DALAM keadaan begini, tentu sahaja saya tidak dapat melakukan petua dari orang tua-tua yang pernah saya dengar itu. Saya hanya berserah pada Allah sahaja. Tiba-tiba ketua komunis itu memerintah tiga orang komunis berdiri di depan datuk dalam jarak dua puluh kaki. Mereka juga diarah menyediakan peluru dalam senapang.
“Semua
mesti tembak tepat di kepalanya,” kata ketua komunis itu.
“Baik,”
serentak anggota komunis itu menjawab.
“Kalau
sesiapa tidak tembak tepat di kepalanya, orang itu saya tembak dengan pistol
ini,” ketua kornunis itu memusingkan pistolnya di tangan. Langkahnya tidak ubah
macam seorang koboi.
“Sedia,”
kata ketua komunis. Tiga anggota komunis halakan muncung senapang ke arah
datuk. Dada saya berdebar. Datuk nampaknya menyerahkan dirinya pada Allah. Ia
tidak bimbang. Sesekali terdengar ia membaca ayat At-Fatihah dengan agak
lantang.
“Hei
Melayu tua, sekarang kita tengok siapa kuat, senapang orang aku atau kamu punya
Allah,” sindir ketua komunis itu.
“Allah Hu
Akbar,” jawab datuk perlahan.
“Dia
panggil dia punya Tuhan,” ketua komunis itu ketawa terkekeh. Kemudian ia
memerintah tiga orangnya melepaskan tembakan pada datuk.
Semua
orang yang berada dalam bas menekup muka. Tidak sampai hati melihat peristiwa
yang amat menyeramkan. Badan saya menggigil dalam gema tembakan yang
bertalu-talu itu. Tiba-tiba tembakan itu berhenti. Saya membuka mata.
Saya
gembira, bila melihat datuk tidak apa-apa. Ia berdiri dengan tenang di pangkal
pokok. Tali sabut yang membalut tubuhnya sudah hancur dimamah peluru. Datuk
terus meluru ke arah saya. Anggota komunis yang ada di situ bagaikan terpaku,
tidak berani menyapa atau menahan datuk memeluk tubuh saya.
“Tuk
kebal,” tanya saya padanya.
“Tidak,
cuma peluru tidak kena tubuh aku, aku mohon Allah melindungi diriku, syukur
permintaanku telab diperkenankan oleh Allah yang maha besar,” bisik datuk dan
segera menarik tangan saya untuk menuju ke bas. Ternyata datuk tidak mahu
bergaduh dengan anggota komunis yang jumlahnya bukan sedikit.
Tiba-tiba
ketua komunis itu menghampiri datuk. Wajahnya cukup bengis. Ia merasa kecewa
kerana datuk tidak menemui ajal di hujung senapang anak buahnya. Ketua komunis itu
menekan muncung pistolnya ke telinga datuk. Datuk menahan nafas kemudian
menjatuhkan badannya ke bumi lalu memaut lutut ketua komunis tersebut.
Ketua
komunis itu terjatuh. Tetapi bangun dengan cepat, sebelum Ia melakukan sesuatu
pada datuk. Saya lihat datuk sudah pun berdiri. Sandarkan badan ke pangkal
getah. Datuk terus memeluk tubuhnya. Matanya mula kelihatan kemerah-merahan.
“Tangkap
dia lagi sekali, kali ni kita sumbat dia dalam sangkar babi, kemudian rendam
dalam telaga,” secara mendadak anggota komunis Melayu bersuara dengan nyaring.
Anggota
komunis yang lain segera patuh. Tetapi, sebelum mereka memulakan langkah
pertama. Datuk segera menghentakkan telapak kaki kanannya ke bumi. Tiba-tiba
anggota komunis Melayu itu menjerit. Ia tidak terdaya melangkah kakinya
bagaikan terbenam dalam tanah. Begitu juga dengan anggota komunis yang lain.
Datuk
terus menghampiri auggota komunis bangsa lndia dan Cina. Datuk terus menjentik
hidung mereka. Mereka terpekik terlolong, macam kena sengat tebuan.
“Sekarang
pulangkan barang-barang yang kamu rampas pada tuannya, kalau tidak kamu dan
orang-orang kamu susah nanti,” kata datuk pada komunis.
“Baik,
sekarang saya pulangkan,” jawabnya.
