DATUK terus batuk di depannya. Perempuan cantik itu berhenti mengoyak-ngoyak
kertas. Matanya merenung muka datuk. Matanya kelihatan bersinar-sinar.
“Siapa
nama kamu,” tanya datuk. Perempuan cantik terus membisu. Orang yang ada di situ
terus mengetawakan datuk. Mereka mengira perbuatan datuk itu, satu perbuatan
yang bodoh kerana bercakap dengan orang gila.
Saya lihat
air muka datuk berubah. Tanpa diduga perempuan cantik itu terus menampar muka
datuk. Suara ketawa dari orang-orang yang mengelilingi perempuan cantik kian
kuat. Muka datuk jadi merah, saya kira datuk terasa malu. Perempuan cantik itu
terus meludah muka datuk.
Saya lihat
datuk menggigit bibir. Saya mula cemas, bila kedua-dua belah daun telinga datuk
bergerak-gerak. Saya tahu bila daun telinga datuk bergerak, ertinya dia sudah
berada dalam tahap kemarahan yang amat hebat. Orang-orang yang ada di situ
terus mengetawakan datuk.
Beberapa
orang pemuda yang kurang ajar mengeboo-boo diri datuk. Datuk toleh kiri, toleh
kanan. Dia sudah dapat mengawal rasa marahnya.
“Eh,
syaitan, kamu buat apaaa...,” pekik datuk sekuat hati.
Suaranya
dapat didengar oleh seluruh penduduk kampung. Orang yang mengetawakan dirinya
terkejut dan ada yang bertempiaran lari tidak tentu hala. Dalam sekelip mata
sahaja datuk sudah berdiri sambil mencekak pinggang.
Perempuan
cantik, anak Malik Cina jatuh terlentang dan terus pengsan. Terkapar di perdu
manggis macam mayat. Orang yang berkumpul terus hilang entah ke mana. Datuk
masih lagi berdiri, Malik Cina dan isterinya tergamam, tidak berkata sepatah
apa pun, macam orang kena pukau.
“Anak kamu
disihir, bawa dia ke tempatnya, jangan dirantai kakinya,” ujar datuk pada Malik
Cina. Tanpa membuang masa sepasang suami isteri itu mengusung anak kesayangan
mereka ke bilik khas.
Ketika
tubuh perempuan cantik itu diusung, di kaki langit mula kelihatan awan
kemerah-merahan. Sebentar lagi, matahari akan menyelesaikan tugasnya. Datuk
kembali ke ruang anjung rumah. Datuk minta segelas air dan tujuh biji beras
dari Malik Cina. Barang yang diminta itu segera diadakan. Datuk masukkan tujuh
biji beras ke dalam gelas yang berair. Datuk membaca sesuatu pada air tersebut.
“Sapukan
air ini ke mukanya, dan separuh lagi beri dia minum, kalau ada lebih lagi,
sapukan pada pergelangan tangan dan kakinya,” datuk menyerahkan gelas berisi
air dan tujuh biji beras pada Malik Cina. Malik Cina pun membawa gelas itu ke
bilik anaknya.
Saya pun
menyandarkan badan ke dinding sambil memicit jejari di kaki. Datuk meluruskan
kedua belah tangan lantas diletakkan atas sepasang kepala lututnya. Mata datuk
terus menikam tikar mengkuang yang terbentang menutup lantai.
Sinar
matahari yang lembut menjalani lantai rumah. Angin pun menghantar rasa dingin.
Tetapi, hati saya masih panas dengan sikap orang-orang kampung yang
mengejek-ngejek datuk. Tidak ada budi bahasa, tidak ada timbang rasa.
Mereka
mencari kepuasan dan hiburan dari penderitaan orang lain. Mereka ketawa melihat
anak perempuan Malik Cina yang suka mengoyakkan kain dan kertas. Mereka ketawa,
bila anak perempuan Malik Cina menampar muka datuk. Mulut mereka melahirkan
rasa simpati sedangkan hati tidak begitu.
