AKHIRNYA, anak Malik Cina terus pulih seperti sedia kala. Malik Cina terus
menghubungi menantunya tentang keadaan isterinya yang sudah baik.
Tempoh yang
dijanjikan sudah cukup. Saya dan datuk pun bersedia untuk meninggalkan rumah
Malik Cina. Isterinya menangis melihat saya dan datuk berdiri di ambang pintu
untuk melangkah pulang.
“Bagaimana,kalau saya
hantarkan,” Malik Cina kemukakan cadangan. Datuk kerutkan dahi. Merenung ke
kiri dan ke kanan halaman dengan wajah yang tenang.
“Tak payah, biar kami
balik sendiri.”
“Bagaimana dengan
kerja yang lalu, berapa upah dan pengerasnya.”
“Apa yang Allah
kurniakan pada aku, adalah untuk kebaikan bagi menolong sesama manusia. Aku
bukan mencari makan dengan kerja-kerja begini.”
“Maksudnya?”
“Tak ada apa-apa bayaran.”
“Tak ada apa-apa bayaran.”
Malik Cina termenung
panjang. Saya terus mengikat tali kasut. Tiupan angin terasa memukul dedaun
telinga dan pipi saya.
“Boleh saya tahu,
siapa yang membuat anak saya jadi begini,” cara mendadak isteri Malik Cina
mengajukan pertanyaan. Malik Cina kelihatan resah tidak keruan.
“Kenapa kamu tanya
siapa yang membuatnya?”
“Saya nak balas
dendam, kalau boleh saya minta awak buat kerja tu, kalau upahnya satu ekar
tanah pun, saya sanggup mengadakannya.”
“Membalas dendam dan
ambil upah untuk merosakkan hidup orang lain itu bukan kerja saya,” suara datuk
meninggi wajahnya nampak masam. Datuk terus menggenggam penumbuk.
“Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.
“Malik,” pekik datuk dengan wajah yang marah.
“Ya, kenapa?”
“Banyakkan bersedekah
pada anak-anak yatim dan orang susah, selalulah baca Yasin setiap malam Jumaat,
pohon doa, pada Allah minta jauhkan dari segala bala.”
“Ya saya faham, saya
nak tahu benarkah sakit anak saya dari buatan orang,” Malik Cma mengajukan
pertanyaan.
“Itu aku tak tahu
tetapi, aku rasa apa yang kau alami sekarang merupakan pembalasan dan Allah.”
“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, saya tak permah menganiayakan orang, saya tak pernah buat orang susah.”
“Ah, saya rasa, sepanjang hidup saya ni, saya tak permah menganiayakan orang, saya tak pernah buat orang susah.”
“Kau tak boleh cakap
begitu, mungkin masa muda kamu dulu kamu pernah menipu atau memberi malu pada
seseorang,” datuk menarik nafas panjang. Isteri Malik Cina yang berdiam segera
membenamkan pacak sanggul lintang pada sanggul yang seketul atas kepala.
“Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja datuk berkata-kata. Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.
“Itu saja yang nak saya katakan pada kamu berdua, terpulanglah pada kamu berdua memikirkannya sama ada kamu berdua nak ikut atau percaya dengan cakap aku,” selesai sahaja datuk berkata-kata. Ia terus menggeliat. Tangan saya ditariknya untuk menuruni anak-anak tangga yang dibuat dari kayu cengal.
Bila sahaja tapak
kaki datuk memijak mata tangga terakhir. Malik Cina, menyebut nama datuk.
Mereka berpandangan. Sinar mata Malik Cina redup tertampar ke wajah datuk.
“Ada apa lagi Malik?”
“Barangkali cakap
kamu benar.”
“Maksud kamu.”
Malik Cina terdiam.
Pandangannya dialihkan ke arah dinding rumah. Anak perempuannya yang datang
cara mendadak di sisinya, renung muka saya, kemudian melangkah dengan tenang.
“Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon datuk. Malik Cina turun menghampiri datuk. Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.
“Katakan apa saja Malik, aku bersedia mendengarnya,” pohon datuk. Malik Cina turun menghampiri datuk. Bahu datuk dipegangnya. Dadanya nampak berombak. Wajahnya juga kelihatan rasa tidak menentu.
