Lanun
berwajah Arab terus melibaskan ekor pari ke arah datauk untuk kali kedua. Kalau
yang pertama datuk tidak bersedia dan terpaksa menanggung akibatnya. Tetapi
bagi kali kedua datuk sudah bersedia.
Sebaik
saja ekor pari dilibaskan ke tubuhnya datuk segera menyambar ekor pari itu lalu
merentapnya dengan sekuat hati hingga lanun berwajah Arab terdorong ke arah
datuk dap pada saat itu datuk pun menghentak pangkal sikunya ke bahu lanun
berwajah Arab.
Hentakkan
yang kuat itu membuat darah keluar dari mulut dan hidung lanun. Belum pun
sempat tubuh lanun tersembam atas lantai, datuk segera memangku dan
menjulangnya tinggi-tinggi kemudian terus menghumban nya ke laut.
Tanpa
membuang masa datuk terus menerkam ke arah dua lanun yang mahu melarikan diri.
Satu persatu lanun-lanun itu ditangkap dan terus dibuang ke laut.
“Kita
mesti cepat meninggalkan tempat ini,” kata Nyak Sulaiman kepada datuk yang
masih kelihatan tercungap-cungap kepenatan. Datuk segera angkat tangan.
“Jangan
begitu,” balas datuk.
“Kenapa
jangan!” Nyak Sulaiman membiakkan biji matanya ke arah datuk. Dia terkejut
dengan sikap datuk yang dikiranya tidak lojik sama sekali, “ kalau kita tak
tinggalkan tempat ni, nanti dia orang panggil kawan-kawannya jahanamkan kita nanti,”
sambung Nyak Sulaiman sambil menyuruh anak buahnya membawa lampu picit dan
gasolin ke arahnya.
“Bertenang,
kalau mereka datang kita sambut ikut cara mereka datang,” tingkah datuk lalu
mengambil lampu suluh dari salah seorang anak
buah Nyak Sulaiman. Datuk suluh ke arah ketua lanun dan anak buahnya
yang terkapai berenang menuju ke bot.
Nyak
Sulaiman mengambil lampu gasoline diletakkannya di bibir bot. Cahaya dari
gasolin menerangi kawasan laut sekitar bot. Dia melihat lanun-lanun itu
berenang melawan ombak laut.
“Aku mahu
selamatkan mereka,” kata datuk.
“Ah ni
kerja gila,” bantah Nyak Sulaiman.
“Kita
mesti selamatkan.”
“Kita
menempah maut.”
“Aku yakin
mereka tak akan membuat perkara tak baik pada kita, biar aku tanggung buruk
baiknya,” datuk memberi jaminan.
Ternyata
jaminan itu dapat diterima oleh Nyak Sulaiman. Dia pun memerintahkan anak
buahnya menghulurkan tali kepada ketua lanun dan anak buahnya yang sedang
berenang mengelilingi bot dalam usaha untuk naik ke bot.
SAMBUT
Tali yang
dihulur terus disambut. Datuk turut sama menarik tali sehingga ketua lanun dan
anak buahnya dapat menaiki bot. mereka segera duduk berhimpit-himpit sambil
memeluk kedua belah lutut menahan kesejukan. Wajah mereka membayangkan
keresahan dan ketakutan. Setiap gerak-geri dan langkah datuk mereka sorot denga
hati-hati sekali.
“Aampun ,
jangan mengapa-apakan kami,” tiba-tiba ketua lanun bersuara. Dia bangun lalu
membuka baju dan seluar (kecuali seluar dalam) di lengan dan pehanya terdapat
belitan tali hitam sebesar anak mancis api.
“Azimat,”
kata datuk kepadanya
“Ya,”
jawapnya.
“Buat
apa?”
“Supaya
badan tidak ditembusi senjata tajam.”
“Hummmmmmmmmmm….,”
datuk menelan air liur. Anak buah ketua turut membuka baju dan seluar. Mereka
juga seperti ketuanya terdapat azimat di peha dan lengan. Di sebelah lengan
kanan mereka terdapat tanda taoo dalam bentuk bunga cengkih.
