Macam tadi juga, sebaik sahaja dia melepasi bendul pintu dan memijak anak tangga, daun pintu tertutup sendiri. Tidak lama kemudian terdengar suara ngauman harimau.
"Pelik,
setiap kali keluar dari rumah, mesti ada suara harimau," saya memancing
dengan harapan Haji Basilam akan bercakap tentang kejadian yang baru berlaku.
Ternyata Haji Basilam tidak memberi sebarang reaksi.
"Pelik
juga Tamar," kata Andi Kamarool.
Saya
anggukkan kepala.
Taktik
kami mengena. Haji Basilam nampak resah dengan dialog-dialog yang kami luahkan.
"Dia
gadis yang baik...," Haji Basilam tidak meneruskan percakapan.
Matanya
merenung kearah daun pintu yang tertutup rapat.
"Dia
gadis apa Tuk Aji?"Soal Andi Kamarool.
"Lain
kali sahaja aku cerita," memang terasa suara Haji Basilam agak lemak. Dia
mengalihkan pandangan dari daun pintu ke arah ludung saji yang menutup
hidangan.
"Kita
sembahyang isyak dulu, kemudian baru makan."
Semua biji
mata tertumpu ke arah datuk yang sudah berdiri didepan sejadah mengadap kiblat.
Dia bersedia untuk menjadi imam. Kami segera bangun dan berdiri ke belakang.
Sembahyang pun bermula. Bacaan fatihah dan surah lain terasa syahdu meresap
kedalam jiwa, memecah bening malam. Rukun Islam yang kedua itupun selesai
disempurnakan.
Dan acara
selanjutnya ialah mengisi perut dengan hidangan yang disediakan oleh Mia. Datuk
dan Haji Basilam makan sekadar untuk kenyang. Tetapi, saya dan Andi Kamarool
makan dengan semahu-mahunya. Akibatnya, kami tersandar didinding dengan
sepasang kaki diluruskan. Bila bernafas terasa agak kurang selesa.
Tidak
banyak kegiatan yang dapat dilakukan bila perut penuh. Selain dari memasang
angan-angan, lubang telinga terus diasak dengan bunyi cengkerik dan desiran
angin yang menyentuh dedaun. Sekali-sekala terdengar salakan anjing liar di
samping suara jampuk yang sekejap panjang dan sekejap pendek.
Kerana tidak
selesa dengan tindak-tanduk datuk yang sering menjeling dan merenung ke arah
kami. Saya segera beredar ke arah sudut ruang. Tidak berapa lama kemudian, Andi
Kamarool turut serta.
Berlabuh
disudut ruang memanglah selesa dan aman, terlepas dari pemerhatian datuk.
Meskipun berada tidak jauh dari meja tulis ayah Mia, saya tidak cemas, sebabnya
apa yang ada disitu tidak diusik. Saya tahu, kalau diusik risiko besar ada
menanti.
Bila bebas
dari pandangan datuk, saya dan Andi Kamarool banyak memperkatakan tentang Mia.
Dia cantik dan penuh dengan misteri.
"Anak
dara Jambi ni memang cantik," cetus Andi Kamarool.
"'Betul Andi, bentuk tubuhnya, kulilnya,
senyumnya. Masakannya juga sedap. Tapi..."
"Apa
dia Tamar."
"Rahsia
dirinya yang boleh menimbulkan masalah pada sesiapa yang berkasih atau menjadi
suaminya."
Andi
Kamarool anggukkan kepala. Dia termenung panjang. Barangkali dia sedang
menganalisa kebenaran dari ungkapan yang saya luahkan. Sama ada betul atau
sebaliknya.
Malam yang
terus bergerak membekalkan kedinginan buat kami. Perut yang berat mula terasa
ringan. Dua tiga kali saya dan Andi Kamarool menguap. Suara cengkerik semakin
garang, suara jampuk semakin ghairah memuja bulan.
"Aku
mengantuk Tamar."
"Kalau
begitu, jum kita masuk bilik."
"Kamu
agak pukul berapa sekarang Tamar."
"Pukul
sebelas malam, agaknya Mia sudah tidur."
"His "
kata Andi Kamarool yang saya sambut
dengan senyum panjang. Kamipun bergerak dari hujung ruang tamu menuju kebilik
untuk merebahkan tubuh.
