TERASA
lucu sekali, bila nenek yang sudah tua itu, masih bertanya pada saya, kalau
datuk terpikat pada wanita lain atau bercerita mahu kahwin lain.
"Datuk
tu baik, ke mana-mana dia tak pernah lupa dengan nenek, nama nenek selalu
dipujinya di depan kawan-kawan," ujar saya pada nenek. Ia tersenyum.
Pipinya yang sudah berkedut kelihatan berpelohong ke dalam dan bibirnya
kelihatan seperti menajam, melindungi giginya yang sudah hampir separuh
tercabut dari gusi.
"Kenapa
nenek tanya macam tu?"
"Kamu
tahu Tamar, orang lelaki kalau badannya sihat, sampai umur seratus tahun pun
nafsu dan keinginannya tetap kuat," sanggah nenek. Saya diam, tidak kuasa
melawan cakapnya. Kalau dilawan mungkin boleh melukakan perasaannya.
Malam itu,
hampir pukul dua belas baru saya masuk ke bilik tidur. dan datuk tetap dengan
kegemarannya membaca Quran dan melakukan sembahyang sunat tengah malam sebelum
masuk tidur.
Kali ini,
saya dengan datuk agak lama berada di kampung. Hampir enam bulan tidak ke mana-mana.
Datuk tetap dengan kegemarannya memburu binatang pada sebelah petang. Waktu
pagi dihabiskan di kebun getahnya. Menanam anak-anak getah di celah pepohon
getah yang sudah tua.
Menurut
datuk bila anak-anak getah itu membesar dan boleh ditoreh. Pokok-pokok getah
yang tua dan tidak mengeluarkan susu akan ditebang. Dalam seminggu cuma dua
pagi saja saya menolong datuk.
Saya ada
tugas lain yang diberikan datuk, saya disuruh mengurus kebun pisang. Menjual
buah pisang dan menjual getah dari para penoreh di kebunnya adalah urusan saya.
Saya kira taraf saya dengan taraf seorang kerani.
Walaupun
saya tidak dibayar gaji tetap tetapi, pada setiap bulan saya menerima wang
antara tiga puluh hingga empat puluh sebulan, bergantung pada hasil penjualan
getah dan pisang.
Dengan
wang itu, saya boleh ke mana-mana dan berjaya membeli sebuah basikal lumba.
Saya berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal. Demi hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling kampung, berlagak sebagai seorang juara.
Kawan-kawan rapat dan karib terus mengkagumi dan memuji saya kerana berani kayuh basikal lumba dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa yang diri saya ini memang benar-benar seorang juara.
Saya berhasrat mahu menjadi seorang jaguh lumba basikal yang terkenal. Demi hasrat tersebut, pada setiap petang saya kayuh basikal keliling kampung, berlagak sebagai seorang juara.
Kawan-kawan rapat dan karib terus mengkagumi dan memuji saya kerana berani kayuh basikal lumba dengan laju. Bila dipuji begitu, saya terasa yang diri saya ini memang benar-benar seorang juara.
Anehnya,
kehebatan dan kebolehan saya setakat keliling kampung saja. Tidak berani masuk
gelanggang. Mimpi untuk jadi juara tetap datang dalam tidur saya. Datuk kurang
senang melihat saya keliling kampung dengan basikal lumba, dia bimbang kalau
perbuatan saya itu boleh menimbulkan fitnah atau mendorong saya mengusik anak
dara kampung.
Bagi
menghindar kejadian yang tidak diingini terjadi, datuk mengesyorkan supaya saya
mengikuti ilmu persilatan dengan seorang jaguh silat yang tinggal kira-kira
sepuluh batu dari kampung kami. Apa yang datuk utarakan itu segera saya patuhi.
"Aku
mahu kamu pergi ke tempat kamu belajar silat dengan basikal," kata datuk
dengan senyum. Terasa agak berat mahu kayuh basikal lumba ke tempat silat.
