DI saat saya terjaga malam, kira-kira pukul
dua. Perlahan-lahan saya buka pintu bilik, saya dapati datuk sedang melakukan
sembahyang tahajud di ruang rumah. Setelah daun pintu bilik dirapatkan,
terdengar dengkur Andi Kamarool. Syam tidak berdengkur tetapi, saya yakin dia
tidur dengan nyenyak sekali. Syukur, saya tidak mengalami sebarang kejadian,
tidak diingini sepanjang malam.
PATUH
BEGITULAH, semua syarat dan nasihat yang
dianjurkan oleh Kiai Musroh dipatuhi oleh, Datuk dan Haji Basilam tetap
mengawasinya. Kalau ada yang salah dibetulkan, kalau ada yang terlupa
diingatkan. Pokoknya, sama ada Syam, Haji Basilam, datuk malah saya dan Andi
Kamarool berusaha mahu membebaskan Syam dari kehidupannya yang serba tidak
kena. Dalam erti kata Iain, hidupnya terseksa dan tertekan.
Sudah diputuskan oleh Haji Basilam dan datuk,
saya dan Andi Kamarool diberikan tugas, setiap pagi mesti menemani Syam pergi
ke rumah arwah isterinya.
Sebelum pergi, saya diwajibkan
mengerak-gerakkan otot-otot sendi
serta memanaskan badan dengan melakukan
senaman silat bersama Andi Kamarool.
Bila badan sudah berpeluh dan tubuh terasa
segar, barulah boleh menemani Syam. (Tugas ini dilakukan setelah mcmbaca yassin
pada sebelah malamnya di masjid). Andainya, ada perkara-perkara baru atau
tambahan yang mesti kami lakukan, Pak Kiai Musroh akan memberitahu datuk atau
Haji Basilam untuk disampaikan kepada kami berdua (Saya dan Andi Kamarool)
tanpa pengetahuan Syam.
Pagi pertama mendatangi rumah arwah isteri
Syam, ternyata tidak terdapat sebarang perubahan. Ulat-ulat pemakan bangkai dan
anai-anai masih banyak. Tidak ada tanda-tanda akan berkurangan. Malah anai-
anai yang melata di lantai nampak agresif sekali, bersedia menyerang kami,
andainya terpijak lantai yang dikuasainya. Pagi yang kedua, keadaannya seperti
pagi yang pertama.
Pagi yang ketiga terdapat sedikit perubahan,
jumlah serangga mula berkurangan, tidak ganas seperti pagi-pagi sebelumnya.
Serangga yang menjijikkan itu bagaikan muncul dari perut bumi atau datang
bersama hembusan angin. Pagi Keempat dan kelima jumlahnya bertambah susut.
Pada pagi keenam, jumlahnya boleh dihitung
dan pada pagi yang ketujuh serangga tersebut tidak kelihatan langsung. Hilang
entah ke mana. Seolah-olah hukuman itu telah berakhir untuk keluarga Syam.
Keikhlasan dan niat baik dihati Syam, agaknya diberkati oleh Allah, maka
ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai terus lenyap.
Pada sebelah petang hari yang ketujuh, Kiai
Musroh mengajak kami semua meninjau keadaan sekitar kawasan rumah arwah isteri
Syam. Terbayang kepuasan di wajah Pak Kiai Musroh dan dia yakin dengan kuasa
Allah, kejadian yang menakjubkan itu tidak akan hadir lagi dalam hidup Syam.
"Jangan kamu lupa atau lalai
membahagi-bahagikan harta bekas isteri kamu seperti yang telah
diputuskan," Kiai Musroh renung muka Syam, dibawah sinar matahari petang
yang kian meredup.
Syam tunduk merenung tanah.
"Sesungguhnya, apa yang kita lihat
mungkin merupakan gambaran nyata hukuman bagi seseorang yang sangat kedekut
atau enggan menyumbangkan sedikit hartanya untuk beramal ke jalan Allah,"
Haji Basilam bersuara tenang.
