HAJI Taslim Singasari terus
bangun. Tetapi, datuk masih bertahan di bangku. Keberatan untuk bangun dan
bermenung panjang, macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dua tiga kali
datuk dongakkan kepala ke langit sambil mengedutkan dahinya.
"Pelik, macam tak
masuk di akal Haji," itu yang terpancut dari kelopak bibir datuk. Haji
Taslim Singasari jegilkan biji mata ke arah datuk.
"Apa dia yang pelik
tu?"
"Mengapa si arwah
tu, mahu menceritakan kelemahan dirinya pada awak. Saya kira arwah tu
tersilap."
"Hmm..." Haji
Taslim Singasari mengeluh kecil. Dia melangkah ke arah tangga dan duduk di anak
tangga kedua.
Sinar matahari menjamah
wajahnya, sebahagian dari sinar matahari itu menghala ke tanah di bawah tingkap
yang terdapat serakan tulang. Datuk terus mengawasi gerak-geri Haji Taslim
Singasari. Demikian juga dengan saya.
Haji Taslim Singasari
bangun. Dia melangkah ke arah datuk dan lalu berdiri di depan datuk sambil
memeluk tubuh.
"Bukan
apa-apa," Haji Taslim Singasari memulakan bicara dengan wajah yang serius,
"kalau dia tak beritahu, akhirnya saya tahu juga," tambahnya lagi.
"Siapa yang
beritahu awak?" potong datuk.
"Guru saya boleh
beritahu."
"Patutlah arwah
buka rahsia, kerana dia tahu ada orang lebih handal darinya."
"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Sinar matahari kian terik.
"Bukan pasal tu," sanggah Haji Taslim Singasari sambil merenung tanah di kaki. Sinar matahari kian terik.
"Kalau bukan pasal
tu, pasal apa." desak datuk dengan nada suara yang agak keras. Saya segera
mendekati mereka. Duduk di sebelah datuk. Saya ingin mengikuti cerita
selanjutnya dengan terperinci.
"Arwah mahu
menunjukkan yang dirinya jujur dalam bersahabat. Dia beritahu dulu, sebelum
orang lain beritahu," jelas Haji Taslim Singasari. Datuk mengigit bibir.
"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.
"Apa pendapat Haji tentang sikapnya tu?" soal datuk lagi. Saya terus memasang telinga dalam sinar matahari yang kian keras itu.
"Dia memang jahat,
tetapi kejujurannya dalam persahabatan tak ada orang yang boleh menandinginya.
Setianya pada sahabat sampai mati, terpamer rasa bangga di wajah Haji Taslim
Singasari. Kedua belah tangannya yang memeluk tubuh segera dijatuhkan.
"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnya nampak sedih sekali.
"Saya tetap mohon pada Allah setiap kali lepas sembahyang, minta dosa arwah diampunkan dan rohnya tidak diseksa," ungkap Haji Taslim Singasari lagi. Wajahnya nampak sedih sekali.
Tanpa tangguh-tangguh
lagi, datuk terus berdiri. Tubuh Haji Taslim Singasari terus dipeluknya dengan
erat sekali. Perbuatan datuk itu amat mengejutkan Haji Taslim Singasari.
"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap datuk dalam nada suara yan tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.
"Saya bersama Haji, sebagai orang Islam kita harus mendoakan kesejahteraan orang yang seagama dengan kita, tidak kira yang hidup atau yang mati," ucap datuk dalam nada suara yan tersekat-sekat. Mereka terus berdakapan dalam jangka waktu yang agak panjang. Bila mereka berhenti bercakap barulah hati saya terasa lapang.
"Aduhhh!!!"
Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibalingkan kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan kepalang. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Baju saya segera dibukakan.
"Lebam sebesar penumbuk," kata datuk.
Seketul batu sebesar penumbuk mengenai rusuk sebelah kiri saya. Tidak tahu dari arah mana batu itu dibalingkan kepada saya. Apa yang pasti, sakitnya bukan kepalang. Haji Taslim Singasari dan datuk segera menghampiri saya. Baju saya segera dibukakan.
