SEPANJANG jalan pulang, kami tidak banyak bercakap. Sekali-sekala datuk
berdehem kecil dan Alang Abdul Rauf menguap. Lebih kurang dalam jarak lima
batas kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah Alang Abdul Rauf saya terdengar
sesuatu dari sebelah kanan saya.
Saya
segera menoleh, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat dengan jelas dalam
suasana gelap itu, kecuali gerakan dedaun serunai laut dan senduduk yang
melintuk-lintuk ke kiri dan ke kanan diusik angin malam.
Isteri
Alang Abdul Rauf membuka pintu. Cahaya dalam lampu gasolin yang tergantung di
tengah rumah melimpah di halaman. Isteri Alang Abdul Rauf yang memakai baju
kurung labuh berdiri di muka pintu. Mukanya, kelihatan resah macam
menyembunyikan sebuah kebimbangan yang amat sangat dalam hatinya.
“Lambat
balik,” katanya sambil merenung ke kiri dan ke kanan halaman rumah. Alang Abdul
Rauf terus menguap di kaki tangga dan buat tidak kisah dengan pertanyaan yang
dihadapkan oleh isterinya.
“Oi, saya
tanya kenapa lambat balik,” kali ini tekanan suara isterinya meninggi. Alang
Abdul Rauf garu cuping telinga macam orang baru terbangun dari tidur.
Perbuatannya itu membuat saya ketawa kecil.
Akibatnya,
telinga saya dijentik oleh datuk. Pedihnya bukan kepalang. Saya segera
mengerti, apa yang saya lakukan itu sudah agak keterlaluan.
“Belajarlah
menghormati perasaan orang lain,” bisik datuk.
“Saya tak
sengaja tuk,”
“Ajar
diri, supaya lepas dari perbuatan tidak sengaja,” lanjut datuk. Sepasang
matanya dijegilkan pada saya. Tidak berani saya menentangnya. Menentang mata
datuk bererti membantah saranan yang diluahkannya. Boleh menjadikan datuk
membebel sepanjang malam. Perkara macam itu tidak saya relakan berlaku.
“Ada guru
agama, ceramahnya elok dan baik, kalau awak ikut sama tadi tentu beruntung,”
Alang Abdul Rauf menjawab pertanyaan dari isterinya. Jawapan itu memuaskan hati
isterinya. Saya dan datuk buka kasut lalu memijak mata anak tangga seperti yang
dilakukan oleh Alang Abdul Rauf. Kami duduk di ruang rumah dengan pintu yang
masih terbuka.
“Makan,
nasi dan lauk dah siap,” beritahu isteri Alang Abdul Rauf.
“Mari kita
makan,” jemput Alang Abdul Rauf. Ketika saya mahu bangun, mata saya memandang
ke arah pintu yang masih terdedah.
“Tuk
tengok tu,” suara saya separuh meninggi. Serentak Alang Abdul Rauf serta isteri
dan datuk memandang keluar. Muka mereka nampak berubah. Saya duduk kembali.
Badan saya menggeletar dengan tiba dan bulu roma seluruh badan segera
dirapatkannya.
“Masa awak
ke masjid tadi, ada orang ketuk pintu dan panggil nama awak berkali-kali, bila
saya buka pintu tak ada satu pun yang saya nampak, agaknya jembalang itulah
yang mengetuknya,” dari dalam bilik isteri Alang Abdul Rauf terus bersuara.
Datuk renung muka Alang Abdul Rauf dan Alang Abdul Rauf yang mahu mendekati
pintu segera dihalang. Disuruh berdiri sebelah kanannya.
“Jangan
mengelabah, kita mesti tenang,” datuk bersuara.
“Inilah
kali pertama saya berdepan dengan perkara ganjil macam ni, tolonglah saya,”
“Jangan
minta tolong pada saya minta tolong dan perlindungan dari Allah.”
“Agaknya
syaitan nak uji kita?”
“Boleh
jadi juga,” datuk menjawab pendek.
Datuk maju
setapak ke muka pintu. Alang Abdul Rauf juga melangkah setapak. Isteri Alang
Abdul Rauf secara mengejut keluar dari bilik tidur dengan keris panjang
terhunus di tangan. Rambutnya yang tadi bersanggul rapi mula mengerbang.