Semua
persoalan itu berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. Bibir terus saya
gigit. Datuk masih lagi tunduk merenung lantai. Saya alihkan pandangan ke
halaman rumah Malik Cina yang bersih. Angin lembut terasa menampar wajah.
Datuk
batuk, bagaikan kilat saya merenung kearahnya. Saya lihat datuk masih lagi
tunduk dengan sepasang tangan berada atas tempurung lutut. Saya mula bosan
berhadapan dengan suasana begini. Terasa jemu tidak menentu.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Ya tuk.”
“Apa yang
kau fikirkan.”
“Tak ada
apa-apa tuk.”
“Betul,
kau tak fikir apa-apa?”
“Betul
tuk.”
Datuk
terus menegakkan badannya. Lengan yang berada atas tempurung lutut berubah
tempat. Kedua belah telapak tangan datuk menekan tikar mengkuang. Saya lihat
datuk berada dalam keadaan yang aman sekali. Wajahnya kelihatan tenang dan
damai.
Saya
segera mendekati datuk. Saya berharap dalam keadaan yang bosan dan menjemukan
itu, datuk mahu bercakap-cakap atau bercerita apa sahaja. Kalau datuk meluahkan
nasihat. Saya sanggup menerimanya. Andainya, datuk menceritakan tentang zaman
kanak-kanak hingga ke zaman remaja, saya sanggup mendengarnya. Asalkan rasa
jemu dan bosan hilang dari hati.
Datuk
jeling saya bersama senyum nipis. Bahu saya ditepuknya. Datuk bersedia untuk
mengungkapkan sesuatu.
Mulutnya
nampak seakan-akan bergerak-gerak. Saya kesal, gerakan bibirnya tidak
mengeluarkan suara. Diganggu oleh jeritan yang memanjang dan nyaring.
“Dia
menjerit lagi,” kata datuk dengan wajah yang resah. Saya terdengar bunyi keras
dan kain dikoyak berturut-turut. Datuk segera berdiri. Malik Cina keluar dari
bilik khas anaknya menemui datuk.
“Dia
mengamuk lagi, dia menendang emaknya dan mengoyakkan kain gebar dan cadar
katil,” beritahu Malik Cina sambil menelan air liur. Keresahan dan kebimbangan
jelas terpamer di mukanya. Malik Cina tidak tentu arah. Sekejap garu batang
leher, sekejap garu telinga capangnya.
“Apa yang
mesti saya buat? Bagaimana kalau kakinya saya rantaikan semula,” Malik Cina
renung muka saya dan saya hadiahkan senyum untuknya.
Suara
jeritan kian lantang diikuti dengan bunyi tapak kaki orang berlari. Terdengar
bunyi kaca pecah berderai. Dinding rumah terus ditendang bertalu-talu. Malik
Cina memulakan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya. Datuk terus memegang
tangan kirinya.
Malik Cina
agak terkejut, bibir bawahnya yang tebal nampak bergerak. Keningnya agak
terangkat sedikit. Suara jeritan anak perempuannya terus menguasai kampung.
“Jangan
rantai dia,” kata datuk.
“Bagaimana,
kalau dia lari dari rumah dan mengacau orang kampung?”
“Bersabar,
sekejap lagi dia berhenti, air yang aku berikan tadi, ada lagi atau dah habis?”
“Air tadi, dah habis.”
“Air tadi, dah habis.”
“Tak apa,
ambil air lain, cepat sikit,” desak datuk. Malik Cina anggukkan kepala.
Datuk
terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Kemudian melangkah
dengan tenang di ruang anjung. Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang.
Datuk sedang memikirkan sesuatu. Malik Cina segera meninggalkan kami menuju ke
ruang dapur.
Setelah
puas bergerak ke sana ke sini, datuk terus duduk bersila sambil sandarkan badan
ke dinding. Lutut kanan didirikan dan dahinya terus bertemu dengan tempurung
lutut Saya kurang senang melihat datuk dalam keadaan demikian. Saya segera
menghampirinya.