"Entahlah, Wallah hu alam. Itu semuanya
kerja Allah yang maha
mengetahui dan maha kuasa. Tetapi, kamu semua
nampak. keadaan rumah ini sudah seperti sediakala."
"lya, Pak Kiai," jawab kami
serentak.
"Jadikan semuanya ini sebagai pedoman.
Ingatlah, Allah itu maha benar dengan segala janji-janjiNya. Apa juga yang
dikehendakinya akan nyata terjadi didepan mata kita selaku makhluk
ciptaanNYA," kata kiai Musroh sambil mengajak kami semua meninggalkan
kawasan halaman rumah arwah isteri Syam.
"Bila semua syarat sudah ditunaikan,
bolehkah saya tinggal di situ," sambil melangkah Syam kemukakan
pertanyaan.
"Sudah tentu boleh, tapi " Kiai
Musroh berpaling ke arah Haji
Basilam. 'Tapi dengan syarat, kamu mesti
bergaul dengan orang-orang kampung, selalu berjemaah di masjid. Rajin
bersedekah ke jalan Allah," sambung Kiai Musroh.
"Lagi?" Datang lagi pertanyaan dari
Syam.
"Buangkan semua barang-barang yang
digunakan oleh bekas isteri kamu sebagai tempat pemujaan. Kalau kamu takut
melakukannya, minta tolong pada orang lain."
"Pada siapa Pak Kiai," Syam
bagaikan tidak sabar.
"Dengan dua orang ini," jari
telunjuk Kiai Musroh menuding ke arah datuk dan Haji Basilam.
"Dengan izin Allah, kami bersedia
membantunya," datuk meluahkan sebuah ikrar.
'Tolong dan bantu dia sebelum kamu balik ke
tempat asal kamu," sudah jelas kata-kata yang dituturkan oleh Kiai Musroh
untuk Datuk. Buktinya, sambil bercakap Kiai Musroh terus menepuk bahu datuk
berkali-kali.
"InsyaAllah..." janji datuk yang
disambut dengan ceria oleh kawan- kawan dikelilingnya.
ARAHAN
MENGIKUT jadual berikutnya, (hari yang
ketujuh belas) Syam boleh tidur di rumah bekas isterinya tanpa ditemani oleh
sesiapa. Tetapi, atas permintaan Syam serta arahan datuk, saya dan Andi
Kamarool diperintahkan supaya menemani Syam bermalam di rumah bekas isterinya
selama satu minggu. Macam selalu, arahan datuk tidak ditentang.
Setiap pagi, bila pulang ke rumah penginapan.
Saya terpaks;i berhadapan dengan Haji Basilam dan datuk. Mesti menjawab segala
pertanyaan yang diajukan kepada kami.
Memang membosankan. Kenapa tidak ditanya
kepada Syam? Bukankah ini masalah dirinya? Mengapa saya dan Andi Kamarool mesti
terkena getahnya. Sayangnya, persoalan itu hanya berlegar-legar dalam nada,
tidak pernah diluahkan kepada datuk atau Haji Basilam.
Antara pertanyaan yang sering diajukan kepada
kami pada setiap pagi ialah:
"Apa yang kamu kamu berdua rasakan
semasa berada di dalam rumahnya waktu malam?"
"Apa benda-benda pelik yang menganggu
kamu berdua?"
"Apakah Syam tidak buat perangai yang
menakutkan?"
"Dia tidak mengingau atau berjalan
malam?"
"Ada tetamu malam yang tidak diundang
datang?"
Jawapan pasti yang kami berikan atas
pertanyaan tersebut ialah: TIDAK ADA.
Memang benar, kami tidak mengalami sebarang
kejadian yang tidak diingini, semasa berada dirumahnya sepanjang malam. Saya
yakin (mungkin Andi Kamarool juga sama seperti saya) jawapan itu akan
menamatkan tugas kami menemani Syam. Apa yang saya harapkan tidak menjadi
kenyataan.
