Bagi menghilangkan
rasa cemas, saya menarik nafas dalam-dalam sambil memluk tubuh penuh erat.
Kedinginan membuat kelopak bibir bergetar. Denag ekor mata saya jeling ke arah
Andi Kamarool yang keresahan.
Adakah
Andi Kamarool mahu berada di sini sehingga fajar pagi terbit di kaki langit?
Suara batin terus bergema. Dan dalam keadaan yang seba tidak kena itu,
perlahan-lahan saya dongakkan kepala, merenung langit yang cerah. Awan nampak
bersih sekali, bintang bertaburan di mana-mana. Bulan sabit kian mengecil.
Saya
segera berfikir, cara paling baik mengatasi masaalah yang dihadapi ialah dengan
menyuarakan apa yang ada di dalam hati.
“Berapa
lama kita harus berada disini Andi?” dalam keadaan separuh menggigil saya
bertanya.
“Oh…..”
Andi Kamarool kerutkan kening. Tetapi sepasang anak mata nya masih menyorot ke
rumpun bamboo kuning.
“Aku
tak tahan berdiri di sini lama-lama. Aku sejuk Andi,” suara saya
tertahan-tahan.
“Iya,
aku juga macam kamu Tamar. Jadi apa yang mesti kita buat?”
“Kita
balik saha Andi.”
“Tapi,
macam mana dengan Mia dan Kak Sun?”
“Pedulikan,
mari kita balik Andi.”
“Jum….”
Sebelum
langkah pertama dimulakan untuk pulang kerumah papan, serentak saya dan Andi
Kamarool membuang pandangan ke arah perdu buluh kuning yang diterangi cahaya
lilin. Mia begitu khusyuk menghadapi timbunan batu kubur. Kak Sun yang berdiri
membelakangi Mia tersenyum sambil mengamit kami agar medekatinya.
“Jangan
dekati dia Andi,” bisik saya.
Andi
Kamarool mengangguk. Tetapi Kak Sun, mengamit.
“Jangan
pedulikan dan jangan kata apa-apa. Dia ada pendamping, sebab setiap kali
akukutuk dan maki hamun Kak Sun, macam ada sesuatu yang datang kacau aku. Ada
masanya aku ditampar, ditolak, ditendang. Aku tak dapat kesan benda aneh tu,”
saya pegang tangan kanan Andi Kamarool.
“Aku
faham Tamar.”
“Mari
kita balik, Andi.”
“Jum….”
Dan
perjalanan ke rumah papan diteruskan. Kami membelah kedinginan dinihari yang
mencengkam tulang. Salakan anjing liar, suara burung hantu dan musang jalang
terus memukul gegendang telinga kami. Bayu dini hari yang bertiup lembut
mengugurkan air embun yang terkumpul di hujung daun. Bila terkena kulit tubuh
menambahkan lagi kedinginan.
Saya
jadi marah dan meradang semacam, bila perjalanan dihalang oleh reranting yang
bertaburan dipermukaan tanah. Entah mengapa, hati saya cukup ghairah untuk
mencapai secepat mungkin ke rumah papan. Saya benci dengan lolongan anjing
liar, suara burung hantu dan musang jalang. Suara binatang tersebut, saya
rasakan seperti mengejek diri kami yang dipermainkan oleh Mia dan Kak Sun.
“Sabar
Tamar, ” Andi Kamarool mengingatkan saya.
“Subhanallah
….,” kata saya.
Memang
ganjil sekali, dalam kedinginan yang mengcengkam itu, dahi dan muka saya
berpeluh. Pokok di kiri kanan jalan yang tadi bergerak lemah disentuh angina,
secara mendadak bergoyang dengan keras, macam ada tenaga yang mengoncangnya.
“Ahh…”
Saya
terus melompat, beberapa ekor tikus berbulu kuning sebesar lengan melintas ke
depan. Suara jeritannya boleh mengoyangkan gegendang telinga.
“Berhenti
Tamar” Andi Kamarool memaut bahu kanan dan langkah saya berhenti.