Tetapi, ia
menghadapi masalah yang lain pula, orang-orangnya tidak boleh bergerak,
walaupun diperintah berkali-kali dengan suara yang nyaring. Datuk tahu di mana
silapnya perkara itu. Ia segera membongkok dan menepuk muka bumi dengan tangan
kanannya. Bila semuanya dilakukan oleh datuk, baru anggota komunis itu boleh
bergerak.
“Sekarang
kasi balik orang punya barang,” ketua komunis mengeluarkan perintah lagi. Tidak
ada sesiapa yang membantah. Semua barang-barang yang dirampas diletakkkan atas
tanah lapang. Kemudian ketua komunis itu menyuruh orang yang berada dalam bas
turun untuk mengambil barang-barang mereka.
Tidak
sampai setengah jam, upacara memulangkan barang-barang yang dirampas pada
tuannya pun selesai. Datuk menyuruh mereka naik ke bas semula. Datuk juga
menyuruh pemandu bas menghidupkan enjin bas.
“Siapa
suruh lu kasi tahu driver bas, hidup enjin bas?” Ketua komunis mula marah.
Suaranya cukup garang dan matanya tertumpu ke wajah datuk.
“Saya
kesian dengan dia orang, hidup mesti tolong-menolong,” balas datuk.
“Apa awak
cakap, ini awak kenal?” Ketua komunis halakan muncung pistol ke batang hidung
datuk. Datuk tarik nafas panjang. Ia merasakan dirinya tercabar dan terhina.
Datuk
menggigit bibir. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Dadanya nampak
berombak menarik dan melepaskan nafas.
“Biadap,”
pekik datuk.
Dan cara
tiba-tiba pistol di tangan ketua komunis itu terlucut. Mukanya kelihatan pucat.
Dan datuk terus jengkal mukanya dengan jari. Ketua komunis itu terdiam. Ia
terkejut dengan apa yang dilakukan oleh datuk.
“Biadap,
memang tak tahu mengenang budi,” rungut datuk. Ia renung semua anggota komunis
yang berdiri di sisinya. Saya terdim, tidak berani berkata sesuatu apa pun.
“Kamu
balik ke hutan, kalau kamu mahu selamat,” pekik datuk lagi. Anggota-anggota
komunis yang berdiri itu, segera bergerak dan menghilangkan diri dalam hutan.
Tetapi,
tiga orang anggota komunis tidak mempedulikan kata-kata datuk. Mereka ini
dianggap orang kanan dan ada kuasa dalam pasukan komunis yang berjumlah hampir
tiga puluh orang itu. Datuk renung muka komunis Melayu, kemudian komunis India
dan akhir sekali komunis Cina.
“Sekarang
bas boleh jalan,” jerit datuk ke arah pemandu bas. Beberapa minit kemudian bas
Ipoh-Kuala Kangsar terus bergerak. Meninggalkan kami berlima di pinggir hutan
iaitu tiga orang anggota komunis, diri saya dan datuk.
Tanpa saya
duga anggota komunis Melayu itu menyeluk sakunya. Ia mengeluarkan tangkal dan
seketul kemenyan. Ia membakar kemenyan dengan mancis api. Saya rasa seluruh
kawasan saya berdiri penuh dengan asap tebal. Saya terdengar bunyi orang
bercakap tetapi, orangnya tidak kelihatan.
Memang
tidak lojik, asap kemenyan yang sedikit itu boleh menguasai seluruh kawasan
belukar. Saya dan datuk terbatuk dua tiga kali.
“Mereka
dah hilang tuk,” kata saya pada datuk.
“Aku tahu,
mereka hilangkan diri dari kita.”
“Apa yang
patut kita buat tuk?”
“Sabarlah.”
Saya dan datuk mendiamkan diri kira-kira lima minit, asap kemenyan terus menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah. Ia tidak merenung ke arah saya dan datuk.
“Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanahair dari penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.
Saya dan datuk mendiamkan diri kira-kira lima minit, asap kemenyan terus menipis dan hilang. Datuk mengajak saya menuju ke bibir jalan raya. Bila kami melangkah, anggota komunis Melayu muncul dari balik pokok getah. Ia tidak merenung ke arah saya dan datuk.
“Ikut kami, bersatu dengan kami untuk membebaskan tanahair dari penjajah,” katanya dengan suara yang lembut.
