Selain berguru dengan
pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu dunia hingga ke Siam, India dan
Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya.
Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat
kelamin kaum sejenisnya. Ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksud
tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu
tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya.
Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil
pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia
mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya.
Saudara Tamar,
Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis
menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya alat kelaminnya cuma 7
sentimeter. Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan
paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.
Dengan murah hati dia memberitahu ada empat
tahap penting untuk membesarkan alat kelamin atau kejantanan dengan haruan
paya. Saya perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda
melakukannya, sekadar untuk suka-suka. Tetapi kalau anda mahu suka melakukannya saya
tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggong sendiri.
Begini petuanya atau caranya saudara Tamar:
· Ukur alat kelamin semasa “mati” dan “hidup”
(tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.
· Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang
banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg
atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.
· Lakukan secara tertutup atau rahsia.
Andainya tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk
mendapatkan ikan haruan yang baik.
· Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut
samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan
pukulkan kepada alat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu
balik ke rumah dan masukkan kedalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah
(kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.
· Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap
tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin
yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan
air panas (suam).
· Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu
dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan
habis kecuali bahagian kepala dan ekor.
· Setelah makan ikan haruan, sediakan
seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu
dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.
· Setiap setengah malam sapukan alat kelamin
dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil
ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.
Itulah yang diceritakan pada saya Tamar.
Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal hal begini.
Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.
BOTOL
Di
rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan
cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di
simpan dalam beberapa gelas kecil. Soalnya apakah benda-benda yang di simpan-nya
itu memang betul atau sebaliknya.
Tamar yang baik hati,
Barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin
juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak
bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal
dan azimat.
Setiap orang yang minta khidmatnya dikenakan bayaran yang agak tinggi.
Pendapatannya boleh dikatakan kasar juga. Tetapi dia kelihatan seperti
kesempitan saja. Barangkali rezeki yang diperolehinya tidak diberkati oleh
Allah.
Memang tidak ada sesiapa yang menduga,
(terutama orang-orang yang taksub dengannya), Din Pawang Manis menemui ajal
dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Rumahnya dipanah petir waktu subuh.
Terbakar hangus dan mayatnya rentung tidak dapat dikenali langsung.
Seminggu selepas kematiannya, seorang wanita
mencari Din Pawang Manis. Anita muda berusia awal empat puluhan itu tergamam dan
hampir hysteria bila melihat kesan kebakaran rumah orang yang disanjung,
dihormati dan dianggap sebagai keramat hidup.
Tujuan wanita dari Kuala Perlis menemui Din
Pawang Manis untuk membuang susuk yang dipasang oleh Din Pawang Manis ke
tubuhnya. Ada beberapa sebab kenapa wanita berkulit putih, berdarah campuran
Cina-Melayu itu mahu membuang susuk emas yang dipakainya.
Pertama, setelah dia mendengar nasihat
seorang lebai kampung yang perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama.
Kedua dia tidak tahan dipulaukan oleh saudara mara sebelah suaminya sebaik saja
mereka mengetahui yang dia memakai susuk.
Akibat kematian Din Pawang Manis, cita-cita
dan hasrat si wanita itu tidak terlaksana. Rasa bersalah mengundang tekanan
perasaan yang tidak dapat dikawal. Siwanita itu jatuh sakit . Sebulan lebih
terlantar di rumah, puas berubat secara moden dan tradisional, namunnya penyakitnya
tidak juga sembuh. Alah bertambah berat.
Masuk hari ke 35 wanita berkulit putih
menemui ajalnya dengan cara yang sungguh
aneh sekali. Semasa nyawanya mahu berpisah dengan jasad, si wanita itu
mengalami satu keadaan yang sungguh menakutkan. Dia mengerang dan merintih sayu
sambil menyebut nama Din Pawang Manis dengan berkata “TUK GURU, BANTULAH AKU”
berulang kali.