Belajar silat kira-kira pukul sembilan malam dan tamat kira-kira pukul sebelas
atau dua belas. Kemudian, kayuh basikal sepuluh batu pulang ke rumah.
Bagaimana?
Kalau sedang saya asyik kayuh basikal dalam gelap, tiba-tiba harimau muncul di
tengah jalan. Apa yang mesti saya lakukan? Menentangnya atau lari saja.
Macam-macam yang saya fikirkan bila datuk menyuruh saya kayuh basikal ke tempat
belajar silat.
"Sulit tuk," saya membantah.
"Sulit tuk," saya membantah.
"Apa
yang sulitnya Tamar," datuk beliakkan biji mata.
"Jumpa
gajah atau harimau tengah malam, hancur tulang-tulang saya
dipatah-patahkannya."
"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."
"Kerana itu aku suruh kamu belajar silat, biar berani dan boleh mempertahankan diri bila diserang binatang atau manusia."
"Cara
datuk mengajar saya supaya jadi berani ganjil sekali," nada suara saya
agak keras. Datuk terus menggosok pangkal hidungnya berkali-kali sambil
merenung basikal lumba yang saya sandarkan ke perdu pokok kelapa.
"Bagaimana?
kalau kau setuju aku belikan motosikal untuk kamu, asalkan kamu mahu belajar
jadi manusia berani," satu peluang yang terbaik dari datuk, tidak wajar
dilepaskan begitu saja.
"Saya
setuju tuk."
"Ada
syaratnya Tamar."
"Syarat?
Apa syaratnya tuk," saya terkejut.
"Mudah
saja, kau belajar dulu enam bulan, lepas itu baru aku belikan motorsikal, itu
pun bila kamu dah lulus ujian memandu." tersenyum simpul datuk memandang
ke arah saya. Mudah sungguh ia mengeluarkan syarat tetapi, bebannya terasa amat
berat sekali untuk saya laksanakan.
Setelah
difikirkan dengan teliti dan masak-masak, saya terima dengan syarat yang
diajukan pada saya. Senyum datuk bertambah lebar. Petang itu juga, datuk
membawa saya menemui guru silat. Melihat bentuk tubuhnya yang tegap, misai
melintang dan penuh janggut serta jambang menghiasi wajah membuat saya
gementar.
Saya
membayangkan kalau pembukanya yang datang gagal saya tepis, pasti saya jatuh
terlentang ke bumi. Kalau hinggap dirusuk, sudah pasti tulang rusuk patah.
tetapi, kerana mahukan motosikal. Semua rintangan sanggup saya hadapi.
Tanpa
diduga sedang asyik berborak di halaman rumah pendekar. Secara mengejut
pendekar melepaskan satu penumbuk kencang ke arah saya, kerana pernah belajar
beberapa langkah silat tumbukan itu berhasil saya tepiskan.
"Dah
tahu rupanya," puji pendikar sambil memintal misai lebatnya. Telapak
tangannya yang lebar itu terus menepuk bahu saya berkali-kali. Datuk tersenyum,
datuk mana yang tidak merasa bangga bila cucu kesayangan dipuji di depan mata.
Saya bersyukur pada Allah swt kerana menghadiahkan kegembiraan padanya.
Setelah
berbincang lebih kurang setengah jam. Kami pun meninggalkan rumah pendekar
tersebut. Dua hari kemudian, saya pun memulakan latihan. Saya berharap kali
ini, datuk tidak akan pergi ke mana-mana. Biarlah datuk duduk terus di kampung
meneruskan kebiasaan yang diminatinya. Saya sudah bosan mahu mengikuti datuk ke
mana-mana.
Apa yang
saya bimbangkan selama ini benar-benar terjadi. Ketika saya pulang dari belajar
silat, saya terserempak dengan seekor harimau yang baring melintang di jalan
raya. Saya terus melakukan brek kecemasan. Saya tercampak atas tanah. Harimau
yang terkejut terus bangun, membuka mulutnya lebar-lebar sambil menjilat
tubuhnya dengan tenang.