“Duduk.”
Turut datuk lembut dan serentak dengan itu mereka terus duduk atas lantai bot.
“kita bawa
saja ke Belawan kemudian serah pada polis,” Nyak Sulaiman mengemukakan
cadangan. Datuk tidak memberi kata putus, sebaliknya datuk menyuruh salah
seorang anak buah Nyak Sulaiman mencari kain yang kering untuk di berikan
kepada ketua lanun dan anak buahnya.
“mengapa
baik sangat dengan musuh,” tanya Nyak Sulaiman.
“Tak
mengapa” jawap datuk lalu membahagi-bahagikan kain kepada para lanun yang
terkejut menerima layanan yang begitu baik dari datuk. Malah mereka diberi
minuman kopi panas.
“Sekarang,
kamu boleh balik ke bot kamu. Aku harap selepas ini kamu tinggalkan kerja
menjadi lanun ni,” datuk tatap wajah para lanun dengan tenang. “Aku tahu, kamu
bukan dari satu tempat,” sambung datuk lagi.
“Pengkalan
kamu di mana ?”
Tidak ada
jawapan yang diberikan oleh ketua lanun terhadap pertanyaan yang diajukan oeleh
datuk. Mungkin untuk mengawal suasana agar jangan terlalu tegang, datuk renung
muka Nyak Sulaiman seketika. Angin laut yang bertiup agak kencang membuat saya
terasa mengigil.
“Cakap
dengan baik di mana pengkalan kamu?” Ulang datuk.
“Di
pulau-pulau yang tak ada orang,” jawap ketua lanun dengan tenang. Datuk pun
menarik nafas dalam-dalam dengan mengalihkan pandangan ke arah hujung bot.
“Di Pulau
Sembilan di perak dan beberapa pulau kecil di kawasan kepulaun Riau,” celah
Nyak Sulaiman. Dan saya lihat ketua lanun segera anggukkan kepala. Nyak
Sulaiman tersenyum sumbing.
“Kamu dari
kumpulan ular laut?” Nyak Sulaiman mula mainserkap jarang. Serkap Nyak Sulaiman
mengena, bila saya lihat ketua lanun angguk kepala. Kali ini tanpa membuang
masa Nyak Sulaiman terus mencuit bahu datuk dengan ibu jari. Dengan langkah
yang tenang Nyak Sulaiman melangkah beberapa tapak di depan kumpulan lanun,
kemudian kembali mendekati datuk.
“Kita
dalam bahaya, kalau kita biarkan dia hidup,” secara mendadak saja Nyak Sulaiman
melahirkan rasa kebimbangan. Mata datuk ditatapnya dan datuk terpaksa
mengerutan dahi.
“Jadi apa
yang patut kita buat?” tanya datu.
“Kita
bunuh saja,” salah seorang anak buah Nyak Sulaiman mengemukan cadangan.
“Humban ke
laut biar semuanya mampus,” muncul lagi cadangan. Datuk gelengkan kepala. Tidak
setuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.
“Habis,
apa yang mesti kita buat?” Sanggah Nyak Sulaiman. Matanya tidak berkedip
merenung ke arah ketua lanun seketika, kemudian alihkan renungan ke arah dada
laut yang dipeluk kegelapan malam.
“Percikan
ombak yang memukul badan bot, sesekali jatuh atas lantai bot. Deru angin terus
mengaum. Datuk masih belum memberikan keputusan. Dada anak buah Nyak Sulaiman
terus berdebar begitu juga dengan debar dada anak buah ketua lanun. Kata datuk
adalah kata penentu sam ada nafas anak buah ketua lanun boleh berlanjutan atau
terhenti.
“Hummmmmmmmmm…,”
dengus datuk.
Ekor
matanya menjeling tajam ke arah muka ketua lanun dan anak buahnya. Ternyata
mereka didakap kecemasan. Berdebar menanti kata dari datuk.