Malik Cina memaksa
datuk duduk di mata tangga terakhir. Saya berdiri dekat mereka. lsterinya
mungkin tidak mahu campur dalam urusan datuk dan Malik Cina, segera menuruti
jejak langkah anaknya menuju ke ruang belakang.
“Kau betul dalam hal
ini, dulu aku meminang seorang perempuan, bila sampai waktu mahu menikah, aku
tidak pergi ke rumahnya pada hal kedua orang tua gadis itu, sudah pun memanggil
orang kampung, kaum kerabatnya sudah berkumpul,” Malik Cina membuka rahsia
dirinya.
“Kenapa kamu buat
macam tu Malik?”
“Saya cara mendadak
tak sukakan dia, saya dah jatuh hati dengan isteri saya sekarang.”
“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”
“Lepas tu apa yang kau buat, kau tak minta maaf.”
“Tidak, saya takut
pada keluarga perempuan tersebut, kalau saya pergi, tentu saya menerima padah
yang buruk, saya buat tak tahu dan nikah dengan bini saya sekarang.”
LEMBUT
Cerita dari Malik Cina itu, membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan datuk.
Cerita dari Malik Cina itu, membuat datuk menarik nafas panjang. Rasa kecewanya terhadap perangainya Malik Cina terbayang di wajahnya. Angin yang bertiup lembut terus menyentuh wajah saya dan datuk.
“Aku pernah dengar
cerita macam tu, tapi aku tak menduga kau yang melakukannya,” kata datuk.
“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.
“Dari siapa dengar cerita tu?” Soal Malik Cina.
“Aku tak ingat dari
siapa?” Jawab datuk dan terus bangun. Sarungkan kasut capal bertali dua ke
kaki. Datuk melangkah dua tapak ke depan.
Datuk berhenti
melangkah. Pusingkan badan dan berdiri berdepan dengan Malik Cina yang masih
duduk di mata anak tangga terakhir. Bahagian tepi rambut Malik Cina nampak
bergerak-gerak disentuh angin.
“Kalau dulu, kau
pernah memalukan orang lain, sekarang kau sendiri merasakan balasannya. Ingat,
kalau kita pernah menganiayakan orang satu hari kelak kita akan menerima
padahnya, kalau tidak pada kita, mungkin pada anak cucu kita,” jelas datuk
dengan tenang. Malik Cina segera berdiri. Biji mata datuk ditentangnya.
“Saya sedar dan faham
semuanya,” balas Malik Cina lembut.
“Ingat mulai hari
ini, bersihkan hatimu, jangan menganiayakan orang, jangan menjatuhkan maruah
orang, buatlah baik sesama insan.”
“Ya saya berjanji.”
“Aku doakan kamu
bahagia,” tenang sekali datuk bersuara.
Datuk bersalam dengan
Malik Cina. Cepat-cepat Malik Cina memeluk tubuh datuk. Mereka berdakapan penuh
mesra.
Saya hanya
memerhatikan sahaja gerak-geri datuk dan Malik Cina.
“Biar saya hantar
awak ke pekan Sungai Siput,” Malik Cina mengemukakan cadangan. Datuk segera
menjatuhkan sepasang tangannya yang merangkum tubuh Malik Cina.
“Tak payah, biarlah
kami berjalan kaki.”
“Kenapa pula? Naik
kereta lagi bagus.”
“Terima kasih Malik,
biar kami berjalan.”
Malik Cina garu
hujung dagunya berkali-kali. Hatinya tidak berapa seronok mendengar alasan yang
dikemukakan oleh datuk. Dua kali tawarannya ditolak oleh datuk.
“Terkilan rasa hati
saya, datang dijemput, bila balik jalan kaki,” Malik Cina meluahkan rasa
hatinya.
“Tak apalah ini
permintaan tuan punya diri, kenapa kamu nak susah hati.”
“Saya tahu, tapi
kurang seronok.”
“Tak apalah, aku
cakap ikhlas,” jelas datuk.
Datuk menarik tangan
saya untuk memulakan langkah.
Tiba-tiba isteri
Malik Cina meluru ke arah kami. Di tangannya terselit sampul surat panjang
berwarna kekuningan. Isteri Malik Cina hulurkan sampul surat itu pada datuk.
“Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.
“Apa bendanya ni?” Datuk agak terkejut.
“Duit, ada dua ratus
ringgit untuk upah mengubati anak saya,” jelas isteri Malik Cina. Datuk
tergamam. Sampul surat di tangan isteri Malik ditepisnya. Wang bertaburan atas
tanah.
Muka datuk serta-merta menjadi marah. Nafasnya tercunggap-cunggap. Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.
Muka datuk serta-merta menjadi marah. Nafasnya tercunggap-cunggap. Badannya menggeletar menahan rasa marah. Muka isteri Malik Cina jadi pucat.
“Malik,” jerit datuk
sekuat hati. Malik Cina segera menghampirinya. Wajah isteri Malik Cina yang
pucat segera bertukar menjadi kemerah-merahan. Wang yang bertaburan atas tanah
dikutipnya sehelai demi sehelai dan disumbat ke mulut sampul surat.
“Bukankah sudah aku
katakan, aku bukan mencari rezeki dengan mengubati orang, aku sekadar berusaha
yang menentukannya Allah, mengapa perkara yang aku benci ini kamu lakukan pada
aku? Apa kamu mahu menguji aku,” datuk meledakkan apa yang ada dalam hatinya.
“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.
“Maafkan saya, saya terlupa beritahu bini saya, dia tak tahu, tak terniat untuk menguji awak,” sahut Malik Cina.
Mukanya nampak cemas.
Datuk termenung. Perlahan-lahan
ia menatap wajah isteri Malik Cina yang keadaannya tidak tentu arah.
“Maafkan aku, aku tak
berniat nak menjatuhkan air muka kamu, maafkan aku,” nada suara datuk dibalut
rasa kesal yang memanjang. Datuk terus beristighfar beberapa kali.
“Maafkan aku,” ulang
datuk.
“Saya maafkan,” balas
isteri Malik Cina. Datuk gembira mendengar kata-kata yang diluahkan oleh isteri
Malik Cina. Dan Malik Cina pula berkali-kali minta maaf pada datuk kerana
kesalahannya tidak memberitahu isterinya, tentang pantang larang yang diamalkan
datuk.
“Wang itu kau sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.
“Wang itu kau sedekah pada anak-anak yatim, pada fakir miskin atau hadiahkan pada masjid, barangkali dengan wang itu dapat digunakan untuk membaiki mana-mana bahagian masjid yang rosak,” dalam nada yang lembut datuk menyatakan pada Malik Cina dan isterinya. Mereka anggukkan kepala.
“Aku nak pesan pada
kamu supaya mengamalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali, di antara
sembahyang sunat Subuh dengan fardhu Subuh,” beritahu datuk pada Malik Cina.
“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.
“Apa faedahnya mengamalkannya?” Soal Malik Cina tidak sabar.
“Kalau orang itu
makan gaji, mudah naik pangkat.”
“Lagi.”
“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”
“Lagi?”
“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”
Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.
“Kalau ia miskin akan jadi kaya, ada saja rezeki yang halal diberikan Allah untuknya.”
“Lagi?”
“Kalau ia banyak hutang, ada saja jalan diberikan Allah untuknya menyelesaikan hutang.”
Malik Cina renung muka isterinya yang khusyuk mendengar penerangan dan datuk. Saya hanya diam tetapi, apa yang saya dengar tetap saya sematkan dalam hati, Memang tidak mudah datuk mahu memberikan amalan pada seseorang. Entah apa mimpinya ia mahu memberikan pada Malik Cina.
“Lagi apa faedahnya
amalan itu,” Malik Cina mencungkil rahsia.
“Kalau seseorang itu
sakit dan amalkan membaca, dengan izin Allah sakitnya akan sembuh,” jelas
datuk.
“Lagi?”
“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”
“Jika ia lemah, akan dikuatkan oieh Allah.”
“Lagi.”
“Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.
“Jika orang itu berdagang atau merantau di negeri orang. Ia tetap dihormati dan dimuliakan, cita-citanya sampai dan orang itu tidak akan dimusuhi oleh sesiapa,” datuk terbatuk.
“Banyak faedahnya,”
kata isteri Malik Cina.
