APA yang menarik tentang Kak Sun ialah, cara dia menyampaikan cerita
penuh dengan perasaan. Ada ketikanya terasa amat melucukan tetapi makin lama
mengikut ceritanya makin terasa seram. Mengundang rasa takut yang tidak menentu
seolah-olah bagaikan ada makhluk halus yang sedang mengikuti pergerakkan kami.
Bagi menghilangkan rasa takut itu saya segera mendekati Andi Kamarool,
Bahu kami segera berlaga dan ternyata perbuatan itu kurang disenangi oleh Andi
Kamarool, Dia segera menjauhkan tubuhnya dari tubuh saya. Memang, kau tak faham
dengan apa yang aku rasakan Andi rungut batin saya. Sebelum menyambung cerita
yang terputus, Kak Sun renung ke arah dahan pokok besar atas kepala.
"Bila ayahnya mati, abang Mia ambil keputusan menjual
barang-barang antik dalam rumah ni."
"Apa dia barang-barang antik tu Kak Sun?" soal saya.
"Lampu dari timur tengah, macam lampu Aladin tu, ukiran patung
kayu, peti kain, mesin jahit, peti nyanyi dan macam-macam lagi."
"Kenapa dijual? Bukannya senang nak dapat barang-barang antik
macam tu," Andi Kamarool renung muka Kak Sun penuh dengan tanda tanya.
Lagi sekali Kak Sun dongakkan muka ke dahan pokok besar, macam ada sesuatu yang
dilihatnya di situ. Sudah tentu perbuatannya itu menimbulkan keraguan dalam
diri saya.
"Sebabnya tak ada tempat nak simpan. Lagi pun simpan
barang-barang lama ni susah Andi banyak pantang larangnya silap-silap cara
boleh bawa padah."
"Huh." Andi Kamarool membeliakkan biji matanya. Dia
terkejut.
"Ada orang yang membeli nya kak Sun?" Saya tidak jemu
mengajukan pertanyaan.
Saya lihat kak Sun tersenyum lebar.
"Ramai orang yang membelinya tetapi mereka mengalami hal-hal yang
ganjil. Kaum keluarga mereka hidup tak aman. Kerana si ayah minat barang-barang
antik, anak isteri terima padah,"
"Apa dia padah yang dia orang terima kak?" Minat ingin tahu
makin besar tumbuh dalam hati saya.
"Dikacau pengawal rumah, hidup tidak aman."
Untuk sekian kalinya saya dan Andi Kamarool menarik nafas dalam-
dalam. Kak Sun nampak tenang tetapi, bila ada kesempatan dia tetap
mendonggakkan mukanya ke arah dahan pokok besar. Tentu ada sesuatu yang
dilihatnya di situ. Kak Sun terus bercerita:
Seorang peniaga yang membekalkan keperluan harian untuk keluarga Mia,
jatuh hati dengan almari antik dari China. Tanpa berfikir panjang dia terus
membeli almari itu dan ditempatkan di kedainya.Semua pelanggan yang datang ke kedainya merasa
kagum dan keindahan ukiran pada almari itu. Pemilik kedai hanya senyum bangga.
Kemegahan dan kebanggaan pemilik kedai, segera bertukar menjadi cemas.
Tanpa disangka-sangka pada suatu subuh dia dikunjungi oleh manusia hitam
berbadan besar yang mendesaknya supaya almari antik dipulangkan segera ke rumah
keluarga Mia.
Pada mulanya pemilik kedai enggan mematuhi permintaan manusia hitam.
Tetapi dalam kunjungan berikutnya, manusia hitam berbadan besar mula
memperlihatkan kemarahannya pemilik kedai terpaksa mengalah dan almari antik
dipulangkan kembali ke tempat asalnya.
Sekiranya, ada pekerja yang bertindak kurang ajar atau tidak disenangi
oleh Kak Sun pasti diganggu oleh orang hitam berbadan besar yang disebut oleh
Kak Sun sebagai pengawal rumah. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak senang
hati dan terus minta berhenti kerja.
