Saya
mengucap panjang, bila melihat kaki kiri Khoja Lisut menggeletek macam ekor
cicak yang terpisah dari badannya, sementera kaki kanannya bergerak macam badan
ular.
“Terlalu
banyak ilmu batin salah yang dituntutnya.
Tetrapi, bila dia sakit ternyata ilmunya tidak dapat menyembuhkan
penyakitnya kerana itulah dia dating jumpa kamu. Dalam kehebatannya, maish ada kekurangannya,
memang begitu adatnya yang menimpa manusia.
Tidak ada orang yang gagah, tidak ada orang yang amat pintar, setiap
yang lebih pasti ada kekurangannya, “ Haji Yatimi terus memberikan ceramah
kecil untuk saya, Mat Upeh dan datuk.
“Apa
yang mesti dibuat sekarang?” Mat Upeh bertanya.
“Inilah
kesempatan yang baik, pendindingnya sudah lemah, kita mesti mengeluarkan
pendinding yang sudah sebati dengan darahnya,” jelas Haji Yatimi lalu mengarah
saya berdiri di hujung kepala Khoja Lisut.
Mat Upeh di sebelah kanan, datuk di sebelah kiri. Manakala Haji Yatimi di bahagian kaki.
“Dia
mahu bertaubat, mahu jadi baik.
Sayangnya, syaitan yang jadi pendinding menguasai dirinya sepenuh,
inilah masanya kita menghalaunya,” tambah Haji Yatimi sambil memberitahu saya
dan Mat Upeh supaya melihat apa saja yang dilakukannya.
Haji
Yatimi memberi arahan kepada datuk supaya mengepal tanah dan melemparkan kearah
mana-mana tubuh Khoja Lisut, bila dia menjerit.
Menurut Haji Yatimi manusia berasal dari tanah dan kekuatan manusia
tetap bersama tanah dan kekuatan iblis tetap bergantung pada cahaya dan akan
binasa dengan api.
Setelah
mengeluarkan arahan itu, Haji Yatimi pun menjamah kaki kiri Khoja Lisut yang
menggeletek macam cicak. Mulutnya
kelihatan bergerak-gerak, bibir datuk juga bergerak. Saya kira mereka sedang membaca sesuatu.
“Ya
Allah, apa sudah jadi,” bisik batin saya bila melihat kaki kanan Khoja Lisut
berubah menjadi macam ular lalu membelit tubuh Haji Yatimi, Mat Upeh kelihatan
cemas sekali.
Dengan
tenang Haji Yatimi menepisnya dan serentak dengan itu terdengar jeritan Khoja
Lisut. Datuk segera melemparkan tanah ke
muka Khoja Lisut, kaki kanannya yang berbentuk macam ular kembali pulih seperti
biasa, begitu juga dengan kaki kiri yang menggeletek macam ekor cicak. Tidak bergerak lagi.
Khoja
Lisut tidak lagi mengaum macam harimau. Dengan tenang Haji Yatimi memegang
pergelangan kaki kiri Khoja Lisut.
Dengan hati-hati Haji Yatimi menekan ibu jari kirinya ke bahagian tengah
telapak kaki Khoja Lisut.
Seluruh
perhatian saya dan Mat Upeh tertumpu kepada gerak-gari dan tindak-tanduk Haji
Yatimi. Sesekali saya lihat, Khoja Lisut
mengeliat dan tubuhnya seakan-akan bergulung macam tubuh tenggiling membelit
batang kayu.
JARI
Semua
yang terjadi itu tidak diperhiraukan oleh Haji Yatimi, dia asyik dengan
tugasnya menekan ibu jari ke telepak kaki Khoja Lisut.
“Ha!
Tengok tu,” Mat Upeh mencuit bahu saya.
Saya
segera jegilkan biji mata kearah sekujur tubuh Khoja Lisut yang terlentang di
bumi. Wajahnya menadah langit. Haji Yatimi masih dengan tugasnya dan datuk
tetap mengepal tanah.
