Penjelasan dari Haji Simpul itu, secara tidak langsung
seolah-olah menyuruh kami berfikir tentang Kak Sun.
Hati kecil saya lantas membuat kesimpulan, Kak Sun memang
tidak ikhlas. Dialah, batu penghalang hasrat kami bertemu dengan Haji Simpul.
“Aku kadang-kadang, risau dengan perangai si Harisun. Dia
suka, dengan keadaan yang tidak baik itu terjadi kepada diri Mia dan dirinya.
Berkali-kali aku terangkan padanya, masaalah Mia boleh diatasi, begitu juga
dengan masaalah dirinya. Salah seorang dari mereka, harus mengadu hal pada aku
atau minta bantuan aku. Kemudian barulah aku berusaha memecahkan masalah yang
mereka hadapi.”
“Agaknya, Kak Sun merasakan perkara itu susah,” tingkah
saya.
“Memanglah susah, rohani mereka berdua mesti dibersihkan
dengan amalan-amalan yang terpuji. Perkara begini, tidak boleh dibuat dalam
sekelip mata. Mesti diamalkan secara berterusan, mesti sanggup menghadapi
godaan,” Haji Simpul berhenti bercakap, matanya merenung lantai. Barangkali dia
berfikir apakah perkara itu harus dibentangkan kepada kami atau dimatikan
begitu saja.
Sesungguhnya, saya memang mengharapkan Haji Simpul
menghuraikan secar lebih terperinci tentang Mia dan Kak Sun. Malangnya, saya
tidak berani menyatakan hasrat tersebut secara terang-terangan.
Syukur ! Tanpa diminta Haji Simpul menjelaskan secara
terperinci, bahawa apa yang terjadi pada diri Mia dan rumah batu lama itu
adalah akibat keterlanjuran nenek moyangnya yang bekerjasama dengan makhluk
ghaib yang disebut SAKA. Selagi zuriat nenek moyangnya ada dibumi ini, saka itu
akan menjaga mereka dan mereka pula mesti membela saka mengikut ketetapan
syarat yang dibuat dengan nenek moyang dahulu.
“Bila dipersia-siakan syarat dan janji, macam macam yang
datang, seperti yang terjadi pada Mia dan melarat kepada orang gajinya. Kalau
dibiarkan para pekerjanya akan turut terlibat. Andi, kamu harus menyelamatkan
Mia,” dari cara Haji Simpul bercakap dan renungan mata, ternyata kata-kata yang
dihambur adalah untuk Andi kamarool.
“Tuan haji suruh saya.”
“Iya, “ balas Haji Simpul.
“Saya seorang,” tanya Andi Kamarool cemas.
“Aku bantu kamu,” Haji Simpul memberi jaminan.
Jaminan yang diberikan itu, membuat Andi Kamarool menoleh
kearah saya dua tiga kali. Walaupun begitu dia nampak tenang. Tidak gugup macam
tadi.
Anehnya, saya pula berdebar dan cemas, tidak tentu fasal.
Apakah harapan dan permintaan Haji Simpul itu akan memulakan sebah babak baru
yang lebih baik untuk saya dan Andi Kamarool. Mungkinkah kami akan terus
terpenjara di daerah asing ini dalam jangka waktu yang tidak dapat ditentukan.
Semanya berputar ligat dalam tempurung kepala.
“Bagaimana caranya tuan haji?” Apa saya boleh ikut sama?”
Haji Simpul tersenyum. Lagisekali wajah saya jadi tumpuan
anak matanya yang hitam tajam. Bila direnung begitu, saya jadi serba salah.
Tidak senang rasanya hati.
“Sudah tentu kamu boleh ikut sama, kamu boleh menolongnya
dengan ilmu petua yang ada pada kamu, tapi…., dengan serta merta Haji Simpul
alihkan renungan ke arah Andi Kamarool.
“Kamu ada kelebihan tersendiri yang tidak ada pada orang
lain,” tambah Haji Simpul.
“Maksud tuan haji…,” celah Andi Kamarool.
“Datuk nenek kamu , mengamalkan ilmu dunia yang sealiran
dengan ilmu nenek moyang Mia. Mereka berguru dengan orang yang sama. Tetapi,
menuntut di tempat yang berlainan. Mereka sama-sama SAKA yang berpenghulukan
jin, bapanya harimau. Mereka sudah berjanji untuk memelihara SAKA itu, selagi
zuriat mereka ada dimuka bumi.”