“Ada
apa-apa masalah tuk?”
“Tak ada
apa-apa, kalau ada pun kau tak boleh menolongnya,” jawab datuk tanpa memandang
wajah saya. Datuk menyindir saya. Tetapi, saya masih tersenyum. Suara jeritan
anak Malik Cina terus berlanjutan. Beberapa orang jiran tetangga mula datang.
“Kurang
elok kalau ramai sangat jiran-jiran datang,” rungut datuk sambil menjatuhkan
lutut kanannya. Matanya tertumpu pada wajah saya yang tidak dapat menangkap
maksud dari kata-katanya itu.
“Boleh
menganggu kerja aku, lagipun yang datang ni cuma nak tengok, kemudian jadikan
bahan cenita pada orang lain yang tak sempat datang,” tambah datuk lagi. Saya
lihat buah halkum di batang lehernya bergerak-gerak, bila datuk menelan air
liur.
Malik Cina
datang. Segelas air sejuk diserahkan pad datuk. Saya lihat datuk memperhatikan
air dalam gelas dengan teliti. Malik terus duduk bersila di depan datuk.
Perlahan-lahan datuk menjentik lantai tiga kali berturut-turut. Suara jeritan
anak Malik Cina beransur kurang dan lemah akhirnya hilang terus.
Dengan wajah yang tenang datuk mendekatkan gelas berisi air sejuk ke bibir. Saya lihat bibir datuk bergerak agak perlahan-lahan sekali. Dari gerak bibirnya itu, saya dapat meneka bahawa datuk sedang membaca Fatihah dengan khusyuk sekali. Malik Cina hanya melihat semua gerak-geri datuk dengan teliti.
KELAM
Saya renung ke halaman rumah. Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi, langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi bertiup. Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik Cina. Meraka agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelakuan aneh Malik Cina.
Saya renung ke halaman rumah. Keadaan hari sudah beransur kelam. Tetapi, langit dan awan kelihatan cerah sekali. Angin tidak sekencang tadi bertiup. Beberapa orang jiran tetangga mula meninggalkan rumah Malik Cina. Meraka agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan kelakuan aneh Malik Cina.
“Sudah tak
menjerit lagi?” Bisik saya pada Malik Cina. Tidak ada jawapan yang saya terima
tetapi, ekor mata datuk menikam ke wajah saya. Dia dengar dengan jelas apa yang
saya bisikkan pada Malik Cina. Anak telinga datuk cukup tajam.
“Agaknya,
dia dah letih,” kata datuk. Saya dan Malik Cina segera merenung ke arah datuk.
Dan tanpa membuang masa, datuk terus menyerahkan gelas berisi air sejuk pada
Malik Cina. Air dalam gelas kelihatan bergerak serta berkocak kecil tetapi
gelas bertukar tangan dari datuk ke Malik Cina.
“Lagi apa
yang mesti saya buat?”
“Buat
macam air pertama yang aku berikan pada kamu tadi.”“Saya ingat”
“Bagus,
aku ingatkan lagi sekali, air pertama untuk basuh muka, untuk minum, sapu
pergelangan tangan dan kaki tetapi, air ini ditambahkan sedikit caranya iaitu
menyapu pangkal dagunya,” datuk mengulanginya dengan harapan Malik Cina tidak
akan melakukan kesilapan.
“Baik-baik
air tu berkocak,” saya terus menudingkan jari telunjuk ke arah gelas yang
ditatang oleh Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memperlahankan langkah dan
mengurangkan goyang tangan hingga air dalam gelas tidak berkocak dan meleleh di
bibir gelas. Malik Cina meneruskan langkahnya menuju ke bilik khas anaknya.
“Dengan
izin Allah penyakitnya hilang,” suara datuk lembut dan ditujukan pada saya. Sebagai
jawapan, saya anggukkan kepala dengan harapan apa yang diingini oleh datuk
bakal menjadi kenyataan.
