Macam dikejutkan
sesuatu, saya terus terjaga. Saya lihat jam tua di tangan. Sudah pukul dua pagi.
Badan terasa dingin. Saya segera beredar ke katil. Sebaik sahaja saya rebahkan
badan di katil, perempuan yang saya temui di kaki bukit berdiri di hujung
katil. Pamerkan senyum seiring dengan renungan dari sepasang mata yang tajam.
Saya tergamam, tidak tahu apa yang harus saya lakukan.
"Ubah tempat
tidur?"
Saya terus membisu.
"Udah kamu tanya
pada orang-orang di sini tentang diri aku?"
Saya gelengkan
kepala.
"Cuba tanya
nenek kamu, tentang anak Haji Rashid yang bernama Siha. Dia tentu dapat
memberikan jawapan yang tepat."
Saya kerutkan dahi,
masih belum dapat mengucapkan sesuatu. Dada saya cemas dan sekujur tubuh berpeluh
di malam yang begitu dingin. Saya renung kiri kanan, atas dan bawah. Suara
datuk dan guru agama masih kedengaran. Mereka tidak lagi berbincang masalah
agama, tetapi mereka membaca Quran. Saya cuba menyebut nama datuk, malangnya
suara saya bagaikan tersekat di kerongkong. "Kamu takut dengan aku? Kamu
nak panggil datuk kamu?" Saya anggukkan kepala
"Datuk kami juga
kenalkan aku, sampaikan salam aku padanya."
"Eh, kenapa kau
tak jumpa dengannya sendiri, bukankah kamu berada di rumahnya?", cara
mendadak sahaja saya bersuara. Saya runung mukanya. Kali ini, saya merasakan
diri saya seperti memperolehi kekuatan tenaga yang tersendiri. Saya cuba
bangun. "Aku segan", katanya sepontan. Perempuan yang menamakan
dirinya Siha terus duduk di bibir katil. Jari-jemarinya menekan permukaan
tilam. Saya resah. "Biar aku beritahu tuk yang kamu ada di sini"
"Tak payahlah, aku datang cuma nak tengok kamu saja" "Sebenarnya aku tak suka kamu datang ke sini lagi"
"Tak payahlah, aku datang cuma nak tengok kamu saja" "Sebenarnya aku tak suka kamu datang ke sini lagi"
"Baiklah, kalau
kamu tak suka, biar aku balik dulu", sebaik sahaja perempuan itu
mengakhiri kata-katanya dia terus ghaib dari pandangan saya. Saya terus
mengucap beberapa kali. Saya segera merasa telinga dan bibir. Saya menarik
nafas panjang. Saya tidak berkhayal dan juga tidak bermimpi. Saya berada di
alam nyata. aneh, kenapa perkara yang tidak masuk di akal itu terjadi di depan
saya. Kalau diceritakan pada orang lain pasti jadi bahan ketawa. Dahi segera
saya kedutkan. Badan saya mula menggigil. Saya cuba berdiri di lantai, ketika
itu saya terasa badan terlalu ringan dan sepasang kaki yang bagaikan tidak
mampu mengimbangi berat badan. Saya terlayah ke kiri dan ke kanan. Saya rebah
ke lantai. Datuk dan guru agama segera mendekati saya. Apa yang saya dengar
hanya bunyi kokok ayam hutan bertalu-talu memekakkan telinga. Saya juga
terlihat rimbunan hutan tebal. Saya bagaikan berada di dalam hutan yang amat
besar. Saya melihat ular sawa, harimau dan gajah. Semuanya menerkam ke arah
saya. Apa yang terdaya saya lakukanialah menjerit sekuat hati dan cuba
melarikan diri dari berdepan dengan semua binatang tersebut.
Dalam keadaan yang
berhempas pulas itu, saya terasa ada telapak tangan menyentuh dahi saya. Daun
telinga saya seperti dihembus sesuatu dan diikuti dengan suara lembut
mengucapkan kalimat dari Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas berkali-kali.
Harimau, gajah, ular dan hutan tebal yan wujud didepan saya terus ghaib.
Diganti dengan lautan yang bergelombang lembut. Lubang telinga saya terus
disumbat ayat-ayat suci yang biasa saya dengar malah pernah saya ucapkan. Makin
jelas kalimat-kalimat suci itu masuk ke telinga saya. Makin samar-samar
gelombang air laut di depan mata dan akhirnya terus ghaib.
