DI bawah sinar lampu gasolin yang cerah, saya tatap wajah datuk. Datuk nampak
tenang menarik dan melepaskan nafas. Alang Abdul Rauf terus menggosok batang
cangkul dengan sepasang telapak tangannya. Kawan-kawannya terus menggali kubur
dengan rancak sekali. Bau wangi terus menguasai tanah perkuburan.
Saya terus
mendekati datuk.
“Bau apa
yang wangi tu tuk?”
“Ada mata
tengok, ada telinga dengar.”
Jawapan
yang datuk hamburkan itu amat mengecewakan diri saya. Suara cengkerik dan katak
terus berlarutan. Angin yang bertiup membekalkan rasa dingin ke seluruh tubuh.
Bunyi mata pencebak dan cangkul berlaga dengan tanah jelas kedengaran. Suara
burung hantu dan jampuk sayup-sayup kedengaran.
Salah
seorang dari kawan Alang Abdul Rauf menghampiri kami. Badannya nampak peluh dan
saya terhidu bau hangit yang meloyakan tekak. Saya paling hidung saya ke arah
lain. Tetapi bau hangit itu tetap memburu hidung saya.
“Lap peluh
kamu.”
Alang
Abdul Rauf mencampakkan kain padanya. Orang itu terus menyapu peluh yang
melekat di badan. Ia tersenyum ke arah saya. Ia bagaikan tahu yang saya tidak
menyenangi dirinya.
“Dah jumpa tulang orang mati?” Alang Abdul Rauf mengajukan pertanyaan padanya. Orang itu tidak menjawab, Ia mencapai botol air sejuk di hujung lutut Alang Abdul Rauf.
“Dah jumpa tulang orang mati?” Alang Abdul Rauf mengajukan pertanyaan padanya. Orang itu tidak menjawab, Ia mencapai botol air sejuk di hujung lutut Alang Abdul Rauf.
Saya lihat
buah halkumnya bergerak kencang ketika ia meneguk air dari dalam botol. Kulit
perutnya juga turun bergerak-gerak. Sebahagian dari air yang tidak masuk ke
mulutnya terus jatuh atas dada bidangnya yang berbulu lebat. Ia berhenti minum.
Botol diletakkan kembali dekat hujung lutut Alang Abdul Rauf.
“Kali ni
bukan jumpa tulang,” katanya sambil menyapu kesan air yang melekat di bibirnya.
Saya angkat kepala merenung muka datuk yang kelihatan terkejut. Alang Abdul
Rauf menujah-nujah permukaan tanah dengan ranting kayu.
“Kalau
bukan tulang, kamu jumpa apa?” tanya datuk.
“Mayat tak
reput.”
“Mayat tak
reput?” Alang Abdul Rauf terus berdiri.
“Ya bau
wangi ini, datangnya dari mayat tu,” orang itu tersenyum. Muka Alang Abdul Rauf
nampak resah. Datuk terus menggigit kuku di jari. Saya teraba-raba batang leher
beberapa kali. Badan terasa seram.
“Aku dah
agak bau wangi tu dari kubur yang digali, waktu aku menolong kamu menggali
tadi, makin jauh dikorek makin kuat bau tu menyumbat hidungku,” Alang Abdul
Rauf bersuara lemah. Ia merenung muka datuk sejenak.
“Aku
berhenti mengorek tadi kerana pinggang aku terasa sakit, dan terus duduk dekat
kawan aku ni tapi, bau wangi tu sampai ke sini,” tambah Alang Abdul Rauf sambil
menggeliat beberapa kali.
“Eloklah
kita tengok Alang,” datuk mengeluarkan cadangan. Alang Abdul Rauf mengekori
langkah mereka yang tenang menuju ke kubur yang jaraknya dari tempat saya dan
datuk, kira-kira sepuluh kaki. Datuk dan Abdul Rauf jengok ke lubang kubur.
