“KENAPA Tamar?”
“Saya tak
mahu pak guru.”
“Kamu
takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”
“Hum...”
saya tertunduk merenung lantai.
Guru silat
terus menggosok-gosok batang tongkat dengan secebis kain kuning. Saya hanya
tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke dapur membuat air kopi.
Datang ke ruang tengah dengan dua cawan kopi yang masih panas.
Guru silat
senang hati melihat dua cawan kopi yang berasap di depannya. Ia terus letak
tongkat atas lantai. Dengan tenang guru silat menghirup kopi. Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan kopi yang
dipegangnya terlepas dari tangan. Jatuh atas lantai. Air kopi melimpah dan
serpihan tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula diasak oleh bunyi deru
angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat terus menjadi pucat.
“Kenapa
pak guru?”
“Tongkat
tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”
“Ya,”
ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa saat tadi
terdapat sebatang tongkat berada di situ.
Saya jadi
menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati.
Badan
terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di luar. Saya mula
terlihat dedaun tingkap yang rapat seakan-akan bergerak-gerak seperti ada
sesuatu yang menekannya dari luar.
“Aku rasa
ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok sendiri Tamar.
Bukankah sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang berpuaka.”
“Ya,” saya
mengangguk dengan nasa gementar.
“Sepatutnya
tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat berkata demikian,
terasa seluruh rumah bergegar dan bergoyang. Cawan kopi jatuh dan air kopi
terus melimpah di lantai. Saya dan guru silat terpaksa berpaut pada dinding.
Anehnya, gegaran
itu cuma berlaku beberapa minit saja. Bila keadaan kembali tenang, saya pun
terdengar suara Azan berkumandang. Bunyi deru angin yang hebat terus menyepi.
Guru silat yang tersandar di dinding meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang
matanya merenung tajam ke arah lelangit rumah.
“Aku
pening Tamar.” Sebaik saja guru silat mengakhiri kata-katanya, Ia terus
terkulai di situ. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk
mengatasi keadaan yang agak gawat itu. Entah macam mana, saya merasai badan
saya melayang-layang.
Tiba-tiba
saya terasa ada sesuatu yang menghentak pangkal bahu sebelah kanan. Pandangan
saya jadi berpinar-pinar. Sayup-sayup terdengar gema besi berlaga sama sendiri
yang amat memekakkan.
Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang. Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata atas bumi.
Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang. Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata atas bumi.
Di hujung
tanah lapang, saya melihat api yang cukup besar. Bahangnya terasa menyentuh
kulit tubuh. Badan saya berpeluh dan api yang marak itu kian mendekati saya.
Cara yang
paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah berlari ke mana-mana
dengan sekuat hati. Saya pun berlari arah ke utara dengan sekuat hati. Tidak
saya duga api yang marak itu terus memburu saya. Apa yang terdaya saya lakukan
ialah berlari dan terus berlari hingga sampai ke kawasan pinggir gunung. Sebaik
saja sampai di situ, seorang lelaki berbadan besar dengan rambut hitam lebat
menutup kedua belah sayap bahunya, ketawa ke arah saya.
Lelaki
berbadan besar itu mengambil seketul batu besar di kaki gunung. Batu itu
dilemparkannya ke arah saya. Tidak ada kesempatan untnk saya menyelamatkan
diri. Saya terpaksa menyerahkan diri pada keadaan. Batu itu terus menghempap
badan saya.
Kesakitan
yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin kerana saya
menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu menjadi marah. Mulut
saya terus ditendangnya dengan sekuat hati.
QURAN
Sayup-sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya dengar itu sedang membaca ayat al-Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan perlahan-lahan dalam hati.
Sayup-sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas kedengaran. Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya dengar itu sedang membaca ayat al-Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan perlahan-lahan dalam hati.
Saya
bagaikan digerakkan oleh tenaga ghaib untuk mengucap dua kalimah syahadat.