Saya mula melihat
tubuh datuk, nenek dan guru agama. Semua menghadap ke arah saya dengan wajah
yang tenang. Mulut guru agama terus membaca ayat-ayat suci. Dari gerak mulutnya
saya yakin, guru agama itu masih membaca Ayatul Kursi dengan penuh khusyuk.
"Bangun anakku", guru agama tepuk bahu kanan saya. "Kau sebenarnya tidak apa-apa", sambungnya dengan tenang. Senyum terus terpamer di kelopak bibirnya. Saya segera menggosok pangkal hidung beberapa kali. Nenek segera mendekati saya, badan saya dipicitnya penuh kemesraan. Datuk tidak berkata apa-apa. Matanya tidak berkedip merenung wajah saya.
"Bangun anakku", guru agama tepuk bahu kanan saya. "Kau sebenarnya tidak apa-apa", sambungnya dengan tenang. Senyum terus terpamer di kelopak bibirnya. Saya segera menggosok pangkal hidung beberapa kali. Nenek segera mendekati saya, badan saya dipicitnya penuh kemesraan. Datuk tidak berkata apa-apa. Matanya tidak berkedip merenung wajah saya.
"Masa kamu tak
sedar tadi, apa yang kamu nampak?", soal guru agama.
"Bila saya tak sedar, bila?", saya menyoal guru agama kembali. Datuk menarik nafas panjang. Dia terus mendekati saya.
"Bila saya tak sedar, bila?", saya menyoal guru agama kembali. Datuk menarik nafas panjang. Dia terus mendekati saya.
"Apa yang kamu
nampak tadi?", tanyanya. "Saya nampak...", saya tidak dapat
meneruskan kata-kata. Saya cuba mengingati sesuatu. "Kamu nampak binatang,
kamu nampak laut?", tiba-tiba datuk bersuara. Saya segera anggukkan
kepala. Datuk renung muka guru agama. Cepat-cepat guru agama melagakan gigi
atas dengan gigi bawah beberapa kali. "Lupakan apa yang kamu ingat",
ujar guru agama penuh sopan. Saya segera mengangguk. Nenek saya lihat menarik
nafas lega.
"Tidurlah, kau
tak apa-apa, tidurlah", datuk seperti memujuk. "Tidur cu”, sahut
nenek.
Saya pun merebahkan badan atas katil. Datuk dan guru agama segera meninggalkan saya tetapi nenek masih setia menungggu saya di hujung katil. Mata saya masih tertumpu kepada lelangit rumah.
Saya pun merebahkan badan atas katil. Datuk dan guru agama segera meninggalkan saya tetapi nenek masih setia menungggu saya di hujung katil. Mata saya masih tertumpu kepada lelangit rumah.
Saya berpusing ke
kiri, berpusing ke kanan. Perasaan terasa tidak tenteram sekali. Nenek
mengikuti gerak-geri saya dengan teliti. Sesekali dia meletakkan telapak tangan
kanannya ke dahi merasa suhu badan saya. Kalau panas sudah pasti saya demam.
"Kamu tak demam
Tamar. Hawa badan kamu macam biasa"
"Memang saya tak
demam nek"
"Tapi kamu aku
tengok resah tak tentu pasal"
"Hum..."
Saya menelentangkan badan. Nenek menyelimutkan sepasang kaki saya dengan gebar. Mungkin kerana rasa mengantuk yang amat sangat, nenek terus merebahkan badannya di lantai. Tidak sampai sepuluh minit nenek terus berdengkur. Saya terdengar suara perempuan memanggil nama saya dihalaman rumah. Saya segera membuka tingkap. Saya lihat perempuan yang baru mengunjungi saya sebentar tadi berdiri di tengah halaman sambil tersenyum ke arah saya. Kali ini dia memakai buju kebaya dan kain putih bersih. Rambutnya terhurai atas sepasang sayap bahu. Tangan kanannya melambai-Iambai ke arah saya. Tingkap segera saya rapatkan. Mungkin ketika daun tingkap itu bercantum telah mengeluarkan bunyi yang mcnyebabkan nenek terjaga dari tidur. Dia terkejut melihat saya meninggalkan katil.