Dari cerita Kak Sun itu saya segera membuat kesimpulan yang Kak Sun
dapat menterjemah apa yang dimaksudkan oleh si penjaga. Ini berlainan dengan
Mia, walaupun sering berdepan dengan kelibat dan bayang-bayang orang hitam,
ternyata Mia tidak mampu meneka atau menterjemah kehadiran si pengawal. Kalau
Kak Sun sering melihat sesusuk tubuh lelaki tetapi si Samion lain pula yang
dilihatnya.
Pernah Samion agak lewat meninggalkan kawasan rumah batu kerana dia
membantu Kak Sun mengubah pasu bunga orkid daripada bangsal ke tempat lain. Kerana asyik
menolong Kak Sun tanpa disedari hari sudah berada di remang-remang senja dan
pada saat itu, secara tidak sengaja Samion terserempak dengan sesusuk tubuh
seorang wanita cina tua. Akibat terkejut, Samion terus menjerit dan lari
lintang pukang. Beberapa pasu orkid turut pecah. Dari jeritan Samion itu, Kak
Sun sudah dapat menduga apa yang ditemui oleh Samion.
"Sejak kejadian tu, Samion tidak berapa senang kalau Kak ajak dia
membantu kerja-kerja kak di bangsal hingga pukul enam petang. Dia hanya tolong
kak setakat pukul enam saja," tutur Kak Sun yang diakhiri dengan ketawa
kecil, Mungkin dia masih dapat membayangkan kelucuan peristiwa tersebut.
"Biasanya, dia datang bila kak menghadapi masalah atau datang
memberi petanda dan alamat, Contohnya sebelum kamu datang, kak sudah dapat
alamat atau gambaran yang kamu akan tiba di sini, kak tahu memang sulit untuk
menyakinkan siapa saja tentang hal ini, tetapi bagi kak, penjaga atau pengawal
rumah batu lama tu, memang ada."
"Alamat atau tanda-tanda yang kak dapat tu, kak bagi tahu pada
Mia?" soal saya.
"Iya," angguknya, "tapi tidak semua. Kalau alamat itu
membawa tanda- tanda bahaya baru kak bagi tahu. Kedatangan kamu berdua bersama
Haji Basilam kak tak bagi tahu."
"Kenapa tak bagi tahu?" Tanya Andi Kamarool.
"Penjaga rumah ni, dah kenal dengan Haji Basilam. Dia tu kawan
baik arwah ayah Mia, dia tahu asal usul sejarah rumah ni," sebuah penjelasan
yang cukup menyakinkan dari Kak Sun,
Meskipun perasaan cemas sudah tiada dihati, saya tetap waspada. Renung
kiri, renung kanan. Ada ketikanya donggakkan kepala merenung dedaun dari pokok
besar yang mempayungi kami. Beberapa ekor tupai berkejaran di dahan pokok
sambil berbunyi. Angin terus bertiup lembut.
"Pernah sepupu kak meninggalkan basikalnya di sini untuk diambil
oleh kawan karibnya yang kebetulan bekerja dengan Mia," masih ada cerita
yang mahu diungkapkan oleh Kak Sun kepada kami.
"Kerja sebagai apa kak?" terkeluar pertanyaan dari saya.
"Menjaga kebun pala."
"Habis apa dah jadi?" Andi Kamarool pula menyoal.
"Perkara tu, saya sampaikan kepada pekerja tersebut. Dua tiga
kali pekerja itu datang, Peliknya dia tidak pula mengambil basikal tersebut,
dia sekadar melihatnya saja," Kak Sun berhenti bercakap dia menarik nafas
dalam-dalam. Matanya merenung kosong ke depan.
Kak Sun saya lihat seperti tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya.