Saya cuba
bangun tetapi, saya rasakan sepasang tempurung lutut saya jadi lemah. Saya jadi
lembik dan jatuh lagi. Saya serahkan hidup atau mati saya pada keadaan. Entah
macam mana, saya jadi berani dengan tiba-tiba. Saya berhasil bangun dan
mengangkat basikal lumba yang tersadai atas rumput. Harimau liar itu bergerak
di depan saya.
Saya ikuti
pergerakannya dengan teliti. Saya tentang matanya yang bersinar dalam gelap.
Bila harimau bergerak ke arah saya. Saya undur perlahan-lahan basikal lumba
saya jadikan benteng pertahanan. Bila harimau itu menerkam ke arah saya
terlebih dahulu terkena basikal lumba sebelum melakukan serangan ke atas saya.
Saya
bersyukur bila harimau itu tidak menerkam ke arah saya. Harimau itu cuma
mengaum panjang sebanyak dua kali. Kemudian masuk ke hutan di sebelah kanan.
Saya terus
lompat atas basikal lumba dan mengayuhnya dengan laju tanpa menoleh ke
belakang. Apa yang saya alami tidak saya ceritakan pada datuk, biarlah peristiwa
itu menjadi kenangan diri yang paling berharga buat saya.
DATANG
Suatu hari guru silat datang menemui datuk. Saya jadi cemas kalau guru silat tersebut membawa berita yang kurang menyenangkan tentang diri saya pada datuk. Saya terus mengintip perbualan mereka dari bawah rumah.
Suatu hari guru silat datang menemui datuk. Saya jadi cemas kalau guru silat tersebut membawa berita yang kurang menyenangkan tentang diri saya pada datuk. Saya terus mengintip perbualan mereka dari bawah rumah.
"Saya
nak mengajak awak ke Permatang Pauh," terdengar suara guru silat.
"Ada
apa di sana?" Soal datuk.
"Adik
ipar saya sakit, isterinya, adik saya menulis surat minta saya balik tengok
keadaan suaminya yang teruk."
"Kalau
kamu mengajak aku ke sana untuk mengubatnya, aku minta maaf, aku tak
pandai."
"Tidak terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan saja, adik ipar saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu kalau awak nak berkenalan dengannya."
"Tidak terniat dalam hati, saya cuma nak ajak awak berjalan saja, adik ipar saya tu, sekarang ni diubat dan dijaga oleh bomoh, manalah tahu kalau awak nak berkenalan dengannya."
Mereka
berhenti bercakap sebentar. Sama-sama menikmati, air kopi dan kuih yang
dihidangkan. Saya masih tidak mahu bergerak dari bawah rumah. Saya mahu
mengikuti dan mendengar keputusan yang bakal diambil oleh datuk. Saya yang
berada di bawah rumah terus berdebar.
"Apa
sakit adik ipar kamu tu?" Datuk minta penjelasan.
"Pada
mulanya, dia demam, tidak berapa lama lepas itu, perutnya terus buncit macam
orang mengandung, sudah puas dibawa berubat ke mana-mana tapi tak mahu
hilang."
"tak
bawa ke hospital." soal datuk lagi.
"Sudah,
doktor sendiri tidak tahu apa jenis penyakit yang ditanggungnya."
"Berubat
dengan bomoh tu, macam mana?"
"Menurut
isterinya ada kurang sikit, bomoh tu memang handal, namanya terkenal di tempat
saya hingga ke Selatan Siam.
"Kalau
begitu aku ingin nak belajar darinya. Bila kamu nak balik ke Permatang
Pauh."
"Dua
hari lagi."
"Kalau
aku dengan cucu aku pergi, tak menyusahkan diri kamu," tambah datuk.
Saya yang
berada di bawah ruma tergamam sejenak. Saya mengambil keputusan keluar dari
bawah rumah. Naik ke atas rumah lalu berdiri di muka pintu. Guru silat angkat
tangan pada saya bersama segaris senyum yang memanjang. Saya juga angkat
tangan.