Kawan Abdul Rauf yang berbadan tegap bercekak pinggang merenung ke arah
kawannya yang sedang berhempas-pulas mengorek kubur yang lagi satu.
Tiba-tiba
saya bagaikan dipaksa untuk melihat ke dalam kubur. Tanpa memberitahu datuk dan
Alang Abdul Rauf saya jenguk lubang kubur. Saya menarik nafas. Apa yang saya
lihat ialah mayat seorang lelaki dalam keadaan yang baik. Wajahnya nampak
bersih dalam keadaan yang tersenyum. Alang Abdul Rauf segera menyuruh kawannya
mengambil kain untuk menutup mayat dalam lubang kubur. Perintah Alang Abdul
Rauf segera dipatuhi.
“Sekarang
kamu pergi ke balai polis, laporkan perkara ni pada tuk sarjan,” kara Alang
Abdul Rauf pada kawannya. Tanpa sebarang bantahan kawannya terus meninggalkan
kami, meredah malam menuju ke arah jalan raya pergi ke balai polis. Embun
jantan yang gugur dari langit terasa menyentuh muka.
Saya mula
menguap, bau tanah kubur yang baru dikorek memang kurang menyenangkan hidung
saya. Sesekali saya tercium bau kapur barus dan bau air mawar. Saya tidak tahu,
apakah bau tersebut tercium oleh datuk dan Alang Abdul Rauf. Bunyi dedaun yang
disentuh angin bagaikan bunyi tapak kaki orang memijak daun getah di musim
kemarau. Bunyinya bersambung-sambung.
“Dah
kurang bau wanginya,” ujar Alang Abdul Rauf pada datuk yang sedang meraba-raba
misainya. Mulut datuk tetap bergerak. Entah apa yang dibacanya saya sendiri pun
tidak tahu.
“Ya, tapi bau ni takkan hilang terus,” sanggah datuk.
“Ya, tapi bau ni takkan hilang terus,” sanggah datuk.
“Mana awak
tahu?”
“Bukankah
bau tu datang dari mayat, waktu begini bau kurang, menjelang subuh dan pagi
baunya bertambah harum dan kuat,” jelas datuk lagi.
“Eh, macam
mana awak tahu semuanya ni?” Alang Abdul Rauf tatap muka datuk di bawah sinar
lampu gasolin yang memancar terang. Saya terus merenung ke arah kawan Alang
Abdul Rauf yang sedang menggali kubur yang lagi satu.
Sesekali
saya terdengar suara mereka ketawa berselang seli dengan suara batuk. Barang
kali kawan Alang Abdul Rauf yang itu tidak menghadapi masalah. Kalau ada
masalah terus mereka datang ke sini, kata hati saya sambil menggaru pangkal
leher yang gatal akibat digigit nyamuk.
“Awak tahu
makin terasa cuaca sejuk, makin kuat baunya, saya dah tahu, sebabnya dalam
cuaca yang sejuk udara tidak dapat bergerak dengan lancar, sentiasa
berpusing-pusing sebelum bergerak lebih jauh,” saya lihat datuk bersuara dengan
tenang dan penuh keyakinan.
Apakah cakap datuk itu memang benar atau sengaja di ada-adakan bagi menyenangkan hati Alang Abdul Rauf. Saya lihat Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di pinggang. Rasa seram tetap menguasai seluruh badan saya.
Apakah cakap datuk itu memang benar atau sengaja di ada-adakan bagi menyenangkan hati Alang Abdul Rauf. Saya lihat Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di pinggang. Rasa seram tetap menguasai seluruh badan saya.
“Pak Alang
ke mari.”
Serentak
kami memandang ke arah suara memanggil nama Alang Abdul Rauf. Dua orang lagi
kawan Alang Abdul Rauf yang bersandar pada sebatang pokok terus mendekati
datuk. Saya lihat muka keduanya sangat pucat.
“Kamu ke
mana? Diam tak bercakap,” Alang Abdul Rauf menyoal kedua-dua orang kawannya
dengan wajah bersahaja.