“Sekarang
kamu semua balik ke bot kamu,”
Nyak
Sulaiman tersentak dengan keputusan yang dibuat oelh datuk itu. Air muka ketua
lanun dan anak buahnya segera berubah, Mereka bagaikan terkena kejutan letrik,
mereka berpandangan sesama sendiri, seolah-olah tidak percaya yangkata-kata itu
terluncur dari kelopak bibir datuk, kerana itu tiada seorang pun daripada
mereka bergerak.
“Balik ke
bot kamu,” jerit datuk lagi. Kali ini
suaranya cukup tinggi dan keras sekali. Ketua lanun dan anak buahnya masih
terpaku di situ, masih berpandangan sama sendiri. Nyak Sulaiman dan anak
buahnya taerus gelengkan kepala.
“Sekarang
balik ke bot kamu, kalau kamu semua tak bergerak juga dari sini, aku humban
kamu satu-satu kedalam laut,” datuk terus berang. Dua tiga kali dihentakkan
kakinya ke lantai bot.
TERIKAT
Melihat
tindak-tanduk datuk yang agak luar biasa itu, menyebabkan ketua lanun dank
buahnya segera berlari dan melompat ke dalam bot mereka. Datuk pun mnyuruh
anakj buah Nyak Sulaiman membuka ikatan tali bot lanun yang terikat dengan bot
milik Nyak Sulaiman.
“Sekarang
kamu semua boleh pergi, kalaulagi sekali aku jumpa kamu di laut, buruk
padahnya. Aku bunuh kamu semua satu-satu,” itu amaran dari datuk. Tidak ada
kata-kata balas dari ketua lanun dan anak buahnya.
Apa yang
terjadi selanjutnya ialah bunyi enjin bot lanun yang mempunyai kekuatan kuasa
enjin laju yang amat tinggi sekali. Bot lanun itu bergerak perlahan-lahan
membetulkan haluan yang arahnya tidak dapat saya tentukan samada ke utara atau
ke selatan.
Andainya
saya memiliki kompass sudah pasti saya dapat mengesan ke arah mana bot lanun
itu pergi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bot lanun itu hilang dalam
kegelapan malam membelah ombak Selat Melaka. Cuma yang terdengar deru enjin nya
saja.
‘Sekarang
terpulang kepada kamu, mahu bermalam di sini sampai kepagi atau meneruskan
perjalanan,” datuk mengemukan cadangan.
“Saya
berpendapat, kita teruskan perjalanan
ini. Sebelum subuh kita mesti berada di kawasan Muara Jambi,” sahut Nyak
Sulaiman dengan tenang sambil merenung ke laut lepas.
Angn terus
bertiup dan deru ombak terus menggasak lubang telinga penghuni bot besar.
“kalau itu
yang kamu fikirkan bagus, aku mengikut sja,” sebuahjawapan pasti datuk luahkan.
Nyak Sulaiman gembira dengan jawapan tersebut.
Nyak
Sulaiman pun menyuruh anak buahnya menghidupkan enjin bot. Dia pun mengarahkan
haluan bot menuju Pulau Sumatera, kemudian menyusuri pesisir pantai pulau
tersebut hingga sampai ke Muara Jambi. Tugas berat yang mencabar itu
dipertanggung jawapkan kepada seorang anak muda yang raut mukanya mirip orang
Arab, namanya Saladin al-Taif.
“Mengapa
ikut pesisir pantai, Pak Juragan? Kenapa kita tidakterus ke Muara jambi?” Tanya
Saladin al-Taif.
“Untuk
mengelakkan perkara-perkara buruk.”
“Maksud
Juragan?”
menjauhkan
diri dari lanun, dari pokis laut. Aku takmahu dia orang memeriksa bot aku.
Sekarang kamu dah faham, Saladin?”
“Faham
Juragan.”
“Ingat
Saladin, aku mahu sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.”
