“BIARKAN mereka datang,” kata bomoh dalam keadaan tidak sedar, saya merenung menerusi tingkap dan pintu yang terbuka sendiri.
“Beri
jalan,” suara bomoh lembut. Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang.
Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam
melayang ke rumah.
Datuk
tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang
tetapi penuh persediaan kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
tidak baik. Guru silat bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan
bomoh tua. Saya pula mengisut perlahan-lahan menuju ke tepi dinding.
Berusaha
mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua. Andainya, bomoh
tua kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri, mengamuk atau membaling
tempat bara api saya boleh mengelakkan diri dengan terjun menerusi pintu yang
terbuka.
Bomoh tua
yang bercakap seorang diri itu, memperlahankan suaranya, sesekali ia menumbuk
lantai, suaranya seperti orang yang kena cekik. Lagi sekali bomoh tua itu rebah
atas lantai.
Suasana
dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus bangun. Gosok kelopak matanya
berkali-kali, macam orang baru bangun tidur. Renung kiri, kanan dengan sinar
mata yang garang.
“Eh, kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah lari, kamu tolak dia, sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah-marah dengan guru silat. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.
“Eh, kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah lari, kamu tolak dia, sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah-marah dengan guru silat. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.
“Saya tak
nampak apa-apa,” mulut celupar saya bertanya. “Kamu tahu, biji mata kamu
semuanya tak nampak dia, kecuali aku, batin aku dengan batin roh datuk nenek
aku sudah bersatu,” kemarahan bomoh tua meluap-luap. Tidak terduga oleh saya
perkara tersebut boleh jadi begitu.
Supaya
keadaan, tidak menjadi kacau-bilau, datuk segera minta maaf. Nasib baik bomoh
tua mahu memaafkannya. Saya segera terfikir kenapa banyak sangat upacara yang
mesti dijalankan untuk mengubati orang yang sedang sakit.
Apakah
bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu menambahkan beban orang
yang memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan dengan keadaan yang sedang saya
hadapi.
Saya juga
terfikir, perkara itu sahaja dilakukan untuk melambat-lambatkan tugasnya. Bila
sudah larut malam baru kerja itu dijalankan dengan sempurna. Ini satu taktik,
kata hati saya. Bomoh itu, menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si
sakit duduk di depannya.
“Akulah
panglima raja Melayu,” suara bomoh berubah, parau dan garang. Isteri si sakit
tunduk.
“Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.
“Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.
“Datuk
Maharajalela, panglima Perak yang datang untuk menyempurnakan hajat anak cucu.”
“Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”
“Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”
“Hum...aku
faham, aku dahaga dan lapar.”
“Tunggu,
panglima.”
Isteri si
sakit pun meletakkan setalam hidangan di depan bomoh tua yang menjelma menjadi
Datuk Maharajalela. Saya segera rapat pada datuk yang duduk tidak jauh dari
bomoh yang sudah berada di zaman lampau itu.
Saya lihat
dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah direbus dan sebutir
tidak. Ada dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi air biasa. Ada dua kepal
pulut, satu berwarna kuning dan satu berwarna putih.
Asap
kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik guru silat memberitahu
saya, barang-barang ini memang menjadi syarat setiap kali bomoh tua itu
menjalankan tugasnya. Dan barang-barang itu sentiasa berubah, mengikut malam
bomoh tua itu datang.
Isteri si
sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya cuma dua biji
pisang. Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat, persediaannya seperti yang
saya lihat sekarang.
Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada orang yang diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan apa kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.
Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada orang yang diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan apa kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.
Semua
makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah diresapi roh
panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja menjadi loya bila
melihat bomoh tua itu makan. Air liurnya meleleh, macam orang kena sawan babi.
Sesiapa pun tidak sudi makan sisa makanan yang ditinggalkannya itu.
Membazir
dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir saya. Datuk terus
termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu selesai makan.
“Apa hajat
cucu,” bomoh tua bersuara.
“Suami
saya sakit, sudah ramai panglima yang datang tapi sakitnya tak kurang juga,
sekarang saya minta tolong pada Pahlawan Perak.”
