Tuesday, August 30, 2011

SIRI 140 LAWI AYAM PEMBELAH PERUT




Nyak Sulaiman bercakap dengan salah seorang daripada nelayan tersebut. Selesai bercakap, nelayan itu menghulur sampul surat berwarna kuning kepada Nyak Sulaiman. Mereka berdakapan dan bersalaman.

Enjin bot nelayan bergerak-gerak. Sinar matahari yang yang terik membuat kulitnya menjadi merah.

Pada hemat saya, waktu itu lebih kurang dua petang. Datuk terus menuju ke bilik air mengambil wuduk dan melakukan solat zuhur. Selesai menjalankan perintah datuk kembali duduk di ruang tamu. Nyak Sulaiman mendekatinya.

“Siapa orang tadi?” Tanya datuk.

“Saya tak tahu, tapi soal senjata api saya berurus dengan mereka. Mereka memberi upah kepada saya,” jawap Nyak Sulaiman sambil melangkah menuju ke arah anak buah. Saya terdengar suara Nyak Sulaiman menyuruh anak buahnya menyiapkan makan tengah hari. Nyak Sulaiman kembali manemui saya dan datuk.

“Apa yang awak tengok tadi,  itulah kerja terakhir saya dengan RIA,” Nyak Sulaiman menyambung kembali ceriat yang terputus.

“Maksud kamu?” Soal datuk.

“Esok dan sampai bila-bila saya tak akan libatkan diri dengan perjuangan RIA, bot ini nak saya gunakan bawa penumpang berulang alik dari Belawan ke Pulau Pinang, Dumai ke Melaka, dari Lhok Senawi ke Lumut atau Bagan Datoh. Ramai orang Deli, Acheh, Riau berniaga dan berkampung laman di Semenanjung. Saya nak jadi saudagar, saya dah jemu berjuang,” Nyak Sulaiman meluahkan apa yang tersirat dalam dadanya.  

Datuk tersenyum. Dua tiga kali bahu Nyak Sulaiman ditepuknya.

“Bagus, otak pedagang memang memikirkan untung walaupun terpaksa jadi tukang seludup senjata untuk membunuh orang,” ungkap datuk dengan diakhiri ketawa kecil. Nyak Sulaiman mengaru-garu pangkal dagunya beberapa kali.

“Apa yang awak katakan itu memang benar. Ini kenyataan, saya tak nafikan,” pengakuan jujur dari Nyak Sulaiman.

“Bagus, sekarang bukan masanya bergaduh sama sendiri, kamu mesti ikut Nakhoda Tongkang,” datuk memberi semangat kepada Nyak Sulaiman.

“Iya, sudah tentu,” sahutnya dengan sinar mata yang bercahaya.

“Sudah siap,” anak buah Nyak Sulaiman yang diarahkan menyediakan makan tengah hari muncul tiba-tiba di depan kami. Dengan serta merta Nyak Sulaiman bangun.

“Mahu dibawa ke sini atau makan di bahagian dapur,” sambung anak buah Nyak Sulaiman dengan senyum.

“Di dapur saja.” Secara mendadak bersuara.

“Saya setuju dengan cadangan itu,” sahut Nyak Sulaiman. Saya dan datuk segera bangun.

Kami melangkah ke bilik dapur. Di situ adalah bangku yang dibuat dari peti susu. Ada meja keil untuk hidangan. Keadaan biliknya cukup sempit. Bagi mengatasai gangguan waktu makan, periuk nasi, gulai, ikan bakar, ulam malah lesung batu penumbuk sambal diletakkan atas meja.

“Ikan bakar ni, ikan yang baru dipancing dari laut,” tutur Nyak Sulaiman, “ikan ari laut ni terasa manisnya,” tambah Nyak Sulaiman lagi. Saya dan datuk angguk-angguk kepala.

“Orang kamu makan di mana?” Tanya datuk.

“Usah fikirkan mereka, bila lapar tahulah dia masak makan untuk perut mereka,” jawap Nyak Sulaiman selamba.

