Sudah hampir lima
rantai berjalan. Datuk tidak juga menuturkan sesuatu. Saya masih sabar menanti
jawapan darinya. Tetapi, lama-kelamaan rasa sabar itu segera bertukar menjadi
rasa cemas dan takut.
Mungkin datuk tersinggung
atau mungkian dia marah dengan pertanyaan-pertanyaan yan saya ajukan kepadanya.
Tak mengapa, apa pun yang akan terjadi terpaksa saya hadapi. Sesunguhnya, saya
ingin mengetahui sesuatu dengan jelas dan tepat. Saya kira apa yang saya
lakukan itu meman wajar, fikir saya sendirian.
"Imam beri dia
duit, yang dikumpul dari derma para jemaah", tanpa diduga datuk bersuara.
Melenyapkan kebimbangan yang bersarang dalam dada saya.
"Berapa dia
dapat tuk?"
"Itu aku tak
tahu, biasanya tak banyak"
"Tak banyak tu
berapa tuk?", saya terus mendesak.
"Kamu ni, suka
sangat bertanya. Kamu tahu, dia cuma ambil duit tambang dia datang dan balik,
kemudian dia ambil tiga empat ringgit untuk beli beras"
"Kalau macam tu,
sampai bila-bila pun dia tak senang".
"Dia bukan nak
cari kesenangan, dia mahu menyebarkan ilmu agama pada umat Islam, itu
sumbangannya. Kamu harus tahu setiap kita yang hidup ini, bila mati akan disoal
apa sumbangan kita pada agama dan manusia".
"Hum... Kalau
macam itu sampai bila pun dia tak akan senang"
"Eh kamu",
datuk terus menengking saya.
Saya terdiam,
sesungguhnya saya terkejut dengan perubahan sikap datuk dari ramah bertukar
menjadi bengis dan marah-marah.
"Aku tak mahu
kamu tanya tentang guru tu, dia tidak mengharapkan wang ringgit dari hasil
usahanya", kata datuk dan saya mula mengetahui punca datuk menengking
saya.
"Dia mengajar
dengan ikhals, dia tidak mengharapkan wang ringgit", kata datuk lagi,
mengulangi apa yang telah diucapkannya.
"Begitu, tapi
ada orang mengajar agama kerana wang".
"Itu bukan
mengajar namanya, Tamar".
"Kalau bukan
mengajar, nak sebut apa tuk?"
"Jangan kamu tak
tahu, itu namanya gunakan agama untuk cari duit, itu perbuatan tak ikhlas,
faham. Jangan tanya-tanya hal itu lagi".
"Baiklah
tuk".
Perjalanan seterusnya
terasa sunyi. Cuma kicau burung yang terdengar. Saya mengambil sikap mengunci
mulut dan berazam tidak akan menyoal datuk hinga sampai ke kaki tangga. Tanpa
diduga, datuk bersuara.
"Kamu balik dulu,
aku ada hal".
"Tuk nak kena
mana?"
"Aku nak pergi
ke kaki bukit, nak tengok jerat yang kamu tinggalkan petang semalam".
"Baik tuk balik
dulu, lepas tu kita pergi bersama".
"Tak payah,
beritahu pada nenek kamu aku ke sana".
"Jangannnnnn...",
jerit datuk. Mukanya nampak merah. Saya segera mempercepatkan langkah ke rumah.
Dalam asyik melangkah
itu, saya terpandangkan sepasang anak kucing bermain-main di tepi jalan. Timbul
keinginan untuk menangkapnya. Saya terus mendekati dan sepasang anak kucing itu
melompat ke dalam semak. Saya terus memburu. Rupa sepasang anak kucing itu
sungguh menarik, berbeza dengan anak kucing peliharaan. Bulunya memikat dengan
jalur yang besar dan terang.
Makin saya kejar,
makin manja sepasang anak kucing itu melompat-lompat di hadapan. Seolah-olah
mcncabar saya supaya menangkapnya. Keghairahan saya kian menjadi untuk memiliki
dan memelihara sepasang anak kucing tersebut. Kerana asyik memburunya, dua tiga
kali saya terjatuh. Akibatnya kain yang saya pakai terus koyak, begitu juga
dengan baju. Songkok yang dipakai, tidak lagi berada di kepala. Sudah hilang,
entah di mana jatuhnya, saya sendiri tidak tahu. Pedulikan dengan songkok.
Tiba-tiba saya dapati
diri saya sudah berada jauh dalam hutan. Saya tidak mahu sorot kembali, walau
apa pun yang terjadi, sepasang anak kucing itu mesti saya tangkap. Badan saya
mula berpeluh dalam sinar matahari pagi yang kian keras. Dalam keadaan yang
tercungap-cungap itu, hutan tebal saya redah.