Matanya melilau ke kiri dan ke kanan.
“Mak cik
nak ke mana?”
Saya
bangun dan mendekatinya. Badan saya ditolaknya dengan sekuat tenaga hingga saya
terdorong ke dinding dan terus jatuh. Datuk tidak pun mahu menoleh ke arah
saya, kecuali Alang Abdul Rauf yang cuba menerkam ke arah saya. Tetapi, tidak
berhasil kerana tangan datuk memaut bahu kirinya.
“Jangan
pedulikan semuanya tu,” suara datuk parau tanpa memandang muka Alang Abdul
Rauf. Alang Abdul Rauf merenung ke halaman rumah kembali.
“Biar aku
tikam benda celaka tu dengan keris pesaka ni,” jerit isteri Alang Abdul Rauf
lalu merempuh datuk dan Alang Abdul Rauf yang berdiri di muka pintu. Datuk
berpusing ke kiri, bagaikan kilat tangannya menumbuk lengan kanan isteri Alang
Abdul Rauf hingga keris jatuh terpacak di lantai. Ulu keris yang berbentuk
paruh burung helang itu bergerak-gerak.
Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah. Jeritnya makin keras lengan bajunya dilipat hingga melepasi bahagian siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman rumah. Datuk dan Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, isteri Alang Abdul Rauf yang tahu langkah silat itu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah kemaluan suaminya. Alang Abdul Rauf terbongkok-bongkok menahan kesakitan dan terus jatuh.
Isteri Alang Abdul Rauf jadi marah. Jeritnya makin keras lengan bajunya dilipat hingga melepasi bahagian siku. Ia tetap mahu terjun ke halaman rumah. Datuk dan Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, Alang Abdul Rauf cuba menghalangnya. Dalam saat yang agak kelam-kabut itu, isteri Alang Abdul Rauf yang tahu langkah silat itu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah kemaluan suaminya. Alang Abdul Rauf terbongkok-bongkok menahan kesakitan dan terus jatuh.
Isteri
Alang Abdul Rauf yang seperti kemasukan syaitan itu, mula berhadapan dengan
datuk yang cuba menghalang usahanya. Datuk kali ini, tidak mahu berlembut lagi.
Kalau berlembut keadaan menjadi bertambah tidak tentu arah.
Saya pula
memberanikan diri merenung ke halaman rumah. Ternyata saya tidak sanggup
melihat ke arah tempat tersebut, siapa pun pasti menggeletar tubuhnya merenung
sesuatu yang ganjil lebih-lebih lagi kalau benda yang dipandang itu tidak tentu
bentuknya, boleh berubah dalam sekelip mata. Sebentar menjadi bentuk manusia
yang diselimut dengan kain putih dari hujung kaki hingga ke kepala, sebentar
jadi harimau atau gajah putih yang berbadan besar tertegun di halaman rumah.
“Tamar
jangan tengok,” sergah datuk. Saya akur dengan cakapnya itu. Datuk angkat
tangan kiri lalu melepaskan satu pukulan yang agak kencang ke bahagian belikat
isteri Alang Abdul Rauf, wanita itu tersandar pada dinding dan tidak bergerak.
“Rawat pak
cik tu,” datuk keluar perintah, saya terus mengurut-ngurut belakang Alang Abdul
Rauf hingga rasa sengal dan sakit di kemaluannya hilang. Alang Abdul Rauf
bangun dan cuba menyandarkan isterinya tetapi datuk melarangnya. Alang Abdul
Rauf mencabut keris yang terpacak di lantai.
“Nak buat
apa Alang?”
“Biar aku
bunuh jambalang tu.”
“Jangan,
bukan masanya.”
“Kita
perlu bertindak.”
“Aku kata
bukan masanya, faham tak?” Suara datuk mula keras. Alang Abdul Rauf terus
meletakkan keris atas lantai kembali. Saya diam tidak terkata. Tidak tahu, apa
yang harus saya lakukan. Hati kecil saya terus berdoa, semoga tidak akan
terjadi perbalahan antara datuk dengan Alang Abdul Rauf.
