Bila
situasi tegang dapat diamankan, secara diplomasi Andi Kamarool menceritakan
secara terperinci tentang apa yang saya alami malam tadi. Dan Andi Kamarool
juga menceritakan bagaimana dirinya terbabit dalam kejadian itu.
“Memang
sudah ditetapkan, Tamar seorang saja berdepan dengan pengawal rumah. Tetapi,
semasa dia mahu menghubungi penunggu rumah secara ghaib, tiba-tiba saja dia
seperti kena rasuk dan terus balik kerumah. Dia kejutkan aku suruh sembahyang
subuh, katanya hari sudah siang. Pada hal masa itu baru pukul dua pagi,” Andi
Kamarool mengulangi kisah yang saya lalui menjelang subuh.
“kemudian
apa terjadi?” Mia kelihatan tidak sabar.
“Aku
tenteramkan perasaannya. Kemudian aku ajak dia kerumah batu lama. Masa aku dan
Tamar mahu mengelilingi rumah batu lama, kami bertembung dengan Kak Sun. Dia
menunggu kami di pintu belakang” sambung Andi Kamarool.
“Tunggu
aku? Kenapa dia tunggu aku?”
“Iya,
tunggu kamu selesai hiaskan diri,”
“Hias
diri? Mahu kemana?” Mia seperti merungut.
“Nak
pergi ke kubur di bawah pokok buluh. Kejadian selanjutnya seperti apa yang
Tamar sebutkan tadi. Tak payahlah aku ulangi lagi, nanti kau marah pula Mia,”
Andi Kamarool berhenti bercakap. Dia menelan air liur.
“Ohhhhh…..,”
Mia
seperti terkejut dan tidak mahu meneruskan kata-kata. Saya dan Andi Kamarool
bepandangan. Nyanyian beburung pagi, diluar rumah, tidak menarik perhatian kami
berdua, Mia menundukkan muka, merenung lantai.
Hampir
lima minit berlalu, tiada sepatah
perkataan yang terungkap dari mulut kami bertiga (Mia,saya dan Andi Kamarool).
Suasana dalam ruang terasa amat sepi sekali.
Kalau
ada jarum yang jatuh dapat didengar. Mia masih merenung lantai. Entah apa yang
bermain dalam tempurung kepalanya. Entah apa tindakan selanjut yang bakal
dilakukan Mia? Apakah kemarahannya akan meletup dengan tiba-tiba. Mungkinkah
dia akan menafikan apa yang dialaminya? Semua berkecamuk dalam kepala saya.
“
Andi, Tamar .”
Serentak
saya dan Andi Kamarool mengarahkan biji mata kewajah Mia. Perasaan saya
tersentuh melihat air jernih bertakung di kelopak matanya dan mengalir
membasahi cerun-cerun pipi. Kedua belah sayap bahu bergegar menahan sedu.
“Kenapa
nangis, Mia?” tanya saya.
“Aku
tak buat perkara yang kamu sebutkan tadi, Tamar.”
“Tapi,
aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kamu melakukan nya Mia.”
“Susah
nak aku jelaskan, Tamar.”
Saya
segera merenung muka Andi Kamarool. Dengan memberi isyarat mata, saya minta
Andi Kamarool membantu.
“Lupakan
semua yang berlaku Mia,” Andi Kamarool cuba
menenangkan keadaan. Dengan jari-jemari kanan, Mia mengesat air mata yang
mengalir lembut di pipi.
“Inilah
masaalah yang aku hadapi. Beberapa orang pekerja pernah melihat aku berjalan
malam, sedangkan aku tidakmelakukannya. Ada
macam-macam cerita yang menakutkan tentang aku. Padahal aku tak buat perkara
macam itu,” Mia menangis tersedu.
Bagi
mengatasi situasi tersebut, Andi Kamarool memperlihatkan kematangan dan
kesabarannya. Dia berjaya menalankan peranannya dengan baik sekali, penuh sopan
dan kelembutan. Tangisan Mia berjaya dileraikan,
“Kak
Sun tak pernah cerita apa-apa kepada kamu ?” Tanya Andi Kamarool sesudah Mia
berjaya mengawal perasaannya.