Memang tidak dapat saya nafikan makan di tengah laut amat menyelerakan. Dua tiga kali saya tambah nasi. Dua ekor ikan bakar saya lanyak dengan sepuas-puasnya. Walaupun begitu selera sekali saya makan tetapi, datuk tetap makan seperti biasa. Tidak tambah nasi dan tidak tambah lauk. Kalau nasi di pinggan untuk enam suap, habis enam suap dia terus berhenti.  

Lepas makan saya segera keluar bilik dapur terus menuju ke ruang tamu. Beberapa minit kemudian Nyak Sulaiman  menyuruh anak buahnya angkat sauh.


BERGERAK

Bot kembali bergerak di perairan Selat Melaka. Beberpa jam berlayar, saya mendapat tahu bot yang saya naiki sudah masuk zon antarabangsa. Dalam tempoh sejam dua lagi, bot itu akan memasuki kawasan perairan Sumatera. Mungkin kerana terlalu kenyang saya terus terlelap.

Bila saya terjaga, datuk sudahpun menunaikan sembahyang Asar. Bot juga sudah berhenti bergerak, saya segera menemui salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sedang asyik memancing ikan di bahagian hujung bot.

“Kenapa labuhkan sauh.” Tanya saya.

“Itu perintah,” jawap anak buah Nyak Sulaiman yang bernama Agus. Batang pancingnya, seekor ikan merah terdampar atas bot. Begitu cepat Agus memisahkan mata pancing dari mulut ikan merah lalu ditaruh kedalam raga khas.

“Untuk makan malam, kalau kita lambat rapat ke pantai, malam ini, kita tangkap ikan lagi,” dengan senyum Agus bersuara. Saya juihkan bibir ke depan , tidak berminat apa yang disebut oleh Agus.

Saya segera ke bahagian ruang tamu, saya lihat datuk sedang bercakap-cakap dengan Nyak Sulaiman.

“Kita ni di mana?” saya terdengar datuk mengajukan soalan kepada Nyak Sulaiman.

“Kita berada dikawasan Laut Sumatera.”

“Kenapa takrapat terus ketepi,” datuk mendesak.

“Biar agak jauh malamkita rapat ke pantai,”

“Sebabnya?”

“Tak payahlah awak tahu sebabnya,” Nyak Sulaiman menepuk bahu datuk. Dan datuk tidak mengajukan sebarang pertanyaan. Malah, sabar menanti waktu yang akan dipilih oleh Nyak Sulaiman untuk rapat ke pantai Sumatera.

“Lebih kurang pukul sebelas malam, enjin bot pun dihidupkan. Sauh segera diangkat. Nyak Sulaiman segera memberi arahan kepada anak buah supaya memastikan laluan bot menuju ke pantai. Disamping itu, Nyak Sulaiman  juga mengingatkan anak buahnya berusaha dengan sedaya upaya menjauhi sebarang bot. Anak buahnya akur dengan arahan.

Di saat bot kian mendekati pantai, tiba-tiba secara kilat muncul sebuah bot laju memintas perjalanan bot yang kami naiki. Belum pun sempat anak buah Nyak Sulaiman mengubah haluan bot, beberapa orang dari bot laju melompat ke atas bot milik Nyak Sulaiman.

“Kita dalam bahaya, jangan menyerah,” suara Nyak Sulaiman lantang. Bot laju itu seolah-olah memaksa bot yang kami naik menuju ke sebuah pulau di depan.

Walaupun demikian, pemandu bot Nyak Sulaiman tidak mudah ditundukkan. Dengan sedaya upaya dia melawan, saling tunda-menunda. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Lagi sekali saya diamuk keresahan dan ketakutan. Andainya terjadi sesuatu yang buruk, sukar untuk saya dan datuk menyelamatkan diri. Kami dikelilingi oleh Selat Melaka. Dalam keadaan yang tidak tenteram itu, Nyak Sulaiman mengajak saya dan datu keluar dari bilik tamu.