Saya menelentangkan badan. Nenek menyelimutkan sepasang kaki saya dengan gebar. Mungkin kerana rasa mengantuk yang amat sangat, nenek terus merebahkan badannya di lantai. Tidak sampai sepuluh minit nenek terus berdengkur. Saya terdengar suara perempuan memanggil nama saya dihalaman rumah. Saya segera membuka tingkap. Saya lihat perempuan yang baru mengunjungi saya sebentar tadi berdiri di tengah halaman sambil tersenyum ke arah saya. Kali ini dia memakai buju kebaya dan kain putih bersih. Rambutnya terhurai atas sepasang sayap bahu. Tangan kanannya melambai-Iambai ke arah saya. Tingkap segera saya rapatkan. Mungkin ketika daun tingkap itu bercantum telah mengeluarkan bunyi yang mcnyebabkan nenek terjaga dari tidur. Dia terkejut melihat saya meninggalkan katil.
"Kenapa Tamar?"
Pertanyaan nenek
tidak saya jawab. Cepat-cepat saya melangkah dan terus duduk di bibir katil.
Sikap membisu saya menimbulkan rasa tidak puas di hati nenek. Dia segera mahu
mendapatkan datuk yang berada di ruang tengah rumah. Sebelum nenek melangkah hasratnya
itu saya halang.
SAYU
Saya bersyukur pada Allah. Nenek masih mahu mematuhi permintaan saya. Dia duduk di bibir katil merenung sayu ke wajah saya. Saya terus didakap keresahan yang memanjang.
"Kenapa kamu
bangun Tamar?"
"Sengaja bangun,
nek .. Tak ada apa-apa nek"
"Dengan aku kamu
nak berbohong?"
Nada suara nenek
merendah. Mengandungi rasa hampa dan kecewa yang amat sangat. Saya rasa
bersalah kerana memperlakukan demikian pada nenek.
"Nek kenal tak
dengan Siha, anak Haji Rashid?" "Kenapa dengan dia Tamar?"
"Masa saya pergi
ke kaki bukit menengok jerat, saya jumpa dengannya. Dia kata ayam hutan di kaki
bukit kepunyaannya."
"Baa...",
mulut nenek terlopong macam orang terkejut besar. Dia renung kiri kanan. Nenek
segera meraba pangkal leher dan terus termenung panjang.
"Agaknya kamu ni
mimpi Tamar?"
"Tidak nek, tadi
dia datang dan kirim salam pada nenek dan datuk."
"Eh, kamu jangan
bergurau Tamar"
"Saya tak
bergurau nek. Kenapa nek?", saya minta satu kepastian darinya. Nenek terus
gelengkan kepala beberapa kali. Saya bertambah takjub. Kedinginan dinihari kian
kuat menguasai kulit tubuh.
"Kenapa dengan
perempuan tu nek, saya tak pernah dengar nama Haji Rashid dan anaknya,
Siha"
"Kedua-dua
manusia tu berada di kampung ni sebelum kamu dilahirkan. Aku kenal baik dengan
kedua-duanya. Haji Rashid tu kawan datuk kau. Anaknya, si Siha memang terkenal
dengan kecantikannya." .
"Begitu,"
saya segera memotong kata-kala nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Nenek dapat
membaca rahsia hati saya yang memang minat dengan cerita yang diluahkannya itu.
"Masa zaman
Jepun, Haji Rashid di tangkap kerana menentang tentera Jepun. Dia dipancung
hingga mati, mayatnya dibawa ke Pulau Pinang. Sampai sekarang tidak ada sesiapa
yang tahu di mana kuburnya", nenek memulakan cerita di malam yang kian
mendekati siang. Saya segera melompat dari katil lalu duduk di sisi nenek.
"Anak
perempuannya bagaimana nek?" Tanpa sabar-sabar saya terus menyoal nenek
yang kelihatan terpinga-pinga. Perlahan-Iahan nenek membetulkan silanya. Renung
kiri kanan, macam ada sesuatu yang dibimbangkannya.
"Apa dah jadi
pada Siha, bila ayahnya mati?", saya mendesak. Nenek menggigit bibir. Dia
keberatan untuk menerangkan tentang Siha. Kenapa? Apakah Siha sudah meningalkan
sumpahnya? Apakah cerita diri Siha memang jadi rahsia? Macam-macam persoalan
dan pertanyaan timbul dalam tempurung kepala saya. Muka nenek saya tatap.
