Tetapi, jauh di sudut hati tetap mengatakan beberapa ciri
yang diungkapkan oleh Kak Sun memang ada pada diri Andi Kamarool.
Dan
peristiwa di kubur lama yang terletak di bahagian belakang rumah batu lama itu,
menyakinkan saya, bahawa Andi kamarool memang ada kaitan dengan keturunan
manusia harimau.
Memang,
dialah lelaki yang paling layak untuk menjadi suami kepada Mia. Bukannya saya
walaupun hati kecil ini memang jatuh hati dengan gadis yang bermata galak itu.
"Walau
apapun, saya ingin benar nak jumpa dengan Haji Simpul Kak," nada suara
Andi Kamarool agak keras, penuh dengan keyakinan. Dan apa yang berlegar dalam
tempurung kepala saya terus hilang. Saya gigit bibir dan terus merenung muka
Andi Kamarool.
"Sabar
dulu Andi, biar kak jumpa Haji Simpul dulu, kalau dia setuju bolehlah kak bawa
kamu jumpa dia."
"Kenapa
mesti jumpa dia dulu, kita pergi terus ke rumahnya tak bolehkah?" Saya
menyampuk,
"Kak fikir, cara apa yang nak kak buat ni, lebih
bersopan dan beradab."
Saya anggukkan kepala..
"Eh, biar kak ke rumah Mia
dulu, kalau lambat nanti dia merunggut pula. Dia mahu meja makan dihias cantik
untuk kamu berdua," Kak Sun terus bangun mengambil rangkaian bunga orkid
pilihan yang terletak di sudut bangsal.
Setelah
bebunga orkid itu dimasukkan ke dalam raga yang dibuat dari buluh, kak Sun
merenung ke arah kami dengan segaris senyum ikhlas.
"Jangan lupa datang," katanya.
Serentak kami anggukkan kepala.
"Mia
memang mengharapkan kedatangan kamu berdua," tambah Kak Sun lagi.
Senyumannya
masih berbunga di kelopak bibir.
"Kami tak lupa Kak mana boleh lupa dengan makan,"
saya membalas.
Dengan
langkah dan lenggang yang bersahaja Kak Sun menuju ke rumah Mia. Hanya dalam
beberapa detik saja, kak Sun hilang dari pandangan mata kami.
Kak
Sun sudah pergi tetapi kami masih lagi berada di sudut bangsal. Masih belum
dapat membuat keputusan tepat sama ada mahu balik atau terus pergi ke rumah
Mia.
"Bagaimana Andi? Balik atau terus ke rumahnya."
Andi
kamarool bagaikan terkejut dengan pertanyaan yang saya ajukan itu. Gigi atas
dengan gigi bawah dilagakannya beberapa kali.
"Terlalu
awal sangat nak pergi ke rumahnya. Malu kalau kita dianggap kemaruk sangat nak
makan, lagipun belum tahu masakannya sedap atau tidak" sambil ketawa kecil
Andi Kamarool memberikan komentar.
"Kalau dah begitu, kita balik saja ke rumah
papan."
“Iya,
aku pun fikir macam tu, kita balik ke rumah rehat sekejap, kemudian mandi dan
tukar pakaian, baru kita pergi ke rumahnya."
"Kalau itu keputusan kamu Andi, aku ikut saja."
Kami melangkah seiring menuju ke rumah papan.
Sepanjang perjalanan kami tidak
banyak bercakap. Tetapi saya tetap terhibur melihat dedaun yang hijau merimbun,
terasa seronok mendengar kicau beburung yang beranika irama dan ragam. Dalam
saat-saat begitu alam dengan saya terasa amat akrab. Tidak boleh dipisahkan.
MENEPATI JANJI
Seperti yang dijanjikan, tepat jam
12.30 tengah hari kami berdua sudah pun berada di ruang makan rumah batu lama.
Saya memakai baju kemeja lengan pendek, warna merah, berseluar putih dengan
sepatu getah hitam. Andi Kamarool memakai baju lengan panjang, warna putih,
seluar hitam dan bersepatu getah putih.
