"Hei
Tamar, mahu ke mana?”, jerit Udin Tarzan. Belum pun sempat menjawab, dia sudah
berada di belakang kami.
"Mahu
ke mana?”, ulang Udin Tarzan lagi.
"Kami
nak duduk jauh dari gelanggang", jawab Najib.
"Kenapa?"
"Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas saya dengan jujur.
"Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi, kami sempat melarikan diri", jelas saya dengan jujur.
"Hum,
jangan pergi ke mana-mana. Aku ada, aku tak akan biarkan kamu mati katak",
wajah Udin Tarzan kelihatan cukup bengis. Saya dan Najib berpandangan.
"Mari",
perintah Udin Tarzan.
"Ha...”,
mulut Najib separuh terbuka.
"Ikut
saja cakapnya", bisik saya ke telinga Najib.
Udin
Tarzan tarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan. Saya hanya mengikut sahaja.
Langkah Udin Tarzan cukup cepat. Sesekali saya terlihat ada sesuatu dalam saku
seluarnya. Bentuk benda itu bulat dan berat. Saya terus menumpukan perhatian
pada benda yang berada dalam saku seluar Udin Tarzan.
Bila Udin
Tarzan melangkah, benda dalam saku seluarnya dapat dilihat dengan jelas. Darah
saya tersirap. Udin Tarzan memiliki pistol. Jenis apa? Saya sendiri tidak tahu.
Dan saya tidak kuasa untuk menyoalnya. Itu bukan urusan saya. Kalau ditanya,
mungkin menimbulkan kemarahan pada dirinya.
"Kamu
berdua duduk di sini", itu arahan Udin Tarzan. Saya dan Najib segera
mematuhinya. Duduk tepi gelanggang dekat Agam yang kelihatan menggigit hujung
jari kelingking. Lelaki dari Kelantan itu terus menepuk-nepuk kepala ayam
sabungnya dengan penuh manja. Dia terus keliling gelanggang, mempamerkan rasa
bangganya kerana memiliki ayam sabung yang handal. Bila sampai depan Agam,
lelaki dari Kelantan itu terus menghentak-hentakkan kaki kanannya. Orang yang
berada keliling gelanggang terus ketawa. Lucu melihat telatah lelaki dari
Kelantan itu. Agam terus mengeliat dan turut ketawa.
"Diam",
jerit Udin Tarzan.
Ketawa
terus berhenti dengan serta-merta. Udin Tarzan keluarkan pistol. Muncung pistol
dihalakannya ke dahi Agam.
"Kamu
mahu menggagalkan semua yang diatur", lanjut Udin Tarzan. Muncung pistol
terus bertemu dengan kulit dahi Agam. Semua yang menyaksikan peristiwa itu jadi
cemas. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Lelaki dari Kelantan bersama
ayam sabungnya terus menyembunyikan diri di perdu bertam. Ternyata pada lelaki
itu, lebih mengutamakan eselamatan ayam sabungnya dari dirinya sendiri. Ayam
sabungnya dimasukkan ke dalam bajunya.
"Mahu
lawan sabung atau tidak?", Udin Tarzan beri kata dua. Agam masih kelihatan
tenang. Masih sempat senyum dan menjamah hujung pistol yang bertemu dengan
dahinya.
"Sabar,
marah mainan syaitan. Orang yang waras tidak pernah marah", ucap Agam.
"Jangan nak mengajar saya.”
"Jangan nak mengajar saya.”
"Tidak,
saya bercakap perkara yang benar", tambah Agam. Perlahan-lahan pistol dari
tangan Udin Tarzan diambilnya. Saya lihat Udin Tarzan tidak melawan. Kelihatan
seperti kena pukau.
"Kita
mesti bertindak dengan tenang", tambah Agam. Pistol Udin Tarzan yang
berada di tangannya dicampakkan ke tanah. Saya dan Najib gelengkan kepala, bila
melihat telapak kaki kanan Agam memijak pistol milik Udin Tarzan.