“Apa
dia Pak Mat?” Tanya saya pada Mat Upeh.
“Kau
tak nampak apa-apa Tamar.”
“Memang
tak nampak apa-apa pun.”
“Cuba
kau renung betul-betul kearah bahagian dada orang itu,” Mat Upeh menasihati
saya.
Kerana
percaya dengan apa yang dicakapnya, saya arahkan sepasang biji mata kearah dada
Khoja Lisut tanpa berkelip-kelip. Ya,
sekarang baru saya tahu. Mat Upeh tidak
berbohong dengan saya. Dia bercakap
benar. Tiba-tiba saja bulu roma saya
tegak, badan mengeletar. Saya melihat
ada asap nipis keluar dari bahagian dada Khoja Lisut.
Asap
nipis itu naik memanjang lalu membentuk llembaga seperti bentuk kanak-kanak
dalam kandungan. Lembaga itu Nampak macam berada di dalam bentuk kaca yang
mengeluarkan cahaya kemilau kekuningan.
Seluruh
tubuh lembaga itu berbulu dan bila berpusing kearah saya, saya lihat wajah
lembaga itu amat mengerikan dengan dua batang gigi besar di kiri dan kanan
mulunya. Lembaga itu bergerak ke kiri
dan ke kanan, tidak pula melepasi kawasan jantung dan hati Khoja Lisut.
Sinar
matahari petang kian runduk tetapi, muka Haji Yatimi terus dibasahi dengan
peluh. Walaupun demikian dia tetap
tenang cuma saya lihat datuk saja berada dalam keadaan cemas. Khoja Lisut yang terlentang di bumi tetap
tidak bergerak, bagaikan tidak bernyawa lagi.
Asap
nipis yang keluar dari bahagian dada tetap berterusan menyelimuti lembaga yang
berada di awang-awangan. Lembaga itu
semakin membesar dan kelihatan merening dan bentuk kanak-kanak yang ada dalam
lingkungan asap nipis juga kian membesar.
Wajahnya bertambah mengerunkan ada mirip orang Utan. Seluruh tubuh berbulu, manakala sepasang
tangan seperti kaki cicak dan sepasang kaki bersisik macam sisik ular sawa.
“Dummmmmmmmmmmmm…”
Satu
ledakan menguasai kawasan surau. Saya
lihat lembaga yang terapung di udara hancur berkecai. Asap nipis yang melindunginya hilang entah ke
mana. Cebisan dari lembaga itu
bertaburan di halaman surau dalam bentuk gabus berwarna putih.
Beberapa
saat kemudian gabus itu terbakar dan sukar dikesan. Tidak meninggalkan sebarang tanda di tempat
gabus itu jatuh.
Haji
Yatimi segera bangun. Dia member isyarat
kearah datuk supaya berhenti mengepal tanah.
Datuk patuh dengan arahan itu.
Kemudian,
saya dan Mat Upeh diarah supaya kembali ke surau. Lebih kurang lima minit kami berada di surau,
kami diarah supaya berada di sisi Khoja Lisut.
Saya dan Mat Upeh (mungkin juga datuk) terkejut besar melihat darah
keluar dari ibu jari kaki kiri Khoja Lisut.
Darah itu melimpah di tanah dan jika dikumpulkan jumlah melebihi dua
botol.
Saya
lihat Khoja Lisut pucat lesi, dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.
Melihat batang hidung Haji Yatimi, mendengar suaranya membaca ayat Qursi. Kemudian Khoja Lisut merapatkan matanya
kembali. Dia kelihatan amat lemah
sekali.
“Dia
memang tidak kenal dengan aku tetapi, aku mengenalinya. Kedatangan aku ke sini memang untuk
mencarinya, bukan untuk membalas dendam, aku nak membimbing dia ke jalan
benar,” lagi sekali Haji Yatimi menbuat kejutan.