Datuk
terus merenung ke halaman datuk. Dahi luasnya dikerutkan. Datuk menggerakkan
lehernya ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh terus hilang. Datuk
menggeliat.
“Waktu
Maghrib dah nak masuk Tamar,”
“Ya, kita
nak sembahyang di rumah atau di masjid tuk?”
“Aku fikir
berjemaah lebih baik, pahalanya lebih, jum kita ke masjid”
“Saya
mengikut saja.”
Datuk
membetulkan baju yang dipakai. Meraba kaki seluar dan membetulkan letak
songkok. Kain pelekat yang tersangkut di bahu datuk raba dua tiga kali. Saya
menarik nafas terhibur mendengar kicau burung yang terbang pulang sarang.
Malik Cina
mendekati datuk. Saya lihat pakaian Malik Cina agak kemas. Rasa cemas tidak
terpamer di wajahnya. Sesekali ia melepaskan senyum bila terpandangkan diri
saya yang merenung ke arah dedahan pokok di halaman, tempat murai dan merbah
melompat.
“Aku nak
ke masjid Malik.”
“Kenapa
tak sembahyang di sini?”
“Biarlah
aku berjemaah, dapat juga aku berkenalan dengan orang orang di sini,” datuk
meraba misai nipisnya dengan jari telunjuk. Malik Cina termenung sejenak. Ada
sesuatu yang di fikirkannya.
“Bagaimana
dengan anak kamu” Malik Cina bagaikan tersentak mendengar pertanyaan dari
datuk. Ia terus mengigit kuku di ibu jari kanan.
“Nampaknya
dia letih dan terus tidur.”
“Bagus
tapi jangan biarkan dia tidur senja, bila kau dengar suara azan, kau kejutkan
dari tidur, kalau dia melawan atau mahu menjerit simbahkan air yang aku berikan
pada kamu ke mukanya.”
“Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.
“Tapi,” Malik Cina berhenti bercakap.
“Apa lagi
Malik?”
“Siapa
yang nak buat semuanya tu.”
“Kamulah,
siapa lagi,” nada suara datuk meninggi.
“Saya nak
ikut berjemaah ke masjid.”
“Tak
payah, kau sembahyang di rumah, jaga anak kamu. Kalau kamu mahu dia elok,”
datuk jegilkan biji mata. Mukanya nampak merah.
Malik Cina
tidak berkata apa-apa. Akhirnya, anggukkan kepala. Setuju dengan cadangan
datuk. Mereka berbalas senyum penuh mesra.
TINGGAL
Malik Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman dengan para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh mesra. Bila sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun dipukul orang bertalu-talu.
Malik Cina kami tinggalkan. Sampai di masjid datuk terus bersalaman dengan para jemaah yang lain. Mereka melayani datuk dan saya penuh mesra. Bila sampai waktu Maghrib, beduk ke kepala tangga masjid pun dipukul orang bertalu-talu.
“Boleh
cucu saya mulakan azan,” begitu sopan datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki
yang memakai serban, menyimpan janggut yang sudah putih. Terasa sedikit kesal
di hati saya atas sikap datuk. Hatinya mahu berbudi tetapi diri saya yang jadi
sasaran. Kenapa dia sendiri tidak mahu mengeluarkan suara untuk berazan? Timbul
pertanyaan dalam diri saya.
“Silakan,
cara kebetulan pula bilal masjid tak datang, tak payahlah saya cari orang
lain,” sahut orang itu. Datuk pun menolak saya ke arah lelaki tua tersebut. Dan
akhirnya saya mendapat tahu bahawa orang tua itu adalah imam besar masjid
tersebut.
“Silakan,”
ucap lelaki tua itu.
“Jangan
segan-segan Tamar, mulakan,” tingkah datuk.
Saya tidak
ada pilihan. Dengan keyakinan pada diri sendiri, saya terus melaungkan azan.
Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang-orang di situ terhadap suara saya.
Apakah
mereka menganggap suara saya baik atau sebaliknya? Apakab mereka merasakan
laungan azan saya macam orang baru belajar. Sesungguhnya saya tidak tahu.