Pistol itu
terbenam dalam bumi. Bila telapak kaki kanannya diangkat, badan pistol
kelihatan berasap. Semua orang yang ada di situ gelengkan kepala. Pistol itu
bertukar menjadi besi yang amat buruk serta berkarat.
"Minta
maaf, saya tak mahu bersabung ayam", ujar Agam lembut. Udin Tarzan terus
gosok batang leher. Sinar matanya memancarkan kemarahan tetapi, dia tidak dapat
bertindak atau melakukan sesuatu.
"Kenapa?
Tadi awak yang mencabar", suara Udin Tarzan amat perlahan sekali. Tunduk
tidak berani menentang wajah Agam. Kehebatan, kesombongan dan kegagahan Udin
Tarzan hilang dengan serta-merta. Semua orang yang berada di sekeliling
gelanggang merasa hairan dan amat terkejut sekali.
"Kenapa?”,
susul Udin Tarzan lagi.
"Saya
memang tak minat.”
"Kalau
tak minat kenapa kamu mencabar?”
"Saya
cuma nak tengok muka orang yang ada menyimpan ayam sabung.”
"Hum,
awak permainkan kami", Udin Tarzan mengeluh.
"Berjudi
bukan mainan hidup saya", suara Agam bergetar.
Dia
menoleh ke kanan sambil menggosok pangkal hidungnya dua tidak kali. Agam terus
tepuk pangkal lengan kanan dengan telapak tangan kiri, tiga kali
berturut-turut.
TEPUK
Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikan tersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yang berada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepala Agam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebut-nyebut namanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang.
Selesai sahaja Agam tepuk pangkal lengan kanannya. Udin Tarzan bagaikan tersedar dari lamunan. Dia terus bertempik sambil mengambil sepotong kayu yang berada di sudut kanan gelanggang. Udin Tarzan bersedia untuk memukul kepala Agam. Cita-citanya tidak diteruskan. Dihalang oleh suara yang menyebut-nyebut namanya dari arah perdu pohon petai. Udin Tarzan segera menoleh ke arah tersebut. Kayu di tangan terus dicampakkannya keluar gelanggang.
"Kau
datang juga", sergah Udin Tarzan.
"Kalau
dah berjanji mesti datang. Belum pernah menolak kalau nak bersabung, ayam siapa
lawan si jaguh aku?", kata lelaki yang muncul dari arah pokok petai. Dia
memakai seluar panjang warna kuning, baju merah lengan pendek yang sudah pudar
warnanya.
"Banyak,
dekat tujuh ratus ringgit, Ali", jawab Udin Tarzan penuh yakin.
"Siapa
lawan ayam saya?”, tanya orang yang bernama Ali.
"Jaguh
seluruh Kelantan.”
"Mana
dia mukanya?", Ali ketawa kecil.
"lni
dia orangnya", lelaki dari Kelantan muncul. Menerpa ke tepi gelanggang.
Lelaki dari Kelantan itu terus melepaskan ayam dalam gelanggang. Sorak dan
tepukan kian bertambah hebat. Ali renung tiap wajah yang berada di situ dengan
senyum. Tiba-tiba, senyum Ali terus berhenti, bila matanya tertumpu ke wajah
Agam. Tetapi,semuanya kembali berbunga, bila Agam memalingkan wajahnya ke arah
hutan tebal.
"Duit
sewa gelanggang, serahkan di sini", pekik Udin Tarzan. Lelaki dari
Kelantan dan Ali pun serahkan duit sewa gelanggang. Kemudian Udin Tarzan pun
menyerahkan wang sewa gelanggang pada ketuanya. Dari jauh, Udin Tarzan angkat
tangan kanannya tinggi-tinggi memberitahu pada orang yang hadir bahawa gelanggang
boleh digunakan. Sorak dan tepuk tangan orang ramai bergemuruh menguasai
kawasan terpencil itu.
"Aku
nak lepaskan ayam, Udin", jerit Ali.
"Silakan",
balas Udin Tarzan. Tepukan dan sorak bertambah gamat.