“Kau duduk
bersila dekat Tamar, biar aku selesaikan kerja” itu perintah datuk dan Alang
Abdul Rauf sedia mematuhinya, ”apa yang aku buat jangan ditegur,” tambah datuk
lagi. Serentak saya dan Alang Abdul Rauf anggukkan kepala. Kami (saya dan Alang
Abdul Rauf) berpandangan sama sendiri. Saya tidak tahu apa yang dirasai oleh
Alang Abdul Rauf tetapi, hati kecil saya tetap gementar dan cemas.
Datuk
berdiri di muka pintu. Kedua belah kakinya dikangkangkannya sedikit. Sepasang
tangannya diluruskan untuk beberapa minit saja. Kemudian, sepasang tangannya
itu terus memeluk tubuhnya dengan kejap. Matanya, tidak merenung halaman rumah.
Angin
dinihari yang berputar di ruang pintu menggerakkan bahagian tepi baju yang
dipakai oleh datuk. Isteri Alang Abdul Rauf masih belum sedarkan diri, kerana
rasa dingin yang beransur kuat membuat saya menegakkan sepasang lutut dan terus
memeluknya. Datuk melangkah memijak mata tangga pertama hingga ke lima. Saya
dan Alang Abdul Rauf merangkak perlahan-lahan ke muka pintu. Duduk di situ.
Datuk memijak bumi dan terus mara ke arah lembaga berkain putih.
Datuk
berdiri berdepan dengan lembaga berkain putih dalam jarak yang cukup dekat.
Andainya, datuk meluruskan tangannya ke depan sudah pasti ia boleh menyentuh
tubuh lembaga itu. Tetapi, datuk tidak akan berbuat demikian. Ia tetap memeluk
tubuhnya. Saya terdengar suara datuk menyebut Bismillah.... dan disambut dengan
beberapa ayat dan al quran.
Selesai
saja datuk menamatkan pembacaannya, saya terdengar deru angin yang amat kuat,
lembaga berkain putih terus berpusing perlahan-lahan, kemudian bertukar dengan
cepat dan ligat macam gasing dalam deru angin itu juga terdengar bunyi suara
orang berkata-kata yang sukar difahami maknanya.
Lembaga
berkain putih itu jadi pipis dan memanjang tanpa berhenti berpusing. Pakaian
datuk nampak bergerak-gerak dengan hebatnya. Tetapi, tubuhnya tidak bergerak
walau satu inci pun dan tempat ia berdiri.
Saya
tersentak bila terpandangkan lembaga yang berkain putih itu menjadi seketul,
macam batang kayu sebesar pemeluk dan bergolek ke kiri dan kanan. Semuanya
tidak dipedulikan oleh datuk. Ia tetap terpacak di situ, macam paku terlekat di
pipi.
Dari
bentuk batang kayu lembaga berkain putih itu bertukar lagi. Tegak memanjang dan
tidak berhenti berpusing sambil mengeluarkan suara yang menderu seperti angin.
Makin lama. lembaga itu makin tinggi melepasi bumbung rumah dan pepokok yang
ada di sekitar halaman rumah.
Bentuknya
juga turut bertukar, menjadi nipis macam asap. Bahagian bawahnya mengecil dan
tajam, macam kayu yang sudah dipertajamkan untuk dibuat turus pagar, bahagian
yang tajam itu bagaikan tidak menyentuh bumi dan tetap berpusing dengan
ligatnya.
Bahagian
atasnya tetap dalam bentuk asal. Terus menjulang bagaikan mahu bercantum dengan
dada langit. Cukup tinggi dan sayup mata memandangnya, tidak berhenti dan
berpusing sambil mengeluarkan angin dan bunyi dengung yang amat, kuat,
memekakkan anak telinga. Datuk menundukkan kepalanya merenung bumi, bunyi
dengung itu beransur perlahan dan lemah.
Muka saya
dan Alang Abdul Rauf terasa panas macam terkena bahang api, muka kami berpeluh.
Isteri Alang Abdul Rauf masih tidak bergerak. Saya tidak tahu apakah rasa dan bahang
panas itu dialami juga oleh datuk atau tidak. Datuk tetap tertegun di tengah
halaman macam tadi, bagaikan tidak terasa apa-apa.