BERHENTI
Sepasang anak kucing itu berhenti dari berlari, masuk ke kawasan yang ditumbuhi dengan pepokok kecil. Tidak jauh dari pepokok kecil itu terdapat sepohon pokok yang amat besar. Akar-akar berjuntaian di dahan, kerana daunnya terlalu lebat, sinar matahari tidak sampai ke kawasan tanah di bahagian pangkal pokok. Walaupun begitu, keadaan sekitar kawasan bawah pokok kelihatan bersih.
Sepasang anak kucing itu berhenti dari berlari, masuk ke kawasan yang ditumbuhi dengan pepokok kecil. Tidak jauh dari pepokok kecil itu terdapat sepohon pokok yang amat besar. Akar-akar berjuntaian di dahan, kerana daunnya terlalu lebat, sinar matahari tidak sampai ke kawasan tanah di bahagian pangkal pokok. Walaupun begitu, keadaan sekitar kawasan bawah pokok kelihatan bersih.
Dalam sekelip mata
sahaja sepasang anak kucing hilang di pangkal pokok besar. Saya kira, anak-anak
kucing itu pasti menyembunyikan diri dalam lubang yang terdapat di perdu pokok.
Saya melangkah dengan perlahan-lahan, saya berusaha supaya ranting dan daun
kering yang dipijak tidak mengeluarkan bunyi yang akan mengejutkan anak-anak
kucing tersebut.
Hidung saya mula
terhidu bau yang kurang menyenangkan. Saya yakin bau itu adalah bau binatang.
Tetapi, saya tidak dapat mempastikan apakah bau itu dari binatang yang
merbahaya atau sebaliknya. Kerana mahu menangkap anak-anak kucing, bau tersebut
tidak saya perhiraukan, saya terus berjalan membongkok menyusup di bawah
akar-akar yang berjuntaian.
Secara mendadak sahaja hati saya berdebar, kaki saya tidak berdaya melangkah, perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak, kini wujud di depan mata. Badan saya berpeluh.Ya Allah, selamatkan aku dari kecelakaan dan bencana ini. Sesungguhnya, kerana gagal mengawal nafsu dan keinginan membuat aku jadi susah. Mencari celaka sendiri. Tolonglah, suara batin saya terus meraung. Badan terus menggigil. Perlahan-lahan saya rendahkan badan lalu duduk dibalik pokok besar.
Secara mendadak sahaja hati saya berdebar, kaki saya tidak berdaya melangkah, perkara yang tidak pernah terlintas dalam otak, kini wujud di depan mata. Badan saya berpeluh.Ya Allah, selamatkan aku dari kecelakaan dan bencana ini. Sesungguhnya, kerana gagal mengawal nafsu dan keinginan membuat aku jadi susah. Mencari celaka sendiri. Tolonglah, suara batin saya terus meraung. Badan terus menggigil. Perlahan-lahan saya rendahkan badan lalu duduk dibalik pokok besar.
Saya kumpulkan tenaga
untuk memulakan langkah seribu. Ternyata saya tidak berupaya berbuat demikian.
Saya rasa, maut sudah hampir benar dengan saya. Dalam keadaan terdesak saya
teringatkan surah
Al-Fil. Kata datuk, kalau surah itu dibaca
dalam keadaan diri kita terdesak, boleh
menguatkan jiwa, berani mengadap sesuatu dengan cekal.
Dengan terketar-ketar
saya menyebut surah al-Fil yang bermula dengan: Alam tarakai fafa 'ala Rabukka
bi asha bil fil... ayat itu saya ulang berkali-kali. Rasa gementar pun hilang.
Saya serahkan diri saya pada Allah. Kalau janji saya mahu mati di pangkal pokok
besar ini, tetap saya terima. Kalau saya terselamat saya bersyukur pada Allah
kerana usia dilanjutkan lagi.
Perlahan-lahan saya
bangun dan merenung ke arah tanah yang agak lapang. Saya perhatikan sepasang
anak harimau (yang pada awalnya saya sangka anak kucing) bermain-main dengan
ibunya. Ekor ibunya bergerak-gerak. Sesekali menampar dan menggigit badan
anaknya yang nakal. Entah macam mana, ibu harimau itu terpandang ke arah saya.
Ia segera bangun dan membuka mulut, memperlihatkan gigi dan lidahnya.
Semuanya, terpaksa
saya hadapi dengan tenang. Hati saya tidak pernah penat membaca Surah Al-Fil.
Satu saat mata saya dengan mata harimau bertentangan. Perlahan-lahan harimau
merendahkan badan. Berguling-guling di bumi bermesra dengan sepasang anaknya
yang comel.
Saya segera
meletakkan telapak tangan ke bibir. Saya terkejut melihat perangai harimau
beranak dua itu. Tidak mempedulikan kehadiran saya. Ternyata harimau itu tidak
mahu menjadikan diri saya sebagai musuh utamanya. Saya harus menggunakan
kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Ketika itu juga, saya teringat kata orang
tua-tua yang berbunyi "Musuh jangan dicari. Tuah jangan ditolak".
Berpegang pada kata-kata tersebut, saya segera berundur setapak demi setapak.