PUTUS
Suara burung hantu dan jampuk masih berterusan. Laungan anjing tidak pernah putus. Tetapi, deru angin malam bertambah lemah.
Suara burung hantu dan jampuk masih berterusan. Laungan anjing tidak pernah putus. Tetapi, deru angin malam bertambah lemah.
“Kamu
tengok apa yang dia orang mahu. Tolong dia orang, kalau ada apa-apa masalah
datang bagi tahu aku di sini,” Alang Abdul Rauf mengeluarkan penintah.
“Baiklah
Pak Alang,” kedua-duanya meninggalkan kami.
“Mari kita
duduk di sana,” Alang Abdul Rauf meluruskan jari kelingkingnya ke arah sebatang
pokok kayu condong.
“Boleh
juga, datuk.
“Mari.”
Kami bertiga terus menuju ke pokok condong. Duduk di situ. Datuk dan Alang Abdul Rauf duduk berdekatan hingga berlaga bahu. Saya duduk berdepan dengan mereka. Saya lihat datuk resah tidak menentu.
Kami bertiga terus menuju ke pokok condong. Duduk di situ. Datuk dan Alang Abdul Rauf duduk berdekatan hingga berlaga bahu. Saya duduk berdepan dengan mereka. Saya lihat datuk resah tidak menentu.
Dalam saat
yang sama saya bagaikan terasa ada sesuatu yang bergerak di ruang kosong,
antara saya dengan Alang Abdul Rauf. Saya rasa benda yang bergerak dan tidak
dapat dilihat itu seperti kaki gajah. Dedaun kering dan reranting kecil nampak
bergerak dan terbenam di bumi macam dipijak sesuatu. Meninggalkan tapak yang
besar. Bentuknya macam tapak kaki manusia yang berjari empat.
Alang
Abdul Rauf segera bangun. Sebaik saja Alang Abdul Rauf berdiri. Ia terus jatuh
terlentang macam ditolak sesuatu, baju Melayu yang dipakainya terkoyak bagaikan
kena rentap oleh tangan manusia. Saya segera menghampiri Alang Abdul Rauf.
Dadanya bercalar bagaikan dicakar oleh kuku kucing hutan. Muka Alang Abdul Rauf
berkerut menahan kesakitan.
Datuk
segera bertindak, merentap daun gelenggang yang berbunga tunggal di kanannya.
Daun itu digosoknya dengan kedua belah telapak tangan hingga hancur dan
mengeluarkan air. Kemudian, air dan daun gelenggang itu disapu ke dada Alang
Abdul Rauf. Darah berhenti keluar dan bekas kena cakar itu nampak kering.
“Aduh!”
Saya terus berguling di tanah. Bahu kanan saya bagaikan ditikam dengan pisau belati. Pedih dan sakitnya hingga tidak terkata. Dalam pandangan yang berpinar-pinar itu, saya lihat datuk bergerak ke sana dan ke sini sambil mengembangkan tangannya. Menepis ke kiri dan ke kanan. Tidak tahu apa yang datuk tepiskan. Saya tidak nampak ada orang yang menyerangnya. Pokok-pokok kecil sekitar pokok condong jadi rata akibat dipijak oleh datuk.
Saya terus berguling di tanah. Bahu kanan saya bagaikan ditikam dengan pisau belati. Pedih dan sakitnya hingga tidak terkata. Dalam pandangan yang berpinar-pinar itu, saya lihat datuk bergerak ke sana dan ke sini sambil mengembangkan tangannya. Menepis ke kiri dan ke kanan. Tidak tahu apa yang datuk tepiskan. Saya tidak nampak ada orang yang menyerangnya. Pokok-pokok kecil sekitar pokok condong jadi rata akibat dipijak oleh datuk.
Alang
Abdul Rauf mula bertenaga. Duduk bersila di tanah sambil melagakan jari
telunjuk dengan ibu jari berkali-kali seperti orang membilang tasbih. Pandangan
saya jadi gelap dan saya terdengar suara orang membaca Quran. Saya mengikut
pembacaan itu dalam hati sambil menyerahkan diri pada Allah yang maha besar.