“Kenapa
Tuan Haji tak berterus terang dengan saya?” Sanggah datuk. Haji Yatimi tersenyum.
RAGU
Bagi
menghilangkan keraguan itu, Haji Yatimi pun menjelaskan, semasa Khoja Lisut
membelasah seorang Kiai di Asahan, secara kebetulan dia baru tiba di tempat
tersebut dari Solok. Dia dating ke
Asahan untuk berjumpa dengan Pak Kiai yang menjadi guru agamanya.
“Dari
Pak Kiai saya belajar khukum-hakam agama Islam.
Dia ulama besar. Bila saya
mendapat tahu Pak Kiai di belasah guru silat yang angkuh, saya jadi marah dan
mahu bertindak. Tetapi, Pak Kiai menahan
saya. Katanya, orang Islam yang baik
tidak mudah naik darah dan tidak mahu bergaduh sesama Islam,” Haji Yatimi
memulakan ceritanya.
Dia
juga menceritakan kepada kami, bagaimana Pak Kiai menghembuskan nafas terakhir
di depan matanya. Sebelum itu, Pak Kiai
berpesan kepadanya supaya mencari guru silat yang membelasahnya, bukan untuk
membalas dendam tetapi, mengajak guru silat yang banyak mengamalkan ilmu batin
yang bertentangan dengan ajaran Islam kembali ke jalan yang benar.
Jika
tidak dibetulkan mungkin guru silat itu akan mengajar ilmu songsang kepada anak
muridnya. Malah akan menyebarkan ajaran sesat yang akan merugikan orang-orang
Melayu, menimbulkan perpecahan sesama sebangsa.
“Kerana
itu aku cari dia, aku gembira bila mendapat tahu kamu berikhtiar mengubati
penyakinya. Allah memperkenankan
permintaan kamu, tetapi dia tidak ikhlas,” sambung Haji Yatimi lagi.
“Sekarang
macam mana?” Tanya Mat Upeh.
“Dengan
izin Allah, nampaknya aku berjaya mengeluarkan amalannya. Darah yang kamu
tengok tu, adalah darah kotor bersendikan syaitan yang mengalir dalam
tubuhnya,” Haji Yatimi segera menggosok kedua belah telapak tangannya.
Dia
mengambil sebatang ranting yang berada dekatnya, ranting itu dilemparkan kearah
darah yang keluar dari ibu kaki Khoja Lisut.
Sebaik saja ranting jatuh di situ, maka keluarlah api lalu membakar
darah tersebut hingga hilang tanpa kesan.
Memang
di luar dugaan kami, tiba-tiba saja Khoja Lisut bangun. Kalau tadi, wajahnya nampak gerun dan
menyuramkan dengan sinar mata yang tajam, kulit tubuhnya kelihatan tegang. Kini, semuanya itu bagaikan tiada pada
dirinya. Khoja Lisut kelihatan lesu,
wajahnya nampak tua dan kulitnya berkedut.
“Kamu
sekarang berada dalam keadaan yang sebenar.
Kamu tak boleh selama-lamanya menipu sesame manusia,” turut Haji Yatimi
lalu bangun. Berdiri bertentang wajah
dengan Khoja Lisut.
“Kamu”
Haji
Yatimi segera meletakkan telapak tangan kiri ke bahu kanan Khoja Lisut. Lima jari Haji Yatimi mencengkam tulang
selangka Khoja Lisut dengan keras sekali.
Berkerut
muka Khoja Lisut menahan rasa sakit dan dia hampir mahu rebah ke bumi tetapi,
Khoja Lisut tetap berusaha agar dirinya berdiri terus.
Rebah
kebumi bererti kalah dan Khoja Lisut tidak mahu kalah lagi. Tidak rela masa lampaunya yang hitam
diperkatakan oleh Haji Yatimi dengan sewenang-wenangnya di depan Mat Upeh, di
depan saya dan datuk. Makin kuat Khoja
Lisut mempertahankan diri dari rebah ke bumi, sekuat itu juga Haji Yatimi
memaut tulang selangka Khoja Lisut.
