"Kita pergi ke
tempat sabung ayam", cadangan dan permintaan yang tidak pernah saya duga
akan terucap dari mulut Najib. Saya berhenti melangkah. Secara mendadak sahaja
saya membayangkan wajah datuk dan pesannya yang melarang saya pergi ke tempat
menyabung ayam.
Kata datuk perbuatan
manusia menyabung ayam adalah penyeksaan pada binatang. Allah melarang manusia
menyeksa binatang dan dosa itu akan bertambah bila sabung ayam dijadikan judi.
Mahu saya katakan perkara itu pada Najib. Entah mengapa, saya bagaikan tidak
terdaya mahu meluahkan kata-kata itu.
Saya bagaikan dipukau
mengikut rentak langkah Najib. Kawasan sabung ayam itu bukannya dekat. Kami
terpaksa naik bas menuju ke tempat yang bernama Air Terjun terletak dalam
daerah Larut-Matang. Turun dari bas terpaksa jalan kaki meredah kawasan hutan
yang berpaya kira-kira sebatu jauhnya.
Mungkin untuk
kemudahan para penyabung ayam, kawasan yang berpaya itu dibina jalan kecil yang
dibuat dari batang kayu bakau. Saya lebih suka menyebutnya sebagai titi atau
jambatan tetapi Najib menyebutnya "Jati", kependekan dari atau
gabungan dari nama Jalan dan Titi.
Cuma orang-orang
tertentu dan biasa berkunjung ke kawasan tersebut sahaja yang tahu mencari
jalan rahsia itu. Dari gigi jalan raya, jalan kayu itu tidak akan dapat dilihat
kerana dilindung oleh pepohon tebal. Di celah-celah rimbunan pepohon tersebut
terdapat lorong kecil yang boleh dilalui oleh manusia, basikal dan motosikal.
Di penghujung lorong
itu, terdapat kawasan lapang dengan beberapa buah bangsal yang dibina khas,
beratapkan daun rumbia. Semua basikal dan motosikal orang yang mahu pergi ke
tempat menyabung ayam ditinggalkan di situ. Bagi orang-orang yang datang dengan
kereta, mereka menempatkan kereta di kawasan rumah orang yang terletak di
sebelah kanan jalan raya, kira-kita dua rantai dari tempat kami turun dari bas.
Kerana jalan kayu
bakau itu dicantum kan tiga dan kemudian diikat dengan akar kayu rotan,
membolehkan orang yang berani dan keras semangat berbasikal atau bermotosikal
di titi tersebut tetapi, jumlah orang yang berbuat demikian tidak ramai.
"Dalam paya ini
banyak sawa rendam, ikan pun banyak", Najib memulakan cerita setelah
sekian lama berdiam diri. Saya anggukkan kepala sambil melangkah dan memijak
dengan hati-hati batang bakau beratur tiga.
Kawasan paya yang
tidak berair, jadi tempat beburung dan biawak bermain. Ada ketikanya saya
melihat ulat bergerak di kawasan tersebut. Semua yang saya lihat amat
menyenangkanserta menghiburkan. Najib yang kerap berkunjung ke tempat tersebut
terus menceritakan keadaan sekitar pada saya dengan terperinci.
Apa yang menakjubkan
saya bila melihat bebunga teratai yang berkembang segar di pennukaan air. Kalau
boleh saya mahu berhenti diatas titi kayu bakau untuk menikmati keindahan alam
yang terpencil itu. Bila saya nyatakan hasrat tersebut itu pada Najib, dia
segera membantah.
"Tak ada sesiapa
yang dibenarkan berhenti?”
"Kenapa?”, saya
minta kepastian.
"Itu aku tak
tahu, tetapi perkara itu sudah menjadi semacam syarat dan undang-undang. Tak
ada seorang pun dibenarkan berhenti dalam perjalanan. Kalau ada melanggar,
buruk padahnya. Penjelasan yang diberikan oleh Najib membuat saya ingin
mengetahui padah yang akan terjadi. Sambil melangkah macam-macam yang saya
fikirkan tentang padah buruk yang dikatakan oleh Najib.
