"SUBHANALLAH, Allah hu
akbar."
Itu yang terkeluar dari kelopak bibir Datuk. Dia yakin
benar, pandangannya memang tidak salah lagi. Pengusung jenazah itu bergerak
serta terangkat separas pinggangnya.
"Ini semua permainan syaitan," rungut datuk
sambil meludah sebelah kiri. Dan dia terus mempersetankan tentang pengusung
jenazah tersebut.
Perjalanan diteruskan. setiap lima atau enam minit, datuk
akan menoleh ke belakang, ternyata pengusung jenazah itu masih mengekorinya.
Datuk mengambil keputusan nekad, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan dia
sanggup menerima sebarang risiko dari tindakkannya itu.
Bila sampai di gigi jalan besar yang keadaannya tidak
sesamar keadaan di kawasan perkuburan, barulah datuk menoleh ke belakang untuk
mempastikan apakah pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Sungguh
mengejutkan, pengusung jenazah misteri itu ghaib entah ke mana.
"Ke mana pula menghilangnya?"
Hati kecil datuk bergolak. Dahinya berkerut.
"Lupakan saja, banyak perkara lain yang mesti aku
fikirkan," datuk inembuat keputusan nekad.
Dan di tepi jalan itu juga, tugas Pak Imam sebagai kepala
jalan segera berakhir.
Anak buah ketua kampung berpecah dari barisan membawa
haluan dan matlamat masing-masing. Ada yang terus pulang ke rumah, ada pula
yang menuju ke kedai.
"Kalau begitu, kami minta diri, pulang dulu. Lagi
pun hari dah dekat maghrib," serentak Pak Imam dan ketua kampung bersuara.
"Silakan," jawab Haji Basilam.
Mereka pun segera beredar. Tinggallah datuk, Haji Basilam
dan Syam di situ dengan wajah yang nampak agak resah.
"Macamana dengan kamu Syam? Nak balik ke rumah atau
nak ikut kami," datuk mengajukan pertanyaan kepada Syam yang tercegat
ditepi jalan, mendonggakkan muka ke langit melihat gumpulan awan yang bergerak
ke arah barat daya. Tiada jawapan yang diluahkan oleh Syam. Dia nampak resah
semacam. Tindakannya itu kurang disenangi oleh Haji Basilam.
Kalau dia memberi jawapan segera, ertinya Haji Basilam
tidak perlu berada lama di sini. Boleh pulang terus ke rumah.
"Macammana Syam, beri keputusan cepat, kami tak
boleh lama-lama disini," Haji Basilam terus mendesak. Syam masih macam
tadi, masih membisu dan merenung awan di dada langit.
Mungkin kerana waktu maghrib sudah hampir atau tidak mahu
melayani kerenah Syam, Haji Basilam dan datuk mengambil keputusan yang
mengejutkan. Mereka terus meninggalkan Syam sendirian disitu.
"Budak tu memang pelik," kata Haji Basilam.
"Biarkan dia," sahut datuk sambil
mempercepatkan langkah.
BAWAH
SEMASA datuk dan Haji Basilam melintasi bawah pokok
besar, mereka terdengar suara jeritan dari Syam. Langkah terpaksa diberhentikan
dan serentak mereka menoleh ke belakang. Datuk dan Haji Basilam mengalami
kejutan besar. Sambil menjerit Syam menerkam ke arah mereka, ditangan kanannya
terhunus sebilah keris berluk tujuh.
"Dari mana dia dapat keris tu?"
Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Haji Basilam masih
sempat mengajukan pertanyaan.
"Itu tak penting, apa yang penting selamatkan diri
kamu," balas datuk sambil mencari tempat yang difikirkan selamat untuk
berlindung.
Syam yang bagaikan dirasuk hantu terus menerpa ke arah
datuk dan Haji Basilam. Dengan tangkas datuk melompat ke kanan, Haji Basilam
melompat ke kiri. Syam terlajak ke depan dan kaki kirinya tersepakkan akar
pokok besar yang berselirat di muka bumi. Akibatnya, Syam tersungkur di tanah
tetapi, secepat kiiat dia bangun. Berdiri tegak dengan sepasang anak mata liar merenung
kiri kanan. Keris berluk tujuh tergenggam erat dalam tangannya.