“Ya, dengan syarat
diamalkan, tidak meninggalkan sembahyang lima waktu, nampaknya mudah tetapi
jarang orang dapat mengamalkannya dengan sempurna,” datuk meraba pangkal dagu.
Ia renung muka saya, memberi isyarat untuk memulakan perjalanan.
“Tapi, kamu
sekeluarga harus mengamalkannya, terutama anak kamu, supaya sakitnya tidak
berulang lagi,” datuk mengingatkan Malik Cina dan isteri.
Datuk bersalaman
dengan Malik Cina. Kemudian saya pula bersalaman, Saya rasakan genggaman Malik
Cina cukup erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pulang.
“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.
“Selamat jalan, semoga kamu dengan cucu selamat sampai ke tempat yang dituju,” ujar Malik Cina pada datuk.
“Semoga Allah
memberkati dan menyelamatkan keluarga kamu dari sebarang bencana,” jawab datuk.
Malik Cina tunduk tetapi, di kelopak mata isterinya tergenang air jernih.
Saya renung ke arah
rumah Malik Cina. Saya lihat anaknya berdiri di muka pintu merenung ke arah
saya. Memang, anak perempuan Malik cantik sungguh. Secara diam-diam saya
tertarik dengan kecantikannya. Kalau saya disuruh menatap wajahnya selama dua
tiga jam, saya sanggup melakukannya.
“Eh tengok apa tu,
kamu tahu dia bini orang,” terdengar suara datuk memukul gegendang telinga
saya.
Cepat saya menoleh ke
kanan, Malik Cina tersenyum ke arah saya. Toleh ke kiri isteri Malik Cina juga
tersenyum. Saya terasa malu dan untuk menghilangkan nasa malu itu, saya terus
melangkah dengan cepat mendahului langkah datuk.
“Cucu awak dah besar,
dah ada perasaan pada perempuan,” saya terdengar suara Malik Cina. Kata-kata
itu menyindir diri saya. Saya terdengar ketawa datuk pendek. Ketawa itu juga
saya rasakan menyindir diri saya. Menyesal saya renung ke rumah Malik Cina.
Kalau saya renung tadi, tentu saya tidak diketawakan dan jadi bahan bualan
mereka. Batin saya terus merungut, penuh rasa kesal.
LANGKAH
Saya terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada datuk mengikuti saya dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka. Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.
Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada datuk. Hati saya terasa lega. Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.
Saya terus melangkah. Saya tidak peduli sama ada datuk mengikuti saya dari belakang atau tidak. Soal yang penting bagi saya ialah tidak mahu pandang muka Malik Cina dan isterinya. Tidak mahu dengar suara mereka. Semuanya menyakitkan hati. Saya terus melangkah.
Bila sampai dekat pokok besar. Datuk terus memegang bahu saya. Ia menyuruh saya jalan bersaing dengannya. Tidak kuasa saya melihat wajahnya. Saya masih terasa malu kerana rahsia diri saya sudah diketahuinya. Saya berdoa semoga datuk tidak menimbulkan perkara itu pada saya. Sesungguhnya, saya tidak rela malu untuk kali kedua pada datuk. Hati saya terasa lega. Datuk tidak menimbulkan perkara tersebut. Kami terus melangkah seiring di bawah hembusan bayu yang datang dari arah sebuah bukit yang letaknya di pinggir Kampung Bahagia.
Kicau burung yang
menyanyi di pepohon kiri kanan jalan amat menyeronokkan. Matahari pagi yang
berada di paras pucuk kelapa dara bersinar lembut. Kabus nipis kelihatan
bangkit perlahan-lahan di puncak banjaran Titiwangsa. Bayu pun menggerakkan
dedaun menghijau.
Indahnya alam ciptaan
Allah. Kata nenek, kalau kita mengkagumi keindahan alam ciptaan Allah, kita
harus bersyukur dan memuji-Nya. Kemudian bandingkan betapa kerdilnya diri kita
dalam keindahan alam itu.
Nenek juga berkata,
orang-orang yang tinggal di kawasan alam semulajadi. Selalunya hidup aman dan
panjang umur, Sentiasa tenang. Sebabnya mereka jadi demikian, kerana mereka
selalu bersyukur pada Allah secara tidak langsung mereka mendekati diri
dengan-Nya. Dan orang-orang yang selalu mendampingi dirinya dengan Allah,
selalu merasa hahagia meskipun pada lahirnya mereka nampak susah dan sukar.