"Hai
orang berdua, pandai-pandai pula mencari bilik. Sepatutnya kamu berdua tidur
dianjung rumah Mia," usik Haji Basilam.
Langkah
saya dan Andi Kamarool terbantut di depan pintu bilik. Tidak tahu, sama ada mahu
melangkah bendul bilik atau berdiri didepan pintu. Haji Basilam ketawa kecil
melihat keadaan kami yang serba tidak kena. Datuk tidak ambil peduli dengan apa
yang berlaku. Dia terus membaca Quran.
"Masuk
sajalah orang muda," lantang sungguh suara Haji Basilam. Saya dan Andi
Kamarool pun meneruskan langkah yang terhenti. Sebaik sahaja berada di dalam
kamar, kami terus menghempaskan tubuh atas ranjang.
Terlentang
merenung lelangit, lebih dari lima minit kami berkeadaan demikian. Walaupun terasa
mengantuk tetapi, kami tidak dapat tidur. masih berpusing-pusing kiri dan
kanan. Kami rasa resah semacam. Anehnya, kami tidak pula berkata-kata,
masing-masing dengan hal sendiri.
KEPALA
SAYA tidak
tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala Andi Kamarool. Tetapi, apa yang pasti
saya tetap memikirkan tentang keanehan yang mengelilingi diri Mia.
"Eh,
Tamar. Pintu bilik terbuka."
Saya
segera panggungkan kepala, renung ke arah pintu bilik. Saya pasti daun pintu
itu saya yang menutupnya tadi. Malah, selaknya saya kenakan sekali, Pelik
sungguh! Bagaimana pintu itu boleh terbuka?
"Aku
yang tutup tadi, Andi."
"Aku
tahu, aku nampak kamu buat."
Biji mata
kami tidak berkelip merenung pintu yang terdedah. Saya mula terasa seram sejuk.
Bulu roma tegak berdiri. Salakan anjing liar mendayu-dayu panjang bersama suara
burung hantu.
"Ehhh...
Tamar," kata Andi Kamarool.
"Ada
benda ganjil," balas saya.
Mata kami
terbeliak dan mulut terlopong. Tidak dapat meneruskan seperti ada sesuatu yang
menghalang suara kami keluar. Tekak terasa
Perit dan
pedih, kelopak mata serta-merta berair membuat pandangan menjadi kabur. Tetapi,
semuanya tidak dapat menutup pandangan kami ke arah pintu bilik yang mulai
dikuasai asap nipis. Di tengah-tengah kepulan asap nipis itu muncul sesusuk
tubuh.
Dari
pengamatan saya ketika itu, orangnya tinggi, memakai serban kuning dan warna
jubahnya tidak dapat dilihat dengan jelas. Berdiri gagah dimuka pintu dan kedua
belah tangannya menopang jenang pintu.
Ada
bayang-bayang harimau sumatera setinggi pinggang berdiri di sisi kanannya. Mata
harimau dan lembaga manusia itu merenung tajam ke arah saya dan Andi Kamarool.
Saya jadi cemas, bila melihat lembaga itu mengangkat jubahnya separas dada dan
dia seperti mahu menerkam kearah kami.
Saya
menarik nafas panjang dan rasa cemas di dada beransur kurang. Mata lembaga dan
harimau lidak lagi memandang ke arah saya dan Andi Kamarool. Beberapa minit
kemudian harimau dan manusia itu hilang dari penglihatan saya, begitu juga
dengan kepulan asap nipis. Perlahan-lahan daun pinlu tertutup rapat. Saya dan
Andi Kamarool seperti baru tersedar dari lamunan yang panjang.
"Kamu
nampak apa yang terjadi dekat pintu tadi Tamar?"
"Aku
nampak Andi."
"Apa
yang kau nampak?"
"Kepulan
asap, manusia dan harimau."
"Sama
macam apa yang aku nampak."
"Merbahaya
kita tinggal dibilik ini."
"Aku
fikir tidak merbahaya, mereka datang sekadar ingin melihat kita, kata Andi
Kamarool.
Dia cuba
mendamaikan perasaan dirinya dan diri saya yang agak kacau dan bimbang.