"Sambung tugas tu lagi," kata
datuk.
Biji mata saya dan Andi Kamarool terbeliak.
Tiba-tiba saja saya rasakan dahi berpeluh dingin di bawah sinar matahari pagi
yang meninggi segalah. Memang diluar dugaan, dipagi terakhir tugas, menyusul
pula arahan atau tugas baru.
"Sampai bila?" Tanya Andi Kamarool
dalam nada protes.
"Dua minggu lagi."
"Dua minggu lagi," Andi Kamarool
terkejut.
"Iya," angguk datuk.
Saya dan Andi kamarool saling berpandangan.
Bila saya alihkan pandangan ke arah Haji
Basilam, dia tersenyum lebar. Pasti dua manusia tua dihadapan kami sudah
berpakat, fikir saya dalam hati.
"Andi, Tamar dengar sini."
Lagi sekali wajah Haji Basilam jadi sasaran
biji mata saya dan Andi Kamarool. Macam selalu. sebelum melanjutkan kata-kata
dia senyum mesra ke arah kami.
"Ada apa Pak Haji," kami menyoal
serentak.
Haji Basilam yang masih duduk di anak tangga
ketiga meluruskkan kaki kananya. Manakala datuk yang berdiri disisi merenung ke
arah matahari pagi yang kian meninggi.
"Ini juga pengalaman, sesuatu yang baik
untuk kamu berdua. Bila banyak pengalaman boleh dijadikan contoh teladan dalam
hidup. Boleh dijadikan bahan cerita untuk anak cucu kamu," kata Haji
Basilam yang diakhiri dengan ketawa kecil.
Sesungguhnya Andi Kamarool kurang senang
dengan cara ketawa Haji Basilam itu. Pada pendapatnya, ada unsur-unsur mengejek.
Andi Kamarool menyatakan protesnya dengan menjuihkan bibirnya ke depan.
ALASAN
TIDAK ada sebarang alasan yang boleh
dikemukakan kepada datuk bagi menolak perintah barunya itu. Melainkan menerima
sahaja dengan mengangguk, tanda setuju sambil mensifatkan perkara tersebut
adalah sebuah cabaran yang mesti dijawab.
Syukur pada Allah, tempoh dua minggu yang
ditetapkan, kami lalui dengan aman dan jaya sekali. Semuanya berjalan lancar.
Syam makin berani, makin percaya pada diri sendiri. Dia tidak mahu kami
menemaninya lagi, pada malam-malam berikutnya.
"Mula malam esok, tak payahlah Andi dan
Tamar menemani saya bermalam di rumah," secara terang-terangan Syam
memberitahu datuk dan Haji Basilam.
"Kamu berani?" Sergah Haji Basilam.
"Berani."
"Kamu tak takut, makhluk halus."
"Tidak."
"Habis apa yang kamu takut?"
"Apa yang saya takut ialah Allah. Dia
maha besar dan berkuasa, padaNYA saya minta perlindungan."
"Alhamdulillah," pekik Haji Basilam
sambil meluru ke arah Syam. Ttibuh Syam dipeluknya dengan kemas. Beberapa minit
kemudian datuk juga turut berbuat demikian.
Meskipun Syam sudah pulih dari gangguan
makhluk halus, akibat dari perbuatan bekas isterinya. Datuk tidak mahu
terburu-buru meninggalkan Syam. Hasrat hati segera dinyatakan kepada Haji
Basilam.
"Kenapa? Kurang yakin dengan
dirinya?"
"Hati aku macam keberatan
meninggalkannya. Kalau aku berbuat begitu macam ada sesuatu yang tidak sempuma
dalam tugas aku, macam ada sesuatu yang buruk menanti," datuk berterus
terang dengan Haji Basilam.
"Jadi apa yang mahu sahabat
lakukan?"
"Begini haji, aku nak duduk dua minggu
lagi, agaknya kamu tak marah rancangan aku ni."
