“KITA berjaga-jaga, mungkin orang betul mungkin tidak,” datuk mengingatkan. Ia
terus bangun. Bersedia menghadapi seribu kemungkinan. Rasa bimbang itu berakhir
dengan kemunculan dua anggota polis serta kawan Alang Abdul Rauf yang telah
diperintahkan pergi ke balai polis.
Saya ketawa
sendirian, masalah yang menghantui diri saya dan orang-orang lain di tanah
kubur sudah terjawab. Kedua anggota polis itu merungut kerana terhidu bau
busuk. Setelah Alang Abdul Rauf mengadakan perbincangan dengan anggota polis
kedua-dua mayat yang tidak reput itu terus diusung keluar dari kawasan tanah
perkuburan.
“Pagi esok saya
uruskan untuk ditanam di kawasan baru,” beritahu Alang Abdul Rauf pada ketua
balai Polis. Tidak ada bantahan dari ketua balai tetapi, kedua-dua mayat itu
terpaksa disimpan di hospital Batu Gajah sementara menanti hari siang.
Semua yang terlibat
dengan kerja-kerja menggali mayat di tanah perkuburan lama terus pulang ke
rumah masing-masing.
DATANG
Pagi itu, lebih kurang pukul lapan, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi menanam mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.
Pagi itu, lebih kurang pukul lapan, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi menanam mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.
“Semuanya pergi dulu,
aku ke balai dulu menyelesaikan semua urusan, tunggu di sana sampai mayat tiba,
boleh jadi aku tumpang jeep polis yang bawa mayat ke situ,” terang Alang Abdul
Rauf. Kawan-kawannya mengangguk tanda setuju mematuhi cakapnya.
Sebaik-baik saja
kawan-kawan Alang Abdul Rauf pergi saya dan datuk serta Alang Abdul Rauf pun
berangkat ke balai polis. Saya terkejut, bila melihat orang ramai berkumpul
depan balai.
Semuanya mahu melihat
mayat tidak reput yang baru saja dikeluarkan dari hospital. Kebanyakkannya
meninjau dari jauh kerana tidak sanggup menghidu bau busuk.
“Mana lagi satu
mayat,” soal Alang Abdul Rauf pada ketua balai yang berdiri tidak jauh dari
jeep.
“Yang lagi satu
sekejap lagi sampailah, kami pakai dua jeep,” jelas ketua balai. Alang Abdul
Rauf renung muka datuk. Saya beredar dari situ menuju ke tanah lapang. Hidung
saya tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat dalam jeep.
“Begini saja, boleh
tak datuk sarjan hantar mayat ni ke masjid, di sana ada orang menanti untuk
menguruskannya mayat ini mahu dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam,” ujar
Alang Abdul Rauf dengan wajah yang tenang.
“Kalau begitu, biar
saya suruh drebar hantar mayat ke masjid.”
“Itulah yang baiknya,
datuk sarjan.”
Waktu jeep itu mula
bergerak, beberapa orang yang tidak menghiraukan bau busuk rapat ke jeep.
Mereka menyelak kain penutup mayat, sebaik sahaja kain itu terbuka, muka mereka
terus pucat tidak berdarah. Tanpa berkata sepatah pun mereka terus menjauhkkan
diri dari jeep. Ada di antaranya yang muntah.
Jeep yang membawa
mayat tidak reput dan berbau busuk itu meninggalkan kawasan balai menuju ke
masjid. Datuk, Alang Abdul Rauf dan saya tidak ikut serta. Kami menanti mayat
yang lagi satu. Orang ramai masih lagi menunggu di kawasan balai polis. Mereka
bagaikan tahu ada mayat yang akan tiba.
Sepuluh minit
kemudian jeep yang membawa mayat kedua pun tiba. Sebaik saja jeep itu berhenti,
orang ramai terus menghampirinya. Semuanya bersuara mengatakan mayat yang baru
sampai itu berbau wangi.
Dalam keadaan yang
agak ketam-kabut itu ada tangan yang membuka kain penutup mayat. Mana yang
sempat melihat rupa mayat itu terus memberitahu kawan-kawannya yang lain
tentang wajah mayat yang bersih, tenang dalam keadaan tersenyum.