"Kau
lawan dia jaguh, kau bunuh dia dengan taji kamu", itu yang dibisikkan oleh
Ali pada ayam sabungnya. Orang ramai yang bertaruh mula membuat kumpulan
sendiri. Wajah mereka didakap kegembiraan yang amat sangat. Masing-masing
mengharapkan tuah dan keuntungan yang berlipat ganda.
Di tengah
gelanggang, dua ekor ayam mula bertentangan. Mengembangkan kepak dan bulu leher
kelihatan membesar, bersedia untuk menewaskan antara satu sama lain. Dua ekor
ayam itu tidak tahu, bahawa nyawa mereka dipertaruhkan demi kepuasaan hati
manusia yang selama ini dianggap bijak dan bertamadun mempunyai nilai budi dan
perasaan yang tinggi. Bila berdepan dengan suasana demikian, saya segera
terfikir bahawa ada waktu dan ketikanya, manusia ini lebih kejam, lebih bodoh
dari dua ekor ayam sabung yang berada ditengah gelanggang.
Setiap
kali ayam milik Ali membenamkan tajinya ke leher ayam jaguh milik lelaki dari
Kelantan, suara sorakan dari tepi gelanggang terus melangit. Ada yang
terkinja-kinja menari macam beruk dapat belacan. Secara mendadak tepukan dan
sorakan terus terhenti. Semua biji mata tertumpu ke arah Agam yang berdiri di
tengah gelanggang. Bagaikan kilat Agam menangkap ayam milik lelaki dari
Kelantan yang kelihatan terhoyong-hayang. Beberapa helai bulu kepaknya mula
berjatuhan. Balungnya berdarah begitu juga dengan bahagian lehernya. Agam
segera mendekati lelaki dari Kelantan.
"Ambil
ayam kamu", kata Agam pada lelaki dari Kelantan.
"Kami
berlaga ayam, apa hak kamu mengganggu kami?”
"Islam
melarang pengikutnya berbuat kejam dengan binatang.”
"Saya
mencari rezeki.”
"Bukan
ini caranya mencari rezeki."
"Tapi...”
"Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar cakap aku, buruk padahnya nanti."
"Tak ada tapinya, ambil ayam kamu dan pergi dari sini, kalau kamu tak dengar cakap aku, buruk padahnya nanti."
Agam mula
tunjuk taring. Lelaki dari Kelantan mula membantah tetapi, bila dilihatnya muka
Agam, dia tidak jadi membantah. Tanpa banyak cakap dia terus ambil ayam
sabungnya. Lelaki dari Kelantan itu mengatur langkah menuju ke arah pondok
tempat ketua Udin Tarzan berehat. Agam renung ke kiri, didapatinya ayam sabung
Ali tidak berada di gelanggang lagi. Sebahagian orang ramai yang berada di tepi
gelanggang mula beredar. Masing-masing bersedia untuk menyelamatkan diri
andainya tercetus sebarang perkelahian.
"Eh,
kamu ke mari dekat aku", ujar Agam pada Ali yang bersila di tepi
gelanggang. Ali tidak memperhiraukan arahan dari Agam. Dia terus membiarkan
ayam sabungnya mematuk padi atas telapak tangannya. Sesekali, Ali meraba ulu
golok yang terselit di pinggangnya. Dia terus bersiul-siul kecil.
"Hei,
ayam sesat jangan cuba nak tunjuk handal di tempat orang", Ali mula
menyindir.
Badan ayamnya diurut perlahan-lahan.
Badan ayamnya diurut perlahan-lahan.
"Pulanglah
dan buat kerja lain", tingkah Agam.
"Jangan
nak ajar saya!", jawab Ali.
"Bukan
mengajar tapi nasihat.”
"Diam
bangsat!", pekik Ali sambil mencabut golok di pinggang lalu di baling ke
arah Agam. Cepat-cepat Agam mengelak. Golok melekat pada pohon pulai. Agam
terus menerpa ke arah Ali. Cepat-cepat Ali melompat dan lari ke arah pondok
tempat ketua Udin Tarzan berehat. Ayam Ali terlepas lari ke dalam semak. Agam
masih berdiri di tengah gelanggang yang sudah ditinggalkan oleh para peminat
sabung ayam. Saya dan Najib yang sejak tadi menjauhkan diri dari gelanggang
mula gelisah. Tetapi kami yakin Agam tidak akan bertindak sesuatu terhadap
kami. Demi keselamatan diri, kami segera berlindung di balik pohon besar.