Hanyalah Allah sahaja yang mengetahui hati mereka.
“Boleh
tahan juga suara cucu awak,” puji imam. Saya lihat datuk tersengih. Matanya
merenung ke arah saya dengan penuh rasa bangga. Saya kira datuk sengaja
melakukan perkara tersebut.
Dia mahu
menguji diri saya. Apakah saya mengalami perasaan darah gemuruh bila disuruh
melakukan azan di tempat lain. Ternyata saya lulus dalam ujian. Saya kira datuk
tentu gembira. Pasti bila pulang nanti datuk akan menceritakan kemampuan diri
saya pada nenek. Saya juga berharap ujian yang baru dilalui akan juga jadi
pembuka hati pada datuk untuk mencurahkan serba sedikit ilmunya pada saya.
Mungkin
esok, mungkin bulan depan atau tahun depan datuk akan menurunkan petua dan
pengetahuan tradisional pada saya. Timbul harapan yang berbunga dalam diri.
Selepas
menunaikan fardu Maghrib, datuk terus berborak dengan imam. Mereka berhenti
berborak ketika masuk waktu Isyak. Dalam waktu yang amat singkat itu, datuk
memperolehi beberapa orang kenalan baru yang sehaluan.
Kawan-kawan
baru datuk itu terus membuat ramalan kedatangannya ke kampung tersebut untuk
mengubatkan gadis Malik Cina. Datuk cuma tersenyum sahaja dan datuk memberitahu
mereka Malik Cina adalah kawan lamanya.
Kunjungannya
adalah kunjungan seorang sahabat. Tidak lebih dari itu dan tidak ada kena
mengena untuk mengubat anak gadis Malik Cina.
“Saya
bukan bomoh,” kata datuk.
“Agaknya
awak pawang,” celah seorang.
“Tidak.”
“Agaknya dukun,” sahut satu suara.
“Agaknya dukun,” sahut satu suara.
“Dukun,
pawang, bomoh adalah sama tetapi, saya bukan dari golongan itu, saya adalah
hamba Allah macam awak semua, tidak ada yang istimewa pada diri saya, kenapa
tuan mahu mahu bertanya sesuatu yang bukan pada tempatnya,” begitu lantang
suara datuk.
Kata-kata
datuk itu dapat diterima oleh mereka. Tidak ada pertanyaan yang diajukan pada
datuk dan saya tidak lagi jadi perhatian mereka.
Kami
sampai ke rumah Malik Cina kira-kira pukul sembilan lebih. Malik Cina menyambut
kami di muka pintu. Senyumnya tetap bermain di bibir. Malik Cina terus bertanya
pada datuk tentang pengalamannya bersama para jemaah di inasjid. Datuk terus
memberitahu, ia mengalami pengalaman yang sungguh menggembirakan hatinya.
“Siapa
yang laungkan azan tadi?” Malik Cina bertanya.
“Kenapa?”
Sambut datuk.
“Suara
orang baru, kalau Bilal Halim saya kenal, saya yakin suara yang saya dengar
tadi bukan suaranya.”
“Si Tamar
cucu aku nak cuba.”
“Haaa...,”
Malik Cina terkejut.
“Suaranya
lantang dan nafasnya panjang,” sambung Malik Cina.
Datuk
terus ketawa. Bangga cucunya menenima pujian. Tanpa segan-segan datuk menepuk
bahu kanan saya berkali-kali. Senyumnya, terus berbunga. Rasa bangga menyelinap
dalam hati. Siapa tidak bangga menerima pujian.
“Cucu kamu
memang hebat,” bersama senyum Malik Cina memuji.
“Betuk
ke?” Datuk pura-pura terkejut.
“Betul,”
wajah Malik Cina nampak serius. Senyum datuk terus meniti di bibir. Saya
menggaru pangkal dagu beberapa kali.
“Mari kita
makan,” ajak Malik Cina. Bau tumis petai, bilis terus menyumbat lubang hidung.