Sebenarnya,
antara Haji Yatimi dengan Khoja Lisut sedang berlangsung sebuah pertarungan
yang tidak rasmi. Saya tidak tahu kenapa
Khoja Lisut harus memperlihatkan kemampuannya yang tidak seberapa itu kepada
Haji Yatimi, sedangkan dia sudah bertaubat untuk jadi orang baik-baik.
Barangkali
dia terpaksa bertindak demikian setelah mengetahui yang Haji Yatimi adalah
kenalan Kiai yang dibelasahnya di Asahan dulu.
Mungkin dia memikirkan kedatangan Haji Yatimi untuk membalas
dendam. Khoja Lisut merasakan Haji
Yatimi mahu memperdayakan dirinya? Semua persoalan itu berlegar dalam tempurung
kepala saya.
Khoja
Lisut tidak dapat bertahan, sedikit demi sedikit dia merendahkan tubuhnya. Demi menjaga maruah diri, Khoja Lisut
terpaksa membengkokkan kakinya dan menggunakan kekuatan sepasang lutut bagi
menahan diri dari rebah ke bumi.
Cengkaman Haji Yatimi tetap berterusan.
Berpeluh Khoja Lisut menahan rasa sakit.
Mungkin
kerana terlalu sakit, Khoja Lisut tidak ada pilihan lain. Dia terus meraung dengan sekuat hatinya,
bagaikan raungan gajah yang naik minyak.
“Ya
Allah, apa sudah jadi Tamar?” Keluh Mat Upeh.
Semua
biji matqa tertumpu kearah Khoja Lisut.
Datuk urut dada dan saya menarik nafas dalam-dalam bersama rasa cemas
dan takut.
“Apakah
aku bermimpi Tamar?” Mat Upeh bersuara sambil menggosok-gosok kelopak matanya
beberap kali.
“Kamutak
bermimpi Mat,” kata-kata yang dituturkan oleh datuk memaksa Mat Upeh
mengerutkan dahinya.
Raungan
Khoja Lisut terus bergema. Haji Yatimi
tidak ambil kisah, dia tetap tenang.
Sambil jejarinya mencengkam tulang selangka Khoja Lisut, mulutnya terus
berkumat-kamit. Entah apa yang dibacanya
saya sendiri tidak tahu. Dari lubang
hidung Khoja Lisut keluar darah yang sudah agak membeku. Dari kedua belah
cuping telinganya berguguran butir-butir pasir yang menyerupai intan,
berkilau-kilau disuluh matahari petang yang kian redup.
Dari
celah belah sikunya kelihatan seperti serpihan emas berjatuhan atas bumi lalu
hilang entah ke mana. Saya jadi panik
melihat keadaan yang berlaku di depan mata saya. Raungan Khoja Lisut berhenti dan jari-jari
Haji Yatimi tidak lagi mencengkam tulang selangka Khoja Lisut.
“Sekarang
sudah selesai,” kata Haji Yatimi sambil menatap wajah datuk dengan serius.
“Apa
benda yang keluar dari cuping telinga dan dagunya tu.”
“Tuan
Haji?” Tanya datuk.
“Yang
keluar dari lutut tu ialah susuk untuk tenaga, yang kamu nampak jatuh macam
keping emas tu, sebenarnya tahi besi yang diserapkan ke dalam setiap sendi
tubuhnya,” jelas Haji Yatimi.
ARAH
Saya
lihat Mat Upeh gelengkan kepala.
Kemudian saya alihkan pandangan kea rah Khoja Lisut yang sedang berusaha
untuk berdiri, ternyata usahanya itu berhasil.
Khoja
Lisut melangkah perlahan-lahan mendekati Haji Yatimi. Gerak-gerinya macam orang yang sudah berusia
hampir sembilan puluhan. Khoja Lisut
nampak cukup tua.