"Tak
jadi hal, rumah peninggalan orang tua saya besar, sekarang ni kosong, awak
boleh duduk di situ, setakat makan minum awak berdua selama dua tiga hari kamu
kerabat saya boleh tanggung," balas guru silat penuh semangat. Datuk
termenung. saya terus duduk di sisinya. Guru silat garu pangkal keningnya dua
tiga kali.
"Biar
kami bawa beras, ikan dan apa yang patut," dengan wajah selamba datuk
menuturkan kata-kata. Guru silat gelengkan kepalanya dua tiga kali sambil tidak
berkata.
"Untuk
menyenangkan awak," balas datuk.
"Susah
dengan awak ni, selalu memikirkan tentang diri orang lain, tidak mahu
menyusahkan orang lain dalam hidup awak," guru silat bersuara diakhiri
dengan ketawa memanjang. Datuk hanya tersenyum saja.
Guru silat
minta diri untuk pulang. Datuk dan saya menghantarnya hingga ke kaki tangga.
Terasa di hati ingin melarang datuk supaya jangan pergi ke Permatang Pauh.
Tetapi, apa yang ada dalam hati saya, tidak terdaya mahu saya luahkan. Takut
kena marah.
BERANGKAT
Masa yang dijanji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa singgah di beberapa buah bandar, bertukar bas.
Masa yang dijanji pun tiba. Kami bertiga pun berangkat ke Permatang Pauh dengan menaiki bas. Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami terpaksa singgah di beberapa buah bandar, bertukar bas.
Kami
sampai di Permatang Pauh, kira-kira pukul dua petang. Kampung asal guru silat
memang menarik. Dikelilingi sawah yang sayup maa memandang. Saya terpesona
melihat matahari petang yang memancarkancahaya kekuningan ke atas bebuah padi
yang sedang menguning emas.
Kali ini,
saya merasa beruntung dan bertuah. Datuk tidak mengongkong kebebasan diri saya.
Satu perubahan yang amat mengejutkan dari datuk. Saya boleh pergi ke mana-mana
dalam kawasan kampung guru silat.
Dua hari
berada di tempat tersebut, saya sudah berkenalan dengan beberapa orang pemuda
yang sebaya dengan saya di kampung itu. Saya berkawan dengan Zubir, Usman dan
Abdul Fatah. Mereka membawa saya melawat ke Bukit Bendera, Batu Feringgi dan
beberapa tempat yang menarik.
Kadang-kadang
mereka mengajak saya mandi laut di kawasan yang sekarang sudah didirikan hotel
Rasa Sayang. Sebelum itu, di sekitar kawasan tersebut terdapat perkampungan dan
rumah orang Melayu. Cara kebetulan pula ayah saudara Zubir tinggal di tempat
tersebut, menjadi nelayan pantai.
Semua yang
saya alami itu, merupakan satu pengalaman baru dan membuat saya ingin tinggal
lebih lama di tempat tersebut. Abdul Fatah mencadangkan supaya saya bekerja di
Pelabuhan Pulau Pinang seperti dirinya. Cadangan itu saya tolak, tetapi Zubir
berjanji untuk mencarikan saya pekerjaan di Kebun Bunga yang selalu menjadi
tumpuan para pelancong kerana bunga dan monyetnya yang jinak.
Cadangan
Zubir memang menarik hati saya. Harapan untuk memperolehi kerja tersebut amat
cerah kerana abangnya menjadi pegawai dan diberi kuasa memilih orang untuk
bekerja di tempat tersebut.
Jawapan
saya pada cadangan itu : "Nanti aku fikirkan, kemudian aku beritahu kamu
keputusannya."
"Bila aku boleh dapat tahu?"
"Bila aku boleh dapat tahu?"
"Biar
aku balik dulu ke kampung, kemudian aku tulis surat pada kamu."
"Kalau
begitu aku daftarkan nama kamu dulu."
