Entah mengapa, Uda Lamat yang
pendiam dengan usianya yang muda beberapa tahuin dari datuk, masih mahu
bercakap dengan datuk. Paling membosankan perkara yang dikaitkan ialah tentang
diri saya. Datuk ternyata terpengaruhh dengan pendapat Uda Lamat.
“Bukan lari sebarang
lari, perkara macam ni pernah saya alami masa saya muda-muda dulu,” Uda Lamat
memperkemaskan silanya. Paha kanan diletakkan diatas peha kiri. Jejari kakinya
bergerak- gerak.
“Di mana?”
“Di kampung saya, anak
buah saya sendiri yang mengalaminya. Menurut bomoh masa itu, anak buah saya
diresapi roh jahat. Fasal tu dia buat perkara tak senonoh,” lanjut Uda Lamat.
“Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi.
“Kesudahannya macam mana?” Tanya Datuk lagi.
“Mati.”
Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.
Datuk terkejut, biji matanya terbeliak.
“Dia masuk ke hutan
cari harimau, bawa parang mahu tetak tengkuk harimau, kesudahannya leher anak
buah saya itu dipatahkan oleh harimau, saya berharap perkara macam itu tidak
akan jadi pada cucu awak.”
“Saya juga harap
perkara buruk tak akan terjadi,” datuk garu pangkal dagu. Mereka berhenti
bercakap. Tiba-tiba rasa cemas dan takut menguasai diri saya. Ada
bermacam-macam suara datang ke lubang telinga saya.
“Apa yang saya suruh
awak buat tadi, semuanya itu, petua yang dibuat oleh orang tua lelaki saya pada
anak buah saya yang mengalami perkara yang saya sebutkan tadi,” cukup teratur
Uda Lamat mengungkapkan kata-kata. Dan saya mula faham, apa yang dilakukan oleh
nenek pada saya di bilik mandi tadi, adalah petua dari Uda Lamat.
“Ya, petua ni
kadang-kadang menjadi kadang-kadang tidak,” datuk menyanggah. Saya lihat Uda
Lamat anggukkan kepala.
“Memang betul cakap
awak. Satu perkara yang pasti, setiap kerja mesti kita mulakan dengan
Bismillah. Kerja petua juga dimulakan dengan Bismillah sambil hati mengharapkan
Allah yang maha besar menghilangkan penyakit.”
“Betul, betul,” datuk
angguk kepala.
Uda Lamat hirup kopi
yang disediakan oleh nenek. Malam kian larut, suasana terasa sunyi. Sesekali
terdengar bunyi suara burung jampuk dan jeritan tikus liar di bawah rumah.
Kesunyian malam yang kian tua itu membekalkan rasa dingin yang keterlaluan.
Tetapi, saya masih mahu bertahan untuk berada di anjung dalam keadaan
berbaring. Hati kecil saya bagaikan dipaksa-paksa untuk mengikuti perbualan
selanjutnya antara Uda Lamat dan datuk.
Saya rasakan
kemesraan yang diperlihatkan oleh Uda Lamat itu, adalah sesuatu yang baru.
Lelaki tua berkulit hitam, berbadan tegap, berambut putih yang mengelilingi
botak di tengah kepalanya itu, tidak pernah merelakan dirinya menghabiskan masa
malamnya di rumah orang. Biasanya, dia merasa bahagia menghabiskan waktu
malamnya dengan salah seorang isteri mudanya. Semua orang tahu Uda Lamat ada
empat isteri. Isteri pertamanya sudah berusi lebih dari lima puluh tahun.
Tetapi, tiga orang
lagi isterinya, berusia sekitar tiga puluhan hingga empat puluhan.
Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menarik. Kekayaannya memiliki berekar-ekar
tanah sawah dan kebun getah memberi peluang padanya mempunyai isteri muda. Satu
keistimewaan Uda Lamat, tiga orang isteri mudanya cacat anggota, ada yang
berjalan tempang, tangan kudung dan bisu. Satu hal yang pasti mereka memiliki
raut wajah yang ayu.
Kata orang, Uda Lamat
kahwin bukan kerana nafsu tetapi lebih banyak didorong oleh rasa simpati mahu
menolong sesama insan yang cacat. Inilah yang membuatkan orang kampung
mengkagumi dan menghormati Uda Lamat. Dan Uda Lamat pula tidak pernah merasakan
dirinya besar kerana penghormatan itu. Malah, dia sendiri merasakan
penghormatan itu tidak pernah wujud pada dirinya.
