PEMILIK lombong itu membeli tanah milik orang Melayu dengan harga yang mahal. Dan orang Melayu yang menjual tanah itu diberi tapak rumah yang terletak di satu kawasan lain. Tidak lama lagi tulang mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak tuan punya lombong.
“Tidak
lama lagi kampung kami tinggal nama saja, semua rumah yang ada ini, paling lama
boleh bertahan lima enam bulan saja lagi, lepas tu terpaksa pindah. Di bawah
tempat kita berdiri ini penuh dengan bijih,” kata Ramli.
“Macam
mana kalau mereka tak mahu pindah?”
“Mana
boleh semuanya sudah dijual duit pun dah ambil dari tauke lombong,” jawab
Ramli.
“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.
“Rugi mereka jual tanah,” kata saya.
“Awak tak
boleh cakap macam ini, kalau mereka tak jual tanah, mereka juga tak boleh kaya,
takkan nak cangkul tanah cari bijih, lagipun tawaran yang datang ni memang
tinggi,” kata Ramli. Bila saya fikirkan dengan halus cakapnya itu memang ada
benarnya.
Rupanya
Ramli yang hampir sebaya dengan saya itu, terlalu pintar bercakap. Ia boleh
bercerita tentang apa sahaja yang ada hubung kait dengan Kampung Bakap. Kami
terus bercerita panjang. Kami berpisah ketika azan Maghrib dilaungkan.
Ramli kini
menjadi pelombong Melayu yang berjaya, setelah ia meletakkan jawatan sebagai
Pengarah Galian Negeri Perak. Anak sulungnya menuntut ilmu kedoktoran di
England.
Kawan datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja. Sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.
Kawan datuk itu namanya, Alang Abdul Rauf. Datuk memanggilnya Rauf sahaja. Sebagai orang kampung yang sederhana, ia mempunyai dua ekar tanah dusun dan tiga ekar ladang getah. Hasil dari tanah miliknya itu menjadi sumber pendapatannya.
Sejak enam
bulan kebelakangan ini, ia membuat kerja tambahan menggali kubur lama waktu
malam. Tulang-temulang dari kubur lama itu dikumpulkan lalu ditanam di kawasan
perkuburan yang baru. Semua pembiayaan kerja itu diuruskan oleh pihak tuan
punya lombong yang mahu mencari bijih di kawasan tersebut.
Alang Rauf
dibantu oleh empat orang lain. Mereka menjalankan kerja selepas waktu Isyak
hingga ke Subuh. Sepanjang tugas itu dilaksanakan mereka tidak menghadapi
sebarang kejadian aneh. Semua kerja berjalan dengan lancar.
“Bagaimana,
kalau kamu dengan cucu kamu ikut kami malam ini,” Alang Abdul Rauf membuat
tawaran pada datuk setelah selesai sembahyang Isyak. Bulu tengkuk saya jadi
meremang mendengar pelawaan itu. Ah, itu kerja gila, pergi kubur waktu malam
dan menggalinya pula, rungut saya dalam hati.
“Minta
maaf, malam ni saya ada berjanji dengan orang yang berniaga di pasar Batu Gajah,”
ajar datuk tenang.
“Nak ke
mana pula?”
“Orang tu
beritahu saya, di kampung tempat dia menyewa rumah dikawal oleb satu lembaga
putih, sesiapa yang datang ke kampungnya dengan niat nak mencuri atau mengambil
sesuatu lembaga putih akan menganggunya.”
“Aku tahu
cerita tu kalau tak silap di Kampung Dhobi di Pekan Lama.”
“Agaknya,
begitulah,” datuk menelan air liur. Alang Abdul Rauf menggaru pipi kiri.
Kemudian menyedut rokok daun dengan penuh nafsu. Suara cengkerik jelas
kedengaran menendang gegendang telinga.
Alang
Abdul Rauf pun terus bercerita pada datuk. Kira-kira tiga bulan yang latu,
waktu musim buah durian gugur. Tiga orang pemuda India yang nakal telah datang
ke kampung tersebut untuk mencuri buah durian waktu malam.
Sedang
mereka mengutip buah durian, tiba-tiba mereka terpandang lembaga putih memakai
kain telekung. Pada sangkaan pemuda-pemuda India itu, orang-orang kampung cuba
menakutkan mereka.