"Panjang dan
sedih ceritanya," nenek memulakan. Silanya diperkemaskannya. Kedinginan
terus menggigit kulit tubuh. Suasana dinihari terasa amat sunyi. Saya tumpukan
seluruh perhatian pada nenek. Saya berdoa, semoga nenek tidak akan
memberhentikan cerita tentang Siha, anak gadis Haji Rashid separu jalan.
"Sayang, gadis
yang baik tu jadi korban”
"Korban siapa
nek?"
"Korban nafsu
tentera Jepun. Dua bulan sesudah ayahnya hilang, ibunya pula meninggal dunia.
Dia marah pada Jepun, dia berpendapat semua kecelakaan yang terjadi tu,
berpunca dari Jepun."
"Jadi apa yang
dilakukannya nek?"
"Dia terus menyerang
pondok kawalan tentera Jepun di kepala simpang dengan pelepah kabung yang sudah
ditajamkan, senjata tu dipanggil selegi kabung”
“Berapa orang yang
dibunuhnya nek?”
“Tiga orang.”
“Hebat orang
perempuan bunuh tiga orang askar Jepun.”
“Bukan sebarang
perempuan, dia tu pendekar. Alang-alang lelaki jangan cuba nak rapat”, nenek
terus senyum panjang.
Sebaik sahaja nenek
selesai bercerita terdengar tapak kaki orang memijak dedaun kering diluar
rumah. Saya renung muka nenek. Tidak lama setelah itu terdengar suara perempuan
batuk. Bulu roma saya mula tegak. Badan saya terus menggeletar bila terdengar
bunyi suara orang perempuan berbisik sesuatu di luar rumah. Saya cuba mengamati
buah butir perkara yang dibisikkan. Semuanya tidak jelas dan sukar dimengertikan.
“Jangan pedulikan
semuanya itu”, datuk urut ibu jari kaki kanannya berkali. Nenek kelihatan
tenang. Malah terus bangun menuju kearah pintu. Saya kira nenek mahu membuka
pintu. Perkiraan saya itu tidak tepat. Nenek hanya berdiri disitu buat beberapa
ketika. Kembali mendekati saya.
“Entah macam mana,
Siha dapat diberkas oleh tentera Jepun. Tujuh oran tentera Jepun menangkapnya”,
sambung nenek.
“Kemudian dia
dibunuh?”, tanya saya.
“Tidak”
“Dia diperkosa tentera Jepun sampai mati?”
“Dia diperkosa tentera Jepun sampai mati?”
“Juga tidak”
“Habis, apa yang jadi
padanya, nek?”
“Dia berjaya
melepaskan diri dan terjun ke dalam sungai dan terus hilang sehingga sekarang”
“Ke mana agaknya dia menghilang, nek?”
“Ke mana agaknya dia menghilang, nek?”
“Entah”, nenek
menggelengkan kepala.
Tetapi, nenek
berpendapat sebagai makhluk, Siha pasti mati. Kalau masi hidup tentu dia
kembali ke kampung halamannya. Lebih-lebih lagi bila dia mengetahui keadaan
negaranya yang sudah bebas dari penjajahan Jepun dan Inggeris.
“Masa Jepun menyerah
pada orang putih, ada orang melihat Siha berdiri di tepi tebing sungai waktu
senja, kemudian ada orang melihat Siha bermain-main di halaman rumahnya waktu
terang bulan. Bila ada orang-orang kampung menyebut namanya, dia akan datang
dekat orang yang menyebutnya.”
“Berapa lama masa dia
datang tu nek?”
“Sekejap aje, lepas
tu dia hilang entah kemana. Masa darurat dulu ada orang ternampak dengannya.
Kemudian orang-orang kampung baca Yasin beramai-ramai. Dia terus hilang,
sekarang dia datang balik. Anehnya, dia mencari kamu", nenek menamatkan
ceritanya. Dan saya tidak mahu bertanya tentang Siha pada nenek lagi.
Saya kembali atas
katil semula. Nenek masih duduk sambil berdiri lutut. Perlahan-Iahan saya
rebahkan badan atas katil untuk beberapa detik sahaja. Saya bangun kembali.
"Apa yang kita dengar tadi nek, bole jadi suara Siha?", saya tatap wajah nenek.
"Apa yang kita dengar tadi nek, bole jadi suara Siha?", saya tatap wajah nenek.