Rasa lapar mula terasa. Saya dan datuk mengikut Malik Cina ke ruang makan. Kami
duduk bersila. Makanan yang dihidangkan memang sesuai dengan selera saya.
“Silakan,”
jemput Malik Cina. Nasi terus ditaruh dalam pinggan saya dan datuk. Entah
mengapa malam itu saya makan dengan lahap tanpa silu dan segan. Tetapi, datuk
tetap macam biasa iaitu menghadkan makanan.
“Cepat
benar berhenti makan?” Malik Cina renung muka datuk.
“Dah
kenyang,” datuk terus membasuh tangan.
“Agaknya,
awak mengira suap nasi awak?”
“Ya, ada
hadnya, kalau lebih dari had amalan saya, boleh mendatangkan mudarat,” balas
datuk lalu menyandarkan badan ke dinding.
Saya
terkejut, malam itulah baru saya tahu bahawa datuk menghitung nasi yang
disuapnya. Dia tidak makan sebarangan atau mengikut kemahuan nafsu. Saya
berharap Malik Cina akan mengemukakan pertanyaan pada datuk.
Biar Malik
Cina tanya berapa suap nasi untuk makan malam dan berapa suap pula untuk makan
tengah hari. Sayang, Malik Cina tidak mengemukakan pertanyaan itu pada datuk
dan harapan saya untuk mengetahui rahsia tersebut turut musnah. Tidak mengapa,
satu ketika yang baik akan saya tanyakan petua itu.
Dari ruang
makan saya dan datuk berubah ke ruang anjung. Suara katak dan cengkerik jelas
kedengaran. Dalam saat-saat tertentu terdengar bunyi kucing jantan mengiau
mencari kucing betina.
Bulu roma
saya mula tegak dalam desiran angin malam yang lembut itu saya terdengar suara
burung jampuk dan salakan anjing mendayu-dayu.
“Macam
mana dengan anak kamu Malik?”
“Masa awak
tinggalkan rumah ni tadi, dia terus tidur, waktu Isyak tadi dia terjaga tapi
dia nampak lemah benar,” terang Malik Cina.
Gegendang
telinga saya menangkap bunyi desiran angin yang menyentuh dedaun di halaman
rumah. Langit nampak cerah. Beberapa ekor kelawar berterbangan mencari
mangsanya. Dari anjung rumah juga saya dapat melihat lampu minyak tanah
berkelip-kelip, bergerak arah ke utara.
Saya kira
jumlahnya lebih dari sepuluh. Barangkali orang kampung berjalan malam. Mereka
bertandang ke rumah jiran untuk menghabiskan masa malam dengan bercerita apa
sahaja. Tetapi, kenapa bawa pelita terlalu banyak, timbul pertanyaan dalam hati
saya.
Suara
burung jampuk kian ramah berbunyi bersama salakan anjing. Anjing terus
menyentuh dedaun. Kelawar kian kerap berterbangan. Badan saya mula terasa
dingin. Rasa mengantuk mula menyerang. Tetapi Malik Cina dan datuk masih
ghairah bercerita.
“Jangan
ganggu dia, biar dia tidur, kalau dia minta nasi berikan nasi, aku tahu dia tu
lapar, sebelum nasi diberikan padanya kau kepalkan nasi itu sambil membaca
sebelas kali ayat fatihah,” datuk lunjurkan kedua belah kakinya.
“Kalau dia
tak mahu makan, bila tengok nasi dah dikepalkan macam mana?”
“Insya-Allah,
dia mahu, aku tahu dia lapar.” Datuk raba pangkal hidung.
“Ya, dah
lama anak saya tu tak makan nasi, cuma dia makan kulit pisang dan bulu jagung,
kalau tak ada benda benda tu dia tak mahu makan.”
“Ganjil
sungguh sakit anak kamu Malik.”
“Entahlah,
saya sendiri tak tahu nak kata apa.”