"Apa padahnya
Najib?”, saya berhenti melangkah. Cepat-cepat Najib menolak tubuh saya supaya
meneruskan perjalanan. Dari air mukanya, ternyata Najib tidak berkenan dengan
tindakan yang saya lakukan.
"Apa padahnya,
Najib?”, saya mengulangi.
"Dipanah petir,
dibaham harimau atau sebagainya", suara Najib tersangkut-sangkut.
Langkahnya diperlahankan. Dia kelihatan bimbang dan seperti menyesal menjawab
pertanyaan saya. Matanya merenung ke kawasan paya yang ada tanah dan ditumbuhi
pepohon rendang.
"Kau tengok,
Tamar”, jari telunjuk Najib menunjuk ke arah pepohon rendang. Saya terkejut,
seekor ular sawa sebesar pemeluk bergerak di situ, menuju ke kawasan berpaya
lalu berenang dalam paya. Perasaan saya jadi gementar, ular sawa itu menuju ke
arah kami. Dan saya mula yakin tentang penunggu yang dikatakan oleh Najib.
"Jib", kata
saya lemah, bila melihat ular sawa mendekati titi.
"Sabar, kau
jangan tegur, kau cakap...”, Najib berhenti bercakap. Wajahnya nampak pucat.
Air dalam paya terus beralun akibat gerak badan ular sawa. Dalam sekelip mata
ular sawa yang bercorak, macam kain batik itu sudah berada dalam jarak yang
dekat dengan kami.Dalam beberapa minit dia boleh memanjat tiang jambatan lalu
membelit dan menelan kami. Mengingati semuanya itu, perasaan gementar saya
tidak boleh ditahan-tahan lagi.
"Nak cakap apa
Najib?", tanya saya terketar-ketar.
"Aku dah lupa
Tamar”
"Kalau lupa,
kita mati”
"Mati",
kata Najib dalam nada suara yang lemah.
MULUT
Saya toleh ke kanan, saya lihat wajah Najib seperti mahu menangis. Mulutnya separuh terbuka dan sepasang matanya merenung ke setiap sudut kawasan yang berpaya itu. Air paya terus beralun dan bergelombang. Ular sawa besar itu sudah pun berada di bawah titi lalu memanggungkan kepalanya. Saya bertambah cemas dan menyerahkan segala-galanya pada keadaan. Bila-bila masa sahaja ular sawa itu boleh memanjat ke atas titi.
Saya toleh ke kanan, saya lihat wajah Najib seperti mahu menangis. Mulutnya separuh terbuka dan sepasang matanya merenung ke setiap sudut kawasan yang berpaya itu. Air paya terus beralun dan bergelombang. Ular sawa besar itu sudah pun berada di bawah titi lalu memanggungkan kepalanya. Saya bertambah cemas dan menyerahkan segala-galanya pada keadaan. Bila-bila masa sahaja ular sawa itu boleh memanjat ke atas titi.
"Kita mesti
bertindak, Najib", saya bersuara.
"Bertindak?
Bertindak apa?”, Najib bagaikan terkejut dari satu lamunan yang panjang. Dia
sudah lupa dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Barangkali dia terkena
badi penunggu paya, fikir saya.
"Kau kata tadi,
kita mesti baca. Apa yang nak kita baca?", saya cuba mengingatkan. Kali
ini, saya lihat Najib kedutkan dahi. Dia tersenyum. Langkahnya dipendekkan.
"Kita cakap
macam ini Tamar: Datuk nenek penunggu paya, anak cucu nak tumpang lalu,
janganlah kacau kami, izinkan kami lalu", kata Najib dengan nada suara
yang cukup tinggi,boleh didengar oleh sesiapa yang berada dalam jarak lima enam
rantai. Dan saya tanpa segan-segan terus mengikuti kata-kata yang diucapkan
oleh Najib dengan kuat. Suara saya dan Najib menguasai kawasan paya itu.
