Suaranya mula bergema, macam suara singa
betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar.
Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali.
Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus
melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan.
Tidak memadai dengan itu, kumpulan keluang tersebut terus berak dan kencing.
Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan
oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan
petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.
Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman
berhenti dan menoleh ke arah saya dan datuk. Sudah tiga kali dia berbuat
demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.
Sepuluh langkah menuju ke depan terus
terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang
dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar.
"Maju terus jangan menoleh ke arah
kami.'
Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali
Usman.
“Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk
lagi. Suara cukup lantang sekali.
Dari jauh Ali Usman anggukkan kepala dan
mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Usman sudah cukup
bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.
Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali
Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan,
dia juga angkat tangan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala.
Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil.
KETAWA
“Jangan ketawa Tamar,” tegah datuk.
“Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun
tuk.'
"Biarkan, kita tunggu dan lihat."
"Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk,”
saya luahkan rasa kurang senang.
'Kita tengok. sejauh mana dia mahu
memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir.
Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan
hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak
ke arah gunung di selatan
Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat
sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu
bertindak Dia sekadar mahu menonton saja.
Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman
yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga
satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar
dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?
"Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini.”
Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai
patah dahan akibat dipanah petir.
Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki
kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas
lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar.
“Nampaknya, datuk mula membuat persiapan,”
cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.
"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali,
'sergah datuk.
"Baik tuk." sahut saya cemas
SASARAN
ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi
sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh
semangat, kini kelihatan agak lemah
Jarak rnereka antara satu sama lain kian
dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang
hidung.
Andainya Ali Usman menjadi korban manusia
kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?
Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan.
Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting
begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif
tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.
"Ahhhh..... "
Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar,
berhenti melangkah, masing-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak
sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah datuk yang
bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat
tersebut terpaksa dibekukan.
"Dummmm...... "
Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak
terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di
permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok
Pulai, tempat datuk bersandar.
"Bangun Tamar."
Sedaya upaya saya berusaha untuk bangun
dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri dengan sempurna, jari
jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.
Serentak dengan itu terdengar suara datuk
menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan.
“Nampaknya aku seperti dicabar."
Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk
pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut
terkupas.Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat semangat
baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.
"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"
MENOLEH
SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.
Entah macammana, seperti di dorong oleh
sesuatu saya menoleh ke arah Ali Usman dan manusia kelawar. Kedua-duanya
terkapar di tanah. Ali Usman terlentang menentang langit sedangkan manusia
kelawar tertiarap dengan sepasang kakinya masih menggeletek, macam ekor cicak
yang terputus dari badan.
"Sungguh ganjil, semuanya ganjil."
Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga
merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah
kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki
manusia kelawar.
Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke
udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Tanah berhampiran
telinga manusia kelawar nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal,
segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ.
"Ah.... dia masih hidup , syukur."
Itu yang muncul di hati. bila melihat
sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat macam orang
terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk.
"Ali dah duduk Tuk,” kata saya.
Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak
matanya masih terpanah ke arah Ali Usman yang sedang menggerakkan kepalanya
kekiri dan ke kanan.
" Mari Tamar."
Datuk pun menarik tangan. saya dengan kasar.
Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.
Manusia kelawar yang terkapar tidak karni
hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan
kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami pedulikan.
"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.
Tiada jawapan dari Ali Usman.
Datuk terus meletakkan telapak tangan
kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahan-lahan teiapak tangannya bergerak ke atas
permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.
Perkara sedemikian dilakukan oleh datuk
sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman
ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus
mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.
PANTAS
DENGAN pantas saya merapatkan sepasang
kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah.
Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka kelopak mata semula.
Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir membuat bulu
tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.
Ahhhhhhh.... "
Saya mengalami kejutan yang luar biasa,
bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat.
beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar.
"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di
dalam isi perut kamu keluar.” lembut nada suara datuk selembut telapak
tangannya mengurut belakang Ali Usman.
"Saya tak terdaya lagi," suara All
Usman tersangkut-sangkut.
'Hummmmmmm,,,,'
Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring
dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk belakang Ali Usman dengan sekuat
hati.
"Weeeeekkkkkk "
Ali Usman membongkok. Dan lubang mulutnya
terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali. Bila
muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali Usman nampak keletihan dan
tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.