"Aku
harap apa yang kamu katakan memang betul," kata saya lalu menekan muka ke
permukaan bantal. Tidak mahu melihat ke arah pinlu bilik. Saya tidak tahu, apa
yang Andi Kamarool lakukan. Mungkin mengikuti apa yang saya bual. Boleh jadi
dia sedang merenung lelangit atau merenung pintu bilik. Dan akhirnya saya terus
terlelap.
Tidur yang
menyenangkan itu lergugat juga. Andi Kamarool mengoncang tubuh saya beberapa
kali. Pada mulanya keberatan membuka kelopak mala. Tetapi, memikirkan ada
sesuatu yang penting, saya terpaksa membuka kelopak mala.
'Kenapa
Andi, buat kacau saja," lahir rungutan dari kelopak bibir. Saya tidak
dapat menyembunyikan rasa marah yang bergelora di dada. Akhirnya, degree
kemarahan saya terus menurun, bila Andi Kamarool membuat wajah kasihan.
"Subuh
dah dekat."
'Tapi aku
rasa baru saja tidur Andi."
"Aku
tidak bohong, kalau tak percaya pergi tengok, diruang tengah rumah,
Tamar."
"Hummm..."
Saya
melompat dari katil dan melangkah perlahan ke arah pintu bilik. Dari celah pintu,
saya mengintai ke ruang tengah. Datuk sedang melakukan sembahyang sunat fajar.
Haji Basilam baru saja keluar dari bilik air.
Saya
kembali ke katil dan terus baring. Andi Kamarool yang tadi duduk ditepi katil
turut baring sambil menarik gebar. Saya dan Andi Kamarool berpandangan, bila
pintu bilik diketuk dengan kuat. Kami mendiamkan diri.
"Andi,
Tamar, bangun sembahyang subuh bersama kami," suara Haji Basilam lembut
dan ketukan dipintu turut perlahan, tidak sekuat tadi. Kami terus diam.
'Tamar,
Andi bangun sembahyang subuh dengan kami," suara yang bertukar menjadi
keras, ketukan pintu bilik bertukar kuat.
"Pak
Aji, kami sembahyang sekejap lagi, Tamar belum jaga lagi," kata Andi
Kamarool. Tidak lama kemudian terdengar tapak kaki menuju ke arah datuk. Mereka
meneruskan sembahyang subuh.
CEPAT
"KAMU
bijak Andi, cepat bertindak. Kalau tidak berdalih, sudah tentu kita terpaksa
berjemaah dengan dia orang, boringlah," kata saya sambil bangun duduk
memeluk lutut. Andi Kamarool tersengih panjang menerima pujian.
"Aku
tahu apa yang kamu fikirkan Tamar. Tapi sebenamya ada cerita lain yang nak aku
cakapkan pada kamu."
"Apa
cerilanya Andi?"
"Cerita
yang menakutkan," Andi Kamarool terus bangun dan duduk.
Dia
membeliakkan sepasang biji matanya ke arah saya. Tingkah laku yang diperlihatkannya
membuat saya menjadi gementar. Dan rasa ingin tahu terus bergelora dalam hati.
Andi Kamarool seperti keberatan untuk meneruskan ceritanya dengan segera. Dia
renung lelangit, renung lantai dan renung apa saja yang ada dalam bilik.
"Apa
dia, ceritalah. Kalau kamu tidak mahu cerita, aku keluar dari bilik ini,"
saya terpaksa melakukan ugutan untuk memaksa Andi Kamarool membuka rahsia.
Ternyata, cara yang saya lakukan ini mendatangkan hasil.
"Aku
mimpi, berjalan dengan Mia di pantai. Kami berpimpin tangan. Entah macam mana
muncul lelaki tua, dia rampas Mia dari aku. Mia rela dirinya ditangkap oleh
orang tua. Sebelum mengusung Mia lelaki tua ilu menampar aku. Dalam masa yang
sama lelaki tua itu bertukar menjadi harimau untuk ditunggang oleh Mia. Pelik
sungguh, harimau dan Mia bergerak dalam ombak. Aku tersedar dari tidur bila
ombak besar datang ke arah aku."
"Masa
kamu terjaga itu pukul berapa?"
"Aku
tak dapat agak pukul berapa tapi, masa datuk dah berhenti baca Quran."