Ular sawa di bawah
titi bagaikan faham dengan apa yang kami katakan. Ekornya melibas ke kiri dan
ke kanan, hingga air paya bergelombang. Kemudian ular sawa itu
memusingkankepalanya ke kanan dan ke kiri macam mencari sesuatu. Akhirnya terus
menyelam. Apa yang kami lihat ialah gelombang air paya yang bercampur dengan
selut. Pepohon kecil di tepi paya bergerak lemah.
"Selamat kita,
penunggu paya tahu cakap kita", ujar Najib, mukanya kembali merah.
Keriangan dan rasa megah terpamer di wajahnya.
"Kau jangan
berhenti lagi, berniat nak berhenti pun jangan ada dalam hati", satu
ingatan keras dari Najib.
"Ular sawa tu
lari kerana terkejutkan suara kita, bukan kerana dia faham cakap kita, mana ada
binatang yang faham cakap manusia", saya meningkah.
"Kamu jaga mulut
Tamar, kalau tak ada penunggu yang kacau kamu, aku hentak kamu dengan penumbuk
ini", Najib acukan buku lima ke batang hidung saya.
Sakit rasa hati
dengan tindakan Najib itu. Dia mencabar kejantanan saya. Tak mengapalah,
kepercayaannya pada perkara tahyul dan mengarut tidak boleh dibantah buat
sementara waktu, fikir saya sambil menggigit bibir.
Kami pun sampai ke
tempat yang dituju. Memang tidak saya sangka kawasan sabung ayam itu cukup
bersih dan cantik. Tidak jauh dari gelanggang sabung terdapat dua buah pondok
yang lengkap dengan tandas, telaga, tempat tidur dan dapur masak. Pondok yang
sebuah lagi itu, saya kira sebuah warung yang mennjual makanan, rokok dan
lain-lain. Terdapat beberapa jalan rahsia untuk menyelamatkan diri jika diserbu
oleh pihak berkuasa.
Waktu saya tiba, dua
ekor ayam sedang berlaga. Saya mendapat tahu salah seekor dari ayam itu, adalah
ayam sabung jaguh dari Kelantan yang datang khas untuk melawan ayam jaguh
tempatan. Orang yang bertaruh wang pun bukan sedikit jumlahnya. Kawasan hutan
itu, bergegar dengan tempik sorak orang berjudi.
Sedih saya melihat
ayam sabung tempatan kalah dengan jaguh ayam sabung dari Kelantan. Tuan punya
ayam sabung yang datang dari Kelantan itu kecil orangnya. ,Dia tidak mahu
menyebut dirinya datang dari Kelantan. Dia megah, kalau disebut sebagai orang
Melayu Pattani.
"Mana
jaguhnya?", seorang lelaki muncul di tepi gelanggang. Orangnya berbadan
tegap, berkulit gelap dan memperkenalkan dirinya sebagai Agam sahaja. Semua
orang berada di situ merenung ke arah Agam. Beberapa orang segera menghilangkan
diri. Mereka syak, Agam anggota polis yang datang menyamar sebagai penyabung
ayam. Dalam keadaan yang agak berkocak itu, Udin Tarzan muncul dari belakang
warung. Mata Udin Tarzan tertumpu ke wajah saya.
"Apa kamu buat
di sini Tamar?”, soalnya.
"Saja datang”
"Datuk kamu tahu
kamu datang ke sini?”
"Tak tahu”
"Hum, kamu yang
bawa orang yang bernama Agam ke sini?”
"Tidak, baru
kenal di sini”
"Hummmm",
keluh Udin Tarzan.
Saya kenal benar
dengan Udin Tarzan yang berbadan tegap. Lengan dan pahanya nampak berulas-ulas.
Jaguh gaduh dan kaki pukul. Tetapi, dia pernah kecundang dengan datuk dan
akhirnya amat menghormati datuk. Patutlah saya jarang bersua dengannya.
Rupa-rupanya Udin Tarzan sudah jadi pengawal keselamatan tempat sabung ayam,
bisik batin saya. Din Tarzan terus memerhatikan gerak-geri si Agam.