"Lebam sebesar penumbuk," kata datuk.
"Mana
batunya?" tanya Haji Taslim Singasari. Saya segera menuju ke arah batu di
tanah.
Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke bumi
Haji Taslim Singasari segera menyentuh batu itu, tetapi segera dilepaskannya ke bumi
Wajahnya nampak berkerut
menahan kesakitan.
"Kenapa Haji?"
tanya datuk.
"Batunya panas,
macam bara api," jawab Haji Taslim Singasari. Dia terus membongkok
mengambil dan menggenggam tanah. Setelah membaca sesuatu, genggaman tanah itu
segera dilemparkan ke arah batu. Saya lihat batu itu berasap dan terus mengecil
sebesar telur ayam jantan.
Datuk terus mengambil
sehelai daun paku rawan. Datuk ramas hingga hancur dan mengeluarkan air. Datuk
membaca beberapa ayat dari Al-Quran, kemudian air atau lendir dari daun itu
disapukan ke bahagian tubuh saya yang lebam. Terasa sejuk macam ketul ais yang
ditekankan di situ.
Bila datuk lekapkan
telapak tangannya, bahagian kulit yang lebam itu terasa amat panas sekali. Saya
tidak menahan air mata dari mengalir di pipi.
"Hei, tak malu
orang jantan menangis," sindir datuk dan dia berhenti menekapkan telapak
tangannya ke bahagian tubuh yang lebam itu.
"Apa rasanya
sekarang," tanya datuk lagi.
"Tak ada
apa-apa," sahut saya lalu merenung ke arah tubuh yang kena batu itu.
Daging yang lebam membiru sudah tiada lagi. Sudah pulih seperti sediakala.
Baju segera saya
sarungkan ke tubuh. Tetapi, Haji Taslim Singasari masih menbelek-belek batu
hitam sebesar telur ayam jantan itu dari beberapa sudut. Haji Taslim Singasari
masih tidak berani menyentuhnya.
"Apa yang ditengok,
buang saja Haji."
"Ini bukan sebarang
batu."
"Habis, batu dari
langit?" datuk berjenaka bersama ketawa tetapi Haji Taslim Singasari tidak
memperlihatkan reaksi gelihati dengan telatah datuk. Dia kelihatan serius
sekali. Matanya tidak berkedip melihat batu kecil yang dipanah matahari.
"Cuba renung batu
tu lama-lama," kata Haji Taslim Singasari dalam nada suara yang keras.
Mata saya dan datuk segera tertumpu ke arah batu kecil. Bila direnung agak lama
ternyata batu itu bukan berwarna hitam, tetapi berwarna kemerah-merahan macam
bara
api dan mengeluarkan
percikan cahaya yang berwarna kebiru-biruan.
"Batu apa ni,
Haji?"
"Inilah batu petir
yang sudah dijadikan batu tuju-tuju untuk menjahanamkan manusia, batu ini sudah
dipuja," jelas Haji Taslim Singasari.
"Apa yang mesti
kita buat Haji."
"Terpaksa
dihancurkan menjadi pasir," suara Haji Taslim Singasari merendah. Dia
menarik nafas panjang dua tiga kali.
BUMBUNG
Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji Taslim Singasari ubah pandangan, merenung dikakinya sejenak. Saya dan datuk berpandangan.
"Ahemmmmm..."
Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Dia angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di hujung halaman rumahnya.
Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.
Haji Taslim Singasari dongakkan kepala melihat matahari dan awan gemawan di langit. Beberapa ekor burung gagak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di bumbung rumah Haji Taslim Singasari sambil berbunyi dengan nyaringnya. Haji Taslim Singasari ubah pandangan, merenung dikakinya sejenak. Saya dan datuk berpandangan.
"Ahemmmmm..."
Haji Taslim Singasari berdehem lalu merenung tajam ke arah saya dan datuk. Dia angkat tangan kanannya separas bahu, memberi isyarat supaya kami beredar dari sisi batu hitam yang aneh itu. Kami diarahkan supaya duduk di atas batang buruk di hujung halaman rumahnya.