Saya
termenung panjang mendengar cerila itu. Mimpi yang dialami memang menyeramkan
dan menakutkan. Tetapi, saya kira Andi Kamarool tidak menceritakan semua
peristiwa yang dialaminya. Masih ada yang dirahsiakan dari saya.
"Lepas
lu kamu sambung tidur?" lanya saya.
Andi
Kamarool garu pangkal dagu dua tiga kali.
"Aku
tidak dapal tidur hingga subuh," katanya.
"Kamu
nampak sesuatu yang ganjil dalam bilik ini, kemudian kamu kejulkan aku,"
saya mula menduga. Andi Kamarool terkejul.
"Hai,
kamu macam lahu-tahu aje, agaknya kamu tak tidur Tamar."
"Aku
cuma main agak-agak aje."
"Tapi
tepat, memang aku nampak bayang-bayang orang berjalan dari bucu ke bucu bilik,
sambil berjalan orang itu membilang tasbih, sesekali dia merenung kearah kita
berdua."
"Sudahlah
Andi, lupakan saja perkara lu." Aku terus mengajak Andi Kamarool ke bilik
air untuk mandi dan mengambil air sembahyang. Andi Kamarool akur dengan permintaan
saya.
Solat
subuh pun kami sempumakan dalam bilik. Kerana menyedari tidak menyambung tidur.
Kami keluar dari bilik menuju ke ruang tengah menemui daluk dan Haji Basilam
yang baru sahaja selesai melakukan senaman.
"Bila
Pak Aji berangkat?" Tanya Andi Kamarool.
"Sebelum
matahari terbit," jawab datuk. Kami anggukkan kepala dan bersedia mahu
duduk. Tiba-liba terdengar ketukan pinlu. Saya terus menerpa kesitu dan membuka
pintu.
"Untuk
makan dan minum pagi, air kopi dan sedikit kuih."
Mia
menghulurkan talam, segera saya sambut.
"Masuk
dulu Mia," pelawa Haji Basilam dan permintaan itu tidak dihampakan Mia.
Hidangannya yang saya tatang segera saya letakkan ke atas lantai. Mia pun
mengaturkan cawan dan menuangkan kopi.
Dari pintu
terdedah saya sempat menjeling keadaan alam di luar yang samar-samar. Kokok
ayam jantan masih kedengaran.
"Semua
barang-barang dah siap, ayah."
"Dah
siap, kau tengoklah tu," sambil keiawa Haji Basilam meluruskan jari
telunjuknya ke arah dua buah beg rotan yang terasa di tepi dinding.
KOPI
MELIHAT
Haji Basilam dan Andi Kamarool menghirup kopi panas, keinginan saya terus
memuncak, tanpa segan silu, kopi terus saya hirup. Badan terasa segar. Kemudian
kami terus menjamah goreng pisang.
"Kenapa
minum sikit?"
Mia renung
wajah datuk. Dia terasa aneh, bila datuk menuangkan kembali air kopi dalam teko
tembikar sehingga air kopi dalam cawan linggal separuh.
"Saya
jarang minum pagi," jawab datuk.
"Dia
memang begitu Mia, tak suka minum kopi, kecuali air dingin.
Makan kuih
pun sikit," Haji Basilam ikut campur dalam perbualan.
Datuk
tersenyum panjang. Saya dan Andi Kamarool terus memamah goreng pisang.
"Begini
Mia, lepas minum ni, kami berdua nak pergi terus ke Sungai Penuh, terima kasih
kerana kamu menghantar minum pagi, kalau tidak kami makan pagi di Sungai
Penuh," Haji Basilam memberi penerangan.
"Cepat
sangat nak pergi, tak boleh nak tunggu semalam dua lagi."
'Tak boleh
Mia, biar cucu saya si Tamar dan Andi Kamarool tinggal di sini dua tiga
malam," datuk renung muka saya dan Andi Kamarool.
"Dengar
cerita mereka ada urusan dengan kamu," tambah daluk.
"Katanya
begilulah," tutur Mia dalam nada suara lembut. Saya lihat Haji Basilam
tersenyum panjang.
Sesungguhnya,
kehadiran Mia di subuh yang dingin memberikan kehangatan dalam diri saya dan
Andi Kamarool. Kalau boleh, bila datuk dan Haji Basilam keluar dari rumah, biar
Mia berada di ruang rumah hingga malahari terbit. Kami mahu bercakap dengannya,
kami mahu menatap senyum, kami mahu bercanda dengannya.