Jam di dinding rumah
berbunyi dua belas kali. Satu teko kopi tanpa susu yang disediakan oleh neneh
sudah habis diminum, sedangkan saya sudah dua kali terlelap. Bualan datuk
dengan Uda Lamat kian mengendur. Tidak serancak tadi. Uda Lamat sudah beberapa
kali menguap panjang.
“Dah pukul dua belas
malam,” Uda Lamat menggosok belakang tangan kanannya. Datuk mendirikan lutut
kanannya. Dia senyum ke arah Uda Lamat.
“Ngape, dah mengantuk
ke?”
“Tidak, tapi sejuk.”
“Kalau begitu kena
baliklah, kena cari kawan yang boleh menghilangkan sejuk,” datuk berjenaka lalu
disambut oleh Uda Lamat dengan ketawa panjang. Matanya berair. Dua tiga kali
telapak tangan kanannya memukul lantai anjung. Usikan datuk itu amat mencuit
hatinya.
“Kalau begitu nasihat
awak, biarlah saya balik,” kata Uda Lamat setelah ketawanya berakhir. Saya yang
baring segera angkat kepala. Saya kira Uda Lamat pasti angkat punggung sebaik
sahaja kata-katanya berakhir. Sangkaan saya meleset. Uda Lamat kian
memperkemaskan silanya.
“Tunggulah sampai
subuh, lepas tu bolehlah balik, kalau ada perkara yang tak baik jadi pada cucu
saya, bolehlah awak beri petua,” datuk menjentik kepala lutut Uda Lamat.
“Saya rasa cucu awak
tak apa-apa.”
“Tapi saya mahu awak
menemani saya.”
“Tak apa, dia dah
pulih, saya yakin perasaannya sudah aman dan tenteram, cucu awak dah pulih.
Biarlah saya balik dulu,” Uda Lamat segera bangun. Datuk garu hujung dagunya
beberapa kali. Datuk turut bangun dan berdiri di sisi Uda Lamat.
“Saya tak berapa
seronok, bila awak balik cepat. Rasanya, saya perlukan pertolongan awak, banyak
perkara yang boleh awak tolong saya,” datuk luahkan perasaannya. Tangan
kanannya diletakkan atas bahu kiri Uda Lamat. Buat beberapa saat Uda Lamat
genggam tangan datuk erat-erat. Perlahan-lahan tangan datuk yang tersadai atas
bahu dijatuhkannya.
“Tak apa, dengan izin
Allah. Cucu awak tak apa-apa. Awak bacalah Quran sampai subuh,” Uda Lamat tepuk
bahu datuk berkali-kali. Senyum datuk terukir di bibir. Saya tahu, senyum itu
sekadar untuk melindungi keresahan dalam dirinya. Dia tidak berhasil menahan
Uda Lamat bertahan di rumah hingga menjelang subuh.
“Biar saya pergi
dulu.”
Uda Lamat
menghulurkan tangan. Datuk sambut dengan perasaan yang berbelah bagi. Datuk
mengiringi langkah Uda Lamat hingga ke muka pintu. Jamung di kaki tangga pun
dinyalakan. Angin malam yang bertiup terus merempuh di jamung yang mula marak.
Kokok ayam terdengar sayup-sayup.
“Saya balik dulu.”
“Ya, selamat jalan.
Terima kasih kerana awak sanggup bersusah payah menolong saya,” suara datuk
merendah.
“Itu hanya adat,
hidup sekampung kenalah tolong-menolong.”
“Hanya Allah saja
dapat membalas jasa awak.”
“Apa yang kita
lakukan adalah atas kemahuan-Nya juga,” Uda Lamat merendahkan diri. Dia pun
memulakan langkah pertamanya.
JAMUNG
Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama, makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu.
Bertemankan cahaya jamung, Uda Lamat terus membelah malan yang kian tua. Api jamung melintuk-liuk dirempuh angin. Langkah Uda Lamat tetap teratur. Makin lama, makin jauh dan mengecil api jamung yang dijulang oleh Uda Lamat dari penglihatan mata datuk. Kokok ayam kian bertalu-talu. Dan angin pun kian rancak berhembus menyentuh dedaun dan reranting pokok hingga melahirkan bunyi yang tidak menentu.
Datuk masuk ke rumah.
Daun pintu dirapatkan, terus dikunci. Datuk menyuruh saya masuk ke bilik. Saya
mohon padanya supaya saya dibenarkan tidur di ruang anjung.
“Masuk ke dalam
bilik,” suara datuk keras.
“Saya rasa di sini
selesa, tuk.”
“Jangan bantah cakap
aku, masuk ke dalam. Kalau ada apa-apa hal senang nak bertindak. Kalau tidur di
luar nanti kamu melompat tingkap susah pula nanti.”
