Sebaik saja mendengar kata-kata datuk itu,
terpamer senyum di wajah anak muda. Dengan ramah dia menepuk bahu datuk dan
saya berkali-kali. Kepuasan dan ketenangan dapat saya rasa dari gerak-gerinya.
“Kenapa kamu tak ikut jalan darat? Kenapa
kamu pilih jalan laut? ” Datuk mengulangi pertanyaan yang tidak berjawap.
“Nanti saya ceritakan, beri saya masa untuk
menghisap rokok,” anak muda itu memberi jawapan. Datuk angguk kepala, lalu memenuhi permintaannya.
Dengan tergesa-gesa anak muda mengeluarkan
sekotak rokok dari saku seluar. Dicabutnya sebatang, setelah diapit ke bibir
dan dipasang api dia menyedutnya dalam-dalam. Asap rokok di hembusnya
perlahan-lahan.
“Maafkan
saya, biar saya habiskan sebatang rokok ni dulu,” katanya lalu duduk di bahagian pangkal akar pokok besar yang
condong ke laut. Bau asap rokok keretek yang kurang menyenangkan itu terus
menyumbat lubang hidung. Akhirnya, anak muda menghabiskan sebatang rokok.
“Panjang ceritanya kenapa saya ikut laut,”
anak muda itu memulakan cerita, pada masa itu kaki langit kian cerah, matahari
sudah pun mengembangkan sayapnya, kabus nipis sudah berkurangan.
“Lain yang dirancang, lain pula jadi.
Mula-mula disuruh ikut jalan darat, bila semua persiapan dibuat, disuruh ikut
jalan laut, akibatnya saya lambat jumpa tuan,”lanjut anak muda itu dengan wajah
yang serius.
“Tak mengapa, mungkin ada sebab tertentu yang
bapa saudara kamu suruh buat macam tu, soalnya sekarang, kamu sudah pun
menjalankan tugasnya.”
“Saya faham tuan”
“Usah bertuan dengan aku, umur kamu dengan
cucu aku, bezanya tidak jauh. Kamu muda antara lapan hingga sepuluh tahun
saja,” datuk memberi saranan kepadanya, Anak muda itu anggukkan kepala setuju
dengan saranan itu.
“Sudah bercakap begini lama, kamu tak
perkenalkan diri kamu pada aku?” Dalam senyum datuk bersuara.
“Oh ya, nama saya Nyak Abdul Jabar, orang
panggil Nyakbar saja.”
“Kalau begitu aku panggil kamu Nyakbar juga,
apa macam kamu setuju?”
“Tentulah setuju,” anak muda anggukkan
kepala, “ kata bapa saudara saya, pak cik bukan sebarang orang,” sambungnya.
“Ah, kamu jangan dengar sangat cakap bapa
saudara kamu tu,” tingkah datuk. Mereka terus ketawa dan saya tumpang
tersenyum.
Abdul Jabar dan datuk merenung ke arah laut,
sinar matahari mula meninggi, kicau burung agak berkurangan. Saya kira dalam
tempoh setengah jam lagi, seluruh alam akan terang-benderang.
“Mari kita pergi pak cik, dalam perahu nanti
saya cerita kisah sebenar kenapa saya tak ikut jalan darat.”
“Silakan, pak cik hanya mengikut saja,
pokoknya pak cik mesti berada ditempat yang dijanjikan sebelum pukul lapan
pagi.”
“Saya faham, pak cik.”
Abdul Jabar memulakan langkah menuju ke
perahu, lalu diikuti oleh datuk dan saya. Kami bertiga menolak perahu kecil ke
dalam air. Bila perahu sudah berada di air, saya disuruh naik dulu. Disuruh
duduk diam-diam di situ sambil mengimbangi tubuh mengikut rentak gelombang air
laut.
Beberapa minit kemudian, datuk mula naik.
Duduk di hujung perahu. Abdul Jabar menolak perahu supaya lajak agak jauh di
tengah, masa perahu itu bergerak dia melompat ke dalam perahu. Dia duduk di
pangkal perahu dengan dayung di tangan. Saya tidak sedar, bila masa dia
mengenakan terendak kepalanya.