"Ya,
kalau baik apa yang kamu fikirkan patut," balasku.
Jawapan
itu memberikan kegembiraan pada tiga sahabat baru, awal-awal lagi mereka sudah
bermuafakat untuk menyewa rumah di sebuah kampung Melayu yang letaknya tidak
jauh dari Persiaran Gurney. Kalau tidak silap saya, kampung itu disebut Kelawai.
Kata mereka saya amat sesuai untuk tinggal di sebuah rumah sewa sama mereka.
Kebebasan
yang diberikan oleh datuk itu, membuat saya tidak berminat untuk mengikuti
datuk pergi ke rumah adik ipar guru silat yang terlantar sakit. Hal itu kurang
menyenangkan hati datuk.
"Tamar,
petang ni usah ke mana-mana ikut aku," ujar datuk dengan tenang di tengah
rumah peninggalan orang tua guru silat. Saya berhenti dari menyikat rambut dan
terus termenung.
Saya dapat membayangkan kehampaan kawan-kawan, bila saya tidak dapat menyertai mereka pergi ke Padang Kota seperti yang dijanjikan. Saya terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambil menikmati deru ombak dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi Pulau Pinang dengan Tanah Besar.
Saya dapat membayangkan kehampaan kawan-kawan, bila saya tidak dapat menyertai mereka pergi ke Padang Kota seperti yang dijanjikan. Saya terlepas peluang untuk berdiri di tepi feri sambil menikmati deru ombak dan melihat matahari hampir terbenam di permukaan laut seperti yang selalu kami lakukan ketika menyeberangi selat kecil yang memisahkan bumi Pulau Pinang dengan Tanah Besar.
"Saya
dan janji dengan kawan tuk."
"Tuk
nak ajak saya tengok orang sakit tu."
"Ya."
"Kalau begitu, biar saya beritahu kawan-kawan yang saya tak dapat pergi ke sana, nanti dia orang tertunggu-tunggu saya."
"Kalau begitu, biar saya beritahu kawan-kawan yang saya tak dapat pergi ke sana, nanti dia orang tertunggu-tunggu saya."
"Pergi
cepat."
Saya terus
menemui kawan-kawan. Ternyata mereka agak terkejut dengan berita yang saya
sampaikan. Akhirnya, mereka dapat menerimanya setelah saya terangkan keadaan
yang sebenar. Saya terharu bila mereka membatalkan hasrat yang sudah dirancang
tanpa penyertaan saya. Kagum saya dengan semangat setia kawan yang diberikan
itu.
LIHAT
Hasrat datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul sepuluh saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat. Terharu saya melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.
Hasrat datuk saya tunaikan. Ia gembira dan malam itu lebih kurang pukul sepuluh saya sudah pun berada di rumah adik ipar guru silat. Terharu saya melihat seorang lelaki terlentang di lantai dengan perut yang membukit.
Di depan
lelaki itu digantung tali belati yang diikat pada alang rumah. Bila lelaki itu
mahu duduk ia terpaksa menggunakan tali belati itu sebagai tempat berpaut.
Satu
pemandangan dan keadaan yang amat mengharukan perasaan saya. Bila lelaki itu
sudah duduk, isterinya segera meletakkan tiga bantal di belakangnya untuk
dijadikan tempat bersandar. Tanpa bantuan bantal dan tali tersebut, lelaki itu
tidak mampu duduk.
Menurut
isteri lelaki itu, suaminya jarang makan dan minum tetapi, perutnya tetap
membesar. Bercakap tidak boleh banyak, kalau bercakap suaminya akan mengalami
sesak nafas dan penat adakalanya terus pengsan.
"Sudah
enam bulan lebih," kata bomoh yang merawat adik ipar guru silat pada
datuk. Saya lihat datuk anggukkan kepala kemudian terus bertanya :
"Bagaimana,
ada harapan nak sembuh."
"Entahlah,
saya cuma berusaha kalau diizinkan Allah sembuhlah dia," bomoh itu
merendah diri.