Setelah dihitung,
lebih dari dua puluh tapak saya undur ke belakang dan yakin harimau tidak akan
mengikuti saya. Cepat-cepat saya memusingkan tubuh (membelakangi harimau) lalu
memulakan langkah seribu. Saya terus memecut dengan sekuat hati, bagaikan tidak
cukup bumi. Sambil berlari, saya merenung ke belakang. Saya bimbang, kalau
harimau beranak dua menyusuri jejak langkah saya.
SELEKOH
Sampai di satu selekoh kecil yang kerap digunakan oleh orang-orang kampung sebagai jalan pintas pergi ke hutan mencari rotan, saya toleh ke belakang. Dalam perhitungan saya, itulah renungan terakhir untuk harimau dan anak-anaknya. Beberapa langkah dari selekoh kecil itu adalah kawasan perkampungan yang subur dengan pepohon pisang dan perdu tebu.
“Aduh”
Saya terasa bahu sebelah kanan terlanggar sesuatu yang lembut dan badan saya ikut jatuh bersama benda yang saya langgar itu. Apa yang saya lihat ialah kepulan awan putih. Saya tidak terdaya mahu merenung ke kiri dan kekanan. Bila saya gerakkan anggota tubuh terasa sakit. Dalam keadaan yang agak cemas itu, saya terasa benda yang saya langgar bergerak lemah. Serentak dengan itu saya terdengar desir nafas.
Sampai di satu selekoh kecil yang kerap digunakan oleh orang-orang kampung sebagai jalan pintas pergi ke hutan mencari rotan, saya toleh ke belakang. Dalam perhitungan saya, itulah renungan terakhir untuk harimau dan anak-anaknya. Beberapa langkah dari selekoh kecil itu adalah kawasan perkampungan yang subur dengan pepohon pisang dan perdu tebu.
“Aduh”
Saya terasa bahu sebelah kanan terlanggar sesuatu yang lembut dan badan saya ikut jatuh bersama benda yang saya langgar itu. Apa yang saya lihat ialah kepulan awan putih. Saya tidak terdaya mahu merenung ke kiri dan kekanan. Bila saya gerakkan anggota tubuh terasa sakit. Dalam keadaan yang agak cemas itu, saya terasa benda yang saya langgar bergerak lemah. Serentak dengan itu saya terdengar desir nafas.
Apakah desir nafas
itu dari manusia? Atau dari ular sawa? Timbul pertanyaan dalam diri. Kata
orang, hembusan nafas ular sawa yang tertindih, tidak jauh bezanya dengan
hembusan nafas manusia. Saya jadi panik dan saya kira saya jatuh atas lingkaran
badan ular sawa. Saya tidak berani menggerakkan badan dan saya pasrah pada
Allah. Saya segera membayangkan, sebentar lagi ular sawa yang tertindih itu
akan membelit tubuh saya lalu menjerutnya dengan sekuat hati. Segala
tulang-temulang saya remuk. Badan menjadi lembik dan ular menelan saya perlahan-lahan.
Benda yang saya tindih terasa bergerak dan sepasang tangan memeluk tubuh saya
erat-erat. Saya cuba meronta-ronta. Sehelai daun tebu jatuh atas pipi kiri.
Saya mula terasa miang.
“Babi kamu Tamar,
lari tak tengok orang,” terdengar rungutan.
Serentak dengan itu
badan saya di angkat dan ditolak ke kanan dengan kuat. Saya jatuh atas dedaun
tebu kering. Saya terpaksa bangun perlahan-lahan diperdu tebu.
"Kamu tak ada
otak”, sambung Mazlan lalu mencabut golok perak di pinggang. Saya lihat mukanya
bercalar terkena tebu muda. Bajunya koyak, kain ikat kepalanya terlucut.
"Kalau orang
lain, aku tikam kamu dengan golok ini sampai terburai isi perut. Kamu tengok
botol kopi aku pecah, nasi bekal aku habis bertabur atas tanah", lanjut
Mazlan yang kerja sehari-hariannya mencari rotan. Saya terdiam. Saya lihat air
kopinya yang meresap ke bumi, saya lihat bekalnya bertaburan. Timbul rasa belas
dalam hati.
"Kamu bayar
semua ini?”, Mazlan mula mengugut.
"Aku tak
sengaja”.
"Tak sengaja,
kepala bapak kamu".
“Maafkan aku Mazlan,
aku tak sengaja"
“Bodoh, sial",
kutuk Mazlan.
“Cakap jangan
sebarang, silap cakap buruk padahnya", rasa marah mula meruap dalam dada
saya. Terasa malu dan hilang harga diri bila disebut bodoh dan sial. Mazlan
yang lebih besar bentuk tubuhnya itu saya renung.
“Ada mata, tak tahu
nak guna, lari membabi buta inilah akibatnya. Ada otak tak tahu guna”, Mazlan
membakar perasaan saya dengan kata-kata yang amat menyakitkan.