“Hummmmmmm.,”
bomoh tua itu tunduk, “Sakit suami kau kena buatan orang, dua tiga hari lagi
sembuhlah dia, beri aku kemenyan dan daun kunyit.”
Isteri si
sakit serahkan barang yang dikehendaki. Bomoh tua membelek-belek barang
tersebut dan diserahkan pada isteri si sakit.
“Kemenyan
tu usap ke muka tujuh senja, daun kunyit potong kecil dan diberikan ia makan
pada setiap pagi, dan faham cakap aku.”
“Faham.”
“Ada apa-apa lagi yang nak minta.”
“Ada apa-apa lagi yang nak minta.”
“Tak ada
apa-apa, kalau tak kurang saya panggil panglima lagi.”
“Boleh,
lain kali aku nak datang dengan Tok Janggut dari Kelantan, sediakan makanannya,
ayam percik sama nasi dagang. Aku nak balik.”
Bomoh tua
itu jatuh ke lantai kembali. Kemudian bangun dan tersenyum, seolah-olah tidak
ada sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam dengan kami.
Bomoh tua
itu bertanya pada isteri si sakit apa yang terjadi. Isteri si sakit pun
menceritakan apa yang terjadi. Bomoh tua pun anggukkan kepala. Senyumnya
bertambah lebar merenung ke arah kami.
“Kamu dah
banyak kali tengok aku mengubat orang, tapi aku rasa pelik kenapa malam ini
baru kamu nak tolong aku?” Bomoh tua ajukan pertanyaan pada datuk.
“Saya nak
belajar,” jawab datuk.
“Hisss
kamu, dah tua-tua nak belajar, hati dah tumpul otak tak boleh terima pelajaran
lagi, aku belajar sejak kecil tahu.”
“Saya
faham,” kata datuk menahan rasa malu yang amat sangat. Bomoh tua tersenyum.
Pintu dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya tidak sedar, waktu
bila tingkap dan pintu rapat.
“Boleh
saya sentuh tubuh si sakit,” datuk minta izin dari bomoh tua. Ia anggukkan
kepala. Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya tahu, senyum itu
tidak jujur. Senyum menyindir. Datuk rapat pada si sakit. Pergelangan tangan si
sakit di rabanya berkali-kali. Datuk minta segelas air sejuk pada isteri si
sakit.
Segelas
air sejuk berada dalam tangan datuk. Mulut datuk bergerak lancar. Datuk
serahkan gelas berisi air itu pada si sakit. Datuk suruh si sakit minum air
tersebut. Baru sekali teguk saja, si sakit itu terus tersedak, air di mulut
bersembur dan terkena muka bomoh tua.
“Ini semua
kerja syaitan, si sakit disihir orang,” datuk renung muka bomoh tua. Saya lihat
bomoh tua tersengih sambil mengesat kesan air di mukanya.
“Tidak ada
harapan nak baik,” ujar bomoh tua.
“Jangan
cakap macam tu, kalau Allah izinkan semuanya elok, kalau janjinya sudah sampai
kita tak boleh buat apa-apa,” suara datuk merendah. Bomoh tua gelengkan kepala.
“Kalau
kamu dah pandai sangat, kamu ubat sendiri. Aku tak mahu campur,” bomoh tua
meledakkan kemarahannya.
“Jangan
begitu sama sama kita berusaha menolong orang yang sakit,” datuk memujuk.
Tetapi, pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya.
“Minta
maaf, kalau saya katakan yang kita boleh berusaha, marilah sama kita
menolongnya,” rayu datuk.
“Tidak
kamu uruskan aku nak tengok sejauh mana kamu sanggup”, bomoh tua itu seolah-olah
mencabar datuk. Saya lihat datuk termenung panjang. Macam ada sesuatu yang
difikirkannya.