Alang
Abdul Rauf dan saya dikejutkan oleh satu ledakan yang amat kuat. Seluruh
kawasan halaman terang-benderang. Lembaga berkain putih yang meninggi separas
langit terus ghaib, saya lihat datuk terlentang di atas bumi untuk beberapa
saat. Datuk bangun dan masuk ke rumah seluruh badannya berpeluh, macam orang
jatuh dalam danau.
“Apa dia
benda tu?” Tanya Alang Abdul Rauf.
“Syaitan,
sengaja mengusik kita,” balas datuk selamba lalu duduk mencangkung di depan
isteri Alang Abdul Rauf. Datuk menyuruh Alang Abdul Rauf menyentap kaki
isterinya dengan sekuat hati. Isteri Alang Abdul Rauf terjaga dan cuba menerpa
ke arah keris yang terlentang di atas lantai. Alang Abdul Rauf menghalangnya.
Isterinya
termenung. Datuk hembus muka isteri Alang Abdul Rauf dua kali berturut-turut.
Isteri Alang Abdul Rauf sandarkan badannya ke dinding. Ia kelihatan letih dan
seperti orang hilang akal. Alang Abdul Rauf resah melihat keadaan isterinya
itu.
“Biarkan
di situ, kejap lagi dia pulih macam biasa,” ujar datuk.
“Kenapa
dia jadi macam tu?” Alang Abdul Rauf minta kepastian dari datuk. Saya lihat
datuk termenung sejenak, “tiba-tiba saja bini saya jadi berani, saya tahu dia
memang penakut,” sambung Alang Abdul Rauf dengan wajah yang agak gusar.
Datuk
mengeluh kecil sambil matanya merayap ke tiap sudut dinding. Datuk menyuruh
saya merapatkan daun pintu. Saya enggan melakukannya, bila didesak untuk kali yang
kedua saya terpaksa mematuhi dengan perasaan yang kecut. Bila daun pintu
selesai saya rapatkan, saya terus duduk kembali dekat Alang Abdul Rauf.
“Seseorang
yang terlalu takut, biasanya tenggelam punca dan perhitungan, bila sampai pada
tahap ini, dia akan menjadi berani membabi buta, masa itulah syaitan meresap ke
tubuhnya, akibatnya apa yang kamu lihat sekarang,” terang datuk sambil merenung
muka saya dan Alang Abdul Rauf berulang kali.
Bagaimana
mahu mengatasinya, bila dah jadi macam tu?” soal Alang Abdul Rauf.
“Kita
bacalah ayat-ayat suci yang boleh menghalau syaitan, minta bantuan dan
pertolongan dari Allah, biasanya bila syaitan dah masuk, kita jadi lupa,
sebelum terjadi kita mesti bersedia.”
“Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam dalam, kemudian anggukkan kepalanya dua tiga kali.
“Oh, begitu,” Alang Abdul Rauf menarik nafas dalam dalam, kemudian anggukkan kepalanya dua tiga kali.
Isteri
Alang bergerak ke kiri dan ke kanan, mukanya yang jadi pucat, kelihatan
kemerah-merahan. Ia menegur suami dan datuk dengan penuh sopan.
“Mengucap
dua kalimah syahadat,” kata-kala itu ditujukan oleh datuk untuk isteri Alang
Abdul Rauf. Isteri Alang Abdul Rauf terus mengucapkan berkali-kali. Datuk
tersenyum panjang melihat isteri Alang Abdul Rauf bangun dan menuju ke dapur.
Ia terus menjemput kami ke ruang dapur untuk makan malam.
“Sebelum
tidur, suruh bini kamu sembahyang sunat dua rakaat, minta pada Allah supaya
dijauhkan dari gangguan syaitan,” bisik datuk pada Alang Abdul Rauf, sebaik
saja selesai makan malam. Alang Abdul Rauf memberi persetujuan untuk mematuhi
apa yang dikatakan oleh datuk.
Saya dan
datuk bersyukur pada Allah, sepanjang malam hingga fajar pagi, tidak ada
perkara yang tidak diingini terjadi. Paling menggembirakan hati, seisi rumah
dapat menunaikan sembahyang subuh bersama-sama datuk.