'Kalau
begitu saya ucapkan selamat jalan. Biar saya balik dulu," kala Mia sambil
menatang talam unluk membawa cawan, piring dan teko yang belum dibersihkan ke
rumah batu. Tindakan Mia itu mengejutkan kami, kenapa dia tergesa-gesa mahu
pulang, fikir saya.
"Ayah
cuma mahu minta satu perkara saja pada kamu, Mia." "Apa dia
ayah?"
Mia segera
menentang sepasang biji mata Haji Basilam. Datuk tunduk merenung lantai. Dan
kami resah menanti kata-kata yang bakal dihamburkan oleh Haji Basilam.
"Apa
dia yang ayah harapkan pada saya," ulang Mia.
"Ayah
harap kamu dapat tunaikan permintaan budak berdua ni."
"Usah
bimbang, selagi terdaya, saya tetap bantu mereka," balas Mia dan dia pun
mengatur langkah menuju ke muka pintu. Datuk dan Haji Basilam segera mengiringinya.
Kerana lidak mahu disebut 'orang muda' tidak ada budi bahasa, saya dan Andi
Kamarool turut mengiringi Mia ke ambang pinlu.
"Selamat
jalan, jangan bimbang mereka selamat di sini," Mia mengulangi janjinya
pada datuk dan Haji Basilam. Dia pun memijak anak tangga pertama dan beberapa
saat kemudian, Mia hilang dalam kabus subuh yang sedang bangkit di permukaan
bumi.
MATAHARI
Seperti
yang janjikan, sebelum matahari muncul di kaki langit, Haji Basilam dan datuk
turun dari rumah.
"Kami
nak hantar, boleh tak?" Saya mengajukan pertanyaan. "Boleh tapi
sampai pintu pagar rumah batu, tak boleh lebih dari itu"
Haji
Basilam mengenakan syarat. Kami mengangguk. Sambil melangkah menuju ke pintu
pagar, otak saya berpular ligat, kenapa saya dan Andi Kamarool tidak diizinkan
menemani hingga ke gigi jalanraya. Apakah perkara yang mahu disembunyikan oleh
Haji Basilam dan Datuk dari pengetahuan kami berdua.
"Kenapa
sampai dekat pinlu pagar? Bukankah lebih baik, kalau kami hantar sampai tepi
jalan setidak-tidaknya, kami dapat tahu juga Pak Aji dan datuk naik apa?
Tumpang lori, naik teksi atau bas," Andi Kamarool memecahkan persoalan
yang bermain dalam tempurung kepala. Daluk dan Haji Basilam tersentak dengan
pertanyaan itu. Langkah segera
berhenti.
"Untuk
keselamatan kamu berdua, juga kepentingan kami, lain tak ada apa-apa,"
lutur Haji Basilam dengan lenang, setenang suasana subuh
dingin.
"Kerana
itu, eloklah kamu berdua balik ke rumah," datuk mengeluarkan cadangan.
Buat
sekian kalinya saya dan Andi Kamarool berpandangan. Jarak dari tempat kami
berdiri dengan pintu pagar, kira-kira dalam dua puluh kaki.
Ertinya,
saya dan Andi Kamarool masih boleh bergerak unluk menemani datuk dan Haji Basilam
hingga ke pintu pagar. Tetapi. kesimpulan dari kata-kata yang diluahkan oleh
datuk, menyatakan seolah olah menyatakan memadai sajalah kami menemani mereka
sehingga disini.
"Kalau
itu yang diinginkan, kami terima. Kami berdoa perjalanan Pak Aji dan datuk
selamat, diberkati Allah dan tidak menghadapi sebarang masalah," Andi
Kamarool melempiaskan doa dan harapan.
"Aku
harap, doa kamu berdoa diberkati Allah," balas datuk. Kamipun bersalaman.
Tidak ada kata-kata selanjutnya, samaada dari pihak kami, mahupun pihak datuk
dan Haji Basilam.
Kami berpatah
balik ke rumah papan. Datuk bersama Haji Basilam meneruskan perjalanan menuju
ke gigi jalanraya. Kira-kira, lebih enam belas langkah dari tempat berhenti tadi.
