Tanpa
membuang masa, secara perlahan-lahan saya dan Andi Kamarool bergerak ke arah
Mia. Di saat kami mendekatinya, Mia berusaha menjauhkan diri. Dia seolah-olah
memberitahu, agar dirinya jangan diganggu.
Tindakkan
Mia sungguh mengejutkan . Bahu kiri Andi Kamarool segera saya singgung.
“Hati-hati
saja Tamar, “ bisik Andi Kamarool.
Saya
anggukkan kepala.
Tanpa
ambil kisah atas kehadiran kami, Mia terus melangkah ke bahagian kepala kubur.
Kami bertukar pandangan, tidak tahu apa yang harus dilakukan .
Dalam
cuaca samar yang kian memberat itu, kelihatan dedaun buluh yang tua berguguran,
meskipun pada saat itu angin tidak bertiup. Dedaun buluh yang gugur terus
tersadai atas batu kuburan.
“Bagaimana
Andi?” Tanya saya perlahan.
“Berdiri
di sini, kita tengok apa yang dibuatnya.”
“Baiklah,
” jawap saya lemah
Mia
terus melangkah ke bahagian kepala kubur. Berdiri di situ sambil memeluk tubuh.
Beberapa minit kemudian, dia terus melutut sambil menundukkan kepala. Saya jadi
resah, bila melihat sepasang bibir Mia bergerak pantas. Dia seolah-olah
berdialog dengan longgokkan batu yang kaku.
Kalau
tadi, saya melihat dedaun buluh yang tua gugur, kini saya menyaksikan pula
dedaun buluh yang muda dan segar berjatuhan, Pepohon buluh bagakan digoncang
leh sesuatu. Saya kira makhluk yang mengoncang perdu buluh itu, mestilah
makhluk yang luar biasa besarnya dengan kekuatan yang tidak dapat diramalkan.
“Andi,
kita dalam bahaya,” dalam resah saya berbisik lagi.
“Bertenang
Tamar, kita tengok sampai habis apa yang dibuatnya.”
“Aku
bimbang Andi.”
“Usah
bimbang, bertenanglah Tamar.”
Saya
kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut
memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-jolok tanah melalui celah-celah
batu gunung dang sungai yang berlonggokkan.
Saya
kembali menumpukan perhatian kepada Mia. Dan saya lihat Mia yang melutut
memanfaatkan jari telunjuk kanannya, menjolok-jolok tanah melalui celah-celah
batu gunung dan sungai yang berlongokkan.
Kemudian,
kedua belah tangannya digengam (penumbuk) dan longgokkan batu di depan
ditumbuknya bertubi-tubi. Mia sudah kesurupan (tidak sedarkan diri) rambutnya
yang panjang mula mengerbang, menutup seluruh wajah dan sebahagian dadanya.
Di
saat perhatian saya dan Andi Kamrool tertumpu kepada Mia, terdengar desiran
angin yang cukup kuat. Dedaun buluh yang tersadai atas batu kubur terus
berterbangan. Suara burung gagak, burung hantu dan suara kucing hutan mula
kedengaran, saling bersahut-sahutan. Mia masih macam tadi, terus menumbuk batu
kuburan. Tiupan angin yang kuat membuat saya dan Andi Kamarool hampir jatuh.
"Hee..Hee...heee...."
terdengar suara jeritan perempuan yang cukup keras dan tinggi sekali.
"Mia
menjerit." hati kecil saya berkata sendirian. Tetapi, akhimya saya yakin,
itu bukanlah suara jeritan Mia. Jeritan itu datang dari sebelah kiri perdu
buluh.
LEMAH
TIUPAN
angin beransur lemah dan akhimya, berhenti terus. Suara gagak turut hilang,
begitu juga dengan suara burung hantu dan kucing hutan. Rambut Mia yang
mengerbang dan menutup wajahnya, kelihatan bergerak kembali kepada kedudukan
asal. Saya lihat rambut itu bergerak lembut, macam ada tangan halus yang
membelainya. Tidak sampai lima minit rambut Mia nampak rapi dan cantik, seperti
baru Iepas disikat atau disisir.