“Kalau kita berada di bahagian atas, senang kita bertindak,” mendengar cakap Nyak Sulaiman itu hati saya terus berdebar. Apakah dia mnyuruh datuk dan saya terjun ke laut dan kemudian berenang dalam gelap mencari pantai. Saya dongak ke langit, mata saya mencakup awan dan bintang yang bertaburan, saya renung ke bawah, hanya ombaklaut alunberalun.


BEDIRI

Dua orang lelaki berdiri di depan kami, dari sinar lampu yang agak gelap, saya lihat kedua-dua lelaki itu berbadan tegap dan tinggi. Wajah dan kepala di sarung dengan kain hitam kecuali bahagian mata.

“Siapa mereka?” Tanya datuk.

“Lanun pulau,” jawap Nyak Sulaiman.

“Kita dalam bahaya,” kata datuk lagi.

“Iya, ita cuma ada pilihan samada melawan atau menyerah.”

“Selalu kamu menghadapi masalah macam ni?”

“Belum, biasanya kami dapat melarikan diri,” suara Nyak Sulaiman terketar-ketar. Datu menggigit bibir.

Dua leleki yang memakai sarung kepala dekat kepada kami. Salah seorang menghalakan muncung pistol ke arah  Nyak Sulaiman, manakala seorang lagi mengangkat parang panjang seperti mahu memancung kepala saya dan datuk.

“Serahkan semua barang-barang yang ada dalam bot ini kepada kami, kalau menentang, kamu semua kami bunuh,” tutur salah seorang lelaki itu.

“Kami tak ada barang berharga,” jawap Nyak Sulaiman.

“Kalau begitu, serahkan jam tangan, cincin dan makanan yang ada dalam bot.” sambung lanun pulau.

Nyak Sulaiman pandang wajah datuk. Bot yang tadi bergerak laju, saling himpit-menghimpit terus berhenti. Beberapa orang lanun yang berada di bot mereka terus melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Mereka mengelilingi kami.

“Kami nak rampas bot awak, sekarang awak semua mesti terjun ke laut, pandai-pandailah selamatkan diri sendiri,”  tutur lelaki yang memakai sarung kepala warna hijau.

“Tak patutlah buat begitu kepada kami, kalau awak mahu rampas bot ni, hantarkan kami ke pantai Tanah Melayu atau Sumatera, setidak-tidaknya ke pulau,” Nyak Sulaiman merayu.

Lelaki itu tersenyum. Beberapa orang anak buah Nyak Sulaiman yang baru ditangkap, segera disatukan dengan kumpulan kami. Saya kira lelaki bersarung kepala hijau itu ialah ketua lanun, sebabnya saya berkata begitu kerana dialah orang yang paling akhir melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Cakap-cakapnya dipatuhi oleh orang-orangnya.

“Tadi janji nak rampas jam tangan, cincin dan makanan bukan nak rampas bot,” datuk bersuara.

“Itu bukan cakap aku, Aku ketua, kamu mesti ikut cakap aku,” lelaki bersarung kepala hijau terus bersuara. Dia memerintah anak buahnya menyelongkar isi perut bot. Dengan mendadak ketua lanun itu menolak bahu kanan datuk. Kerana datuk tidak melawan dia terus merampas jam tangan Nyak Sulaiman. Dia datang kepada datuk semula, badan datuk dirabanya. Datuk sudah berusaha supaya dia tidak menyentuh tali pinggang. Dia bagaikan tahu yang datuk tidak suka dia menyentuh tali pinggang tersebut.

“Saya mahu ini, katanya.

“Ini tali pinggang pesaka,” datuk berdalih.

“Jadi awak tak mahu serahkan pada saya.”

“Bukan tak mahu serah, lain kali saya serahkan pada awak.”