BELAKANG
Perahu yang didayung terus melawan ombak,
terumbang ambing. Tubuh saya juga turut bergerak, tersengguk ke depan,
tersengguk ke belakang.
“Kalau dengan perahu ini kita ke Sumatera,
alamat kita mati kering, Entah-entah kita bertiga masuk perut ikan Yu,” saya
luah rasa bimbang kepada datuk. Datuk Cuma tersenyum tetapi, Abdul jabar ketawa
besar.
“Kita tak akan mati, ada orang bergayut pada
papan sekeping di laut boleh hidup,” Abdul Jabar memberi komen. Saya terus
gigit bibir.
Abduk Jabar terus mendayung perahu. Pancaran
matahari kian terasa, beberapa bahagian tubuh saya mula diruapi peluh halus.
Ombak terus mengalun menatang buih menuju pantai. Perut mula terasa perit dan
saya terus sendawa beberapa kali. Kepala terasa berat dan rasa mahu muntah
tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Melihat wajah saya pucat dan tidak bermaya,
datuk segera meletakkan tangannya ke batang
leher saya., Jari-jemarinya segera bergerak mencari urat lalu
memicitnya. Lebih kurang lima minit datuk memicit batang leher saya,
jari-jemarinya terus beralih ke tapak kaki saya. Di situ juga datuk mencari
urat dan memicitnya.
Rasa pedih perut, mau muntah dan sakit kepala
segera hilang. Dua tiga kali kentut.
Abdul Jabar terus ketawakan saya. Muka dan badan saya berpeluh dengan
banyaknya, saya kembali bertenaga. Pada saat itu juga saya menyedari yang Abdul
Jabar tidak mendayung ke arah tengah laut tetapi menyusur pantai arah ke
selatan.
“Kalau nak naik tongkang kena dayung ke
tengah laut Nyakbar, kenapa kamu dayung menyusur pantai, agaknya kamu tersilap
atau terlupa,” belum pun sempat saya berkata apa-apa, datuk sudah pun meluahkan
teguran untuk Abdul Jabar.
“Saya tak
lupa pak cik, saya tak silap. Sengaja saya buat macam ni.”
“Sengaja kamu buat?” Datuk jegilkan biji
mata.
“Iya,” sahut Abduljabar penuh yakin.
Saya lihat datuk melagakan gigi atas dengan
gigi bawah beberapa kali. Dia termenung panjang macam memikirkan sesuatu.
Mungkin dia merasakan dirinya sudah dipermainkan atau ditipu oleh nakhoda
tongkang dari Aceh.
“Inilah rahsianya saya mahu bagi tahu pak
cik,” kata anak muda itu sambil memegang pendayung dengan kemas.
“Rahsia apa Nyakbar.”
“Rahsia janji yang tak sama pak cik.”
“Aku tak faham dengan cakap kamu Nyakbar.”
“Mudah aje pak cik, bapa saudara saya janji
dengan pak cik naik tongkang, nampaknya janji tu dah bertukar.”
“Kenapa jadi begitu Nyakbar?” Tanya datuk
agak gugup. Matanya tetap terpaku ke wajah Abdul jabar yang mengunakan sepenuh
tenaga untuk mendayung perahu.
“Tongkang bapa saudara tak jadi pergi ke
Belawan, dia suruh saya bawa pak cik ke satu tempat…..”
“Kemana?” Datuk segera memotong cakap Abdul
Jabar.
Saya dipesan ole bapa saudara saya supaya
jangan memberitahu nama tempat tersebut, kecuali bila sudah sampai.”
“Agaknya nak dihantar ke tempat lanun,”
tingkah saya.
“Boleh jadi tempat lanun, boleh juga jadi
tempat orang penyeludup barang,” sahut Abdul Jabar.