Mereka
terus membalingkan kulit durian dan dahan kayu ke arah lembaga tersebt. Lembaga
itu tidak bersuara malah terus duduk di tunggul buruk. Kerana memikirkan yang
bertelekung itu orang perempuan, ketiga-tiga pemuda India ini terus rapat ke
arah lembaga tersebut.
Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga-tiga pemuda India itu terus menjerit dan lari lintang-pukang. Dua hari kemudian seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Bila sahaja lembaga itu merenung ke arah mereka. Ketiga-tiga pemuda India itu terus menjerit dan lari lintang-pukang. Dua hari kemudian seorang daripada pemuda India itu mati gantung diri. Manakala yang dua orang terus gila dan dihantar ke hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
“Apa yang
mereka lihat.” tanya datuk.
“Entahlah,aku
pun tak tahu.”
“Pelik
juga ceritanya.”
“Kalau
kamu nak tahu, kamu pergi sendiri. Aku nak mulakan kerja, kawan-kawan aku dah
menunggu,” Alang Abdul Rauf segera bangun menuju ke pintu.
“Tak
apalah Rauf, aku juga nak pergi ke tempat yang aku janjikan dengan peniaga tu,”
datuk terus bangun.
“Kamu
balik atau tidak malam ni?”
“Belum
tahu lagi.”
“Tak
apalah, kalau kamu balik dan aku tak ada di rumah kamu ketuk aja pintu, nanti
orang rumah aku bukakan pintu.”
Alang
Abdul Rauf terus melangkah menuju ke tempat kerjanya. Saya dan datuk juga
mengatur langkah.
Sampai
sahaja di depan Masjid Batu Gajah, kenalan datuk sudah pun menunggu. Di situ
kami menuju ke rumahnya. Isterinya menghidangkan kopi dan biskut kering.
“Awak ni
berminat sangat nampaknya, apa awak seorang pawang dan nak menghalaunya,” tanya
peniaga tersebut pada datuk. Ketika itu jam sudah pun hampir pukul dua belas
malam.
“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”
“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”
“Bukan apa-apa, saya cuma nak tengok, apakah cerita betul atau sengaja diada-adakan.”
“Kalau awak tak mahu, biar kami pergi berdua.”
“Tak apalah.
saya hantarkan awak ke hujung kampung.”
Boleh
juga,” jawab datuk.
Tepat
pukul dua belas malam. Kami meninggalkan rumah. Peniaga tersebut cuma
menghantar kami hingga sampai ke pohon jejawi yang besar. Ia membekalkan lampu
suluh pada datuk. Saya mula resah. Angin malam yang bertiup lembut terus
menjamah wajah saya.
“Saya
setakat sini saja, awak tahu menuju rumah saya,” lembut benar suara peniaga.
Membayangkan rasa cemas.
“Saya tahu
menuju rumah awak, terima kasih.”
“Sebenarnya,
saya tak pula suruh awak buat macam ni, saya sekadar bercerita saja di masjid
tadi, saya fikirkan awak olok-olok aje nak datang rupa-rupanya awak
sungguh-sungguh.”
“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab datuk. Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.
“Saya memang suka buat kerja macam ni,” jawab datuk. Dan peniaga itu meninggalkan kami di bawah pepohon jejawi yang besar itu.
Dua tiga
kali saya meraba pangkal dagu bila terdengar lolongan anjing bersahut-sahutan
dari bahagian tengah dan hujung kampung. Lolongan anjing itu disertai dengan
salakan yang tidak putus-putus macam menyalak sesuatu. Saya lihat ke langit,
saya nampak awan putih bersih bergerak lemah ke selatan.
Suara
katak dan cengkerik menambahkan rasa seram. Beberapa helai daun jejawi yang tua
gugur lalu menyentuh kepala saya. Datuk tetap tenang menyuluh ke kiri dan ke
kanan dengan lampu picitnya. Melihat dari langkah dan gerak tangan datuk,
menggambarkan yang dirinya tidak perlu membuat apa-apa persiapan.
Datuk
tidak membaca ayat-ayat suci. Ia kelihatan tenang dan adakalanya ia tersenyum
panjang. Datuk duduk bersila di pangkal jejawi. Akar-akar yang bergayutan di
pohon jejawi bergerak sendiri macam ada orang yang menolaknya. Akar-akar itu
memukul belakang datuk dan adakalanya memukul bahagian punggung saya. Terasa
juga sakitnya tetapi, saya diamkan sahaja.
