampung
terus bersuara.
"Angkat pengusung perlahan-lahan, jangan
sampai mayat di dalamnya bergerak atau bergegar."
Serentak empat pemuda berbadan sasa terus
membongkok, menjalankan tugas yang dibebankan atas bahu mereka. Pengusung tidak
bergerak dari tempatnya. Mereka terus mencuba dan hasilnya tidak
memberangsangkan.
BERKERUT
MUKA empat pemuda gagah mula bcrkerut,
urat-urat leher timbul. Seluruh tenaga dan kekuatan telah dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin. Tetapi entah apa sialnya tiga kali mencuba dan berusaha,
semuanya gagal.
Muka sudah merah padam dan peluh mula
membintit di dahi dan pipi. Orang yang berada di sekeliling pengusung mula
merasa pelik. Beberapa orang daripada mereka secara sukarela turut membantu.
Tetapi, hasilnya tetap gagal.
"Berat sungguh Pak Imam macam ada batu
gunung di dalamnya," adu seorang pemuda sambil menunjukkan telapak
tangannya yang sudah merah dan terasa pedih.
"Sabar," kata Pak Imam.
Ketua kampung segera mendekatinya. Mereka
berbincang sebentar. Haji Basilam dan Datuk turut dipanggil untuk untuk
berbincang sama. Keputusannya, mereka mengambil alih tugas mengusung jenazah
dari empat pemuda gagah.
Orang ramai yang berada di situ menduga
semuanya akan berakhir kerana empat orang tua yang kaya dengan pengalaman dan
ilmu dijangka akan berhasil mengangkat pengusung. Dugaan mereka meleset, empat
orang tua tersebut nampaknya tercungap-cungap. Malah Haji Basilam, ketua
kampung dan Pak Imam nampak terhoyong hayang macam mahu pitam. Cuma datuk saja
tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Macammana pun dahinya berkerut juga.
"Kita tak boleh membiarkan keadaan terus
begini, kalau kita tidak bertindak, mungkin sampai maghrib jenazah tidak
dikebumikan," kata Datuk.
Habis, apa yang patut kita buat?" Tanya
Haji Basilam.
"Semua yang ada di sini, sama-sama
mengusungnya hingga ke tanah kubur," Datuk memberikan formula. Ternyata
saranan Datuk diterima sebulat suara tanpa ada sebab yang membangkangnya.
Setelah lebih dari seratus orang berpadu
tenaga, barulah pengusung berisi mayat itu berjaya dipikul. Semakin hampir
dengan tanah perkuburan, pengusung semakin berat. Lebih dari sepuluh orang yang
memikul pengusung mengadu bahu terasa sakit.
Ada juga yang mengadu tulang bahu terseliuh.
Tidak kurang juga yang merasa pening dan muntah-muntah. Ketua kampung menyuruh
orang yang berhadapan dengan masalah tersebut supaya pulang saja ke rumah. Di
khuatiri, bila sampai tanah perkuburan mereka akan menghadapi masalah yang
lebih serius lagi.
Ketika memasuki jalan kecil menuju kawasan
perkuburan, hari semakin suram. Cahaya matahari bagaikan sudah tidak ada lagi,
kerana dikiri kanan jalan kecil itu ditumbuhi pokok-pokok besar yang rimbun
menyebabkan keadaan sekitar agak samar-samar.
Terdengar bunyi murai tanah yang selang
dengan suara gagak dan cengkerik yang seolah-olah memberitahu tidak lama lagi
senjakala akan menjelma.
Dari kejauhan dalam keadaan yang samar-samar
batu nisan yang tegak kaku boleh dilihat. Beberapa ekor burung malas terbang
dari satu nisan ke satu nisan sambil berbunyi.
Sesungguhnya suasana begini kurang disenangi
oleh ketua kampung. Tetapi, apakan daya jenazah wanita itu mesti dikebumikan
dengan segera. Kalau dilewatkan atau ditangguhkan hingga esok akan menimbulkan
masalah pada orang ramai.
Dalam jarak beberapa ela mahu sampai ke
lubang kubur, ketua kampung segera memanggil suami simati yang sejak tadi
mengekori dari belakang.
"Sila tunaikan amanat isteri kamu,"
beritahu ketua kampung.
"Terima kasih tuk ketua."
Suami simati mengambil tugasnya. Sebaik saja
kayu pengandar berada di atas bahunya. Wajah suami simati yang muda nampak
bertukar menjadi wajah seorang tua yang berusia antara tujuh puluh hingga lapan
puluh lahun. Tidak ada sesiapa yang berani menegur tentang perubahan yang
terjadi pada suami simati.