"Kenapa nak marah kalau tujuannya baik, kurang
tapak tangan nyiru saya tadahkan," Haji Basilam nampak serius.
"Dalam masa dua minggu itu, aku minta
kamu membantu aku mengawasi gerak- geri si Syam, secara terperinci."
"Perkara itu, tidak menjadi
masalah," kata Haji Basilam sambil menepuk bahu datuk. Kemudian serentak
minum kopi petang yang saya sediakan.
Masa dua minggu itu dimanfaatkan oleh datuk
dengan sebaik mungkin. Dua puluh empat jam, semua gerak-geri Syam diawasi
dengan teliti. Rupa-rupanya rancangan datuk itu direstui oleh Kiai Musroh. Apa
juga yang bakal dilakukan oleh mereka bertiga (Datuk, Haji Basilam dan Kiai
Musroh) tidak dihebahkan kepada saya dan Andi Kamarool.
Dengan ditemani Haji Basilam, Kiai Musroh,
Datuk sanggup pergi ke rumah Syam menjelang dinihari. Bertahan di situ hingga
terbit bintang timur di kaki langit. Mereka gembira sekali, Syam sudah berubah.
Setiap malam bangun lalu melakukan sembahyang
tahajud, menjelang subuh membaca Quran. Kemudian turun ke masjid betjemaah
bersama orang-orang kampung. Namanya, mula disebut-sebut sebagai manusia yang
pemurah.
Besok berakhirlah tempoh yang ditetapkan oleh
datuk. Dalam rencana yang di atur, datuk akan meninggalkan kampung halaman
Syam, selepas sembahyang subuh atau sebelum matahari pagi terbit, menuju ke
Sungai Penuh.
Dari situ bersama Haji Basilam akan menuju ke
rumah Mia (gadis harimau). Bagi melancarkan perjalanan, ketua kampung dan Pak
Imam sudah pun mengatur kenderaan yang bakal digunakan.
DOA
MALAM itu, selepas sembahyang Isyak diadakan
majlis doa selamat jalan dengan jumuan bubur kacang dan teh. Semuanya ini atas
inisiatif ktiua kampung dan Pak Imam. Doa selamat dibaca oleh Kiai Musroh.
"Sepatutnya, Haji Basilam tak perlu ikut
mereka, tinggallah disini dua tiga bulan lagi, ini kampung laman awak. Buat apa
ke mana-mana lagi," kata ketua kampung.
"Saya ada hal dengan anak angkat saya si
Mia," jawab Haji Basilam sambil menghirup kopi. Serentak Pak Imam, Ketua
kampung dan Kiai Musroh goyangkan kepala. Mereka menerima alasan yang diberikan
oleh Haji Basilam.
Saya perhatikan, sejak dari sembahyang
maghrib hingga ke waktu Isyak. Syam bagaikan tidak mahu berenggang dengan datuk
dan Haji Basilam.
Wajahnya tidak begitu ceria. Tetapi, sering
bertanya sesuatu sama ada kepada datuk atau Haji Basilam. Penduduk setempat
yang ikut dalam majlis doa selamat jalan itu, memperlihatkan sikap ramah kepada
saya dan Andi Kamarool, terutama pemuda yang sebaya. Malah mereka secara
terang-terang menyatakan rasa senang hati terhadap saya dan Andi Kamarool.
"Begini saja, orang yang mahu
meninggalkan kampung ini, diminta berdiri di muka pintu masjid. Tujuannya,
bukan apa-apa, bagi memudahkan orang yang berada dalam masjid bersalaman,
sebaiknya mereka berdiri sederet," ketua kampung menghamburkan cadangan.
"Satu cadangan yang baik, kami
setuju," sahut seorang jemaah dari sudut sebelah kanan masjid.
"Allah huakbar," kata seorang
jemaah lagi lalu disambut beramai- ramai oleh jemaah yang lain. Saya lihat
ketua kampung tersenyum puas. Anak buahnya tidak menolak cadangan yang
dianjurkannya.