“Suluh
baik-baik,” datuk mengingatkan saya. Arahan datuk saya patuhi.
Saya
terdengar kicau burung murai. Pelik juga macam mana murai boleh berkicau malam.
Bila kicau mural itu berhenti. Ada titik air jatuh dari dahan jejawi, macam air
dari perahan kain yang dibasuh. Air itu turun berjuntai. Salakan anjing
beransur perlahan begitu juga dengan lolongannya.
Terdengar
bunyi kaki orang memijak reranting dan dedaun kering dalam gelap malam. Bila
disuluh dengan lampu picit. Tidak ada sesuatu yang dapat dilihat. Bulu tengkuk
saya meremang. Badan saya terasa seram sejuk.
Beberapa
ekor tikus liar. Entah dari mana datangnya melintas di depan saya dan datuk.
Seekor anjing yang bertompok hitam putih melompat di depan datuk dan terus
hilang. Beberapa saat kemudian terdengar suara anjing menderam macam menegur
sesuatu.
“Dia tidak
datang kerana kita tidak mengambil sesuatu di sini,” kata datuk pada saya
sambil bangun. Ia menggeliat.
“Apa yang
kita nak ambil tuk?”
“Ikut aku
Tamar.”
Saya lihat
datuk menyuluh ke kanan. Dari suluhan lampu picit ternampak beberapa batang
pokok delima yang berdaun lebat. Datuk mengajak saya menuju ke pohon delima
itu. Datuk serahkan lampu picit pada saya.
“Suluh,
biar aku petik sebiji dua,” beritahu datuk pada saya.
“Baik
tuk.”
Datuk
memetik dua biji delima yang masak ranum. Dia masukkan ke dalam sakunya dan
datuk melangkah ke arah pohon kelapa yang berada di depannya.
Tiba-tiba
dari balik pohon kelapa itu muncul lembaga manusia, memakai kain putih menutup
seluruh tubuh hingga ke kaki. Hujung kain putihnya mengheret dedaun dan ranting
yang melekat dan mengeluarkan bunyi macam bunyi pinggan yang ditarik atas meja
tanpa alas.
Ia
berjalan di depan kami dalam jarak lima belas kaki. Bila datuk dan saya
berhenti berjalan. Ia juga turut berhenti. Bi1a datuk mengalihkan perjalanan ke
arah lain. Ia hilang untuk beberapa minit dan akhirnya muncul di depan kami.
Perbuatannya
itu seolah-olah menyekat perjalanan saya dan datuk. Lebih dari satu jam kami
berlegar-legar di situ. Ke mana sahaja kami pergi lembaga putih tetap berada di
depan. Ia tidak menoleh ke arah saya dan datuk. Bagaikan ia mahu menyembunyikan
wajahnya dari kami.
Ia juga
tidak mengganggu atau cuba menakutkan saya dan datuk. Saya mengajak datuk
pulang. Malangnya datuk tidak mahu mendengar cakap saya.
“Dia tidak
berkasar, susah aku nak menduganya,” beritahu datuk pada saya dengan wajah
sedikit kecewa. Dan datuk cuba mendekatinya. Lembaga putih itu bagaikan tahu
ape yang tersirat di hati datuk. Ia tidak bergerak, tertegun dengan
membelakangi kami.
Datuk
terus menepuk bahu lembaga putih. Dengan pantas lembaga itu memusingkan
badannya. Menentang wajah saya dan datuk. Badan saya menggeletar dan lembik.
Saya jatuh tanpa berkata apa-apa. Datuk tidak berganjak, Ia tetap menentang
wajah lembaga putih itu.
Macam mana
badan saya tidak lembik dan jatuh. Lembaga putih itu tidak berwajah. Bahagian
muka yang tidak ditutup dengan kain putih itu sebenarnya kosong, nampak
berlubang dan hitam pekat tetapi ada kilau cahaya yang amat kecil yang
menyebabkan mata jadi silau bila ditentang. Kepala terasa pening.
“Aku cuma
nak tengok kamu saja, apa yang aku ambil aku pulangkan ke tempatnya,” kata
datuk pada lembaga itu. Perlahan-lahan lembaga itu memusingkan badannya ke arah
depan. Datuk membangunkan saya. Lembaga putih masih berdiri di tempatnya.
