BILA remang-remang senja mula menutup kawasan sekitar, hati terus berdebar. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mia dan Andi Kamarool mahu berhenti berbual. Malah perbualan mereka semakin rancak dan seronok. Seolah-olah saya bagaikan tiada di sisi mereka.
"Dah senja
Andi."
Saya terpaksa menggunakan taktik ini untuk
menyedarkan mereka, Bagaikan diarah oleh sesuatu, serentak mereka memandang ke
arah saya. Sinar mata Andi Kamarool nampak aman tetap, sinar mata Mia bagaikan
memancar kemarahan. Mungkinkah tindakan saya itu menganggu keseronokannya
berjalan seiringan dengan Andi Kamarool?
Apa yang saya bimbangkan, ketika Andi
Kamarool asyik mendengar cerita Mia di remang senja, tiba-tiba Mia bertukar
menjadi harimau betina dan Andi Kamarool pula menjadi harimau jantan lalu
menyerang saya. Dari segi logiknya tidak mungkin berlaku tetapi, bila
mengingati datuk nenek dari keturunan manusia harimau, bukan mustahil perkara
begitu terjadi.
"Kita balik
Andi, tak lama lagi maghrib tiba," tambah saya.
“Iya, Tamar. Kalau begitu kami minta diri
dulu Mia," Andi kamarool tatap muka Mia. Saya memperlihatkan wajah kesian
padanya (Mia),
"Silakan, saya tak menghalang, cuma cerita tentang
ladang dan harta peninggalan orang tua saya belum habis," kata Mia.
"Kita sambung
lain kali Mia," celah saya.
"Ok,"
sahutnya riang.
Mia pun melangkah menuju ke pintu rumah
batu lama. Saya dan Andi Kamarool. Tidak sampai sepuluh langkah, kami
melangkah. Mia memanggil Andi Kamarool. Serentak kami menoleh ke arahnya yang
berdiri di depan pintu.
"Ada apa Mia," tanya Andi
Kamarool dalam remang senja yang kian memberat itu. Saya terus resah dan berdoa
agar Mia tidak menahan kami dari pulang ke rumah papan.
"Malam nanti,
Kak Sun hantar makanan untuk kamu berdua."
Belumpun sempat Andi Kamarool atau saya
memberikan jawapan. Mia terus menyelinap masuk ke rumah batu. Kami saling
berpandangan, tanpa memberikan sebarang komentar. Langkah pulang kami teruskan.
Sementara mahu sampai ke kaki tangga rumah
papan, macam-macam saya fikirkan. Walaupun begitu, saya rasa aman kerana bau
harimau tidak lagi saya hidu. Semoga tidak ada perkara buruk akan berlaku, bila
sampai di rumah papan, itu harapan yang berbunga dalam hati saya.
Mia ternyata gadis yang tidak mungkir janji.
Sebaik saja kami selesai menyempurnakan sembahyang isyak, terdengar ketukan
bertalu-talu di pintu.
"Kamu pergi
buka pintu Tamar."
Saya meluru ke pintu dan membukanya. Kak
Sun tersenyum, lampu suluh di tangan segera dimatikan. Belum pun sempat saya
mengemukakan pertanyaan, Mia muncul di belakang Kak Sun membawa setalam
hidangan. Talam itu diserahkan kepada Kak Sun. Tanpa berkata walaupun sepatah,
Mia ke rumah batu lama, Sudah tentu perbuatan Mia menimbulkan pelbagai keraguan
dalam diri saya.
"Ambil ni."
Saya segera mengambil talam dari tangan
Kak Sun. Lalu diletakkan di ruang tengah. Kak Sun masuk ke rumah. Duduk bersila
dekat tiang seri. Andi Kamarool yang sudah selesai membaca doa, segera
memusingkan badannya membelakangi kiblat.
"Bersusah
payah si Mia," Andi Kamarool merungut kecil.
"Dia ambil
berat tentang diri kau orang berdua."
"Begini sebenarnya Kak Sun, saya dan Tamar tak sempat
nak beritahu Mia supaya jangan hantar makanan. Dia cepat sangat masuk ke
rumahnya senja tadi," biji mata Andi
Kamarool terpaku ke arah biji mata Kak Sun.
"Kenapa pula?
Orang nak beri rezeki engkau orang tolak."
"Malam ni, kami tak mahu makan," tutur Andi
Kamarool dengan wajah yang gusar. Dia tahu kata-kata itu akan menyinggung
perasaan Kak Sun dan Mia, Tetapi, apakan daya dia terpaksa berterus-terang
Buat beberapa saat, kak Sun nampak seperti
tergamam. Kelopak matanya tidak berkedip merenung wajah saya dan Andi Kamarool.
Ada seribu kesangsian bermain di parasnya.
"Kamu berdua
masih ragu-ragu dengan kejujuran Mia dan aku?"