Saya terdaya membuka kelopak mata. Saya toleh ke kanan, saya lihat Alang Abdul
Rauf sedang membaca ayat-ayat suci.
Datuk yang
tertiarap di bumi bangun perlahan-lahan. Sekujur tubuhnya berpeluh dan baju
yang dipakainya penuh dengan tanah kubur. Alang Abdul Rauf berhenti membaca
ayat-ayat suci dan membantu datuk. Saya masih lagi terkapar menahan rasa sakit.
Datuk menghampiri saya lalu menampar bahu saya yang sakit. Lagi sekali saya
terus pengsan. Tidak tahu berapa lama saya tidak sedarkan diri. Bila saya sedar
saya rasa bahu saya tidak sakit lagi.
Datuk
terus mengikat ranting kering dengan kain hitam. Ranting kering itu ikat
bersusun. Ranting kering yang sudah diikat itu terus dipijak hingga terbenam
dalam bumi. Suasana terasa amat sepi sekali.
“Syaitan
kacau kita,” Alang Abdul Rauf.
“Saya
tahu,” balas Alang Abdul Rauf.
“Apa
ikhtiar kita?”
“Usah
bimbang, kuasa Allah tak ada sesiapa yang dapa menentangnya,” balas Alang Abdul
Rauf penuh keyakinan.
“Aghhhhh”
Serentak saya dan Alang Abdul Rauf serta datuk menoleh ke kanan. Kami terbangun. Dari celah pepohon di atas perkuburan kami terlihat satu lembaga yang amat menggerunkan, lembaga tanpa badan itu bagaikan muncul dari pohon. Kami berpandangan sama sendiri. Mata saya kembali tertumpu pada lembaga tersebut. Keadaannya amat menakutkan.
Serentak saya dan Alang Abdul Rauf serta datuk menoleh ke kanan. Kami terbangun. Dari celah pepohon di atas perkuburan kami terlihat satu lembaga yang amat menggerunkan, lembaga tanpa badan itu bagaikan muncul dari pohon. Kami berpandangan sama sendiri. Mata saya kembali tertumpu pada lembaga tersebut. Keadaannya amat menakutkan.
Mulutnya
cukup lebar hingga bertemu dengan telinga. Bibir bawahnya nipis di pagar dengan
gigi yang halus dan putih, macam gigi ikan haruan. Biji matanya agak tersorok
jauh ke dalam, memancarkan sinar yang garang.
Datuk
menarik nafas dengan kencang sekali. Alang Abdul Rauf toleh kiri dan toleh
kanan. Kulit mukanya nampak pucat. Perhatian saya masih tertumpu pada lembaga
tanpa badan. Rambutnya yang kusut masai menutup dahinya yang luas dan terdapat
bekas jahitan hingga ke pangkal leher.
Kulit
pipinya nampak lembik ke kanan dan ke kiri bersama gerak darah segar. Hidungnya
rasa sama dengan kulit pipi. Bila matanya yang kebiru-biruan menatap muka saya
seluruh badan saya menggeletar. Bibir Alang Abdul Rauf membaca ayat Qursi
lembaga itu membuka mulutnya lebar-lebar serta menjelirkan lidahnya yang
panjang macam lidah cicak. Setiap kali lidahnya bergerak, keluar air lendir
berwarna putih.
Alang
Abdul Rauf terus membaca ayat-ayat suci. Saya terdengar bunyi ombak yang kuat.
Aneh sekali, macam mana suara ombak boleh terdengar di tanah kubur sedangkan
laut berpuluh-puluh batu jaraknya. Dalam gemuruh bunyi ombak itu lembaga yang
berada di depan kami terus hilang.
Suasana
kembali tenang. Tiada deru ombak, tiada lembaga putih tanpa kepala di depan
mata. Tetapi, keresahan tetap terbayang di wajah Alang Abdul Rauf dan datuk.