"Dia sudah tak
ada, jangan fikirkan tentang dirinya. Kau tidur, jangan fikirkan perkara yang
bukan-bukan. Kalau dia datang biar aku selesaikan," jawab nenek. Saya
menarik nafas panjang-panjang. Rebahkan badan atas katil, kembali merenung
lelangit rumah. Saya baca beberapa ayat Quran untuk mencari ketenangan dan
akhirnya saya terlelap.
Bila kelopak mata
saya buka, nenek sudah tiada di sisi. Rasa marah dan geram mula bersarang dalam
dada. Kenapa saya ditinggalkan sendirian. Ini sudah keterlaluan? Di mana
letaknya rasa kasih sayangnya pada saya? Dalam keadaan yang serba tidak kena
itu, terdengar suara azan Subuh sayup-sayup menyentuh gegendang telinga.
Saya segera bangun
lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Keluar dari bilik air, saya
lihat nenek berdiri dekat pintu dapur. Dia merenung ke arah saya dengan senyum.
"Cepat, datuk
dan kawannya menanti di kaki tangga"
"Hum, saya
fikirkan tadi nak sembahyang di rumah"
"Sudahlah,
jangan banyak cerita. Pergi siap"
Saya terus masuk
bilik. Pakai kain sarung dan baju kemeja putih. Songkok hitam saya letak
melintang dikepala. Melangkah keluar menuju ke pintu.
"Apa yang kamu
tanya, apa yang kamu rasakan, semuanya sudah nenek sampaikan pada datuk
kamu", kata nenek sebaik sahaja saya melintas di depannya.
"Kenapa nenek
cerita dengan datuk?""Itu cara yang baik, barangkali dia lebih banyak
tahu perkara begitu dari aku”
“Tapi, saya tak suka,
nek”
“Suka atau tidak,
perkara tu dah terjadi”
Saya diam dan terus
menggabungkan diri dengan datuk dan guru agama yang menanti di kaki tangga.
Kami meredah kabus pagi yang bangkit dari permukaan tanah kampung. Langkah
terus dipercepatkan. Sampai di masjid terus tunaikan sembahyang fardu dengan
berimam tuan guru. Lepas itu diadakan kuliah Subuh. Kali ini memperkatakan
tentang ilmu Tauhid.
Selesai mengikuti
kuliah Subuh, semua paras jemaah bersarapan pagi diluar kawasan ruang sembahyang.
Seorang penduduk yang baik bati menyediakan makanan dan minuman untuk sarapan.
Satu hal yang membanggakan diri saya, orang kampung yang baik hati itu tidak
pernah memberitahu pada para jemaah yang dia menyediakan sarapan pagi setiap
kali kuliah Subuh diadakan. Hanya tuk siak dan bilal sahaja yang tahu. Saya
tidak tahu, siapakah manusia dermawan di kampung tumpah darah saya itu. Memang
sukar untuk mengesaninya. Siak dan bilal tetap bersikap tutup mulut. Bagi
mereka memberitahu nama penderma pada orang lain adalah perbuatan tidak amanah
dan bersubahat menggalakkan amalan riak serta takbur dalam masyarakat Islam.
Bagi orang-orang
kampung mereka menderma dengan rasa ikhlas pada saudara seagama dan sebangsa.
Bukankah meringankan beban saudara seagama itu memang dituntut oleh Allah.
Tetapi, bila pertolongan itu jadi bualan atau dihebohkan, perbuatan begitu
memang tidak baik dan tidak digalakkan oleh Allah dan boleh mengurangkan pahala
dari amalan yang kita lakukan. Orang-orang kampung rata-ratanya mendapat pendidikan
dari sekolah atap di zaman penjajah begitu patuh dengan ajaran agama. Mereka
tidak buat apa yang ditegah.
Mereka lakukan apa
yang disuruh oleh Allah dengan rendah hati dan penuh kejujuran. Mereka bercakap
benar. Menjaga amanah yang diberikan. Jika ada orang hulurkan wang derma untuk
surau atau masjid, wang itu tetap digunakan untuk masjid, tidak hilang di
tangan atau menjadi hak orang lain. Orang yang menderma pula tidak minta resit
atau sebarang tanda yang mereka telah menderma.