“Minta maaf, menurut petua datuk nenek saya orang yang sakit ini disihir dengan menggunakan anak kucing hitam. Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Orang yang mengambil upah membuat kerja ini bukan sebarang orang,” datuk mengeluarkan apa yang ia tahu, mengikut petua denyut nadi dan gerak darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus melanjutkan kata-katanya:
“Minta maaf, menurut petua datuk nenek saya orang yang sakit ini disihir dengan menggunakan anak kucing hitam. Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Orang yang mengambil upah membuat kerja ini bukan sebarang orang,” datuk mengeluarkan apa yang ia tahu, mengikut petua denyut nadi dan gerak darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus melanjutkan kata-katanya:
“Kerja
pertama dah berjalan, hasilnya perut si sakit bengkak, dalam dua tiga minggu
lagi kerja kedua akan dijalankan, kalau kita tak sekat kerja kedua ini, hanya
Allah yang dapat menentukan hidup mati si sakit,” ujar datuk. Suaranya kali ini
bertambah keras penuh dengan keyakinan. Bomoh tua kerutkan dahi.
“Macam
mana caranya, orang tu buat kerja,” tiba-tiba saja bomoh tua soal datuk. Mahu
menguji sejauh mana kebolehan dan kemampuan datuk.
“Perut
anak kucing hitam itu dibelah, isi perut anak kucing itu dibalutkan dengan kain
putih dan dimasukkan ke dalam perutnya semula lalu ditanam sekitar kawasan
rumah, bila terlangkah pada orang yang ditujukan, sebulan kemudian perut orang
itu buncit, bila kain dalam perut anak kucing reput, orang yang kena tuju tu,
tamat riwayat,” jelas datuk.
Guru silat
menggaru pangkal dagunya berkali-kali. Wajahnya nampak resah. Ekor mata saya
masih tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik-jentik lantai dengan jarinya.
Isteri si sakit termenung sedangkan si sakit yang terbaring mengerdipkan
kelopak matanya berkali-kali.
“Bagaimana dengan adik ipar saya?” Mendadak saja guru silat bertanya. Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan pada datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya.
“Bagaimana dengan adik ipar saya?” Mendadak saja guru silat bertanya. Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan pada datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya.
“Adik ipar
awak baru dikenakan peringkat awal, saya yakin kain pembalut perut anak kucing
hitam tu belum hancur lagi, kita masih boleh berusaha.”
“Kalau
sudah sampai peringkat kedua bagaimana?” Desak guru silat. Datuk lagakan gigi
atas dengan gigi bawah berkali-kali.
“Peringkat
kedua, perut burung but-but dibelah, semua isi perutnya dikeluarkan, dimasukkan
kembali bersama tanah biasa lalu dijahit, ini cukup merbahaya, bila perut
burung but-but hancur, perut adik ipar awak juga pecah.”
“Dahsyat,
bagaimana kita nak mengatasinya,” cemas sekali guru silat bersuara.
“Kita
mohon pertolongan pada Allah,” jawab datuk menenangkan perasaan guru silat.
Lagi, sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak berubah dari tadi.
Tidak memperlihatkan sikap marah-marah dan sombong.
“Bagaimana
kalau semua kerja ni awak ambil,” terdengar suara bomoh tua. Datuk segera
mendekatinya. Perlahan-lahan datuk genggam tangannya erat-erat.
“Marilah
kita bekerjasama untuk menolong orang yang sakit,” kata datuk. Bomoh tua
gelengkanan kepala seraya berkata:
“Awak
uruskan cara awak, saya cara saya, kita tengok siapa handal.”
“Bukan itu
niat saya.”
“Sudahlahhhh...,”
bomoh tua terus bangun. Meninggalkan rumah adik ipar guru silat. Hilang dalam
kepekatan malam yang garang.
Saya terus
mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan. Guru silat
merenung wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut dengan segaris
senyum. Tetapi, rasa cemas dan bimbang tergambar di wajah isteri si sakit.
“Agaknya,
dia dah tak mahu nak mengubat aku,” tanya si sakit (adik ipar guru silat)
dengan nada kehampaan. Guru silat menarik nafas panjang.
Datuk
meraba dagunya berkali-kali. Isteri si sakit merenung lantai.
Di luar,
terdengar sayup-sayup suara pungguk. Desiran angin yang melanggar dedaun jelas
kedengaran. Sesekali terdengar lolongan anjing yang panjang. Saya melagakan
gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.
“Bersabarlah,”
kata datuk sambil memandang muka guru silat dan si sakit. Isteri si sakit
menarik nafas kelegaan. Sepasang mata hitamnya merauti paras saya.
“Berapa
lama saya harus bersabar, tak tahan rasanya saya menderita begini,” tiba-tiba
saja si sakit bersuara.