"Dah
lama awak berikhtiar?" tanya datuk lagi.
"Baru
lagi, perkara ini diberitahu pada saya dah lambat, kalau cepat, barangkali saya
dapat berusaha lebih baik lagi." dengan tenang bomoh yang berusia lebih
tua dari datuk memberi penerangan.
Datuk termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat yang terlentang. Datuk menarik nafas panjang. Guru silat yang berada di sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah suaminya.
Datuk termenung panjang. Kemudian merenung ke arah adik ipar guru silat yang terlentang. Datuk menarik nafas panjang. Guru silat yang berada di sisinya terus membisu. Isteri suami malang menatap sayu ke arah suaminya.
"Minta
maaf, masuk malam ni dah tiga malam saya ikut awak mengubat, orang sakit ni,
macam mana kalau saya turut menolong awak," datuk cuba memberikan
khidmatnya. Bomoh yang duduk disebelahnya terus tunduk.
Saya kira,
permintaan datuk tidak akan diperkenankan. Mana ada bomoh yang suka kerjanya
diganggu atau mahu bekerjasama dengan orang lain.
"Boleh,"
satu jawapan yang amat mengejutkan dari si Bomoh. Muka datuk nampak berubah.
Begitu juga dengan muka guru silat. Datuk segera bangun dan mendekati si sakit.
Datuk pegang tangan pesakit merasai denyut nadinya. Datuk kembali duduk di sisi
bomoh. Buat beberapa minit, tidak ada percakapan yang terjadi di antara kami.
"Awak
setuju tak, kalau saya katakan sakit orang ni memang teruk," datuk renung
muka bomoh. Tiada jawapan yang datuk terima dari bomoh tersebut. Cara mendadak
saja bomoh bangun lalu duduk bersandar di dinding sambil melunjurkan sepasang
kakinya. Songkok hitam diletakkan atas lantai.
"Tentulah
teruk, kalau dah sampai hospital sendiri tak tahu nak buat apa," tiba-tiba
saja bomoh tersebut bersuara. Songkok atas lantai diambilnya lalu diletakkan
atas kepalanya kembali. datuk segera menghampirinya. Saya perhatikan datuk
memperlihatkan sikap mahu bersahabat dengannya.
"Apa
pandangan tuk bomoh, saya memang jahil dalam hal macam ini," kata datuk
merendah diri. Bomoh itu senyum. Dua tiga kali ia meraba bahagian tepi
songkoknya.
"Awak
memang sikit pun tak tahu? Bomoh itu bertanya lagi. Datuk anggukkan kepala.
"Hum,
saya sangka awak tadi ada isi, berlagak macam orang pandai rupanya
kosong," tambahnya lagi bersama senyum yang lebar. Datuk hanya diam
sahaja.
"Kalau
dah tak tahu apa-apa, jangan banyak cerita tengok saya apa yang aku buat,"
Nada suara bomoh itu mula meninggi. Ia terus memicit-micit pangkal pahanya.
Guru silat yang duduk dekat datuk tetap anggukkan kepala.
"Awak
tahu, orang ni kena buatan manusia, dia disihir," tiba-tiba sahaja bomoh
itu berdiri, sambil mengepal-ngepalkan penumbuk. Ia berjalan ke kiri dan ke
kanan dalam rumah.
"Kamu
semua tahu puncanya?" tanya bomoh dengan suara keras biji matanya separuh
terbuka. Kerana tidak ada sesiapa yang menjawab pertanyaannya, muka bomoh jadi
merah. Ia terus menjerit.
"Kamu
tahu puncanya?"
"Tak
tahu," pekik datuk, pekikan datuk itu mengejutkan bomoh itu sendiri. Ia
jadi tersentap. Tidak jegilkan biji mata. Tidak tunjuk wajah yang marah. Wajah
dan gerakan tubuhnya serta-merta bertukar menjadi lembut dan sopan.