"Kamu letih," tanya datuk.
Ali Usman anggukkan kepala
“Tekak kamu kering."
Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk.
"Kamu dahaga." All Usman gelengkan
kepala.
"Bagaimana, apakah semuanya akan
berakhir? tersekat-sekat Ali Usman me- ngajukan pertanyaan. Buat seketika,
datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.
"Kalau mengikut gerak langkah. petua
orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk selamba.
Dan secara tidak langsung memberikan khabar
gembira buat saya.
“U uuuhhhhhh '
Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara
tersebut. Manusia kelawar yang hampir dilupakan cuba bergerak dan berdiri.
Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan.
Agak lama juga datuk merenungi manusia kelawar. Kelopak bibir datuk
bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.
Mungkin dia menyebut sumpah petua orang
tua-tua. Mungkin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya
dalam hati.
“Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali
ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini,
nanti orang yang menunggu marahkan kita.” anak mata datuk menikam wajah. Bibir
bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas
Apakah pertanyaan itu wajar dijawab dengan
kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk saya membuat keputusan.
"Bagaimana? apakah pendapat aku itu
betul atau salah. Tamar?
Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar
semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat atau pandangan dari saya.
"Betui tuk," kata saya penuh yakin.
"Hummmm........ "suara datuk lemah.
Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman
hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua belah sayap bahu turut menjadi
mangsa jari jemari datuk.
MUNTAH
SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk
terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah. Dari bahu, jari-jemari datuk
turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian pinggang lebih
tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia kelawar sekejap keras
sekejap lembik.
"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah
betisnya."
“ I y a Tuk."
Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan
kerjasama yang sungguh baik. Sepasang kakinya dilunjurkan, Dan buah betis yang
dipadati dengan daging keras terus saya picit.
“Cuba berdiri.”
Cakap datuk segera di patuhi, secara
perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kali pertama
gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama
sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan
asal. Ali Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati.
Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.
“Saya dah pulih.”
Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan
senyum berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali, sepasang tangannya diangkat dan
dijatuhkan.
"Aku tahu Ali.".
"Sekarang saya boleh berjalan?"
"Nanti dulu."
"Kenapa pula” Ali Usman kehairanan.
Datuk tidak memberikan jawapan pasti,
sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung
keris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi
dua longgokan.
Dua helai daun hijau yang lebar dipetik
ranting pokok berdekatan.
Memang diyakini, daun yang berada di tangan
datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat
di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa. Memilih daun untuk dijadikan
penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak
terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis
nipis.
PETIK
KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah
mengarah ke kiblat. Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan selawat
terhadap Nabi besar.
Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk.
Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu
dipetik oleh datuk.
"Untuk apa?" tanya saya sendirian.
Bila melihat datuk membungkus dua longgokan
tanah dengan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak.
Kemari dan berdiri di depan aku."
Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi
cakap datuk.
Saya menelan air, perhatian tetap saya
tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun
berakhir. Di ganti dengan kicau burung.
"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal
paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Usman pun
membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh datuk.
"Lagi apa yang mesti saya buat,"
Ali Usman pula bertanya.
“Begini, semasa aku melumurkan kedua-dua
lutut kamu dengan tanah, kamu bacalah surah Al-Fatihah tujuh kali. minta
pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham."
"Faham," angguk Ali Usman.
Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di
kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan
tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi tanah dihempaskan ke
kepala lutut Ali Usman.
Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan dan
Ali Usman menjerit kesakitan untuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera
dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar.
Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu
hutan, manusia kelawar terus bangun terpekik terlolong mengejutkan dan
menghentikan nyanyian beburung.
“Tuk. “
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila
melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke
arah saya.
GANJIL
GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya
kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan
manusia kelawar.
Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk,
berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu kekuatan dengan seseorang.
Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian tertumpu ke satu arah. Dia
bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain.
Bila sudah demikian. secara tidak langsung
membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga
tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat.
"Haiiiiii "
Teriakan datuk itu membuat saya terus
merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tegang bercampur bengis.
Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga,
hujung tengkuk dan pelipis.
Kedua-dua telinganya merah, hidungnya kembang
kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak.
Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.
Jika diperhatikan dengan teliti tanpa
berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.
No comments:
Post a Comment