“Sah, anak
kamu kena buatan orang, anak kamu disihir, agaknya dia ni pernah berkasar
dengan orang, sekarang orang tu balas dendam.”
“Entahlah,
saya pun tak tahu,” Malik Cina melepaskan sebuah keluhan.
Wajahnya
nampak hampa dan kecewa sekali. Dari gerak gerinya ia memang mengharapkan
pertolongan dari datuk. Saya mula menguap panjang. Datuk tepuk bahu kiri saya
kerana menguap dengan membuka mulut lebar-lebar.
“Tak baik
menguap macam tu, macam mulut buaya lapar,” sergah datuk. Saya tersipu-sipu
malu. Malik Cina nampak tersengih. Tidak sanggup saya menentang wajah mereka.
Saya tunduk merenung lantai dengan perasaan yang serba salah.
“Bolehkah
sakit anak saya itu baik,” Malik Cina menggantungkan harapan pada datuk. Dua
tiga kali datuk menggigit bibir. Dua tiga kali ia meraba-raba ibu jari
kanannya. Sesekali ia menarik nafas panjang bersama renungan yang tajam ke arah
halaman rumah. Kegelapan malam sunggul pekat.
“Kita
berusaha, kalau diizinkan Allah sakitnya akan sembuh,” suara datuk dalam nada
yang lembut, penuh harapan. Malik Cina tunduk sambil menelan air liur. Saya
terdengar jam dinding di rumah Malik Cina berdenting dua belas kali. Badan saya
kian sejuk. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk.
Bagi
menghilangkan rasa mengantuk, saya merenung ke luar anjung rumah. Biji mata
saya terbeliak, saya terlihat berpuluh puluh pelita mmyak tanah bergerak sendin
dalam jarak kira 400 meter dari rumah. Saya teringat, siang tadi kawasan itu
saya lihat penuh dengan hutan. Tidak ada sebuah rumahpun terdapat di situ.
Saya mula
resah. Apakah saya sedang melihat manusia atau melihat syaitan berpesta. Tambul
pertanyaan dalam hati saya. Seluruh badan mula terasa seram sejuk. Lolongan
anjing, kian nyaring.
Suara
burung hantu dan jampuk tingkah-meningkah. Desiran dedaun yang berlaga sama
sendiri kian kuat. Saya bertambah terkejut melihat jumlah pelita minyak tanah
kian bertambah. Semuanya menuju ke arah utara.
“Tuk
tengok tu,” kata saya lalu menunjukkan ke arah pelita minyak tanah. Datuk dan
Malik Cina segera melihat ke arah tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri.
Tidak ada sesuatu yang mereka lihat.
“Kami tak
nampak apa-apa Tamar,” kata datuk.
“Ada
pelita minyak tanah berjalan sendiri.”
“Mustahil
di situ kawasan hutan, masa Jepun dulu dijadikan tempat memancung kepala orang.
Kau mengarut,” kata Malik Cina. Datuk gelengkan kepala.
Saya masih
melihat pelita minyak tanah berbaris serta bergerak sendiri. Anehnya, datuk dan
Malik Cina tidak dapat melihat cahaya pelita tersebut. Sukar untuk saya
menyakinkan diri mereka. Saya terus tarik nafas.
“Sudahlah
Tamar, pergi tidur. Bilik kamu dan datuk sudah aku kemaskan.” Malik Cina
menepuk bahu saya. Arahannya segera saya patuhi. Datuk dan Malik Cina saya
tinggalkan di ruang anjung. Bilik yang disediakan untuk saya menempatkan dua
buah katil bujang.
Bila saya
letakkan kepala atas bantal, badan mula terasa geram. Macam ada sesuatu yang
berkeliaran dalam bilik tersebut. Pada papan dinding saya rasakan ada sepasang
mata merah merenung saya. Badan saya menggeletar. Bila saya membaca ayat Kursi,
rasa takut itu hilang dan saya terlelap.