“Janji yang mencelakakan keturunan sendiri,” terhambur
dari mulut saya.
“Ahh kamu…,” nada suara Haji Simpul meninggi. Dia
memperlihat rasa kurang senangnya, dengan membeliak biji mata kepada saya.
“Maafkan saya.”
“Jangan cepat melatah, jangan cepat marah. Berbalik pada
diri si Andi ini. Kelebihannya, berjaya mengawal diri dan membuang SAKA datuk
neneknya dengan amalan mengikut hukum-hukum Allah. Disamping itu, dia turut
dibantu oleh alim ulama,” penuh perasaan Haji Simpul bersuara.
“Tetpi, saya tewas juga tuan haji, terjebak juga dengan
kepintaran dan penipuan syaitan,” potong Andi Kamarul. Tiba-tiba dia menangis
tersedu.
Tangisan dan sedu sedan Andi Kamarool berakhir, setelah
dipujuk oleh Haji Simpul. Satu suasana yang berlaku diluar dugaan, inilah kali
pertama saya melihat Andi Kamarool yang keras hati itu menangis.
BERJAYA
“Tetapi. akhirnya kamu berjaya keluar dar sarang
kejahatan itu. Kau menggunakan apa yang ada pada kau untuk menyelamatkan Mia,
sekali gus menolong, Harisun yang menjadi hamba penunggu rumah batu, tu.”
Saya tak…,”
“Jangan cepat menolak,” pintas Haji Simpul. Andi Kamarool
terdiam. Dia membiarkan haji Simpul meneruskan percakapan.
“Jangan cepat menolak sebelum berusaha. Menyelamatkan
manusia dari kuasa syaitan satu amal jariah. Membetulkan kepercayaan orang
Islam yang sudah terpesong, satu kewajipan yang memang dituntut. Apakah kamu
berdua tdak mahu membuat amal jariah semasa hidup?”
“Mahu,” jawap kami serentak.
“Kalau begitu mulakan, jangan berdolak dalik lagi, Andi,”
sebuah permintaan yang murni tetapi penuh cabaran.
“Aku sedia membantu,kamu berdua,” Haji Simpul melafazkan
janji sambil mengenggam penumbuk.
“Bagaimana kalau tuan haji saja menjalankan kerja itu,”
saya kira kata-kata yang diungkapkan oleh Andi Kamarool merupakan satu helah
untuk melepaskan diri tugas berat itu.
“Kamu memang bijak, cara hormat kamu mahu menguji
kesungguhan dan kejujuran aku Andi. Dalam hal ini, ada syaratnya untuk
akumemulakan tugas tu,”
“Apa syaratnya tuan haji.”
“Aku tak boleh jual murah bak kata orang, hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong. Mia tidak pernah minta tolong, begitu juga
dengan Harisun, bagaimana aku mahu memulakan. Kamu suka dengan Mia,
Andi>” Haji Simpul tidak berselindung lagi. Andi Kamarool, tidak boleh
berdalih lagi di hadapan orang tua yang boleh membaca apa yang terasirat dalam
kalbunya.
“Iya tuan haji, saya sukan dia,” pengakuan yang tidakmengejut
saya. Memang sudah diduga Andi Kamarool akan berterus-terang.
“Kalau begitu jangan bertangguh lagi,” Haji Simpul
membakar semangat Andi Kamarool. Saya lihat muka Andi Kamarool mula merah. Dia
merasakan dirinya seperti tercabar.
“Tunjukkan jalan untuk saya tuan haji,”
“Ada dua jalan, kamu boleh pilih mana yang kamu mahu. Apa
yang pasti, semuanya mempunyai risiko yang tinggi.”
“Terangkan tuan haji, “ saya mengeluarkan usul.
“Bila aku terangkan, mesti dibuat, jangan berdalih. Paling
lewat dalam masa tiga bulan perkara itu mesti berjalan. Kalau tidak dibuat,
padahnya kita tanggung bersama.”
“Apa padahnya tuan haji?”
“Syaitan menggoda keimanan kita hingga terpesong.”
“Ohhhhhh…,” serentak kami bersuara.
Haji Simpul memperkemaskan sila, menyandar badan ke
dinding. Sepasang tangannya memeluk tubuh dengan kejap sekali. Sepasang matanya
merenung ke depan, bagaikan menembusi dinding mengembara jaug ke kawasan yang
tidak bertepi. Dia seperti menafikan kehadhiran kami disisinya. Kelopak matanya
tidak berkelip.