Apa yang diarahkan oleh Haji Taslim Singasari segera saya patuhi tanpa ada rasa takut atau curiga. Sebabnya bukan apa-apa, semuanya berlaku di waktu siang dan cuaca pula terang benderang. Kalau waktu malam, memang wajarlah saya merasa takut atau curiga. Waktu siang syaitan dan hantu tidak wujud. Semuanya sedang tidur nyenyak. Demikianlah pada anggapan saya.
Saya dan datuk terkejut,
bila melihat Haji Taslim Singasari berlari dengan kencangnya kearah saya dan
datuk. Bagaikan kilat kami bangun.
"Ikut saya,"
tutur Haji Taslim Singasari.
"Ke mana?"
soal datuk.
"Ikut apa yang saya
buat."
"Baiklah
Haji."
Haji Taslim Singasari
segera berlari sambil membongkokkan tubuh. Saya dan datuk juga ikut berlari
seperti itu menuju ke arah batu hitam kecil. Kami kelilingi batu hitam dalam
keadaan membongkok.
"Cukup, berhenti di
situ," suara Haji Taslim Singasari nyaring sekali. Saya dan datuk akur
dengan perintahnya itu. Berdiri dalam keadaan membongkok memang menyeksakan.
Sinar matahari yang kian menyengat membuat dahi dan badan saya berpeluh. Tetapi
saya lihat datuk masih dalam keadaan yang tenang dan stabil.
"Tegakkan badan,
lepas itu melangkah tujuh tapak ke belakang dan berdiri di situ," datang
lagi arahan dari Haji Taslim Singasari. Apa yang diperintahnya segera dipatuhi.
Saya dan datuk menanti perintah selanjutnya dari Haji Taslim Singasari.
Lima minit masa berlalu,
tidak ada sebarang arahan dikeluarkan. Haji Taslim mendekati datuk membisikkan
sesuatu ke telinga datuk. Kemudian dia mendekati saya pula.
"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada datuk.
"Sekarang kami sudah berdiri membelakangi batu hitam, tumpukan perhatian zahir batin pada Allah yang Maha Besar. Kita semua minta tolong pada-Nya," itu yang dibisikkan oleh Haji Taslim Singasari pada saya. Dan saya yakin, kata-kata yang sama juga diungkapkannya pada datuk.
Haji Taslim Singasari
kembali berdiri di tempat asalnya. Kerana saya membelakanginya, saya tidak tahu
apa yang dilakukannya. Saya terdengar bunyi telapak tangan menampar pipi
seseorang. Saya segera menoleh ke arah Haji Taslim Singasari, dia sedang
berdepan dengan sesuatu yang aneh. Sukar untuk saya mentakrifkan benda
tersebut, samada manusia atau binatang. Rupa dan bentuknya sukar sekali untuk
ditentukan.
Apa yang pasti,
bentuknya hitam dan besar. Tingginya melebihi paras kelapa dara. Besar tubuhnya
lebih kurang tiga empat pemeluk pangkal balak. Kakinya, sebesar batang kelapa.
Semuanya muncul dalam bentuk yang samar-samar menghala ke arah Haji Taslim
Singasari.
Apa yang menakjubkan
saya, Haji Taslim Singasari bersilat sendirian di tengah panas. Menepis kiri,
menepis kanan. Sesekali Haji Taslim Singasari melompat tinggi dan ada kalanya
berguling di bumi.
Setelah melihat
gerak-geri Haji Taslim Singasari yang serba pantas dan cekap itu, ternyata dia
mencampur-adukkan Silat Bangau Putih dengan Silat Harimau Betina Mati Anak.
Setiap buah silat yang dilepaskan oleh Haji Taslim Singasari terkena sasaran
yang dituruti dengan suara orang mengeluh dan mengaduh.
Saya mengigit bibir,
saya cuma mendengar suara orang tetapi batang tubuhnya tidak kelihatan langsung.