Prinsip mereka mudah
sahaja. Tugas mereka hulurkan derma dengan iklas. Tugas orang yang menerima
derma mesti menjalankan kewajipan dengan betul hingga derma itu dapat dimanfaat
seperti yang diingini. Kalau tukang kumpul derma menggelapkan wang derma
tersebut, itu adalah urusan dirinya dengan Allah.
Orang yang menderma
tak perlu mengheboh-hebohkan perkara tersebut. Tidak perlu menceritakan
keburukan pengutip derma pada orang. Perbuatan membuka pekung seseorang pada
orang lain adalah perbuatan yang ditegah oleh Allah.
Orang yang wajar
bertindak iala ahli jawatankuasa masjid atau surau. Mereka boleh bermuafakat
dengan orang yang melakukan kesilapan. Minta orang yang terlibat membetulkan
kesilapan yang dibuat. Kalau orang yang terlibat tidak mahu, perkara tersebut
dibawa ke pengetahuan pihak yang berkuasa.
Biasanya, orang yang
melakukan kesilapan akan insaf dan terus membetulkan kesilapan yang dibuat.
Bila perbuatannya dibetulkan, dia akan bertindak meninggalkan kampong pindah ke
tempat baru. Malu merenung muka penduduk kampung. Kalau tidak pindah, dia akan
mengadakan majlis pertemuan dengan orang-orang kampung dalam masjid
Dalam majIis
pertemuan itu, pak imam akan bertindak sebagai kepala. Menerangkan pada orang
kampung apa yang terjadi. Kemudian orang yang melakukan perbuatan salah itu
segera bangun secara terbuka tentang perkara yang dilakukannya. Bila
orang-orang kampung memberi jawapan yang mereka memaafkan perbuatannya itu,
orang tersebut akan menemui setiap orang kampung. Majlis minta maaf itu akan
diakhiri dengan pembacaan doa.
Orang-orang kampung
diingatkan jangan mengungkit·ungkitkan perkara tersebut oleh pak imam.
Biasanya, bila sudah diingati begitu, tidak ada seorang pun yang berani
menyebut·nyebut perkara yang lalu. Di kampung, imam dihormati dan buah
fIkirannya dikagumi. Biasanya, orang yang jadi imam orang yang sudah berumur,
luas pengetahuan agamanya.
"Tamar, apa yang
kamu ingat?"
Saya segera garu
pangkal leher. Renung ke kanan, menatap wajah kawan yang menegur saya. Dia
ketawa kecil. Renung hidangan di depan. Nasi lemak dan air kopi masih seperti
tadi, tidak berubah tempat.
"Sejak duduk
tadi, aku tengok kamu menung aje, tengok orang dah selesai makan, barang
makanan kau tak jamah", tambah kawan itu.
"Aku memikirkan
sesuatu"
"Apa yang kau
fikirkan?"
"Tentang orang
yang menyediakan sarapan pagi ni"
"ltu bukan
urusan kita. Itu urusan penderma dengan Allah. Urusan kita ialah makan apa yang
ada di depan kita"
"Betul juga
cakap kamu", balas saya. Kami ketawa dan saya pula menjamah sarapan pagi.
Selesai sahaja bersarapan, saya terus mendekati datuk dan guru agama yang menanti saya di halaman masjid. Para jemaah seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing di bawah keramahan sinar matahari pagi.
Selesai sahaja bersarapan, saya terus mendekati datuk dan guru agama yang menanti saya di halaman masjid. Para jemaah seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing di bawah keramahan sinar matahari pagi.
"Datuk kamu dah
ceritakan pada aku, apa yang kamu alami," guru agama itu renung muka saya
dengan senyum. Saya tidak memberikan sebarang jawapan. Saya kira kisah itu
tidak wajar diceritakan pada manusia seperti guru agama. Boleh mengganggu
tugasnya.
"Perkara seperti
itu tidak mustahil, apa yang mesti kamu fikirkan ialah betapa Maha Kuasa Allah.
Boleh mengadakan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan," lanjut guru
agama itu lagi.
Saya renung muka datuk. lngin mendengar pendapat darinya. Datuk terus membisu. Dalam saat-saat demikian, saya kira tidak ada gunanya mengenangi apa yang telah terjadi. Saya mahu segera pulang ke rumah.
Saya renung muka datuk. lngin mendengar pendapat darinya. Datuk terus membisu. Dalam saat-saat demikian, saya kira tidak ada gunanya mengenangi apa yang telah terjadi. Saya mahu segera pulang ke rumah.