“Tengah
hari sikit, kira-kira matahari di tengah pucuk kelapa dara, kami nak beransur
ke tempat lain,” ujar datuk sambil menjamah kuih makanan pagi.
“Nak ke
mana agaknya?”
“Nak balik
ke tempat sendiri, dah lama benar tinggalkan orang rumah,” balas datuk lalu
menghirup kopi. Alang Abdu Rauf dan isterinya berbalas senyum.
Saya
tunduk merenung lantai tetapi, mulut tidak berhenti mengunyah lepat pisang
berinti kelapa. Kalau datuk rindukan nenek, saya juga rindukannya. Dan saya
memang berharap datuk tidak menukarkan rancangannya. Kalau boleh saya mahu datuk
berangkat segera. Saya berhenti minum kopi dan berhenti menjamah lepat pisang
lalu membasuh tangan.
Tepat jam
sepuluh pagi, rumah Alang Abdul Rauf kami tinggalkan, sambil melangkah menuju
ke pekan Batu Gajah, ada serangkai, cerita yang tersusun dalam tempurung kepala
untuk saya persembahkan pada nenek.
Saya dapat
membayangkan bagaimana rupa wajah nenek bila mendengar cerita yang mengerikan.
Nenek pasti mempamerkan gusi dan giginya bila mendengar cerita lucu.
Semuanya
mendorong dan membangkitkan keinginan saya untuk melihat wajah nenek. Peluh
terus mercik di dahi. Celah ketiak dan pangkal paha mula terasa bergetah.
Perjalanan kali ini amat menyeronokkan. Datuk cukup ramah dan rajin bercerita.
“Saya
terasa pening tuk,” saya mengadu padanya.
“Hum, kamu
ni, kena panas sikit terus sakit kepala, bukankah dah aku cakapkan dengan kamu
amalkan petua yang aku berikan dulu.”
“Petua?”
Saya terkejut dan memperlahankan langkah.
“Ha, kamu
dah lupa?” Nada suara datuk keras.
Saya terus
mengkedutkan dahi. Mengingati apa yang pernah datuk tuturkan pada saya. Usaha
saya tidak berhasil. Kalau saya nyatakan padanya. Pasti saya kena marah. Dari
kena marah ada baiknya saya membisu dan terus melangkah dalam panas terik.
“Kamu
ingat petua tu, Tamar,” pertanyaan itu membuat hati saya cemas.
“Tak
ingat, saya tak ingat tuk.”
“Jadi, apa
yang kamu ingat?” Sergah datuk. Langkahnya mati. Biji matanya terbeliak. Saya
terus membatu.
“Bukankah
sudah aku katakan pada kamu, bila mandi, tidak kira pagi atau malam, mesti dimulakan
dari kaki, ke badan dan akhirnya ke kepala.”
“Saya baru
ingat tuk.”
“Lagi apa
pesan dan petua dari aku.”
“Dalam
sebulan mesti makan pucuk manggis untuk dijadikan ulam, kurangkan makan cili
api.”
“Ha tahu
pun kamu. ada lagi petuanya, cuba kamu ingati Tamar.”
“Setiap
kali bangun pagi, mesti duduk mencangkung memeluk lutut sambil merapatkan
kepala ke kepala lutut kemudian tegakkan lima kali berturut-turut, hingga
sendawa.”
“Hum tahu,
amalkan. InsyaAllah kalau petua itu kamu amalkan setiap hari, kamu tak mudah
kena sakit kepala atau pening.”
Saya
anggukkan kepala sambil membuat wajah minta dikasihani. Datuk tersenyum melihat
telatah saya yang melucukan itu. Dengan lembut sekali telapak tangannya menepuk
bahu kanan saya berkali-kali. Penuh kemanjaan dan kemesraan. Saya tersengih
panjang.
Langkah
selanjutnya, adalah langkah yang cukup rancak. Peluh yang mengarisi dahi terus
saya kesat dengan telapak tangan. Saya dan datuk sudah pun melintasi kawasan
tanah lombong yang ditinggalkan. Pepasir nampak berkilau-kilau ditikam matahari
yang amat terik. Tetapi, angin yang amat ramah membekalkan rasa sejuk ke
seluruh badan.