Bagi
meghilangkan rasa berdebar, saya mengucap panjang sambil merenungke kaki
langit. Ada cahaya kemerah-merahan mucul di situ, menandakan tidak lama lagi
subuh akan menyapa penghuni maya.
“Beri
lalun untuk meraka Tamar, bila mereka selesai bari kita pula jalan,” tambah
Andi Kamarool.
MULUT
Lebih
dari sepuluh minit kami berdiri, memperhatikan kumpulan tikus kuning melintas.
Bila berdepan dengan kami, kumpulan tikus itu menganga mult, memperlihatkan
sepasang gigi siung yang tajam dan panjang, macam gigi singa laut di kutub
utara.
Mata
sebelah kanan buta dan maakala mata sebelah kiri berukuran sebesar bola
pingpong memancarkan cahaya kebiruan-biruan. Suara jeritan kumpulan tikus cukup
gamat menenggelamkan suara lolongan anjing, burung hantu dan musang jalang.
Perarakan
tikus kuning itu diakhiri denagn tikus hitam yang besarnya hamper menyamai
kucing hitam jantan. Muncungnya macam muncung babi.
“Dah
habis, sekarang kita teruskan perjalanan,” itu yang dibisikkan oleh Andi
kamarool ke telinga. Arahannya, segera saya patuhi. Langkah yang terbantut
diteruskan semula. Kali ini, keadaan sungguh berlainan, tiada lagi kedengaran
suara lolongan anjing, burung hantu dan musang jalang.
Suasana
terasa amat sepi sekali. Langkah pun kami percpatkan. Cahaya merah di kaki
langit, kian garang. Rasa dingin mula mengendur, tidak sehebat tadi.
Ketika
kami sampai di kaki tangga rumah papan, terdengar kokok ayam bersahut-sahutan.
Kerana masih percaya dan patuh dengan pesan orang tua-tua, sebelum memijak anak
tangga bongsu, kedua belah telapak tangan kami basuh dengan air embun di hujung
daun. Dan kesan air embun yang masih ada di telapak tangan, kami sapukan ke
muka serta kedua belah telinga. Kami segera naik ke rumah papan. Kerana
keletihan, kami terus tertidur.
JELMA
Pagi
itu, setelah menunaikan fardhu subuh kami tidour kembali. Kira-kira pukul tujuh
setengah baru bangun. Badan terasa sihat dan segar. Dan seperti pagi-pagi
sebelumnya kami tetap menanti sarapan yang akan dibawa oleh kak Sun. Menjelang
jam sembilan, sarapan yang diharapkan itu, tidak kunjung tiba.
“Tak
payah tunggu Kak Sun Tamar, buat air kopi sendiri. Di dapur ada kopi, gula, ada
air dan periuk, ” Andi Kamarool mengemukakan cadangan dan saya menerima tanpa
sebarang bantahan. Kami terus ke ruang dapur.
“Apa
yang kita rasa ni, adalah akibat dari peristiwa malam tadi. Mia mogok masak
untuk kita dan Kak Sun pula tak mahu datang ke sini,” suara Andi Kamarool
separuh lemah dari atas bendul. Dia tersenyum melihat saya terkial-kial
menghidupkan api di dapur.
“Ini
baru amaran pertama, ada lagi akibat yang bakal kita terima. Mungkin lebih
buruk dari ini Andi,” balas saya tenang.
“Sebelum
keadaan menjadi lebih buruk, ada baiknya kita tinggalkan tempat ini.”
“Bila
waktu nya Andi?” saya mendesak.
“Tengah
hari atau sebelah petang,”
“Aku
setuju. Tap, siapa nak beritahu Mia? Apa alasan yang nak kita beritahu dia. Aku
tak mahu menganggap rancangan kita gagal, kerana iti kita cabut. Kita kena beri
alasan yang cukup lojik, Andi,” saya segera memasukkan kopi dan gula kedalam
kolei dan kemudian saya kacau perlahan-lahan.