“Kamu juga tak tahu
gunakan mata, kalau kamu gunakan mata tentu kamu boleh mengelak bila aku
datang", saya meningkah. Kata-kata itu menaikkan kemarahan Mazlan
seratus-peratus. Matanya tidak berkedip merenung muka saya. Mazlan menerpa ke
arah saya sambil mengangkat goloknya tinggi-tinggi. Bila dia menjatuhkan
goloknya ke arah bahu kanan saya, Cepat-cepat saya mengelak dan melepaskan buah
silat lalu menendang tangan yang memegang golok. Mazlan terdorong ke kiri. Mata
goloknya yang tajam sempat merebahkan lima batang tebu dalam sekelip mata.
Andainya saya tidak
sempat mengelak, bukanlah satu perkara yang mustahil tali perut saya bertabur
atas bumi. Mazlan yang marah itu terus bangun serta-merta. Dia membuka langkah
silat. Saya tergamam. Bukanlah mudah untuk menentang kawan seperguruan.
Masing-masing tahu kelemahan dan kelebihan rentak serta langkah masing-masing.
Siapa silap membaca langkah dan lambat bertindak, orang itu pasti tewas.
“Jaga kamu Tamar”
Mazlan terus
menyerang. Saya mengelak lagi sambil menyusun langkah di balik batang tebu.
Mazlan bertambah marah. Dia tahu saya cuba menjadikan batang-batang tebu yang
tumbuh itu sebagai perisai. Dia terpaksa merebahkan batang-batang tebu terlebih
dahulu, sebelum menghunuskan mata goloknya ke tubuh saya. Mazlan terus
bertindak macam orang gila. Semua batang tebu yang saya jadikan perisai habis
rebah ke bumi. Saya terdesak.
“Hei, kamu tahu, aku
langgar kamu tadi kerana harimau kejar aku”, saya menjerit. Langkah silat dan
gerak tangan Mazlan yang pantas bergerak, terhenti serta-merta.
“Apa Tamar?”
“Aku dikejar harimau,
fasal tu aku lari”
“Tamar", suara
Mazlan lemah. Golok di tangannya terlepas.
“Harimau, aku dikejar
harimau",saya bersuara dengan keras dan berpusing ke kanan lalu lari.
“Tamar, nanti dulu”, pekik Mazlan. Saya berhenti berlari dan menoleh ke arahnya.
“Tamar, nanti dulu”, pekik Mazlan. Saya berhenti berlari dan menoleh ke arahnya.
“Aku tak boleh tunggu
kamu, Mazlan. Aku takut”
“Tunggulah, aku
maafkan kamu. Jangan tinggalkan aku”, suara Mazlan bertambah lantang. Rasa
belas timbul dalam hati. Ingin sekali saya memenuhi permintaannya. Bagaimana?
Bila sudah berdekatan dia bertindak lain pula, mana tahu dia terus menyerang.
Mungkin saya menemui ajal di hujung goloknya atau cedera parah. Cakapnya, bukan
boleh dipercayai. Hati manusia selalu berubah. Sebelum sesuatu yang buruk
terjadi. Ada baiknya, saya melupakan tentang dirinya. Pergi jahanam dengan
Mazlan. Saya membuat keputusan nekad.
“Maafkan aku Mazlan,
aku tidak boleh menolong kamu", jerit saya lalu membuka langkah semula.
Melihat saya tidak mahu menunggunya, Mazlan segera renung kiri dan kanan dengan
wajah yang amat cemas. Beberapa detik kemudian, Mazlan terus membuka langkah
seribu. Saya lari arah ke rumah datuk dan Mazlan lari ke rumahnya. Dia terus
berteriak sepanjang masa berlari.
"Tolong,
harimau, harimau masuk kampung", teriaknya bertali-tali. Berjaya menarik
perhatian para penduduk kampung. Mereka keluar beramai-ramai ke halaman rumah
dengan rasa terkejut dan hairan. Beberapa orang dari mereka yang turun ke sawah
dan ke kebun pagi itu terpaksa membatalkan rancangan mereka. Anehnya, tidak
sampai setengah jam kemudian, keadaan kampung jadi haru-biru.
Bermacam-macam cerita
yang menakutkan mula timbul.
MENGADU
"Dah dua orang di baham harimau keramat", kata seorang penduduk yang datang mengadu pada datuk. Saya yang kepenatan terus duduk di kerusi kayu dekat tiang seri di bawah rumah. Datuk pula yang kebetulan baru sahaja pulang dari melihat jerat di kaki bukit termenung sejenak. Wajah penduduk kampung yang singgah di kaki tangga direnungnya.
"Dah dua orang di baham harimau keramat", kata seorang penduduk yang datang mengadu pada datuk. Saya yang kepenatan terus duduk di kerusi kayu dekat tiang seri di bawah rumah. Datuk pula yang kebetulan baru sahaja pulang dari melihat jerat di kaki bukit termenung sejenak. Wajah penduduk kampung yang singgah di kaki tangga direnungnya.
“Jadi kamu ni nak ke
mana?”, tanya datuk.