Kekayaan dan pangkat
serta penghormatan tidak bererti, kalau batin manusia yang mewah itu tidak
tenteram. Sebabnya kebahagiaan tidak terletak pada kekayaan. Kebahagiaan
terletak pada hati. Bila hati tenteram, jiwa pun bersih dan wajah pun berseri.
Itu pendapat nenek
yang tidak pernah ke sekolah. Susah juga untuk saya mempercayainya tetapi, kata
nenek lagi, bila saya bertambah tua dan sudah mengalami rempah-ratus kehidupan,
barulah saya tahu, apakah cakapnya itu benar atau tidak. Macam-macam yang
datang dalam kepala saya.
Tiba-tiba saya dan
datuk sudah pun sampai ke bibir jalan raya Ipoh - Kuala Kangsar. Saya duduk di
batu tepi jalan sambil mengusik-ngusik rumput semalu. Rumput yang kembang segar
itu akan terus mengecut bila saya usik dengan hujung sepatu.
Datuk terus merenung
ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya. Saya terus resah. Sudah
berada di tepi jalan raya, datuk masih belum beritahu saya ke mana harus pergi?
Ini yang susahnya mengikut datuk. Ia tidak mempunyai rancangan yang tertentu.
Saya segera mendekati
datuk. Ia tersenyum sumbing memandang ke arah saya. Ia bagaikan tahu dengan apa
yang bergolak dalam diri saya.
“Kita ni nak ke mana
tuk?”
“Ke Bakap, dekat Batu
Gajah.”
“Bukan nak pergi ke
pekan Sungai Siput?”
“Kamu berjalan ikut
aku, apa yang aku buat kamu ikut saja jangan banyak cakap. Belum apa apa dah
nak mengajar orang tua.”
Perasaan saya
tersentap mendengar kata-kata datuk itu. Ditanya jawapannya kena marah. Tidak
ditanya hati resah. Memang serba salah jadi cucu pada datuk yang selalu
beranggapan yang cucunya tidak pandai dan mesti patuh dengan cakapnya.
Datuk menahan bas
yang mahu ke Ipoh. Saya disuruh naik dulu. Saya memilih tempat di bahagian
belakang. Tetapi datuk tidak setuju dengan tempat yang saya pilih itu. Ia suruh
saya pilih tempat duduk yang berhampiran dengan pemandu.
“Jangan biasakan bila
naik bas duduk di belakang.”
“Kenapa tuk?”
“Tak bagus, kalau ada
kejadian yang tak diingini kita susah bertindak, sebaik-baiknya pilih di
bahagian tengah.”
“Sebabnya tuk?”
“Kalau diserang
komunis dari depan kita dapat bersedia begitu juga kalau diserang dari arah
belakang.”
“Tapi, kita duduk di
bahagian depan sekarang tuk?”
“Tak apa kerana aku
rasa perjalanan kali ini selamat.”
Saya diam. Tidak
kuasa mengajukan sebarang pertanyaaan padanya. Bas terus meluncur. Saya terus
terlelap. Saya terkejut bila bas berhenti dengan tiba-tiba. Saya gosok kedua
belah mata dan renung kiri dan kanan. Apa yang saya lihat ialah kebun getah
yang subur.
“Kita ni di mana
tuk?”
“Kita baru
meninggalkan Pekan Chemur.”
“Kenapa bas ni berhenti
di tengah hutan tuk.”
“Kamu tengok tu,”
datuk meluruskan telunjuknya ke arah belukar kecil di kiri bas.
Saya terkejut, saya
lihat lebih dari dua puluh orang lelaki memakai baju seragam dengan topi leper
berbucu lima. Di tangan mereka lengkap dengan senjata api.
“Itu askar tuk,” kata
saya.
“Bukan, itu komunis,”
sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-katanya. Tiga orang anggota komunis naik ke
bas. Seorang berdiri di tangga bas. Seorang berdiri di bahagian tengah. Dan
seorang di bahagian belakang bas.