Pada
saat itu, kami kira kamilah pemuda yang cukup bergaya dan tampan. Tetapi,
antara saya dengan Andi Kamarool ternyata dia lebih kacak lagi. Dengan
tingginya lebih dari lima kaki tujuh inci, dia nampak bergaya dengan rambut
yang disisir lurus ke belakang, manakala bahagian depan terjuntai atas dahi.
"Bergaya nampak," tegur Mia sambil merenung kami
atas bawah.
"Jadi tetamu mestilah pakai cantik," balas saya.
"Merah
putih, macam bendera negara ini," Mia merenung ke arah saya. Usikkannya
itu membuat saya dan Andi Kamarool ketawa. Dengan usik mengusik, kemesraan
terus terjalin. Dengan cara yang bersahaja, Mia pun menyuruh kami duduk di
kerusi, menghadapi hidangan yang tersedia atas meja.
"Entahkan
sedap, entah tidak. cubalah rasa," tutur Mia dalam nada suara yang lembut.
Sepasang mata galaknya tertumpu ke arah kak Sun yang sedang menaruh nasi ke
dalam pinggan kami,
"Boleh saya tanya sikit Mia?" Tanya Andi
Kamarool.
"Banyak pun boleh.
"Silakan."
"Apa
nama masakan ni Mia?" Masak Padang, masak Jambi atau Masak kerinci."
"Aku
tahu, agaknya masak Mendailling," saya terus mencelah. Kak Sun tersenyum
tetapi Mia dan Andi kamarool ketawa kecil.
"Masakkan
ini sesuai dengan selera orang semenanjung dan orang Sumatera. Namakan saja
masak dua serumpun. Jangan sebut masak Jambi, Mendailling dan Kerinci, kita
istiharkan masakan yang terhidang ni dengan nama "selera Melayu."
Bukankah alam Melayu itu luas," Mia berjenaka.
Dalam
jenakanya itu, dia seolah-olah mahu memberitahu bahawa rumpun Melayu tidak
boleh bercerai atau pecah kerana puak atau suku. Rumpun bangsa yang besar
selalu telagah pendapat tetapi itulah kesimpulan yang saya buat dari jenaka
pendek Mia.
"Cakap
Mia tu ada betulnya," Andi Kamarool segera menegakkan ibu jari kanannya.
Cepat-cepat saya anggukkan kepala tanda setuju. Kak Sun tetap mendermakan
senyumnya.
"Silakan,
asyik bercakap makanan yang tersedia tidak dijawab," Mia bersuara.
"Iya
tak iya juga, makanlah," sampuk Kak Sun.
Dan bau makanan yang menyelerakan
itu membuat saya terasa amat lapar. Rasa malu dan segan mula tersisih jauh dari
hati. Dan makan tengah hari pun bermula.
"Memang
sedap dan menyelerakan," Andi Kamarool memberikan komentar di saat dia
mengakhiri makan tengah hari. Saya mengiakan dengan menganggukkan kepala, Tiada
komen dari Mia, kecuali senyum bersama jelingan manja. Bukan untuk saya tetapi
untuk Andi kamarool. Sebagai pemanis mulut, disediakan buah salak Jambi dan
semangka yang enak.
Bila
semuanya sudah usai, ruang makan kami tinggalkan. Kami labuh di ruang tamu
seketika, sebelum pulang ke rumah papan.
"Malam
ni, kamu berdua nak tidur di ruang anjung rumah batu" cara mendadak Mia
muncul di depan kami.
"Iya,"
jawab kami serentak.
"Kamu
tahu, malam ni, malam apa?"
"Mahu
menguji kami, malam ni malam Jumaat," sahut Andi Kamarool
"lngatan
kamu cukup bagus Andi," puji Mia.
SINDIRAN
Tetapi,
saya tidak menganggap itu satu pujian yang ikhlas. Pada hemat saya, itu satu
sindiran yang tajam, seolah-olah meragui kemampuan dan kesunggguhan kami berdua
dalam usaha bersemuka dengan penjaga rumah batu lama.