"Kamu, jeritnya dengan wajah geram. Sepasang biji
mata yang kemerah-merahan tertumbuk ke wajah datuk. Memang tidak salah dugaan
Haji Basiiam, Syam menjadikan datuk sebagai sasaran utamanya.
Serangan yang bertalu-talu, memaksa datuk mengelak dan
berlindung di balik pokok besar. Seboleh-bolehnya. datuk tidak mahu bertindak
balas, kecuali kalau sudah terdesak. Datuk juga tidak mahu Haji Basilam turun
tangan dalam pertarungan ini.
"Haji."
"Kenapa?"
"Jaga diri kamu, perhatikan gerak-gerinya
kalau-kalau dia menyerang kamu," dalam keadaan yang kelam-kabut itu datuk
masih mengingatkan kawan karibnya.
"Jangan campur dalam urusan ni, biar aku selesaikan
sendiri," tambah datuk sambil merendahkan tubuhnya separas tunggul (yang
tingginya kira-kira tiga kaki) bagi mengelakkan serangan Syam yang dibuat
secara terkaman terbang bersama dengan tendangan kencang serta tikaman
bertubi-tubi. Taktik yang dilakukan oleh datuk berhasil, tendangan yang
dilepaskan oleh Syam terkena batang pokok renek.
Haji Basilam mengkerutkan dahi kehairanan, walaupun sudah
berkali- kali jatuh dan menendang tunggul dan pepokok renek, Syam tidak
kelihatan letih, tubuhnya tidak calar-balar. Cuma seluar dan bajunya saja yang
koyak rabak.
"Hati-hati haji," untuk sekian kalinya datuk
mengingatkan Haji Basilam.
"Iya, aku faham," jawab Haji Basilam sambil
berusaha menjauhkan diri dari Syam, terutama ketika Syam melakukan serangan
atau terjatuh.
TANDA
HAMPIR dua puluh minit masa berlalu, tidak ada
tanda-tanda
keletiban pada diri Syam. Malah dia nampak kian bertenaga
dan bersemangat. Tidak putus-putus menyerang bersama tikaman bertubi-tubi. Sayangnya,
serangan yang dilakukan tidak ada satu pun mengenai tubuh datuk. Syam tidak
kecewa dengan semuanya itu. Dia terus menyerang dan menyerang, bagaikan ada
tenaga ghaib yang bersatu dalam dirinya.
Ketika matahari kian mengecil di kaki bukit dan suara
kuang bertalu- talu, hari bertambah gelap menandakan waktu maghrib sudah hampir
benar. ketika itu serangan Syam beransur kurang, makin lama, kekuatannya makin
beransur lemah. Keris berluk tujuh dalam genggaman terlepas jatuh terpacak
dibumi. Dia sudah kehabisan tenaga.
Akhirnya, Syam jatuh longlai dipangkal pokok besar.
Terlentang dengan nafas turun naik, matanya merenung langit. Dedaun tua dari
pokok besar jatuh menimpa tubuhnya. Datuk segera mendekatinya.
"Kamu balik saja ke rumah," bisik datuk ke telinganya.
Sepasang biji matanya mengerakkan lehernya untuk merenung muka datuk. Dia
mengeluh kesakitan.
"Kau pulang saja, Syam," bisik datuk lagi.
Perlahan-lahan dia anggukkan kepala.
"Maafkan saya pakcik," suaranya lemah sekali.
"Aku maafkan kamu, apa yang kamu buat diluar
kebolehan kamu Syam."
"Tadi, saya semacam terdengar suara isteri saya
menyuruh membunuh pakcik. Saya tak tahu macamana keris boleh berada dalam
tangan saya," tutur Syam tercunggap-cunggap.