“Kita
sudah merdeka, bukan kau tak tahu, kita merdeka pada 1957, sekarang sudah enam
tahun lebih kita merdeka,” jelas datuk.
“Kite
tidak benar-benar merdeka, kamu harus membantu kami, ini tawaran paling balk
untuk kamu, kalau kamu mahu hidup, kalau tidak kamu dua beranak kami bunuh di
sini.”
“Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia-sia,” balas datuk tegas.
“Tidak, perjuangan kamu perjuangan sia-sia,” balas datuk tegas.
Kali ini
komunis Melayu itu merenung ke arah datuk. Ia menghilangkan dirinya beberapa
saat di celah daun keladi liar. Kemudian Ia memunculkan dirinya di antara saya
dengan datuk.
“Apa fasal kamu kata perjuangan kami sia-sia, kami berjuang untuk kemerdekaan tanahair, untuk kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu bersuara lagi.
“Apa fasal kamu kata perjuangan kami sia-sia, kami berjuang untuk kemerdekaan tanahair, untuk kebebasan berfikir,” komunis Melayu itu bersuara lagi.
“Kamu
komunis yang tidak percayakan kewujudan Allah,” sanggah datuk. Dan kali ini
datuk kelihatan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Komunis
Melayu itu mencampakkan seutas tangkal atas tanah. Kawasan tempat tangkal itu
jatuh terus dikuasai oleh api. Anggota komunis itu tepuk tangan. Api yang marak
itu terus padam.
“Kau memang handal,” kata datuk.
“Kau memang handal,” kata datuk.
“Kalau tak
cukup syarat, aku tak jadi komunis,” jawabnya.
“Aku tak boleh
bekerjasama dengan kamu,” kata datuk.
“Jangan
menyesal”
“Tidak.”
Komunis Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di depan kami. Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia tidak merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.
Komunis Melayu itu menghilangkan diri. Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Tiba-tiba komunis Melayu dan dua orang kawannya muncul di depan kami. Mereka bersedia untuk menangkap kami. Datuk masih tenang. Ia tidak merasa bimbang, walaupun muncung senapang menghala ke arah perutnya.
“Sekarang,
mahu ikut atau mahu mati,” ketua komunis (Cina) terus bersuara. Kali ini,
muncung senapangnya ditekan ke pusat datuk. Saya lihat ketua komunis cukup
hati-hati. Ia tidak mahu peristiwa yang dialaminya sebentar tadi berulang pada
dirinya.
“Tidak
mahu,” jawab datuk.
“Tidak
mahu, ertinya awak mati,” suara ketua komunis keras. Ia cuba menarik pemetik
senapang. Cepat-cepat datuk memegang muncung senapang itu menjadi lembut macam
timah dibakar.
Ketua
komunis itu terus juga menarik pemetik senapang. Anehnya, senapang itu tidak
meletup tetapi, kelongsong pelurunya terus keluar. Ketua komunis itu mendapati
seluruh tangannya terbakar dan melecur.
Komunis Melayu
itu jadi marah, kerana ketuanya dipermainkan. Ia mengeluarkan sejambak tangkal
dari sakunya. Mulutnya mula bergerak membaca mantera dan jampi. Datuk terus
membaca Fatihah dengan lancar sebanyak 41 kali.
Semua
tangkal yang dikeluarkan oleb komunis Melayu tu hancur menjadi abu. Telapak
tangannya kelihatan merah macam terbakar. Semua tangkal yang dipasang di
tangan, di pinggang dan leher habis jatuh ke tanah. Semuanya menjadi abu dan
debu.
“Pulanglah,
aku tak mahu apa-apakan kamu, cuma nasihat aku pada kamu jangan menuntut ilmu
dari syaitan.” kata datuk pada komunis Melayu itu. Rupanya, komunis Melayu itu
tidak mampu melangkah. Kedua belah kakinya macam lumpuh. Komunis Cina dan India
terus menghampirinya.
Komunis
berbangsa India terus menembak komunis Melayu dengan pistol. Perbuatan itu amat
mengejutkan datuk.
“Kenapa
kamu bunuh dia?” Tanya datuk.
“Dia
lumpuh, orang lumpuh dan tidak sihat, memang tidak dikehendaki oleh pasukan
kami,” jelas ketua komunis. Datuk terdiam. Tidak dapat berbuat apa-apa.