Cerita itu cukup
cepat merebak. Orang kian ramai datang ke kawasan balai polis. Masing-masing
mahu melihat rupa mayat yang tidak reput dan mengeluarkan bau wangi yang harum.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua balai menyuruh Alang Abdul Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep. Perintahnya itu segera kami patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan Alang Abdul Rauf bersalaman dengan ketua balai polis yang berbadan tegap, memiliki raut muka yang agak garang, berkulit hitam tetapi, setiap kali bercakap nada suaranya lembut dan bersopan sekali.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua balai menyuruh Alang Abdul Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep. Perintahnya itu segera kami patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan Alang Abdul Rauf bersalaman dengan ketua balai polis yang berbadan tegap, memiliki raut muka yang agak garang, berkulit hitam tetapi, setiap kali bercakap nada suaranya lembut dan bersopan sekali.
Ketika jeep bergerak
perlahan-lahan, keluar dari kawasan balai polis, orang ramai terus mengikutinya
hingga sampai ke pintu pagar. Mereka bagaikan tidak puas menatap dan mencium
bau wangi dari mayat yang tidak reput itu.
Dalam keghairahan
orang ramai yang mahu melihat mayat tidak reput, pemandu jeep terus menekan
minyak. Dan jeep terus meluncur laju. Orang ramai yang berkerumun di tepi pagar
dan terus digayut rasa kecewa dan hampa yang memanjang.
SELESAI
Sebelum masuk waktu Zuhur, urusan mengkebumikan dua mayat yang tidak reput itu pun selesai. Tetapi, kisahnya menjadi buah bibir orang-orang sekitar Batu Gajah. Dan ceritanya pula berbeza dengan cerita yang sebenar. Sudah ditokok tambah untuk menyedapkan sesiapa saja yang mendengarnya.
Sebelum masuk waktu Zuhur, urusan mengkebumikan dua mayat yang tidak reput itu pun selesai. Tetapi, kisahnya menjadi buah bibir orang-orang sekitar Batu Gajah. Dan ceritanya pula berbeza dengan cerita yang sebenar. Sudah ditokok tambah untuk menyedapkan sesiapa saja yang mendengarnya.
Datuk sudah tahu
cerita sebenarnya hanya tersenyum. Begitu juga dengan Alang Abdui Rauf.
Seronoknya, ada di antara tukang-tukang cerita itu yang tidak tahu peristiwa
tersebut telah dilalui oleh datuk dan Atang Abdul Rauf serta kawan-kawannya.
Mereka pun bercerita
di depan datuk dan Alang Abdul Rauf, kononnya, kedua-dua mayat yang tidak reput
itu telah memberitahu pada orang yang menemui mereka (mayat), tentang harta
karun yang tertanam di satu tempat yang disebut sebagai Cangkat.
Cangkat yang
dimaksudkan oleh mereka itu ialah sebuah kawasan tanah yang kedudukannya agak
tinggi dengan keadaan tanah sekitarnya dan telah dibangunkan hospital, pejabat
kerajaan, kem tentera serta kawasan perumahan. Di kawasan kaki Cangkat itulah
kononnya ada harta karun yang nilainya berjuta-juta ringgit.
Akibat percayakan
cakap-cakap yang tidak bertanggung jawab itu, beberapa orang telah masuk ke
kawasan tersebut dan menggali tanah di kawasan kaki bukit itu, akibatnya mereka
telah diberkas oleh polis kerana menceroboh tanah kerajaan yang sudah dipagar
untuk dibangunkan beberapa projek yang berfaedah untuk orang ramai.
Walaupun ada yang
ditangkap dan dikenakan denda tetapi, masih terdapat juga orang yang berani
menceroboh dan menggali tanah dikawasan tersebut. Mereka cukup yakin dan
percaya dengan cerita yang sengaja di adakan-adakan oleh pihak yang suka
menyebar khabar-khabar angin.
“Satu hari nanti
mereka sedar, apa yang mereka dengar bukannya cerita yang betul,” kata datuk
pada Alang Abdul Rauf yang kurang senang dengan cerita-cerita yang sampai ke
telinganya.
“Cerita mayat wangi
dan busuk ini, dah merebak sampai ke Pulau Pinang, entah siapa yang
menyebarnya,” keluh Alang Abdul Rauf.
“Mulut manusia tak
ada sesiapa yang boleh menahannya,” sanggah datuk. Mereka ketawa sambil melihat
matahari petang yang kian condong dari anjung rumah.