KEMAS
Cara pertama, Andi menikah dengan Mia. Boleh bersam
selama satu bulan tetapi, tidak boleh membuat hubungan badan. Biasanya dalam
tempoh seminggu lawan jenis kamu tarsus memberontak dan dia akan memperlihatkan
tanda-tanda peninggalan nenek moyang di tubuhnya, kalau saka jin harimau,
badanya berbelang dan memperlihatkan ciri- ciri seekor harimau,” Haji Simpul
menarik nafas dan sepasang tangan yang memeluk tubuh segera dijatuhkan ke
lantai.
Sebaik telapak tangannya bertemu dengan papan lantai,
tudung saji, keris panjang dan pedang jepun yang digantungkan di dinding jatuh
ke lantai, macam ada sesuatu yang menjatuhkannya.
“Itu amaran kerana aku mahu campur urusan orang lain, aku
sudah bersedia. Datanglah,” saya dan Andi Kamarool tercengang-cengang, tidak
tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh Haji Simpul.
Kami segera merenung ke halaman rumah, dalam panas terik
itu kami seakan-akan melihat kemunculan beberapa ekor binatang aneh dalam
keadaan yang samar-samar.
Sekali pandang macam kucing hitam, bila dilihat kalo
kedua seperti musang. Bila mahu diamati-amati, binatang it uterus hilang.
“Jangan pedulikan apa yang ada di luar. Aku bercakap
kepada kamu tentang perkara yang lebih besar dari apa yang ada di luar, “ Haji
Simpul melahirkan protes keras.
“Maafkan saya,” kata Andi Kamarool.
“Begitu juga dengan saya,” saya pula mencelah.
“Masa dia dalam pengalihan itu, kamu juga naik darah
kerana kamu memang satu saka dengannya. SEcara perlahan-lahan kamu juga turut
mengalami masa peralihanmenjadi harimau. Bila kamu menyedari perkara itu, kamu
mesti bersedia,” Haji Simpul telan air liur.
“Apa yang mesti disiapkan?” Tanpa segan sili Andi
kamarool bertanya.
“Bacalah surah penghalau syaitan seperti yang diberikan
guru agama atau ustaz tempat kamu menuntut ilmu agama. Kamu bertasbih dan kawal
perasaaan , hingga peralihan itu terbantut. Bila kamu terbantut, Mia juga
terbantut.
“Berapa lama tuan haji?”
“Selama satu bulan, sepanjang masa itu kamu sentiasa
diduga dan dicabar. Lepas waktu itu, kamu jadikan rumah batu sebagai surau.
Panggil semua pekerja Mia berjemaah disitu pada setiap waktu. Setiap malam
Jumaat baca yassin selama empat puluh hari ,” lagi sekali Haji Simpul berhenti
bercakap. Dia mengeliat dan meraba pipi kanannya yang kemerah-merahan seperti
dicakar sesuatu.
“Aku minta pertolongan Allah berusaha untuk membebaskan
anak Adam dari cengkaman kamu,” Haji Simpul menunjukkan kata-kata itu pada
sesuatu yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar kami.
“Kemudian melakukan perkara yang lebih berat dari itu.
Bilik kosong di bahagian dapur rumah hendaklah dibersihkan. Buang semua kain
atau sebarang benda yang ada disitu. Jadikan bilik itu tempat kamu membaca
Quran setiap malam, jadikan tempat kamu bersembahyang sunat. Akhirnya kubur
lama dibawah pokok buluh kamu buang, memang tidak ada rangka manusia di situ.”
“Macam mana dengan penunggu rumah batu tu, tuan haji,”
saya pula menyoal.
“Bila rumah batu itu dijadikan tempat ibadat, sentiasa
dipenuhi dengan ayat-ayat suci dengansendiri kepercayaan dan keyakinan para
pekerja Mia, si Harisun terhadap penunggu itu dapat dileburkan, penunggu itu
akan terus lari. Sekarang dah faham?”
“Iya kami faham,” serentak kami menjawap.
Akibat terlalu lama duduk, seluruh sendi terasa lenguh dan
sengal. Kami minta izin dari Haji Simpul untuk berjalan-jalan di ruang rumah.