“Kalau aku dan cucu aku selamat, aku tak
kisah, kalau dalam bahaya kamu teruk aku kerjakan Nyakbar,” suara datuk keras,
wajahnya nampak garang sekali.
“Rasanya, tidak sampai ke situ pak cik,” dengan
tenang Abdul Jabar bersuara. Seluruh badannya basah dengan peluh.
“Aku juga fikir begitu,” datuk anggukkan
kepala.
Perahu terus meredah ombak, sinar matahari
makin garang. Kulit muka saya mula terasa pedih tetapi tubuh terasa segar
disentuh bayu laut. Dari jauh kelihatan berbalam sebuah tanjung, juga kelihatan
kepulan asap.
“Itulah tempat yang kita nak tuju, pak cik”
“Hum, kalau tak silap aku, itu Tanjung
Keluang, tak jauh dengan Kuala Panchor,” kata datuk sambil mengkedutkan dahi,
matanya kelihatan mengecil merenung tajam ke arah tanah yang terjulur ke
permukaan laut.
TANJUNG
Akhirnya, kami sampai ke pengkalan kecil
Tanjung Keluang, terdapat beberapa buah perahu nelayan. Kerana datuk pernah
datang ke situ dia dapat menceritakan kepada Abdul Jabar serba sedikit tentang
tempat tersebut, menurut datuk kira sepuluh keluarga tinggal di situ,
kebanyakannya berasal dari seberang (Sumatera). Mereka datang ke Tanjung
Keluang sebelum perang dunia kedua.
Di situ terdapat sebuah surau dan sebuah
balairaya. Pada masa itu tidak ada kemudahan asas di tempat tersebut. Bagi
mendapatkan air mereka menggali perigi.
Waktu malam mereka menggunakan lampu minyak
tanah. Anak-anak mereka bersekolah di Kampung Panchor. Apa yang menariknya
setiap rumah mempunyai radio yang menggunakan bateri kering.
Mata pencarian mereka ialah ke laut atau
menjadi buruh kepada beberapa buah syarikat nelayan di Bagan Panchor. Ada juga
yang menjadi peniaga di Pantai Remis, Sungai Batu dan Tuntung.
“Kalau begitu nampaknya, pak cik banyak tahu
tempat ini,” dari nada suara Abdul Jabar terus mengikat perahu di pengkalan.
“Serba sedikit pak cik tahu, bukan semua,” datuk tatap wajah Abdul Jabar,
mereka berbalas senyum.
“Di zaman Belanda jadi raja di Sumatera,
tempat ini jadi tempat perlindungan orang dari Aceh, Jambi, Palembang, Deli dan
Serdang, mereka ke mari melarikan diri dari ditangkap askar Belanda,” datuk
lanjutkan cerita.
Saya dan datuk mengikut langkah Abdul jabar
menuju ke arah sebuah bot usang yang letaknya agak terpencil dengan bot-bot
lain, sambil berjalan saya terus mengawasi keadaan sekeliling.
“Pak cik,” Abdul Jabar berhenti melangkah, “
orang itu yang akan menguruskan pelayaran pak cik,” sambung Abdul Jabar sambil
telunjuknya menuding ke arah seorang lelaki yang memakai baju dan seluar ala
tentera, orangitu menyandarkan tubuh ke batang kelapa sambil menghisap rokok
dengan tenang.
Melihat kedatang kami, lelaki itu bergegas
menuju ke arah pelantar kecil yang dibuat dari pelepah kelapa. Tetapi, empat
tiangnyadai batang jambu batu. Tingginya kira-kira dua kaki dari permukaan
bumi.
Lelaki itu duduk di pelantar dan cuba
melindungi mukanya dari dilihat oleh datuk dengan merenung ke arah rimbunan
pepokok renek di sebelah kiri pelantar, asap rokok yang diluah berkepul di udara.
“Assalamualaikum…” datuk memberi salam
mendahului Abdul Jabar.
“Mualaik….,” lelaki berpalingke arah datuk.
Dengan serta merta dia bangun.