“Andi
Kamarool termenung sejenak, dua tiga kali dia melagakan gigi bawah. Barangkali
dia sedang mencari formula terbaru untuk menyelesaikan masaalah yang sedang
dihadapi.
“Begini
saja Tamar.”
“Apa
lagi Andi?”
“Kita
sama-sama jumpa Mia.”
“OK,
aku setuju tapi …”
“Tapi
apa lagi Tamar.”
Adi
Kamarool tidak jadi menghirup kopi. Cawan di letakkan kembali atas lantai.
Matanya tidak berkedip merenung wajahsaya. Dia bagaikan tidak sabar menanti
kata-kata yang bakal saya luahkan. Tentu sekali perasaannya berdebar cemas.
“Kita
perlu jumpa Haji Simpul, orang tua yang disebut-sebut, Kak Sun pada kita tu.
Dari orang tua itu, kita cuba korek rahsia diri dan keturunan Mia. Apa macam
kau setuju tak?”
“Aku
setuju Tamar, bila kita nak jumpa Haji Simpul?”
Andi
Kamarool menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan rencana yang saya
susun. Bagi menghilangkan rasa resah, saya menghirup kopi. Andi Kamarool juga
berbuat seperti apa yang saya buat.
“Kenapa
kamu tidak setuju Andi?”
“Ada
baiknya, kita jumpa haji Simpul dulu, sebelum kita jumpa Mia. Kemudian kita
minta kepastian dari Mia, apakah cerita yang kita dapat dari Haji Simpul itu
benar atau tidak.”
“Iya,
aku setuju dengan pendapat kamu tu, Andi.”
Kami
terus ketawa. Dan untuk kesekian kalinga, kopi terus kami teguk. Kerana saya
sudah menyediakan air kopi, kerja-kerja untuk mengemaskan barang dan pakaian ke
dalam beg menjadi tugas Andi Kamarool pula.
Dan
kini, masa untuk saya berehat pula.
MARAK
Sinar
matahari pagi berebut-rebut masuk ke ruang tamu, setelah daun tingkap saya
kuak. Terpaku saya dijendela mendengar kicau burung pagi. Aman rasanya mata dan
hati melihat pohon yang menghijau. Sinar matahari terus marak, beberapa orang
pekerja Mia memikul cangkul dan pungkis melintas di depan rumah menuju ke
ladang. Mereka tidak lokek mendermakan senyum untuk saya. Andi Kamarool terus
bergelut dengan tugasnya.
“Aku
harap datuk kamu dan Haji Basilam tidak ke mana-mana. Tetap menanti kita di
Sungai Penuh,” Andi Kamarool bersuara.
“Seingat
aku, datuk jarang mungkir janji,” balas saya. Dan perbualan kami mati di situ
saja. Andi Kamarool kembali dengan tugasnya semula.
Sambil
menikmati keindahan alam semulajadi, secara dia-diam saya sorot
kembaliktindakan yang telah kami lakukan. Apakah kami telah memilih jalan yang
betul atau jalan yang salah, sehingga kami terperangkap dalam dilemma yang seba
sulit ini?
“Andi,
Andi buka pintu.”
Bagaikan
kilat saya menerpa kea rah Andi Kamarool yang terhenti dari melipat pakaian.
Kami Saling berpandangan.
“Itu
suara Mia,” bisik Andi Kamarool.
“Iya,
aku juga fakir begitu.”
Kami
kembali membisu. Kembali pandangan dengan seribu pertanyaan. Apa yang timbul
dalam kepala saya ialah malapetaka. Mungkin kedatangan Mia dengan segumpal
kemarahan yang meluap-luap.
“Pergi
buka pintu, kalau kedatangan baik, kita sambut dengan baik. Kalau jahat kita
sambut cara jahat. Kita harus bersedia menghadapi seribu kemungkinan,” begitu
bersemangat Andi Kamarool meluahkan kata-kata, mendorong saya melangkah ke
pintu dan membukanya.
“Baru
bangun tidur.”