"Turunkan di sini."
Pak Imam mengarahkan supaya pengusung
diletakkan agak jauh dari lubang kubur bagi mengelakkan lubang di situ rebak.
Bila pengusung diletakkan di tanah, wajah suami simati berubah seperti
sediakala. Kain penutup pengusung segera dibuka dan mayat dikeluarkan dengan
hati- hali sekali.
"Sambut baik-baik," Pak Imam
mengingatkan orang yang menyambut inayat di dalam lubang kubur.
"Baik Pak Imam, jawab mereka serentak.
Dan semua orang yang berada di tanah kubur
berbisik sama sendiri, mereka masih memperkatakan tentang diri suami simati.
CEMAS
SETELAH dipastikan oleh Pak Imam bahawa
kedudukan mayat dalam kubur adalah betul. Tanpa membuang masa tanah ditebing
kubur pun dijatuhkan secara perlahan-lahan. Sebaik saja tanah dijatuhkan
menimpa papan keranda secara mendadak papan keranda terbuka. Dan mayat terus
terangkat ke permukaan macam ada kuasa ghaib yang menolaknya dari bawah.
Semasa mayat itu terangkat, batu-batu gunung
yang sebesar ibu jari kaki orang dewasa muncul dari sebelah kanan dan kiri
lubang kubur, seiring dengan itu terdengar bunyi deru angin yang kuat. Apa yang
peliknya, dedaun dipepohon yang terdapat dikawasan kubur tidak bergerak.
Dalam suasana yang semakin beransur gelap
itu, keadaan di tanah perkuburan menjadi agak kelam kabut. Mayat terus
terapung-apung dipermukaan lubang kubur.
Sebahagian daripada orang ramai yang turut
mengiringi jenazah ke tanah perkuburan mula cemas dan takut. Kerana tidak tahu
menanggung risiko yang lebih buruk mereka segera meninggalkan kawasan
perkuburan.
MeIihat keadaan yang haru biru itu, Datuk
segera menyuruh Pak Imam mengepalkan tanah sebesar penumbuk. Pak Imam patuh
dengan arahan Datuk. Tanah kubur yang sudah dikepalkan itu segera diserahkan
kepada Datuk.
"Dari tanah asalmu kepada tanah juga
kamu dikembalikan. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengatasi kuasa Allah.
Tiada siapa yang berhak atas roh ini melainkan Allah jua."
Dan orang ramai yang berdekatan dapat
mendengar kata-kata yang datuk ucapkan itu. Kerana mayat yang terapung di udara
itu agak hampir dengannya, amat mudah bagi Datuk meletakkan tanah yang sudah
dikepalkan itu ke atas pusat simati (mayat).
Dengan izin Allah, sccara perlahan luhan
mayat yang terapung diudara mulai menurun Bunyi deru angin turut berkurangan.
Akhirnya, mayat kcmbali pada kcdudukan asalnya dalam lubang kubur.
"Tutup." kata ketua kampung.
Seorang anak muda yang secara kebetulan
berada di tepi kubur segera mengambil papan (Penutup) lalu menutup mayat.
"Timbus dengan tanah cepat-cepat,"
Datuk mengeluarkan arahan.
"Iya, kita segerakan kalau lambat-lambat
nanti ada masalah lain yang datang. Lagipun hari sudah beransur gelap, sudah
senja," sahut ketua kampung sambil mengambil cangkul. Dia turut mengkais
tanah, merata kubur. Tidak sampai satu jam, kubur tersebut berjaya ditimbus.
Keadaan sekitar semakin beransur gelap.
Nyamuk mula menyerang, bunyi cengkerik makin menjadi-jadi. Gerak geri Haji
Basilam, Datuk, ketua kampung dan Pak Imam jadi perhatian orang sekitar. Kerana
wajah empat insan tersebut nampak tenang dan bersahaja, memberi keyakinan pada
orang lain, bahawa tidak akan berlaku perkara yang buruk. Tidak banyak reaksi
simati yang diperlihatkan oleh suami simati. Dia hanya diam membatu.
"Sham bentangkan tikar di situ."
Tanpa membuang masa Sham terus membentangkan tikar mengkuang seperti yang
diarahkan oleh kelua kampung.
"Eloklah Pak Imam membacanya," kata
Haji Basilam.
"Saya pun fikir macam itu juga,"
sahut Datuk.