"Syaitan tak
akan berhenti dari menguji keimanan manusia. Bila dunia dah kiamat, dah hancur
baru syaitan berhenti menyesatkan manusia," terdengar suara datuk seperti
orang merungut.
Guru agama yang berdiri tidak jauh darinya dapat mengikuti dengan teliti apa yang diucapkan oleh datuk.
Guru agama yang berdiri tidak jauh darinya dapat mengikuti dengan teliti apa yang diucapkan oleh datuk.
"Ini sudah jadi
perkara biasa. Kita harus mengawal diri supaya jangan terpengaruh, terutama
mengawal keinginan dan nafsu", sahut guru agama sambil meraba-raba pangkal
dagunya dua tiga kali.
"Barangkali ini
ujian untuk manusia"
"Perkara ini,
bukannya barangkali, tetapi memang benar dihadapkan pada manusia untuk menguji
sejauh mana kemampuan akal fikiran manusia digunakan dengan sebaik
mungkin".
"Ya, itulah kebesaran Allah", ucap datuk setelah mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh guru agama.
"Ya, itulah kebesaran Allah", ucap datuk setelah mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh guru agama.
Guru agama terus
mendekati saya. Bahu saya ditepuknya dua tiga kali. Matanya menatap seluruh
wajah. Dia senyum.
"Bila kamu
diberikan kekayaan, kau jangan lupa kekayaan itu bukan milik kamu"
"Sebab?", saya bertanya.
"Sebab?", saya bertanya.
"Kekayaan itu
milik Allah, kau cuma diberikan amanat, untuk menjaga dan menggunakannya. Di
akhirat nanti, cara kita menggunakan dan memanfaatkan kekayaan akan disoal”.
"Oh", mulut
saya terlopong.
"Kekayaan yang
ada itu, pada bila-bila masa saja boleh diambil oleh Allah dengan
berbagai-bagai cara seperti dicuri orang, terbakar dan macam-macam lagi."
"Begitu",
saya anggukkan kepala.
Senyum guru agama
bertambah lebar. Datuk tetap memperhatikan dengan teliti segala tindak-tanduk
guru agama pada saya. Sesekali saya lihat datuk senyum.
"Eloklah
diberikan nasihat padanya", suara datuk meninggi.
"Bukan nasihat,
kami bercerita," jawab guru agama.
"Bercerita?",
saya terkejut.
Datuk terus ketawa.
Saya tidak tahu apa yang menggelikan perasaannya hingga datuk ketawa begitu.
"Saya bercerita,
terpulanglah pada kamu untuk gunakan akal fikiran, apakah perkara yang saya
ceritakan itu memang benar atau tidak? Kalau benar atau betul kau ikut, kalau
salah kamu buang", lanjut guru agama.
"Cucu saya tu,
tak faham bercakap macam tu, dia tak faham bahasa kiasan", sahut datuk.
''Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham", sanggah guru agama. Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat guru agama tersebut.
''Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham", sanggah guru agama. Datuk anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat guru agama tersebut.
Panas pagi mula
beransur keras, langit nampak cerah dengan gumpalan awan putih bersih. Guru
agama segera mendekati datuk. Hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan mereka
bergoncangan.
"Saya balik dulu", lembut suara guru agama.
"Saya balik dulu", lembut suara guru agama.
"Selamat jalan.
Kalau ada umur kita jumpa lagi".
"Saya juga
berharap macam tu. Jaga cucu awak baik-baik".
"Insya-Allah",
jawab datuk.
Kami pun berpisah
dengan guru agama tersebut. Kata datuk, rumah guru agama agak jauh. Kira-kira
lima puluh batu dan terpaksa naik bas.
"Berapa dia
dapat duit mengajar tuk?"
"Hum...",
datuk seperti tersentak. Langkahnya terus dimatikan matanya merenung langit dan
awan.
"Kenapa kamu tanya macam tu Tamar?"
"Kenapa kamu tanya macam tu Tamar?"
"Setahu saya,
bila seseorang itu dipanggil guru dia dapat gaji macam guru sekolah, ada kereta
dan rumah tapi guru ini naik bas pula?"
Datuk menggaru kulit
pipinya yang tidak gatal. Perjalanan yang terhenti diteruskan kembali.
No comments:
Post a Comment