Mia
tercegat didepan, menatang setalam mangkok untu sarapan pagi. Dia kelihatan
menarik sekali dengan rambut yang disisir rapi. Ada sekuntum bungah cempaka di
celah rambut sebelah kiri. Baju kebaya biru dengan kain putih amat cocok sekali
dengan dirinya. Dia memang anggun.
“Kenapa
tercegat, ambil lah talam ni.”
Talam
tembaga segera saya sambut.
“Berkemas?”
Saya
anggukkan kepala.
“Mahu
kemana?”
Pertanyaan
itu tidak saya jawap. Walau bagaimanapun Mia tetap melangkah ke ruang tamu,.
Andi Kamarool tercegat di situ menanti kedatangan Mia.
Wajah
Mia yang ceria segera berubah menjadi keruh, bila melihat teko dan kesan air
kopi di kolei yang tersadai di ruang tamu. Dengan [erlahan-lahan ekor matanya
melirik tajam ke arah dua beg pakaian yang tersandar di sudut dinding. Dan
sambil meletakkan ke atas lantai, saya liha bibir Mia bergerak-gerak. Macam ada
sesuatu yang diperkatakannya.
“Kami
ingat tadi, tak ada air dan kuih muih untuk kami, jadi kami pun buat
kopisendiri. Duduklah Mia, buat apa berdiri macam patung,” lembut sekali nada
suara Andi Kamarool.
“Terima
kasih.”
Mia
terus duduk bersimpuh penuh sopan disisi saya. Beberapa saat kemudian Andi
Kamarool turut duduk. Kami bertiga (Mia berada di tengah) menghadapi hidangan.
SEMERBAK
Bau
kopi asli yang harum semerbak berpadu dengan bau lepat pisang membuat saya
hilang malu. Tanpa segan silu, tudung saji dari mengkuang segera saya buka.
“Kamu
ini, memang tak sabar. Gelojoh sangat, tuan punya belum pelawa kau dah
mulakan,” Bisik Andi Kamarool.
“Kopi
yang aku buat dengan air kopi yang Mia buat lain rasanya. Air tangan Mia,
memang sedap,” saya berjenaka.
Di
tengah-tengah deraian ketawa Mia dan Andi Kamarool, saya terus mengunyah dan
menelan lepat pisang. Air kopi panas yang wangi saya teguk. Tubuh terasa segar
dan bertenaga.
“Bernafas
sungguh kamu makan Tamar, jangan lupa orang yang kemudian,” kata Andi Kamarool,
lalu saya sambut dengan senyum.
“Terlambat
hantar, maafkan saya,” Mia renung batang hidung Abdi Kamarool.
“Tak
mengapa, bantuan dan pertolongan yang diberikan selama ini, rasanya tak dapat
kami balas,” sambil menjamah lepat pisang Andi Kamarool bersuara. Kemudian dia
menghirup kopi panas. Mia masih senyum dengan sepasang mata masih tertumpu pada
dua beg di tepi dinding.
“Berkemas
mahu ke mana Tamar, Andi?”
Pertanyaan
yang sememangnya suda diduga. Tetapi, ntuk memberi jawapannya memang sulit.
Kerana tidak memperolehi jawapn segera, membuatkan anak mata Mja berputar
kearah saya dan Andi Kamarool.
Hasil
ari renungannya itu, membuat kami jadi serba salah. Antara saya dan Andi
Kamarool saling bertukar pandangan.
“Mahu
meninggalkan rumah ini.”
Mia
sendiri menemui jawapannya. Serentak kami anggukkan kepala, macam merpati
jantan panggil merpati betina.
“Kami
berdua nak jumpa datuk Tamar dan Haji Basilam,” Andi Kamarool bersuara tunduk.
Dia bagaikan tidak sanggup menatap muka Mia.
“Ke
Sungai Penuh?” soal Mia.
“Betul,
Mia,” balas saya.
Mia
dongakkan muka merenung siling rumah. Kemudian meraba kuntum bunga cempaka di
kepala yang kedudukannya sudah agak senget kekanan.