Datuk
menarik nafas dalam-dalam sambil merenung ke arah saya. Perlahan-lahan datuk
gelengkan kepala, bila melihat mereka mengusung mayat komunis Melayu ke dalam
hutan. Saya menggaru pangkal leher. Sedih rasa hati melihat bangsa sendiri
dipikul macam binatang.
“Hei, nanti dulu.”
“Hei, nanti dulu.”
Datuk
meluru ke arah anggota komums yang memikul kawannya. Mereka berhenti melangkah.
Mayat yang diikat kaki dan tangan diletakkan atas tanah. Kayu pengandar
dibiarkan berada di mayat tersebut.
“Kenapa?”
Tanya ketua komunis.
“Dia orang
Melayu dan beragama Islam, serahkan pada saya, biar saya kebumikan cara hukum
Islam. Awak tahu, cara yang awak lakukan ini menyeksa mayat, perbuatan begini
tidak baik menurut agama kami. Islam mahu setiap penganutnya yang mati mesti
segera ditanamkan.”
“Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.
“Itu urusan agama kamu, tapi dia ini dah jadi ahli kami dan apa yang berlaku adalah urusan kami,” jawab ketua komunis.
Datuk
terdiam. Ketua komunis terus mengarahkan orang-orangnya memikul mayat komunis
Melayu itu dalam hutan. Kumpulan komunis itu meninggalkan kami. Mereka
melepaskan tembakan ke udara bertalu-talu.
“Sudahlah
Tamar, aku tak berani bertindak lebih jauh dari apa yang kamu lihat, kalau aku
berkeras bereti aku menempah bahaya,” datuk bagaikan merungut. Ia terus
mengajak saya keluar dari kawasan hutan menuju ke tepi jalan raya. Kami berdiri
di situ sambil menahan kenderaan yang lalu.
Tidak ada
sebuah kenderaan pun yang mahu berhenti. Badan saya terus berpeluh. Sinar
matahari bertambah garang. Dada jalan raya dibahangi kepanasan kelihatan macam
ada air bertakung. Beberapa lori tentera terus melintas di depan kami. Anggota
tentera yang ada di dalamnya lengkap dengan senjata. Mereka merenung ke arah
kami dengan renungan yang tajam.
Tiba-tiba sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di depan kami. Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan berjambul di tengah menghampiri kami dengan raifel yang tersedia di tangan.
Tiba-tiba sebuah jeep polis yang berdindingkan besi waja berhenti di depan kami. Dua orang anggota polis yang memakai topi bulat dan berjambul di tengah menghampiri kami dengan raifel yang tersedia di tangan.
Kedua-dua
anggota itu menghampiri datuk. Segera datuk terangkan apa yang telah terjadi.
Kedua-dua anggota polis agak terkejut. Saya dan datuk disuruh masuk ke perut
jeep. Lemas rasanya berada dalam perut jeep yang tidak bertingkap.
“Nak bawa
kami ke mana?” Tanya datuk.
“Ke Balai
Polis Cemur, buat laporan,” jelas anggota polis yang duduk di sisi datuk.
”Jangan
bimbang awak tak apa-apa cuma melaporkan apa yang terjadi,” tambahnya. Datuk
anggukkan kepala. Jeep yang kaml tumpangi berpatah balik ke Pekan Cemur.
Datuk dan
saya diperkenalkan dengan ketua Balai Polis. Datuk menceritakan apa yang
dialami. Seorang anggota polis mencatatkan apa yang diterangkan oleh datuk.
“Kawasan
tempat kejadian itu, namanya Kantan dan saya yakin pemandu bas itu membuat
laporan di Balai Polis Ipoh,” terang ketua Balai Polis pada datuk. Ia menjeling
ke arah saya. Kemudian ketua Balai Polis itu menyuruh anggota polis yang
bertugas di bahagian semboyan menghubungi Pejabat Polis Negeri untuk melaporkan
apa yang terjadi.
“Saya
yakin, pihak pasukan keselamatan akan mengesan jejak anggota-anggota komunis
itu,” terang ketua Balai Polis. Datuk anggukkan kepala.
“Kalau
begitu biarlah kami balik dulu,” kata datuk.
“Awak
berdua nak ke mana?”
“Ke Batu
Gajah”
“Kalau
begitu awak berdua tumpang jeep yang awak naik tadi sampai ke Ipoh.”
“Tak
payahlah, biar kami naik teksi.”