Mata mereka sentiasa saja mengawasi kiri dan kanan. Bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan yang buruk.
“Rasanya
tak ada apa-apa yang nak ganggu kita,” datuk renung muka Alang Abdul Rauf.
Perlahan-lahan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala.
“Tapi,
rasanya ada baik kita tinggalkan tempat ini,” suara Alang Abdul Rauf lemah.
Matanya tertumpu ke arah kawan-kawannya yang sudah berhenti menggali kubur.
“Kita ke
sana, tengok apa yang dia orang dapat,” tambah Alang Abdul Rauf.
“Mari,”
Alang Abdul Rauf cuit bahu datuk.
“Boleh
juga,” balas datuk.
Sebelum
melangkah saya merenung arah kubur yang sudah digali. Teringin rasa hati mahu
melihat mayat yang tidak reput dan berbau wangi. Tidak mungkin saya pergi ke
situ sendiri tanpa ditemani oleh datuk dan Alang Abdul Rauf.
“Mari,”
datuk tarik tangan saya. Sinar lampu gasolin terus menerangi kawasan kubur.
Sayang, sinar lampu tersebut tidak mampu menerangi jalan yang bakal kami lalui.
Terpaksa menggunakan lampu picit.
Bila sudah
hampir dengan kubur yang digali oleh kawan-kawan Alang Abdu Rauf lampu picit
tidak perlu digunakan lagi kerana sinar lampu gasolin yang terpasang di tempat
mereka bekerja cukup terang.
Apa yang
menghairankan saya, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang berhenti rehat dan
menggali kubur itu menutup hidung mereka dengan kain yang diikat ke belakang.
Saya tersenyum melihat cara mereka yang sekaligus mengingatkan saya pada filem
cowboy dalam adegan rompakan.
“Awak ada
tercium bau busuk?” tanya datuk pada Alang Abdul Rauf.
“Ada,
dahlah busuk hapak pula,” Alang Abdul Rauf seperti merungut.
LUBANG
Kian hampir dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf, makin kuat bau busuk itu menyucuk lubang hidung. Saya tidak dapat menggambarkan bau busuk itu. Saya bagaikan mahu muntah tetapi, saya berusaha menahannya dengan menekan ibu jari ke pangkal dagu hingga terasa sakit.
Kian hampir dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf, makin kuat bau busuk itu menyucuk lubang hidung. Saya tidak dapat menggambarkan bau busuk itu. Saya bagaikan mahu muntah tetapi, saya berusaha menahannya dengan menekan ibu jari ke pangkal dagu hingga terasa sakit.
“Dari mana
bau busuk ini?” Alang Abdul Rauf menyoal kawan-kawannya. Salah seorang dari
kawan Alang Abdul Rauf meluruskan jari telunjuknya pada pada tanah kubur yang
bertimbun.
“Dah jumpa tulang mayat?” tambah Alang Abdul Rauf.
“Dah jumpa tulang mayat?” tambah Alang Abdul Rauf.
Serentak
kawan-kawannya gelengkan kepala. Datuk dan saya hanya berdiam diri saja.
“Kita tak boleh lambat, kita mesti selesaikan segera,” Alang Abdul Rauf bersuara dalam nada yang penuh kesal. Kawan-kawannya berpandangan sama sendiri. Angin tetap bertiup. Suara lolong anjing kian menjadi-jadi. Suara jampuk dan burung hantu tetap rancak bersenandung riang. Saya menggaru batang leher dua tiga kali. Datuk memetik beberapa daun pokok yang berdekatan. Saya tidak tahu kenapa datuk memetik dedaun tersebut.
“Kita tak boleh lambat, kita mesti selesaikan segera,” Alang Abdul Rauf bersuara dalam nada yang penuh kesal. Kawan-kawannya berpandangan sama sendiri. Angin tetap bertiup. Suara lolong anjing kian menjadi-jadi. Suara jampuk dan burung hantu tetap rancak bersenandung riang. Saya menggaru batang leher dua tiga kali. Datuk memetik beberapa daun pokok yang berdekatan. Saya tidak tahu kenapa datuk memetik dedaun tersebut.