“Hmm..” Saya lepaskan
keluhan kecil. Panas rasa hati, bila datuk menyindir saya begitu. Rasa benci
terhadap datuk datang meluap-luap.
Saya mula terdengar
suara Amjal Kamal mengeluarkan perintah yang berbunyi: “Ini perintah, dari hati
dari perasaan, dari semangat rohani dan jasmani. Kau ikut apa yang aku
perintah. Orang itu adalah musuh.” Saya termanggu-manggu, suara itu datang dari
segenap sudut, bagaikan mahu pecah gegendang telinga saya dibuatnya.
Saya tidak ada jalan
lain, terpaksa menekup kedua belah telinga dengan telapak tangan. Suara itu
masih bergema juga. Saya terpaksa melekapkan telinga ke celah paha. Usaha saya
tidak juga berhasil. Batang tubuh Amjal Kamal terpamer di depan mata. Dia mengangkat
tangan menyuruh saya melakukan sesuatu.
“Ya, dia musuh,” kata
saya.
“Mesti dibunuh,
kaulihat kerlipan di bahagian dada kirinya.”
“Ya, saya nampak saya
harus membunuhnya. Saya mesti menikamnya dengan pisau belati,” sehabis sahaja
saya memberikan pengakuan sebilah pisau belati jatuh di depan saya. Segera saya
ambil. Saya merasai diri saya bukan berada di dalam rumah. Tetapi, berada di
satu ruang bangunan yang luas macam istana. Seorang lelaki yang kurang jelas
wajahnya berdiri di depan saya. Dada sebelah kirinya mengeluarkan cahaya yang
berkelip-kelip. Rasa marah datang meluap-luap dalam rongga dada.
Saya mendekati lelaki
itu dengan pisau di tangan. Aneh lelaki itu tetap menanti saya. Inilah yang
membuatkan saya bertambah marah. Saya renung benda yang bekelip-kelip di dada
sebelah kiri lelaki itu. Saya terus membuat perhitungan untuk membenamkan pisau
ke dada lelaki itu. Saya sudah menemui sasarannya. Dengan sekali tikam sahaja,
saya yakin lelaki itu akan tergolek di lantai.
Saya juga yakin, bila
semuanya terlaksana dengan baik. Suara ghaib, yang memerintah saya melakukan
perbuatan itu akan memuji saya. Tentu saya diberikan hadiah.
“Kau sudah sampai
saatnya,” terdengar lagi perintah ghaib.
“Tapi,” perasaan saya
bersuara.
“Tidak ada tapi,
inilah saatnya untuk kamu membunuh musuh, tikam dengan cepat,” datang lagi
suara ghaib. Saya masih berdepan dengan lelaki yang wajahnya tidak jelas.
Saya sudah nekad
untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Secepat kilat, saya meluru ke arah
lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas itu. Tanpa membuang masa, saya
melepaskan tikaman dengan sekuat hati ke dada kiri lelaki yang bekelip-kelip
itu.
“Tamar, kamu
melawan,” satu tempikan yang kuat menyumbat ke lubang telinga saya. Badan saya
terasa bergoyang. Muka saya menerima tamparan yang kuat. Kulit muka terasa
pecah kepedihannya tidak dapat saya gambarkan. Kerana tidak terdaya menahan
sakit, saya rebahkan badan di lantai. Saya terdengan bunyi suara yang amat kuat
macam suara deru keretapi. Saya pejamkan mata kerana dalam perhitungan saya,
saat kematian sudah sampai.
WAJAH
Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk.
Bila suara menderu macam keretapi itu hilang. Terasa suasana jadi fana dan sepi sekali. Saya buka mata, orang pertama yang saya lihat ialah wajah datuk.
“Kenapa tuk?” Tanya
saya.
“Tak ada apa-apa,”
jawabnya. Sungguhnya jawapan itu tidak dapat saya terima. Datuk menyembunyikan
sesuatu dari saya. Saya kumpulkan segala fikiran untuk menyorot apa yang
terjadi. Semuanya tidak berhasil. Saya tidak dapat mengingati apa-apa pun.
“Kenapa tuk?” Ulang
saya lagi.
“Kau menumbuk dada
aku tamar,” suara datuk kesal. Saya terdiam, hampir mahu menangis saya
mendengar kata-kata dari datuk. Dialah satu-satunya lelaki di dunia ini yang
saya hormati dan saya sayangi.
“Maafkan saya tuk,
saya tak sedar dengan apa yang saya lakukan,” saya berlutut di depan datuk.
“Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu,” datuk terus memeluk saya. Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah datuk nampak sungguh sedih. Dalam keaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya menangis.