"Aku harap jangan tak jadi," tambah Mia lagi.
"Dengan
izin Allah, semuanya akan berjalan dengan baik," nada suara yang penuh
dengan keyakinan, bersalut semangat kental terucap dari kelopak bibir Andi
Kamarool. Macam tadi juga, Mia hanya tersenyum dengan seribu persoalan yang
sukar dicari jawapannya.
Memang
tidak dinafikan, berada di ruang tamu rumah batu lama, macam-macam yang saya
fikirkan. Lebih-lebih lagi bila melihat beberapa barang dan perkakas antik yang
tersedia ada di situ. Semua yang terlintas dalam kepala adalah perkara yang
menyeramkan. Contohnya bila terlihat beberapa batang tongkat antik yang terletak
di meja khas di sudut ruang tamu.
Semua kepala tongkat di ukir dengan
kepala binatang seperti singa, harimau beruang, burung helang dan ular
berkepala dua. Bahagian mata ditaruh sejenis batu kilat, bila
terkena sinar matahari kelihatan berkilau- kilauan seperti bergerak ke kiri ke
kanan.
"Kamu macam takut aje, bila tengok tongkat lama,
Tamar."
Memang
tidak saya duga sama sekali yang Mia memperhatikan gerak- geri saya.
"Bukan
takut, cuma kagum dengan kehalusan seni ukirannya," saya bendalih.
"Semua
tongkat-tongkat antik tu, buatan luar negeri. Ada dari Turki, Iran, Iraq dan
China," tanpa di minta Mia terus menerangkan. Saya anggukkan kepala.
"Anehnya,
orang-orang cuma kagum pada ukirannya tapi, mereka tak minat untuk menyimpannya
" Mia menyambungkan percakapannya yang terputus. Buat seketika saya
termenung. Dan Andi Kamarool seperti tidak mahu ambil tahu dengan apa yang
berlaku. Dia mengelamun sendiri.
"Buktinya?" Tanya saya.
"Tak
ada yang minta atau mahu membelinya. Bila mahu diberi, mereka menolak kalau kau
minat dengan tongkat, pilihlah dan ambil mana yang kau suka."
Saya
tergamam mata Mia yang bulat bersinar merauti seluruh wajah saya. Memang di
luar jangkaan yang Mia boleh bermurah hati.
"Saya
tak minat dengan tongkat" jawab saya sambil mengelengkan kepala.
Memang
tidak didugakan, kata-kata saya hamburkan disambut dengan ketawa oleh Andi
kamarool dan Mia. Bagi menghilangkan rasa rendah diri,
"Aneh, percinta seni tidak minat pada ukiran
seni."
"Ada
masanya mesti bersikap begitu, tidak semua hasil seni tu aku minat Andi,"
saya kira jawapan itu akan membunuh minat Andi Kamarool untuk melanjutkan topik
perbicaraan yang tidak saya senangi, Usaha saya berhasil, Andi kamarool tidak
menyebut-nyebut perkara itu lagi.
"Kami
balik dulu, waktu zuhur dah nak masuk," Andi Kamarool bangun. Dia
melangkah ke pintu.
"Malam
ni, lepas sembahyang maghrib. Kau berdua datang ke sini. Kita makan bersama.
Lepas tu, kau orang jalankan apa yang kau orang hajatkan," tutur Mia penuh
kemesraan. Kami segera mengangguk setuju.
Dari ambang pintu, sepasang mata
Mia menghantar kami hingga ke kaki tangga rumah papan, Sungguh mendebarkan, di
saat kami berada di muka pintu rumah papan, Mia masih belum mengarahkan
pandangannya ke arah lain. Adakah renungan itu untuk Andi Kamarool yang sudah
berjaya menyingkap rahsia hatinya atau renungan yang mempunyai maksud lain.
"Andi."
"Kenapa Tamar?"
"Mia merenung kamu."
Andi
Kamarool segera menoleh ke arah Mia. Seulas senyum berlari di ketopak bibir
Andi Kamarool lalu diiringi dengan lambaian tangan.