Walaupun diajar mengucap dua kalimah syahadat
oleh keluarga terdekat, dia tetap menyebut nama Din Pawang Manis. Setiap kali
nama orang yang disanjungnya disebutnya dia terus mengaru-garu kulit pipi kiri
dan kanan hingga mengelupas.
Wanita itu juga menjerit–jerit sambil
menghentak-hentak sepasang tumit kakinya ke atas lantai.
Enam orang menjaganya, dua orang menunggu di
muka pintu bilik manakala dua orang berada di bahagian kepala dan dua orang
lagi berada di hujung kakinya. Wanita yang secara tiba-tiba mempunyai kekuatan
luar biasa itu, berusaha untuk pergi ke arah matahari terbit, iaitu arah
kedudukan bekas rumah Din Pawang Manis.
Setiap kali dia berjaya bangun , saudara mara
wanita tersebut terpaksa menangkap dan memasanya baring semula di katil. Kedua dua kaki dan tangan terpaksa dipegang
dengan kuat. Malah, pernah diikat dengan tali belati. Sekali imbas, memang
kejam kelihatannya. Apakan daya hal itu terpaksa dilakukan oleh keluarga.
JERIT
Dalam keadaan menjerit sambil menyebut nama
orang yang disanjung, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Matanya terbeliak,
lidahnya separuh terjelir. Wajahnya segera berubah menjadi hitam legam, sungguh
hodoh sekali.
Beberapa keping logam yang halus macam serbuk
kopi, berkilat serta bercahaya keluar dari lapisan kulit mukanya. Bila jatuh
atas lantai bertukar menjadi air yang jernih macam air embun yang akhirnya
hilang entah kemana.
Paling mengejutkan, semasa jenazahnya
dimandikan mengeluarkan bau busuk. Kulit mukanya relai. Ketika jenazahnya
diusung ke tanah perkuburan, orang yang mengusungnya terasa amat berat sekali.
Malah, ada diantara mereka mengalami sakit bahu berminggu-minggu.
Saudara Tamar,
Itulah kisah duka saat kematian orang yang
memakai susuk untuk kelihatan muda dan manis.
Anda juga harus tahu tentang Din Pawang Manis
. Beberapa orang melintasi kawasan rumahnya yang terbakar akibat dipanah petir,
terlihat lembaga menyerupai Din Pawang Manis berjalan disitu selama tujuh
senja.
Saudara Tamar,
Kalau umur dipanjangkan Allah, ada rezeki
pula, saya akan datang ke Tanah Semenanjung untuk mencari bekas anak-anak murid
paman saya yang sudah salah langkah.
Bagaimana kalau saya ajak anda membatu sama?
Tentu anda tidak keberatan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, memang sudah
menjadi tanggung jawap saya untuk membetulkan mereka.
Kalau dulu paman membawa mereka ke arah jalan
yang salah. Sekarang dengan bantuan saudara, biarlah saya membawa mereka ke
jalan yang betul dan benar. Rasanya, tidak begitu sempurna Islam saya, kalau
membiarkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama berlaku dan
berleluasa di sekeliling kita.
Anda tentu bersetuju jika saya katakan bahawa
kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama, harus bertindak secara
diplomasi membetulkan mereka. Saya tidak marah, kalau anda menolak pelawaan
ini. Tetapi, saya berazam untuk membasmi perbuatan yang tidak menguntungkan
ini, perbuatan yang merugikan agama dan bangsa sendiri. Sesungguhnya saya ingin
sekali datang ke kampung halaman saudara . Saya mahu melihat sungai, gunung dan
hutan rimba. Selebihnya, saya mahu berkenalan dengan ahli agama di tempat anda
untuk menambahkan ilmu.
Sekian dulu Tamar, bila kita bertemu wajah,
banyak kisah mahu saya bentang untuk anda. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Lagi sekali terima kasih untuk anda dan
sampaikan salam pada datukmu. Kalau tidak ada halangan, bulan depan saya mahu
turun ke Medan mahu berjumpa Syed Hamid Al-Hadad.