“Sudahlah, aku secara tak sengaja menampar kamu,” datuk terus memeluk saya. Pipi saya diusapnya berkali-kali. Wajah datuk nampak sungguh sedih. Dalam keaadan yang agak gawat itu dia mencium dahi saya. Tanpa disedari saya menangis.
“Sudahlah Tamar,
masuk ke bilik. Pergi tidur.”
“Maafkan saya tuk,
saya tak tahu dan tak ingat apa yang saya buat.”
“Sudahlah, ada
sesuatu yang tak kena pada kamu, pergilah tidur,” begitu lembut nada suara
datuk. Permintaannya segera saya akur. Perasaan saya sungguh terharu, datuk
sendiri mengemaskan ranjang tidur untuk saya. Datuk selimut tubuh saya.
MIMPI
Seperti selalu, datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu, saya dapat tidur dengan lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.
Seperti selalu, datuk tetap mengingatkan saya untuk membaca ayat-ayat suci sebelum mengajak mata tidur. Itu pun saya lakukan. Saya baca fatihah dua puluh satu kali, baca ayat kursi tujuh kali, mengucap dan beberapa ayat lain lagi saya baca. Saya bersyukur setelah mematuhi cakap datuk itu, saya dapat tidur dengan lena. Tidak ada mimpi yang kurang menyenangkan saya alami.
“Bangun Tamar.”
Badan saya digoncang
berkali-kali. Antara mahu dengan tidak, saya terpaksa membuka kelopak mata.
Buang gebar tebal yang membaluti tubuh.
“Bangun sembahyang,” Sambung
datuk.
“Ya,” saya terus
bangun. Duduk mencangkung di bibir ranjang.
“Sebelum ambil air
sembahyang, buat senanam dulu Tamar.”
“Ya,” jawab saya
pendek. Senaman yang biasa saya amalkan terus saya lakukan. Datuk melakukan
sembahyang sunat subuh. Selesai senaman, saya pun mahu bergegas ke bilik mandi.
Tetapi, saya tidak meneruskan langkah tersebut.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Ya tuk.”
“Kita Sembahyang
sendirian.”
“Baiklah tuk,” saya
pun meneruskan langkah yang terhenti. Rancangan yang sudah disusun mengalami gangguan
sebentar. Pintu bilik air tertutup rapat. Nenek sedang mandi, saya terpaksa
menunggu.
Sementara menanti
nenek keluar, saya duduk di bangku tidak jauh dari bilik air. Pada mulanya saya
berjuntai kaki, kerana tidak tahan disebabkan kedinginan, kaki segera saya
letakkan diatas bangku. Saya berpeluk tubuh. Sepatutnya, saya tidak mengalami
rasa kedinginan, saya sudah bersenam dan peluh pun sudah pecah.
Barangkali angin pagi
bertiup kencang di luar, fikir saya dalam hati sambil menguap panjang. Rasa mengantuk
masih terasa.
“Tamar.”
Saya merenung wajah nenek. “datuk kamu di mana?” Sambung nenek.
Saya merenung wajah nenek. “datuk kamu di mana?” Sambung nenek.
“Di atas.”
“Dia biarkan kamu
seorang diri di sini?” Nenek tidak berpuas hati dengan tindakan datuk. Saya
tersenyum dan saya harus bertindak dengan bijak agar tidak berlaku sebarang
ketegangan antara datuk dengan nenek yang berpunca dari saya.
“Saya yang minta
datuk, jangan ikut saya.”
“Kamu ni, dah sihat
benarkah?”
“Sihat, saya memang
tidak apa-apa nenek.”
“Hum tak ada apa-apa,
bila kau memekik dan nak lari tu bukan apa-apa namanya,” nenek jegilkan biji
mata ke arah saya. Tidak ada jawapan yan dapat saya berikan untuk menafikan
kata-kata yang nenek ungkapkan itu.
“Pergi, biar aku
tunggu kamu di sini.”
“Tak payah tunggu
saya nek, saya tak apa-apa. Kalau nenek tunggu, saya tak mahu masuk ke bilik
air,” saya menggunakan senjata ugutan. Malu rasanya sudah besar begini, masih
ditunggu nenek.
“Kamu memang keras
kepala, tak apalah aku tak tunggu tapi, ada apa-apa cepat-ceoat beritahu aku,”
kata nenek.
“Saya tahu, nenek.”
“Hisss.....” nenek
menjuihkan bibir ke bawah. Kemudian melangkah kebiliknya. Saya tersenyum lalu
bersiul kecil sambil melangkah ke bilik air.