Kalau
tadi, Mia melepaskan tumbukan yang bertalu-talu ke arah batu kubur. Kini,
tumbukan itu beransur lemah. Dia bagaikan sudah kehabisan tenaga. Suasana yang
tadi terasa seram dan amat menakutkan bertukar menjadi tenang dan damai,
bagaikan tidak ada apa berlaku di sekitar kawasan kubur tersebut. Tanpa diduga,
Mia rebah terkulai di depan kubur.
"Bantu
dia Andi".
"Jangan
Tamar".
Saya
menarik nafas mcndengar kala-kata Andi Kamarool itu. Hati kecil saya kesal
kerana dia tidak mahu membantu Mia. Tidak berapa lama berselang, Mia kembali
kepada kedudukan asalnya.
"Andi,
harimau".
Terpancut
kata-kata itu dari kelopak bibir saya.
"Tamar,
ada mata tengok, ada telinga dengar. Jangan banyak tanya dan jangan banyak
soal," bisik Andi Kamarool.
Sesungguhnya,
saya tergamam dan terkejut melihat kemunculan seekor harimau besar dari arah
belakang Mia. Harimau itu mengoyang-goyangkan ekornya, menjilat-jilat badan dan
telapak kaki kanannya. Begitu jinak dan manja sekali.
Di
saat Mia memusingkan badannya untuk melihat saya dan Andi Kamarool. Dengan sekelip
mata harimau besar itu hilang dari pandangan. Mia segera melangkah mendekati
kami. Ketika itu hari sudah gelap.
"Bagaimana?"
Itu ungkapan pertama yang dilontarkan kepada kami.
"Maksud
kamu?" Soal Andi Kamarool.
"Iya,
kamu sudah tengok sendiri dan terpulanglah kepada kamu berdua. sama ada mahu
percaya atau tidak. Sama ada mahu disimpan sendiri atau mahu diceritakan kepada
orang lain.
Dalam
cuaca gelap yang kian memberat itu, saya dan Andi Kamarool saling bertukar
pandangan.
"Iya.
kami dah tengok Mia," ujar saya.
"Apa
pendapat kamu berdua?"
'Tak
berani nak beri pendapat," tingkah Andi Kamarool.
"Kalau
sudah tak tahu nak beri pendapat, eloklah kita balik ke rumah. Waktu maghrib
dah dekat".
"Ayuh,"
serentak saya dan Andi Kamarool menyokong.
Kami
bertiga pun mengatur langkah pulang dalam suasana gelap yang kian memberat.
Tetapi, di kaki langit masih ada awan jingga yang kian menipis. Dada langit
masih cerah bersama awan putih yang berarak lembut.
Sebaik
saja sampai di pintu rumah besar, sayup-sayup terdengar alunan suara azan
maghrib yang datang dari perkampungan berdekatan.
"Masuk
Tamar," pelawa Mia.
Saya
keberatan untuk melangkah masuk. Tetapi, bila Andi Kamarool angkat kaki kanan
untuk melangkah masuk ke rumah batu yang besar itu. Bahunya segera saya paut
dari belakang.
"Kenapa
Tamar?"
"Tunggu
sampai azan habis".
“Oh,
ya".
Andi
Kamarool patuh dengan cakap saya. Dia tunggu sampai azan tamat. Tetapi, bila
dia mahu melangkah kembali, saya segera bertindak macam tadi.
Temyata
tindakkan yang saya buat menimbulkan keraguan dalam diri Andi Kamarool. Dia
kerutkan dahi sambil menatap wajah saya tanpa berkedip. Malah, Mia yang sudah
berada di hadapan pintu rumah turut merasa aneh dengan tindak-tanduk yang saya
lakukan itu.
"Kenapa
Tamar? Kamu ni ganjil sungguh".
"Kita
sembahyang di rumah papan".
Dialog
antara saya dengan Andi Kamarool dapat didengar oleh Mia. Dia segera keluar
dari rumah. Wajah saya dan Andi direnungnya berkali-kali.
"Jadi,
kamu berdua tak mahu tidur di anjung rumah saya".
"Ehhhhhh...."
saya tidak meneruskan kata-kata.
"Kamu
berdua takut?" Susul Mia lagi.
"Tidak
Mia, tapi apa Tamar".
"Mia
jegilkan biji matanya ke arah saya. Mukanya mula merah.
"Bukan
takut, saya cuma ragu Mia," saya menyambung kembali percakapan yang
terputus.