“Yang
keluar dari cuping telingnya tu, apa dia?” Mat Upeh ajukan pertanyaan. Datuk terus menggigit ibu jari kiri, ekor
matanya terus menjeling kearah Khoja Lisut.
Haji Yatimi seperti tidak mahu menjawah pertanyaan yang diajukan Mat
Upeh. Barangkali, dia sedang memikirkan
sesuatu yang lebih serius tentang Khoja Lisut.
“Itu
susuk emas yang saya pakai, tujuannya biar muka saya nampak muda, tak makan
tua. Saya tersilap,” sebuah pengakuan
yang amat mengejutkan dari Khoja Lisut untuk kami. Saya dan Mat Upeh saling berpandangan.
Haji
Yatimi senyum panjang. Terbayang
kepuasan di wajahnya. Tanpa membuang
masa dia terus menerkam kearah Khoja Lisut lalu dipeluk dan diciumnya beberapa
kali. Apa yang menharukan perasaan saya,
mungkin juga perasaan datuk dan Mat Upeh, bila melihat Khoja Lisut merankum
tubuh Haji Yatimi dengan erat sekali.
Saya lihat Haji Yatimi menangis tersedu-sedu.
“Aku
bahagia bila kamu mengakui kesilapan kamu,” dalam isak tangis itu, Haji Yatimi
terus bersuara tersangkut-sangkut.
“Allah
membuka pintu hati saya tuan Haji,” balas Khoja Lisut lalu melepaskan sepasang
tangannya yang merankum tubuh Haji Yatimi.
Mereka berpegangan tangan dan serentak menghalakan wajah kearah saya,
kearah Mat Upeh dan datuk.
“Seorang
Islam sejati akan merasa bahagia dan bersyukur pada Allah bila dia dapat
menyelamatkan saudaranya dari tercebur ke kancah maksiat yang diketahui oleh
syaitan. Orang Islam yang baik selalu
memikirkan tentang nasib agama Islam dan saudara-saudaranya,” Haji Yatimi
bagaikan memberi ceramah kepada kami.
“Saya
tahu awak…” Khoja Lisut terus meluruskan
jari telunjuknya kearah datuk dan “Tuan Haji ini benar-benar ikhlas mahu
menolong aku, cuma aku saja ragu-ragu atas kejujuran kamu berdua sekarang sudah
terbukti aku yang salah hitung,” sambung Khoja Lisut dengan wajah yang besar.
“Sudahlah,
sekarang kamu tidak ada menyimpan ilmu hitam lagi? Kalau ada cakap segera, biar
aku selesaikan,”turut Haji Yatimi, Khoja Lisut segera gelengkan kepala seraya
berkata:
“Ilmu
hitam yang Tuan Haji keluarkan tadi, itulah ilmu hitam terakhir yang ada pada
saya. Memang saya berhajat nak
menyimpannya kerana percaya dengan kata guru saya, tidak ada orang yang boleh
gugurkan ‘susuk’ yang sudah sebati dengan darah daging saya, tidak ada orang
yang tahu yang saya ada ilmu itu.”
“Dan
guru kamu memberitahu kamu, jika mahu mengeluarkan susuk dari tubuh, kamu
disuruh masuk hutan mencari pokok yang separuh mati dan letaknya terasing
dengan pokok-pokok lain. Pokok tu mesti
tumbuh di kemuncak bukit.” Haji Yatimi tatap biji mata Khoja Lisut.
“Ya
Tuan Haji.”
“Kamu
disuruh betapa di pangkal pokok selama tiga hari tiga malam. Kemudian kamu disuruh gantung diri kepala ke
bawah dan kaki diikat dengan tali jerami pada dahan pokok. Betul atau tidak?”
Khoja
Lisut termenung sejenak. Dia seperti
keberatan mahu menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Haji Yatimi. Masih mahu berahsia.