"Kita
balik saja, Najib. Aku tak suka tengok orang bergaduh", kata saya lemah.
"Kita
tunggu dulu, Tamar, Kita tengok siapa handal. Lagipun kita duduk sembunyi di
sini, tak ada siapa yang tahu.”
"Aku
takut dan...”
"Sudahlah
Tamar, kau tengok tu.”
Saya
segera tegakkan kepala. Sepasang mata saya tertumpu ke arah Agam yang sedang
berdepan dengan ketua Udin Tarzan. Dalam jarak beberapa kaki dari ketuanya,
kelihatan Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali. Mereka memegang kayu bulat
yang panjangnya lebih dari enam kaki.
MERANGKAK
Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil, mendekati mereka. Kami mahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam. Tanpa diduga, Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yang serentak ke arah Agam. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan serangan yang datang bertubi-tubi. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan.
Saya dan Najib merangkak di celah-celah pohon kecil, mendekati mereka. Kami mahu mendengar apa yang akan diucapkan oleh ketua Udin Tarzan pada Agam. Tanpa diduga, Udin Tarzan, lelaki dari Kelantan dan Ali melakukan serangan yang serentak ke arah Agam. Saya lihat Agam begitu tangkas mengelakkan serangan yang datang bertubi-tubi. Agam lebih banyak bertahan dari melakukan serangan.
Agam
berusaha dengan sedaya upaya, agar orang yang menyerangnya tidak cedera. Dia
lebih suka melihat mereka tewas akibat kepenatan. Ternyata taktik yang digunakan
oleh Agam amat berkesan sekali. Ketiga-tiga penyerangnya tercungap-cungap dan
terus jatuh ke bumi.
"Aku
tak mahu bergaduh, aku sekadar mahu membetulkan kamu dari membuat kerja
maksiat, baliklah ke rumah kamu," tutur Agam dengan tenang. Udin Tarzan,
lelaki dari Kelantan dan Ali segera bangun. Mereka seperti dipukau mencari
lorong untuk pulang ke rumah masing-masing. Tanpa diduga, Udin Tarzan pusing ke
kanan lalu mengeluarkan rantai basikal yang diikat pada kayu kecil dari saku
seluarnya. Udin Tarzan menerpa ke arah Agam. Dia terus melibaskan rantai
basikal ke badan Agam.
Aneh,
walaupun mata rantai basikal itu membelit ke tubuhnya tetapi, Agam tetap tenang
dan tubuhnya tidak mengalami sebarang kecacatan. Tubuh Udin Tarzan menggeletar,
dia jadi panik bila melihat mata rantai basikal relai, jatuh ke bumi dalam
bentuk ketulan hitam yang kecil macam tahi kambing. Udin Tarzan terus buka
langkah seribu. Langgar tunggul dan akar hingga jatuh tunggang langgang. Dia
tetap bangun dan terus lari.
Bahu Agam
dipaut dengan kuatnya dari belakang. Sukar untuknya menoleh ke kiri dan ke
kanan. Pautan itu seperti mencengkam dan terbenam dalam kulit tubuhnya. Agam
yakin cengkaman itu bukannya dari jari jemari manusia.
"Kamu
belum tahu siapa aku. Kamu mencari penyakit datang ke tempat aku", suara
parau dan keras menendang gegendang telnnga Agam. Serentak dengan itu cengkaman
yang singgah di bahunya berakhir. Dia segera memusingkan tubuh dan wajahnya
menatap orang yang bersuara.
"Kamu
tahu belum ada orang yang berani kacau aku. Ketua kampung penghulu dan ketua
balai polis di sini tak berani kacau aku. Kenapa kamu pula yang sibuk?"