Masa
terlelap itu, saya bermimpi menemui seorang lelaki yang ganjil. Berpakaian
serba hitam. Saya lihat kelopak mata kirinya berlapis tiga. Tiap-tiap lapisan
kelopak matanya itu ada tahi lalat yang sekejap mengembang dan sekejap
mengecil. Matanya bagaikan mahu tersembul, macam mata udang berwarna merah.
Daging
pipinya kelihatan lembik dan berlendir. Ada air jernih di celah-celah daging
pipinya yang lembik itu. Air itu bercampur nanah meleleh perlahan-lahan ke
mulutnya. Lelaki ganjil itu menelan air jernih bercampur nanah dengan penuh
ghairah dan bernafsu sekali. Lelaki itu menyuruh saya menjilat daging pipinya
yang lembik.
Saya
menolak permintaannya. Lelaki itu jadi marah dan dia mula menghampiri saya.
Kedua belah tangannya yang berkuku panjang menghala ke batang leher saya. Denga
sedaya upaya saya cuba mengelak. Usaha saya gagal. Saya tidak berdaya
menentangnya dan terus menjerit dengan sekuat hati.
Bila saya
terjaga, saya terlihat datuk sedang membaca Quran kecil di katil sebelah. Datuk
renung ke arah saya.
“Kau
mengigau?”
“Saya
mimpi, ada orang nak cekik tengkuk saya.”
“Kau tidak
membaca surah al-farihah. Bukankah sudah aku pesan sebelum tidur, baca surah
al-farihah dua puluh satu kali, lepas tu jangan cakap dan terus tidur.”
“Saya
terlupa tuk.”
“Patutlah
kamu diganggu syaitan, kau abaikan pesanan aku Tamar.”
“Saya
terlupa sungguh tuk.”
“Sudah,
tidur semula.”
Saya
rebahkan badan atas katil. Kali mi saya tidak dapat tidur. Kerana takut datuk
marah, saya pura-pura tidur dengan memejamkan kedua belah kelopak mata saya.
Desiran angin malam di luar, jelas kedengaran. Suara burung hantu dan lolongan
anjing tetap kedengaran.
Saya buka
mata separuh, saya lihat datuk masih lagi kedengaran membaca Quran. Kemudian
saya lihat dia melakukan sembahyang dua rakaat dan terus berwirid panjang. Rasa
takut terus hilang dari hati saya. Tiba-tiba, saya dikejutkan oleh suara orang
perempuan yang sedang marah-marah.
Serentak
dengan itu juga saya terdengar bilik saya ditendang bertalu-talu. Beberapa
ketul bateri lampu suluh yang diletakkan atas meja dekat katil jatuh bertaburan
atas lantai. Datuk berhenti dari melakukan wirid. Dia termenung.
“Ayah,
saya dahaga cepat ambil saya air,” suara perempuan meminta sesuatu. Dituruti
dengan bunyi tapak kaki memijak lantai menuju ke dapur.
“Malik,
jangan berikan air itu terus kepadanya, berikan pada aku dulu,” suara datuk
meninggi.
“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.
“Ya, saya buat dengan apa yang awak mahu,” itu suara Malik Cina.
“Kenapa,
bagi dengan jantan tua tu,” suara perempuan meningkah, tentu suara anak Malik
Cina. Dinding bilik terus ditendang bertalu-talu.
Saya
bangun. Duduk di sisi datuk. Suara perempuan merungut dan mengetuk sesuatu
tetap kedengaran. Saya resah, tetapi saya lihat datuk masih berada dalam
keadaan tenang.
Datuk
ambil gelas air dari tangan Malik Cina. Datuk tatang air dalam gelas di tapak
tangan kanannya. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pemukaan gelas dengan
mulut.
“Berikan padanya, sekarang.”
“Berikan padanya, sekarang.”
“Ya,”
sahut Malik Cina lalu menyambut gelas itu dari tangan datuk di bawa ke bilik
anaknya. Dan saya tidak lagi mendengar suara anaknya menjerit atau merungut
sesuatu. Datuk terus membaca Quran.
No comments:
Post a Comment