Sebaik saja saya selesai mengucap, kelopak mata saya terus terbuka. Apa yang
saya lihat wajah datuk yang sedang membaca ayat al-Kursi. Saya renung ke kanan,
saya lihat di depan guru silat terletak satu baldi air. Di tepi baidi tersusun
dua tiga biji buah limau nipis dan sehelai kain hitam. Guru silat terkapar di
situ dengan mulut yang terbuka.
“Bangun
Tamar.”
“Bila tuk
balik dari surau?”
“Dah lama.
Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok kamu berlari
dalam rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”
“Ha...,”
saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk. Saya cuba mengingati apa yang
telah berlaku.
Lagi
sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan-lahan saya kedutkan dahi,
bila melihat kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur. Badan guru silat
menggeletik macam ikan kena penukul. Datuk mengepal tangan kiri dan terus
didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak macam membaca
sesuatu.
“Huuuuppppp...,”
pekik datuk lalu membuka buku limanya, kelima-lima jari kirinya terkembang dan
mengarah kepada guru silat. Datuk terus menepuk lantai tiga kali
berturut-turut.
Serentak
dengan itu, guru silat terus melompat sambil melepaskan buah silat yang cukup
kencang ke dinding. Kakinya terus menendang baldi air. Guru silat terus
bersilat dengan semahu-mahunya. Gerakan dan tendangannya cukup pantas.
Datuk
terus membongkok dan merangkak perlahan-lahan mengambil buah limau yang masih
belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis tendangan guru
silat yang hampir mengenai rusuk kirinya.
Datuk
berjaya mencekup sebiji limau. Cepat-cepat datuk membalingkan ke arah saya.
Dengan kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau tersebut dengan penuh
bergaya. Datuk memberi isyarat yang Ia memerlukan dua biji lagi limau nipis.
Saya lihat
kedua-dua biji buah limau yang dikehendaki itu berada di hujung kaki guru
silat, Bukan mudah untuk mendapatkannya. Silap langkah, bukan buah limau yang
dapat tetapi, penendang dari guru silat yang boleh menghilangkan gigi dan
membengkakkan pipi. Paling malang, kalau buah himau yang dikehendaki dipijak
oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan.
Perlahan-lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba-tiba guru silat bertempik dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk.
Perlahan-lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba-tiba guru silat bertempik dan melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk.
Secepat
kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu memusingkannya dengan sekuat
hati, ditolak ke belakang hingga guru silat jatuh terlentang. Ketika itu, datuk
terus sambar buah limau. Dicampakkan pada saya bagaikan penjaga pintu gol yang
handal saya menyambut buah limau tersebut.
“Ah..."
Guru silat terus menyerang datuk. Macam tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk mengambil sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya.
Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut.
Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak buah limau. Saya berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau.
Guru silat terus menyerang datuk. Macam tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak. Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk mengambil sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya.
Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut.
Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak buah limau. Saya berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru silat menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau.
Dengan
hujung ibu jari kanannya ia mencuit buah limau. Buah limau itu bergolek ke arah
tiang seri. Datuk tersenyum. Kerjanya menjadi mudah, saya kira, beberapa saat
lagi limau yang sebiji itu pasti berada dalam tangan saya.
Datuk
merendahkan badannya. Perlahan-lahan datuk golekkan badannya menuju arah buah
limau. Malang sungguh nasib datuk, kali ini guru silat terus bertindak macam
orang gila.
Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi.
Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi.
Mujurlah,
datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh guru silat tidak
kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba melepaskan tendangan yang
bertalu-talu ke arah datuk.
Semuanya
dapat ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang. Dalam suasana yang
berdentum-dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta ditingkah dengan
bunyi tepisan tangan dan kaki dari datuk menjadikan dengan guru silat.
Suara
datuk dan guru silat saling tingkah-meningkah. Saya terlupa dengan keadaan di
luar, terlupa pada malam, terlupa pada bunyi cengkerik dan katak. Antara
terhibur dan cemas saya menyaksikan peristiwa datuk dengan guru silat.