Sebagai
orang Islam aku berhak memberitahu atau membetulkan kesilapan yang kamu
buat."
"Apa kesilapan yang aku lakukan?"
"Apa kesilapan yang aku lakukan?"
"Kamu
bapak maksiat!", ucap Agam lantang.
"Biadap!",
sergah lelaki ketua Udin Tarzan. Agam tidak menjawab kutukan itu. Dia termenung
sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Agam mengambil keputusan tidak
mahu berkeras dengan lelaki berbadan tegap. Tingginya hampir enam kaki.
"Nama
aku Amjal Kamal", lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia membuka baju yang
membalut tubuhnya. Baju yang dicampakkan ke bumi lalu dipijaknya. Kedua belah
lengannya penuh dengan tangkal dan azimat. Lelaki itu mengeluarkan sebilah
keris pendekar. Dia terus menikam perutnya dengan keris bertubi-tubi. Mata
keris terus bengkok. Kulit perutnya tidak tercalar ataupun luka. Lelaki itu
mencampakkan kerisnnya yang sudah patah itu ke dalam semak.
"Kau
nampak sekarang?", kata AmJal Kamal sambil ketawa. Dia keluarkan pistol
dari paha kanannya (pistol itu diikat ke pangkal paha kanan dengan tali guni).
Muncung pistol dituamkan ke dahinya. Kemudian dia menarik pemetik pistol. Satu
letupan bergema. Amjal terus ketawa. Peluru pistol tidak mendatangkan sebarang
kesan. Amjal Kamal terus memecahkan sebiji botol. Kaca dari botol tersebut
terus ditelannya.
"Apa
kamu sanggup menentang aku? Kalau tak sanggup, eloklah kau pulang. Jangan kacau
kerja aku", Amjal Kamal renung muka Agam.
"Kamu
memang hebat, tubuh kamu tak makan peluru."
"Kalau
sudah tahu, kenapa kamu cari penyakit?”
"Aku
bukan mahu mencari penyakit. Aku mahu menyembuhkan penyakit kau.”
"Apa
penyakit aku? Cakap!", tanya Amjal Kamal sambil menggosok-gosok pistolnya.
"Kau
tamak, tak pernah puas. Tak mahu ingatkan Allah. Kamu harus tahu, bila tamak
dah menguasai diri kamu, kamu lupa diri sendiri lalu mahu menyesatkan orang
lain.”
"Kurang
ajar!”
"Ya,
aku nak ajar kamu. Tangkai dan azimat tidak dapat menentang kuasa Allah. Mulai
hari ini, kamu jangan buka gelanggang di sini. Sebaik-baiknya kau berambus dari
sini", Agam memberi amaran
SABAR
Sampai di sini, Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. Dia segera menatang muncung pistol ke arah Agam. Beberapa saat kemudian terdengar letupan yang berturut-turut. Anehnya, pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol Amjal Kamal. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. Amjal Kamal renung kiri kanan. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Jatuh betul-betul di depan Najib dan terus meletup. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Saya yang tidak tahu untuk berbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Agam mendekati saya tanpa membuang masa. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi.
Sampai di sini, Amjal Kamal sudah tidak menahan sabar. Dia segera menatang muncung pistol ke arah Agam. Beberapa saat kemudian terdengar letupan yang berturut-turut. Anehnya, pepohon di kiri kanan Agam jadi sasaran peluru pistol Amjal Kamal. Agam tidak mengalami sebarang kecederaan. Amjal Kamal renung kiri kanan. Dia mencampakkan pistol ke arah kami. Jatuh betul-betul di depan Najib dan terus meletup. Najib menjerit dan terus jatuh pengsan. Saya yang tidak tahu untuk berbuat sesuatu segera keluar dari tempat persembunyian. Agam mendekati saya tanpa membuang masa. Saya segera memberitahu padanya apa yang telah terjadi.