Sesekali
terlihat beberapa ekor burung gagak, mengkais-kais pepasir lombong. Secara
diam-diam saya mengambil seketul batu lalu melemparkan ke arah beburung gagak
itu. Saya tersenyum melihat beburung gagak itu berterbang sambil berbunyi.
Datuk berdehem dua tiga kali berturut-turut. Tandanya, datuk kurang senang
dengan apa yang saya lakukan.
Saya dan
datuk sampai ke pekan Batu Gajah dan terus menuju ke stesen bas. Cara kebetulan
bas yang dingini memang sudah ada menanti. Tanpa membuang masa kami terus naik
bas berwarna biru gelap berjalur merah. Belum pun sempat tempat duduk jadi
panas, bas pun bergerak.
Sampai di
pekan kecil Pusing, turun lagi menanti bas lain yang akan membawa kami ke
kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Kerana bas yang dikehendaki belum
tiba datuk terus duduk di bangku kayu di kaki lima kedai. Saya minta kebenaran
dari datuk untuk merayau sekitar pekan kecil itu. Permintaan saya
diperkenankan. Saya amat gembira.
TUPAI
Saya terus menuju ke kedai yang menjual burung dan binatang. Saya terpikat dengan arnab, kucing, tupai dan musang. Dari situ saya masuk agak jauh ke perut kedai menuju ke tempat aneka jenis burung, sedang saya asyik memperhatikan beburung tersebut. Seorang lelaki berusia sekitar empat puluhan masuk ke kedai.
Saya terus menuju ke kedai yang menjual burung dan binatang. Saya terpikat dengan arnab, kucing, tupai dan musang. Dari situ saya masuk agak jauh ke perut kedai menuju ke tempat aneka jenis burung, sedang saya asyik memperhatikan beburung tersebut. Seorang lelaki berusia sekitar empat puluhan masuk ke kedai.
Lelaki itu
berbincang dengan penjual burung. Lama juga mereka berbincang, bila saya amati
ternyata mereka berbincang tentang harga burung. Terkejut juga hati saya bila
lelaki Melayu itu sanggup membeli seekor burung dengan harga yang amat tinggi.
Burung yang mahu dibeli bukanlah jenis burung yang baik, malah tidak diminati
oleh orang langsung.
“Setuju,” tanya penjual burung.
“Setuju,” tanya penjual burung.
“Saya
setuju, kalau tujuh ratus pun saya sauggup bayar.”
“Orang
Melayu tak suka burung tu, orang Melayu kata burung jenis ini, bawa sial.”
“Saya nak
buat ubat, sudahlah jangan banyak cakap,” bentak orang yang mengingati burung tersebut.
Penjual burung terus pergi ke bahagian belakang kedai.”
“Ini dia
burungnya, awak tengok,” penjual buning segera menayangkan seekor burung bubut
(setengah orang menyebutnya sebagai burung but-but) yang berbulu agak
kekuning-kuningan dan bermata merah. Si pembeli membelek-belek burung itu
seketika.
Penjual
burung masukkan burung itu ke dalam karung kertas. Setelah menyelesaikan
pembayarannnya. Pembeli terus membawa burung itu keluar.
Sebaik
saja pembeli burung itu hilang di balik bangunan kedai, saya merasakan ada
sesuatu yang aneh pada diri pembeli burung tersebut. Kenapa burung yang tidak
berapa digemari oleh masyarakat Melayu dibeli dengan harga yang begitu mahal
sekali.
Tidak
sukar mencarinya, asalkan sanggup keluar masuk belukar kecil atau di kawasan
sawah terutama setelah musim menuai padi. Mungkin si pembeli mempunyal maksud
yang tertentu? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Eh kamu”
Satu
tepukan singgah di bahu kiri. Wajah si penjual burung nampak terkejut. Saya
toleh ke belakang. Bola mata saya mencakup wajah datuk dalam keadaan yang
kurang tenang.
“Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan pada datuk. Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di bahu saya.
“Nak beli burung encik,” si penjual burung aju pertanyaan pada datuk. Datuk gelengkan kepala. Telapak tangannya masih melekat di bahu saya.