Dan bebayang hitam terus wujud di depan Haji Taslim Singasari dalam keadaan
yang tidak jelas. Dalam keadaan saya terpegun kehairanan itu, Haji Taslim
Singasari terus mengulingkan tubuhnya di tanah menuju ke arah saya. Sebaik saja
sampai di kaki saya, dia terus bangun.
"Jangan renung
saya, tumpukan perhatian ke depan. Jangan tengok saya. Mohon perlindungan dari
Allah," itu yang dituturkan oleh Haji Taslim Singasari. Saya segera
memalingkan wajah ke depan. Pada saat itu juga muncul di depan saya seorang lelaki
tua yang sudah bongkok. Rambutnya yang putih terdampar atas dua sayap bahu.
Janggut putihnya yang panjang menyentuh bumi.
Bila saya menggerakkan
kedua belah bibir untuk mengucapkan salam, orang tua di depan saya terus
menghayunkan tongkatnya ke arah kaki saya. Cepat-cepat saya melompat lalu
melepaskan satu tumbukan ke bahunya. Tetapi tidak kena sasaran kerana orang tua
itu mengelak dengan cepatnya lalu hilang dari pandangan saya.
"Bantu saya."
Saya dan datuk
memalingkan muka ke arah suara tersebut. Haji Taslim Singasari sedang bekerja
keras menghalang orang tua bongkok dari mencapai batu hitam.
"Bantu saya."
Ulang Haji Taslim
Singasari. Bebayang hitam yang menakutkan itu sudah tidak kelihatan lagi. Saya
segera meluru ke arah Haji Taslim Singasari, tiba-tiba datuk menerpa ke arah
saya lalu menghalang perjalanan saya dengan menjatuhkan saya ke bumi.
Tuhan saja yang
mengetahui sakitnya jatuh ke tanah. Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya.
Datuk menekan bahu kanan saya dengan jari kelingkingnya.
"Kenapa tuk?"
"Kamu tak layak
campur tangan dalam urusan ini, kamu mesti belajar lagi."
"Pak Haji tu mesti
ditolong tuk."
"Biar aku yang
menguruskannya," kata datuk lalu memisahkan hujung jari dari kulit bahu
kanan saya. Barulah tubuh saya bertenaga dan boleh digerakkan. Masa hujung
jarinya menjamah bahu, seluruh badan terasa kebas dan seakan-akan lumpuh. Tidak
berfungsi langsung.
HUJUNG
Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pegerakkan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukan sentuhan sebarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu.
Mana ada logiknya sentuhan hujung jari kelingking boleh memberhentikan pegerakkan tubuh. Jadi, sudah pasti sentuhan yang dilakukan oleh datuk bukan sentuhan sebarangan. Bukan sekadar sentuh tetapi tenaga lain yang mengiringi sentuhan itu.
"Kamu duduk
diam-diam di sini, Tamar," datuk mengingatkan saya dalam panas terik.
Seluruh badan saya sudah dibasahi peluh. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan
anggukkan kepala tanda patuh pada perintahnya.
Dengan tenang datuk
melangkah menuju ke arah Haji Taslim Singasari lalu berdiri dalam jarak dua
tiga kaki dari arah belakang Haji Taslim Singasari.
"Apa boleh saya
tolong Haji?"
"Awak bacalah surah
yang boleh menjahanamkan syaitan."
"Saya cuba setakat
yang saya boleh," jawab datuk lalu memeluk tubuh dengan sepasang mata
merenung tajam ke arah orang tua bongkok bersama janggut yang menyentuh bumi.
Orang tua itu menujah-nujahkan tongkatnya ke arah Haji Taslim Singasari dengan
sekali-sekala merebahkan badannya untuk mancapai batu hitam kecil tersebut.
Setiap kali orang tua
bongkok itu berusaha mengambil batu hitam, Haji Taslim Singasari pasti
melangkah setapak ke depan dengan mulut yang berkumat-kumit. Entah apa yang
dibacanya saya sendiri tidak tahu. Rupanya, setiap kali Haji Taslim Singasari
melangkah, datuk juga melangkah dalam arah yang berlawanan.