"Kau
jangan ke mana-mana, sebentar lagi kawan kamu akan sedar dari pengsan",
katanya pada saya. Sebaik sahaja saya anggukkan kepala, Agam kembali merenung
kearah Amjal Kamal yang sedang membawa sebatang besi. Saya tidak tahu dari mana
Amjal Kamal memperolehi besi itu. Amjal Kamal terus mendekati Agam. Saya lihat,
Agam bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia biar Amjal Kamal
mendekatinya. Bila Amjal Kamal angkat besi untuk memukul kepalanya, Agam
menampar bumi. Besi di tangan Amjal Kamal terlepas.
"Kamu
memang handal tapi...", Amjal Kamal tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Dia terus melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah Agam. Amjal Kamal
membuka silat Siam. Agam tetap bertenang dan menepis setiap serangan yang
datang. Usaha Amjal Kamal untuk menewaskan Agam dengan kekasaran tidak
berhasil. Kali ini, Amjal Kamal menggunakan ilmu kebatinannya untuk menundukkan
Agam. Mereka berdiri bertentangan. Masing-masing memeluk tubuh. Agam memberi
isyarat tangan pada saya supaya kembali ke tempat persembunyian. Bila saya
sampai ke tempat tersebut, saya dapati Najib sudah pun sedar dari pengsan.
Dalam
keadaan yang kelam-kabut itu saya terdengar bunyi petir dan diikuti dengan
gumpalan asap hitam berkumpul di tengah gelanggang sabung ayam. Dari gumpalan
asap itu keluar percikan bunga api yang menuju ke arah tubuh Agam. Pelik, bila
percikan bunga api mahu mengenai tubuh Agam, percikan itu segera berpatah balik
ke dalam gumpalan asap dan terus hilang.
Muka Agam
kelihatan berpeluh. Agam terus menajamkan kedua belah bibirnya sambil
menghembuskan udara yang berkumpul dalam mulutnya ke arah gumpalan asap. Dengan
sekelip mata asap tebal itu terus hilang. Apa yang saya dan Najib lihat ialah,
lengan kanan Amjal Kamal ditumbuhi bulu macam bulu orang utan. Kukunya panjang
macam kuku harimau tetapi, tangan kirinya tetap macam biasa. Muka sebelah kiri
Amjal Kamal berubah bentuk iaitu kelihatan sama, tidak ada hidung, tidak ada
mata, pipi dan bibir. Kelihatan rata macam papan yang sudah diketam. Amjal Kamal
berdiri kaku macam patung batu. Dari bahagian belakangnya kelihatan kepulan
asap yang menipis. Dada saya terus berdebar dan saya segera menoleh ke arah
Najib. Dia kelihatan tergamam.
"Tamar,
apa yang kita lihat benar-benar terjadi?”. tanya Najib.
"Ya,
aku yakin Amjal Kamal banyak ilmu dunianya, kebal dengan sihir. Dia melindungi
syaitan", bisik saya ke telinga Najib. Sebaik sahaja saya selesai
mengucapkan kata-kata tersebut, bulu tengkuk saya segera menegak. Badan terus
menggeletar. Saya pun segera membaca beberapa ayat suci untuk menghalau
syaitan.
"Lihat,
Tamar", Najib cuit bahu kanan saya. Tanpa membuang masa, saya renung ke
arah Agam yang sedang menumpukan seluruh biji matanya ke arah tubuh Amjal
Kamal. Setiap kali Agam menggerakkan kelopak matanya, tangkal di leher Amjal
Kamal putus sendiri. Jatuh ke bumi lalu terbakar. Bila Agam gerakkan lehernya
ke kanan. Azimat atau tangkal yang membelit di lengan Amjal Kamal segera relai
menjadi habuk yang akhirnya berterbangan entah ke mana dibawa angin.
"Heiiiii...”,
Amjal Kamal bertempik. Tangannya yang bertali diangkatnya tinggi-tinggi. Dalam
sekelip mata sahaja, dia menjatuhkan dirinya ke bumi. Amjal Kamal menyondolkan
mukanya ke tanah. Tidak ubah macam babi menyondol batas ubi keledek. Agam tetap
tenang melihat keadaan yang amat ganjil itu. Semua gerak-geri Amjal Kamal
diikuti dengan penuh teliti. Agam meramas-ramas jari-jemari tangan kanannya.