Saya teringat secara
tiba-tiba bagaimana Udin Tarzan mencabar datuk di depan masjid Kampung Kota,
sebaik sahaja datuk keluar dari masjid setelah menunaikan sembahyang Zuhur.
Udin Tarzan terus menghulurkan tangan kanan tetapi kakinya cuba menyepak
pangkal paha datuk. Sebelum sepakan itu kena paha datuk, datuk undur setapak ke
belakang.
"Dengar khabar
awak orang tua handal, boleh saya cuba?", tanyanya.
"Saya tak pandai
dan handal. Kau tahu, yang paling handal dan kuat ialah Allah, saya minta
pertolongan dari-Nya", jelas datuk.
"Saya anak Pulau
Pangkor dari Sungai Pinang. Saya nak uji awak", Udin Tarzan terus
mencabar.
"Tak usahlah", kata datuk.
"Tak usahlah", kata datuk.
"Saya nak
cuba", Udin Tarzan keluarkan golok panjang. Datuk jadi cemas. Datuk terus
membongkok dan ambil sepotong kayu.
"Tak usahlah
bergaduh, baik kau balik",datuk terus memujuk.
"Orang tua
penakut", Udin Tarzan terus mencabar.
"Baiklah, kau
berhajat kau tetak saja kayu ini, kalau putus aku mengaku kalah", kata
datuk lalu menghulurkan kayu yang dipegangnya pada Udin Tarzan.
"Hiss...”,
sindir Udin Tarzan dengan sekaligus dia menetak kayu yang dihulurkan oleh datuk
kepadanya.
Dengan sekali tetak
kayu itu putus dua, bahagian hujung yang terputus itu melayang ke depan lalu
memukul pangkal kemaluan Udin Tarzan. Dia terpekik terlolong menahan kesakitan.
Datuk segera merawatnya. Bila sakitnya hilang, dia segera berjabat tangan dengan
datuk.
"Saya tahu awak
bukan orang tua sebarangan. Tua awak tua berisi. Belum pernah kayu yang ditetak
datang pada orang yang menetaknya, bukan sekali dua saya menetak kayu yang
dihulurkan orang, tetapi dengan awak saya terkena", kata Udin Tarzan.
"Kamu mesti
belajar lagi", ujar datuk sambil mengosok-gosok kepala Udin Tarzan. Sejak
itu, rasa hormatnya pada datuk tidak terhingga. Kadang-kadang amat keterlaluan.
Bila dia menghormati datuk dengan sendirinya dia amat segan dengan saya. Dia
selalu memikirkanyang datuk telah mencurahkan bermacam-macam ilmu pada saya.
"Kamu dari
mana?", Udin rapat pada Agam. Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya
tumpas. Agam tersenyum sambil melurut kepala ayam sabungnya dengan manja.
"Aku dari Ulu
Bernam. Dengar khabar ayam di sini jaguh-jaguh belaka, aku nak mencuba”
"Kamu mata gelap polis", tuduh Udin Tarzan.
"Kamu mata gelap polis", tuduh Udin Tarzan.
"Tidak, kalau
tak percaya sila periksa", jawab Agam segera diperiksa oleh kakitangan
Udin Tarzan. Mereka puas hati, Agam bukan hantu polis.
Udin Tarzan segera
memberitahu ketuanya, (orang yang menjalankan judi sabung ayam haram) seorang
lelaki keturunan Pakistan (emak Melayu, ayah Pakistan) yang berbadan tegap. Dia
hanya muncul sekali-kali untuk mengutip bayaran pada orang yang menggunakan
gelanggangnya. Orang yang menang kena bayar dan yang kalah pun kena bayar.
Kalau membantah, Udin Tarzan akan bertindak.