“Nak ikut orang-orang
kampung menghalau harimau keramat dan nak ambil mayat orang yang
dibahamnya", terang penduduk tersebut. Saya melagakan gigi atas dengan
gigi bawah dua tiga kali. Baru setengah jam saya meninggalkan pinggir hutan
bermacam-macam cerita terjadi.
“Siapa yang kena
baham harimau tu?”
“Zaharin, anak Alang
Usman"
“Mana kamu
tahu?", soal datuk bersungguh-sungguh. Rasa penat yang menguasai diri saya
beransur kurang. Saya lihat beberapa orang kampung membawa kayu dan parang
berlari ke arah pinggir hutan. Datuk jadi cemas melihat keadaan tersebut.
“Aku baru balik dari
kaki bukit, aku tak nampak apa-apa", datuk menarik nafas sambil menggaru
pangkal dagunya. “Itu saya tak tahu, orang-orang kampung semuanya dah bersiap
sedia nak halau harimau”
“Dari mana kamu tahu
semuanya ini?", datuk mula mencungkil rahsia.
“Si Ramli beritahu.
Dia dapat cerita dari Suhaimi dan Suhaimi pula dapat tahu dari Syamsuri dan
Syamsuri dapat cerita dari siapa saya tak tahu", orang itu menelan air
liur. Di mukanya terbayang keresahan. Tidak suka dirinya disoal begitu.
“Kalau awak nak ikut
mari, saya nak bantu orang kampung, kemudian nak cari mayat si Zaharin",
orang itu memberi kata putus lalu melangkah meninggalkan datuk. Dua tiga kali
datuk gosok pangkal hidung. Dia jadi serba salah. Hati menyuruh pergi,
sedangkan fikirannya menyuruh dia bersabar.
Setelah ditilik dan
ditimbang dengan teliti, datuk membuat keputusan untuk mengikut kata hatinya.
Datuk segera mengikut langkah lelaki itu. Dua kali saya memanggil nama datuk.
Sayang, seribu kali sayang, panggilan saya tidak dapat ditangkap oleh gegendang
telinga datuk. Dia memburu lelaki itu. Mereka bersatu dan melangkah seiring
sebaik sahaja sampai dekat pokok tualang yang mati pucuk. Rasa sesal mula
bertandang dalam hati. Kerana penat berlari saya tidak dapat menerangkan
keadaan sebenar pada datuk.
Apa yang perlu
dilakukan sekarang? Perkara yang wajar dibuat, ikut datuk dan lelaki itu.
Terangkan keadaan sebenar pada mereka. Itu keputusan yang saya ambil. Tanpa
berlengah-lengah lagi saya terus mengejar datuk. Bukan mudah mahu mendekati
mereka. Mereka sudah terlalu jauh. Saya terus berlari. Saya berazam, bila datuk
menoleh ke belakang, saya akan melambaikan tangan ke arahnya.
Apa yang saya
harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Datuk dan lelaki itu sampai ke pinggir
hutan (di tempat saya melanggar Mazlan hingga jatuh). Bila saya sampai ke
tempat tersebut, datuk dan lelaki itu sudah meninjau ke arah lain. Melihat
batang-batang tebu yang bersepah. Badan saya berpeluh, saya lihat ramai
orang-orang kampung di situ. Beberapa orang dari mereka memikul senapang
kampung berlaras satu dan dua. Sebahagiannya membawa kayu dan parang panjang.
Keadaan di situ memang kelihatan sibuk.
Semua yang hadir
bercakap besar. Masing-masing mahu membantai harimau jahanam sampai mampus.
Beberapa orang pemuda membawa buluh kuning yang sudah ditajamkan.“Kamu hidup
lagi, tadi dia orang kata kamu dibaham harimau, badan kamu dah dibawa harimau
ke dalam hutan", kata Shahril lalu melihat tubuh saya atas bawah. Dia
bagaikan tidak percaya yang dirinya sedang berdepan dengan kawan sekampung yang
pernah main gasing dan guli. Malah pernah bertumbuk kerana kalah main congkak.
“Dari mana kamu
dengar cerita ni, Sha?”
“Jaafar, dia dapat
cerita dari Mazlan", Shahril terus memerhatikan pakaian saya yang terdapat
kesan tanah dan koyak. Dia melihat lengan kanan saya luka dan bercalar.
Wajahnya jadi cemas.
“Kau berjaya
selamatkan diri dari harimau, kau gunakan ilmu silat menentang harimau, kau
memang handal", jerit Shahril hingga menarik perhatian orang-orang lain.
Dalam beberapa detik sahaja saya terus dikerumuni oleh orang-orang kampung.
Saya jadi resah. Terasa seram sejuk, bila bercupak-cupak biji mata orang
kampung tertumpu ke arah saya.
Dari raut muka dan
gerak-geri beberapa orang dari mereka secara terang-terangan mengagumi
kehebatan saya. Mulut Shahril yang tidak terkawal itu terus memuji-muji diri
saya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya lihat datuk dan kawannya
berdiri tidak jauh dari depan saya.