“Tak
pernah,” Mia gelengkan kepala.
“Sedikit
pun dia tak pernah cerita?” saya mencelah.
“Dia
cuma kata…” Mia tidak meneruskan kata-kata. Saya dan Andi Kamarool tidak
mendesak. Kami ambil jalan mudah, kalau Mia meneruskan cerita kami bersyukur.
Kalau dia tidak mahu, kami tidak akan memusuhinya.
“Dia
Cuma beritahu, pada maam tertentu dia akan membawa aku ke satu tempat,” kami
agak terkejut, bila Mia bersedia menyambung cerita yang terputus, “ perkara
begini memang sudah lama dilakukannya,” sambung Mia dengan nada suara yang
terputus-putus.
Bila
didesak, dia cuma kata ” Begini, lupakan saja perkara itu. Aku memang
mengharapkan kedatangan kamu berdua supaya dapat mengatasi masaalah yang aku
hadapi,” Mia buka rahsia diri.
“Haji
Basilam tahu hal ini?” Andi Kamarool cungkil rahsia.
“Tak
tahu, Cuma Kak Sun seorang saja yang tahu”
Saya
dan Andi kamarool termenung panjang mendengar cerita Mia itu. Semuanya serba
menyulitkan.
BERNAUNG
Kami
tidak boleh lagi bernaung di rumah papan. Kami harus berangkat. Semua yang kami
buru semakin jauh. Semua usha yang dilakukan sering berdepan dengan kegagalan.
Tetapi, bila kami fakir tentang nasib Mia, rasanya tidak sampai hati untuk
membiarkan dia sendirian menghadapi masaalah yang sungguh kusut itu.
“Begini
saja Mia, jangan susah hati,” Andi Kamarool cuba memujuk, “ bila kami sampai di
Sungai Penuh nanti, semua yang terjadi kami sampaikan kepada Haji Basilam dan
datuk Tamar. Barangkali mereka boleh menolong.”
“Tapi….”
Mia menelan air liur.
“Aku
tahu, kamu merasa serba salah kerana masaalah tu tak pernah kamu ceritakan pada
Haji Basilam ayah angkat kamu.” Tambah Andi Kamarool.
Diluar
sinar mentari kian keras, suara nyanyian beburung kian kurang. Tetapi, jeritan
ungka di kaki bukit masih kedengaran sekali-sekala.
“Jadi,
kamu berdua nak berangkat petang ni juga?” Biji mata Mia silih berganti menatap
wajah saya dan Andi Kamarool. Dia bagaikan mohon simpati dan pertimbangan yang
sewajarnya.
“Iya,”
serentak kami berdua
Mia
segera menundukan kepalanya, merenung lantai. Angin pagi yang bertiup agak
perlahan, menyentuh kulit pipi saya.
“Begini
saja Andi, Tamar,” mia mengangukan kepala. Sepasang anak matanya yang lembut
memanah wajah saya dan Andi Kamarool. Tentu, ada sesuatu mahu diperkatakannya,
fikir saya.
“Apa
dia Mia, cakaplah,” kata saya sambil menggosok-gosok bibir yang tidak gatal.
Andi Kamarool merenung kosong ke luar melalui jendelah yang terdedah. Awan
gemawan yang lembut, kelihatan bergerak perlahan-lahan.
Mia
senyum pendek. Wajah saya direnung, mungkin nada suara lembut yang saya ungkap
sebentar tadi, memberi petanda optimis kepadanya.
“Begini
saja Tamar, kau dan Andi tidur semalam lagi disini. Pagi esok lepas sembahyang
subuh kau orang bertolak, secara kebetulan pula subuh esok si Mandir nak bawa
pala, cengkih dan hasil kebun yang lain ke Sungai Penuh. Kamu berdua boleh
tumpang dia, naik lori.”
“Apa
fasal kamu beria-ia sungguh menahan kami supaya bermalam bermalam semalam
disini?” tanya saya, “kamu nak suruh kami cari pengawal rumah batu lama tu,
Mia.”
Mia
menarik nafas dalam-dalam. Ekornya menjeling tajam ke arah suasana di luar
menerusi jendela yang terbuka luas.