“Dengan
izin Allah, kita selamat, sahut Saladin al-Taif dengan penuh keyakinan. Dan bot
besar milik Nyak Sulaiman pun mula
bergerak mengikut arahan pemandunya.
Walaupun
datuk yakin yang bot besar milik Nyak Sulaiman tidak akan diganggu-gugat oleh
lanun, tetapi datuk tetap mengingatkan anak buah Nyak Sulaiman supaya
berjaga-jaga dan berhati-hati.
“Kita
mesti memikirkan perkara yang buruk dulu, sebelum memikirkan perkara yang elok
dan baik,” tutur datuk sambil mendongakkan mukanya ke langit, datuk melihat
bintang yang bertaburan sambil telinganya menangkap bunyi deru ombak yang tidak
putus-putus itu.
“Saya
setuju dengan pendapat awak tu,” Nyak Sulaiman menyokong pendapat datuk. Saya
lihat datuk segera mengalihkan pandangan ke arah Nyak Sulaiman, mereka berbalas
senyum.
“Kalau
kita sudah beringat dan berjaga-jaga, tetapi ditimpa bencana juga, itu namanya
sudah takdir,” tambah datuk lagi lalu mendekati Nyak Sulaiman yang duduk di
tepi bot.
“Betul
cakap awak tu,” sambut Nyak Sulaiman, kenudian Nyak Sulaimanmerenung ke arah
laut lepas. Barangkali dia mengawasi bot lanun atau bot nelayan. Mungkin juga
melihat kapal dagang yang lalu di Selat Melaka.
JARAK
Saya yang
duduk tidak jauh dari mereka menarik nafas panjang. Pada hemat saya, kapal
dagang tidak mendatangkan masalah atau
merbahaya kepada bot yang saya naik ini. Sebabnya, lampu kapal dagang yang
terpasang di geladaknya dapat dilihat dengan jelas dari jarak yang agak jauh.
“Macam
bandar bergerak,” keluh saya dan ternyata nada suara saya yang agak meninggi itu
dapat deidengar oleh salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sejak tadi
bersendirian menghisap rokok dekat saya.
“Huh,
bukannya bandar bergerak, kami menyebutnya pulau berjalan, cuba awak tengok
lampu-lampu di deknya macam lampu di pantai Pulau Pinang,” katanya dengan
tenang.
“Betul
juga cakap awak tu,” sahut saya.
“itulah
sebabnya bot tak boleh berlanggar denga kapal barang, kecuali pemandunya tidur.
Kamu tahu, bila bot langgar kapal barang, bot hancur berkecai, “ tambah orang
itu sambil menyedut rokok dalam-dalam.
Saya terus ketawa.
Datuk dan
Nyak Sulaiman rancak berborak. Sesekali mereka ketawa kecil, saya tak tahu apa
yang merka borakkan. Bot besar milik Nyak Sulaiman terus membelah ombak Selat
Melaka, angin yang memukul wajah membuat saya rasa mengantuk. Dua tiga kali
saya menguap panjang. Kelopak mata terasa amat berat sekali.
“Kamu ini
dah mengantuk, pergi cari tempat tidur,” sergah datuk setelah melihat saya dua
tiga kali tersengguk-sengguk. Saya jadai serba salah. Dimana harus saya meletakkan
kepala? Mestikah saya tidur atas lantai atau di bilik tamu. Wajarkah saya
meletakkan badan di bilik masak atau baring di bangku panjang. Persoalan yang
timbul secara mendadak membuat saya resah.
“Kamu
tidur saja di tempat aku,” Nyak Sulaiman menabur budi, matanya tertumpu ke arah
saya yang sedang menguap untuk sekian kalinya.
“Bawkan
dia ke tempat tidur aku,” arah Nyak Sulaiman kepada anak buahnya, orang yang menerima
arahan segera menghampiri saya, mengajak saya ke tempat yang dikatakan oelh
Nyak Sulaiman.