“Mari kita
korek,” Alang Abdul Rauf ambil cangkul dari salah seorang kawannya.
“Kami
bukan tak mahu korek, kami tak tahan dengan bau busuk,” kawan Alang Abdul Rauf
menerangkan dengan penuh jujur. Alang Abdul Rauf melepaskan ulu cangkul yang
dipegangnya. Sepasang matanya merenung tajam pada datuk. Datuk segera
menghampirinya dan menyerahkan daun pada Alang Abdul Rauf.
“Buat
apa?” tanya Alang Abdul Rauf.
“Gulung
dan sumbatkan dalam lubang hidung, tentukan nafas boleh keluar, kalau tidak
awak mati lemas,” ujar datuk. Alang Abdul Rauf segera mematuhi cakap datuk.
“Memang,
tak ada bau busuk,” katanya dengan suara yang meninggi. Kawan-kawannya segera
menerkam ke arah datuk. Mereka mengambil daun dari datuk. Digulung dan disumbat
ke lubang hidung. Kemudian Alang Abdul Rauf terus menggali kubur di bawah sinar
lampu gasolin.
Saya
berdiri di tepi kubur, entah apa malangnya daun yang saya sumbat ke lubang
hidung kerap kali jatuh. Bila daun itu jatuh. Bau busuk segera masuk ke lubang
hidung.
Tetapi
entah mengapa saya tidak merasa jemu atau penat mengambil daun yang jatuh dari
lubang hidung untuk disumbatkan kembali. Kalau tadi datuk tidak mahu melibatkan
diri dalam urusan menggali kubur, kali ini ia terus ambil cangkul dan
mengkais-kais tanah sekitar kubur. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya
menyambung kembali kerja yang terhenti.
Saya tetap
berada di sisi datuk. Ke mana ia bergerak, di situlah saya berada. Saya tidak
mahu bila ada kejadian buruk yang berlaku, saya terpisah dari datuk.
Saya
kurang ilmu dan kurang pengalaman ditambah pula dengan usia yang masih hijau.
Jadi saya memerlukan seseorang yang boleh jadi tempat saya berlindung. Buat
saat ini, saya kira orang yang paling layak sekali ialah datuk.
Salab
seorang dari kawan Alang Abdul Rauf melompat dari dalam kubur ke tebing. Tanpa
berkata sesuatu ia terus mengambil lampu gasolin lalu diletakkan betul-betul di
tepi lubang kubur. Cahaya dari lampu gasolin itu menyinari seluruh perut kubur.
“Mayatnya
tak reput juga,” suara Alang Abdul Rauf lantang. Saya terus menerpa ke tebing
kubur. Rasa takut hilang diatasi oleh rasa ingin melihat dengan apa yang dikatakan
oleh Alang Abdul Rauf. Datuk juga mencangkung di tepi kubur melihat mayat yang
dikatakan tidak reput itu.
Alang
Abdul Rauf bersama dua orang kawannya naik ke tebing kubur. Manakala kawan yang
lain berada dalam kubur. Orang yang berada dalam kubur segera mengangkat mayat
tersebut dengan hati-hati sekali.
“Kita
sambut mayat tu baik-baik,” Alang Abdul Rauf keluarkan arahan. Saya ditolak
oleh datuk ke kanan. Saya tahu, datuk tidak mahu saya berdiri dekatnya. Boleh
menghalang kerjanya dan kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang mahu menyambut mayat
itu.
Saya
merasa beruntung, bila saya berubah tempat ke kanan, saya dapat melihat
gerak-geri mereka dengan jelas sekali. Setiap pergerakan mereka tidak terlepas
dari pandangan saya. Mereka mengangkat mayat itu dengan berhati-hati sekali.