Ini menimbulkan tanda tanya dalam diri. Dan cara yang paling baik ialah memaksa
Kak Sun secara terhormat untuk meneruskan cerita tersebut.
"Habis apa dah jadi dengan basikal tu Kak?"
Saya lihat Kak Sun seperti tersintak dari lamunan. Dia segera menelan
air liur, Sepasang anak mata hitamnya diarahkan kepada saya. Sebuah senyuman
saya hadiahkan untuknya.
"Mia merungut kepada kak, dia kurang senang basikal itu tersadai
di kawasan rumahnya. Kak tak terangkan bagaimana keadaan sebenar kepada Mia.
Pada hal Kak sendiri pun merasa hairan kenapa kawan pada sepupu kak tak mahu
mengambil basikalnya. Dia cuma tengok saja."
"Pelik juga kawan sepupu kak tu, agaknya basikal curi. Itulah
sebabnya dia tak mahu ambil," Andi Kamarool buat penilaian sendiri. Kak
Sun tersenyum mendengarnya.
"Basikal barang curi, memang dia yang punya,"
Hampir sebulan basikal tu terbiar, hinggalah pada suatu petang secara
tidak sengaja kak terus berkata. "Basikal ni ada tuannya. Kamu berikan
pada tuannya, bila dia datang. Tidak sampai dua jam kemudian pemilik basikal
itu pun datang dan terus mengambil nya dengan senang hati."
"Kali ini mudah benar selalu tu bila saya nak pegang handle
basikal
macam
ada orang yang menahannya," ujar pemilik basikai itu pada Kak Sun. Dan Kak
Sun mula faham siapa sebenarnya penghalang pemilik basikai itu mengambil
haknya.
Bila basikai sudah tiada di situ Kak Sun rasa senang hati. Dirinya
terlepas dari runggutan Mia. Dan pada sebelah malamnya Kak Sun di datangi oleh
pengawal rumah batu lama,
"Salah kamu sendiri suruh orang luar taruh sesuka hati, kau bukan
tak tahu, aku mengawal seluruh kawasan rumah ni, jadi barang tu aku jagalah.
Cuba kamu cakap barang itu milik orang ni, untuk sementara waktu saja lagi pun
bersopan sikit, kalau nak tumpang barang minta izin dulu," Kak Sun
mengajuk cara orang hitam itu bercakap.
Saya dan Andi Kamarool ketawa terkikih, bila melihat gerak-geri dan
cara Kak Sun bercakap mengikut gaya pengawal rumah itu.
"Jangan ketawakan kak, nanti ada orang yang marah "
"Maafkan kami," serentak saya dan Andi Kamarool bersuara.
Meskipun demikian, kawan kepada sepupu Kak Sun itu tidak tahu langsung
kenapa dia merasa takut dan cemas setiap kali dia mahu mengambil basikalnya.
Perkara itu tidak pernah dicakapkannya kepada sesiapa pun dan terus menjadi
rahsia dirinya.
Kak Sun tetap yakin, jika orang yang datang ke kawasan rumah batu
lama, tidak buat hal kurang ajar, usik itu usik ini. Tidak cakap sebarangan
sudah pasti penungggu (pengawal) rumah tidak melakukan apa-apa pada orang yang
datang itu.
Kak Sun pun membuka kisah tentang dua orang kawan kepada abang Mia,
seorang Melayu dari keturunan Bawean, manakala seorang lagi dari Acheh. Tujuan
mereka datang ialah untuk mencari barang-barang antik.
Sebaik saja masuk ke ruang rumah batu lama itu, mereka berlagak
seolah-olah rumah itu sebagai sebuah tempat pameran. Masuk sana, masuk sini.
Usik itu, usik ini dan bercakap ikut sedap mulut saja. Diri Kak Sun mereka tidak
kisah dan pandang semacam saja,
"Nasib baik mereka tak masuk bilik larangan," kata Kak Sun
kepada kami.
"Mereka tak kena apa-apa kak?' Tanya saya.