Datuk menghela nafas dalam-dalam sambil melihat tubuh
Syam yang calar balar dan berdarah. Haji Basilam yang berada disisi datuk
mengeleng-gelengkan kepala. Waktu maghrib sudah tiba. Sayup-sayup terdengar
suara azan dari menara masjid.
"Sudahlah, kami balik dulu," Haji Basilam
memberi kata penamat.
"Silakan, lepas pakcik berdua balik, saya balik
sendiri ke rumah saya," tutur Syam tersangkut-sangkut.
Haji Basilam dan datuk segera meninggalkan Syam yang
terkapar diperdu pohon besar. Hari bertambah gelap dan senjakala pun menutup
pandangan. Sampai di rumah datuk dan Haji Basilam membersihkan tubuh dan
kemudian mereka tergesa-gesa menuju ke masjid untuk solat Maghrib.
AKHIR
BEGITULAH, Haji Basilam mengakhiri cerita tentang
penghuni kubur misteri yang dipanah petir. Seram dan menakutkan. Saya dan Andi
Kamarool bertukar pandangan.
"Sungguh menakjubkan," jawab Andi Kamarool.
"Itulah kuasa Allah," jawab Haji Basilam.
"Saya tidak memberikan sebarang komen kerana saya
menumpukan perhatian pada cahaya matahari yang bersinar terang, menerangi
scbahagian daripada ruang tamu yang kami duduki.
Saya menggeliat, pinggang mula terasa lenguh dan daging
punggung terasa macam kebas, mungkin disebabkan terlalu lama duduk. Bagi
mengatasi masalah tersebut, saya terus bangun dan bergerak ke ambang pintu dan
berdiri disitu, me renung ke halaman rumah. Dan saya dikejutkan dengan
kedatangan tetamu yang tidak diundang, seorang lelaki bermata tajam.
"Pakcik berdua ada di rumah," dia mengajukan
pertanyaan sambil lercunggap-cunggap di kaki tangga.
"Ada."
Sekujur tubuhnya saya tatap. Dia nampak resah semacam dan
tidak mahu merenung muka saya. Entah macammana, secara mendadak saya teringat
lelaki itulah yang mengacukan buku lima ke batang hidung saya, semasa berada
dikubur yang dipanah petir tempoh hari.
"Saya Syam."
Dia memperkenalkan diri, mungkin dia berbuat demikian
kerana saya bersikap tidak ambil berat tentang kehadirannya.
"Humm ," balas saya.
"Saya nak jumpa pakcik berdua."
Saya segera mengangkat kedua belah sayap bahu sambil
gelengkan kepala. Dia nampak kecewa sekali dengan tindak-tanduk saya itu. Dia
bagaikan tahu yang saya tidak mahu memberikan kerjasama padanya.
Tanpa diduga, Haji Basilam muncul dan berdiri di sebelah
kanan.
"Haaa, inilah Syam yang aku ceritakan pada kamu
Tamar," wajah Haji Basilam nampak ceria sekali. Antara mahu dengan tidak,
saya mengangguk lemah.
"Naiklah dulu, Syam," pelawa Haji Basilam.
"Tak payah pakcik, mana dia pakcik lagi salu."
"Ada di dalam, kenapa? Kamu nak jumpa dia?"
Haji Basilam minta kepastian.
"Iya, ada hal mustahak, saya perlukan
pertolongannya."
"Baiklah Syam, biar aku panggil dia."
Haji Basilam segera beredar mendapatkan datuk.
Tergesa-gesa datuk keluar dari bilik lalu berdiri dimuka pintu. Andi Kamarool
juga turut muncul dan berdiri disebelah datuk. Saya menyorot setiap kejadian
dengan penuh teliti sekali.
"Apa halnya Syam?" soal datuk.