“Mana satu yang
betul, tadi orang ini mengatakan Zaharin anak Alang Usman yang dibaham harimau.
Sekarang dah lain pula orangnya",datuk melangkah setapak, memisahkan
dirinya dari kumpulan orang ramai. Jari telunjuknya masih mengarah kepada
lelaki di sebelahnya.
“Siapa di antara kita yang berbohong. Perkara mati jangan dibuat main-main, boleh menyusahkan orang yang hidup, terutama keluarga yang terbabit", sambung datuk lagi. Semua wajah orang kampung ditatapnya satu-persatu.
“Siapa di antara kita yang berbohong. Perkara mati jangan dibuat main-main, boleh menyusahkan orang yang hidup, terutama keluarga yang terbabit", sambung datuk lagi. Semua wajah orang kampung ditatapnya satu-persatu.
“Kamu Sha", jari
telunjuk datuk menghala ke arah Shahril,"Jumpa Jaafar di mana?”, lanjut
datuk lagi.
“Dekat kedai, dia
dapat cerita dari Mazlan", jawab Shahril dengan tenang dan penuh
keyakinan. Orang kampung berpandangan sama sendiri. Mereka masih tertanya
sesama sendiri, macam mana cerita seperti ini boleh tersebar dengan luasnya.
“Itu dia
Zaharin", kata salah seorang dari kumpulan orang kampung. Semua biji mata
tertumpu arah selatan. Zaharin berjalan dengan tenang keluar dari rerumpun
pokok kecil sambil membuka kain ikat kepalanya. Dia mendekati kumpulan orang
kampung.
“Kenapa berkumpul?
Ada apa-apa masalah?”, tanyanya.
“Kami dapat tahu kamu
dibaham harimau", jawab rakan datuk.
“Dibaham harimau?
Siapa yang beritahu?”, Zaharin kehairanan.
“Mazlan", jawab
datuk.
“Hiss...ini dah
mengarut, memang kami berdua nak ke hutan mencari rotan. Saya masuk ke hutan
dulu dan berjanji dengannya bertemu di tempat biasa”, Zaharin berhenti
bercakap. Sepasang matanya merenung tepat ke wajah saya. Dia menarik nafas dan
melepaskannya dengan perlahan-lahan. Hati orang-orang kampung terus berdebar,
menanti cerita darinya.“Saya tunggu-tunggu, dia tak datang. Saya keluar ni nak
cari dia", terang Zaharin dengan wajah kesal. Dia sendiri terasa aneh,
macam mana cerita dirinya dibaham harimau boleh timbul.
“Kita ni sebenarnya,
salah faham. Bila dah salah faham kita pula tak mahu mencari macam mana punca
salah faham tu boleh timbul", datuk bersuara dengan rasa kecewa. Tanpa
disangka-sangka sepasang mata datuk tertumpu ke arah saya.
“Kamu ni, apa kena
calar-balar? Pakaian koyak-rabak apa fasal? Apa tadi kamu tak terus pulang ke
rumah", saya tergamam dengan pertanyaan yang tidak diduga sama sekali
keluar dari mulut datuk. Saya renung ke arah Shahril minta simpati dan bantuan
darinya.
“Kamu mesti
selesaikan perkara ini, terangkan pada kami kedudukan sebenar. Macam mana kamu
dengan Zaharin disebut-sebut sudah dibaham harimau?", terdengar suara dari
arah belakang. Saya renung ke arah datuk. Dia nampak serius. Tunduk merenung
bumi.
“Ceritakan, kami nak
tahu siapa yang bawa cerita palsu ini?", terdengar lagi suara dari arah
belakang.
“Ya, kami nak tahu", sahut dari sebelah kiri. Saya jadi serba salah.
“Ya, kami nak tahu", sahut dari sebelah kiri. Saya jadi serba salah.
“Begini mulanya,
sa...”, saya tidak terdaya meneruskan kata-kata. Diganggu oleh bunyi sorakan
yang kuat dari arah pangkal kampung. Saya segera menoleh ke arah tersebut. Apa
yang saya lihat amat mengejutkan. Mazlan dipegang oleh beberapa orang lelaki
dan dibawa ke arah kami. Mazlan meronta-ronta dan cuba menendang ke kiri dan ke
kanan. Usahanya itu tidak mendatang apa-apa hasil. Orang-orang kampung yang
memegangnya bukan orang lain tetapi dari keluarganya sendiri.
“Sekarang terangkan
pada kami macam mana perkara ini boleh terjadi", Usman, Abang Mazlan yang
paling tua bersuara. Mazlan merenung ke arah saya.
“Kau terangkan Tamar",
katanya.
“Aku, Mazlan?”
“Ya, siapa lagi kalau
bukan kamu”
“Hum", kata saya
lalu renung muka datuk Perlahan-lahan datuk anggukkan kepala suruh tunaikan
permintaan Mazlan. Semua orang kampung yang berada di situ tatap muka saya
kembali.