Saya amati, yang
berdiri di tangga bas. Orang India. Di tengah bas, orang Cina dan di bahagian
belakang orang Melayu. Saya kira yang berdiri di tengah adalah ketua mereka.
Manakala di luar bas kelihatan lebih dari dua puluh anggota komunis duduk dalam
belukar. Mereka menghalakan muncung senapang ke arah bas.
Penumpang bas yang
sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu dan Cina serta beberapa orang
India kelihatan cemas. Pemandu bas diarahkan turun oleh komunis berbangsa
India. Wang yang ada pada penjual tiket bas dirampas oleh komunis berbangsa
Cina. Penjual tiket juga disuruh turun.
“Sekarang, semua
orang bangun, letakkan duit, jam tangan, emas dan apa yang kamu bawa dekat
pintu has, kalau kamu membantah kami tembak. Keluar satu-satu,” perintah komunis
Melayu yang berada di bahagian belakang bas.
Semua penumpang bas
patuh. Semua barang yang mereka bawa diserahkan pada pihak komunis. Bila sudah
turun dari bas. Kami disuruh berbaris. Seorang anggota komunis melakukan
pemeriksaan pada diri penumpang. Semua kad pengenalan bas dirampas dan
dikumpulkan di tanah lapang untuk dibakar.
Dua orang pemuda
Melayu dihentak oleh anggota komunis dengan buntut senapang. Sebabnya, kedua
pemuda Melayu itu tidak mahu menyerahkan rantai leher yang dipakai. Saya lihat pemuda
Melayu itu jatuh terlentang dan mulut mereka berlumuran darah.
Datuk hanya melihat
peristiwa itu dengan tenang. Dahinya nampak berpeluh dipanah sinar matahari
yang garang. Saya kira ketika itu, lebih kurang pukul sebelas pagi.
“Ingat siapa tak mahu
dengar cakap kami inilah padahnya,” kata anggota komunis berbangsa Melayu.
Anggota komunis bangsa India dan Cina menegakkan ibu jarinya memuji tindakan
anggota komunis bangsa Melayu itu.
“Ini hari gua kasi
power sama lu, lu boleh bikin apa saja,” kata anggota komunis Cina (ketua) pada
anggota komunis bangsa Melayu. Sedangkan anggota komunis bangsa India ketawa.
Matanya merenung tajam pada gadis India berkulit cerah. Berusia sekitar 18
tahun.
Gadis India yang
memakai sari itu nampak gelisah. Berkali-kali ia merenung wajah ibunya. Tetapi,
anggota komunis bangsa India itu terus melihatnya terutama di bahagian perut
gadis India yang dibalut oleh kain sari.
“Lu suka sama dia,
kalau suka ambil bawa masuk hutan,” ujar ketuanya.
“Nanti dulu,” jawab
anggota komunis bangsa India. Keadaan ketika itu memang mencemaskan. Pemandu
kenderaan yang lalu-lalang di situ, buat tidak kisah dengan apa yang terjadi.
Mungkin mereka menyangka bas yang berhenti itu rosak.
“Eh budak, kenapa
kamu tak serahkan cincin yang kamu pakai,” anggota komunis menghampiri saya.
“Ini bukan emas, ini
suasa, orang lelaki haram pakai emas,” kata saya.
“Sekarang kasi sama
kami.”
“Tak boleh,” saya
berkeras.
“Kuranggg ajjjjar
punya budak.”
Muka saya ditampar
dan perut saya ditendang. Saya berguling-guling dibumi menahan kesakitan. Saya
melolong minta tolong pada datuk. Saya lihat datuk tidak juga bertindak. Dan
anggota komunis Melayu itu mengangkat buntut senapangnya untuk menghentak
kepala saya.
Belum pun sempat
buntut senapang itu hinggap di kepala saya. Datuk menerpa ke arah anggota
komunis tersebut. Ia menendang senapang ditangan anggota komunis tersebut.
Senapang itu terpelanting dan terus meletup. Salah seorang anggota komunis yang
berdiri tidak jauh dari situ menjerit dan terus rebah.