"Manakah tidak, orang daripada Singapura tu, tiba-tiba menjerit
tidak
tentu
fasal, macam kena rasuk. Orang dari Acheh dibaling dengan batu dan dipukul
dengan kayu, tubuhnya jadi bengkak-bengkak. Tidak tahu, siapa yang memukulnya,
Kedua-dua orang itu terpaksa dibawa keluar dari rumah lama. Sebaik berada di
luar rumah, orang yang menjerit tadi terus berhenti menjerit, orang yang
dipukul tidak kena pukul"
"Jadi mereka tak beli apa-apa pun kak?" Andi Kamarool bertanya.
"Usahkan beli, bertanyapun tidak. Mereka terus cabut," kata
Kak Sun.
Seterusnya Kak Sun beritahu, memang ramai yang datang ke rumah lama
untuk membeli barang antik.Tetapi kebanyakkannya pulang dengan tangan kosong,
mereka terasa semacam ada yang menghalangnya. Kalaupun berjaya memilikinya
tetapi tidak lama, sebulan dia mereka terpaksa memulangkannya semula.
"Selain dari Haji Basilam, siapa lagi yang tahu tentang hal
keluarga Mia dan rumah batu lama ni," Andi Kamarool mula memasang jerat
untuk cungkil rahsia keluarga Mia sebanyak mungkin.
"Ada Andi."
"Siapa orangnya kak?"
"Haji Simpul."
Saya dan Andi segera berbalas pandangan.
"Duduk di mana kak?"
Saya menguluskan pertanyaan.
"Rumahnya, di hujung kampung. Umurnya dah dekat sembilan puluh
tahun. Giginya masih kuat, rambut dah memutih seluruh kepala tetapi penglihatan
dan pendengarannya masih elok. Dia ada menyebut tentang diri Mia pada
kak,"
"Apa katanya tentang Mia kak?" Tanpa sabar saya terus
menyoal.
Andi Kamarool segera melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali
kali.
Soalan dari saya membuat Kak Sun tersintak dan terdiam. Dari air
mukanya dapat saya baca rasa kesal kerana secara tidak sengaja dia menyebut
nama Haji Simpul. Menyedari situasi Kak Sun yang serba tidak kena itu, Andi
Kamarool segera mengemukakan pertanyaan.
"Boleh kak bawa kami jumpa dengannya."
"Nak buat apa?" sepasang biji mata Kak Sun terbeliak besar
macam biji mata getah, merauti wajah saya dan Andi Kamarool. Saya terus
tersenyum. Tidak disangka Kak Sun yang agak pendiam itu memiliki karakter yang
melucukan.
"Bukan apa-apa saya cuma nak tanya rahsia diri dan keluarga Mia,
Bila saya dah tahu rahsia keturunan saya, kalau bagus saya nak jadikan Mia yang
cantik itu isteri saya, Kak Sun," usik Andi Kamarool. Saya ketawa
terkikih, satu pertanyaan yang kira sungguh lucu dari Andi Kamarool.
Perkara yang saya anggap lucu itu, adalah sesuatu yang serius untuk
kak Sun, dia tidak mengira itu adalah sebuah gurauan. Apa yang lahir dari mulut
Andi Kamarool adalah perkara benar yang tidak boleh kira sebagai perkara
remeh-temeh demikian tanggapan Kak Sun.
Kak Sun segera bangun. Berjalan mundar mandir di depan kami. Dua tiga
kali dia menggosok hujung dagu dengan jari telunjuk. Dia betul- betul resah.
Sesekali dia donggak ke arah dahan dan dedaun pokok besar untuk beberapa detik.
Dari situ pandangan dialihkan ke arah awan gemawan yang bergerak lembut
menuju ke arah barat daya. Tiba-tiba dengan cara mengejut dia duduk kembali di
bangku, lalu mata besarnya menatap tubuh Andi Kamarool, dari bawah ke atas
perkara itu diulanginya berkali-kali. Saya pula jadi resah.