Bila ketua Udin
Tarzan puas hati dengan laporan yang diberi, Udin Tarzan pun mengumumkan yang
gelanggang boleh digunakan. Sebelum ayam sabung dilepaskan dalam kawasan
gelanggang, Udin Tarzan minta tiga ringgit seorang dari orang yang mahu
bersabung ayam.Orang ramai mula bersorak, orang dari Kelantan mula melepaskan
ayam sabungnya di gelanggang. Agam masih berdiam diri. Orang dari Kelantan
terpaksa mengambil ayamnya kembali.
Agam terus duduk di
bucu gelanggang. Matanya renung setiap wajah yang ada di situ. Bila matanya
bertentang dengan mata saya, dada saya terus berdebar.
"Aku rasa lain
macam aje orang tua tu", bisik saya kepada Najib.
"Ya, aku pun
macam tu. Matanya macam ada satu kuasa. Namanya pun ganjil. Mana ada orang nama
Agam, kalau Adam tu adalah", Najib memberikan pendapatnya.
Saya tidak berani
menentang mata Agam tetapi, saya merasa yakin kedatangan Agam disitu bukan
untuk menyabung ayam.Dia ada mempunyai niat yang lain. Apakah tujuannya yang
sebenar, saya tidak dapat memberikan jawapan.
"Jangan-jangan
dia penunggu paya yang menyerupai manusia", tercetus kata-kata itu dari
Najib. Saya segera menjuihkan bibir ke depan. Kemudian saya senyum sinis padanya.
Najib segera menarik wajah masam. Dia kurang senang dengan tingkah laku saya.
"Kamu tak
percaya dengan apa yang kamu tengok?”, soal Najib mendadak. Saya terus gosok
pangkal hidung beberapa kali. Sukar untuk memberikan jawapan. Silap jawab,
boleh mengecilkan hati dan perasaannya.
"Kau tak
percaya, Tamar?”, Najib minta kepastian.
"Susah aku nak
cakap, Najib”
"Sama ada kau
percaya atau tidak, itu hak kamu. Aku tak boleh paksa. Masing-masing ada
pendirian. Aku harap pendirian kita yang berbeza, tak merosakkan hubungan kita”
"Aku setuju Najib, pendirian dan persahabatan memang tidak sama”
"Aku setuju Najib, pendirian dan persahabatan memang tidak sama”
"Ya, kau betul,
Tamar”
Hati saya cukup lega.
Najib terhindar dari rasa kecil hati. Saya yakin hubungan kami pasti terus
erat. Masing-masing bersedia bertolak ansur. Menghormati dan menghargai
pendirian serta pendapat antara satu sama lain. Saya menarik nafas lega dalam
sinar matahari petang yang kian meredup.
WAJAH
Saya dongak ke langit, melihat gumpalan awan putih yang berarak menuju arah selatan. Beberapa orang yang berada di bucu gelanggang menjeling ke arah Agam dengan penuh rasa curiga. Saya lihat Agam tetap tenang, sesekali dia mengukir senyum sambil mengguris-guris tanah di depannya dengan ranting kayu.
Saya dongak ke langit, melihat gumpalan awan putih yang berarak menuju arah selatan. Beberapa orang yang berada di bucu gelanggang menjeling ke arah Agam dengan penuh rasa curiga. Saya lihat Agam tetap tenang, sesekali dia mengukir senyum sambil mengguris-guris tanah di depannya dengan ranting kayu.
"Mana ayam awak?
Gelanggang tak boleh dibiar lama-lama begini", Udin Tarzan bercekak
pinggang depan Agam. Tanpa membuang masa Agam terus toleh kiri dan toleh kanan.
"Tengok apa?”,
suara Udin Tarzan makin keras dan garang.
"Heh, nanti
orang bawa ayam datang”
"Berapa lama
saya nak tunggu?", Udin Tarzan genggam penumbuk. Terus berlegar-legar di
depan Agam. Saya segera renung wajah Najib dengan rasa cemas.
Bagaikan diarah oleh
kuasa ghaib, serentak saya dan Najib beredar dari tepi gelanggang menuju ke
pohon kundang condong. Saya kira, berada dalam jarak jauh dari gelanggang
paling selamat. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, boleh angkat kaki
dengan segera.
No comments:
Post a Comment