“Terlalu
cepat, agaknya kamu dah jumpa penunggu rumah batu.”
“Tak
jumpa Mia, kami gagal,” tutur saya kehampaan.
“Sepatutnya
kamu berdua teruskan hingga berjaya, jangan cepat putus asa dan mudah
mengalah.”
Kata-kata
yang terpancut dari kelopak bibir bibir Mia, membuat ssaya dan Andi kamarool
menggigit bibir. Saya kira debar dada Andi Kamarool tidak sehebat debar di dada
saya. Sebenarnya, secara tidak langsung Mia mencabar kami. Saya dan Andi
Kamarool terus membisu. Pertanyaan Mia tidak mendapat tindak balas dari kami.
“Malam
tadi macam mana ?”
Pertanyaan
itu membuat saya tersentak. Mustahil Mia tak tahu pa yang berlaku malam tadi.
Lantas saya membuat kesimpulan, Mia tahu tapi sengaja buat tak tahu.
“Kami
gagal,” sahut saya.
“Tak
mahu diteruskan lagi?” soalnya serius.
“Tak
mahu, kami dipermain-mainkan,” sahut Andi Kamarool.
“Maksud
kamu Andi?” sepasang bijik mata terbeliak menghala ke batang hidung Andi
Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool resah. Barangkali dia terjerat dengan
pertanyaan itu atau tidak mahu mengungkit-ungkit hal yang sudah berlalu kerana
perbuatan itu boleh memalukan Mia.
“Cuba
terangkan, aku tak faham Andi,” Mia terus mendesak.
“Malam
tadi, kamu menghias diri. Pergi kekubur lama di bawah pokok buluh kuning, apa
kamu sudah lupa Mia?. Kamu mahumempermainkan kami.” Ungkapan yang saya luahkan
itu membuat Mia terkejut. Dahinya berkerut dan wajahnya agak pucat. Andi
Kamarool tunduk merenung lantai.
“Aku
tak faham Tamar, kamu menuduh sebarangan saja,” sanggah Mia.
“Malam
tadi, kamu membalut tubuh dengan kain hitam, kamu mengelingi kubur
berkali-kali. Kak Sun menemani kamu. Aku dan Andi tengok segala-galanya. Usah
berdalih Mia, usahlah mempermain-mainkan aku dan Andi,” semua yang bergolak
dalam hati terus saya luahkan. Andi kamarool membiarkan, dia seolah-olah tidak
mahu membabitkan diri dalam situasi yang agak yang agak tegang ini.
“Aku
tak buat perkara tu, Tamar,” suara Mia meninggi. Dia mula memperlihatkan riak
kemarahan dan terus melompak bagaikan harimau menerkam pelanduk. Dalam sekelip
mata Mia terus berdiri tercegat.
“Kamu
jangan menuduh sebarangan Tamar,” dia mula menjerit dan menghentak-hentak
kakinya ke lantai. Piring dan cawan yang ada didalam talam tembaga turut
bergegar. Mia benar naik angina, gerak gerinya tangkas sekali, bagai seorang
lelaki. Sifat gadis yang lembut terus hilang darinya.
“Mia,
nanti dulu jangan melenting,” Andi Kamarool segera bertindak dengan mendekati
Mia. “Kamu tak boleh menuduh sebarangan pada Mia, kamu harus bertanya dengan
cara baik,” sambung Andi Kamarool sambil melepaskan pandangan yang tajam
terhadap saya.
Entah
apa ilmu yang digunakan oleh Andi Kamarool, kemarahan Mia yang meluap segera
menjadi sejuk. Dia nampak tenang dan duduk bersimpuh kembali.
“Maafkan
Tamar, Mia,” pohon Andi Kamarool.
Mia
anggukkan kepala. Agar, situasi menjadi aman, Andi Kamarool mengungkap kembali
kisah-kisah lucu yang pernah dialaminya yang disampaikan secara berjenaka,
membuat saya dan Mia ketawa terbahak-bahak.
No comments:
Post a Comment