Begitu juga dengan pihak yang menyambutnya tetap berhati-hati dan berjaga.
Mereka bagaikan tidak mengizinkan mayat yang tidak reput itu terjatuh atau
sebagainya.
Mayat itu
selamat sampai di atas. Dietakkan di tanah yang bersih dengan beralaskan kain
bekas tepung gandum yang sudah dicantumkan. Ketika melihat mayat yang terbujur
di depan mata, entah macam mana daun yang saya sumbatkan ke dalam kedua-dua
lubang hidung terjatuh.
Saya jadi
resah dan terus menekup mulut menahan rasa mahu muntah. Sekarang sudah pasti,
bau busuk yang meloyakan tekak itu datangnya dari mayat yang terbujur di depan
saya. Di bawah sinar lampu gasolin yang memancar itu, saya lihat kuku dan
jejari mayat itu membelit bahagian dadanya. Wajah mayat itu amat menyeramkan.
“Jangan
tengok,” salah seorang kawan Alang Abdul Rauf berbisik pada saya, “belum pernah
saya tengok mayat macam ini, badan saya jadi seram sejuk, kalau orang dewasa
macam saya rasa satu macam, apa lagi kamu,” tambah orang itu. Saya diam,
cakapnya memang benar. Tetapi, keinginan saya yang tinggi tidak mengizinkan
hati saya mematuhi cakapnya.
“Jangan
tengok, Tamar”, kata datuk.
“Tutup
saja mayat itu dengan kain,” ujar Alang Abdul Rauf. Dan mayat yang menakutkan
itu pun ditutup dengan kain. Datuk duduk dan sandarkan badan pada sebatang
pohon. Alang Abdul Rauf dan kawan-kawannya terus mencari kayu untuk dijadikan
pengusung untuk membawa mayat itu keluar dari kawasan perkuburan.
Tiba-tiba
saya terpandangkan kain penutup mayat bergerak macam ditolak sesuatu dari
dalam. Kemudian kain di hujung kaki mayat itu juga bergerak. Saya segera
mendekati datuk. Saya lihat datuk tenang. Saya pandang ke arah mayat kembali.
Kali ini saya lihat mayat itu terus duduk mencangkung dengan kain menutup
tubuh. Saya jadi cemas.
“Mayat itu
duduk tuk.”
“Kau
jangan mengarut, orang dah mati macam mana boleh bangun atau bergerak.”
“Kalau tak percaya cuba tuk tengok.”
“Kalau tak percaya cuba tuk tengok.”
Datuk
segera renung ke arah mayat tersebut. Datuk tersenyum lalu menepuk kepala saya
beberapa kali. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala seraya berkata:
“Aku tak
nampak mayat itu bangun, tetap baring maca tadi.”
“Saya
nampak tuk.”
“Tengok
mayat tu duduk mencangkung,” tambah saya sambil merenung ke arah mayat. Dua
tiga kali saya gosok kelopak maca. Mayat itu tetap mencangkung.
Aneh
kenapa pandangan datuk dan saya berbeza pada mayat itu. Apakah mata saya sudah
rosak? Fikir saya sambil menggosok-gosok mata.
“Kamu
mengantuk,” tambah datuk.
“Tidak,”
balas saya.
“Renung
muka aku, Tamar.”
Saya terus
renung muka datuk. Saya terdengar suara datuk membaca Bismillah dan dituruti
dengan pembacaan ayat Alhamdulillah hingga akhir. Sebaik saja pembacaan itu
tamat, telapak tangan datuk menyapu sepasang kelopak mata saya tiga kali
berturut-turut.
Pandangan
saya jadi berpinar-pinar. Lampu gasolin yang tergantung saya lihat jadi dua,
begitu juga dengan kawan-kawan Alang Abdul Rauf. Semuanya nampak kembar.
Kelopak mata saya pejam celikkan berkali-kali.
“Kau
nampak mayat tu duduk mencangkung lagi?”