“Aku
tidak berniat macam tu. Bila kamu bertolak pagi esok, malam ini boleh aku
sediakan nasi lemak atau pulut untuk bekal kamu berdua.”
BIBIR
“NIAT
kamu baik Mia. Tapi, sulit untuk kami,” balas saya. Andi Kamarool anggukkan
kepala. Setuju dengan apa yang saya luahkan. Tidak ada tindak balas dari Mia.
Suasana dalam rumah papan lama terasa bungkam sekali.
Beberpa
saat berlalu begitu saja. Tiada suara tiada bicara. Tiga insane dengan tiga
persoalan yang berlainan. Mia segera saya jelling. Apakah tindakan selanjut
yang bakal dilakukan
Perlahan-lahan
dia membasahkan kedua belah kelopak bibirnya dengan lidah. Dia bagaikan kecewa
dengan ungkapan yang saya luahkan. Andi Kamarool mengosok-gosok lantai papan
dengan telapak tangan kirinya. Saya tak tahu kenapa Andi berbuat demikian.
Tetapi, apa yang pasti,dia sedang memikirkan sesuatu.
“Apa
yang sulit tu Tamar?” satu kejutan dari Mia. Dia minta sebuah kepastian, “ aku
fakir perkara itu tak sulit dan menimbulkan masalah. Cuma semalam sahaja, demi
kebaikan kamu berdua.” sambungnya tanpa memberi peluang untuk saya menindih
hujah yang diajukan. Tindakannya yang pantas , membuat saya hilang tumpuan.
Saya bagaikan tergamam.
“Kalau
itu hajatkau Mia, biarlah kami bermalam lagi disini. Subuh esok kami bertolak
ke Sungai Penuh dengan lori pengangkutan barang,” lagi sekali saya mengalami
kejutan. Andi Kamarool memberi kata putus tanpa berunding dengan saya. Ini
sudah keterlaluan, saya perlihatkan rasa tidak puas hati dengan menumbuk lantai
papan. Mia terperanjat.
“Jangan
mudah naik darah, Tamar!”
Andi
Kamarool jegilkan biji mata. Air mukanya berubah menjadi keruh.
“Humm…,”
saya mengeluh.
“Aku
kira kamu setuju. Demi kebaikan kita berdua dan persahabatan dengan Mia, apa
salahnya kita tunaikan permintaannya,” bahu kanan saya segera ditepuk oleh Andi
Kamarool, sinar matanya tidak sekeras tadi. Penuh kelembutan meminta simpati.
Tindak-tanduk Andi Kamarool itu membuat saya berada dalam keadaan srba salah.
“Kamu
setuju, Tamar!” Andi Kamarool bagaikan memaksa.
Saya
terus membisu. Sukar untuk saya membuat keputusan. Kalau saya setuju, secara
langsung memperlihatkan ketidak tegasan saya pada Mia. Kalau saya menolak,
mungkin hubungan saya dengan Andi Kamarool kurang baik.
“Katakan
yang kau setuju Tamar,” sungguh mengejutkan bila Andi Kamarool mengungkapkan
kembali kata-kata itu dalam keadaaan berbisik.
Demi
persahabatan, saya anggukan kepala. Keriangan terpancar diwajah Andi Kamarool.
Tetapi, jauh disudut hati saya, berbunga perasaan kurang senang terhadap rakan
karib yang pandai membuat keputusan sendiri, tanpa mahu berunding.
“Terima
kasih Tamar,” Mia renung saya.
“Berikan
terima kasih tu pada Andi.”
“Kamu
marah lagi, Tamar” sahut Andi Kamarool.
“Tidak,”
kata saya tenang .
“Malam
ni, kami mahu tidur saja, kami mahu rehat, tak mahu cari dan tak mahu fakir
tentang penjaga rumah batu kamu,” sambil menggeliat Andi Kamarool mengeluarkan
ingatan. Anak matanya terpaku ke wajah Mia.
‘Aku
tidak mengharap perkara itu,”
“Jadi
kamu mahu kami berehat,” saya mencelah.
“Memang
itu yang aku harapkan,” tingkah Mia.