"Puncanya
bukan apa-apa," bomoh tua memperkemaskan silanya. Guru silat dan datuk
tumpukan perhatian ke arahnya.
"Puncanya,
yang si sakit ni tak mahu dengar cakap dan nasihat orang. Itu saja
sebabnya," sambung bomoh tua. Biji matanya bulat menatap wajah datuk.
Saya lihat
guru silat renung ke arah datuk. Beberapa saat kemudian, guru silat terus
merapati datuk. Mereka berbisik. Entah apa yang mereka bisikkan saya sendiri
pun tidak tahu. Bomoh tua lunjurkan kaki kiri sambil menggaru pangkal
telinganya berkali-kali.
"Kalau
kamu tau sikit-sikit cara nak mengubatnya beritahu aku jangan
sembunyi-sembunyi," kata-kata itu ditujukan untuk datuk oleh bomoh tua.
Datuk seperti orang terkejut. Guru silat singgung pangkal paha datuk dengan
kepala lutut.
"Saya
tak tahu, saya cuma nak tengok saja, kalau boleh saya nak tumpang
belajar," balas datuk dengan tenang. Bomoh tua tersenyum.
"Kalau
begitu, kamu jadi pembantu aku, setuju?"
"Setuju,"
jawab datuk tegas.
"Bagus,
ke mari dekat aku."
Datuk
bangun lalu mendekati bomoh tua. Bomoh tua bangun lalu memegang tangan datuk
erat-erat. Datuk ditarik mendekati orang yang sakit. Mereka duduk bersimpuh
menghadapi orang sakit.
SILAT
Tiba-tiba bomoh tua itu membuka silat. Menendang ke kiri dan ke kanan. Tendangan itu semuanya mengarah ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan menepis dengan tangkasnya. Bomoh tua berhenti bersilat. Ia ketawa. Saya terasa macam ada sesuatu yang ganjil tentang cara bomoh tua itu mengubati orang.
Tiba-tiba bomoh tua itu membuka silat. Menendang ke kiri dan ke kanan. Tendangan itu semuanya mengarah ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak dan menepis dengan tangkasnya. Bomoh tua berhenti bersilat. Ia ketawa. Saya terasa macam ada sesuatu yang ganjil tentang cara bomoh tua itu mengubati orang.
"Maafkan
aku, aku cuma menguji diri kamu," kata bomoh tua dengan wajah yang tenang.
Tetapi, datuk tetap berwajah serius. Seolah-olah tidak dapat menerima dengan
apa yang dilakukan oleh bomoh tua tersebut padanya.
"Bukan
masanya untuk menguji, kita mengubat orang sakit," datuk membantah. Bomoh
tua menarik wajah masam. Kurang senang dengan teguran datuk itu. Guru silat di
sebelah saya juga nampak resah.
"Habis
sekarang masa untuk apa?" Ia menyoal datuk dengan nada suara yang keras.
Datuk tetap bersikap tenang.
"Masa
untuk mengubat orang," balas datuk.
"Kamu
bercakap perkara yang betul, tapi kamu harus tahu ini cara aku. Aku nak panggil
roh datuk nenek membantu," jawab bomoh tua.
"Cara
yang salah, bertentangan dengan agama," tiba-tiba saja guru silat
bersuara. Datuk nampak resah.
"Ini
urusan aku, kau jangan campur," bomoh tua jadi marah. Ia suruh datuk
bangun dan beredar ke tempat lain. Datuk patuh pada permintaannya. Bomoh terus
duduk bersila. Menabur kemenyan dalam tempat perasap. Kedua belah tanggannya
diletakkan atas kedua kepala lututnya.
Bomoh tua
goyangkan badan ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba ia jatuh terlentang atas lantai,
macam nangka masak gugur dari pokok. Ia bangun perlahan-lahan. Ketika itu semua
tingkap di rumah adik ipar guru silat terbuka sendiri. Langsir bergerak-gerak
kencang ditolak angin. Saya mula cemas...
No comments:
Post a Comment