Pertanyaan
datuk itu tidak saya jawab. Saya arahkan sepasang mata pada mayat. Ternyata
mayat yang saya lihat sebentar tadi duduk mencangkung tetap baring kaku. Muka
datuk saya tatap sejenak.
“Pelik dah
memang sah, saya nampak mayat tu duduk mencangkung macam mana pula sekarang dia
baring,” kata saya dengan rasa takjub. Datuk menggaru pangkal keningnya
berkali-kali.
“Apa yang kamu lihat tadi bukannya mayat tetapi syaitan yang menyerupai mayat,” jelas datuk.
“Kalau begitu kita balik saja tuk, saya tak suka melihat benda-benda yang ganjil.”
“Apa yang kamu lihat tadi bukannya mayat tetapi syaitan yang menyerupai mayat,” jelas datuk.
“Kalau begitu kita balik saja tuk, saya tak suka melihat benda-benda yang ganjil.”
“Sabar,
kita tunggu sampai semua urusan mereka selesai.”
Saya
menarik nafas dalam-dalam. Kata-kata datuk itu terus saya patuhi. Kalau saya
membantah, pasti datuk menyuruh saya pulang sendirian. Mana mungkin saya berani
berjalan seorang diri di kawasan kubur yang telah membekalkan saya dengan
berbagai-bagai peristiwa yang tidak menyenangkan.
Malam kian
larut, rasa dingin kian hebat mencengkam kulit tubuh. Lolongan anjing sudah pun
berhenti tetapi, suara jampuk dan burung hantu tetap kedengaran tetapi tidaklah
serancak tadi.
Angin
tidak lagi bertiup. Titisan embun tetap berlanjutan. Dedaun kering di permukaan
tanah kubur melahirkan bunyi bila dirayapi oleh serangga liar yang berjalan
malam.
Beberapa
orang rakan Alang Abdul Rauf sandarkan badan ke pangkal pokok. Ada di antara
mereka yang terlelap dan berdengkur. Suasana di tanah perkuburan lama itu
terasa amat sepi sekali. Datuk dan Alang Abdul Rauf kelihatan tidak mengantuk.
CAKAP
Tiba-tiba suasana sepi dan hening di tanah perkuburan lama itu diganggu oleh bunyi ranting patah macam dipijak oleh manusia, serentak dengan itu juga terdengar bunyi suara orang bercakap yang sukar difahami maksudnya.
Tiba-tiba suasana sepi dan hening di tanah perkuburan lama itu diganggu oleh bunyi ranting patah macam dipijak oleh manusia, serentak dengan itu juga terdengar bunyi suara orang bercakap yang sukar difahami maksudnya.
Ada cahaya
menyuluh ke arah pepokok besar di kawasan perkuburan. Agak sukar menentukan
dari arah mana cahaya itu datang. Saya lihat muka datuk dan datuk pandang muka
Alang Abdul Rauf dengan rasa yang cemas.
Secara
mendadak saja rakan-rakan Alang Abdul Rauf yang terlena di pangkal pokok segera
bangun, mereka bagaikan digerakkan oleh sesuatu yang aneh. Mata mereka nampak
merah dan muka membayangkan rasa takut.
“Kenapa?”
tanya datuk.
“Saya
mimpi mayat ini bangun dan mahu mencekik leher saya,” kata kawan Alang Abdul
Rauf yang bertahi lalat di pipi kiri. Bila ditanya pada kawan-kawannya yang
lain, semuanya mengakui mengalami mimpi yang sama. Bagaimana perkara macam ini
boleh terjadi? Lima orang mengalami mimpi yang sama, hati kecil saya bersuara.
Alang
Abdul Rauf menyuruh rakan-rakannya membasuh muka dengan air yang dibawa (air
itu diisi dalam botol besar, yang bertujuan untuk dibuat air minuman). Cakap
Alang Abdul Rauf segera dipatuhi. Suara orang bercakap dan bunyi tapak kaki
memijak reranting kering kian kuat.
No comments:
Post a Comment