Dia menarik nafas panjang, kelima-lima jari-jemari tangan kanannya menutup mata
sebelah kirinya.
"Heiiiii...”,
lagi sekali suara jeritan Amjal Kamal bergema menguasai kawasan hutan tersebut.
Serentak dengan itu dia terus melompat dan berdiri lurus. Saya lihat wajahnya
ke arah Agam. Dan tanpa disangka-sangka, Agam jatuh terlentang. Kedua belah
kaki Agam terangkat dan badannya berpusing-pusing di bumi, macam ada tenaga
ghaib yang memusingkannya. Saya dan Najib terpaku melihat keadaan yang tidak
pernah kami fikirkan selama ini. Biasanya, keadaan seperti ini wujud dalam
filem yang bertemakan kisah zaman purba.
Tamar",
Najib seperti berbisik.
"Kenapa,
Jib?", tanya saya perlahan-lahan.
"Aku
dengar macam ada šuara orang sedang azan", jawab Najib. Matanya tetap
liar. Renung kiri renung kanan.
"Aku
juga dengar Jib.”
"Di
sini tak ada masjid, siapa pula yang azan tu. Waktu Asar pun belum masuk",
Najib bersuara penuh keraguan.
"Sudahlah,
jangan fikirkan. Itu kerja makhluk Allah, asalkan jangan ganggu kita sudah
cukup.”
"Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar.”
"Aku tak puas hati kalau tak tahu Tamar.”
"Kau
jangan merepek", suara saya keras lalu menutup mulut Najib dengan telapak
tangan kiri.
KASAR
Saya bersyukur pada Allah, tindakan saya yang agak kasar itu, tidak menyinggung perasaan Najib. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajib dipatuhi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamal kembali. Saya lihat Agam sudah pun berdiri. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun. Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah ke mana. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah. Kedua-duanya memeluk tubuh. Antara Amjal Kamal dan Agam, ternyata Amjal Kamal lebih hebat. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. Dadanya nampak bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Saya lihat dada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik dan melepaskan nafas. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakan semua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam.
KASAR
Saya bersyukur pada Allah, tindakan saya yang agak kasar itu, tidak menyinggung perasaan Najib. Dia menerima semuanya itu sebagai satu perintah yang wajib dipatuhi. Kami segera mengarahkan biji mata kami ke arah Agam dan Amjal Kamal kembali. Saya lihat Agam sudah pun berdiri. Saya tidak tahu bagaimana dia bangun. Suara azan yang mengusik gegendang telinga saya dan Najib terus ghaib entah ke mana. Agam dan Amjal Kamal bertentang wajah. Kedua-duanya memeluk tubuh. Antara Amjal Kamal dan Agam, ternyata Amjal Kamal lebih hebat. Ulas-ulas lengannya kelihatan berketul-ketul. Dadanya nampak bidang dengan rambut panjang hitam terkandar atas sayap bahunya. Saya lihat dada bidang Amjal Kamal kelihatan berombak-ombak ketika dia menarik dan melepaskan nafas. Dari gerak-gerinya itu ternyata Amjal Kamal menggunakan semua ilmu batin yang diketahuinya untuk menentang Agam.
"Aku
tak mahu apa-apa dari kamu. Aku tidak mahu berlawan. Aku minta kau tinggalkan
tempat ini", suara Agam lembut penuh sopan.
"Kau
tak berhak menahan apa juga keinginanku", cukup angkuh suara Amjal Kamal.
Tangan kanannya merayap atas bahu kiri. Dia terus memulas hujung rambut. Setiap
kali hujung rambutnya dipulas, Agam menjerit kesakitan. Macam ada benda tajam
yang menusuk tiap sendi Agam.
"Aku
merayu, tinggalkan tempat ini," ujar Agam dalam kesakitan.
"Tidak
", suara Amjal Kamal keras. Dia terus memintal-mintal hujung rambutnya.