Antara
mereka berdua sudah tersimpul tali kasih, begitulah saya membuat kesimpulan.
Semoga, apa yang mereka hajati akan men jadi kenyataan. Kebahagiaan dan
keriangan-yang bakal diraih oleh Andi Kamarool akan memberi kepuasan dalam
hidup saya. Itu doa dan harapan yang muncul dalam hati nurani saya.
"Dia senang dengan kamu Andi."
"lya, aku juga senang dengannya, Tamar."
"Teruskan."
'Tapi..." Andi tidak
meneruskan kata-kata dan saya tidak pula mahu mencungkilnya, Persoalan tersebut
mati begitu saja.
PERASAAN
Begitulah
didorong oleh perasaan untuk melihat rupa dan bentuk pengawal (penjaga) rumah
batu lama secara zahir, memaksa saya dan Andi Kamarool melangkah ke anjung
rumah batu tepat pukul dua belas malam. Sebelum duduk bersimpuh, saya pun menaburkan bunga tanjung dan cempaka di ruang
anjung.
Berbekalkan
sebanyak sedikit cara dan petua orang menyepi serta memanggil makhluk halus,
saya pun menyuruh Andi Kamarool membakar kemenyan.
Dupa
pun diusung ke setiap sudut ruang anjung. Di mulai dari kiri membawa ke kanan,
bergerak sebanyak tujuh kali berturut. Tujuh batang lilin yang dipasang menyala
agak malap. Cahayanya tidak dapat menguasai seluruh kawasan ruang yang
dikatakan cukup keras itu.
Udara malam Jumaat terasa agak
dingin. Suasana sekitar terasa amat sepi telapi desiran angin yang menyentuh
dedaun masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya.
Saya
mengarahkan Andi Kamarool supaya duduk saling membelakangi. Ketika tangan
memeluk tubuh, secara mendadak saja lilin yang dipasang padam sendiri. Ruang
anjung kegelapan. Salakan anjing yang memanjang dan mendayu-dayu mula
kedengaran suara burung hantu, saling bersahut-sahutan.
Angin
malam Jumaat mula terasa menyentuh kulit muka, Bau kemenyan bertambah semerbak
berpadu dengan bau bunga tanjung dan cempaka menusuk lubang hidung. Saya mula
terasa mahu bersin tapi tak jadi.
Dalam
suasana yang gelap gelita itu, macam-macam bunyi yang sebelum ini tidak pernah
kami dengar menusuk lubang telinga, Lolongan anjing dan bunyi burung hantu
bersama desiran angin bagaikan tidak bersekudahan.
Saya
bertambah resah tubuh mula merayapi benda halus yang licin dan berkaki banyak.
Benda-benda halus itu merayap atas dagu, pipi dan lengan serta atas paha.
Gelinya Allah saja yang tahu.Bila benda-benda halus itu keluar masuk lubang
hidung dan telinga membuat saya sesak nafas. Entahkan lipan, entahkan ular atau
lipas yang merayap, sukar untuk saya menentukannya.
Semuanya
terpaksa dibiarkan. Semuanya terpaksa direlakan demi untuk bersemuka dengan
penjaga rumah batu lama. Sudah menjadi peraturan semasa bertafakur (bersemadi)
apa yang merayap di badan, tidak boleh disentuh. Mesti bergerak
sebebas-bebasnya.
Bercakap
juga tidak boleh, seluruh pancaindera dan mata hati mesti dipusatkan kepada
perkara yang dihayati. Jika semuanya itu tidak mampu atau terdaya dilakukan,
sudah semestinya apa yang diingini tidak akan menjadi.