“Jangan
begitu, awak berdua naiklah, jeep itu memang nak pergi ke Balai Polis Pusat di
Ipoh.”
“Tapi.”
“Tak ada tapinya.”
“Tapi.”
“Tak ada tapinya.”
“Saya
minta maaf, biarlah kami naik teksi dari sini,” datuk menolak dengan wajah yang
manis.
Jawapan datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam merasakan keselamatan diri saya dan datuk tidak begitu terjamin. Ia minta seorang anggota polis menemani datuk dan saya ke tempat teksi.
Jawapan datuk itu kurang memuaskan hati ketua Balai Polis. Ia macam merasakan keselamatan diri saya dan datuk tidak begitu terjamin. Ia minta seorang anggota polis menemani datuk dan saya ke tempat teksi.
“Pastikan
mereka naik teksi,” pesan ketua Balai polis itu pada anggota polis yang akan
menemani ke tempat teksi. Saya lihat anggota polis itu mengangguk.
Akhirnya,
kami naik teksi menuju ke Ipoh. Says tahu, kalau datuk ada masa, tentu ia tidak
mahu terus ke Ipoh. Mungkin Ia mahu berada lebih lama di Cemur. Ramai
saudara-maranya di situ terutama di Ulu Kuang.
“Kalau tak
diganggu oleh komunis, mahu pergi ke Ulu Kuang,” ujar datuk sebaik sahaja turun
dari teksi. Saya senyum, datuk memang agak aneh orangnya.
Kalau
hatinya tergerak untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan Ia akan turun di
tempat yang diingininya, sedangkan ia sudah pun membayar tambang perjalanan
terus.
SEGAMAT
Saya masih ingat, satu waktu datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik keretapi dari Taiping. Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke Jemantah menemui kawan lamanya, padahal datuk sudah membayar tambang Taiping - Kluang. Inilah keganjilan datuk, kerana itu nenek tidak suka mengikutnya berjalan ke mana-mana.
Saya masih ingat, satu waktu datuk mengajak saya pergi ke Kluang, naik keretapi dari Taiping. Bila sampai di Segamat ia terus turun untuk ke Jemantah menemui kawan lamanya, padahal datuk sudah membayar tambang Taiping - Kluang. Inilah keganjilan datuk, kerana itu nenek tidak suka mengikutnya berjalan ke mana-mana.
“Apa yang
kamu menungkan, mari kita pergi stesen bas”, jerkah datuk. Apa yang bermain
dalam kepala terus hilang. Kami naik beca menuju ke bas stesen. Sampai di
stesen bas, datuk jumpa kawan dan kawannya itu mengajak Ia minum kopi.
Hampir dua
puluh minit saya termangu di kedai kopi, mendengar datuk bercerita dengan
kawannya. Perkara yang diceritakan fasal kebun pisang, fasal kebun dan
musuh-musuh yang merosakkan tanaman mereka. Kemudian cerita fasal anak cucu.
Memang bosan mendengar cerita seperti itu.
Bila saya
memperlihatkan wajah kurang senang, barulah datuk sedar tentang kesilapan kecil
yang dilakukannya. Ia segera membayar air minuman dan bangun. Bersalaman dengan
kawannya dan terus keluar dari kedai. Saya gembira dengan tindakan yang
dilakukan oleh datuk.
“Dia tu
aku kenal sepuluh tahun yang lalu, orang kuat politik menentang Inggeris, dia
tu bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai oleh Boestamam,” beritahu
datuk pada saya.
“Macam
mana tuk boleh kenal dengannya?” Saya cungkil rahsia.
“Dulu, aku
pergi ke hospital Ipoh tengok anak buah aku yang kerja atendan di situ, aku
terjumpa dia mengambil ubat. Aku tegur dia, kemudian dia menceritakan pada aku,
dia orang tahanan politik di jalan Asby, dia juga kirim salam pada ayah saudara
kamu yang jadi anggota API macamnya,” jelas datuk. Saya anggukkan kepala.
(Boestamam
yang dimaksudkan oleh datuk ialah Datuk Ahmad Boestamam yang meninggal dunia
pada 18 November 1983 di Kuala Lumpur. Angkatan Pemuda Insaf atau API adalah
parti politik yang dipimpinnya untuk memperjuangkan kemerdekaan tanahair).
“Kamu puas
hati dengan keterangan aku ni Tamar?”