Saya gelengkan
kepala.
"Bukan begitu," Andi Kamarool
segera memintas cakap Kak Sun, "untuk berjaga malam, saya tak mahu makan
makanan yang berat. Tamar pula tidak mahu menelan sebiji nasi. Minum air sejuk
bila difikirkan perlu," lanjut Andi Kamarool. Dan saya harap penjelasan
dan alasan yang diberikan itu dapat diterima oleh Kak Sun, Bila disampaikan
kepada Mia, dia juga menerimanya.
"Semuanya ni sebagai usaha kami
berdua untuk membuat hubungan batin dengan pengawal atau penjaga rumah batu,
sepanjang malam terpaksa berlapar dahaga, seluruh pancaindera dan hati berpusat
kepadanya. Kami mesti menghening cipta, begitulah mengikut istilah
sekarang," itu hujah saya untuk menguatkan bagi alasan Andi Kamarool,
"Diharapkan apa yang kami buat ni,
dengan izin Allah penunggu rumah batu lama akan muncul didepan mata kami,"
Andi Kamarool pula menambah. Saya lihat Kak Sun menarik nafas dalam-dalam.
"Tolong beritahu Mia tentang hal ni
Kak Sun, kami terpaksa menolak pemberiannya buat malam ni, kerana tujuannya tersebut."
ujar saya. Kak Sun masih macam tadi, menarik nafas dengan tenang.
"Sekarang kak dah faham, bila Mia
tahu tujuan sebenar kamu berdua tidak mahu makan makanan yang dihantar, dia
juga tidak berkecil hati," jawapan yang amat mengembirakan dari Kak Sun
untuk kami.
"Biar kak
bawa balik hidangan ni."
"Silakan,"
lemah benar suara Andi Kamarool.
Dan kak Sun pun membawa hidangan dalam talam tembaga ke rumah
batu lama.
Sebaik saja Kak Sun berangkat,” Andi
Kamarool melakukannya Tamar?"
"lya,"
"Bila?"
"Bila kamu masuk ke bilik tidur masa
itulah aku mahu menghening cipta," tutur saya lemah. Dan Andi Kamarool
tidak mengemukakan apa-apa pertanyaan. Anehnya, dia masih belum bersedia untuk
melangkah ke bilik tidur. Andi Kamarool bagaikan keberatan mahu meninggalkan
saya sendirian. Dan saya pula mengharapkan dia segera beredar. Makin cepat dia
pergi. Makin cepat pula saya menjalankan tugas-tugas yang sudah dirancang.
"Kamu tidak
memerlukan pertolongan aku, Tamar?"
'Tak perlu."
Andi Kamarool
menggigit bibir, Dia nampak resah sekali.
"Lagi sepuluh minit pukul
12.30," kata saya dengan harapan Andi Kamarool segera mengerti dan segera
pergi. Ah! Kenapa kamu tidak pergi Andi Kamarool? Kenapa? Batin saya terus menjerit.
"Semua barang-barang yang kamu
perlukan, sudah aku taruh dalam beg kertas. Aku letak dekat tiang seri,
pandai-pandailah kamu menjalankan tugas."
'Terima kasih
Andi."
Andi Kamarool segera bangun. Dia melangkah
satu, dua, tiga, empat, lima
dan tiba-tiba dia berpatah balik mendekati saya. Tindakannya kurang saya
senangi, melambatkan urusan yang sudah disusun. Kalau tidak kena caranya, semua
akan menemui kegagalan. Saya menahan marah dengan menggosok pangkal dagu
berulang-kali.
"Cuma satu
saja yang nak aku ingatkan pada kamu, Tamar."
"Apa dia,
Andi?" Tanya saya penuh debar.
"Pastikan, tidak ada seorangpun yang
nampak kamu ke situ, jangan sampai Mia tersedar atau terjaga dari tidurnya,
semasa kamu menghening cipta di depan pintu masuk ke bahagian ruang tamu.
Kosongkan fikiran kamu dari dunia nyata. Mata hati dan batin kamu harus menjurus
kepada perkara yang dihajati, kalau ada gangguan kamu mesti
mempersetankannya."
"Apa lagi
yang mahu kamu cakapkan pada aku Andi?"
"Lain tak ada
apa-apa Tamar."
Andi Kamarool memulakan kembali langkah
yang terhenti. Tetapi, hanya untuk beberapa langkah saja.
Dia berhenti kembali lalu menoleh ke arah saya. Lagi sekali hati saya berdebar.
Dibandingkan dengan usia dan pengalaman,
ternyata Andi Kamarool lebih dari saya. Kerana itu saya harus akur dengan
nasihat dan pandangannya.
"Gerak hatiku seolah-olah memberi tahu kejayaan berada
di pihak kamu. Tetapi, kalau kamu alpa atau terlalai sedikit, kamu kecundang
Tamar," kata Andi Kamarool dan dia terus menghilang, masuk ke kamar tidur.