“Selesai
saja kamu tunjukkan tempatnya, cepat-cepat kamu datang ke sini semula,” Nynak
Sulaiman mengingatkan anak buahnya, sebaik sja saya bangun dan mahu mula
melangkah .
“Baik
Juragan,” sahut anak buahnya.
Dan saya
mengekori lelaki berambut panjang melepasi bahu menuju kebahagian bawah bot.
TELUNJUK.
“Di situ,”
si rambut panjang menudingkan jari telunjuk ke arah dinding yang bergantungan
dengan perkakas atau alat yang ada hubungkaitnya dengan jentera bot seperti
kipas, tali kipas, alat pembuka dan pengetat skru dan macam-macam lagi.
Saya
merasa ganjil dan aneh sekali, dahi segera saya kerutkan dan wajah lelaki
berambut panjang saya tenung. Barangkali kamu mahu memeperdayakan aku, mungkin
juga kamu mahu bergurau, timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Kenapa
termenung?”
Pertanyaan
si rambut panjang tidak saya jawap.
“Awak
ragu-ragu,” tambahnya.
“Iya,”
jawap saya.
“Tunggu
sekejap.”
Lelaki
berambut panjang merapatkan dinding dan dinding ditolak ke kanan. Apa yang
wujud di depan saya ialah sebuah pintu. Saya bertambah bingung.
Dalam
keadaan termanggu-manggu itu si rambut panjang menolak saya hinnga muka dan
badan saya berlaga dengan papan pintu, tanpa diduga pintu terkuak dan saya
melihat sebuah bilik tidur yang boleh dikatakan serba lengkap.
“Ini bilik
persembunyian Nyak Sulaiman, pintunya sengaja dilindung dengan rak barang.
Tujuannya untuk menipu musuh. Cuma saya seorang sahaja yang tahu tempat rahsia
ini.”
“Oh,
begitu.”
“Awak
tidurlah.”
“ Tidur di
sini,” tutur saya dengan keraguan.
“Iya,”
angguk si rambut panjang.
“Tak
mahu,” kata saya.
“Awak
tidurlah, jangan banyak kerenah,” si rambut panjang terus menolak saya ke bilik
dengan kasar sekali. Kemudian dia denganpantas merapatkan daun pintu bilik.
Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran. Dia meninggalkan saya sendirian dalam
bilik rahsia Nyak Sulaiman.
Bila
bersendirian dalam bilik, saya rasa lebih bebas. Terus saya jatuhkan atas
katil. Di hujung katil terdapat meja bulat berwarna hitam dan diatas meja itu
terdampar sebilah pedang samurai dan labu sayung (yang dibuat dari tanah liat)
yang berisi air. Terdapat juga gelas dan piring di sisi labu sayung.
Di bawah
katil terletak selaras raifel dan selaras pistol. Kerana mata amat mengantuk,
saya tidak mahu memeriksa dengan lebih teliti lagi apa yang ,masih tersembunyi
dalam bilik rahsia tersebut. Saya terus terlelap.
Tiba-tiba
saya dikejutkan oleh suara seorang tentera Jepun, antara sedar dengan tidak
saya cuba membuka mata. Samar-samar saya melihat tentera Jepun berdiri di depan
seorang lelaki Cina yang berusia sekitar tiga puluhan. Kedua belah tangan
lelaki itu diikat ke belakang dengan tali guni, sementara sepasang matanya
diikat dengan kain hitam.
Lelaki
Cina berdiri lutut dengan kepalanya diletakkan atas meje bulat warna hitam.
Bahagian tengkuk lelaki Cina itu betul-betul berada di tepi bibir meja bulat.
Tentera
Jepun mengangkat pedang samurainya melepasi kepalanya. Mata pedang yang
berkilat itu dihalakan ke batang leher lelaki Cina. Tentera Jepun itu menjerit
dengan sekuat dan serentak dengan itu mata pedang samurainya terbenam di batang
leher pemuda Cina. Badan dan kepala pu berpisah.
No comments:
Post a Comment