Alasan
yang saya luahkan, kurang disenangi. Mia menarik dan melepaskan nafas lemah.
Dia tersenyum, cuba menyembunyikan rasa hampa dari pengetahuan saya dan Andi
Kamarool. Temyata usahanya itu tidak berhasil. Resah hatinya dapat disorot dari
air mukanya.
"Sekarang
cakap, apa yang kamu ragukan Tamar?" Mia minta kepastian.
"Entah,
aku sendiri pun tak tahu Mia. Cara tiba-tiba saja, hati tak sedap, macam ada
yang tak kena.
"Sepatutnya
tidak begitu," kata Mia sambil merenung wajah saya dan Andi Kamarool, silih
berganti, semuanya sudah aku cakapkan, semuanya sudah aku tunjukkan, aku tak
mahu berselindung. Aku tak mahu kamu berdua memikirkan perkara yang bukan-bukan
pada aku. Walau apapun terpulanglah kepada kamu berdua," Mia mengakhiri
kuliah pendeknya dengan sebuah keluhan.
TERPAKU
SAYA
dan Andi Kamarool terpaku sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menghargai
kejujuran dan keikhlasannya. Saya dan Andi Kamarool sudah melukakan
perasaannya.
"Sebenamya
begini Mia..." saya tidak dapat menyambung rangkaian kata selanjutnya. Dan
Mia mula melahirkan protesnya secara terang-terangan.
Dia
melangkah dua tiga tapak ke depan (keluar dari pintu rumah), dan berhenti. Dia
besar, bila dia memusingkan badannya secepat kilat, bertentang wajah,
bertentang mata dengan kami. Saya berdebar. Sinar matanya cukup tajam dan
garang, macam mata anak harimau jantan yang lepas.
"Sama
ada kamu berdua nak tidur atau tidak, itu adalah hak kamu berdua. Cuma yang
peliknya, tadi kamu berdua bersungguh-sungguh nak tidur di anjung rumah".
"Iya,
kami faham," celah Andi Kamarool.
"Kamu
berdua selalu berkata macam tu, sedangkan yang sebenamya kamu berdua memang
tidak faham," nada suara Mia agak keras.
"Begini
Mia," Andi Kamarool terus bersuara.
"Begini
apa lagi Andi, aku dah bagi tahu pada kamu berdua. Aku tak ada apa-apa. Apa
yang terjadi dan apa yang kamu lihat semuanya terjadi di luar kemahuan aku. Ada
masanya, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku" Mia tidak putus asa, terus menerangkan
kedudukan dirinya yang sebenar.
Kerana
tidak mahu perkara itu berlanjutan. Saya segera menarik tangan Andi Kamarool
mengajak pulang ke rumah papan.
"Sabar
Tamar".
"Sabar
apa lagi, Andi".
'Tamar!!!"
Nada
suara Andi Kamarool mula meninggi. Sepasang matanya menelanjangi seluruh wajah
saya. Kerana tidak rela konfrantasi jadi panjang, saya terus membisu dan
bersedia mengikut rentaknya.
"Mia,
kami berdua tak pernah memikirkan hal-hal yang buruk tentang diri kamu.
Penjelasan kamu cukup jelas Mia. Kami faham apa yang terjadi bukan kemahuan
kamu, ada tenaga dari luar yang membuat kamu jadi begitu, kami simpati dengan
nasib kamu Mia," penuh diplomasi Andi Kamarool bersuara.
"Aku
harap penjelasan tu datang dari hati yang jujur, aku juga berharap tak akan
keluar dari mulut kamu cerita yang bukan-bukan tentang aku".
"Maksudnya,"
pintas Andi Kamarool.
"Cerita
yang mengatakan aku ni membela hantu jembalang berkawan dengan orang halus dan
ada pendinding diri dan macam-macam lagi".
Kami
berjanji tak akan membuat perkara yang mendatangkan aib pada seseorang,"
kala saya.
"Di
harapkan janji yang dibuat tetap dipegang"
Mia tersenyum senang. Di saat dia mahu melangkah menuju ke ruang tamu
rumah besar. Andi Kamarool terbatuk kecil (yang sengaja dibuat-buat).
"Kenapa
Andi".
"Malam
ni, kami tak dapal tunaikan janji. Malam esok Insya Allah janji tu kami
tunaikan".