“Kurang ajar ,” jerit ketua lanun lalu melepaskan penampar ke muka datuk. Saya lihat datu tertiarap atas lantai bot. Bila ketua lanun itu mahu menendang datuk, Nyak Sulaiman segera menghalang. Ketua lanun berpusing ke arah Nyak Sulaiman. Nyak Sulaiman terlentang atas lantai bot. Bibirnya pecah dan berdarah.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya segera mencari tempat persembunyian, tetapi usaha saya tidak berjaya. Ketua lanun menyambar tangan kanan saya lalu dikilaskan ke belakang. Saya terus menjerit kesakitan.

“Diam, kalau kamu menjerit aku campak kamu ke laut,” ketua lanun jegilkan mata ke arah saya. Rasa cemas mula menguasai hati, tetapi saya cuba dengan sedaya upaya bersikap tenang dengan mendiamkan diri. Semoga tindakan saya itu melembutkan hati ketua lanun, mudah-mudahan dia akan melepaskan tangan saya yang dipulasnya.

Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Tangan saya terus dipulas. Sakitnya tidak dapat saya gambarkan. Saya mengerang kesakitan danketua lanun terus ketawa kecil.

Dengan keadaan serba tidak kena itu, sasya terus berfikir dan merancang sesuatu untuk melepaskan tangan dari genggaman ketua lanun.


TEKAN

Tiba-tiba secara tidak disangka-sangka, ketua lanun menekan muka saya ke pangkal pehanya. Bau hapak dari seluarnya emmbuat saya terasa mahu muntah pada saat itu juga timbul dalam fikiran saya untuk melakukan sesuatu.  Dengan serta merta saya bertindak, daging pehanya yang dibalut dengan seluar terus saya gigit denga sekuat hati.

“Aduuuhhh!!!” Jerit ketua lanun.

Serentak dengan itu dia melepaskan penampar kencang ke muka, saya terus jatuh atas lantai bot. Kulit muka saya terasa pedih. Pandangan saya berpinar-pinar, bintang di langit kelihatan sekejap besar, sekejap kecil.

Malam yang sememangnya sudah gelap menjadi hitam pekat. Deru ombak sudah tidak begitu jelas kedengaran. Dalam beberapa saat, terasa tubuh menjadi kecil dan terumbang ambing di awang-awangan. Dan seterusnya saya tidak ingat apa yang terjadi.

Bila saya dapat menggerakkan tangan dan membuka mata, saya dapati diri saya berada di celah kangkang ketua lanun. Manakala Nyak Sulaiman sudah pun berdiri sambil mengesat darah di bibir. Datuk duduk mencangkung dengan sepasang mata nerenung ke arah saya.

“Kau tak apa-apa Tamar?” Tanya datuk.

“Eeerrr…,” saya tidak dapat meneruskan percakapan. Kedua belah rahang saya terasa sakit.

“Bertenang Tamar, masanya belum sampai.”

“Saya cuba tuk, tapi mulut saya sakit tuk,” saya terus mengadu dalam keadaan yang serba mencemaskan itu. Rasa sakit itu membuatkan air mata saya mengalir di pipi.

Melihat keadaan yang serba payah itu, timbul rasa belas di hati datuk. Dia tidak rela melihat saya diseksa begitu. Dengan memberanikan diri datuk terus berkata.

“Lepaskan cucu saya.”

“Lepaskan cucu awak? Iya, sekarang saya lepaskan. Ambillah dia di celah kangkang saya ni.”

Mendengar kata-kata ketua lanun itu, terbayang kegembiraan di wajah datuk. Tanpa membuang masa, datuk renung Nyak Sulaiman. Saya lihat Nyak Sulaiman genyitkan mata seolah-olah menuruh datuk supaya mengikuti arahan ketua lanun.

“Lepaska cucu saya,” rayu datuk

“Ambillah, saya tak halang.”

Setelah meyakini yang ketua lanun itu tidak akan memperdayakan dirinya, datuk pun menginsut perlahan-lahan sambil berusaha supaya salah satu anggota tubuhnya masuk ke dalam kangkang ketua lanun itu. Kerana menyedari apa yang datuk inginkan, saya pun hulurkan tangan kepadanya.