“Betul
atau tidak? Jawab pertanyaan aku,” Haji Yatimi terus melenting. Dia genggam penumbuk. Datuk dan Mat Upeh undur dua tapak ke
belakang, menjauhkan diri dari sisi Haji Yatimi. Bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak
diingini.
“Iya,”
angguk Khoja Lisut.
“Dia
juga beritahu kamu, genap empat hari empat malam kamu gantung diri kepala ke
bawah kaki ke atas, susuk yang ada dalam diri mesti keluar. /sebenarnya, dia membohongi kamu. Dia menipu kamu.”
“Bohong?”
Khoja Lisut terkejut.
“Iya,
bila kamu tergantung begitu empat hari empat malam, kamu boleh mati,
setidak-tidaknya jadi habuan binatang ganas.
Dimana logiknya cakap guru kamu?”
Mendengar
kata-kata Haji Yatimi itu, Khoja Lisut bagaikan tergamam. Dia termenung panjang sambil melagakan gigi
atas dengan gigi bawah beberapa kali.
Dahinya, segera dikerutkannya.
Beberapa kali Khoja Lisut gelengkan kepalanya. Dia seperti menyesali apa yang terjadi atas
dirinya.
“Saya
terkena dalam baik,” terpancut sebuah keluhan dari mulut Khoja Lisut. Mat Upeh terus telan air liur dan saya terus
menggigit lidah. Rasa simpati terhadap
Khoja Lisut terus berbunga dalam hati.
“Sepatutnya,
kamu hati-hati bila mahu menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu silat, banyak
cabang, banyak simpang yang tak sihat,” sanggah datuk.
“Salahnya,
kamu sendiri tak gunakan fikiran untuk buat keputusan, kamu tunduk dengan
kemahuan nafsu. Inilah akibatnyua yang
kamu terima,” Haji Yatimi memberikan komenter tanpa memandang wajah Khoja
Lisut.
GOSOK
Buat
beberapa saat, semua yang ada di situ tidak bersuara. Datuk menggosok-gosok batang hidung beberapa
kali. Mat Upeh menekan sepasang tumit
kakinya kebumi. Haji Yatimi terus
berpeluk tubuh dan sepasang matanya merenung kearah pepohon yang terdapat di
sekitar kawasan tersebut. Dia masih juga
membelakangi Khoja Lisut.
“Sekarang
kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?”
Saya
lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. Dia pasti kata-kata ditujukan kepadnya.
“Ya,
sekarang sudah nyata cakapnyua tak betul,” Khoja Lisut bersuara. Dengan serta-merta Haji kali. Mat Upeh menekan sepasang tumit kakinya
kebumi. Haji Yatimi terus berpeluk tubuh
dan sepasang matanya merenung kearah pepohon yang terdapat di sekitar kawasan
tersebut. Dia masih juga membelakangi
Khoja Lisut.
“Sekarang
kamu dah sedar tentang kesilapan kamu?”
Saya
lihat Khoja Lisut terkejut mendengar ungkapan dari Haji Yatimi itu. Dia pasti kata-kata ditujukan kepadnya.
“Ya,
sekarang sudah nyata cakapnya tak betul,” Khoja Lisut bersuara. Dengan serta-merta Haji Yatimi memusingkan
badannya lalu menatap menentang biji mata Khoja Lisut.
Datuk
dan Mat Upeh segera bergerak ke arah surau. Pada anggapan mereka, tugas
membantu Haji Yatimi sudah selesai. Tetapi, hati kecil saya keberatan untuk
meninggalkan Haji Yatimi sendirian di situ.
“Apalagi
ilmu yang kamu simpan? Kalau ada, sila cakapkan pada aku dengan ikhlas dan
jujur. Demi kebaikan kamu,” terpamir rasa simpati di wajah Haji Yatimi.
Sinar
matanya seolah-olah membayangkan kesungguhan untuk membebaskan diri Khoja Lisut
dari belenggu ilmu syaitan.