“Aku ingat kau tak payah jumpa dia, Andi."
"Kenapa pula kak?"
"Kalau setakat nak tahu rahsia, macam mana nak kahwin dengan Mia,
aku boleh terangkan. Haji Simpul dah cakap pada aku Andi."
"Bila dia cakap dengan kak?" Minggu sudah atau sebulan yang
sudah,"
"Lama dulu, semasa si Badrul dari kampung Bangko mahu masuk
meminang Mia, Masa itulah, kak dengar Haji Simpul menasihati Badrul mencari
anak dara lain di tanah Kerinci ni."
"Sebabnya kak?" soal Andi kamarool lagi.
"Bukan apa-apa, Mia dan Badrul tak selari, tak serasi hidup
sebumbung.
KATA-kata yang pancut dari kelopak bibir Kak Sun membuat saya dan Andi
Kamarool termenung sejenak. Kak Sun menyedari perubahan yang terjadi kepada
kami berdua. Dia seperti tidak berminat untuk meneruskan cerita, jika kami
tidak berusaha memperlihatkan kesungguhan, sudah pasti Kak Sun menyambung
kembali percakapan yang terputus,
"Apa maksud Haji Simpul bercakap macam tu, tak baik mengagalkan
orang yang nak mendirikan masjid," saya cuba menghidupkan kembali suasana
yang sudah menjadi dingin. Andi Kamarool anggukkan kepala, setuju dengan apa
yang saya luahkan. Sementara itu Kak Sun tersenyum panjang. Dua tiga kali dia
menepis lalat hijau yang berpusing-pusing di depan mukanya telapak tangan kiri
sambil merunggut. Apa yang dirungutnya tidak dapat saya dengar dengan jelas.
"Haji Simpul tidak sejahat tu, cakap dan tegurannya bersebab.
Maklumlah cakap orang tua yang banyak pengalaman, sudah mengenali luar dalam
tentang keluarga Mia," nampaknya bersungguh-sungguh benar Kak Sun
mempertahankan manusia yang bernama Haji Simpul itu. Biji matanya tetap ke arah
wajah saya dan Andi Kamarool. Seolah-olah mahu membaca apa yang yang tersirat
di sanubari kami berdua melalui wajah.
Kerana ada kesungguhan dan minat yang mendalam membuat kami serius
dengan apa yang dicakapkannya. Kelopak mata kami tidak berkedip, taktik yang
kami lakukan itu berhasil sehingga tidak menimbulkan sebarang kecurigaan di
hati Kak Sun.
"Anak cucu orang yang keturunan dengan datuk nenek Mia saja yang
boleh menikah dengan Mia. Orang yang tak seketurunan kalau kahwin dengan Mia
boleh mendatangkan kesusahan. Paling tidak rumahtangga mereka tidak aman,
saling bercakaran, tak boleh dapat keturunan. Paling dahsyat si suami jadi
kurus kering dan akhirnya mati tanpa dapat dikesan jenis penyakitnya,"
lanjut Kak Sun membuat bulu roma saya berdiri.
"Tapi....." saya tidak dapat meneruskan percakapan.
"Tapi apa Tamar, cakaplah," sergah Kak Sun.
"Perkara yang mustahil, keturunan datuk nenek Mia bukan Tuhan
yang boleh menentukan kebahagiaan dan kecelakaan orang lain," sanggah Andi
Kamarool,
"Huuuuuuu...tentang itu aku tak tahu, tapi itulah yang dicakapkan
orang-orang tua yang sebaya dengan Haji Simpul. Itulah sebabnya orang tak berani
masuk meminang Mia," kali ini nada suara Kak Sun agak keras.