“Esok, aku balik
Alang,” kata datuk. Alang Abdul Rauf sambil berhenti menggulung rokok daun
bersama tembakau jawa. Muka datuk direnungnya. Hati saya cukup gembira dengan
keputusan yang datuk buat. Saya sudah bosan tinggal di rumah orang lama-lama.
“Tak apalah, kalau
dah begitu hajat awak, Maghrib ni kita berjemaah di masjid Batu Gajah,” tutur
Alang Abdul Rauf sambil meletakkan rokok nipah ke bibir.
“Kenapa tak jemaah di
surau kampung ni, Alang?”
“Ada guru agama dari
Selekoh, Bagan Datuk nak bersyarah hal agama, aku rasa elok kita pergi,” balas
Alang Abdul Rauf.
“Elok juga tu, kalau
begitu elok kita mandi dan bersiap tak lama lagi sampailah waktu Maghnib,”
suara datuk riang.
Datuk menyuruh saya
mandi dulu. Kemudian dia pula menyusul dan diikuti oleh Alang Abdul Rauf.
Akhirnya kami pun menuju ke masjid Batu Gajah. Sebaik saja sampai di masjid
salah seorang para jemaah memberitahu datuk bahawa guru agama itu memang
dijemput khas dari Selakoh dan namanya memang terkenal di negeri Perak.
Selepas menunaikan
waktu Maghrib guru agama itupun menyampaikan ceramah agamanya hingga sampai
waktu Isyak. Setelah menunaikan fardu Isyak para jemaah pun beransur pulang.
Alang Abdul Rauf pun mengajak datuk pulang tetapi, permintaan Alang Abdul Rauf
itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk. Alang Abdul Rauf terkejut.
Setelah diterangkan
oleh datuk tujuan sebenarnya. Alang Abdul Rauf segera faham dan masuk ke masjid
kembali. Mereka duduk dekat guru agama yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke
rumah imam masjid tempat Ia bermalam.
“Ada apa hajat?”
Tanya guru agama itu.
“Saya cuma nak
bertanya tentang hal-hal agama dan macam-macam hal lain yang ada hubungannya
dengan makhluk Allah,” ujar datuk.
“Silakan, mana yang
saya tahu, saya terangkan, mana yang saya tak tahu, saya tanya pada orang yang
lebih tahu kemudian saya beritahu pada awak,” terang guru agama itu dengan
jujur dan ikhlas.
Datuk dan Alang Abdul
Rauf berpandangan. Datuk pun memberikan syarat pada Alang Abdul Rauf untuk
mengemukakan pertanyaan.
Alang Abdul Rauf pun
menerangkan pada guru agama tentang peristiwa mayat yang ditemuinya - satu
berbau busuk dan satu berbau wangi tetapi kedua-dua mayat itu tidak reput. Guru
agama itu mendengar dengan khusyuk keterangan dari Alang Abdul Rauf.
“Kata orang, mayat
yang tak reput tu menunjukkan masa hidupnya si mati hafiz Quran,” cara mendadak
saja Imam masjid yang duduk di sebelahnya mengeluarkan pendapat. Guru agama
terkenal itu diam. In merenung muka Alang Abdul Rauf dan datuk berkali-kali.
“Saya juga pernah
dengar orang kata macam tu, seseorang yang boleh mengingati ayat Quran dari
awal hingga akhir boleh membaca dengan betul masa hidupnya, bila mati mayatnya
tak reput, itu kata orang-orang, entah benar entahkan tidak Allah saja yang
menentukannya,” jelas guru agama terkenal dengan jujur. Tiba-tiba saja imam
masjid yang berada di sebelahnya tersenyum memandang Alang Abdul Rauf.
“Rauf,” katanya “kau
nak tanya tentang mayat yang aku kafankan pagi tadi?”
Alang Abdul Rauf
anggukkan kepala. Imam masjid renung muka guru agama sambil berkata:
“Begini tuan guru, biar saya bercerita tetapi ini cerita saja, entahkan betul entahkan tidak, say
“Begini tuan guru, biar saya bercerita tetapi ini cerita saja, entahkan betul entahkan tidak, say
tak berani nak kata.”
“Ceritakan,
barangkali cerita itu ada faedahnya untuk orang yang hidup, boleh dijadikan
panduan,” guru agama itu memberikan kerjasama pada imam masjid.