"Saya
tak kisah," kata Mia bersama ketawa kecil penuh manja.
Mia
pun melangkah menuju ke arah pintu yang terdedah. Lagi sekali saya tersintak,
lampu diruang tamu menyala sendiri. Sebaik saja Mia melepasi ambang pintu,
secara mendadak daun pintu terkalup sendiri Lagi sekali, saya dan Andi Kamarool
berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada. Memanglah, kehidupan
Mia dilingkari dengan misteri yang boleh memeningkan kepala.
SERIUS
TANPA
mahu memikirkan tentang diri Mia dengan serius, kami terus pulang ke rumah
papan. Kepulangan kami disambut dingin oleh Haji Basilam dan Datuk. Mereka baru
sahaja selesai sembahyang maghrib.Tanpa mempedulikan kehadiran kami, mereka terus berwirid.
Saya
dan Andi Kamarool bergegas ke bilik mandi. Bersihkan tubuh dan ambil air
sembahyang. Di saat kami mahu memulakan solat maghrib, datuk sengaja pura-pura
batuk. Saya faham, itu tandanya datuk kurang senang dengan saya (mungkin juga
dengan Andi Kamarool) kerana melambat-lambatkan waktu sembahyang.
Berpacu
dengan waktu yang terhad, kami sempat juga menyelesaikan sembahyang yang
dituruti dengan doa dan wirid pendek hingga selesai.
"Kenapa
tak tidur di rumah Mia".
Haji
Basilam terus mendekati kami, meninggalkan datuk yang mula membaca Quran
sementara menanti waklu Isyak tiba. Tiada jawapan untuk pertanyaan tersebut.
Saya berharap, pertanyaan itu akan mati begitu saja.
"Kamu
berdua kena halau?" Haji Basilam memancing jawapan.
Kami
berdua mengelengkan kepala.
"Kamu
berdua takut?"
Saya
menarik nafas dalam-dalam dan Andi terus mengkerutkan keningnya.
"Agaknya
kamu berdua ni takut." nada suara Haji mula meninggi dan renungannya cukup
sinis.
"Tidak,
kami tak takut," sahut Andi Kamarool.
"Kalau
tak takut, kenapa kamu berdua balik?"
"Kami
cemas Tuk Aji," itu alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool.
Memang
tidak dijangka sama sekali, alasan yang diluahkan oleh Andi Kamarool membuat
Haji Basilam termenung sejenak. Mungkin dia berfikir sesuatu. Saya kira, tidak
akan ada soalan susulan dari Haji Basilam tetapi, bila melihat dia mengelengkan
kepala bersama senyum, saya segera membuat tanggapan yang perkara ilu tidak
akan berakhir begitu saja.
"Kamu
berdua nak batalkan rancangan yang sedia ada".
"Kami
tak niat macam tu Tuk Aji, rancangan tu tetap kami teruskan Tuk Aji," kata
saya. "Caranya".
Sukar
untuk saya menjawab pertanyaan Haji Basilam itu. Biarlah Andi Kamarool
menyelesaikannya, fikir saya dalam hati. Bahu Andi Kamarool segera saya lepuk.
Dia senyum panjang tanda dapat menangkap maksud dari tindak tanduk saya itu.
Macam
selalu, sebelum memberikan pendapat, dia terlebih dahulu mengerutkan kening dan
dahinya. ltulah perangai Andi Kamarool yang tidak saya senangi. Sungguh
membosankan.
Kalaulah
tidak kerana suara datuk yang serak-serak basah itu membaca Quran, suasana
sekitar terasa agak sepi sekali. Pada hal, malam masih muda benar (saya kira
belum sampai jam sembilan). Sekali-sekala di tengah-tengah suasana kesepian
yang memanjang itu terdengar suara burung jampok yang diselang seli dengan
salakan anjing. Cengkerik bagaikan enggan menyanyi, begitu juga dengan katak.
Tanpa suara anjing dan burung jampok yang muncul sekali-sekala, suasana terasa
amal menjemukan.
Kerana
tiada jawapan segera dari kami, Haji Basilam segera mengulangi pertanyaan. Dia
mahu jawapan segera. Dia mahu memastikan sama ada kami serius atau sekadar mahu
melepaskan batuk ditangga.
"Bagaimana
caranya, cakap sekarang".