“Bersabarlah,
saya cuba berusaha. Saya rasa, saya dapat tahu siapa yang membuatnya, beri saya
masa tiga hari dan dengan izin Allah, saya berjaya,” datuk memberikan
pengakuan.
Kata-kata yang datuk hamburkan itu membuat guru silat tersenyum lagi. Si sakit cuba tersenyum dan isterinya anggukkan kepala. Di wajahnya terpamer seribu harapan pada datuk.
Kata-kata yang datuk hamburkan itu membuat guru silat tersenyum lagi. Si sakit cuba tersenyum dan isterinya anggukkan kepala. Di wajahnya terpamer seribu harapan pada datuk.
“Saya cuma
berusaha dan yang menentukan semuanya adalah Allah, kita mohon pertolongan pada
Allah. Niat kita baik, setiap kerja yang balk diberkati Allah,” datuk menambah.
“Saya
faham, kita cuma berusaha yang menentukan semuanya adalah kuasa Allah,” sahut
guru silat. Datuk anggukkan kepala.
Saya terus
menggosok mata dua tiga kali. Terasa amat mengantuk sekali. Guru silat terus
menguap panjang.
“Bagaimana,
kita balik dulu,” guru silat bersuara sambil melunjurkan kaki kanannya.
Kemudian, ia terus memicit pangkal pahanya berkali-kali. Deru angin malam di
luar bertambah kuat.
“Terpulang,
kalau nak balik pun elok juga,” balas datuk.
“Kalau
begitu, biarlah kami balik dulu,” guru silat memberitahu isteri si sakit.
Isteri si sakit pun anggukkan kepala.
Guru silat
segera bangun melangkah tenang menuju ke pintu dengan diikuti oleh datuk dan
saya. Sebaik saja saya berdiri di halaman rumah terdengar bunyi kucing mengiau
panjang. Dengan pertolongan cahaya lampu, saya cuba mencari kucing yang
mengiau. Tidak nampak bayang kucing dan hati saya mula berdebar.
“Kenapa
tercegat, macam patung,” guru silat menepuk bahu kiri saya dua kali. Datuk
terus merenung ke arah saya. Guru silat melihat langit yang hitam.
“Macam nak
hujan, tak ada sebiji bintang pun di langit,” guru silat seperti merungut.
Datuk dongak ke langit.
“Langit
gelap belum tentu nak hujan,” balas datuk sambil memulakan langkah pulang.
Baru dua
puluh tapak melangkah, guru silat mematikan lampu picitnya. Perbuatannya itu
menimbulkan keraguan dalam diri saya. Cepat-cepat saya memegang bahagian tepi
baju datuk.
“Kenapa?” datuk bersuara.
“Kenapa?” datuk bersuara.
“Saya
macam terdengar benda terbang atas kepala” suara guru silat cemas.
“Angin,”
kata saya.
“Bukan angin, macam
ada benda lain,” sahut guru silat lalu menyerahkan lampu picit pada datuk.
BURUNG
Angin malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti dengan bunyi guruh. Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar bunyi benda terbang macam burung mengelilingi kepala saya berkali-kali.
BURUNG
Angin malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti dengan bunyi guruh. Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar bunyi benda terbang macam burung mengelilingi kepala saya berkali-kali.
“Burung
keliling kepala saya tuk."
Datuk pun
menyuluh ke arah kepala saya. Datuk terkejut melihat seekor burung
berpusing-pusing atas kepala saya sambil mengeluarkan bunyi yang tidak pernah
saya dengar. Guru silat segera mendekati saya dan bersedia untuk menangkap
burung yang tidak diketahui jenisnya.
“Aduh burung cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru silat. Saya terkejut melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah di pipi guru silat dengaa sapu tangan. Burung yang tidak diketahui jenisnya itu terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini guru silat sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan tangannya.
“Aduh burung cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru silat. Saya terkejut melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah di pipi guru silat dengaa sapu tangan. Burung yang tidak diketahui jenisnya itu terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini guru silat sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan tangannya.