Syam segera mengkedutkan dahi, menjeling tajam ke arah
saya dan Andi Kamarool. Resah tidak menentu dan agak keberatan untuk meluahkan
kata-kata. Haji Basilam membisikkan sesuatu kepada datuk, perlahan-lahan datuk
mengganguk dan ada perubahan diwajahnya. Mereka berdua segera memperkemaskan
kedudukan masing-masing, seolah-olah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Cakap terus terang Syam, budak berdua ni anak buah
aku," lanjut datuk lagi.
Ada senyuman bermain dikelopak bibir Syam, ketenangan
mula tergambar dimukanya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya
perlahan-lahan. Tetapi, dia masih belum bersedia meluahkan tujuan sebenarnya
untuk menemui datuk.
"Cakaplah Syam," nada suara datuk mula
meninggi.
"Saya tak mahu cakap di sini."
"Habis mahu cakap di mana? Kamu jangan main-mainkan
kami.
Buruk padahnya nanti," Haji Basilam seperti hilang
sabar.
"Saya tak niat nak mainkan pakcik berdua. Saya tak
mahu cakap disini, ikut saya ke rumah."
Haji Basilam dan datuk saling berpandangan. Serentak mereka
memandang tajam ke arah Syam bagaikan mahu mencari kepastian dari wajah anak
muda yang tercegat di kaki tangga. Tanpa memberitahu saya dan Andi Kamarool,
datuk dan Haji Basilam masuk ke tengah ruang rumah. Saya dan Andi Kamarool
termanggu-manggu dimuka pintu. Syam turut merasa hairan. Tidak sampai sepuluh
minit, datuk dan Haji Basilam kembali ke muka pintu.
"Baik, kami boleh ikut dengan syarat," cukup
lantang Haji Basilam bersuara.
"Apa syaratnya?"
"Budak berdua ni mesti ikut sama," tingkah
datuk.
Syam termenung sejenak, hujung kakinya mengkuis-kuis
tanah riikuktlangga. Kemudian merenung sejenak ke arah matahari dan awan. Dia
nampak begitu sukar untuk menunaikan permintaan Haji Basiiam.
"Boleh," katanya dengan tiba-tiba. Datuk dan
Haji Basilam senyum punjang.
BERPELUH
PERJALANAN dibawah matahari yang memancar terik, penuh
dengan cabaran. Syam mendahului kami semua, langkah cepat sekali lunpa mahu
menoleh ke belakang (ke arah kami). Panas yang terik membuat badan saya segera
berpeluh.
"Sahabat."
Saya segera menoleh ke arah Haji Basilam, saya lihat dia
rebah ditepi jalan dalam keadaan tertiarap. Saya menjadi panik, bila Andi
Kamarool turut rebah seperti Haji Basilam.
Datuk berhenti melangkah, menoleh dan menerpa ke arah
Haji Basilam, saya pula menerkam ke arah Andi Kamarool tetapi, Syam tidak ambil
peduli dengan apa yang berlaku, dia tetap meneruskan perjalanannya.
Dalam situasi yang kelam-kabut itu, saya terus memicit
badan Andi Kamarool hingga tenaganya pulih dan boleh duduk. Tanpa mengharapkan bantuan
sesiapa Haji Basilam boleh duduk sendiri dan membuat senaman rncngendurkan urat
saraf. Seluruh badan mereka (Haji Basilam dan Andi Kamarool) dibasahi peluh,
macam orang mandi.
"Kamu berdua balik saja ke rumah, biar aku dengan
Tamar saja ke rumah si Syam," satu cadangan dari datuk dan Haji Basilam
nampak seperti keberatan mahu menerima cadangan itu.
"Saya tak ada apa-apa, cuma kepala terasa pening,
perut memulas dan tekak terasa loya."
Datuk menarik nafas panjang mendengar penjelasan dari
Haji Basilam itu. Anehnya, Andi Kamarool juga memberi alasan yang sama. Syam
sudah lesap entah ke mana. Saya mengigit bibir, kalau masalah ini tidak dapat
diatasi, pasti sulit jadinya, fikir saya dalam hati.