“Kita
mengambil hak orang,” beritahu datuk pada saya. Tangan saya ditariknya menuju
ke pohon delima. Datuk mengeluarkan buah delima dari koceknya dan diletakkan di
pangkal pokok delima. Bila kami toleh ke arah lembaga putih, lembaga itu sudah
pun hilang.
Salakan
dan lolongan anjing kedengaran bertalu-talu dari arah selatan. Datuk menarik
tangan saya menuju ke rumah peniaga. Saya terkejut, peniaga itu menunggu kami
di kaki tangga. Jam tua di tengah rumahnya berdenting dua kali.
“Jumpa?”
Tanyanya.
“Jumpa, saya
dah jumpa,” balas datuk.
“Apa
katanya?”
“Dia
mengawal kampung awak,” jawab datuk. Peniaga itu agak terkejut dengan jawapan
yang diberikan oleh datuk.
Ia
termenung. Dengan nada suara yang lembut ia berkata; “Ramai orang yang berkata,
seperti yang awak katakan itu.” Datuk tersenyum panjang. Datuk terus duduk di
sisinya. Saya masih berdiri.
Peniaga
itu mengajak datuk tidur di rumahnya dengan alasan ia mahu datuk bercerita,
bagaimana lembaga putih itu boleh berkeliaran di kampungnya. Ia juga ingin tahu
betulkah lembaga itu menjelma untuk mengawal kampung tersebut.
Datuk
menolak permintaannya. Datuk juga berjanji padanya, satu hari nanti, datuk akan
menceritakan padanya bagaimana lembaga putih tu boleh muncul. Peniaga itu puas
hati dengan penjelasan datuk dan merestui perjalanan kampung ke rumah Alang
Abdul Rauf.
Along
Abdul Rauf sudah pun pulang kerja ketika kami tiba di rumahnya. Ia sudah
menyediakan tilam dan bantal untuk kami. Macam selalu, sebelum tidur datuk akan
melakukan sembahyang sunat. Mungkin kerana terlalu letih, Along Abdul Rauf
tidak mahu bercerita panjang.
“Esok kamu
ceritakan pada aku apa yang kamu alami,” kata Along Abdul Rauf. Saya merasa
senang hati. Saya dapat tidur cepat. Sudah tidak tahan rasa menahan kelopak
mata.
“Tak apalah Rauf, esok saja.”
“Tak apalah Rauf, esok saja.”
“Tidurlah.”
Alang Abdul Rauf meninggalkan kami.
GORENG
Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera sekali.
Pagi itu, kami sarapan pagi di anjung rumah Along Abdul Rauf. Goreng pisang yang disediakan oleh isterinya membuat saya makan dengan penuh selera sekali.
“Kamu
jumpa?” Along Rauf memulakan ceritanya.
“Jumpa dan
bercakap dengannya.”
“Apa
katanya?”
“Aku saja
yang bercakap tetapi dia diam juga.”
“Ah, kamu
mempermainkan aku.” balas Along Abdul Rauf sambil ketawa panjang. Saya cuma
tersenyum lebar. Seronok juga melihat orang tua berjenaka.
Tanpa
diminta oleh datuk, Along Abdul Rauf terus bercerita berhubung dengan lembaga
putih. Menurutnya, lembaga itu sudah lama muncul di tempat tersebut.
Beberapa
orang pawang telah dipanggil untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya. Penduduk
di tempat tersebut terpaksa bertindak demikian kerana ramai penduduk yang
terserempak dengan lembaga putih bila pulang malam. Malah, ada yang jatuh
sakit.
“Saya rasa
susah nak mencari orang yang boleh menghalaunya,” tercetus suara datuk.
“Kalau macam tu susahlah.”
“Kalau macam tu susahlah.”
“Tak susah
satu masa nanti lembaga ini akan hilang dengan sendirinya, asalkan penduduk di
situ selalu mengadakan pembacaan yasin secara beramai-ramai di masjid atau
surau pada setiap malam Jumaat,” jelas datuk dengan tenang.
Datuk
terus memberitahu Alang Abdul Rauf, lembaga putih itu ada hubungannya dengan
orang kaya atau orang yang mula meneroka kampung tersebut. Orang kaya atau
peneroka kampung tersebut memelihara sejenis makhluk untuk jadi pengapit
dirinya atau untuk menjaga hartanya.