Perutnya yang
ditembusi peluru mengeluarkan darah yang banyak. Tendengan datuk itu disusuli
dengan penumbuk. Anggota komunis itu tersandar di pangkal getah. Bila ia cuba
bangun, datuk bagaikan terbang menerkam ke arahnya. Satu tendangan hinggap
dibahagian kiri perutnya. Anggota komunis itu terus lembik di situ.
Suasana menjadi
tegang. Dalam beberapa saat sahaja anggota komunis terus mengerumuni datuk.
Mereka menghalakan muncung senapang ke arah datuk. Saya menjadi cemas dan datuk
menjadi kaku. Tetapi, ekor matanya terus mengawasi anggota komunis di
sekilingnya.
Anggota komunis berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan penumbuk ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.
Anggota komunis berbangsa India menghampiri datuk. Tanpa berkata apa-apa, ia melepaskan penumbuk ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan terus menyambar pergelangan tangannya.
Dengan sekuat hati,
datuk menolaknya ke kanan, Ia terperosok dalam perdu nanas. Pistol yang
terselit di pinggangnya terpelanting lalu jatuh di depan datuk. Tanpa membuang
masa datuk terus memijak pistol itu hingga terbenam dalam tanah.
“Tangkap dia dan
tembak,” ketua komunis yang berbangsa Cina mengeluarkan perintah. Belum pun
sempat datuk menoleh ke kanan, tiga orang anggota komunis memeluk tubuhnya
dengan kejap. Anggota komunis bangsa India yang terperosok dalam perdu nanas
segera bangun. Wajahnya nampak bercalar.
“Ikat dan tembak
dia,” katanya marah sambil melempar tali sabut pada kawannya. Datuk kelihatan
tenang. Ia membiarkan anggota-anggota komnunis itu membelitkan tali sabut ke
tubuhnya. Datuk ditarik macam lembu menuju ke pangkal pokok Petai. Datuk terus
diikat di situ.
“Sekarang suruh
orang-orang yang turun dari bas naik ke bas semula, suruh diaorang tengok kita
tembak orang tua yang nak mampus ni,” ketua komunis bangsa Cina mengeluar
arahan pada anggota komunis bangsa Melayu.
Arahan itu segera
dipatuhi. Penumpang bas kembali ke tempat duduk masing-masing. Tetapi, pemandu
bas dan penjual tiket tidak dibenarkan naik bas. Mereka disuruh berdiri tidak
jauh dari pintu bas.
“Eh kamu budak, mari
sini, kamu duduk sini, kamu tengok macam mana orang tua ni mampus,” anggota
komunis bangsa India bersuara lalu menarik tengkuk baju saya. Saya disuruh
duduk bertinggung menghadap ke arah datuk. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa
cemas dan takutnya saya ketika itu.
BAKAR
Ditengah suasana
tengah hari yang terik dan perit itu, saya rasa kulit muka saya bagaikan mahu
terbakar. Baju saya basah diresapi peluh. Saya menangis tersedu di depan datuk.
“Tamar, jangan
menangis, tidak ada manusia yang boleh memisahkan roh dari jasad seseorang,
jika tidak diizinkan oleh Allah, janganlah kamu takut pada mereka,” kata datuk
berpandangan sama sendiri. Dua tiga orang daripada mereka menjuihkan bibir dan
sebahagian yang lain senyum dan ketawa kecil.
“Sekejap lagi kamu
tahu, siapa besar, Allah kamu atau peluru senapang, masa itu kamu boleh minta
tolong dengan Allah,” sindir anggota komunis bangsa Melayu. Datuk hanya diam
sahaja. Wajahnya kelihatan aman tenang sekali.
Saya terus mengesat
air mata, ketika itu juga saya terdengar suara jeritan burung helang, panjang
dan amat nyaring sekali. Saya lihat ke langit, saya lihat burung helang itu
terbang berlegar-legar di atas kepala kami.
Menurut petua orang
tua-tua, bila burung helang berbunyi di atas kepala dan berpusing-pusing waktu
tengah hari, itu tandanya orang yang berada di bawahnya akan menemui kesusahan,
bagi mengelakkan perkara itu terjadi, orang yang mendengarnya harus memukul
pangkal pokok besar sekuat hati, dengan harapan dapat didengar oleh burung
helang, dengan itu burung helang tersebut akan terbang ke tempat lain.
No comments:
Post a Comment