"Kami
bermalam, dua tiga malam lagi di sini," saya menjawab.
"Kamu
tahu, aku dengan datuk kamu sudah buat keputusan nak berangkat ke Sungai Penuh,
lepas sembahyang subuh pagi ni. Itulah sebabnya, aku suruh kamu berdua bermalam
di rumah Mia malam ni”.
Ehhhh...."
Andi Kamarool seperti mengeluh. Dan suaranya mati di situ. Buat seketika, kami
terus membatu dalam renungan sinis Haji Basilam.
"Begini,
Tuk Aji dan datuk Tamar boleh teruskan perjalanan.Biar kami tinggal di sini.
Kami nak jalankan apa yang sudah kami rancang," itu keputusan yang Andi
Kamarool luahkan di depan Haji Basilam. Saya lihat Haji Basilam lersintak, air
mukanya berubah sebentar.
"Berani?"
Sergahnya.
"Berani,"
jawab kami serentak.
'Tak
memerlukan pertolongan?"
'Tak
perlu, kami sudah tahu, banyak perkara ganjil yang sudah kami tengok dan alami.
Mia yang buka rahsia".
"Bila?"
Haji Basilam jegilkan sepasang biji matanya.
"Petang
tadi." kata saya.
"Iya
Tuk Aji, dari petang sampai maghrib, pasal tu kami lambat sembahyang
maghrib," Andi Kamarool menambah.
Haji
Basilam gosok pangkal hidungnya berkali-kali. Tiada pertanyaan yang diajukan
untuk kami. Agaknya, Haji Basilam sedang menghitung apakah pengakuan kami itu
benar atau sebaliknya
KETUK
SECARA
mendadak, pintu rumah diketuk bertalu dari luar. Siapakah tetamu yang tidak
diundang itu? Haji Basilam renung saya dan saya pula renung Andi Kamarool.
Begitulah silih berganti, tidak ada siapa pun yang rela bangun untuk membuka
pintu. Ketuk bertambah kuat dan bertalu-talu.
Datuk
buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia terus membaca Quran. Haji Basilam
mula resah sendiri. Matanya tetumbuk ke arah daun pintu yang kelihatan
bergerak-gerak seperti ditolak oleh tenaga yang luar biasa dari luar.
Saya
kira yang menolaknya itu bukanlah manusia, mungkin binalang buas dan pada saat
itu saya mula teringalkan harimau di bawah pokok buluh. Kalau tadi, daun pintu
itu diketuk, kini ditampar berkali-kali. tidak ubah seperti harimau menampar
tanah kerana kelaparan.
'Tamar,
pergi buka pintu tu," suruh Haji Basilam. Saya cuba bangun tetapi,
punggung bagaikan terlekat di lantai rumah. Tiba-tiba saja saya mengigil,
harimau terbayang di ruang mata.
"Apa
lagi yang kamu tunggu, katakan berani sangat. Pergilah buka pintu tu,
Tamar," saya terus dicabar oleh Haji Basilam. Antara rasa takut dan berani
cabaran Haji Basilam terus disambut. Saya bangun dan melangkah ke pintu.
Bila
selak dan kunci di angkat, daun pintu pun terkuak. Mia tercegat di depan mata
menatang talam yang bertudung saji.
"Untuk
makan malam," katanya sambil melangkah ke ruang tengah. Hidangan yang
ditatang diletakkan di situ. Haji Basilam senyum panjang, keresahan sudah Iari
dari dirinya.
"Kenapa
Mia goncang dan tampar pintu macam tu, buat ayah takut saja. Ayah ingat orang
jahat tadi," begitu lembut Haji bersuara. Mia tercenggang.
"Saya
tak goncang, saya tak tampar pintu rumah, saya ketuk saja. Saya panggil ayah
berkali-kali, tak berjawab"
Jawapan
yang diungkapkan oleh Mia membuat saya dan Andi Kamarool menarik nafas panjang.
Haji Basilam hanya mengangguk saja, tidak mahu melanjutkan pertanyaan.
Datuk
yang sudah berhenti membaca Quran segera merenung ke arah kami tanpa memberi
sebarang komentar.
"Saya
ambil lagi satu hidang".
"Tak
payah Mia, ini dah cukup, buat apa susah-susah kerana kami," Andi Kamarool
renung muka Mia yang tersenyum.