Dialog terakhir yang diucapkan oleh Andi
Kamarool menimbulkan seribu persoalan dalam kepala. Perasaan jadi tidak lama,
resah gelisah tidak ketentuan. Saya lihat jam loceng yang terlekap di dinding
rumah papan. Lagi sepuluh minit pukul dua belas setengah, debar dada saya
semakin kencang, entah mengapa, tiba-tiba saja dahi saya berpeluh.
Sepatutnya, keresahan semacam itu tidak
wajar berlaku dalam diri seseorang yang mahu menghening cipta. Perasaan dan
fikirannya harus damai dan tenteram. Tidak berkecamuk seperti apa yang sedang
saya alami ini.
Saya cuba menenangkan perasaan dengan
melakukan senaman ringan yang banyak tertumpu kepada gerak urat saraf. Sambil
bersenam itu, saya berusaha melapangkan fikiran, usaha itu tidak menghampakan.
Debar dada beransur kurang dan rasa yakin pada diri, mula mengembang sedikit
demi sedikit. Dan akhimya, saya dapat mengawal diri, peluh tidak lagi terasa
menguasai dahi dan tubuh. Semuanya terasa nyaman sekali. Badan segar dan
bertenaga.
Bila kekuatan fizik dan batin sudah ada,
saya segera bangun dan berjalan ke arah tiang seri untuk mengambil beg kertas,
Bila saja beg kertas disentuh, saya terus menguap dan terasa amat mengantuk
sekali.
Satu-satunya cara untuk menghilangkan rasa mengantuk itu,
saya terpaksa melakukan senaman kembali, semakin kuat, berusaha untuk menghilangkan
rasa mengantuk. Semakin kuat pula rasa mahu tidur menguasai diri, Badan terasa
amat letih sekali, bagaikan sudah mendaki lima
enam buah bukit.
Saya tetap berusaha, berjuang
habis-habisan, menghalau rasa mengantuk. Apa yang saya perolehi, semua
sendi-sendi anggota seperti mahu relai dan saya bagaikan kehabisan tenaga.
Tidak terdaya mahu berdiri, badan segera disandarkan ke dinding, perlahan-lahan
saya rebahkan badan dan terus duduk di tantai, Kelopak mata tidak terbuka lagi.
Apa yang terpamir ialah beranika cahaya dalam pelbagai warna.
Ada cahaya yang
membulat dengan warna kemerah-merahan, ada cahaya dalam bentuk panjang berjalur
dengan warna biru, kuning dan hijau. Bila warna itu hilang, saya mula melihat
kemunculan sinis, saya segera melambaikan tangan minta tolong, orang tua
menghulurkan tongkatnya. bila jejari tangan mencecah hujung tongkatnya. Saya
terkapai-kapai, macam orang buta kehilangan tongkat. Cukup terseksa rasanya.
Dalam keadaan yang serba kritikal itu,
saya segera memanggil Andi Kamarool. Sungguh kecewa, saya kehilangan suara. Dan
pada masa itu, ada sesuatu yang menghentak pangkal leher. Saya kira, benda yang
menghentak saya itu ialah buntut senapang. Siapa yang menghentaknya? Sukar
untuk diteka. Kata orang berpantang maut sebelum ajal, saya berusaha untuk
bangun. Semuanya tidak menjadi, saya terus rebah dan tidak tahu apa berlaku
selanjutnya.
Bila kelopak mata terbuka, saya sudah berada di depan pintu
masuk ke ruang tamu dalam keadaan duduk bersila. Kedua belah tangan berada di atas
kedua belah tempurung lutut. Beg kertas berada di hujung lutut sebelah kiri,
semua barang di dalamnya berserakkan di anak tangga. Lebih mengejutkan lagi,
tempat bara atau dupa sudah tersedia, Baranya merah menyala, menanti taburan
serbuk kemenyan.
Dari arah belakang terdengar suara orang
bercakap dalam pelbagai bahasa dan loghat. Saya tidak dapat menangkap perkara
yang mereka perkatakan. Saya kira jumlahnya, lebih daripada sepuluh orang. Bila
ditoleh ke belakang suara itu hilang. Suara itu beralih ke halaman rumah, anak
mata saya tertumpu ke arah tersebut.
Saya dapati para pekerja Mia mula sibuk
membawa pisau penyabit, cangkul, pencebak, parang. Mereka mahu turun ke ladang
untuk memulakan pekerjaan.
"Dah pagi rupanya," kata hati
saya.
Melihat suasana sekitar, saya kira sudah
pukul enam. Tanpa mahu mengambil kira keadaan sekeliling. Pintu ruang tamu saya
ketuk berulang kali. Malangnya, tidak ada siapa yang membukanya.