Matanya tidak berkelip merenung datuk denagn
wajah yang serius. Lagaknya seperti berhadapan dengan musuh. Saya jadi cemas
lalu memandang ke arah Abdul Jabar, saya lihat Abdul Jabar juga resah seperti
saya. Keselamatan datuk dan saya dalam bahaya.
“Hai kawan,
kiata berjum juga,” lelaki itu menjerit dengan lantang. Dia menerkam dan
memeluk datuk, sudah tentunya perbuatannya itu amat mengejutkan diri ssaya.
Datuk saya lihat terpampan.
“Ingat saya?”
Dia mengajak datuk duduk di pelantar.
“Ingat tak saya?” Ulang lelaki yang berkulit
hitam, bentuk muka nya bujur sirih. Datuk segera kerutkan dahi dan kening untuk
mengingati sesuatu. Perasaan saya terus berdebar, macam mana dia boleh kenal
dengan datuk? Agaknya dia salah orang.
Dengan ekor mata saya jeling lelaki itu,
ternyata dia resah selagi datuk tidak memberi jawapan. Dia luruskan kaki kanan
dan menyeluk saku seluar mengeluarkan pistol jenis browning lalu diletakkan
atas lantai pelantar. Datuk masihlagi kerutkan dahi dan kening. Sepasang kaki
saya terasa lenguh, saya segera duduk di batang kelapa. Abdul Jabar juga turut
duduk sama.
HITAM
Lelaki berkulit hitam manis dalam usia 45-50
itutersu mencapai pistol. Muncung pistol dihalakan ke arah kepala datuk,
sementara jari telunjuknya ke arah kepala datuk, sementara jari telunjuknya
terus bergerak di sekitar picu pistol. Darah saya berderau, nyawa datuk dalam
bahaya. Andainya jari telunjukitu tertarik picu, pasti muncung pistol meluahkan
peluru segar ke arah kepala datuk. Darah bersemburan dan datuk jatuh tergolek
atas pelantar menjadi mayat.
Anehnya, datuk tetap tenang menghadapi
suasana yang begitu mendebarkan hati saya, mungkin juga hati Abdul Jabar.
“Awak tak ingat saya?” ulang lelaki itu lagi.
Muncung pistolnya tidak juga berubah dari
sasarannya. Abdul jabar tunduk merenung pasir. Barangkali dia mengawal perasaan
cemas yang berkocak di dadanya.
“Iya, saya ingat sekarang,” suara datuk
bergetar.
“Apa yang awak ingat tentang saya.?”
“Saudaralah yang menerima wang derma yang
saya kumpulkan untuk membantu orang-orang di Tanah Acheh melawan Belanda,”
tambah datuk. Ada senyum terpamer di wajah lelaki berkulit hitam, hanya untuk
seketika.
“Betul, saudara masih ingatkan saya,” kata
lelaki dalam nada suara yang lemah. Keriangan di wajahnya segera bertukar
menjadi muram, “ tetapi awak tidak mahu membantu saya , bila saya menjadi
pengikut Wood Barueh menentang Sukarno,” sambungnya dengan rasa hampa yang amat
sangat.
Perlahan-lahan dia menghalakan muncung
pistolnya kearah tandan buah kelapa gading. Dia menarik picu pistol dan bunyi
tembakan bergema, serentak dengan itu juga dua biji kelapa muda jatuh ke bumi.
“Kamu menyimpan dendam kerana aku tidak
menolong kamu?”
“Dendam-mendendam bukan amalan hidup saya.
Sama ada awak mahu menolong atau tidak, itu hak awak.” Jawap lelaki itu lalu
memasukkan pistol ke saku seluar kuningnya.
Saya dan Abdul Jabar segera mendekati datuk
dan lelaki berwajah bujur sirih.
“Nama kamu Nyak Sulaiman?” Tanya datuk.
Lelaki itu anggukan kepala.
“Sudah kenal, tak perlulah saya perkenalkan,”
celah Abdul Jabar bersama senyum riang.