“Jangan
tahan dengan tangan, nanti lengan kamu dicakarnya, cari kayu,” datuk
mengeluarkan arahan. Guru Silat segera mencapai dahan kayu dan bersedia untuk
memukul burung aneh yang mahu menyerangnya. Buat beberapa saat, suasana menjadi
tenang. Burung aneh, tidak ada lagi melakukan sebarang serangan.
“Jalan,
jangan tunggu, burung tu tak datang lagi,” suara datuk meninggi. Saya dan guru
silat segera mematuhinya. Berjalan malam dalam keadaan cemas memang tidak
menyeronokkan, setiap benda yang didengar membuat bulu roma berdiri. Dua tiga
kali langkah saya terhenti akibat diganggu oleh bunyi ranting kering yang patah
akibat dirempuh angin.
Dalam
keadaan yang tidak begitu selesa, saya terasa pipi kanan ditampar oleh kepak
burung dan dituruti dengan cakaran kilat. Saya mula terasa pipi pedih dan
berdarah:
“Burung
tu, serang saya tuk.”
“Padamkan
lampu, agaknya dia tak boleh tengok cahaya,” kata guru silat. Datuk segera
memadamkan lampu picit. Atas arahan datuk, kami berbuat demikian.
“Kita
berjalan semula, agaknya burung tu tak ganggu kita lagi,” suara guru silat
tertahan-tahan. Agaknya, ia sudah tidak sanggup lagi duduk bertinggung. Tidak
ada bantahan dari datuk tetapi, datuk mengingatkan kami yang ia akan menyalakan
lampu picit di tangan bila difikirkan perlu. Teryata perjalanan kami lancar
sekali.
Sebaik
saja sampai di kaki rumah tempat saya dan datuk menginap, secara mendadak saja
seekor burung puyuh hinggap di anak tangga ketiga, sambil
mengembang-ngembangkan kepaknya. Sesekali membuka mulutnya macam minta makan.
Guru silat menerpa ke arah burung puyuh tersebut untuk menangkapnya.
“Jangan,”
datuk melarang.
“Kenapa?
Bukankah dia nak datang menyerah diri.”
“Belum
tentu burung puyuh tu betul betul burung puyuh barangkali benda lain yang
menyerupainya”
“Ah ,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk dengan seribu tanda tanya. Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.
“Ah ,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk dengan seribu tanda tanya. Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.
Burung
puyuh terus meniti di anak tangga sambil melebarkan kedua belah kepaknya.
Sesekali, berbunyi bertalu-talu. Suara burung puyuh itu ternyata berjaya
memikat hati guru silat yang selama ini dikenali sebagai peminat burung puyuh.
Matanya, tidak berkedip melihat telatah burung puyuh malam di anak tangga.
“Suaranya
bagus, boleh jadi pemikat, gerak jalannya boleh jadi jaguh sabung puyuh,” guru
silat seperti meratap kehebatan si puyuh malam yang dilihatnya.
“Aku tahu,
aku juga pernah jadi peminat puyuh tapi, puyuh yang kita tengok ini, belum
tentu puyuh betul,” datuk menahan keinginan yang bersarang dalam dada si guru
silat.
Si guru silat yang mempunyai berpuluh-puluh anak murid itu kecewa dengan sikap datuk. Cepat-cepat datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna merah dari dalam saku bajunya. Kain itu dikibaskannya ke arah burung puyuh malam tiga kali berturut-turut. Burung puyuh itu bersuara nyaring dan melawan kibasan kain ikat kepala datuk.
Si guru silat yang mempunyai berpuluh-puluh anak murid itu kecewa dengan sikap datuk. Cepat-cepat datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna merah dari dalam saku bajunya. Kain itu dikibaskannya ke arah burung puyuh malam tiga kali berturut-turut. Burung puyuh itu bersuara nyaring dan melawan kibasan kain ikat kepala datuk.
“Kau lihat
sendiri,” kata datuk setelah burung puyuh itu hilang dengan serta-merta bila
datuk mahu menyerkupnya dengan kain ikat kepala. Guru silat kedutkan dahi
sambil menarik nafas panjang. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan terasa
sedikit rasa cemas dan bimbang.