Dan akhirnya orang tua
bongkok yang tidak berubah tempat berada di tengah-tengah antara datuk dan Haji
Taslim Singasari. Bila menyedari dirinya berada dalam keadaan terdesak, orang
tua itu terus menghilangkan diri.
Datuk dan Haji Taslim
Singasari saling berpandangan. Apa yang jelas, di wajah Haji Taslim Singasari
tergambar kepuasan yang amat sangat. Datuk renung ke arah batu hitam yang kecil
itu sejenak. Dia menggigit bibir.
"Pernah awak jumpa
dengan orang tua itu sebelum ini, Haji," sambil meyapu peluh didahi, datuk
ajukan pertanyaan.
"Pernah. Ada dua
kali, masa arwah hidup. Orang tua tu datang jumpa arwah waktu Maghrib. Saya
beri salam, dia tak jawab, bila terdengar suara azan Maghrib orang tua tu
hilangkan diri," itu penjelasan Haji Taslim Singasari. Datuk anggukkan
kepala.
Haji Taslim Singasari
mengedutkan dahi luasnya sambil menggosok hujung jari beberapa kali. Saya
segera berlari ke bawah pohon mempelam telur. Saya tidak sanggup berjemur
lama-lama di tengah panas yang terik.
"Dia datang ke
rumah awak buat apa, Haji?" terdengar suara datuk agak keras.
"Jumpa
tuannya."
"Maksud Haji, si
mati tu."
"Yalah, siapa
lagi."
"Pernah dia
berlawan dengan awak, Haji."
"Tak pernah, cuma
hari ni dia buat perangai. Saya tahu benda tu nak cari perlindungan dan mahu
menjadikan saya tuan barunya," cukup tenang Haji Taslim Singasari
menuturkan kata-kata tersebut. Kemudian dia menyuruh datuk duduk mencangkung
menghadapi batu kecil. Haji Taslim Singasari mengamati saya.
"Kamu juga duduk
mencangkung mengadap batu tu," kata Haji Taslim Singasari sebaik sahaja
saya mendekatinya. Cakapnya itu segera dipatuhi. Dan Haji Taslim Singasari
sendiri turut duduk mencangkung menghadap batu hitam kecil.
"Batu ni, kalau tak
dimusnahkan, banyak orang yang binasa. Terutama awak," Haji Taslim
Singasari menghalakan jari telunjuknya ke arah datuk. Serta merta saya lihat
wajah datuk berubah.
"Kenapa pula,
Haji?"
"Arwah pernah mahu
menggunakan batu ini untuk ditujukan pada awak, kalau kena kulit
awak seluruh badan jadi
hitam."
"Kenapa dia nak
buat perkara tu pada saya," datuk minta kepastian. Haji Taslim Singasari
tidak memberikan penjelasan yang konkrit.
"Saya sendiri pun
tak tahu, kenapa perkara itu tak jadi dibuatnya pada awak. Ada juga dia
beritahu saya, yang dia mahu menyuruh orang suruhannya yang taat pada perintah
ketua, walaupun ketuanya sudah mati," Haji Taslim Singasari memberikan
penjelasan untuk kali kedua. Satu keterangan yang dapat meyakinkan hati saya
dan datuk.
Perlahan-lahan Haji
Taslim Singasari mengangkat tangan kanannya. Dengan jari-jemari yang
terkembang, telapak tangannya terus jatuh atas bahu datuk. Dan jari-jemari itu
mencengkam erat kulit bahu datuk.
"Sekarang,"
Haji Taslim Singasari segera memisahkan telapak tangannya dengan bahu datuk,
"sekarang kita mulakan tugas, batu hitam ini mesti dihancurkan,"
sambung Haji Taslim singasari lagi dengan wajah yang serius.
"Bagaimana
caranya?" mendadak datuk menyoal.
"Sabar dulu
sahabat, apa yang kita lihat tadi, semuanya bayang-bayang. Kita bertiga saja
yang nampak. Orang lain tak nampak."