“Iya Jabar, ayah saudara kamu menyuruh kamu
membawa lelaki ke sini,” Nyak Sulaiman menatap wajah Abdul Jabar.
“Iya,” angguk Abdul jabar.
“Kamu tahu yang bapa saudara kamu menyuruh
aku membawa orang ini ke Sumatera?”
“Itu saya tak tahu.”
“Sekarang kamu sudah tahu, kalau begitu
eloklah kamu tinggalkan kami di sini,” tutur Nyak Sulaiman kepada Abdul Jabar.
Tanpa mau membuang masa, Abdul Jabar hulurkan
tangan pada Nyak Sulaiman. Kemudian bersalam dengan saya dan datuk. Dengan
senyum Abdul Jabar atur langkah menuju ke perahunya.
“Dia tu ada pertalian keluarga dengan saya,
begitu juga saya dengan Nakhoda Tongkang, kami berasal dari satu moyang,”
terang Nyak Sulaiman, dia juga memberitahu datuk bahawa nama sebenar Nakhoda
Tongkang ialah Amirul, di zaman menuntut kemerdekaan dia mengetuai pasukan
gerila yang bergerak dari Acheh Timur hingga ke kawasan Acheh Utara.
Bila Indonesia mencapai kemerdekaan dia terus
terjun ke dalam dunia dagang. Hasil bekerja keras dalam dunia dagang dia
berjaya membeli dua bua buah kapal untuk membawa barang dari Singapura ke
Tanjung Pinang, Lhok Seumawe dan ke Sigli di Acheh. Dari situ balik semula ke
Pulau Pinang, kerana perniagaan awalnya menggunakan tongkang, dia terus
dipanggil Nakhoda Tongkang hingga ke hari ini.
Nyak Sulaiman mengajak saya dan datuk
menjenguk bahagian dalam bot. saya tersentak dengan apa yang wujud di depanmata
saya. Sesungguhnya bot yang kelihatan usang dan tidak menarik diluar, ternyata
berbeza bila berada di dalamnya, bagaikan bot kepunyaan jutawan. Semuanya
nampak lengkap. Ada bilik tidur, bilik istirahat dan mesyuarat. Keadaan di
dalamnya sungguh lapang sekali.
“ Ini bukan bot nelayan nak menangkap ikan,” komen
datuk setelah duduk di bangku ruang tamu. Nyak Sulaiman anggukkan kepala,
setuju dengan pendapat datuk itu.
“Aku rasa, dulu kau bawa bot lain,” tutur
datuklagi sambil melihat setiap sudut.
“Iya, masa itu botnya kecil. Bot yang awak
naik ini, bot orang Belanda, kamicuri masa revolusi di Tanjung Periuk, kami
ubah suai ikut selera kami, catnya kami tukar, bila revolusi sudah selesai, bot
ini diserahkan kepada saya,” Nyak Sulaiman berhenti bercakap. Dia tinggalkan
saya dan datuk di bilik tamu. Nyak Sulaiman masuk ke bilik sebelah, entah apa
yang dibuatnya di situ, saya tidak tahu.
TALAM
Nyak
Sulaiman keluar dari bilik sebelah dengan menatang talam bersama dua cawan
kopi.
“Minum,”
dia meletakkan talam atas meja, kemudian dengan tenang dua cawan kopi di depan
saya dan datuk. Asap nipis berkepul di permukaan cawan
“Minum,
kopi asli Acheh, bijinya saya kisar sendiri. Biji-biji kopi ni saya jual sepikul
sepuluh ringgit, kepada pengilang di Sungai Batu, pengilang kopi kisar pakai
mesin kemudian di jual kepada kedai runcit dan kedai kopi dengan harga sekati
tujuh ringgit,” sambung Nyak Sulaiman.
“Baunya
sudah membuka selera,” kata datuk.
“Maklumlah
barang tulin tentulah baik,”
“Lagi apa
kau bawa dari Sumatera untuk kau jual di sini?” Risik datuk lagi.