"Baiklah."
Pak Imam pun melabuhkan punggungnya di tikar
mengkuang. Haji Basilam segera mengambil tempat disebelah kirinya. Datuk di
sebelah kanan. Sebelah Datuk pula ialah ketua kampung.
HIMPIT
ORANG yang jumlahnya sekitar lima belas orang
(yang lain semuanya sudah angkat kaki, berikutan dengan peristiwa mayat
terangkat) segera datuk berhimpit-himpit. Masing-masing tidak mahu berada jauh
dari tempat insan (Datuk, Haji Basilam, Pak Imam dan Ketua Kampung) yang
dianggap sebagai manusia yang mempunyai kebolehan tersendiri. Boleh
menyelesaikan masalah yang timbul secara mendadak.
"Sebelum talkin dibaca, saya nak pacak
ranting yang dibahagian kepala dan kaki," suami simati mengemukakan
permintaan.
"Silakan," jawab Pak Imam.
Suami simati segera mematahkan ranting
kemboja di sisinya. Dengan hati-hati dipacakkan di bahagian kepala dan kaki.
Tidak sampai lima minit dipacak, daun diranting terns layu terbakar.
"Jangan pedulikan, jika Sham minta buat
itu, jangan dilayan." Bisik datuk ke telinga pak Imam.
"Kenapa?"
"Banyak buruk dari baiknya," balas
datuk.
"Baik," angguk Pak Imam.
Disaat pembacaan talkin mahu dimulakan, Sham
segera mendekati Pak Imam. Dia mengemukakan permintaan untuk meletakkan sekuntum
bunga di atas kubur isterinya.
"Minta maaf Sham,"kata Pak Imam.
"Tapi ini amanat isteri saya."
Pak Imam jadi serba salah. Kalau permintaan
dipenuhi, ertinya dia membelakangi pesanan Datuk.
"Bagaimana?" Pak Imam renung muka
Datuk.
"Jangan dilayan, dia sengaja mahu
melambat-lambatkan kerja kita, dia ada muslihat," kata datuk dengan nada
suara yang tinggi.
"Kamu dengar apa yang dikatakan olehnya
Sham.'*'
"Dengar," bentak Sham sambil
memandang muka Pak Imam dengan rasa benci yang amat sangat.
Pak Imam membaca talkin. Suaranya yang
nyaring bagaikan berlawan dengan suara cengkerik, katak, ungka, kera, burung
gagak dan puyuh yang mahu pulang kesarang. Sebaik sahaja talkin selesai dibaca,
hari sudah senja. Keadaan sekitar bertambah gelap. Nyamuk kian ganas menyerang.
'Terima kasih pada yang menolong."
Semua biji mata tertumpu ke batang tubuh
suami simati yang tegak berdiri dibahagian belakang sekali. Suaranya cukup
lantang.
"Terima kasih," jawab ketua kampung
mewakili anak buahnya.
Sebelum meninggalkan kawasan tanah
perkuburan, ketua kampung memastikan anak buahnya yang hadir ditanah perkuburan
cukup bilangannya.
Tidak ada yang kurang. Bagi menghilangkan
rasa takut dihati anak buahnya, ketua kampung membuat peraturan sendiri. Mereka
harus berjalan sebaris.
"Saya minta Haji Basilam menolong
saya," Katua kampung cuit bahu kanan Haji Basilam.
"Bantu apa tuk ketua?"
"Jadi kepala jalan."
Ah perkara mudah,"
Haji Basilam terus berdiri dihadapan.
"Pak Imam di tengah," ketua kampung
renung muka Pak Imam.
"Boleh," Pak Imam segera mengambil
tempatnya. Bila semuanya selesai ketua kampung menentukan tempatnya iaitu
dibelakang suami simati. Manakala Datuk berada dibelakangnya (ketua kampung),
dengan erti kata lain, Datuk adalah orang yang berada di barisan terakhir.
"Sekarang kita bergerak Pak Imam,"
jerit ketua kampung.
"Ok," balas Pak Imam.
Barisan yang diketuai Pak Imam pun bergerak
meninggalkan kawasan perkuburan.
Kerana Datuk berada di belakang sekali,
sebelum melangkah datuk menoleh ke arah kubur untuk kali terakhir. Datuk
melihat pengusung jenazah yang dibuat dari buluh Nampak bergerak-gerak. Kerana
kurang yakin dengan apa yang dilihatnya, datuk merenung untuk kali kedua.
No comments:
Post a Comment