Permintaan kami diperkenankan. Kami bergerak bebas sambil sesekali merenung
keluar. Akhirnya, kami duduk baersimpuh di depan Haji Simpul kembali.
DUDUK
“Bagaimana ? Dah hilang rasa lenguh, “
“Lenguh dah hilang tapi, rasa sengal-sengal masih ada,”
saya jawap sambil tersengih. Andi Kamarool sudah duduk bersila terus sambil
memicit-micit pangkal pehanya berkali-kali. Semua gerak-gerinya dalam perhatian
Haji Simpul.
“Berat juga syaratnya. Susah kerjanya tuan haji,” kata
saya memberi komentar. Saya lihat Haji Simpul tersenyum.
“Didalam dunia ini, mencari kebaikan dan membuat
kebajikan bukannya mudah. Mesti keras semangat, tabah dan yakin,” balas Haji
Simpul.
Dan Andi Kamarool buat tidak kisah dengan apa yang
diungkapkan oleh Haji Simpul. Pada hal kata-kata yang dihamburkan itu memang
ditujukan khas untuknya. Dia tetap seperti tadi terus memicit-micit pangkal
pehanya.
“ Cara kedua macam mana ?” susul saya lagi.
Haji Simpul gosok pangkal hidung dua tiga kali. Dia
merenung ke arah saya sambil mengecilkan (seperti hujung mata kanannya).
“Huh…,” keluhnya sambil membesarkan sepasang mata. Dia
merenung ke siling rumah sebelum merenung ke arah saya untuk kesekian kalinya.
Sudah tentu perbuatan Haji Simpul itu menimbulkan keresahan pada saya.
“Kau memang tak sabar, kalau kau tak tanya pun, aku tetap
terangkan. “
Saya jadi tersipu-sipu dengan kata-kata yang terpancut
dari kelopak bibir Haji Simpul. Andi kamarool menghadiahkan senyum sinis sambil
pura-pura batuk. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Sebelum memulakan penerangancara (syarat) kedua, haji
Simpul menggeliat, macam orang baru bangun tidur. Seperti tadi juga, dia terus
merenung syiling rumah, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Di luar,
panas terik terus berkuasa. Tetapi, didada langit kelihatan awan bertompok
putih bertukar menjadi tompok-tompok hitam.
“Ada tanda nak hujan,” kata Haji Simpul.
Saya dan Andi Kamarool merenung kedada langit,
Tompok-tompok hitam itu, bergerak agak lemah kearah selatan.
“Cuaca elok, panas terik. Awan pula bertompok hitam,”
rungut Haji Simpul. Serentak kami anggukkan kepala, mengiakan kata-kata Haji
Simpul.
“Mudah-mudahan hujan tak jadi,” jawap saya.
“Aku pun harap hujan pun lambat, boleh jadi pada sebelah
petang atau sebelah malam.”
Saya kira, apa yang Haji Simpul ungkapkan adalah
berlandaskan pengalaman silamnya. Semua yang dilalui dan dirasainya dikutip dan
disimpan dalam khazanah diri. Ia dimanafaatkan bila diperlukan tanpa mengira
waktu dan masa. Perkara yang patut dicontohi dari Haji Simpul.
Perlahan-lahan saya menghela nafas panjang dan Andi
Kamarool terus merenung dedaun yang bergerak disentuh angina. Buat beberapa
detik, suasana dalam rumah terlalu sepi.
“Cara kedua, tuan haji,’ saya memecah kesunyian.
Haji Simpul memperkemaskan silanya. Seluruh perhatian
kami tertumpu kearahnya. Tidak terkedip kelopak mata merenung batang hidungnya.
“Cara kedua…,” Haji Simpul tidaj melanjutkan kata-kata. Kami
jadi resah. Hamper dua tiga minit masa terbuang begitu saja. Dia bagaikan tidak
berminat untuk menyambung kata-kata yang terhenti.
“Huhh…,” saya mengeluh lemah.
“Kamu resah Tamar?”
Saya tidak menjawap. Memang saya sudah duga , Haji Simpul
menyambung perkataan yang terputus. “Setelah menikah dengannya, tinggal tempat
itu. Tetapi, cara itu merugikan, tanah dan rumah terbiar, sedangkan syaitan
penunggu yang mahu dihalau, tidak mahu lari. Dia sudah dapat pendamping baru.”
“Siapa pendamping barunya tuan haji?” mendadak saya
bertanya.