Datuk mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan
singkat bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya kata putus diambil Haji
Basilam dan Andi Kamarool mesti berpatah balik ke rumah demi keselamatan dan
kesihatan diri. Ternyata saranan itu dipatuhi oleh Haji Basilam dan Andi
Kamarool.
"Hati hati dengan budak tu, dia banyak helah,"
Haji Basilam
mengingatkan.
“Aku yakin, dia tak akan membuat helah lagi. Kali ini dia
jujur dan memerlukan pertolongan."
"Barangkali pendapat kamu tu memang benar. Tetapi,
beringat dan berwaspada tidak merugikan diri kita."
"Aku setuju dengan cakap kamu tu. Kali ini aku yakin
dia jujur dan ikhlas, dia memerlukan pertolongan kita," sebuah keyakinan
yang tidak berbelah bagi datuk luahkan. "Aku harap kamu selamat."
Telapak tangan kanan datuk dan Haji Basilam bercantum.
Mereka bersalam penuh mesra dan berpelukan bagaikan mahu berpisah beratus
tahun. Saya dan datuk pun meneruskan perjalanan ke rumah Syam.
Dengan senyum lebar Syam menyambut kedatangan kami
dibawah pokok pauh yang menjadi sempadan antara tanah milik arwah isterinya
dengan tanah penduduk kampung yang lain. Perbuatan Syam itu mengundang
pertanyaan dalam hati saya, kenapa dia tidak menyambut kami di kakitangga
rumahnya? Mungkin ini taktiknya untuk memperdayakan kami.
"Kenapa tunggu di sini? Agak jauh dari rumah
awak?." Pertanyaan yang dihamburkan oleh datuk tidak dijawab oleh Syam.
Dia membisu matanya merenung tajam ke muka saya. Sudah tentu perbuatannya itu
menimbulkan rasa kurang senang dalam diri saya.
"Aku tak mahu bincang masalah kamu dibawah pokok ni,
Syam.
Carilah tempat lain."
"Dimana pakcik?"
"Dirumah kamu?"
Syam terpempan, bila melihat datuk mengangkat kaki kanan
untuk melangkah sempadan, belum pun sempat telapak kaki kanan datuk memijak
tanah bekas isterinya, Syam segera memeluk tubuh datuk sambil menarik ke
belakang. Kedua-duanya rebah diperdu pohon pauh serentak pula mereka bangun.
"Maafkan saya pakcik," Syam tersenggih.
"Kenapa kamu buat macam ni pada aku, Syam."
"Keselamatan diri pakcik."
"Keselamatan diri aku, apa yang kau cakap ni
Syam," datuk bertambah terkejut dan hairan dengan sikap yang ditunjukkan
oleh Syam.
"Aku tak faham dengan kamu, selalu membuat perkara
yang tidak diduga," tambah datuk dengan nada suara yang keras.
"Mari saya tunjukkan buktinya, pakcik bertinggung
disini, renung ke arah tanah milik bekas isteri saya, nanti pakcik nampak
perbezaan antara tanah milik bekas isteri saya dengan tanah orang lain yang
kita pijak. Dengan itu juga pakcik akan dapat jawapan kenapa saya menjatuhkan
pakcik."
Datuk bertambah binggung dengan penerangan yang diluahkan
oleh Syam. Antara rasa percaya dengan tidak, arahan yang disebut oleh Syam
dipatuhi oleh datuk. Saya juga tidak mahu ketinggalan, cakap Syam saya turuti.
BOHONG
TERNYATA Syam tidak berhelah, juga tidak berbohong. Tanah
milik arwah isterinya nampak seperti berombak, turun naik dalam paras antara
satu dan dua inci, ma cam ada sesuatu yang menolak dari dalam bumi, lama juga
datuk merenung pergerakkan tanah yang dianggap pelik dan aneh.
Belum pernah saya melihat tanah bergerak seperti itu.
Dada saya berrdebar dan rasa cemas mula bersarang dalam dada. Tetapi, kerana
datuk berada disebelah rasa takut menjadi kurang.
No comments:
Post a Comment