Ternyata
Mia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Harapannya berhasil menjadi
kenyataan. Namun begitu, sebagai manusia hati kecil saya disulami dengan
pelbagai persoalan. Macam-macam saya fikirkan. Mungkin”bekal” yang diucapkan
oleh Mia itu mempunyai maksud tertentu. Mungkin budi yang mahu dihulurkan
adalah perangkap untuk kami.
“Mia,”
lagi sekali anak matanya saya tenung.
“Kenapa
Tamar? ”
“Kamu
ikhlas mengajak kami,”
“Iya,”
angguk Mia.
Saya
tidak meneruskan pertanyaan. Dalam senyum, anak matanya yang jernih berada
dalam anak mata saya. Saya merasakan ada keikhlasan dan kejujuran dalam kolam
mata Mia.
“Kamu
berdua sangsi dengan aku?”
“Kenapa
kamu cakap macam itu Mia,” sampuk Andi Kamarool gugup.
“Renungan
Tamar, lain macam aje, “ balas Mia.
Kali
ini renungan ditumpukan ke wajah Andi Kamarool yang sejak tadi cuma pasangkan
telinga saja. Kenapa dia tak mahu pandang aku? Timbul pertanyaan dalam hati.
“Aku
juga merasakan macam tu, gerak geri Tamar penuh dengan tandatanya,” Andi
Kamarool setuju dengan komen yang diluahkan oleh Mia. Keadaan saya benar-benar
tersepit kini.
“Aku
tak pernah sangsi, aku tak pernah bimbang dengan kamu,Mia” saya bersuara
perlahan sambil mengelengkan kepala. Andi Kamarool tersenyum. Mia membetulkan
anak rambutnya yang terjuntai di dahi.
“Pengakuan
ikhlas dari Tamar. Kamu bagaimana Andi?” saya lihat sepasang anak mata Mia
bercahaya ke arah Andi Kamarool.
“Aku
juga macam Tamar, tak perna sangsi terhadap kamu.”
Kami
bertiga segera bertukar senyuman dan pandangan.
“Semuanya
sudah terjawap, semuanya sudah selesai. Kalau begitu biar aku balik dulu,” Mia
terus bangun. Tetapi, beberapa minit kemudian dia duduk bersila kembali. Tindak
tanduk yang dilakukan oleh Mia menimbulkan tanda tanya dalam hati kami berdua.
“Kenapa
Mia?” saya menyoal.
‘Biar
aku bersihkan cawan dan piring dulu.”
“tak
payah, kami boleh basuh,” Andi Kamarool melarang.
“Tak
apalah,” balas Mia selamba
KUMPUL
Mia
pun mengumpulkan, cawan dan piring, ditaruh atas talam. Dengan langkah yang
teratur, dia menatang talam menuju ke ruang dapur. Mungking kerana tidak ada
apa-apa yang mahu diperkatakan Andi Kamarool segera bangun dan melangkah ke
arah tingkap. Dia berdiri di situ melihat pepucuk kelapa yang melintuk liouk
ditolak angina. Saya segera meluruskan sepasang kaki sambil menyendarkan
belakang pada dinding rumah.
“Dia
ringan tulang, Andi.”
“Siapa
Tamar?” Andi Kamarool menoleh kearah saya.
“Mia.”
“Hum….
Aku juga berpendapat begitu Tamar.”
Saya
membengkok sepasang kaki, terus duduk bersila. Tetapi belakang masih melekap
pada dinding. Bunya cawan dan piring berkaga jelas kedengaran di ruang dapur.
“Tapi,
aku kurang senang dengan kamu, Andi.”
Bagaikan
kilat Andi Kamarool menerpa kearah saya dan terus duduk. Kami bertentangan
wajah.
“Apa
yang kau kurang senang dengan aku, Tamar.”
“Perangai
kamu.”
“Kenapa
dengan perangai aku, Tamar?”
“Kamu
terlalu berlembut bila berdepan dengan Mia. Kamu selalu mengalah, suka
mendengar cakapnya,”
“Maksud
kamu, Tamar?” Air muka Andi Kamarool nampak resah.