Saya kira dia mula marah. Bila pendapatnya dipertikaikan. Jelingan
cukup tajam menyelinap ke arah saya dan Andi Kamarool. Kami menyedari yang Kak Sun tersinggung, saya
dan Andi Kamarool membisu
seketika. Masing-masing merenung rerumput di bumi. Kak Sun menajamkan sepasang
bibirnya ke depan sambil matanya merenung ke arah bebunga orkid di bangsal.
Suasana terasa agak sepi, kicau burung tidak kedengaran begitu juga
desiran dedaun, angin bagaikan enggan bertiup. Bila saya merasakan kemarahan
Kak Sun mula menurun, saya segera bersuara.
"lya, saya setuju. Kalau dah orang-orang tua kata macam tu.
Ertinya perkara itu betullah."
Saya lihat air muka Kak Sun berubah menjadi riang. Tidak muncung macam
tadi, malah dia cuba tersenyum.
"Kita ni orang terkemudian, kena percaya dengan cakap orang yang
terdahulu," tambahnya.
"Betul tu Kak Sun," sahut Andi Kamarool. Senyum Kak Sun
bertambah lebar. Jari-jemari tangan kanannya memukul bilah-bilah buluh di
depannya. Dia benar-benar berada di puncak kegirangan.
"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia, Kak Sun?" soal
saya. Kak Sun menggigit lidah. Dahinya berkerut. Dia renung kiri, renung kanan.
Kemudian menarik dan melepaskan nafas dengan teratur. Matanya tetap merenung ke
arah bunga orkid yang berjuntaian. Macam ada sesuatu yang bermain daiam
tempurung kepalanya.
"Orang macam mana yang boleh jadi suami Mia kak?" Ulang saya
lagi. Agak keberatan Kak Sun menjawab pertanyaan yang saya ajukan itu.
"Kata Haji Simpul," Kak Sun mula bersedia menghilangkan
keraguan dalam hati," orang dari keturunan manusia harimau saja yang layak
jadi suaminya, orang-orang tua disini masa dulu, suka sangat mendampingi
binatang secara ghaib, binatang-binatang itu dijadikan sebagai suruhan untuk menjaga
kepentingan keturunannya. Inilah satu-satunya keistimewaan orang-orang tua di
Kerinci masa dulu, Tamar," sambung Kak Sun.
"Pelik, mana ada manusia berasal dari harimau," bantah saya.
"Hei! Harimau jadi-jadianlah, sejak turun temurun."
"Ertinya kalau begitu, bersahabat dengan makhluk jin yang tidak
diketahui sama ada jin itu Islam atau kafir," saya terus berhujah dengan
Kak Sun. Andi Kamarool hanya diam saja. Saya tidak tahu, apakah cara yang saya
lakukan itu disenangi oleh Andi Kamarool.
"Kamu terlalu banyak cerita Tamar. Soal jin, soal syaitan aku tak
tahu.”
Tapi, perkara macam tu selalu dicakapkan di sini kepercayaan tu terus
kekal sampai sekarang, betul atau tidak bukan soalnya. Pokoknya orang- orang di
sini percaya dengan semuanya tu. Itu fasal Mia tak kahwin sampai sekarang,"
Kak Sun renung biji mata saya.
"Macam mana dengan abang Mia? Dia beristerikan orang seketurunan
dengan datuk neneknya" Tanya saya lagi.
'Tidak."
"Kalau begitu, sudah tentu rumahtangga mereka tak bahagia. Porak
peranda,"
"Perkara tu aku tak tau. Menurut Haji Simpul, orang lelaki
keturunan manusia harimau, boleh berkahwin dengan perempuan bukan keturunan manusia
harimau."
"Kenapa begitu, semuanya ni merepek," saya tidak dapat
mengawal perasaan. Nada suara saya cukup keras. Saya tidak mahu memikirkan
apakah sikap saya itu menyinggung perasaan Kak Sun. Saya sudah banyak mengalah.
Sebelum keadaan menjadi lebih gawat lagi, Andi Kamarool terus menepuk bahu
kanan saya dua tiga kali. Muka Andi Kamarool saya tentang.