Saya mengambil keputusan nekad, daun pintu
saya tolak. Bila pintu terbuka, ada dua orang gadis mempamirkan senyum
seolah-olah menyambut kedatangan saya.
"Datuk."
Gadis bermata bulat berambut panjang,
menyuruh saya duduk di sofa. Manakala seorang lagi segera mendekati piano, Jari
jemarinya menekan mata piano dan bergenia irama tagu yang tidak pernah saya
dengari selama ini.
"Menari,"
pelawa gadis bermata bulat.
Saya gelengkan kepala. Bunyi piano terus
bergema, memekakkan anak telinga.
"Aku belum bersembahyang subuh,'1
pekik batin saya.
Tanpa mahu membuang masa, saya meluru
keluar. Kedua orang gadis jelita menghalang di muka pintu. Apa yang saya
fikirkan waktu itu ialah waktu subuh sudah tiba. Kedua gadis itu rempuh dengan
kasar. Mereka menjerit. Tidak saya pedulikan, langkah dipercepatkan menuju ke
rumah papan lalu mengambil wuduk.
Ketika itu, suara para pekerja menjadi
riuh rendah. Sesekaii terdengar suara anak buahnya. Semuanya tidak saya
endahkan. Solat diteruskan.
Selesai soiat subuh saya berdiri di muka
pintu rumah papan dengan niat mahu melihat telatah para pekerja Mia. Harapan saya
tidak menjadi kenyataan. Apa yang saya alami ialah suasana sepi tetapi hari
makin cerah. Tiada seorang pun pekeija yang berjalan di halaman. Barangkali
mereka sudah ke ladang, fikir saya.
Kerana tidak mahu Andi Kamarool terlepas
solat subuh, saya segera masuk ke biliknya. Kakinya saya tarikdua tiga kali.
Andi Kamarool terjaga dari tidur.
"Kenapa
tamar?"
"Bangun
sembahyang subuh."
"Subuh? Dah
pukul berapa sekarang?"
"Dah cerah, dah pukul enam,"
ulang Andi ragu-ragu. Di terus duduk.
Sungguh mengejutkan bila dia memukul bahu
saya berkali-kali sambil ketawa kecil.
"Kamu rnengigau Tamar, cuba tengok
jam di dinding, pukul berapa sekarang?" Jari telunjuknya menghala ke arah
jam yang tersangkut di papan rumah lama.
"Ha! Baru
pukul 2.55 pagi," kata saya.
Andi kamarool
terus ketawa.
Ketika itu juga saya teringat dua orang
gadis di ruang tamu rumah lama. Tanpa mahu mengucapkan apa-apa pun pada Andi
kamarool turun ke halaman rumah papan.
Dengan menahan nafas saya memulakan
langkah dengan berlari ke rumah batu lama, saya tidak mengalami rasa bimbang
dan takut. Dengan kekuatan seorang lelaki daun pintu ruang tamu saya tolak dan
terus meluru ke tengah ruang tamu.
Dua wanita cantik sudah tiada di situ.
Lampu ruang tamu masih menyala, penutup piano sudah tiada di situ. Lampu ruang
tamu masih menyala, penutup piano masih terbuka. Terkaku saya dengan penuh
kebinggungan. Ke mana dua perempuan cantik itu menghilang."
"Apa yang kau cari di sini,
Tamar."
Tidak saya duga Andi Kamarool mengekori
saya. Pertanyaannya sukar untuk saya jawab. Pada hakikatnya, ingin saya
nyatakan kedatangan saya untuk mencari perempuan cantik. Tetapi mulut saya
tidak terucap, saya takut diketawakan oleh Andi Kamarool.
"Balik Tamar, kau gagal."
Tidak saya jawab
kata-kata itu. Muka Andi Kamarool saya tatap.
"Sekarang
baru pukul dua, ada baiknya kita sambung tidur."
Saya buat tidak kisah dengan apa yang
diluahkan kawan karib saya itu. Fikiran saya masih berputar tentang perempuan
cantik. Apakah mereka yang membawa saya ke pintu rumah batu lama? Mereka juga
agaknya yang menyediakan tempat bara dan mengeluarkan barang-barang dari dalam
beg kertas saya.
"Mari."
Andi Kamarool menarik tangan mengajak saya
keluar dari ruang tamu. tiada bantahan, saya hanya mengikut bagaikan kerbau
dicucuk hidung. Bila berada di halaman rumah batu, fikiran saya tidak lagi
diselaputi dengan bayang dua orang wanita cantik.
"Tamar renung mataku."
Saya akur dengan permintaan Andi. Bila biji
mata kami bertentangan, Andi Kamarool menarik nafas dan kemudian menghembuskannya
ke wajah saya.
“Kamu
lihat sekarang Tamar, apa yang ada di sekeliling kamu.
No comments:
Post a Comment