“Macam-macam,
kalau awak nak orang pun saya boleh carikan,” Nyak Sulaiman bergurau. Datuk
ketawa begitu juga dengan Nyak Sulaiman, saya hanya tersenyum saja.
Setelah
minum kopi panas, badan rasa segar danberpeluh. Hembusan bayu dari Selat melaka
yang masuk ke ruang tamu bot membuat saya terasa mengantuk dan menguap panjang.
“Mari saya
tunjukkan tempat rahsia di bot ni.”
“Tempat
rahsia?” Datuk jegilkan biji mata.
“Iya, mari
ikut saya.”
Nyak
Sulaiman segera menarik tangan datuk menuju ke tempat rahsia. Saya hanya
mengekori dari belakang. Nyak Sulaiman menunjukan tempat menyimpan senjata api,
tempat menyimpan barang-barang keperluan seharian untuk diseludupkan ke
Sumatera semasa merebut kemerdekaan dari Belanda.
Tempat
rahsia ini dibuat di bahagian lantai, dindingnya dilapisi dengan zink dan
penutupnya dari papan yang menyerupai lantai, sukar membezakan antara penutup
tempat rahsia dengan lantai bot.
Sekali
pandang kelihatan sama, tidak ada siapa yang dapat menduga bahawa di bawah
lantai yang dipijak itu tersembunyi khazanah yang berharga yang sukar dapat
dikesan oleh Tentera Laut Belanda. Saya tetap memuji, mengagumi orang yang
mereka cipta tempat khas itu.
“Sekarang
ini, tempat ini tak digunakan lagi?” Soal datuk.
“Kamu
masih membantu orang-orang Daud Berawih yang mahu mendirikan Republik Islam
Acheh atau ringkasnya RIA.”
Nyak
Sulaiman tidak menjawap pertanyaan yang datuk ajukan kepadanya. Sebaliknya dia
menarik tangan kanan datuk menuju ke bucu bot. Dengan menggunakan besi bulat
sebesar ibu jari yang bahagian hujungnya bengkok dan tajam, dengan senyum dia
memanfaatkan besi itu untuk mencungkil sekeping papan berlidah.
Setelah
papan sekeping itu dicabut adri tempatnya, apa saya lihat tersusun sepuluh
pucuk rifle panjang, sekarang rifle itu tidak digunakan lagi. Rifle jenis ini
amat popular semasa perang dunia kedua
dan di zaman darurat. Di samping itu terdapat lima pucuk senapang kampung laras
satu. Lima dari sepuluh bom tangan dan peluru ditempatkan di situ. Saya lihat
datuk menarik nafas panjang, entah apa yang datuk fikirkan, saya sendiri pun
tidak tahu.
“Sekarang
awak dah tahu apa yang saya buat,” kata Nyak Sulaiman sambilmengenakan papan
sekeping di tempat asalnya. Dengan menggunakan besi bengkok, dia mencantumkan
lidah papan hingga rapat dan kejap. Dengan kata-kata yang diucapkan oleh Nyak
Sulaiman itu fahamlah datuk bahawa Nyak Sulaiman masih menyokong perjuangan
untuk
menegakkan RIA (sekitar awal enam puluhan)
Saya lihat
datukberada dalam keadaan yang serba salah. Datuk sebenarnya tidak mahu
terjebak dalam situasi yang tidak menyenangkan ini.
“Dari mana
kau dapat semua senjata ini?”
“Dari
Thailand, Burma, India semuanya dibekalkan orang anggota RIA, saya hanya
menyeludupkan sahaja.”
“Aku masuk
perangkap,” datuk mengeluh.
“Maksud
awak?”
“Aku tak
mahu terlibat dalam hal yangmerugikan ini. Aku sudah melihat saudara-saudaraku
melawan Belanda, kemudian saudara-saudara itu berperang sesama sendiri. Kenapa
tak bersatu di bawah pimpinan Sukarno,” datuk gelengkan kepala.
Nyak
Sulaiman menggigit bibir, kemudian menelan air liur. Wajah datuk ditatapnya
penuh simpati.