"Kenapa orang lain
tak nampak?" secara spontan saya mengajukan pertanyaan. Buat beberapa
detik Haji Taslim Singasari buat tidak kisah dengan apa yang saya tuturkan. Dia
terus menepuk dada bumi sebanyak tujuh kali berturut-turut.
"Ha! Begini,"
cukup lantang suara Haji Taslim Singasari. Matanya merenung bumi, "sebabnya
cukup mudah, aku ni sahabat karib arwah, kamu dan datuk kamu, musuh ketatnya.
Dia datang kerana mahu menjadikan aku tuan barunya. Dia juga mahu membinasakan
kamu dan datuk kamu," lanjut Haji Taslim Singasari. Dia juga menyuruh saya
dan datuk mengepal tanah. Semua yang disuruhnya kami patuhi.
"Bangun."
Saya dan datuk segera bangun.
Saya dan datuk segera bangun.
"Ikut saya, bila
saya campakkan tanah ke batu hitam, awak berdua ikut sama. Kena campak sampai
tujuh kali berturut-turut. Ingat, kita mesti ambil tanah serentak dan membalingnya
serentak, sebelum dibaling ke batu baca Qul' aa'uzubirobbinnas..." selesai
saja haji Taslim
Singasari memberi penerangan datuk kenyitkan mata ke arah saya.
TAKUT
Kenyitan mata itu
bermaksud supaya saya jangan merasa takut atau gentar. Hadapi saja apa yang
datang, kecuali bila sudah terdesak barulah meminta pertolongan darinya.
"Bersedia."
Haji Taslim Singasari
menjeling tajam ke arah datuk dan saya.
"Lontarkan."
Haji Taslim Singasari
terus memulakan, lalu diikuti oleh saya dan datuk. Baru enam kali dilontarkan
tanah ke batu hitam yang kecil itu, terdengar satu letupan yang tidak berapa
kuat tetapi mengganggu kerja-kerja yang kami lakukan.
"Teruskan."
Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.
Datang ingatan dari Haji Taslim Singasari. Lontaran tanah berjalan terus. Genap tujuh kali dilontar terdengar lagi letupan yang tidak menyenangkan. Batu hitam kecil bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Dikelilingi api yang entah dari mana datangnya. Saya juga melihat asap nipis berada di permukaan batu itu.
Tanpa memberitahu
apa-apa pada kami, Haji Taslim Singasari terus membongkok mengambil segenggam
tanah (untuk kali yang kelapan). Saya dan datuk berpandangan kerana
menyedari yang Haji Taslim Singasari sudah melanggar syarat.
"Kamu berdua ragu
dengan aku," Haji Taslim Singasari renung muka datuk dan saya. Cepat-cepat
saya dan datuk gelengkan kepala. Mata Haji Taslim Singasari terpaku ke wajah
kami sejenak, seolah-olah membaca apa yang tersirat dalam kalbu saya dan datuk.
Haji Taslim Singasari segera berdiri dan anggukkan kepalanya perlahan-lahan.
"Yang kelapan ini,
biar aku uruskan. Dalam keadaan sekarang tidak semuanya boleh aku beritahu,
bila dah selesai baru aku cakap," keterangan itu memang melegakan hati
saya dan datuk. Haji Taslim Singasari terus mengkepal-kepalkan tanah dalam
telapak tangannya. Dia terus membuka silat, kira-kira dua tiga minit lamanya.
Haji Taslim Singasari berhenti dari bersilat. Berdiri lurus sambil memeluk
tubuhnya erat-erat.
"Jangan tegur apa
yang aku buat."
Datang lagi ingatan dari
Haji Taslim Singasari. Dia buka ketayap putih di kepala dan mengeluarkan
blangkon (songkok orang Jawa yang dibuat dari kain batik yang bahagian belakangnya
terdapat benjolan) dari saku baju butang lima. Blangkon diletakkan atas
kepala dan baju yang dipakai terus dibuka, dihamparkan atas tanah. Haji Taslim
Singasari terus bersila di situ.