Imam masjid itu
bercerita, mayat yang tidak reput dan berbau wangi itu adalah mayat seorang
lelaki yang buta tetapi boleh membaca Quran dengan lancar, semasa hayatnya
menjadi guru agama pada anak-anak raja di istana serta menjadi kadi dan imam
masjid, ketika kawasan Batu Gajah ini mula diterokai. Orang itu berasal dari
Kelantan.
“Mana tuk Imam tahu
semuanya ni?” tanya guru agama.
“Arwah ayah saya yang
menceritakan pada saya, ayah saya adalah anak muridnya, masa ayah saya hidup
dulu, ayah saya selalu menziarahi kuburnya,” jelas imam itu.
“Lagi apa cerita ayah
awak tentangnya” Soal datuk.
“Kata ayah saya,
orang tu masa mudanya belajar agama di tanah suci,” jelas imam itu sambil
merenung wajah guru agama yang duduk di sisinya. Serentak Alang Abdul Rauf dan
datuk anggukkan kepala.
“Macam mana dengan
mayat yang lagi satu, berbau busuk dan mukanya menakutkan? Mayat siapa agaknya,
Pak Imam tentu tahu ceritanya,” datuk mengajukan pertanyaan. Saya lihat Pak
Imam terdiam sejenak, macam memikirkan sesuatu.
“Saya tak tahu,”
katanya pendek.
Datuk dan Alang Abdul
Rauf berpandangan. Rasa kecewa jelas terbayang di wajah mereka.
Saya lihat guru agama
yang duduk di depan kami, meraba-raba hujung serbannya berkali-kali. Sesekali
ia kelihatan merenung ke ruang masjid yang luas.
“Kata orang,” guru
agama itu mula bersuara. Alang Abdul Rauf dan datuk memperkemaskan sila
masing-masing.
Pak Imam juga
menumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama. Matanya tidak berkedip
merenung ke arah bibir guru agama tersebut.
“Mayat tak reput,
berbau busuk dan muka pula berbulu in pernah saya dengar ceritanya, kata orang
mayat yang macam itu, menandakan si mati itu masa hidupnya orang yang alim tahu
hal-hal agama, hafaz Quran tetapi, banyak mengamalkan perbuatan yang
bertentangan dengan hukum agama,” sambung guru agama itu.
“Maksud tuan guru
macam mana?” Tanya datuk.
“Begini, dia
menjalankan semua yang disuruh agama tetapi, dia juga melakukan perkara yang
ditegah, umpamanya dia jadi dukun atau bomoh dan bersahabat dengan syaitan.”
“Begitu,” sahut Alang
Abdul Rauf.
“Ya, ada orang alim
dan dihormati jadi tukang ramal memberi nombor ekor pada orang ramai dengan
mengguna ayat-ayat Quran, jadi tukang tilik, ada juga yang memutuskan ubat
dengan cara berjamu, pada hal dia tahu cara itu bertentangan dengan ajaran agama
tetapi dilakukannya juga,” terang guru agama itu dengan wajah yang tenang. Kami
semua termanggu mendengar kata-katanya.
“Mayat tak reput,
berbau busuk, badan dan muka berbulu pernah saya dengar ceritanya. Kata orang
yang terdahulu dari kita, mayat-macam itu menandakan yang si mati masa hidupnya
orang berilmu, hafaz Quran tapi, banyak mengamalkan perbuatan yang ditegah oleh
agama,” tokok guru agama itu dengan nada suara yang bersahaja, saya menggaru
pangkal dagu yang gatal secara tiba-tiba.
“Perbuatan yang macam
mana itu tuk guru?” Datuk mendesak.
“Begini,” ujar guru
agama sambil membetulkan silanya supaya nampak kemas. Terdengar suara cicak
menjerit dari tulang bumbung masjid. Bunyi dedaun yang berlaga sesama sendiri
jelas kedengaran akibat dirempuh angin malam.
“Umpamanya,” guru
agama menyambung cerita, “banyak mengamalkan ilmu dunia kebal dan senjata
tajam, jadi dukun dan bomoh, berjamu pokok besar serta bersahabat dengan
iblis.”
“Bukankah jadi dukun dan bomoh itu baik, menolong sesama manusia,” ungkah Alang Abdul Rauf. Sepasang mata guru agama tertancap ke wajah Alang Abdul Rauf. Datuk nampak resah dan saya mula menggeliat.
“Bukankah jadi dukun dan bomoh itu baik, menolong sesama manusia,” ungkah Alang Abdul Rauf. Sepasang mata guru agama tertancap ke wajah Alang Abdul Rauf. Datuk nampak resah dan saya mula menggeliat.