Di saat telapak tangan saya hampir bertemu dengan telapak tangan datuk, ketua lanun angkat kaki kiri lalu melepaskan tendangan ke arah datuk. Dengan cepat datuk mengelak dan tendangan itu hinggap ke peti kosong di kanan datuk.  

Ketua lanun naik darah dia segera mencapai sebatang kayu bulat panjang. Dengan sepenuh tenaga dia menghayun kayu itu ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk dapat mengelak dan saya pula berjaya keluar dari bawah kangkang ketua lanun dengan cara merangkak. Saya segera menggolekkan diri hingga sampai di sisi Nyak Sulaiman.

Ketua lanun terus melakukan serangan dengan berbagai-bagai cara terhadap datuk. Saya lihat datuk lebih banyak bertahan dan mengelak dari melakukan serangan kepada ketua lanun. Kesimpulannya, datuk tidak mahu mencetuskan perkelahian. Dia mau berdamai dan kekeruhan yang terjadi mahu diatasi dengan cara yang paling baik.

Ternyata harapan datuk tidak difahami oleh ketua lanun yang sedang berang itu. Dia mahu memperlihatkan kekuatan dan kemampuannya. Dia seolah-olah mahu memberitahu datuk yang dirinya tidak dapat ditewaskan oleh sesiapapun. Laut itu adalah kawasan takluknya, siapa yang berani menentang akan kecewa juga akhirnya.


TEMBAK

Setelah puas mengelak dan bersabar, akhirnya datuk mengambil keputusan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tembak dia!”

Tiba-tiba saja ketua lanun mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Lima muncung pistol menghala ke arah batang tubuh datuk. Tembakan itu berterusan hingga peluru kehabisan.

Anak buah ketua lanun bagaikan terpukau bila melihat tubuh datuk tidak menghadapi sebarang kecederaan. Mereka pun menjauhkan diri dari datuk, masing-masing mencari tempat perlindungan. Mereka mengira datuk akan bertindak.

Ternyata datuk tidak bertindak. Ini membuat anak buah ketua lanun bertambah bingung. Ketua lanun keluarkan pistol lalu mendekati datuk sambil menghalakan muncung pistol ke arah dahi datuk. Sebelumketua lanun menarik picu pistol, datuk segera menghentakkan tumit kaki kanannya ke lantai bot, serentak dengan itu pistol terlucut dari tangan ketua lanun. Jatuh atas lantai lalu meletup sendiri.

Ketua lanun mencabut pedang dari sarung lalu melepaskan tetakan kencang ke arah datuk. Tetakan itu tepat mengenai bahu kanan datuk, tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan. Malah pedang yang digunakan terus bengkok dan matanya sumbing.

Melihat keadaan yang luar biasa itu, anak buah ketua lanun segera melarikan diri dengan melompat ke atas bot mereka. Ketua lanun yang terdesak itu mula mencari helah untuk menuruti jejak langkah anak buahnya. Datuk segera memintas dan merapatinya. Datuk pegang leher baju ketua lanun.

“Mahu kemana kamu, tak ada gunanya mengambil harta orang lain untuk dijadikan hak sendiri, awak baliklah dan bertaubat, jangan buat kerja tak senonoh ni,” tutur datuk.

“Kurang ajar, siapa awak nak mengajar saya,” sahut ketua lanun, lalu menepis tangan datuk yang memegang leher bajunya. Pegangan datuk terlucut dan ketua lanun melepaskan penumbuk. Datuk dapat mengelak.

Pada saat itu juga terdengar bunyi jentera kapal lanun dihidupkan. Nyak Sulaiman segera bertindak dengan membelitkan tali botnya kebahagian depat bot lanun. Melihat keadaan sudah terdesak, anak buah ketua lanun  segera mematikan jentera bot mereka lalu melompat kembali ke atas bot Nyak Sulaiman, anehnya, mereka seperti tergamam bila berdepan dengan Nyak Sulaiman, mereka terus mencampakkan senjata ke atas lantai bot.