“Kamu
tahu, kerana kamu asyik tengok burung bas dah tinggalkan kita,” rungut datuk
telapak tangannya tidak lagi berada di bahu saya. Tidak ada sesuatu yang dapat
saya katakan padanya.
Datuk
terus mengheret saya keluar dari kedai burung. Si penjual burung memandang
perbualan datuk dengan mata yang terkebil-kebil dan terus tersenyum panjang.
Saya disuruh duduk di bangku kayu dan tidak dibenarkan ke mana-mana. Saya
menyesali diri sendiri kerana terlalu asyik memikirka diri si pembeli burung
yang aneh.
“Tuk.”
“Hum kenapa Tamar?”
“Hum kenapa Tamar?”
“Orang
beli burung but-but nak buat apa tuk?”
“Manalah
aku tahu! kenapa kau tak tanya sendiri,” datuk seperti melepaskan geram pada
saya. Dan saya terima dengan kerdipan mata kecewa. Bunyi kenderaan yang lalu
dijalan terus menyumbat lubang telinga. Bunyi kenderaan itu bagaikan menyorak
diri saya sendiri.
“Setahu
aku burung jenis itu diindungi oleh pihak Jabatan Mergastua, tak boleh
ditangkap apa lagi dijual, burung jenis tu dah nak pupus,” kali ini nada suara
datuk cukup lembut bersahaja, menghilangkan rasa sesal dalam diri saya.
“Burung
jenis tu susah membelanya, biasanya orang tak suka membelanya, kata orang
burung itu bawa padah buruk pada si pembelanya,” lanjut datuk. Keinginan saya
untuk mengetahui cerita selanjutnya kian menjadi-jadi dalam hati.
“Kalau dah
bawa sial buat apa dibeli?” Saya menyoal. Datuk menarik nafas panjang. Beberapa
orang yang lalu di kaki lima kedai merenung ke arah datuk. Siapa pun akan
merasa pelik melihat orang tua memakai baju butang lima yang dibuat dari kain
keras, berseluar hitam dari kain kilat yang tidak sesuai dengan warna baju.
Paling melucukan datuk memakai selipar kulit yang tapaknya senget sebelah.
“Biasanya,
orang mencari burung tu untuk ubat patah, tapi burung yang ditangkap untuk
dibuat ubat patah mestilah burung yang di hutan bukannya dibeli,” datuk seperti
merungut.
“Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”
“Kalau beli di kedai, tak boleh ke tuk?”
“Ada
tujuan lain yang tak baik.”
“Saya tak
faham cakap tuk.”
“Nak buat
aniaya sesama manusia, ini kerja syaitan,” datuk mengeluh. Saya angguk kepala.
Bas yang dinanti pun tiba.
“Cepat
Tamar.”
Datuk
tarus menarik tangan saya. Kami berlari ke pintu bas. Berhenti sebentar di situ
memberi laluan pada orang yang mahu turun.
Bila orang
habis turun, kami pun terus naik bas. Saya memilih bangku kosong di belakang
pemandu.
Tidak ada bantahan dari datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan dalam perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan kiri-kanan jalan.
Tidak ada bantahan dari datuk. Tidak ada perkara yang kami cakapkan dalam perut bas. Saya lebih banyak tidur dan memandang keindahan kiri-kanan jalan.
KISAH
Dari pukul dua petang hingga sampai waktu maghrib, bermacam-macam kisah saya sampaikan pada nenek di anjung rumah berbumbung limas. Kalau kisah lucu saya persembahkan, nenek ketawa terkekeh, kalau kisah seram yang dihidangkan wajah nenek nampak cemas.
Dari pukul dua petang hingga sampai waktu maghrib, bermacam-macam kisah saya sampaikan pada nenek di anjung rumah berbumbung limas. Kalau kisah lucu saya persembahkan, nenek ketawa terkekeh, kalau kisah seram yang dihidangkan wajah nenek nampak cemas.
Masuk saja
waktu maghrib, datuk terus mengajak saya ke surau, Sampai di surau saya disuruh
melaungkan azan. Berkumandang suara saya ke seluruh kampung. Selesai menunaikan
fardhu maghrib dan isyak, barulah saya dan datuk pulang ke rumah. Sambung
kembali cerita dengan nenek.
No comments:
Post a Comment