JARAK
Anda telah membaca surat yang ditulis oleh
Ali Usman kepada saya. Tetapi anda tidak tahu apakah rentetan peristiwa yang
saya alami semasa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tua Ali Usman menuju
ke kota Medan, pada petang itu.
Kira-kira dalam jarak seribu kilometre
meninggalkan halaman rumah keluarga Ali Usman. Cara mengejut Syed Hamid
Al-Hadad menyuruh pemandunya memberhentikan kereta. Saya dan datuk yang duduk
dibahagian belakang berpandangan sama sendiri. Penuh dengan tanda tanya.
Beberapa orang pemandu kenderaan berat dan
ringan yang lalu di situ, samaada menuju ke Pengkalan Beranda atau Kota Medan
merenung ke arah kami. Ada yang membunyikan hon
sambil memperlahankan kenderaan. Mereka bersedia memberi bantuan,
andainya kami mengahdapi masaalah.
“Kenapa Pak? Perlukan pertolongan ,” Tanya
mereka.
‘Tidak ada apa-apa sengaja berhenti,” terang
pemandu Syed Hamid Al-Hadad dengan senyum. Mereka membalas dengan lambaian
tangan sambil membunyikan hon tanda
terima kasih.
Syed Hamid Al-Hadad terus membuka pintu
kenderaan dan keluar. Begitu juga dengan datuk. Si pemandu nampak tenang dan
bersahaja, seolah-olah tahu apa yang bakal dilakukan oleh majikannya.
“Saya nak keluar,”
“Jangan Tamar,” tahan pemandu kenderaan.
“Kenapa saya tidak boleh, kenapa mereka
boleh,” saya memprotes.
“Mereka ada urusan dan jangan diganggu.”
“Hum...............” saya menedengus.
“Tutup Tamar.”
Pintu kereta yang terbuka separuh segera saya
rapatkan kembali. Dalam masa yang sama saya toleh ke arah Syed Hamid Al-Hadad
dan datuk. Ternyata mereka sedang membincangkan sesuatu. Nampaknya, mereka
cukup serius.
DEBAR
Syed Hamid
Al-Hadad melangkah tenang ke arah saya. Sudah tentu hati kecil ini
berdebar semacam. Tetapi, debar di hati tidak lama, bila saya lihat datuk
mengekorinya di belakang. Kerana memikirkan datuk akan kembali duduk di tempat
asalnya, pintu kereta segera saya buka dengan seluas-luasnya.
Satu perhitungan yang salah. Ternyata datuk
tidak bersedia untuk masuk. Dia berdiri tercegat di situ sambil merenung ke arah
saya. Lagi sekali hati berdebar cemas.
“Tamar.”
Segera mengengsot punggong di kusyen
menghampirinya.
“Ada apa tuk?”
“Kita tukar tempat.”
“Tukar tempat?” saya kehairanan.
“Iya, kamu duduk di depan kawankan drebar. Aku
dengan Tuan Syed Hamid duduk di belakang.
“Kenapa tuk?”
“Eh, budak ni banyak pula tanyanya. Jangan
banyak cakap. Ikut cakap orang.” begitu keras sekali nada suara datuk.
Sepasang anak matanya merenung ke wajah saya.
Bagaikan kura-kura saya mengesot ke bucu
tempat duduk dan terus keluar dari perut kereta. Si pemandu hanya tersenyum
melihat telatah saya. Syed Hamid Al-Hadad, tidak meluahkan sebarang komentar.
Dia cuma memerhatikannya dengan tenang.
“Bukan apa-apa Tamar,” lembut tutur Syed
Hamid Al-Hadad, “bila kami duduk satu kusyen banyak cerita yang mahu kami
ceritakan. Tak payahlah kami kerap menoleh ke belakang, sakit tengkok dibuatnya,
saya harap kamu tak marah dengan tindakan ini.”
Saya hanya mengangguk dalam senyum.
“Kamu tak marah,” ulangnya lagi.
“Tidak, Tuan Syed,” pendek saya menjawap.