Kami segera menoleh ke belakang untuk mengetahui sama ada datuk dan Haji
Basilam sudah sampai ke tepi jalan atau tidak. Malangnya, mereka lidak
kelihatan, ghaib entah kemana. Kalau mahu sudah menaiki kenderaan, kami tidak
mendengar bunyi kenderaan lalu atau berhenti.
"Agaknya,
mereka ada jalan rahsia, itulah sebabnya mereka tidak mahu kila hantar sampai
ke tepi jalanraya," terhambur kata-kata itu dari kelopak bibir secara
tidak sengaja. Andi Kamarool terus berhenti dan memintas dan berdiri di hadapan
saya. Kedua belah tangannya memegang kedua belah sayap bahu. Langkah saya
terhenti, kami berpandangan.
"Kenapa
Andi?"
"Kamu
masih memikirkan tentang mereka Tamar?"
"Iya,"
saya angguk kepala.
'Tak perlu
difikirkan, mereka orang tua, banyak pengalaman, banyak ilmu."
'Tapi,
perkara ilu memang menimbulkan tandatanya dalam hati aku, Andi."
Saya lihat
Andi Kamarool menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua belah telapak tangannya yang
jatuh ke dua belah sayap bahu saya segera diangkat dan diluruskan. Andi
Kamarool tahu, penjelasannya tidak memuaskan hati saya.
"Begini
Tamar, mereka tidak ada jalan rahsia tapi..."
'Tapi
mereka ada jalan pintas," potong saya.
"Iya
Tamar, bukan setakat jalan pintas tetapi, mereka bergerak atau berjalan
mengikut arah angin. Itu sebabnya mereka mesti bergerak awal, sebelum matahari terbit,
sebelum angin bertiup," bersama wajah ceria Andi Kamarool membuka rahsia.
"Itu
rahsia mereka yang mahu disembunyikan dari kita berdua," itu komentar
saya.
"Barangkali
boleh jadi cakap kamu tu betul, boleh jadi tidak betul. Apa yang aku tahu, lalu
di jalan pintas ada petua tertentu..." Andi berhenti bercakap, dia segera
mengajak saya menyambung langkah yang terhenti. Kicau burung mula terdengar,
angin pagi mula mengusik dedaun di hujung ranting.
"Apa
petuanya Andi?"
"Aku
pemah mengamalkannya, pertama mesti berjalan separuh berlari dan menentukan
angin datang dari arah belakang yang boleh mempercepatkan langkah kita, tidak
boleh bercakap, disamping membaca beberapa ayat tertentu dari Quran. Aku pemah
membuat kerja semacam ni, sehingga ada orang mengatakan aku mangamalkan ilmu
ghaib, sebenamya tidak," jelas Andi Kamarool.
Kerana aku
tidak memberikan sebarang komentar tentang perkara tersebut, Andi kamarool
tidak melanjutkan cerita. Kami terus
berjalan.
Kali ini langkah kami panjang kerana mahu cepat sampai ke rumah papan. Walaupun
begitu, saya terasa seperti ada sepasang mata mengintai gerak langkah kami dari
rimbunan pokok kecil. Saya berusaha menyingkirkan perkara yang bukan-bukan dari
bermain dalam kepala saya.
CAHAYA
DI kaki
langit mula kelihatan kemerah-merahan mengembang, awan nipis seperti menjauhkan
diri dari cahaya tersebut. Kicau burung mula beransur rancak, suasana yang
subuh mula menipis. Sewaktu berbelok ke kanan untuk memasuki ke kawasan rumah
papan, Andi Kamarool tepuk saya.
"Ada
apa Andi?"
"Aku
macam ternampak kelibat manusia, berjalan dibalik pokok-pokok kecil, tak apa.
Kita jalan terus," itu yang dicadangkan oleh Andi Kamarool. Tidak ada
bantahan dari saya. Apa yang dapat saya kesan, Andi Kamarool memperlahankan
langkah, saya fikir dia sedang membuat helah untuk menjarakkan dirinya dengan
saya. Dan saya tidak mahu memikirkan tentang perkara itu. Saya terus melangkah.
Dia tertinggal di belakang dalam jarak agak jauh juga.
No comments:
Post a Comment