"Ini
baru hidangan sayur dan lauk pauk, talam nasi, air minum dan buah-buahan cuci
mulut belum lagi," Mia mengubah pandangan dari muka Andi Kamarool ke wajah
Haji Basilam.
"Kamu
sama Andi, bantu Mia," telunjuk Haji Basilam menuding ke arah tubuh saya
dan Andi Kamarool. Bagaikan kilat kami bangun dan berdiri. Bersedia mahu
menerkam muka pintu yang ternganga, perkara yang menakutkan langsung tidak
terfikir oleh kami.
'Tak payah ayah".
"Kenapa
pula Mia? Ayah ingat bila ada orang menolong ringan kerja kamu".
Saya
dan Andi Kamarool yang tidak jadi melangkah ke pintu, mula merenung dinding dan
lantai. Pura-pura mengeliat dengan harapan cadangan dari Haji Basilam dapat
diterima oleh Mia.
"Saya
faham niat baik ayah tu, tapi..." "Apa yang tapi tu Mia?"
"Saya
bimbang orang yang ayah suruh menolong saya jadi kelam kabul. Boleh jadi lari
lintang pukang, bila tengok benda-benda ganjil yang saya sendiri tak tahu asal
usul dan dari mana datangnya. Ayah tahu tentang diri saya".
Sebaik
saja Mia berhenti bercakap, serentak saya dan Andi Kamarool duduk di lantai,
bagaikan ada kuasa yang memaksa kami berbuat begitu. Rupa-rupanya kerenah kami
dapat dilihat oleh Haji Basilam, sambil mengelengkan kepala dia menghadiahkan
senyum sinis untuk saya dan Andi Kamarool.
Satu
pukulan yang cukup hebat untuk kami berdua dan menimbulkan keraguan dalam diri
Haji Basilam tentang keberanian kami untuk bertahan sampai tiga malam di
kawasan rumah Mia.
"Ayah
faham masalah Mia,dengan izin Allah suatu masa nanti ayah dapat membebaskan Mia
dari keadaan ni," suara Haji Basilam tersekat-sekat, penuh rasa simpati.
'Terima
kasih ayah, biar saya ambil hidangan yang lain".
"Silakan
nak".
Mia
pun meninggalkan ruang rumah papan.
Sebaik
saja batang tubuh Mia hilang dari pandangan kami, melepasi anak tangga bongsu,
(memijak bumi). Kami terdengar ngauman harimau. seperti berada di bawah rumah.
Lagi sekali Haji Basilam renung kami bersama dengan senyum yang tersirat seribu
makna.
DATANG
MiA
datang lagi menatang hidangan, kalau tadi talam yang dibawa bertudung saji
merah, kini talam yang ditatang bertudung saji hijau pula. Dengan duduk
bersimpuh, penuh sopan santun Mia pun mengatur hidangan selari, di tengah ruang
rumah papan.
"Habuan
makan malam, entahkan sedap, entah tidak, entahkan tawar, entahkan masin,"
turut Mia.
"Sedap
atau tidak, kami tetap berterima kasih. Kalau tak ada hidangan Mia ni, alamat
berlaparlah kami sepanjang malam," sahut Andi Kamarool. Mia tersenyum
malu.
"Betul
cakap Andi tu Mia," tingkah Haji Basilam.
Mia
yang tadi duduk bersimpuh segera berdiri. Biji mata saya dan Andi Kamarool
tertumpu ke arah tubuhnya. Pada saya apa yang dimiliki (tubuh) Mia adalah indah
dan menarik. Bila menyedari kami menatap tubuhnya yang tinggi lampai. leher
jinjang dengan rambut lebat tersembunyi dalam tudung, Mia resah dan renung ke
arah kami. Secepat kilat kami membuang pandangan ke arah lain. Mia renung
datuk, renung Haji Basilam berkali-kali tetapi, kami cuma dijeling saja.
"Biarlah
saya balik dulu, ayah".
"Iya,
terima kasih Mia. Kalau tak ada hidangan yang kamu bawa ni susah kami".
Sebelum
melangkah pulang, Mia sempat melemparkan senyum yang saya kira paling manis dan
mendebar untuk Andi Kamarool.
Tiba-tiba
saja timbul rasa cemburu dalam dada saya.
No comments:
Post a Comment