“Tak
ada apa-apa lagi yang saya simpan,” Khoja Lisut telan air liur, bulu keningnya
nampak bergerak, “tak tahulah pula, kalau ada ilmu yang diserapkan diluar
pengetahuan diri,” sambung Khoja Lisut.
“Kamu
sudah diiktiraf sebagai Khalifah?”
“Belum
lagi.”
“Buktinya
yang kamu belum iktiraf sebagai Khalifah,” Haji Yatimi terus merisik rahsia.
Khoja
Lisut dongakkan wajah ke langit. Dia melihat awan dan langit petang. Dengan
tenang dia menarik nafas untuk menghirup udara yang berlegar-legar di sekitar
kawasan halaman surau. Khoja Lisut ubah pandangan lalu menatap ke arah Mat Upeh
dan datuk yang sedang berdiri dekat tangga surau. Kemudian pandangannya itu
dialihkan ke wajah Haji Yatimi.
“Buktinya?
Mahu buktinya?” Ulang Khoja Lisut.
“Iya,”
angguk Haji Yatimi.
“Saya
tidak diberi songkok tinggi baldu merah berlilit kain putih. Kalau sudah diberi
songkok macam itu, bolehlah mengeluarkan petua baru tentang sembahyang, puasa,
zakat dan ambil haji.”
“Biasanya,
hukum-hukum itu berlainan dengan apa yang diamalkan oleh kebanyakan orang
Islam, malah memang bertentangan, pengikut Khalifah yang dianggap macam Imam
paling agung, mesti disanjung, makan pakai, rumah harus disediakan oleh
pengikut. Apa yang Khalifah mahu mesti ditunaikan. Kalau engkar nanti kena
kutuk, mati berdarah, ada yang kena petir, mati lemas atau terbakar. Bukan
begitu.”
“Tepat
sekali,” Khoja Lisut seperti terpaku. Dia kagum kerana Haji Yatimi dapat
menyatakan apa yang menjadi rahsia dirinya secara terperinci.
“Tolong,
jangan buat apa-apa dengan saya.”
Khoja
Lisut terkam ke arah Haji Yatimi dan terus melutut sambil mengangkat sepuluh
jari paras hidung, macam orang suruhan dalam zaman Kerajaan Melayu Melaka
menyembah sultan. Perbuatan itu tidak disenangi oleh Haji Yatimi dan dia terus
memarahi Khoja Lisut.
“Jangan
sembah aku,” bentak Haji Yatimi, “berdiri lurus, cakap apa yang kamu nak
cakap,” kali ini nada suara Haji Yatimi lembut, penuh kemesraan bersama senyum
persahabatan. Khoja Lisut segera patuh dengan permintaan Haji Yatimi itu.
“Jangan,
buat apa pada saya. Memang saya diarah cara halus supaya menetang sesiapa saja
yang menentang cita-cita. Maafkan saya. Ampunkan saya jangan mengapa-apakan
saya,”
“Aku
ke mari bukan nak balas dendam kerana kamu menyeksa guru aku, tapi...” Haji
Yatimi berhenti bersuara. Khoja Lisut bertambah resah. Dia berada dalam
ketakutan yang amat sangat.
“Tapi,
apa tuan haji” Tanyanya lembut.
“Menyempurnakan
amanat guruku, dia memaafkan kamu. Tetapi, dia juga menyuruh anak muridnya
mencari kamu. Berikhtiar mengajak kamu kembali ke jalan benar.”
“Kamu
tidak menipu.”
“Orang
Islam tidak pernah menipu, apa yang ada di hati, itu yang dicakapkan. Seseorang
Islam berhak dan dituntut supaya mengembalikan saudaranya yang sesat ke jalan
yang benar.”
“Buktinya?”
Khoja Lisut minta kepastian.
“Buktinya,
aku tidak buat tak senonoh pada kamu, sekarang aku bersyukur pada Allah kerana
hamba yang sesat kembali ke jalan yang benar.”
No comments:
Post a Comment