Dalam panahan matahari
yang keras itu, saya lihat badan Haji Taslim Singasari berpeluh. Perutnya yang
agak buncit kelihatan seperti terlekap pada pahanya.
"Bantu saya, kalau
saya rebah."
Kata Haji Taslim
Singasari itu terus terpahat dalam sanubari saya. Datuk saya lihat terus
anggukkan kepala. Tetapi, kerdipan matanya dapat dilihat oleh Haji Taslim
Singasari.
"Caranya mudah
untuk menolong saya. Bila saya rebah, ambil apa juga ranting yang berdaun,
pukulkan ke tubuh saya tujuh kali berturut-turut bersama dengan selawat,"
Haji Taslim Singasari bersuara lagi. Macam tadi juga, datuk tetap anggukkan
kepala.
"Dengan izin Allah,
kamu terus labur."
Tanpa membuang masa,
Haji Taslim Singasari terus melontarkan tanah yang dalam genggamannya ke batu
hitam yang berasap. Sebaik saja tanah dari lontaran ke lapan itu terkena batu
hitam, warna kekuningan di batu bertukar menjadi putih. Api yang
mengelilinginya terus hilang dan asap nipis juga turut hilang.
"Ah..."
Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar.
Saya terkejut. Dalam keadaan cuaca yang panas terik itu, saya terlihat samar-samar sesusuk tubuh lelaki yang tingginya lebih dari tujuh kaki, berbadan besar.
Berdiri membelakangi
saya tetapi menghadapi Haji Taslim Singasari. Batu hitam yang penuh misteri itu
berada betul-betul di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar itu.
"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.
"Allah juga yang Berkuasa, syaitan, jin dan manusia adalah ciptaannya. Tertakluk pada-Nya. Pada Allah juga aku memohon perlindungan," sambil bercakap Haji Taslim Singasari bangun perlahan-lahan. Dalam keadaan separuh berdiri, dia terus menepuk tangannya. Kemudian dia duduk bersila kembali.
"Prappp..."
Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.
Tujuh kali Haji Taslim Singasari menepuk tangannya. Selesai bertepuk tangan terdengar bunyi letupan yang beruntun. Batu hitam di hujung kaki kanan lelaki berbadan besar mula bergerak, berpusing sambil mengeluarkan cahaya api. Dan letupan yang beruntun itu datangnya dari batu kecil itu, bunyinya macam mercun. Perkara itu terjadi lebih kurang lima minit.
Kawasan tempat kami
berdiri dipenuhi dengan asap tebal berwarna hitam. Bau kemenyan terus menusuk
lubang hidung, saya terbatuk dua tiga kali. Asap tebal yang hitam itu berubah
warna menjadi kelabu dan kian menipis. Dan akhirnya terus hilang. Bayang lelaki
berbadan besar tidak kelihatan lagi. Begitu juga dengan batu hitam, tempatnya
sudah digantikan dengan timbunan debu-debu halus yang menyerupai tepung gandum.
"Hal ini sudah
selesai," tutur Haji Taslim Singasari pada datuk. Dua tiga kali bahu datuk
ditepuknya. Debu di tempat batu hitam itu segera ditutup oleh Haji Taslim
Singasari, dia menyarungkan baju butang lima ke tubuh. Menyimpan blangkon ke
dalam saku dan mengenakan ketayap putih ke kepalanya.
"Kalau begitu
biarlah kami beransur dulu," beritahu datuk pada Haji Taslim Singasari.
Waktu datuk mahu memulakan langkah ada bayangan hitam legam seakan-akan
melintasi depan datuk. Langkah datuk terhenti.
"Haji nampak apa
yang saya nampak."
"Nampak, laknat tu
mahu menghancurkan saya, bila dia gagal menjadikan saya tuannya."
"Perlukan bantuan saya Haji...?"
"Perlukan bantuan saya Haji...?"
"Tak..." Haji
Taslim Singasari tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia diganggu oleh
kemunculan seekor monyet besar berwarna hitam. Tidak ada siapa yang tahu dari
arah mana monyet itu muncul.
No comments:
Post a Comment