Di tengah-tengah gema suara takbir yang
menguasai ruang masjid, saya terus menyelinap ditengah-tengah para jemaah
menuju ke pintu masjid dan berdiri di situ. Tidak lama kemudian, datuk, Haji
Basilam dan Andi Kamarool menyusul.
Seorang demi seorang para jemaah bersalaman
dengan kami, malah ada yang memeluk kami. Semuanya mendoakan semoga perjalanan
yang bakal kami lalui akan terhindar dari sebarang malapetaka. Akhirnya, ruang
masjid terus kosong. Dan orang terakhir menghulurkan salam kepada datuk ialah
ketua kampung.
"Semuanya sudah diaturkan, lepas subuh
ada kereta yang akan membawa kamu ke Sungai Penuh," kata ketua kampung.
"Bagaimana dengan bayarannya?" Haji
Basilam bertanya, buat seketika ketua kampung kerutkan dahi, renung ke arah Pak
Imam dan Kiai Musroh yang berdiri di sisinya. Bila ketua kampung renung ke arah
Syam, saya lihat Syam anggukkan kepala, terukir senyum di kelopak bibir ketua
kampung.
"Semuanya ditanggung oleh si Syam, tugas
saya cuma mencarikan kereta saja."
"Dia tak mahu awak semua susah,"
Pak Imam mencelah.
"Subuh nanti jemaah di masjid bersama
kami," Kiai Musroh renung muka Haji Basilam, seolah-olah minta sebuah
kepastian yang tepat.
"Rasa-rasanya tidak, kami berjemaah di
rumah," jawab Haji Basilam dengan rasa yakin.
"Kalau begitu, saya suruh drebar ambil
awak di rumah, elok saja satu kereta, awak duduk di depan sebelah drebar,"
ketua kampung tepuk bahu kiri datuk," Haji Basilam, Tamar dan Andi
Kamarool duduk di belakang," sambung ketua kampung. Dia mengatur kami
duduk dalam kereta.
"Drebarnya orang muda ke atau orang
tua?"
Pertanyaan saya itu membuat Pak Imam ketawa
kecil.
"Kalau orang muda kenapa pula, kalau
orang tua apa pula lebihnya," Kiai Musroh menghalakan pertanyaan kepada
saya. Kemudian dia senyum sinis.
"Orang muda bawa laju, cepat naik darah
tak fikir keselamatan penumpang. Orang tua sabar bawa kereta
berhati-hati," itu alasan yang saya berikan. Semuanya mengangguk. Alasan
saya memang lojik dan dapat diterima oleh semua pihak.
BERANGKAT
SETELAH menunaikan fardhu subuh, kami pun
berangkat meninggalkan kampong halaman Syam. Pemandu kereta Fiat, berwarna
merah hati, memperkenalkan dirinya sebagai ADI PUTRA, berusia sekitar lima
puluhan. Berbadan kecil tetapi, raut wajahnya membayangkan dia seorang lelaki
yang memiliki semangat waja.
Ada hubungan keluarga dengan Pak Imam. Anak
saudara Pak Imam jadi isterinya. Bekas pelaut yang kini membuka kedai makan,
kadangkala menjalankan khidmat kereta sewa di kalangan penduduk untuk
perjalanan jauh. Tiada bayaran tetap yang dikenakan. Terpulang pada keikhlasan
penyewa tetapi, minyak harus ditanggung oleh penyewa.
Di pagi yang dingin dengan kabus tebal yang
menutup puncak gunung- ganang. Bukit-bukau Tanah Kerinci, kereta terus dipandu
dengan cermat dan hati-hati oleh Adi Putra. Memang mempesonakan melihat
matahari pagi muncul dicelah-celah pergunungan. Awan yang berarak lembut,
bagaikan emas terhampar akibat terkena pancaran matahari yang kian membesar
No comments:
Post a Comment