“Puas hati
tuk.”
“Lain kali
kamu mesti ingat, kalau aku jumpa dengan sesiapa dan bercakap panjang, itu
tandanya orang yang aku lawan bercakap tu, bukan sebarang orang.”
”Ada juga
orang yang tuk kenal di tepi jalan tapi datuk bercakap panjang,” saya lihat
datuk bagaikan tersentak mendengar kata-kata saya itu.
Mungkin
datuk tidak terdaya menafikan kata-kata saya itu. Saya lihat datuk tersenyum
sambil merenung ke arah manusia yang mundar-mandir di bas stesen. Bunyi enjin
bas menderu-deru mengganggu anak telinga saya.
“Barangkali
itu kelemahan datuk kamu Tamar, aku suka bercakap dengan siapa saja,” datuk
semacam mengeluh. Bahu saya ditepuknya berkali-kali. Saya dan datuk menuju ke
bas yang akan menuju ke bandar Batu Gajah. Sebaik sahaja penjual tiket
menghampiri datuk dan enjin bas dihidupkan datuk segera bangun dan turun dari
bas.
“Kenapa
tuk?”
“Habis
kite nak naik apa tuk.”
“Aku rasa
tak sedap hati naik bas.”
“Mari kita
ke tempat teksi, kita naik teksi.”
Meluat
rasa hati dengan sikap datuk. Mahu sahaja saya membangkang rancangannya.
Tetapi, bila mengingatkan perangai datuk yang pantang dibantah atau dihalang
itu, saya menurut sahaja. Hati kecil saya tetap membebel berjalan di tengah
panas menuju ke perhentian teksi yang letaknya agak jauh dari stesen bas.
Kami
sampai ke bandar Batu Gajah dan singgah di masjid untuk sembahyang Zuhur. Datuk
berkenalan dengan seorang penjual sayur di pasar Batu Gajah yang cara kebetulan
menunaikan fardhu Zuhur di situ.
Saya yang
duduk bersandar di dinding masjid dalam jarak kira-kira sepuluh kaki dari
mereka, tidak dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka. Dari raut wajah
datuk, saya dapat meneka yang penjual sayur ini menyampaikan sesuatu yang
menarik minat hati datuk.
Mereka
bersalaman dan berpisah. Sebelum keluar dari masjid penjual sayur berkulit
hitam dengan tahi lalat sebesar biji betik di bibir kanan tersenyum ke arah
saya. Senyuman mesra itu saya balas.
Saya dan
datuk meninggalkan masjid. Kami menyusur kaki lima bangunan kedai. Bandar Batu
Gajah terbahagi dua, sebelah selatan disebut Pekan Lama dan sebelah utara
disebut Pekan Baru. Saya dan datuk sedang menuju ke arah Pekan Baru.
“Ke mana?”
Seorang lelaki berkulit cerah, berbadan gempal menegur datuk. Raut wajahnya
tampan ada mirip aktor Allahyarham Nordin Ahmad.
“Ha kamu,
kamu anak Haji Alwi,” suara datuk riang.
Datuk
segera menarik tangan anak muda itu ke dalam sebuah restoran milik India
Muslim. Haji Alwi memang saya kenal. Ia orang kampung saya berasal dari
Kerinci, Pulau Sumarera Barat.
Kami duduk
di meja tepi sebelah kanan kedal. Tersorok dari pandangan orang ramai.
“Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya datuk.
“Kamu buat apa di sini Zamri?” Tanya datuk.
“Sejak
saya tinggalkan kampung, saya terus masuk polis, nama saya juga sudah bertukar,
bukannya Zamri lagi.”
“Habis,
kamu pakai nama apa? Nama orang putih?”
“Pakai
nama Islam, nama saya sekarang Mat Noor, sekarang ni nak ke mana?” Soal Mat
Noor.
“Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”
“Aku nak ke Bakap nak jumpa kawan.”
“Hum,” Mat
Noor tersenyum.
Minuman
yang dipesan oleh Mat Noor pun diletakkan atas meja. Sambil minum, Mat Noor
menceritakan sebab utama meninggalkan kampung kerana takut diberkas oleb
lnggeris. Ketika ia menjadi orang kuat parti Boestamam.