“Ilmu itu
apa namanya?” Mendadak sahaja Alang Abdul Rauf bertanya.
“Setengah
orang menyebutnya Pengapit dan setengah orang pula menyebutnya sebagai kembar”
jelas datuk.
“Tujuannya
baik, tentu tak salah?”
“Sebagal
orang islam kenapa kita mesti minta pertolongan dari makhluk lain seperti
syaitan atan jin, kenapa kita tidak memohon pertolongan dari Allah? Perbuatan
begini sudah salah boleh memesongkan iktikad kita.”
“Tapi,
kita mohon sesuatu yang baik untuk keselamatan diri dan Allah perkenankan,”
Alang Abdul Rauf tidak puas hati.
“Bukankah
Allah itu pemurah, apa yang diminta akan diberi tetapi, Allah memberikan
fikiran pada kita untuk berfikir bagi memilih mana yang baik, Allah suka pada
orang berfikir.” Sanggah datuk. Dan datuk bersedia melanjutkannya kalau Alang
Abdul Rauf mahu berhujah tentang perkara itu.
“Kamu tahu
tak, apakah makhluk pengapit dari jin dan syaitan atau sebagainya,” tanya Alang
Abdul Rauf lagi.
“Boleh
jadi kedua-duanya sekali,” pendek datuk menjawab.
“Hum,”
keluh Alang Abdul Rauf.
Datuk
terus menerangkan pada Alang Abdul Rauf, bila orang yang mengamalkan ilmu
pengapit itu meninggal dunia. Pengapitnya akan berkeliaran mencari kerabat si
mati yang mahu membelanya.
Andainya
keluarga si mati itu tidak tahu simpati membela pengapit atau tidak mahu
menyambung usaha si mati, pengapitnya berkeliaran ke mana sahaja di kawasan
kampung yang pernah jadi tempat tinggal si mati. Pengapit itu akan menjadi
penunggu kampung secara sukarela dengan harapan ada orang yang bersimpati untuk
mengambilnya menjadi pengapit.
“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang Abdul Rauf.
“Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu diambil diletakkan dalam niru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di bawah pokok besar.”
“Kamu tahu macam mana cara orang itu membela pengapitnya?” Cungkil Alang Abdul Rauf.
“Dia mengadakan kenduri, membaca doa tetapi, lebihan dari jamuan kenduri itu diambil diletakkan dalam niru lalu dicampakkan ke dalam hutan atau di bawah pokok besar.”
“Mana kamu
tahu semuanya ni?”
“Aku
pernah berdamping dengan orang yang membela pengapit tetapi, aku tak
mengamalkannya kerana perbuatan ini bertentang dengan ajaran Agama Islam.”
“Hebat
juga kamu ni?”
“Bagi aku,
kita harus menyerahkan diri pada Allah minta perlindungan pada-Nya, buat apa
yang disuruh, jauh dari kerja yang ditegahnya. Ajaran Islam kalau diikut dengan
betul, kita selamat dunia akhirat.”
“Tetapi,
ada orang campur-adukkan ajaran agama dengan ilmu dunia, campur dengan perkara
tahyul, bagaimana pendapat kamu.”
“Itu cara
yang salah dan tanggungjawab orang itu untuk berhadapan dengan Allah,” datuk
tersenyum.
Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila datuk memberitahunya, jika datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba datuk sampai datuk mati.
Biji mata Alang Abdul Rauf terbeliak bila datuk memberitahunya, jika datuk memasukkan segenggam tanah ke arah muka lembaga putih yang kosong itu, pasti lembaga itu akan mengikutnya dan akan menjadi hamba datuk sampai datuk mati.
“Bukan itu
tujuan aku mencarinya, aku sekadar nak tahu saja. kalau aku tanya orang-orang
kampung tersebut, aku mesti dapat tahu pengapit siapa lembaga putih itu, tapi
kena makan masa yang panjang.”
“Tak usah
buat kerja salah tu,” tahan Alang Abdul Rauf.
“Kalau
kamu tak cakap pun, aku tak akan membuatnya.”
“Bagus,
malam esok ikut aku ke kubur korek mayat,” pelawa Alang Abdul Rauf.
“Boleh
juga,” jawab datuk pantas. Saya menarik nafas panjang.