“Usah
bimbang, awak tak akan menghadapi apa-apa masalah. Awak selamat,” Nyak Sulaiman
meluahkan janji kepada datuk. Dia bergegas menuju ke bahagian enjin. Beberapa
saat kemudian bot mula meraung.
BERGERAK
Di saat
bot mula bergerak, lima orang lelaki melompat ke atas bot. Saya tidak tahu dari
mana lelaki itu muncul. Bagi mengetahui keadaan sebenar , saya terus menuju ke tempat enjin. Di situ kelima-lima lelaki itu
mengelilingi Nyak Sulaiman. Mereka mendengar arahan-arahan yang dikeluarkan
oleh Nyak Sulaiman dengan tenang. Menyedari kedatangan saya dan datuk,Nyak
Sulaiman terus bersuara:
“Usah
bimbang mereka semua adalah anak buah saya.”
“Begitu,”
kata datuk dengan senyum.
“Kamu
uruskan perjalanan ini,” tutur Nyak Sulaiman kepada salah seorang anak buahnya
.
Tanpa
banyak cakap, anak buah yang telah diberikan tugas terus mengendalikan
perjalanan yang sudah ditetapkan haluan dan arahnya. Bot terus membelah ombak.
Saya dan datuk dibawa oleh Nyak Sulaiman ke ruang tamu kembali. Kami di layan
dengan baik.
Kira-kira
satu setengahjam perjalanan dilaut yang tidak kelihatan tanah tepi, saya terasa
mual, isi perut terasa mahu keluar. Mungkin semuanya ini bepunca dari bot yang
terlalu kuat dilambung ombak. Bagi mengatasi masalah itu, saya rebahkan diri di
bangku tanpa memperdulikan datuk dan Nyak Sulaiman yang rancak berborak.
Mungkinmenyedari
keadaan saya tidak begitu baik, datuk segera mengurut tiap sendi saya. Akhirnya
dia mengurut bahagianperut hingga badan saya berpeluh. Kemudian datuk suruh
saya minum segelas air setengah masak. Rasa muak segera hilang, saya kembali
bertenaga, dapat melihat ombak laut yang beralun dalam sionaran matahari
yangkian meninggi. Sayup-sayup saya melihat kapal dagang yang besar bergerak di
permukaan laut.
“Bersedia,”
jerita Nyak Sulaiman sekuat hati, bila melihat bot laju menghampiri bot
yangkami naiki.
“Awak
berdua tenang saja,” sambungnya lagi lalu keluar ke bahagian atas bot. Empat
orang anak buahnya segera mengikuti Nyak Sulaiman.
“Perlahankan,
“ jerit nyak Sulaiman lagi. Bot yang kami naiki mula memperlahankan lajunya.
Dan bot yang mendatang segera mendekati bot kami.
“Matikan
enjin dan campakan sauh,” dengan mudah arahan yang dikeluarkan oleh Nyak
Sulaiman dipatuhi oleh anak buahnya. Bahagian tepi bot kami bertemu dengan
bahagian tepi bot pendatang.
Bentuk bot
yang mendatang itu agak kecil dari bot milik Nyak Sulaiman. Dua orang lelaki
berpakaian seperti nelayan melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Bercakap dengan
Nyak Sulaiman. Saya dan datuk berpandangan, rasa cemas dan takut tetap
bersarang dalamdada saya. Mana tahu, kalau Nyak Sulaiman menyerahkan saya
dengan datuk kepada nelayan tersebut.
Setelah
berbincang agak lama. Nyak Sulaiman membawa kedua orang nelayan ke tempat
rifle, Dia serahkan rifle, senapang kampung dan bom tangan kepada dua orang
lelaki itu.
Dengan pantas
dua lelaki itu membawa senjata api ke dalam botnya lalu diletakkan di tempat
khas di bahagian perut bot yang kemudianditup dengan papan lapis. Diatas papan
lapis diletakkan hasil ikan dan alat alat kelengkapan menangkap ikan.
No comments:
Post a Comment