“Wahhhhhh...”
Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup kuat dan kejap.
Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru silat dan terus dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat berusaha melepaskannya tetapi tidak terdaya. Pegangan datuk cukup kuat dan kejap.
Dengan lembut
dan perlahan-lahan datuk menekan tangan guru silat ke bawah hingga badan guru
silat melengkung dan akhirnya tersembab di lantai. Datuk segera mengambil buah
limau di 1antai dan terus diserahkan pada saya.
“Basuh
limau itu Tamar.”
Saya terus
ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati datuk. Guru silat
tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan tangannya terkedang. Bunyi
nafasnya cukup kuat, macam nafas kerbau.
“Tamar.”
“Ya, ada apa tuk.”
“Ya, ada apa tuk.”
“Kau belah
dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan dengan garam dan cabai.
Lepas itu kau diangkan dekat api.”
“Baik
tuk.”
“Buat
sekarang jua.”
Saya
segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur. Menyediakan
barang-barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke dapur, saya tidak tahu
apa yang datuk lakukan terhadap guru silat.
Satu
perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya lihat guru
silat sudah berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini ia terlentang
mengandah ke tulang bumbung dengan sepasang kaki dan tangan rapat ke tubuh.
SILAT
Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan-lahan. Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan suara pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.
Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan-lahan. Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan suara pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.
“Ambilkan
aku pisau Tamar.”
“Pisau tak
ada, di mana saya nak cari tuk.”
“Ambil
dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda terbang. Pergi
ambil sekarang.”
“Baiklah,”jawab
saya lemah. Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang terletak di sudut
dinding. Saya punggah isinya hingga bertabur atas lantai. Akhirnya, saya jumpa
dengan pisau belati yang dimaksudkan oleh datuk. Saya segera menyerahkan
padanya.
Datuk
keluarkan pisau belati dari sarungnya. Ditatapnya mata pisau itu dengan teliti.
Datuk tegakkan badan dengan sepasang matanya tertumpu ke dinding. Saya hanya
melibat gerak-geri datuk dengan hati-bati.Datuk terus menimang-nimang mata
pisau belati di telapak tangan.
“Ke mari Tamar.”
“Ke mari Tamar.”
Saya
segera mendekati datuk.
“Tekan
kedua belah kakinya.”
“Baik
tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat. Datuk angkat pisau belati
tinggi-tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada buah betis guru
silat.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Ya tuk.”
“Aku mahu
melukakan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus taruh air limau
di tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya dengan kain pelekat,”
datuk mengeluarkan arahan. Datuk pun mengambil kain pelekat di atas lantai.
Kain pelekat itu dilangkah dua kali.
“Nah kain
pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku pesan Tamar.”
“Ingat tuk.”
“Ingat tuk.”
“Kamu
mesti tenang dan jangan takut.”
“Baik
tuk.”
“Huhhhhhh..,”
datuk menatap wajah saya sejenak. Bahu kanan saya ditepuknya tiga kali
berturut-turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk memperteguhkan dan
menguatkan semangat saya.
Saya
terkejut besar bila datuk membenamkan hujung belati ke buah betis guru silat.
Saya lihat darah pekat meleleh di kulit betis dan menitik atas lantai. Saya
bagaikan terpukau melihat semuanya itu. Saya lupa dengan pesan datuk.
“Hei apa
lagi?” sergah datuk.
“Apa? Apa
benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang mesti saya
lakukan. Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan pisau belati yang
ada kesan darah ke dinding. Pisau belati terpancak di situ.
“Bodoh,”
pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan. Tidak memadai dengan itu,
datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus membatu, tidak berani
membantah. Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan saya.
“Tak boleh
harap,” kutuk datuk.
“Maafkan
saya tuk, saya tak sengaja.”
“Hummmmmmmmmm...”
Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke kiri dan ke kanan.
Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah dilukakan oleh datuk. Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke kiri dan ke kanan.