Saya
tinggalkan datuk dan Alang Abdul Rauf yang rancak berbual. Saya duduk berjuntai
kaki di tangga, melihat pepohon yang berdaun lebat di halaman rumah Alang Abdul
Rauf. Dari radio jiran tetangga Alang Abdul Rauf, saya menikmati lagu ‘Tak
Mengapa’ dendangan A. Rahman Hassan yang popular ketika itu.
Hati saya
jadi terhibur lalu menepuk tangan perlahan-lahan mengikut rentak irama lagu
tersebut. Sesekali saya menyebutkan senikatanya. Memang, semua senikata lagu
itu tidak dapat saya ingati. Tetapi, iramanya memang menarik, sambil mendengar
lagu tersebut, saya cuba mengkhayalkan dalam kepala yang saya sedang
mendendangkan lagu itu di atas pentas di hadapan ribuan para peminat.
Saya
tersenyum bila menerima tepukan yang bergemuruh. Saya lalu menundukkan badan
dan kepala membalas penghormatan itu. Saya bayangkan, ketika turun dari pentas
saya terus dikerumuni oleh para peniinat, mereka hulurkan tangan untuk bersalaman,
mereka lari beri autograf untuk ditandatangani. Ada yang beri baju dan sapu
tangan untuk ditandatangani. Saya jadi lemas di tengah para peminat yang
terdiri dari para belia. Saya juga membayangkan gambar saya jadi bahan siaran
majalah hiburan. Di mana-mana saya pergi, saya tetap disanjungi dan dihormati.
Setiap hari saya membalas beratus-ratus surat perninat. Oh, seronoknya.
“Eb, kamu
ini tak habis-habis dengan menung, berangan-angan,” datuk terus menepuk bahu
kanan saya. Semua khayalan indah yang berbunga dalam kepala hancur punah. Saya
renung mukanya dengan rasa kesal. Bukannya senang mahu membina satu khayalan
yang menyeronokkan.
“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata datuk.
“Kamu ikut Alang Abdul Rauf pergi ke Kota Baru,” kata datuk.
“Tuk nak
ke mana?”
“Aku nak
jumpa dengan peniaga di pasar Batu Gajah.”
“Kalau
macam tu, saya ikut tuk saja, tak seronok dengan Alang Rauf, saya tak begitu
kenal dengannya tuk.”
“Jangan
bantah cakap aku.” suara datuk mula keras. Dan Alang Abdul Rauf segera
mendekati saya. Perlahan-lahan saya lagakan gigi atas dengan gigi bawah
berkali-kali.
“Mari,”
kata Alang Abdul Rauf. Saya tak ada pilihan. Terpaksa ikut cakap datuk dan
mematuhi ajakan datuk.
Datuk,
saya dan Alang Abdul Rauf meninggalkan rumah. Jalan bersaingan hingga sampai
kepala simpang. Dari situ kami berpecah. Datuk menuju ke pasar Batu Gajah.
Alang Abdul Rauf dan saya menuju ke tempat yang dirancangkan.
Seronok
juga ikut Alang Abdul Rauf. Saya dapat pengalaman baru yang amat menyeronokkan.
Melintasi ladang getah dan kawasan perlombongan yang amat luas. Tidak saya
sangka Alang Abdul Rauf yang sudah tua, (saya kira usianya sekitar lima puluh
tujuh) masih bertenaga mengayuh basikal
berbatu-batu.
Saya yang membonceng di belakangnya perlu mengimbangkan badan supaya tidak
berat sebelah.
Sesekali
terpaksa angkat punggung, bila tayar basikalnya melanggar akar-akar getah yang
berselirat di jalan kampung. Alang Abdul Rauf memberitahu, dia sengaja membawa
saya melalui jalan tersebut, kerana jalan kampung itu merupakan jalan pintas
yang terdekat untuk sampai ke Kota Baru, sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta.
Sejam
kemudian, kami sampai ke pekan kecil itu. Alang Abdul Rauf sandarkan basikal di
pangkal pokok jati depan kedai kopi. Bahagian belakang baju Melayunya, saya
lihat dibasahi peluh. Daging punggung saya terasa kebas dan sengal-sengal.
“Kita
minum, rumah adik aku tak jauh Lagi,” kata Alang Abdul Rauf.
“Saya tak
dahaga pakcik.”
“Tak
dahaga pun, apa salahnya minum.”
“Tak
payahlah pakcik.”
“Jangan
begitu, datuk kamu tak marah, dia suruh aku bawa kamu, biar kamu tahu tentang
keadaan orang di sini.”