“Sudah,
mari kita naik,” datuk terus menarik tangan guru silat. Saya mengikutnya dari
belakang. Bila pintu rumah dibuka, lagi sekali kami dikejutkan dengan kehadiran
burung puyuh malam di tengah rumah. Saya lihat mata burung puyuh itu memandang
tepat ke arah saya semacam ada cahaya kemerah-merahan di biji matanya. Saya
jadi cemas.
“Jangan
diganggu biarkan di situ,” datuk mengingatkan saya dan guru silat. Serentak
saya bersama guru silat anggukkan kepala. Saya terkejut bila burung puyuh malam
itu menerkam ke arah kaki guru silat, tanpa mempedulikan ingatan datuk, guru
silat terus menangkap burung puyuh tersebut.
“Biar kita
tangkap dan pelihara, apa yang terjadi kita tanggung sendiri,” guru silat
renung muka datuk.
“Terpulanglah
pada kamu tapi, lagi sekali aku ingatkan, berhati-hatilah dengan burung itu.”
“Saya faham.”
“Saya faham.”
Guru silat
terus membawa burung puyuh ke ruang dapur. Dimasukkan ke dalam raga buluh dan
ditutup dengan papan. Diletakkan atas para dapur. Datuk hanya
menggeleng-gelengkan kepala takjub dengan keberanian guru silat yang sanggup
menanggung apa saja kesusahan.
“Kita
yakin, burung itu burung puyuh biasa,” bisik guru silat menyakinkan datuk.
Tanpa mengucapkan sesuatu datuk tersenyum sambil meraba-raba misainya. Datuk
mengambil air sembahyang dan terus membaca Quran. Guru silat duduk bersila di
tengah ruang rumah.
KATAK
Di luar hujan mula turun dengan selebat-lehatnya bersama dengan bunyi halilintar dan petir. Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan kain pelekat. Bunyi jam tua yang tergantung di tiang seri rumah jelas kedengaran. Saya renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua pagi.
KATAK
Di luar hujan mula turun dengan selebat-lehatnya bersama dengan bunyi halilintar dan petir. Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan kain pelekat. Bunyi jam tua yang tergantung di tiang seri rumah jelas kedengaran. Saya renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua pagi.
“Ribut di
luar,” kata guru silat.
“Ya, saya
terdengar bunyi dahan patah,” kata saya.
“Jarang
ribut kuat macam ni, saya bim...,” guru silat tdak dapat meneruskan
kata-katanya diganggu oleh halilintar yang amat kuat. Telinga saya jadi
berdesing.
Saya
segera bangun. Datuk dekat guru silat. Gegaran dan halilintar dan petir membuat
semua tingkap rumah terbuka. Tempias air hujan masuk mencurah-curah dalam
rumah. Semua tikar basah tetapi, datuk tetap meneruskan pembacaan ayat-ayat
suci dengan khusyuk sekali. Cahaya kilat terus menyambar ke dalam, membuat saya
jadi resah tidak menentu.
“Burung
puyuhku,” guru silat segera bangun dan saya bagaikan ditolak sesuatu kuasa
mengikutnya ke ruang dapur. Guru silat membuka penutup raga perlahan-lahan.
Saya yang menggigil kesejukan terus menjenguk ke raga.
“Ya,
Allah,” guru silat bersuara, mukanya pucat.
“Kenapa?”
“Kau lihat sendiri Tamar.”
“Kau lihat sendiri Tamar.”
“Tak mahu,
masa penutup dibuka tadi, saya dah perasan yang burung itu, bertukar menjadi
katak.”
“Ajaib,” guru silat mengeluh.
“Ajaib,” guru silat mengeluh.
Dan memang
diduga sama sekali, di tengah suasana hujan yang menggila bersama petir dan
halilintar, katak yang berada dalam raga terus melompat keluar. Bentuknya agak
menakutkan, sepasang biji matanya tersembul, memancarkan cahaya kemerahan
bercampur kebiru-biruan.
Di bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih, kelihatan lembik dan bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku panjang dan tajam. Kulit seluruh badannya lembik seolah-olah dagingnya berada di luar. Dari celah pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.
Di bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih, kelihatan lembik dan bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku panjang dan tajam. Kulit seluruh badannya lembik seolah-olah dagingnya berada di luar. Dari celah pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.
No comments:
Post a Comment