Agak
lama juga kami berada dalam gelap gelita, menunggu kalau ada kejadian ganjil
atau petunjuk ghaib yang akan mempertemukan kami dengan penunggu rumah batu
lama seperti yang didakwa oleh Kak Sun dan para para pekerja Mia. Dalam keadaan
sedang berlikir itu, saya terdengar dengkur Andi Kamarool. Dia sudah tidur. Ini
membuat saya resah. Saya tidak boleh mengejutkannnya, walau dengan apa cara
sekalipun
Dalam
gelap pekat itu, saya terus memusatkan seluruh pancaindera dan mata batin ke
arah yang dihajati. Tetapi, hasilnya, tiada apa-apa. Rasa putus asa tidak
bertandang di sanubari, Saya terus berusaha dengan harapan penjaga rumah akan
muncul. Dengan sedaya upaya saya arahkan pancaindera dan mata hati hingga saya
lupakan diri sendiri, lupakan kewujudan Andi Kamarool di sisi. Tidak ada apa
yang saya dengar, fikiran dan perasaan saya lerasa kosong, Dunia bagaikan tiada
wujud dalam hati dan fikiran saya.
SEMADI
Dalam keasyikkan bersemadi itu,
tiba-tiba saja terasa tubuh terangkat dari lantai (simen) anjung rumah batu
lama secara perlahan-lahan. Punggung seperti berada di atas telapak tangan
manusia. Saya cuba mengawal agar jangan jatuh. Dalam keadaan separuh binggung
dengan apa yang saya alami.
Tubuh
saya terus terangkat semakin tinggi. Dihayun ke kanan, ke kiri. Di gerakkan ke
belakang. Kemudian tubuh terus dipusing macam gasing tetapi, kaki saya tetap
dalam keadaan bersimpuh atau bersila.
Tubuh
saya terus dipermainkan. Dicampakkan ke setiap penjuru ruang tamu. Tidak ubah
macam bola, digolek di tendang sesuka hati, Semasa tubuh saya diperlakukan
demikian, antara sedar dengan lidak saya bersuara.
"Agaknya
penunggu rumah ni, mahu mengajar aku ilmu mempertahankan diri yang baru. Ilmu
silat yang luar biasa. Kalaulah itu tujuannya saya bersedia menerimanya.
Ajarlah, saya sanggup."
Memang
saya mengharapkan kata-kata yang diluahkan itu akan dapat tindak balas. Susah
dan sakit saya rela menanggungnya. Ternyata apa yang saya harapkan tidak
menjadi kenyataan.
Tiada
jawapan dari makhluk halus (penjaga rumah) yang saya perolehi, Malah tubuh saya
terus dihayun, dipusing dan dicampakkan ke mana- mana saja, sesuka hati.
Akibatnya saya mula pening dan bercelaru, kosong melopong dan melayang-layang.
Seperti berada di alam fantasi yang tiada bertepi,
Di antara sedar dengan mimpi, saya
melihat cahaya berlegar-legar di luar ruang anjung. Dengan lidak semena-mena
cahaya itu mengarah kepada saya. Bagaikan masuk ke tubuh badan. Buat beberapa
saat, hati dan kepala jadi panas, seperti terbakar rasany a. Bila rasa panas
itu hilang, bagaikan ada kuasa yang membawa saya keluar dari anjung mmah. Tubuh
saya (masih dalam keadaan bersila) diletakkan atas bumbung rumah batu lama.
Terdengar
bisikan telinga, menyuruh saya terjun. Arahan itu saya bantah dengan alasan
takut. Bisikan itu datang lagi. Kalau tadi suara lelaki, kali ini suara
perempuan merayu lembut dan manja. Bisikan suara perempuan menimbulkan rasa
serba salah dan ragu. Apakah-saya harus mematuhi atau menolaknya, di saat
mencari keputusan itulah, seperti ada seseorang berdiri di belakang saya.
Dengan kaki orang itu menolak saya. Peliknya, tubuh saya tidak jatuh terus ke
tanah, sebaliknya macam daun kering dibawa angin.
Semasa
melayang-layang itulah saya melihat gunung ganang, lurah dan gaung, sungai dan
paya di samping hutan belantara yang menghijau. Dan akhimya tubuh saya tidak
mengalami rasa sakit. Tubuh saya bagaikan berada di atas sekeping permaidani.