Pada mulanya, saya
bercadang mahu mengambil air sembahyang sahaja. Tetapi, bila sudah berada dalam
bilik air, seluruh tubuh terasa panas. Saya membuat keputusan mengejut. Ambil
gayung lalu jirus air ke tubuh. Sebaik sahaja air satu gayung menyentuh badan,
terdengar bunyi tapak kaki orang berlari. Saya tergamam dan gayung di tangan
tidak jadi menyeduk air dalam kolah.
“Tamar, kau buat apa
tu,” terdengar suara nenek.
“Saya mandi.”
“Selalunya kau tak
mandi pagi, kenapa kau mandi pagi kali ni, Tamar.”
“Nek, saya sedar apa
yang saya buat,” kata saya lalu membuka pintu bilik air.
HULUR
Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata perbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada di alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi saya rapatkan. Mandi yang tergangu, saya teruskan kembali.
Saya hulurkan kepala untuk nenek melihat keadaan saya yang sebenar. Ternyata perbuatan saya itu dapat menyakinkan nenek yang saya masih waras. Masih berada di alam nyata. Tanpa diduga, tindak-tanduk saya itu membuatkan nenek ketawa terkekeh. Agaknya, dia terasa lucu. Nenek kembali ke tempatnya. Pintu bilik mandi saya rapatkan. Mandi yang tergangu, saya teruskan kembali.
Baru lima gayung air
membasahi tubuh, saya terasa sejuk dan terus mengigil. Gigi atas dengan gigi
bawah terus berlaga hingga mengeluarkan bunyi. Saya berhenti mandi dan
mengambil air sembahyang, kesejukan yang menguasai tubuh membuat saya merasa
kurang selesa untuk berjalan atau bergerak ke mana-mana.
Ini merupakan
gangguan yang kurang menyenangkan. Tetapi saya terus melawan rasa sejuk itu
dengan melakukan senaman dan berlari hingga sampai ke dalam bilik tidur. Saya
sarung kain, pakai baju dan songkok.
Saya melangkah dari
bilik tidur untuk melakukan sembahyang subuh. Datuk masih duduk tertonggok
membaca al-Quran. Suaranya cukup jelas dan nyaring. Sebaik sahaja saya
melangkah bendul pinti bilik, kaki kiri saya terasa berat untuk menerusan
langkah ke arah sejadah yang terbentang di sisi datuk. Telapak kaki saya
bagaikan melekat di papan. Rasa cemas dan mengelabah mula datang ke dalam diri,
darah gemuruh mula terasa. Saya jadi marah dengan keadaan yang saya lalui. Saya
kumpulkan tenaga, fikiran dan perhatian untuk melawan keadaan yang melingkari
diri saya ketika itu.
Dalam saat yang
genting itu, saya merasai seluruh tubuh badan terumbang-ambing, perasaan dan
fikiran saya seperti berada dalam satu tempat atau suasana yang berlainan,
seolah-olah saya berada dalam dunia yang serba asing.
Diri saya berada
dalam satu ruang dewan yang cukup luas. Penuh dengan bangku-bangku yang
tersusun rapi tidak diduduki oleh manusia. Ada irama muzik yang lembut. Di
pentas, seorang lelaki dengan wajah yang tidak berapa jelas berdiri di situ.
Sekali imbas, wajah
lelaki itu menyerupai wajah datuk tetapi bila direnung lama-lama wajah itu bertukar
menjadi samar-samar serta tidak begitu jelas.
Saya jadi terpaku
dengan apa yang saya hadapi. Saya jadi bodoh, tidak tahu apa yang mesti saya
lakukan. Dalam keadaan terpinga-pinga itu, saya terdengar bunyi deru keretapi
malam yang memekakkan anak telinga, kepala terasa sakit, ruang dewan nampak
bergegar. Bangku-bangku kosong berlaga sesama sendiri. Saya tutup telinga
dengan telapak tangan. Saya pejamkan sepasang kelopak mata dengan
serapat-rapatnya.
Saya berusaha
berhempas pulas untuk melepaskan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan itu.
Dalam pergelutan itu, tanpa diduga wajah Amjal Kamal muncul beberapa detik di
ruang mata. Bila wajanhnya hilang, bunyi yang tidak menyenangkan itu juga turut
hilang. Suasana teramat amat sepi. Kalau sebatang jarum jatuh pun pasti dapat
didengar.
Dalam suasana yang
hening itu terdengar suara Amjal Kamal bergema dari sudut ruang, mengeluarkan
perintah: “Ini perintah, dari hati dair perasaan, dari semangat rohani dan
jasmani, kau ikut apa yang aku perintah. Orang itu adalah musuh.”
No comments:
Post a Comment