“Harisun.”
Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.
Cerita yang diluahkan oleh Haji Simpul membuat kening dan
dahi Andi Kamarool berkerut. Hati saya mola digoncang keresahan. Saya kira
jalan penyelesaian suduh tertutup. Rumah batu dan Mia harus dilupakan. Saya
kira Andi Kamarool tidak bersedia melakukannya.
“Bagaimana, kalau rumah batu dan tanah dijadikan tempat
beribadat dan diwakafkan?” saya bertanya lagi.
Wajah Andi Kamarool dihiasi senyum. Ibu jarinya
ditegakkan kea rah saya. Dia bersetuju dan memuji pertanyaan yang saya
hamburkan. Sokongan moral yang diberikan membuat saya lebih bersemangat untuk
menghujani Haji Simpul dengan pelbagai pertanyaan.
“Boleh Tamar tapi…,”
“Tapi, apa tuan haji?”
“Kena usaha menghalaunya dulu, kalau diwakafkan dengan
tidak menghalaunya, memang kerja sia-sia. Nanti tak ada orang yang ahu datang
kesitu, rumah terbiar, tanah jadi hutan. Kalau dijual pun, tak ada orang yang
mahu membelinya,” terang Haji Simpul.
TINGKAP
Dia segera bangun. Berjalan ke arah tingkap dan berdiri
sebentar di situ. Pepohon dan bebunga yang berkembang di halaman ditatapnya
seketika. Dada langit yang digayuti awan hitam juga direnungnya. Haji Simpul
kembali duduk bersila di hadapan kami.
“Pelik, semua yang didengar dan dilihat. Pelik belaka,”
saya merungut sendirian.
“ Diadlam dunia ini, tak ada yang pelik. Kalau Allah
mengizinkan, semuanya boleh terjadi,” Haji Simpul mendengar rungutan dan terus
memberi komentarnya.
“Kenapa datuk nenek Mia membuat perkara yang menyusahkan
cucunya?”
“Sebabnya mudah sekali, masa itu mereka kurang memahami
ajaran Islam yang sebenar, mereka lebih yaking dengan pertolongan makhluk
ghaib.”
“Salahnya, orang yang tahu tentang ugama tidak
mahumenunjukkan jalan yang benar. Biasanya orang yang tahu tentang ugama
sombong, terlalu memandang rendah pada orang yang tidak tahu jahil. Semua
perkara kurafat dan karut ini, berpunca dari alim ulama juga,” daya tidak
bermaksud mahu membahaskanperkara tersebut, semuanya terjadi secara kebetulan.
“Aku setuju pendapat kamu tu, Tamar”
Dengan wajah yang ramah Haji Simpul menerima pandangan
saya. Andi Kamarool tetap seperti tadi, membisu semacam. Barangkali dia sedang
mencari rumusan yang terbaik untuk dirinya.
Mungkin salah satu syarat yang diungkapkan oleh Haji
Simpul mampu dipenuhinya. Saya tahu kasihnya terhadap Mia terus membuang
tetapi, melepaskan Mia dari penunggu rumah batu bukanlah satu tugas yang mudah.
Terlalu banyak liku yang harus dilalui. Apakah Andi Kamarool bersedia
melakukannya. Muka Andi Kamarool yang keresahan saya tatap.
“Bagaimana, kamu bersedia?” Haji Simpul menghalakan
pertanyaan kepada Andi Kamarool.
“Saya bersedia tuan haji.”
Jawapan itu mengejutkan saya. Sukar rasa mempercayai yang
kata-kata itu terpancut darikelopak bibir Andi Kamarool.
“Kamu pilih yang mana, pertama, kedua dan ketiga’” Haji
Simpul minta kepastian. Mulut Andi Kamarool terlopong., sukar untuknya
meluahkan sebuah kepastian.
Lagi sekali saya lihat kening Andi Kamarool berkerut dan
dahinya berkedut. Andainya, dia minta pendapat saya, sudah tentu saya
menyarankan kepadanya begini, segeralah menikah dengan Mia, kemudian berhijra
ditempat lain. Sesungguh saya juga akan berbuat demikian, jika berpeluang
memiliki Mia.
“Bagaimana? Boleh bagi tahu cara mana yang kamu pilih?”
Saya tersentak, nada suara Haji Simpul cukup keras kali
ini.
No comments:
Post a Comment