Saya
cuba bangun dan berusaha unluk naik ke ruang anjung rumah batu lama. Ternyata
usaha itu tidak berjaya, setiap kali saya cuba masuk ke ruang tamu untuk naik
ke ruang anjung rumah. tubuh saya ditarik ke belakang. Sesudah lima enam kali
berusaha dan gagal saya kembali duduk dan mula memikirkan bagaimanakah cara
yang sepatutnya saya lakukan, Bagaimana kalau saya naik ikut tangga kayu yang
secara kebetulan tersandar di dinding rumah batu lama.
Semasa
saya bangun dan bersedia untuk menuju ke arah tangga kayu. Tubuh saya dipeluk dari
belakang. Saya gagal melepaskan diri. Tubuh yang kecil ini terus dipikul dan
dicampakkan ke atas rakit buluh di muara sebatang sungai.
Saya
lihat air di mana-mana. Empat batang anak sungai bertemu muara. Ramai gadis
jelita mandi berkemban dan sebahagian yang lain membasuh. Ada juga di antara
mereka yang berbogel, berenang dan menyelam dengan bebas.
Semuanya
berkulit putih dan sebahagian kecil saja yang berkulit sawo matang. Buat
beberapa saat saya terpesona dengan kejelitaan para gadis. Rakit yang saya
naiki terus dirempuh gelombang besar dan saya tercampak ke dalam sungai. Dengan
sedaya upaya saya berenang ke tebing dan berusaha naik ke darat.
Entah
mengapa, semua yang saya lakukan tetap mengalami kegagalan. Saya bertambah
binggung dan mula pasrah pada keadaan, Saya merelakan apa yang akan berlaku
pada diri saya. Sesungguhnya saya rela mati.
Dalam
keadaan putus asa itu, ada lelaki tua melintas di depan membawa bungkusan.
Dari bibir tebing dia merenung ke arah saya yang terkapai- kapai dalam air. Dia
terus berlalu dan hilang. Saya kembali berusaha memanjat tebing sungai Dan kali
ini saya berhasil.
"Kamu berjaya."
Saya
mula tersedar. Saya tidak tahu suara siapakah yang saya dengar sebentar tadi,
Sebenarnya saya tidak ke mana-mana. Masih berada di tempat asal. Masih bersila
dan memeluk tubuh.
"Subhana Allah...." terungkap dari bibir.
"Alhamdulillah...." balas Andi kamarool.
Kami saling berpandangan.
Bila
sudah bercakap ertinya melanggar pantang larang dan usaha selanjutnya adalah
kerja yang sia-sia. Pencarian untuk malam itu sudah menemui jalan buntu.
Menyedari kegagalan itu, saya terus menyalakan api lilin.
"Kita
gagal," bisik saya ke telinga Andi Kamarool.
Dia
mengangguk Iemah.
RAHSIA
"Aku sangka kamu tidur Tamar. Aku dengar kamu
berdengkur."
"Soalnya, kita sama-sama tidak tidur, Andi,"
"Jadi, suara dengkur siapakah yang kita dengar
tadi?"
"Susah
untuk kita mencari jawapannya Tamar" kata Andi Kamarool. "Walau
apapun, kita sama-sama gagal, penunggu rumah batu lama tak mahu jumpa kita atau
penunggu tu memang tidak ada?"
"Kita cuba lagi, Andi," saya memberikan harapan
dan semangat.
Sungguh
mengejutkan, bila Andi Kamarool memberitahu antara sedar dengan tidak (seperti
yang saya alami) dia telah didatangi oleh seorang gadis cina berambut panjang.
Parasnya sangat cantik. Dari cara dia berpakaian menunjukkan dia dari golongan
mewah.
Dengan
wajah manis, Andi Kamarool menyapa dan memohon berkenalan. Gadis cantik itu
dengan penuh sopan menyatakan keberatannya untuk berkenalan dengan Andi
Kamarool.
"Awak
bukan mahu berkenalan, ada tujuan lain."
"Maksud awak?1'
"Tujuan sebenar awak, mahu
bertanya tentang keluarga saya- Tentang orang yang menjaga kawasan rumah ini.
Minta maaf .saya sibuk."
"Saya tak bermaksud
begitu," balas Andi Kamarool.
No comments:
Post a Comment