"Tamar, kamu mesti mendengar apa yang Kak Sun cakap. Dia lebih
tahu tentang hal ni. Dia orang di sini," kata-kata oleh Andi Kamarool
dapat menurunkan tahap kemarahan dan saya dapat mengawal perasaan dengan sebaik
mungkin. Saya segera minta maaf kepada Kak Sun, Sungguh mengejutkan Kak Sun
tidak terasa hati dengan sikap yang saya tunjukkan itu.
"Tak merepek Tamar, ada alasannya. Anak dara manusia keturunan
harimau ganas cepat panas darah. Bila suaminya dari keturunan yang sama, dia
tidak boleh buat sebarangan, kuasa ghaib suaminya, kalau panas sama panas,
ertinya sama-sama kuat mereka kadang-kadang tak dapat keturunan," begitu
bersahaja Kak Sun bersuara,
"Pelik sungguh," sunggut saya,
"Makin lama kau hidup, makin banyak perkara pelik yang kau lihat
dan kau dengar. Manusia itu sendiri sebenarnya memang pelik," saya
tersenyum, Kak Sun seperti berfalsafah. Andi Kamarool terus mengelamun. Entah
apa yang difikirnya, sukar untuk saya teka.
Tiba-tiba Andi Kamarool bangun. Berdiri lurus, kemudian menggeliat ke kiri dan ke kanan. Barangkali, dia mahu menghilangkan
rasa lenguh di seluruh sendi tubuh.
"Bagaimana mahu tahu, seseorang tu dari keturunan manusia
harimau?" Cara mendadak saja Andi Kamarool mengajukan pertanyaan untuk Kak
Sun.
"Bila jumpa Haji Simpul, apakah dia boleh menentukan seseorang
itu dari keturunan manusia harimau?" Datang pula pertanyaan dari saya.
Pertanyaan yang bertalu-talu itu tidak pula membuat Kak Sun kelam kabut Dia
nampak tenang.
"Ada tanda-tanda tertentu, kalau susah mencari tanda-tanda tu,
jumpa Haji Simpul. Dengan sekali pandang saja dia boleh kenal sama ada
seseorang itu dari keturunan manusia harimau," dua pertanyaan yang
dikemukakan dijawab oleh Kak Sun sekaligus.
"Antara tanda-tanda lelaki dari keturunan manusia harimau tentu
ada yang kak tahu?" Saya renung muka Kak Sun.
Dia termenung sejenak.
"Tak banyak sikit, mesti ada yang Haji Simpul cakapkan pada Kak
Sun," susul Andi Kamarool.
"Antara tanda-tandanya, alur bibirnya terlalu dalam. Jika
bermisai, sebelah kiri dan kanan, keras dan luar biasa panjangnya, walaupun
dipotong setiap hari, tetap panjang. Sekelompok rambut di tengah ubun- ubun
berwama kemerahan berbelang putih hitam. Bila marah selalu mahu mengaru
dinding-dinding atau mencakar tanah sambil mengeluarkan suara menderam dan pada
masa itu bauk di kiri kanan pipi bertukar menjadi lebat dan bulu roma di muka
terus bermunculan. Bila tidur malam berdengkurnya macam kucing mahu
bergaduh."
'Terima kasih Kak Sun " kata saya sebaik saja Kak Sun berhenti
bercakap, Dia terus tersenyum tetapi, matanya terpaku ke wajah Andi Kamarool,
macam ada sesuatu yang dicarinya.
"Apa kamu berdua ada tanda-tanda yang aku sebutkan tadi."
"Saya tak ada."
"Macam mana dengan kamu Andi?"
"Saya tak tahu apa nak kata, terpulanglah pada Kak Sun,"
jawab Andi Kamarool dan disambut oleh Kak Sun dengan ketawa panjang.
No comments:
Post a Comment