“Tengok caranya,
kalau kita mengamalkan petua yang tidak bertentangan dengan agama, tidak
menjadi salah, kalau sudah sampai menurun panggil roh datuk nenek, berjamu itu
dan ini, tentu tak elok, apa lagi minta tolong pada keramat itu dan ini, syirik
jadinya,” cukup tenang guru agama itu memberikan penjelasan. Senyum sentiasa
bermain di bibirnya.
“Allah itu maha
pemurah, yang baik kamu minta, yang baik diberinya, kalau yang jahat kamu minta
yang jahat juga dibaginya tetapi, kita sebagai makhluk yang berakal tentu dapat
memilih mana yang baik dan yang buruk,” makin ghairah guru agama itu meluahkan
keterangan yang diketahuinya.
“Hum, begitu,” Alang
Abdul Rauf bersuara sambil anggukkan kepala.
“Iblis, tidak pemah
berhenti berusaha merosakkan anak Adam, janganlah terkejut, kaiau ada orang
alim jadi tukang tilik, mencari nombor ekor dengan ayat Quran dan macam- macam
lagi, pada hal mereka tahu apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan
ajaran agama tetapi, kenapa perkara itu dilakukan juga?” Guru agama itu
mengemukakan pertanyaan, matanya merenung muka saya, muka datuk dan Alang Abdul
Rauf seolah-olah mengharapkan jawapan dari pertanyaan yang diajukannya itu.
Imam masjid duduk
dekat guru agama tersebut tetap membatu seperti tadi. Sesekali kelihatan ia
menguap panjang sambil memejam-celikkan matanya. Saya tahu imam masjid itu mula
terasa mengantuk. Kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu memberikan jawapan
pada pertanyaannya itu, wajah guru agama itu nampak seakan-akan kecewa sedikit.
“Mereka dikuasai
iblis,” mendadak saja imam masjid bersuara. Saya lihat guru agama itu anggukkan
kepala. Ia senyum lagi, sinar matanya yang bersinar tertumpu ke wajah saya.
“Orang yang tidak
terdaya melawan nafsu, selalu jadi mainan iblis, seorang dukun atau bomoh
biasanya mempunyai keinginan dan nafsu yang tinggi, ingin memperlihatkan
kebolehan diri sendiri pada orang lain, bila sudah ada orang percaya, mulalah
kenakan bayaran, pada mulanya murah kemudian mahal bila sampai saat begini,
iblis mencelah lalu memperkudakan keinginan dan nafsunya, kalau dia sedar
betapa lemah dirinya dan betapa besar pula kuasa Allah, dia tidak akan
melakukan semuanya,” satu keterangan dari guru agama yang amat mengesankan bagi
saya. Apakah keberkesanan itu terpancar juga dalam hati datuk dan Alang Abdul
Rauf. Hanya Allah saja yang tahu.
Entah mengapa malam
itu, guru agama itu kian rancak mahu memberi semacam kursus agama singkat. Guru
agama itu mengingatkan kami supaya setiap kali
bangun dari tidur mengucap dua kalimah
syahadat sebelum melakukan sesuatu.
“Kamu tahu, bila kita
terjaga dari tidur, iblis sudahpun mengikat diri kita dengan tiga rantai dan
kita perlu memutuskan rantai itu terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan
kehidupan, bila tidak diputuskan rantai iblis terus mengikat diri kita
sepanjang hari yang boleh mendorongkan kita melakukan sesuatu yang dimurkai
Allah,” tercetus kata-kata dari guru agama itu. Saya lihat imam masjid
membeliakkan biji matanya. Datuk kemaskan silanya, begitu juga dengan Alang
Abdul Rauf.
“Bagaimana caranya
kita nak memutuskan rantai tu, tuk guru,” saya bagaikan mendapat satu kekuatan
untuk mengajukan pertanyaan padanya. Datuk menjeling tajam pada saya tetapi
Alang Abdul Rauf menepuk bahu saya sambil berbisik memuji keberanian saya itu.
“Rantai pertama diputuskan dengan mengucapkan dua kalimah
syahadat, sebaik saja tenjaga dari tidur. Rantai
kedua diputuskan dengan mengambil air sembahyang dan rantai ketiga diputuskan dengan mendirikan solat Subuh,”
ujar guru agama itu, wajahnya nampak berseri-seri tanda kepuasaan. Matanya
masih merenung ke arah saya.