"Tadi balik dari masjid saya nampak anak harimau. Saya ikut sampai dalam hutan dan tengok ibunya. Kemudian saya lari kerana takut. Masa lari tu saya terlanggarkan Mazlan", dengan tenang saya mulakan cerita. Semua orang kampung terdiam. Masing-masing pasang telinga mahu dengar cerita dari saya.
"Tadi balik dari masjid saya nampak anak harimau. Saya ikut sampai dalam hutan dan tengok ibunya. Kemudian saya lari kerana takut. Masa lari tu saya terlanggarkan Mazlan", dengan tenang saya mulakan cerita. Semua orang kampung terdiam. Masing-masing pasang telinga mahu dengar cerita dari saya.
Tangan Mazlan tidak
lagi dipegang oleh keluarganya. Dia dilepaskan. Miang daun tebu jelas kelihatan
lekat di pipi dan baju Mazlan. Lengan dan pipinya calar balar. Ada kesan luka
dipangkal kening kirinya.
"Bila saya
langar Mazlan, dia terus marah dan nak tikam saya dengan golok", saya
sambung kembali cerita yang terputus.
“Lepas tu apa yang
terjadi?, soal Abang Mazlan.
"Kami bergaduh.
Masa bergaduh tu saya beritahu Mazlan ada harimau kejar saya. Mazlan terkejut.
Masa Mazlan tergamam tu saya tinggalkan dia"
"Kamu lari ke
mana?", datuk ajukan pertanyaan.
“Saya lari ke rumah,
Mazlan saya tak tahu ke mana dia pergi"
“Habis siapa yang
beritahu orang kampung tentang harimau yang mengganas?", lelaki di sisi
datuk menyoal. Saya terdiam dan terfikir bahawa soalan yang diajukan ada
kena-mengena dengan diri Mazlan. Ada baiknya Mazlan menjawab pertanyaan
tersebut.
“Saya yang beritahu,
saya menjerit sepanjang masa saya berlari. Saya beritahu, harimau,
harimau", Mazlan menyelesaikan kebuntuan yang bersarang dalam hati saya.
“Habis, macam mana
boleh timbul aku yang kena baham harimau?”, mendadak sahaja Zaharin menyoal.
Saya lihat Mazlan menarik nafas lemah.
“Masa lari tu, saya
jumpa Jaafar dia tanya kamu, aku kata kamu di hutan. Itu saja", dengan
penerangan Mazlan itu kesilapan kian terserlah. Dan tanpa diduga, Jaafar yang
ada dalam kumpulan orang kampung tampil ke depan.
“Cakap Mazlan tu
betul. Apa yang saya dengar saya beritahu orang kampung, saya cuma menambah
sikit cerita tu dengan menyebut mungkin Tamar mati dibaham harimau, begitu juga
dengan Zaharin yang ikut Mazlan ke hutan. Entah macam mana cerita itu boleh
berubah begitu jauh", Jaafar bersuara dengan rasa penuh kesal.
Orang-orang kampung
segera gelengkan kepala. Beberapa orang dari mereka segera mencampakkan kayu
yang mereka bawa ke dalam hutan. Manakala yang memikul senapang terus mengeluh
dengan penuh rasa kesal.
“Semuanya terjadi
kerana tidak ada usul periksa, terlalu cepat bertindak ikut perasaan. Apa
salahnya bila dah dengar khabar ada yang kena baham harimau pergi tanya
keluarganya dulu sebelum beritahu orang lain", lelaki di sisi datuk
melepaskan kehampaan. Dia wajahnya terbayang rasa kecewa yang amat sangat.
Mungkin dia merasa dirinya bersalah kerana menyampaikan berita yang tidak tepat
kepada datuk dan kemudian mengheret datuk ke mari.
“Tak apalah, jadilah
semuanya ini satu pengalaman dan pengajaran. Di masa-masa akan datang jangan
diulangi", ujar datuk dalam nada suara yang lembut. Dengan penuh hormat
datuk menggesa orang-orang kampung yang berkumpul itu supaya bersurai.
Permintaan datuk diperkenankan.
MARAH
Kerana marah dileter oleh datuk agak lama, saya mengambil keputusan memprotes perbuatannya itu. Saya mengelakkan diri dari memandang wajahnya serta tidak mahu bertutur walau sepatah pun perkataan dengannya. Sejak lepas makan tengah hari, saya terus meninggalkan rumah. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan bermain catur di bawah pokok cempedak dekat surau. Jemu main catur, kami main gasing atau godam. Kawan-kawan bagaikan bersimpati dengan saya. Tidak seorang pun yang mahu bertanya berhubung dengan peristiwa pagi tadi. Mereka melupakan terus bagaikan peristiwa itu tidak pernah terjadi.