Sepasang
kakinya juga bergerak ke kiri ke kanan. Guru silat mengeruh macam lembu kena
sembelih. Saya sudah bersedia dengan kain pelekat. Kalau ia menjerit, sudab
pasti kain pelekat menutup mukanya.
Lama juga
saya menanti. Guru silat tidak menjerit tidak mengeluh. Dia membuka kelopak
matanya perlahan-lahan. Merenung lelangit rumah. Datuk terus mengesat kesan
darah di kaki. Air limau tidak lagi dituangkan pada tempat yang luka.
“Tamar?”
Guru silat bersuara.
“Cuba
mengucap pak guru.”
“Ashadu..”
guru silat terus mengucap dengan tenang.
“Bagaimana
pak guru,” saya menyoalnya kembali. Guru silat termenung macam ada sesuatu yang
difikirkannya. Datuk terus mendiamkan diri.
“Datuk
kamu tak balik lagi Tamar?”
“Dah
balik,” sahut datuk lalu mendekati guru silat. Mereka berpandangan. Datuk
memicit bahu kanan guru silat beberapa kali. Macam digerakkan oleh sesuatu,
saya terus bangun mengambil cawan dan pisau belati.
Semua
barang-barang itu saya letakkan di tempat di bahagian dapur.
Saya
datang semula mendapatkan datuk dan guru silat. Kali ini guru silat sudah pun
duduk. Ia bagaikan tidak terasa apa-apa yang terjadi pada kakinya.
“Saya baru
berjumpa dengan orang besar, saya berlawan dengannya. Dia kalah tetapi dia
berjanji nak mencari saya,” guru silat membuka rahsia dirinya. Datuk tersenyum.
“Kau
sebenarnya tak ke mana-mana, kau pengsan,” datuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Ya, saya
ingat apa yang jadi patda saya dan Tamar, mana tongkat tadi, Tamar, agaknya dah
hilang terus,” guru silat ajukan pertanyaan pada saya. Cepat-cepat saya
mengangkat kedua belah sayap bahu sambil menggelengkan kepala.
“Kalau
ikut langkah dan petua, kamu berdua dirasuk syaitan, ingatan dan fikiran kamu
dipisahkan dari pancaindera kamu, kalau tidak ditolong, kamu boleh jadi lari ke
hutan, masuk gunung atau gua,” terang datuk.
“Semuanya
kerana tongkat sial,” sahut guru silat.
“Bukan
kerana tongkat, kamu lalai, kamu lupa kuasa Allah, kamu tidak mengingatinya
pada setiap saat,” sanggah datuk. Guru silat terdiam.
Datuk
terus menarik balutan di kaki guru silat. Bila balut itu terbuka, saya tidak
dapat melihat kesan luka atau parut. Kaki guru silat tetap berkeadaan seperti
biasa. Cuma sesekali guru silat terasa sakit bila melipatkan kakinya.
Datuk
segera menepuk bahagian kaki yang dikatakan sakit tu, dua kali tepuk, guru
silat terus menyatakan tidak terasa sebarang sakit.
“Tak usah
banyak cerita lagi, bersiap sekarang juga kita pergi rumah si sakit,” datuk
keluarkan arahan. Matanya masih merenung ke setiap sudut ruang rumah.
“Dah jauh
malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.
“Dah pukul
sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.
“Tak usah
banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak jadi, ingat,
manusia dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,” tekanan suara agak
keras dan meninggi. Kedua-dua biji matanya dibeliakkan ke arah guru silat dan
saya.
Dengan
rasa kesal saya segera tukar seluar dan baju. Saya tidak tahu apa perasaan guru
silat ketika itu. Dari gerak-geri dan riak wajahnya ternyata ia tidak menyimpan
rasa kecewa atau hampa. Guru silat tetap mematuhi perintah datuk.
“Kita
belum makan lagi tuk.”
“Tak usah
gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di mana-mana, kalau tak
ada. kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan masalah yang menghantui diri
saya.