Sekejap
dia gigit bibir, sekejap melagakan gigi atas dengan bawah. Sekejap renung ke
tingkap, sekejap renungan ke dapur. Apa yang dibuat, semuanya tidak kena. Andi
Kamarool benar-benar keresahan.
“Maksudnya,”
kata saya dengan tenang.
“Kerana
Mia, kau paksa aku secara tak langsung supaya menunaikan permintaannya. Cara
kamu menyakitkan hati.”
Saya
ledakan apa yang bergolak dalam batin selama ini. Andi Kamarool menggosok pangkal
hidungnya dua tiga kali. Keresahan diwajahnya beransur kuran. Dia tidak
terkejut dengan apa yang saya luahkan. Senyum mula berlari dikelopak bibirnya.
Saya tunduk merenung lantai.
Sinar
matahari yang kian keras terus menerpa ke setiap sudut rumah. Keadaan luar
bertambah panas, bahangnya tersa sehingga ke dalam rumah. Kicau burung langsung
tiada kedengaran/ Tetapi, sekali terdengar suara “burung merbah tanah”
memanggil anak mencari cacing pengisi perut. Hati saya berdebar menanti reaksi
dari Andi Kamarool berhubung dengan kata-kata yang saya hamburkan sebentar tadi.
“Aku
ada muslihat,” tuturnya memecahkan kesepian.
“Musliahat
apa? Muslihat mengenakan kawan, menguntungkan orang lain,” sanggah saya. Nada
suara agak keras sedikit.
“Tak
semua muslihat dan rahsia mesti diceritakan atau dibawa berunding dengan kawan,
Kalau kita fikirkan, muslihat itu menguntungkan kita boleh buat keputusan
sendiri,” kata Andi Kamarool sambil melunjurkan sepasang kakinya. Kemudia dia
menginsut ke pintu, merenung halaman rumah yang dimamah matahari.
“Apa
muslihatnya?” sergah saya.
Andi
Kamarool berpatah balik ke sisi saya.
“Bukankah
kita merancang nak jumpa Haji Simpul, Tamar. Inilah peluang,” gembira sekali
nada suara Andi Kamarool. Bahu kanan saya ditepukmya berkali-kali. Kelopak
bibirnya mengukir senyum. Untuk kesekian kalinya wajah Andi Kamarool sasya
tatap.
“Bukan
kerana permintaan Mia?” ulang saya.
“Tidak,”
Andi kamarool gelengkan kepala.
“Memang
pada mulanya aku mahu menolak. Tetapi. Bila aku fikirkan dalam-dalam, tidak
rugi memenuhi permintaannya. Ini peluang terbaik untuk kita berjumpa Haji
Simpul,” sambung Andi Kamarool lagi.
“Aku
tak menduga sampai di situ, “ kata saya tenang
MATI
Dialog
selanjutnya terpasa dimatikan. Anak telinga kami menangkap bunyi telapak kaki
Mia dari ruang dapur menuju ke ruamg tengah. Kami segera bangun. Masing-masing
cari haluan sendiri. Saya berdiri dimuka pintu, pura-pura merenung rerumput di
halaman. Andi kamarool memilih jendela, pura pura meliahat awan gemawan dan
beburung yang terbang. Kamipura-pura buat tidak tahu yang Mia suda berada di
ruang tengah.
“Hai,
dua-dua mengelamun. Satu jadi jaga pintu dan satu alagi teropong kapal terbang
lalu,” usik Mia.
Kami
pura-pura terkejut besar dan segera berpaling ke arahnya. Serentak, kami mendekati
Mia, hingga kedudukannya berada di tengah-tengah (dia antara saya dan Andi
Kamarool).
“Terima
kasih kerana tolong basuhkan cawan dan piring,” Andi Kamarool mula bersuara
sambil tersengih.
“Sepatutnya
aku yang mengucapkan terima kasih kerana kamu berdua sudi menunaikan permintaan
aku. Tengah hari ini makan dirumah aku.”
“Tapi…”
kami bersuara serentak.
Saya
terpaksa mengalah untuk memberi laluan pada Andi Kamarool. Biar dia uruskan,
barangkali dia dapat memberikan alasan yang bernas dan lojik.
No comments:
Post a Comment