PETI

Demi untuk menyelamatkan diri, saya terus menyorok di balik peti sambil mengintai tindak-tanduk selanjut antara datuk dengan ketua lanun. Saya lihat ketua lanun cukup geram dengan karenah datuk itu.

“Hei, sial laknat, kenapa diam, tangkap manusia babi ni,” ketua lanun mengeluarkan arahan. Seperti kilat anak buahnya yang tergaman tadi mengambil senjata (parang panjang) atas lantai lalu bergerak ke arah datuk.

Mereka mengelilingi datuk. Dengan tenang datuk menghadapi semuanya, dia memperkemaskan langkah dan duduk.

“Kurang ajar.”

Ketua lanun membuka silat dngan sebilah lawi ayam. Dia menerkam ke arah datuk macam harimau lapar, serentak dengan itu anak buahnya melangkah mendekati datuk sambil menghalakan mata parang ke tubuh datuk. Saya cemas.

“Sedia,” suara ketua lanun datang. Dia terus melompat tinggi dengan perancangan yang teliti untuk jatuh atas badan datuk dengan hujung mata lawi ayam menggaris dari dada hingga ke perut datuk. Dengan berbuat demikian perut datuk akan terbelah dan segala isi perut datuk akan atas perut bot.

Tetapi, semua gerakkan ketua lanun itu dapat datuk baca kerana itu di saat ketua lanun itu melompat, datuk sudah mengatur strategi yang berkesan. Dia merendahkan badannya, di saat tubuhnya mahu dihempap oleh ketua lanun, datuk segera bangun lalu menyambar tangan kiri ketua lanun yang tidak bersenjata. Tangan kiri itu dikilas sekuat hati hingga lawi ayam yang berada di tangan kanan terlucut. Pada saat itu juga datuk memusingkan tubuh ketua lanun lalu menjulang ke atas dengan kedua belah tangannya.

“Kamu yang mencari musuh,” kata datuk lalu memusingkan tubuh ketua lanun yang besar dan tegap itu sebanyak tiga kali. Kemudian batang tubuh ketua lanun dihumban ke laut. Ternganga mulut Nyak Sulaiman melihat kejadian yang tidak pernah difikirkannya berlaku di depan mata. Sayup-sayup terdengar suara ketua lanun memaki hamun datuk dari permukaan laut. Dia terpaksa berenang untuk mengimbangi badannya agar jangan tenggelam ke dasar laut.

“Siapa lagi.”

Datuk terus menatap biji mata anak ketualanun yang mengelilingi. Semuanya terdiam, ada diantara menjeling ke arah laut yang nampak sekata dengan gelap malam.

“Siapa lagi, sila rapat.”

Datuk pun merendahkan tubuhnya lalu membuka silat sambil mengambil pedang ketua lanun yang terdampar atas lantai bot. Melihat datuk berbuat demikian, dua orang dari mereka undur  tiga tapak ke belakang, kemudian menjerit lantas terjun ke laut.

Tiga orang yang masih tinggal, tetapi kelihatan tenang dan cuba mahu menentang datuk. Mereka berpandangan sama sendiri dan saling mengenyitkan mata. Salah seorang dari mereka yang wajahnya seperti orang Arab, bertubuh tinggi tetapi kulitnya hitam dengan misai dan jambang yang lebat maju setapak ke arah datuk.

Bagaikan kilat dia mengeluarkan ekor  pari dari dalam bajunya lalu melibaskan ke arah datuk. Libasan pertama membelit tubuh datuk hingga meninggalkan kesan bintit-bintit merah di pipi dan bahu, baju datuk terus koyak. Datuk tidak pula jatuh atau mengalami sebarang rasa kesakitan. Dia tetap seperti tadi, masih mengatur langkah silat untuk mempertahankan diri dari sebarang kemungkinan. 


No comments:

Post a Comment