Alang Abdul Rauf
terus menegakkan ibu jari kelingkingnya, beri semangat pada saya untuk
mengemukakan sebarang pertanyaan lagi pada guru agama tersebut. Saya gelengkan
kepala sambil ekor mata melirik pada datuk yang tertunduk merenung lantai.
“Rantai tu ada di
bahagian mana tubuh kita tuk guru?” Alang Abdul Rauf mengemukakan pertanyaan.
Guru agama itu meraba-raba hujung hidungnya dengan jari kelingking
berkali-kali.
“Pertama, iblis tu merantai hati dan niat kita, kemudian merantai fikiran dan mata kita, bila iktikad hidup dipesongkan sejak subuh, cubalah kita bayangkan bagaimana mudahnya iblis menguasai diri kita sepanjang hari,” guru agama itu menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung ke arah jam yang terlekap di tiang seri masjid.
“Pertama, iblis tu merantai hati dan niat kita, kemudian merantai fikiran dan mata kita, bila iktikad hidup dipesongkan sejak subuh, cubalah kita bayangkan bagaimana mudahnya iblis menguasai diri kita sepanjang hari,” guru agama itu menarik nafas dalam-dalam. Matanya merenung ke arah jam yang terlekap di tiang seri masjid.
Dua tiga kali saya
menggosok kelopak mata hingga berair sambil menguap. Saya mula terasa
mengantuk. Pak Imam yang duduk berdekatan dengan guru agama kelihatan
tersengguk-sengguk dua tiga kali. Alang Abdul Rauf tersenyum panjang melihat
telatah Pak Imam tersebut. Tiba-tiba Pak Imam membeliakkan biji matanya sambil
menggeliat dan terus berdiri.
“Dah pukul sebelas,”
terpancut kata-kata dari mulut guru agama.
“Ya,” tingkah Abdul
Rauf.
“Kalau begitu eloklah
kita balik,” Pak Imam terus memotong. Datuk dan saya berpandangan. Alang Abdul
Rauf pula turut berdiri.
Guru agama masih lagi
duduk bersila dengan sepasang tangannya bergerak lembut menyusun beberapa buah
kitab yang berserak di depannya. Semua kitab tersebut disumbatkannya ke dalam
beg bimbit yang dibuat dari kulit kambing.
“Dah mengantuk?” Guru
agama itu mengajukan pertanyaan pada Alang Abdul Rauf.
“Macam mana tak mengantuk embun jantan pun dah turun,” sambung guru agama itu lagi bila melihat kami tidak menjawap pertanyaannya. Guru agama itu segera bangun dengan diikuti oleh datuk.
“Macam mana tak mengantuk embun jantan pun dah turun,” sambung guru agama itu lagi bila melihat kami tidak menjawap pertanyaannya. Guru agama itu segera bangun dengan diikuti oleh datuk.
“Macam mana Pak Imam
bolehkah saya balik?” Guru agama itu tujukan pertanyaan untuk Pak Imam yang
selalu saja menggosok kelopak matanya.
“Boleh, tak salah
asalkan tuk guru mahu.”
“Kalau begitu, lain
kali saja, kita bercerita panjang, saya tak pandai cerita tentang politik dunia
dan dalam negeri, saya cuma tahu cerita tentang agama saja, semua perkara yang
dah ceritakan itu saya ambil dari hadis yang sahih dan ada juga dari hadis yang
dhaif".
Walaupun sudah mahu
pulang tetapi, guru agama itu seperti mahu melanjutkan ceramah yang tidak
termasuk dalam jadualnya. Ia berdiri sambil merenung wajah-wajah kami yang ada
di depannya.
“Terima kasih tuk
guru, saya cuma nak tanya sikit saja tadi tak sangka boleh berpanjangan sampai
pukul sebelas malam,” Alang Abdul Rauf melahirkan rasa terkilannya.
“Tak apa, saya memang
suka begitu, orang tanya sikit saya jawab panjang-panjang, sebabnya bila ada
orang bertanya saya menjawab secara tak langsung mempertajamkan ingatan saya
pada ilmu yang saya pelajari, kalau saya tak dapat jawab ertinya ilmu saya tak
cukup lagi dan saya mesti belajar lagi”
Guru agama itu terus
merendah diri. Pak Imam tetap tersengih. Datuk dan Alang Abdul Rauf tunduk
merenung lantai. Kagum dengan sikap guru agama yang mengamalkan resmi padi,
makin tunduk makin berisi.