Agam terus mengerang kesakitan. Saya lihat kedua belah kaki Agam tidak mampu
menahan tubuhnya. Dia jatuh perlahan-lahan dan terduduk atas bumi. Dari lubang
hidung dan mulutnya keluar air macam air liur.
"Allahu
akbar", suara Agam meninggi. Serentak dengan itu saya lihat dia bertenaga
kembali. Agam bagaikan mendapat satu tenaga ghaib. Air yang keluar dari mulut
dan hidung berhenti terus. Agam menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya.
Saya lihat bibir Agam bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tangan kirinya
menepuk bumi dua kali. Amjal Kamal terus
ketawa,
dia seolah-olah mempersendakan apa yang dilakukan oleh Agam.
"Aku
merayu kepada kamu, tinggalkan tempat ini", Agam mohon belas ikhsan dari
Amjal Kamal. Ternyata Amjal Kamal tidak berganjak dari keputusannya. Agam terus
duduk bersila di bumi. Saya dongakkan kepala melihat beberapa ekor burung
belatuk mematuk batang meranti yang sudah mati. Saya terasa aneh, belum pernah
saya melihat burung belatuk begitu banyak. Beberapa helai daun tua mula gugur
ke bumi dirempuh angin. Saya lihat langit begitu cerah dengan gumpalan awan
putih bersih berarak lembut ke arah selatan.
"Ini
hutan, tak ada manusia yang diam di sini, sudahlah kau jangan merepek",
Amjal Kamal terus mempersendakan Agam. Dia yakin, Agam akan tunduk padanya.
Amjal Kamal mengambil seketul kayu lalu dibalingkan ke arah Agam. Saya dan
Najib terpampan, bila melihat kayu yang dibalingkan ke arah Agam tidak menuju
ke sasarannya. Kayu itu berpusing-pusing di udara untuk seketika kemudian
hancur menjadi serbuk.
"Kau
nak tunjuk kehebatan kamu?", Amjal Kamal jadi marah.
"Tidak,
semuanya atas kehendak Allah. Aku berdoa pada Allah supaya diberikan
perlindungan."
"Hiss kamu", Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. Cepat-cepat Agam mengangkat tangan kanannya. Amjal Kamal terpekik. Dia tidak dapat bergerak ke mana-mana, terapung-apung di udara. Agam menurunkan tangannya perlahan-lahan. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut sama bergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Bila telapak tangan Agam bertemu dengan bumi, tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah.
"Hiss kamu", Amjal Kamal melompat dan menerkam ke arah Agam. Cepat-cepat Agam mengangkat tangan kanannya. Amjal Kamal terpekik. Dia tidak dapat bergerak ke mana-mana, terapung-apung di udara. Agam menurunkan tangannya perlahan-lahan. Tubuh Amjal Kamal yang terapung-apung di udara turut sama bergerak perlahan-lahan ke permukaan bumi. Bila telapak tangan Agam bertemu dengan bumi, tubuh Amjal Kamal terletak atas tanah.
"Aku
minta kamu berhenti dari membuat kerja maksiat", kata Agam masih
berlembut.
"Itu urusan aku."
"Itu urusan aku."
"Ya,
aku tahu itu urusan kamu tapi...", Agam berhenti bercakap.
"Tapi
apa, manusia laknat?"
"Orang-orang
yang berjudi di sini sudah mengotorkan masjid dan surau tempat kami beribadat.
Mereka kencing dan berak ikut suka hati."
"Kamu
bohong!", bantah Amjal Kamal.
"Baik,
aku buktikan", Agam merenung ke arah sebelah kiri. Tidak ada apa-apa yang
dapat dilihat kecuali hutan kecil dengan pohon yang menghijau.
"Aku
bukannya budak-budak", Amjal Kamal menepuk dada dan meludah ke arah Agam.
Tiba-tiba saya dan Najib terdengar bunyi suara orang membaca ayat-ayat suci.
Saya amati pembacaan itu dengan teliti. Saya kagum, pembacaan itu memang betul,
samada dari segi tajuwid, tekanan suara dan dengung. Pembacaan yang sempurna
itu membuat saya terpesona.
No comments:
Post a Comment