Kerana marah dileter oleh datuk agak lama, saya mengambil keputusan memprotes perbuatannya itu. Saya mengelakkan diri dari memandang wajahnya serta tidak mahu bertutur walau sepatah pun perkataan dengannya. Sejak lepas makan tengah hari, saya terus meninggalkan rumah. Menghabiskan masa dengan kawan-kawan bermain catur di bawah pokok cempedak dekat surau. Jemu main catur, kami main gasing atau godam. Kawan-kawan bagaikan bersimpati dengan saya. Tidak seorang pun yang mahu bertanya berhubung dengan peristiwa pagi tadi. Mereka melupakan terus bagaikan peristiwa itu tidak pernah terjadi.
“Tamar, aku nak cari
kerja, kau nak ikut?”, Najib anak anggota polis yang baru bersara membisikkan
ke telinga saya. Saya tergamam sebentar. Otak saya ligat berfikir, apakah
cadangan Najib itu wajar saya terima atau saya tolak.
“Kerja apa kau nak
minta?”
“Aku nak minta polis,
aku dapat tahu tak lama lagi polis nak cari orang baru. Aku nak minta kerja tu
di Alor Setar"
“Kenapa nak pergi ke
sana. Alor Setar tu jauh Jib"
“Di sana peluang aku
cerah”
"Peluang kau
cerah di sana?”, saya bertanya hairan. Sukar untuk menerima alasan yang
dikemukakan oleh Najib. Mungkin dia mahu bergurau dengan saya. Mungkin kerana
Najib tidak mahu rancangannya diketahui oleh kawan-kawan yang lain dia segera
menarik tangan saya menuju ke warung Wak Dollah. Kami duduk di bangku yang agak
tersorok dari pandangan orang ramai. Najib minta dua cawan kopi sambil
memberitahu saya:
“Kamu jangan bimbang
Tamar, hari ini aku belanja kamu. Tapi, kamu mesti ingat, aku cuma belanja
minum saja. Kalau kamu makan kuih, sendiri bayar”
"Aku tahu, kamu
bukannya ada duit sangat”
“Kamu bijak",
jawab Najib bérjenaka. Serentak kami ketawa. Beberapa detik kemudian air kopi
yang dipesan diletakkan oleh Wak Dollah atas meja depan kami.
“Sebab aku nak ke
Alor Setar kerana harapan aku nak dapat kerja cukup cerah", Najib membuka
rahsia. Memang saya tahu, kedua orang tua Najib berasal dari Alor Setar. Datang
ke kampung kelahiran saya sejak Najib dilahirkan. Kedua orang tuanya mahu
memperjudikan nasib di rantau orang. Mereka membeli tanah sawah. Ternyata usaha
kedua orang tua Najib berhasil. Dari sekeping tanah, mereka berjaya membeli
berpuluh keping tanah sawah dan jadi orang yang agak kaya dan ternama di
kampung saya.
“Bapa saudara aku
jadi OCPD di Alor Setar, dia boleh tolong rekemenkan aku. Kalau kamu mahu, dia
boleh tolong", satu cadangan dan harapan yang amat baik dari Najib.
Soalnya, apakah datuk bersedia mengizinkan saya pergi ke Alor Setar mengikut
Najib.
“Apa macam nak ikut
tak?", tanya Najib.
“Kena tanya datuk aku
dulu”
“Kalau dia tak
izinkan, macam mana?”
“Aku tak pergilah”
“Tapi, kamu nak jadi
polis, bukan begitu”
“Tentu", saya
anggukkan kepala.
Najib terus menghirup
air kopi. Otak saya terus bekerja untuk mencari jalan bagaimana mahu memujuk
datuk. Kalau permintaan saya tidak diperkenankan apakah yang wajar saya
lakukan.
“Kalau datuk kamu tak kasi, kamu lari saja dari rumah ikut aku", Najib memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya.
“Kalau datuk kamu tak kasi, kamu lari saja dari rumah ikut aku", Najib memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya.
“Itu satu cadangan
yang baik tapi, sulit untuk aku kerjakan Najib”
“Tak sulit, kau bukan
lari untuk selama-lamanya, lari sehari dua untuk cari kerja. Sama ada dapat
kerja atau tidak kau balik juga ke rumah"
“Betul juga cakap
kamu Najib", kata saya riang.
“Jadi", kataku.
“Berjaya", sahut
Najib. Senyum kami pun bertambah lebar. Serentak kami menghirup kopi dalam
cawan hingga habis.
“Bila kita mulakan?”,
saya menyoal tanpa sabar.
“Aku tulis surat dulu
pada bapa saudara aku, bila pemilihan itu mahu diadakan, bila dapat jawapan
kita terus pergi"
“Kau jangan main dan
tipu aku"
“Tidak, aku
berjanji", jawab Najib. Lagi sekali telapak tangan kami bercantum dan
bergoncang. Warung Wak Dollah kami tinggalkan. Saya mula membayangkan betapa
hebatnya saya memakai pakaian seragam polis dengan kayu cota di pinggang.
Bertindak cergas menangkap orang jahat.
Saya senyum sendirian.
No comments:
Post a Comment