Mat Noor
berhijrah ke Kajang. Bila kerajaan lnggeris memerintahkan setiap rakyat Tanah
Melayu mesti memiliki kad pengenalan dan setiap yang mahu membuat kad
pengenalan mesti membawa surat tarikh lahir atau surat beranak. Kesempatan itu
digunakan dengan sebaik mungkin oleh Mat Noor untuk masa depannya.
Ia memberitahu
Pegawai Daerah surat lahirnya sudah hilang. Ia diperintah membuat surat sumpah
di depan hakim dengan membawa dua orang saksi. Perintah itu dipatuhi oleh Mat
Noor. Sejak hari itu, nama Zamri yang diberikan oleh orang tuanya tidak
digunakan lagi. Di mana-mana orang mengenalinya sebagai Mat Noor.
“Kalau
saya pakal nama lain, sudah tentu saya kena masuk kem tahanan, saya tak boleh
ingat , saya buat kad pengenalan masa saya dah berumur dua puluh tahun,” Mat
Noor mengenangkan kisah lalu.
“Kamu dah
berumur dua puluh empat tahun, aku pula lagilah tua, dah dekat lima puluh,
orang kampung jadi takut, maklumlah itulah kali pertama kad pengenalan
diperkenalkan pada kita, aku ingat masa nak ambil gambar kad pengenalan ayah
kamu pakai serban, masa tu dia baru balik dari Mekah,” kata datuk dan mereka
terus ketawa serentak.
Pertemuan
yang tidak diduga antara datuk dengan Mat Noor, sedikit sebanyak memberikan
pengetahuan pada saya bagaimana anak-anak kampung berjuang menentang penjajah
untuk kebebasan tanahair tercinta.
Ini
membuktikan anak-anak Melayu di kampung, memang manusia yang berjiwa besar,
tahu menilai dan menghargai erti kebebasan dan kemerdekaan tanahair. Selain
dari itu, saya juga mendapat tahu bahawa penggunaan kad pengenalan mula
digunakan di tanahair sejak zaman Inggeris lagi.
“Bila
balik dari Bakap nanti, singgahlah di rumah saya, duduk semalam dua, boleh
jumpa anak bini saya,” pelawa Mat Noor ketika keluar dari restoran tersebut.
“Tengok
keadaan dulu, kalau ada masa boleh singgah.”
“Kalau
mahu mesti ada masa,” jawab Mat Noor yang berusia sekitar 39-40-an. Ia senyum
ke arah saya. Kami meninggalkan Mat Noor di kaki lima restoran.
JUMPA
Datuk amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung Bakap. Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan datuk itu, saya dapat menduga yang usia tidak jauh berbeza dengan datuk. Kalau datuk tua cuma beberapa tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma dalam jarak beberapa tahun.
Datuk amat gembira, ia dapat bertemu dengan kawan lamanya di Kampung Bakap. Melihat bentuk tubuh dan wajah kawan datuk itu, saya dapat menduga yang usia tidak jauh berbeza dengan datuk. Kalau datuk tua cuma beberapa tahun sahaja. Begitu juga dengan dirinya, kalau Ia muda, cuma dalam jarak beberapa tahun.
Sementara
datuk dan kawannya itu berborak panjang di anjung rumah, saya terus berdiri di
bawah pohon kelapa dalam sinaran matahari petang yang redup.
Saya
merenung ke sebuah kapal korek yang berada dalam danau yang luas. Kapal Korek
itu sedang mengeluarkan bijih timah dari perut bumi.
Ingin
sekali saya menghampiri kapal korek yang besar itu. Tetapi, datuk melarangnya
dengan alasan takut saya jatuh ke dalam lombong yang airnya cukup dalam. Kawan
datuk juga tidak menggalakkan saya pergi ke tempat tersebut. Katanya ada budak
yang jatuh dan mati kerana tanah tempat mereka berdiri rebak dan mereka jatuh
dalam lombong.
Sedang
asyik memerhatikan kapal korek tersebut, seorang budak lelaki menghampiri saya.
Saya kira usianya sama dengan saya kerana tinggi kami hampir sama. Dengan wajah
yang ramah Ia memperkenalkan dirinya sebagai Ramli.
Dalam
beberapa minit sahaja kami jadi begitu mesra. Ayah Ramli menjadi buruh kapal
korek yang saya lihat. Ramli yang ramah itu menceritakan pada saya, dulu
kawasan yang menjadi lombong itu adalah perkampungan dan penuh dengan rumah
orang Melayu.
No comments:
Post a Comment