“Tak usah
bimbang Tamar, bila semuanya sudah selesai kita balik nanti, aku masak nasi
untuk kamu,” itu janji dari guru silat yang cukup menggembirakan.
LANGKAH
Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai samping hitam seperti kebiasaannya.
Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak untuk membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan kain merah. Pakai seluar hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai samping hitam seperti kebiasaannya.
Kali ini
datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya juga tidak seperti
selalu. Ikatannya lebih banyak ke kanan.
“Tongkat
tadi Tamar,” jerit guru silat.
Sepasang
mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya yang terukir
bentuk dua kepala ular nampak berkilau-kilau. Datuk juga merenung ke arah
tongkat tersebut. Datuk tidak memperlihatkan rasa terkejut. Ia cuma tersenyum.
“Inilah
tongkat yang berpuaka itu,” guru silat beritahu pada datuk. Saya lihat datuk
tersenyum. Datuk menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan dengan
seluas-luasnya. Cakap datuk saya patuhi.
Bila
tingkap terdedah, apa yang saya lihat ialah kegelapan yang pekat. Pepohon kelihatan
kaku tetapi, di lantai masih ada bintang mengerdip. Tiba-tiba saja saya terasa
seram. Bulu tengkuk saya meremang dengan tiba-tiba.
Datuk
membuka kain ikat kepalanya. Dengan hati-hati kain itu dililitkan ke hujung
jari kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada tongkat yang
tersandar di tepi dinding. Ketika itu terasa angin masuk dengan deras ke dalam
rumah melalui jendela yang terdedah.
Beberapa helal daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai. Suara orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang. Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan.
Beberapa helal daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai. Suara orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang. Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan.
Tidak
memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak kencang itu
membawa pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan. Semuanya bertabur di
atas lantai. Saya lihat baju dan seluar datuk bergerak-gerak ikut rentak angin
yang bertiup.
Guru silat
macam ditolak sesuatu. Ia terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan macam orang
mabuk. Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Ia berdiri lurus. Jari
kelingkingnya yang berbalut itu digerakkannya ke kanan dan ke kiri, membentuk
sebuah bulatan di udara. Matanya tidak berkerdip merenung ke arah tongkat di
dinding.
Urat-urat
di mata datuk kelihatan merah dan seakan-akan timbul. Makin lama saya merenung
mata datuk, saya seperti melihat bebunga api yang membara dalam kolam matanya.
Wajah datuk kelihatan serius. Misainya kelihatan seakan-akan bergerak ke kanan.
Datuk angkat jari kelingking hala ke barat daya. Tongkat di tepi dinding terus
bergerak, terangkat antara lantai dan letangit rumah.
Muka datuk
kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada sesuatu yang menumbuk
dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia kembali berdiri tegak. Mulut
datuk kelihatan bergerak-gerak. Dengan kekuatan yang ada di tubuhnya datuk
macam melemparkan sesuatu ke arah tingkap yang terdedah. Ketika itu juga saya
melihat tongkat tersebut melayang sambil mengeluarkan cahaya.
Tongkat
itu meluru keluar. Datuk masih tidak berganjak dari tempat ia berdiri. Biji
mata guru silat terbeliak melihat peristiwa yang memang tidak pernah diduganya.
Saya
terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu berdiri sebentar
tadi. Bila ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam berkepul lalu menguasai
ruang rumah.
Datuk
terus menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tepuk pertama asap yang tebal
beransur kurang. Tepuk kedua asap bentambah nipis dan tepuk ketiga asap yang
ada terus hilang dan guru silat yang tadi kelihatan lemah mula bertenaga.
Mukanya, jadi merah dan bersedia menghadapi apa saja.
“Kita
diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk tenang sambil
membuka lilitan kain di jari kelingking.
Kain itu
terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak tangan kiri
berturut-turut.
“Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.
“Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.
“Tak tahu,
tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”
“Kalau
kita kalah apa macam?”
“Segala-galanya
kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah. Saya dan guru silat
berpandangan.
No comments:
Post a Comment