Saya terkejut bila
saya melihat guru agama itu menghulurkan tangan pada datuk, pada Alang Abdul
Rauf dan saya untuk bersalam. Memang, dia guru agama yang rendah diri dan hati,
bisik hati saya kerana sebelum mi, saya pernah berhadapan dengan beberapa orang
guru agama, mereka tidak akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan orang
lain, melainkan orang yang ingin bersalam itu menghulurkan tangan terlebih
dahulu barulah mereka mahu bersalam.
“Kita jumpa lagi lain
kali tuk guru, maaf lahir batin,” kata datuk. Guru agama tersenyum tangan datuk
tetap digenggamnya erat-erat.
“Kalau diizinkan
Allah dan umur kita panjang, kita tetap berjumpa, amalkan kata-kata saya yang
baik dan buangkan mana yang difikirkan tidak baik.”
“Saya tak faham tuk
guru.”
“Saya beritahu awak
apa yang saya tahu, kemudian awak cari dan tambahlah ilmu, saya ni walaupun
boleh memberi ceramah tetapi saya masih juga belajar, ilmu Allah tak ada
sempadannya.”
“Saya faham tuk guru,” nada suara datuk merendah. Guru agama tersenyum kemudian merenung muka Alang Abdul Rauf. Mereka berbalas senyum.
“Saya faham tuk guru,” nada suara datuk merendah. Guru agama tersenyum kemudian merenung muka Alang Abdul Rauf. Mereka berbalas senyum.
“Rajin-rajin
sembahyang dan ikut perintah Allah,” secara mendadak saja guru agama itu
menjatuhkan telapak tangan kanannya ke bahu kiri saya, dituruti dengan tepukan
yang bertalu-talu penuh kemesraan. Alang Abdul Rauf, datuk dan Pak Imam ketawa
melihat keadaan saya yang tergamam.
“Anak awak ke?” Guru
agama tujukan pertanyaan pada datuk.
“Tidak,” jawab datuk.
“Cucu?” Soal guru
agama.
“Ya cucu saya,” datuk
anggukkan kepala. Guru agama berhenti menepuk bahu saya. Ia terus mendekati
datuk dan Pak Imam, kemudian ia mengajak kami keluar dari perut masjid.
“Dia budak yang cerdik, asuhlah dia dengan agama sebelum melepaskan dirinya ke mana-mana, bila dirinya sudah ada asas agama kita tidak bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun merantau ke kaki langit, dadanya sudah berisi dengan akidah islam,” demikian guru agama itu menyatakan pada datuk sebaik saja berada di luar masjid. Saya faham, ungkapan yang diluahkannya itu adalah untuk diri saya. Datuk mendengar penuh teliti dengan nasihat yang diluahkan oleh guru agama itu.
“Dia budak yang cerdik, asuhlah dia dengan agama sebelum melepaskan dirinya ke mana-mana, bila dirinya sudah ada asas agama kita tidak bimbang, bila dia pergi ke mana, walaupun merantau ke kaki langit, dadanya sudah berisi dengan akidah islam,” demikian guru agama itu menyatakan pada datuk sebaik saja berada di luar masjid. Saya faham, ungkapan yang diluahkannya itu adalah untuk diri saya. Datuk mendengar penuh teliti dengan nasihat yang diluahkan oleh guru agama itu.
Angin yang bertiup
membuat badan saya terasa dingin. Kepala saya dongakkan ke langit, melihat
awan-gemawan dan bintang-bintang yang berserakkan. Dalam saat yang sama
terdengar lolongan anjing sayup-sayup datangnya dari arah pekan Batu Gajah.
“Membentuk diri
seseorang supaya teguh beramal dan mengingati Allah, mestilah bermula dari
kecil, macam kata orang tua-tua membentuk buluh dari rebungnya,” lanjut guru
agama itu dan semua yang mendengarnya anggukkan kepala, macam itik air bertemu
kawan. Lagi sekali datuk, Alang Abdul Rauf dan saya bersalaman dengan guru
agama itu.
Kami berpisah, guru
agama dan Pak Imam menghala arah selatan, saya, Alang Abdul Rauf serta datuk
menuju ke arah utara.
No comments:
Post a Comment