“Hummmm,”
ketuh saya lalu mengikutnya masuk kekedai kopi.
Alang
Abdul Rauf minta dua cawan kopi. Sementara menanti kopi yang dipesan, Alang
Abdul Rauf menatap akhbar Utusan Melayu yang memang disediakan okh pihak
pekedai untuk para pelanggan yang datang minum. Saya lihat tidak berapa ramai
orang yang minum dalam kedai tersebut.
Kebanyakannya
sudah tua-tua belaka. Tetapi, mereka tetap bersikap ramah pada saya dan Alang
Abdul Rauf. Mereka tidak kedekut untuk memberikan senyuman pada kami. Sikap
mereka itu membuat saya gembira dan senang hati. Kopi yang dipesan pun sampai.
“Minumlah”
kata Alang Abdul Rauf pada saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala lalu
mendekatkan piring dan cawan ke tepi meja. Saya kacau air dalam cawan dengan
sudu. Biar gula, kopi dan susu jadi sebati. Alang Abdul Rauf masih lagi menatap
akhbar. Seolah-olah buat tidak kisah dengan air kopi yang dipesannya.
“Pak cik
kenapa tak minum?” Tanya saya. Alang Abdul Rauf jatuhkan suratkhabar atas meja.
Muka saya ditentangnya sambil menolak suratkhabar Utusan Melayu ke tepi. Saya
terus mendermakan senyum padanya sambil mengangkat cawan untuk menghirup air
kopi.
“Tamar.”
Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.
Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering di anak tekak terus berakhir.
“Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf. Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati-hati.
“Tamar.”
Cawan kopi saya letakkan atas meja kembali. Saya lihat Alang Abdul Rauf menekup kedua belah telinganya dengan telapak tangan. Matanya tertatap pada dada meja. Memang saya, tidak mengerti kenapa Alang Abdul Rauf berbuat demikian. Mungkin itu kebiasaan yang sering dilakukannya atau dia mengalami sakit telinga, saya membuat andaian yang tersendiri.
Alang Abdul Rauf terus menghirup kopi. Bahu kanan saya dicuitnya, menyuruh saya minum. Tanpa membuang masa, air kopi terus saya hirup. Rasa kering di anak tekak terus berakhir.
“Makan kuih,” kata Alang Abdul Rauf. Ia terus mengambil pulut udang dalam piring. Pembalut pulut udang dikoyakkannya dengan berhati-hati.
Sebelum
pulut udang disumbat ke dalam mulut, pembalut bahagian atas dan bawah terus
dibuang. Alang Abdul Rauf terus mengunyah pulut udang dan kemudian ditelan.
Saya terus
mengambil kuih Seri Muka, bila kuih itu saya dekatkan ke mulut. Alang Abdul
Rauf terus berdehem. Saya segera memandang padanya dengan ragu-ragu. Kenapa
setiap kali saya mahu minum dan makan, Alang Abdul Rauf melakukan sesuatu.
“Kau tak
baca bismillah,” Alang Abdul Rauf mengingatkan.
“Oh.
terima kasih.”
Saya terus
membaca bismillah. Kuih Seri Muka saya kunyah dengan rakus sekali. Alang Abdul
Rauf tersenyum memandang pada saya. Beberapa orang pelanggan, masuk dan keluar
dari kedai kopi. Matahari yang memancar garang di luar menghantar bahang panas
ke dalam kedai.
Badan saya
jadi berpeluh. Alang Abdul Rauf menghabiskan sisa-sisa kopi di cawan. Ia minta
lagi secawan kopi. Jumlah pulut udang dalam piring terus berkurangan. Saya kira
kopi dan pulut udang merupakan makanan dan minuman yang amat digemari olch
Alang Abdul Rauf.
“Tamar,
kau mahu mengamalkan petua orang tua-tua.”
‘Mahu
pakcik.”
Alang
Abdul Rauf kacau kopi dengan sudu berkali-kali. Sudu yang berlaga dengan bibir
cawan melahirkan bunyi yang amat menyeronokkan bagi diri saya. Sebelum minum
kopi, Alang Abdul Rauf menggosok-gosok rambutnya dengan telapak tangan. Kemudian baru ia minum dengan tenang.“Apa
petua yang pakcik nak cakapkan dengan saya?”
No comments:
Post a Comment