TAPAK
Tiga tapak saya melangkah ke depan, berdiri
dekat pintu sebelah dreber yang ternganga. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad
berbalas senyum. Saya kira, masing-masing mempunyai andaian tersendiri tentang
diri saya.
“Masuk,”
pelawa drebar.
Saya masih tegak kaku. Masih berfikir,
wajarkah saya duduk.
“Masuk Tamar,” drebar memukul kusyen kereta
beberapa kali .
“Masuk saja, jangan banyak fikir,” desaknya
lagi.
Wajah drebar direnung sejenak. Bagaikan ada
desakan tersembunyi di kalbu menyuruh saya masuk. Beberapa saat berikutnya,
punggung pun berlabuh atas kusyen empuk.
“Biarkan mereka dengan cerita mereka Tamar.”
“Maksud kamu?”
Untuk kesekian kalinya muka drebar saya
tatap. Dia menghadiahkan sebuah senyum bersahaja untuk saya. Tetapi, membawa
yang tajam.
“Maksudnya mudah saja Tamar. Orang tua sesuai
bercakap dengan orang tua. Biarkan, agaknya mereka mahu bernostalgia tentang
zaman muda yang dilalui. Cakap mereka tak sesuai untuk kamu dan aku.,” bisik
drebar kecuping telinga saya.
“Jalan.”Syed Hamid Al-Hadad memberikan arahan
pada pemandu kenderaannya. Si pemandu yang setia anggukkan kepala.
Empat tayar kereta yang melekat dipermukaan
jalan raya mula berputar. Mula-mula perlahan-lahan kemudian bertukar pantas dan
kereta pun segera bergerak. Dan keadaan langit ketika itu cukup aneh.
Sepasang anak mata yang amat mencintai alam
semula jadi, segera menangkap pepucuk dan dedaun yang bergerak lembut mengikut
gerak bayu yang bertiup lembut. Pepokok besar yang tinggi menjulang dengan
dahan dan ranting kukuh. Tegak berdiri di kiri kanan jalan raya. Satu
pemandangan yang sungguh menyenangkan.
Ada
kumpulan monyet liar melintas dengan bebas di jalan raya. Mereka
tidakmemperdulikan kenderaan lalu lalang di situ. Bila sampai diseberang jalan,
kumpulan monyet tersebut segera memanjat batang pokok dan bergayut di dahan
untuk meneruskan perjalanan selanjutnya.
Dalam deru kereta yang agak keras itu, saya
masih dapat mendengar bunyi kicauan
burung dan jeritan unggas lain.
Gegendang telinga masih dapat mendengar suara
datuk dan Syed Hamid Al-Hadad tingkah meningkah. Sesekali mereka ketawa. Dan
saya tidak ambil kisah dengan apa yang mereka bualkan. Saya kira, pemandu di
sebelah juga bersikap seperti saya. Kami berkecuali.
“Kamu pernah dengar harimau mengaum Tamar..”
“Pernah.”
“Suara gajah bertempik? Pernah kamu dengar.”
Pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh drebar
membuat saya mengkedutkan dahi . memang saya pernah mendengar suara tempikan
gajah. Tetapi soalnya wajarkah saya memberitahu drebar Syed Hamid Al-Hadad
perkara tersebut?
“Tak pernah,” kata saya berdalih.
Si drebar menjeling tajam. Cepat-cepat saya
alihkan wajah ke kanan. Saya ttidak mahu anak mata saya dengan anak matanya
bertembung.
“Kamu nak tengok gajah dan harimau?”
Saya gelengkan kepala. Si drebar terus
mengendalikan kenderaan dengan tenang. Anak mata masih lagi merenung ke arah
kiri kanan jalan raya. Kenderaan sedang mendaki laluan berbukit. Bebunga hutan
yang berjuntaian di reranting, di lereng bukit nampak indah dan cantik sekali.
“Kamu takut harimau dan gajah.”
Pertanyaan dari drebar tidak saya jawab.
Tindakan saya itu mematikan hasratnya untuk memajukan pertanyaan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment